KAEDAH SILKSCREEN PRINTING

Embed or link this publication

Description

Belajar Cara-cara Printing Baju Melalui Kaedah Silkscreen

Popular Pages


p. 1

panduan mencetak tshirt menggunakan teknik silk screen penulis idham effendi abd wahab

[close]

p. 2

pernyataan hakcipta hakcipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian ebook ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik fotokopi mekanik rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak cetaktshirt.com pihak kami boleh mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini penafian penulisan pihak penerbit penulis berusaha sedaya upaya memastikan buku ebook yang diterbit ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan penerbit ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan bantuan teknikal segala permasalahan teknikal anda ketika melakukan teknik yang diberikan didalam ebook ini haruslah di hantar ke idhamtshirt@gmail.com kandungan pengenalan teknik cetakan silk screen jaring sutera bingkai blok cara-cara menyediakan bingkai blok memasang jaring sutera saiz bingkai blok squeege teknik stensil cara memotong corak teknik photo emulsion apa itu photo emulsion emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan 1

[close]

p. 3

cara menanggalkan photo emulsion menampal emulsion yang berlubang menampal selotape dye bahan pewarna tc dye rubberise fd emboss dye florecents dye proses mencetak kaedah penyediaan pencetakkan meja cetak teknik meletak blok pada t-shirt cara mencetak mencuci blok seterika kemahiran membancuh warna 2

[close]

p. 4

pengenalan mencetak menggunakan teknik silk screen adalah satu teknik yang telah lama digunakan sebelum terciptanya mesin cetak yang moden walaupun sekarang sudah ada mesin cetak yang moden tetapi teknik ini masih lagi digunakan secara meluas kerana ia adalah kaedah yang jauh lebih murah dan amat sesuai bagi usahawan kecil yang ingin mula menceburi bidang pencetakkan tshirt malah ia juga boleh digunakan sebagai hobi sahaja teknik silk screen ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mencetak t-shirt sahaja malah ia boleh digunakan diatas bahan lain seperti mug papan tanda banner tuala kulit dan bahan lain yang berkesesuaian proses cetakan silk screen pada t-shirt adalah mudah tetapi memerlukan ketelitian dan sedikit panduan supaya hasil yang diperolehi adalah berkualiti bagi yang berniat untuk menjadikan ia sebagai perniagaan ia memang suatu perniagaan yang menguntungkan malah ia boleh dikembangkan sehingga mendapat hasil yang berlipat ganda perlu saya ingatkan supaya jangan putus asa kerana percubaan awal mungkin mengecewakan berdasarkan pengalaman saya tetapi ia tidak lama hanya dalam masa tidak sampai seminggu saya sudah boleh menjual hasil cetakkan t-shirt saya di saat itu anda akan merasa sendiri kepuasan di atas hasil usaha anda sendiri teknik cetakan silk screen 3

[close]

p. 5

sebenarnya terdapat dua kaedah mencetak pada t-shirt iaitu mencetak dengan mengunakan photo emulsion dan dengan menggunakan kaedah stensil kaedah stensil adalah kaedah yang mudah dan murah tetapi ada kelemahannya dan saya akan terangkan lebih lanjut pada bab seterusnya sebelum mencetak menggunakan photo emulsion perkara asas terpenting yang perlu anda ketahui adalah cara mengendalikan jaring sutera silk screen dan memasang bingkai blok tekniknya adalah mudah tetapi anda perlu melakukannya dengan teliti dan ikuti nasihat dan tips yang saya berikan sebelum memulakan proses memasang jaring sutera kepada bingkai blok anda perlu menyediakan peralatan-peralatan asas berikut 1 jaring sutera 2 kayu bersaiz 2 x1 panjang 16 3 kayu bersaiz 2 x1 panjang 12 4 stepler gun 5 pisau 6 paku dan penukul hammer 7 gam kayu jaring sutera terdapat pelbagai jenis jaring sutera yang ada dipasaran sekarang antaranya swiss balting cloth american silk japanese silk swiss taffena nylon dan vinyon silk walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diberi perhatian di dalam menentukan jenis jaring sutera yang hendak digunakan jaring sutera yang baik adalah lebih halus lembut dan apabila diregangkan pada regangan yang kuat ia tidak akan koyak jaring sutera yang lain boleh juga digunakan untuk pencetak t-shirt yang baru belajar dan ia boleh digunakan masih boleh menghasilkan cetakkan yang baik hanya ia berbeza 4

