Koleksi Artikel Integriti Terbaik Pejabat Bendahari 2013

 
no ad

Embed or link this publication

Description

Koleksi Artikel Integriti Terbaik Pejabat Bendahari 2013

Popular Pages


p. 1

MUHASABAH DIRI ‘Selama ‘duduk’, apakah sudah terhitung banyaknya nilai integriti telah diamalkan..... sebanyaknya masa yang berlalu?’

[close]

p. 2

Koleksi Artikel Integriti Terbaik Pejabat Bendahari 2013 merupakan antara artikel terbaik yang telah dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Penulisan Artikel Integriti Tahun 2013 anjuran Jawatankuasa Integriti Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam pada 08hb Mac 2013 bersamaan 25 Rabiul Akhir 1434H.

[close]

p. 3

TERBITAN PERTAMA 2013 CETAKAN PERTAMA 2013 Setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disalin, disebarkan, disimpan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin Jawatankuasa Integriti Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam terlebih dahulu. Penasihat SANIP WAHID Ketua ZAINAH ABU BAKAR Penyunting MOHD RAFIDI MOHD SAMAN Diterbitkan Oleh Jawatankuasa Integriti Pejabat Bendahari UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Dicetak Oleh Unit Percetakan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan

[close]

p. 4

INTEGRITI mutmainah adalah mereka yang memurnikan diri daripada nilai-nilai buruk dan menerapkan nilai-nilai mulia lalu diamalkan sebati dengan diri sebagaimana kesempurnaan integriti Rasulullah SAW yang mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat ROSYATI BINTI SABERON Bahagian Kewangan Korporat Anugerah EMAS INTEGRITI adalah merujuk kepada sifat jati diri yang merangkumi juga keihklasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan lain-lain nilai murni yang menjurus kepada perwatakan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan atau pengabaian. ROSNANI BINTI ABDUL RAZAK Unit Kewangan Zon 17 (RD) Anugerah PERAK Di dalam Islam, sifat INTEGIRITI mirip kepada sifat taqwa yang bermaksud menjaga, menghindari dan menjauhi. Ia juga membawa maksud menjaga dan mengamalkan sikap-sikap terpuji atau mahmudah dan menjalankan perintah-Nya, serta menghindari sifat-sifat mazmumah dan segala apa yang dilarang. ZETI AZITA BINTI ZAINAL AZAMI NORAZERIN BINTI SAHAR NORHASIMAH BINTI NAWAWI Bahagian Kewangan Korporat Anugerah GANGSA

[close]

p. 5

senarai

[close]

p. 6

kandungan

[close]

p. 7

Prakata Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana sejak penubuhan Jawatankuasa Integriti Pejabat Bendahari (JIPB) pada tahun 2006 pelbagai aktiviti telah berjaya diadakan seperti taklimat, ceramah, kuiz, berbalas pantun dan pertandingan pidato integriti. Semua aktiviti ini bertujuan menyuburkan budaya integriti dalam kalangan staf Pejabat Bendahari. Pada awal tahun ini juga JIPB telah berjaya menganjurkan Seminar Integriti di peringkat Universiti yang mendapat sambutan dan penyertaan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Aktiviti JIPB yang terbaru adalah pertandingan penulisan artikel integriti dalam kalangan staf Pejabat Bendahari. Para peserta telah diberikan dua tajuk pilihan iaitu Pengalaman Integriti Dalam Mencari Keredhaan-Nya dan Bagaimana Saya Mengamalkan Integriti Semasa Bertugas. Sambutan yang diberikan oleh staf sangat menggalakkan di mana sebanyak 46 penyertaan telah diterima dari seluruh Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam dan Kampus Negeri. Artikel-artikel yang dihasilkan mengandungi maklumat dan pengalaman yang sangat berguna untuk dijadikan contoh dan teladan bagi meningkatkan lagi amalan integriti dalam tugas seharian di Pejabat Bendahari. Sehubungan itu JIPB telah mengambil inisiatif dengan mengumpulkan 11 artikel terbaik untuk dibukukan dalam Koleksi Artikel Integriti Pejabat Bendahari 2013. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, staf dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan pertandingan penulisan artikel integriti, dan seterusnya mendokumentasikan dalam sebuah koleksi. Penyertaan dan komitmen yang ditunjukkan oleh staf yang terlibat dalam menjayakan usaha ini amat dihargai. Semoga inisiatif seperti ini akan dapat memupuk dan meningkatkan lagi tahap integriti dalam kalangan kakitangan demi kecemerlangan Pejabat Bendahari UiTM sesuai dengan moto JIPB iaitu I NTEGRITI PEMACU PEJABAT BENDAHARI GEMILANG Wasalam. HAJAH ZAINAH BT ABU BAKAR KETUA TIMBALAN BENDAHARI merangkap PENGERUSI JAWATANKUASA INTEGRITI PEJABAT BENDAHARI 1

