Buletin MDTampin 1 2013

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MDTampin Edisi 1 2013

Popular Pages


p. 1

EDARAN PERCUMA Edisi 1/2013 MDTampin Laman Web : www.mdtampin.gov.my | eMail : mdt@mdtampin.gov.my | Tel : 06 -4411601 | Faks : 06-4413001 Tampin Indah Bersih Selamat

[close]

p. 2

Perutusan Yang DiPertua MDT Salam Sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan izinNya Majlis Daerah Tampin(MDT) telah berjaya menghasilkan Buletin MDTampin bagi keluaran Edisi 1/2013. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menyumbang tenaga dan idea serta memberi komitmen yang padu terhadap penghasilan Buletin ini. Syabas diucapkan. Adalah diharapkan MDT sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang merancang pembangunan Daerah Tampin, perlulah sentiasa peka dengan kehendak ‘Stake Holder’ dan sentiasa berusaha dengan gigih untuk mencapai kepuasan pelanggan. Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyatakan kepada warga Tampin bahawa pihak MDT sentiasa berusaha untuk menjadikan Daerah Tampin ini sebagai sebuah daerah yang mesra rakyat serta giat membangun. Semoga kita akan dapat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama yang erat diantara kita semua demi kemajuan agama, bangsa dan Negara. Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua warga kerja MDT dan diharapkan ianya berterusan pada masa akan datang. Bersama kearah jabatan berprestasi tinggi. Sekian, Terima kasih. Tuan Hj. Razali Bin Bakar Yang Dipertua MDT Editorial Penasihat Tuan Hj. Razali Bin Bakar Yang Dipertua MDT Ketua Editor Abdull Quddus Bin Nordin Editor Mohd Firdaus Bin Haron Ahli Jawatankuasa Mohd Zaidi Bin Amir Hamzah (Perancang) Nornyini Bte Ibrahim (Audit Dalam) Noridah Bte Nawi (Pentadbiran) Hidayatul Nadiah Bte Hairudin (Penilaian) Norliza Bte Md Isa (Kejuruteraan) Khairul Fitri Bin Kahar (Penguatkuasaan) Hamizah Bte Othman (Teknologi Maklumat) Izul Addin Bin Dzulkifli (Kewangan) Zilawati Bte Hamzah (Pentadbiran) Shahidatulniza Bte Sharin (Undang-Undang) Mohd Rizal Bin Abd Rashid (Perlesenan) Mohd Hafiz Bin Mohamad (OSC)

[close]

p. 3

Pegawai-Pegawai Kanan MDT En. Abdull Quddus Bin Nordin Setiausaha MDT En. Zulhilmi Bin Marzuki Ketua Bahagian Kewangan Pn. Norlida Bte Ismail Ketua Bahagian OSC Pn. Nurrulliza Bte Hassan Ketua Penyelaras ePBT En. Kamarul Azzudin Bin Baharudin Ketua Bahagian Kejuruteraan Tn. Hj. Noor Azizan Bin Adam Ketua Bahagian Penilaian Tn. Hj. Nor Mohamed Bin Hussin Ketua Bahagian Perlesenan & Kesihatan En. Ahmad Faizal Bin Kamaruddin Ketua Bahagian Perancang En. Mohd Firdaus Bin Haron Ketua Bahagian Teknologi Maklumat & Peng. Kualiti Pn. Siti Latifah Bte K. Abdullah Ketua Bahagian Undang-Undang En. Endy Dzulkarnaen Bin Hj. Ariffin Ketua Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan En. Othman Bin Manhart Ketua Bahagian Pentadbiran Hjh. Nornyini Bte Hj. Ibrahim Ketua Unit Audit Dalam

[close]

p. 4

Komuniti Majlis Kerapatan Adat YTM TUNKU BESAR TAMPIN Program kerapatan adat bagi YTM Tunku Besar Tampin ini dijalankan pada 13hb Disember 2012. Ia merupakan program yang dijalankan untuk meraikan pertabalan YTM Tunku Besar Tampin. Majlis ini turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum bagi menyaksikan istiadat yang unik ini. Jelajah Bahasa Program jelajah bahasa ini merupakan program yang dijalankan merangkumi keseluruhan kawasan di Negeri Sembilan. Para peserta akan berkonvoi dari satu Daerah ke Daerah yang lain dengan diiringi pasukan bermotor dalam mengenalpasti ejaan serta perkataan yang salah dan tidak sesuai pada papan tanda yang terdapat di setiap bandar di Negeri Sembilan ini. Konvoi ini telah tiba di Daerah Tampin dan ketibaan disambut Yang Dipertua MDT iaitu Tuan Hj. Razali Bin Bakar. Satu majlis ringkas telah diadakan diperkarangan pejabat MDT bagi meraikan peserta.