[close]

p. 6

dari segi harganya jaring sutera yang halus tentu lebih mahal harganya dan ia digunapakai oleh pengusaha pencetakkan t-shirt yang mengutamakan kualiti cetakkan yang tinggi jaring sutera dikeluarkan dalam beberapa gred grednya ditentukan melalui bilangan benangnya di dalam 1 persegi contohnya ialah tg 800 tg 1000 dan tg 1200 ini bermakna lebih tinggi gred adalah lebih baik halus dan lebil mahal harganya tg 800 jaringnya agak kasar dan jarang digunakan oleh pencetak-pencetak profesional tetapi ia sesuai untuk teknik stensil tg 1000 ia lebih baik dari tg 800 kehalusannya sederhana dan boleh digunakan pada teknik photo emulsian akan diterangkan nanti untuk imej yang besar atau kasar jaring ini sesuai digunakan tg 1200 jaring ini paling popular digunakan di dalam industri percetakkan tshirt sangat sesuai digunakan pada teknik photo emulsion hasilnya sangat bermutu tinggi terutama imej yang halus bingkai blok bingkai blok berbentuk 4 segi yang diperbuat daripada kayu berketebalan 2 x1 pemasangan kayu yang baik adalah penting supaya ian tidak mengeleding apabila jaring sutera diregangkan pada bingkai kayu pula hendaklah dipastikan kualitinya supaya blok digunakan adalah rata dan tidak mengeleding senget dan tertanggal ada juga pengusaha kedai yang menjual bingkai blok yang siap dipasang dengan jaring sutera ready made tetapi untuk menjadi seorang pencetak tshirt yang profesional anda perlu tahu untuk memasangnya sendiri kerana ia kan menjimatkan kos anda 5

[close]

p. 7

contoh bingkai blok saiz panjang dan lebar bingkai blok adalah bergantung kepada saiz imej yang hendak dicetak jika imej yang hendak dicetak adalah kecil maka bingkai yang kecil digunakan untuk penjimatan saiz bingkai yang biasa digunakan adalah 18 x13 saiz ini biasanya akan dapat menjangkau keseluruhan ruang tshirt cara-cara menyediakan bingkai blok untuk membuat sebuat bingkai blok bersaiz sederhana anda perlu menyediakan beberapa bahan seperti berikut 1 2 batang kayu bersaiz 2 x1 panjang 16 2 2 batang kayu bersaiz 2 x1 panjang 12 3 gam kayu 4 paku dan penukul langkah 1 setiap hujung tepi kayu yang hendak disambung perlulah di gam terlebih dahulu dan biarkan ia kering terlebih dahulu proses ini penting kerana apabila ia dipakukan ia akan memastikan ketepatan sambungan kayu tersebut dan tidak lari daripada kedudukkan yang dikehendaki 6

[close]

p. 8

setiap tepi hujung diletak gam kayu dan dibiarkan kering langkah 2 apabila gam sudah kering maka bolehlah diasambungkan sesemua kayu tersebut menjadi empat segi panjang teknik penindihan kayu bergantung kepada anda disini saya cadangan 2 teknik penindihan kayu apa pun teknik yang digunakan pastikan kayu yang dipasang berada dalam keadaan kukuh langkah 3 setelah semua kayu disambungkan ia akan berbentuk empat segi panjang maka mulalah dilakukan proses terakhir iaitu memaku hujung kayu gunakan paku bersaiz 2 pastikan bingkai blok anda tidak mengeleding sila letakkan pada permukaan yang rata untuk memastikan blok anda sempurna blok yang tidak rata akan menjejaskan kualiti cetakkan apabila bingkai blok anda sudah sempurna maka proses seterusnya adalah memasang jaring sutera pada bingkai blok 7

[close]

p. 9

memasang jaring sutera bingkai blok mestilah dipasang dengan jaring sutera jaring sutera yang dipasang mestilah berkeadaan tegang dan kemas sebelum memasang jaring sutera sila sediakan 2 peralatan asas iaitu 1 stepler gun 2 pisau atau gunting potong jaring sutera lebih besar sedikit darpada keluasan saiz bingkai blok jaring sutera mesti lebih kurang 2 atau 3 lebih daripada bingkai blok kerana jaring sutera tersebut akan diregangkan dan di-stepler-kan 8

[close]

p. 10

untuk memudahkan anda memahami kita namakan setiap bahagian kayu dengan a b c dan d langkah 1 tegakkan blok itu kemudian dengan menggunakan stepler gun stepler-kan pada bahagian a mulakan dahulu pada bahagian tengah kayu kemudian barulah di-stepler-kan sepanjang kayu dengan jarak lebih kurang 2 stepler perlulah dalam keadaan senget sedikit seperti dalam gambarajah di bawah langkah 2 lakukan kaedah yang sama pada bahagian b pula pada bahagian in jaring sutera perlu ditarik hingga regangan yang maksima pastikan jaring sutera benar-benar tegang dan sekata perlu diingatkan jika jaring sutera ditarik terlaku kuat ia akan koyak atau merekah oleh itu perlu berhati-hati ketika menarik jaring sutera pastikan hanya ia menegang pada regangan yang perlu sahaja langkah 3 9