[close]

p. 5

Local Agenda 21 Local agenda 21 (LA 21) merupakan suatu program yang menekankan penglibatan tiga (3) pihak iaitu Majlis Daerah Tampin, Komuniti Setempat dan sektor swasta bagi berkerjasama dalam merancang dan menguruskan kawasan persekitran ke arah pembangunan mapan dan kualiti hidup yang tinggi. Oleh yang demikian satu program gotong-royong telah diatur bersama penduduk setempat. Aktiviti gotongroyong ini memberi tumpuan dalam membersihkan kawasan sekitar Dataran Tampin yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam penjagaan alam sekitar. Aktiviti senamrobik telah diadakan terlebih dahulu bagi meningkatkan kecergasan peserta. Program yang diadakan ini berjaya menarik ramai peserta dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum. Keadaan ini jelas menunjukkan perpaduan yang sedia terjalin dikalangan penduduk Tampin. Tuan Yang Dipertua MDT, Tuan Hj. Razali Bin Bakar telah merasmikan program dan seterusnya telah menanam sebatang pokok sebagai simbolik pelancaran program. Tahukah Anda ? Local Agenda 21 atau lebih dikenali sebagai LA21 merupakan program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta di dalam mewujudkan kerjasama bagi merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mapan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Pembangunan mapan bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa mengurangkan kemampuan atau keperluan generasi akan datang. Ini adalah termasuk mengawal kependudukan, makanan, keselamatan & sumber tenaga.

[close]

p. 6

Malam Kesenian & Kebudayaan PBTNS Buat julung kalinya Malam Kesenian & Kebudayaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan (PBTNS) telah diadakan di Dataran Tampin, Tampin. Majlis Daerah Tampin (MDT) telah menjadi tuan rumah kepada semua PBT untuk edisi pertama program ini. Program ini diadakan bertujuan mengumpulkan kesemua warga PBT di dalam Negeri Sembilan bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama yang erat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Kampung Baru & Pengangkutan Negeri Sembilan, Dato' Siow Shen Tin . Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato' Haji Mat Ali bin Hassan turut serta memeriahkan majlis. Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan. Antara pertandingan yang menarik perhatian pengunjung ialah pertandingan kugiran dengan kesemua PBT menunjukkan persembahan mantap dan bertenaga seterusnya mengamatkan lagi malam tersebut. Selain itu pertandingan lanskap antara PBT juga turut diadakan. Majlis ini dijangka akan menjadi acara tahunan PBTNS dengan tuan rumah dilantik secara bergilir -gilir.

[close]

p. 7

Undang-Undang & Penguatkuasaan Pindaan Dan Pewartaan Undang-Undang Baru Bagi memastikan undang-undang dan peraturan yang digunapakai MDT terus relevan dengan keadaan semasa dan akan datang, beberapa Undang -Undang Kecil (UUK) MDT telah dipinda. Antara yang dipinda adalah berkaitan perlesenan perniagaan & industri, pengiklanan, kawalan penyediaan tempat makan, pasar sehari, kolam renang dan krematorium. Di peringkat dalaman, Bahagian Undang-Undang MDT telah mengeluarkan satu Buku Panduan Kesalahan dan Hukuman Dibawah Akta dan Undang -Undang Kecil (MDT) (Versi Kedua) bagi memudahkan semua pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Tampin menyemak Undang-Undang yang digunapakai berserta hukumannya sebagai panduan semasa menjalankan tugas. Selain itu MDT juga telah mewartakan Undang -Undang Kecil Hotel (MDT) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (MDT) pada tahun 2012. Himpunan Gambar Operasi Penguatkuasaan Operasi Ternakan Operasi Lalulintas Operasi Kenderaan Usang Operasi Kaki Lima Kedai Operasi Binaan Operasi Tempat Hiburan

[close]

p. 8

Tampin Nature Mountain Bike(MTB) Ride Tampin Nature MTB Ride 2012 telah berlangsung pada 2 Disember 2012 di Tampin yang menarik minat ramai „cyclist‟ dari seluruh tanah air untuk menyertai program ini. Para pelumba dilepaskan di Kompleks Sukan Tampin terpaksa melalui jarak sejauh 40km untuk menamatkan perlumbaan. Tampin Nature MTB mengabungkan laluan jalan berturap dan „off-road‟ sebagai cabaran kepada para pelumba. Program anjuran Kerajaan Negeri Sembilan ini merupakan salah satu bentuk kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan, Majlis Daerah Tampin ,badan badan kerajaan dan NGO tempatan. Berikut antara gambar-gambar menarik yang dapat dikongsikan bersama dan tahniah di ucapkan kepada para pemenang. Tahniah : Atlet MDT Sumbang Pingat Perak Atlet MDT, Abdul Rashid Bin Ibrahim berjaya merangkul pingat Perak didalam acara ujian masa berpasukan di Kejohanan Lumba basikal Pre Sukan Sea 2013 di Myanmar baru baru ini. Beliau merupakan atlet bebasikal Negeri Sembilan yang berjaya terpilih mewakili Negara ke kejohanan berkenaan. Kejayaan ini pasti menyuntik semangat beliau untuk terus berjaya di kejohanan-kejohanan akan datang.

[close]

p. 9

Karnival Sukan PBT : MDT ke-4 Keseluruhan Karnival Sukan PBT Negeri Sembilan telah berlangsung dengan meriahnya bermula pada 7 April 2012 hingga 8 April 2012 di Nilai. Sebanyak 11 Acara yang dipertandingkan iaitu Bowling, Karom, Dam Aji, Congkak, Ping Pong, Tarik Tali, Badminton, Dart, Bola Sepak dan Bola Jaring. Acara telah dimulakan dengan acara Bowling pada 7 April 2012 bertempat di Ampang Bowl, Seremban Parade. Acara Bowling ini bermula pada jam 5.00 petang. Majlis penutup telah diadakan pada 9 April 2012, jam 4.30 petang bertempat di Kompleks Sukan Nilai. Majlis Penutup ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua MPS dan MPN). Turut hadir adalah YDP -YDP Majlis , pegawaipegawai SUK, Ahli-Ahli Majlis MPS dan MPN serta atlet -atlet yang telah beraksi selama dua hari sepanjang karnival tersebut berlangsung. Pasukan Majlis Perbandaran Nilai telah disytiharkan selaku juara keseluruhan diikuti oleh pasukan UPKT di tempat kedua serta MPS di tempat ketiga . Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan penganjur karnival sukan kali ini iaitu Majlis Perbandaran Nilai. Majlis Daerah Rembau akan menjadi tuan rumah untuk edisi berikutnya. Bola Sepak : MDT Corak Pasukan Terbaik Pasukan bola sepak MDT melalui kelab sukan dan kebajikan kakitangan (KSKK) telah menganjurkan sebanyak 6 Perlawanan persahabatan. Daripada perlawanan yang diaturkan MDT telah memenangi 3 Perlawanan, seri 2 Perlawanan dan kalah 1 Perlawanan. Pasukan yang dilawan merangkumi agensiagensi kerajaan, swasta dan NGO. Selain perlawanan persahabatan MDT juga turut meyertai pertandingan atau kejohanan anjuran pelbagai pihak baik di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Menurut Pengurus Pasukan MDT saudara Kamarul Azzudin Bin Baharudin, bagi memastikan momentum permain sentiasa berada ditahap terbaik latihan-latihan berkala turut diadakan. Selain itu, perlawanan persahabatan juga akan diadakan lebih kerap lagi memandangkan Stadium Mini Tampin kini sudah boleh digunakan untuk bermain pada sebelah malam selepas lampu-limpah stadium dinaiktaraf baru-baru ini.

[close]

p. 10

Pencapaian Pengiktirafan : Ke-3 Kebangsaan Hasil rekabentuk tandas yang dicetuskan dari gabungan idea pelukis pelan dan juruteknik Bahagian Kejuruteraan Dan Bangunan MDT ini, pihak Majlis telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Tandas Peringkat Kebangsaan Tahun 2011.Tandas tersebut dibina pada tahun 2009 di Taman Sentosa, Gemas dengan kos RM250,000.00. Pembinaan yang menekankan aspek mesra alam seperti penembusan cahaya matahari, kitar semula air hujan serta mesra OKU membolehkan tandas ini menjadi antara contoh tandas terbaik. Rekabentuk tandas yang menarik ini juga telah mengubah lanskap kawasan sekitarnya. Portal MDTampin Bertaraf 5 Bintang Portal MDTampin www.mdtampin.gov.my mendapat penarafan 5 bintang selama 2 tahun berturut-turut didalam Malaysia Government Portal And Website Assesment (MGPWA ) 2012. MDTampin memperbaiki kedudukan „ranking‟ berbanding tahun sebelum dengan berada dikedudukan ke-81 daripada sejumlah 1348 portal dan laman web yang dinilai. Perkhidmatan atas talian atau „online‟ akan terus menjadi tumpuan untuk penambahbaikan beterusan bagi memastikan laman web MDT terus menjadi penghubung yang relevan dengan pelangan.