[close]

p. 11

lakukan kaedah yang sama pada bahagian c dan seterusnya pada bahagian d untuk menguji sama ada ia menegang dengan baik sila jentik sedikit pada jaring sutera dan ia akan berbunyi seperti gendang jaring sutera yang tidak dipasang dengan baik berkeadaan beralun dan akan menjejaskan sedikit kualiti cetakkan maka terhasillah sebuah bingkai blok dan ia boleh digunakan untuk mencetak diatas t-shirt bingkai blok bersama jaring sutera ini boleh digunakan dengan menggunakan teknik stensil atau photo emulsian dan ia boleh digunakan berulangkan kali cara penggunaan dan penjagaan blok akan diterangkan di dalam topik yang berikutnya apabila ia telah siap buangkan lebihan jaring sutera di bahagian sisi blok dengan cutter atau gunting saiz bingkai blok saiz yang biasa saya gunakan berbeza-beza bergantung kepada imej yang hendak dicetak 1 18 x14 panjang paling besar 2 13 x11 panjang sederhana 3 8 x10 panjang ­ paling kecil 10

[close]

p. 12

saiz blok sebenarnya bergantung kepada keperluan anda anda boleh mengubahnya mengikut keperluan dan keselesaan harus diingat saiz tersebut haruslah besar sedikit daripada panjang squeege yang hendak digunakan pastikan squeege boleh muat di dalam blok squeege squeege adalah penyapu dye yang digunakan ketika menyapu dye di atas photo emulsion ia diperbuat daripada getah yang berbentuk tirus tajam dan bahagian pemegangnya diperbuat daripada kayu ia mempunyai pelbagai saiz dan saiznya dibezakan pada panjang squeege saiz squeege yang biasa saya gunakan adalah 5 8 dan 12 squeege boleh didapati dipasaran dengan harga yang murah gambar di bawah adalah contoh squeege yang pelbagai saiz 11

[close]

p. 13

teknik stensil teknik stensil adalah suatu proses pencetakkan dengan hanya menggunakan kertas untuk membentuk imej yang hendak dihasilkan ia adalah teknik yang murah tetapi memerlukan ketelitian kesabaran walaubagaimanapun tidak semua imej boleh menggunakan teknik ini bagi corak yang halus dan rumit tidak boleh sama sekali menggunakan teknik stensil teknik stensil hanya boleh digunakan bagi imej yang besar dan mudah teknik ini memerlukan sebilah pisau yang tajam terdapat dua jenis pisau yang biasa digunakan melaui kaedah ini iaitu cutter dan swivel cutting berikut adalah contoh corak atau imej yang boleh menggunakan kaedah stensil berikut adalah contoh corak atau imej yang tidak boleh menggunakan kaedah stensil 12

[close]

p. 14

teknik stensil memerlukan kita memotong sepanjang tepi imej yang hendak dicetak oleh sebab itu adalah mustahil untuk kita memotong untuk imej yang halus jika anda lakukan juga untuk imej yang halus kertas tersebut akan putus kerana lembab kaedah ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja apabila sudah digunakan kertas tersebut tidak boleh digunakan lagi ia berbeza dengan teknik photo emulsion dimana ia boleh digunakan berulang kali jika anda ingin mencetak menggunakan teknik stensil lebih dua kali anda terpaksa memotong imej yang digunakan sebanyak mana yang anda perlukan kerana ia adalah kaedah pakai dan buang kertas yang digunakan perlu diberi perhatian kerana jika anda menggunakan kertas yang agak nipis ia mudah terkoyak tetapi jangan pula anda menggunakan kertas yang terlalu tebal cara memotong corak 13

[close]

p. 15

selepas proses melukis dan memotong selesai kertas yang dipotong itu hendaklah dilekatkan diatas permukaan blok dengan menggunakan gam sembur spray mount jika anda tiada spray mount anda boleh juga menggunakan glue stick pelekat sebegini digunakan kerana kita memerlukan pelekat yang boleh ditanggal bukan pelekat kekal yang lain ketika anda menyembur gam atau meletakkan glue stick ke atas kertas pastikan gam tersebut kena pada seluruh bahagian kertas terutama di tepi potongan dan di tepi kertas jangan lupa kertas tiga segi dibahagian tengah huruf a itu ia juga perlu diletakkan gam dan ditampal atas blok pada kedudukkan asalnya ketika menampal serpihan itu pastikan ia berada pada kedudukkan yang tepat supaya ia tidak mencacatkan rupabentuk imej cetakkan 14

[close]

Comments

no comments yet