[close]

p. 11

Persijilan 5S MPC : PBT Pertama Di Negeri Sembilan Majlis Daerah Tampin (MDT) telah menerima Persijilan 5S daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada Jun 2012 . 5S yang bermaksud sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal merupakan satu pendekatan ke arah persekitaran kerja berkualiti. Konsep yang berasal dari negara matahari terbit ini iaitu Jepun telah banyak membantu sesebuah organisasi mewujudkan tempat kerja yang selesa, bersih, mesra pelanggan dan praktikal. MDT merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Negeri Sembilan yang memperolehi persijilan 5S ini. Hasil persijilan ini, ruang kerja serta produktiviti kakitangan dapat dipertingkatkan. Majlis pemakaian lencana 5S Tuan YDP membuat pelancaran 5S di MDT h Sisi un Sus Sap u aga Ser m Sen t aA ias l ma

[close]

p. 12

Pembangunan Kolam Rekreasi Gunung Tampin Menanti Kunjungan Hutan lipur Gunung Tampin yang terletak kira-kira 1km dari Bandar Tampin kini mempunyai tarikan terbaru. Di kaki gunung ini telah didirikan sebuah kawasan rekreasi yang dikenali sebagai Kolam Renang Gunung Tampin. Terdapat 4 buah kolam yang dibina berkonsepkan kolam renang moden tetapi dibina dikawasan hijau yang dikelilingi alam semulajadi yang indah dan nyaman. Sumber air kolam ini yang datang dari sumber semulajadi Gunung Tampin itu sendiri menjadikan suasana lebih segar dan nyaman disini. Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Kini terdapat 6 unit bilik penginapan turut disediakan bagi mereka yang ingin bermalam disini dengan kos yang berpatutan. Pada 27 Jun 2013 yang lalu Dato‟ Jalaluddin Bin Alias ,Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan telah dibawa melawat kolam ini semasa lawatan rasmi beliau ke Majlis Daerah Tampin. Adun Gemencheh, YB Tn. Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa juga telah hadir untuk turut sama didalam lawatan tersebut Hotline MDT Kini Dengan SMS Bagi memastikan pelanggan terus berhubung dengan MDT terutamannya diluar waktu pejabat, MDT memperkenalkan perkhidmatan SMS untuk nombor telefon utama iaitu 064411601. Sebarang maklumbalas berbentuk cadangan, pandangan mahupun aduan bolehlah dihantar terus ke nombor tertera. Bagi pelanggan MDT yang telah mendaftar dan mengemaskini nombor telefon bimbit pada akaun cukai taksiran, lesen perniagaan dan lain-lain perkhidmatan juga akan menerima SMS berkaitan sebarang aktiviti atau makluman dari semasa ke semasa. 064411601

[close]

p. 13

Naiktaraf Taman Awam Taman awam dan rekreasi merupakan salah satu nadi kepada penduduk setempat bagi menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga atau bersukan dalam melahirkan individu dan masyarakat yang cergas dan sihat. Oleh itu, MDT sentiasa mengambil inisiatif bagi memastikan kemudahan ini sentiasa berada didalam keadaan baik dan sentiasa diselenggara. Melalui peruntukan tahun 2012 yang diluluskan oleh pihak KPKT dan Jabatan Lanskap Negara dua taman rekreasi iaitu Taman Rekreasi Tampin dan Taman Tasik Tasik telah terpilih untuk dinaiktaraf. Landskap dan kemudahan di taman ini sentiasa dipantau oleh Bahagian Perancang, Lanskap dan Pelaburan MDT bagi memastikan keselesaan pengunjung untuk beriadah. Statistik Permohonan Pembangunan Melalui ‘One Stop Centre’ MDT Tahun 2013 (Sehingga Ogos) TEMPOH PERMOHONAN JENIS PERMOHONAN PERMOHONAN YANG DILULUSKAN PERMOHONAN DALAM PROSES PERMOHONAN (LULUS BERSYARAT/ TANGGUH/ BATAL/ UBAHSUAI/ TOLAK) 0 5 1 2 3 2 13 JUMLAH 01 Januari Hingga 31 Ogos 2013 Permohonan Serentak Kebenaran Merancang Pelan Kejuruteraan Pelan Bangunan Pelan Tambahan Bangunan CFO JUMLAH 0 38 8 13 113 16 188 0 0 0 0 0 0 0 0 43 9 15 116 18 201

[close]

p. 14

Kebajikan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) PPKB merupakan program yang dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLBW) bertujuan membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan separuh kemiskinan keseluruhan isi rumah. Pihak Majlis berfungsi sebagai penyelaras bantuan sewa rumah bagi penyewa rumah yang kurang berkemampuan serta telah berdaftar dengan Sistem e Kasih di Daerah Tampin. Terdapat seramai 20 orang penyewa rumah yang layak bagi menerima bantuan tersebut. Jumlah bagi bantuan sewa rumah adalah sebanyak RM29,760.00 dan bantuan ini diserahkan melalui cek kepada penerima. Selain bantuan sewa rumah, bantuan kiosk untuk perniagaan makanan juga turut diberikan kepada mereka yang layak. Diharapkan dengan adanya bantuan ini akan dapat meringankan beban dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka agar terkeluar daripada garis kemiskinan. Majlis Penyerahan Kios Penjaja Program PPKB di Emperor Hotel Melaka RINGKASAN LAPORAN BANTUAN PPKB BAGI TAHUN 2013 (SEHINGGA OGOS) Program Bantuan Sewa Rumah Kiosk Penerima Bantuan 20 10 Jumlah Peruntukan 29,760.00 100,000.00 129,760.00 Tahukah Anda ? Koko mengandungi zat-zat yang sangat baik untuk kesihatan. Kajian menunjukan ‘Polifenol’ didalam koko berupaya mempengaruhi emosi seseorang walaupun didalam keadaan ‘stress’. Oleh itu pengambilan coklat yang dihasilkan daripada koko amatlah digalakkan sebagai langkah awal mengurangkan ‘stress’.

[close]

p. 15

Kesihatan & Keselamatan Semburan Asap (Fogging) : Cegah Denggi Sebagai sebuah agensi kerajaan yang turut bertanggungjawab bagi memastikan tahap kesihatan penduduk dan persekitaran yang baik, pihak MDT telah menjalankan aktiviti “fogging” atau semburan asap bagi membunuh dan menghapuskan sarang pembiakan nyamuk ades yang diketahui boleh membawa kepada penularan penyakit demam denggi. Penyemburan tertumpu kepada kawasaan-kawasan tumpuan umum dibawah kawal selia MDT seperti taman rekreasi, dataran orang ramai, dewan bandaran, padang permainan dan kediaman pegawai kerajaan. Semburan dibuat 2 kali sebulan disetiap kawasan. Pada tahun 2012 sebanyak 312 semburan telah dilaksanakan . Semburan dilaksanakan oleh unit kawalan vektor, bahagian perlesenan dan kesihatan MDT. Walaubagaimanapun kesedaran penduduk terhadap persekitaran yang bersih amatlah diharapkan kerana „fogging‟ atau pengasapan ini hanyalah langkah sementara menghapuskan nyamuk aedes. Selain itu MDT juga sentiasa menjalankan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah serta agensi penguatkuasa kesihatan yang lain bagi memastikan kesihatan penduduk berada pada tahap yang baik serta bebas daripada penularan wabak penyakit berjangkit. Program Bandar Selamat: Keselamatan Awam Di Utamakan Program Bandar Selamat ini merupakan salah satu program yang dijalankan secara menyeluruh di kawasan-kawasan operasi Majlis Daerah Tampin. Program yang dijalankan ini memberi fokus kepada penambahbaikkan aspek keselamatan. Antara projek yang telah berjaya dijalankan adalah seperti memasang penghadang keselamatan untuk pejalan kaki, pemasangan cermin sisi di persimpangan, tempat mengunci motosikal, papan tanda keselamatan dan penyediaan lampu bagi pencahayaan di kawasan gelap yang berpotensi berlakunya jenayah. Dengan adanya program-program yang dijalankan ini, secara langsung dapat mencegah dan meningkatkan aspek keselamatan penduduk dan orang ramai dalam memastikan kadar jenayah di Daerah Tampin terus berkurangan.

[close]

Comments

no comments yet