[close]

p. 8

Kata alu-Aluan Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia, Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Jawatankuasa Integriti Pejabat Bendahari atas segala idea, usaha dan tenaga yang disumbangkan untuk menganjurkan Pertandingan Menulis Artikel Integriti dalam kalangan staf Pejabat Bendahari dan seterusnya menghasilkan buku Koleksi Artikel Integriti. Pertandingan seumpama ini mempunyai serampang dua mata; ia boleh mencungkil bakat penulisan yang terdapat dalam kalangan staf Pejabat Bendahari di samping memupuk budaya integriti bertahap tinggi dalam menjalankan tugas Penerbitan buku seperti ini sangat dialu-alukan kerana semua pengalaman dan idea terbaik yang telah ditulis dapat dikongsi dengan seluruh warga Pejabat Bendahari. Perkongsian ini diharap akan membuahkan percambahan minda dan menggiatkan usaha dalam mengejar kecemerlangan melalui keutuhan diri dan organisasi. Saya berasa amat gembira dan mengucapkan tahniah kepada semua staf yang telah menyertai pertandingan ini terutama kepada mereka yang telah berjaya menghasilkan penulisan yang sangat baik sehingga terpilih untuk dibukukan dalam sebuah koleksi. Anggaplah penyertaan ini sebagai sumbangan tuan / puan sekelian kepada Pejabat Bendahari untuk meningkatkan tahap integriti yang tinggi Saya iuga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Prof Madya Dr Rahmah Mohd Rashid kerana telah bersusah payah sebagai hakim dengan membaca dan menilai setiap karya yang dihasilkan. Segala ulasan dan buah fikiran yang diberikan oleh beliau sangat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Akhir sekali saya mengharapkan agar budaya perkongsian ilmu dan pengalaman yang berterusan akan dapat dihayati oleh semua staf. Hal ini adalah penting bagi memudahkan proses pembelajaran sesama staf di samping memastikan penambahbaikan budaya dan proses kerja sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang terkandong di dalam buku ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua staf dalam penghayatan kerja berintegriti dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan pengurusan kewangan di Pejabat Bendahari dan Universiti. Sekian, wasalam. HAJI SANIP B WAHID BENDAHARI merangkap PENASIHAT JAWATANKUASA INTEGRITI PEJABAT BENDAHARI 2

[close]

p. 9

ULASAN hakim Sebanyak 46 skrip artikel telah dinilai dan didapati seramai 30 orang penuli artikel memilih untuk menulis dalam tajuk “Pengamalan Integriti Dalam Mencari KeredhaannNya” dan selebihnya menulis dalam tajuk “ Bagaimana saya Mengamalkan Integriti Semasa Bertugas”. Bagi tajuk “Pengamalan Integriti dalam Mencari KeredhaanNya” ternyata penulis -penulis kebanyakannnya menulis dengan baik, dan ramai di antaranya memaparkan kematangan dalam perbincangan mereka. Dalam aspek konten atau isi, kebanyakan penulis berjaya mengketengahkan ciri-ciri mantap dari aspek perbahasaan, termasuk membuktikan kekuatan penggunaan tatabahasa gramatis serta, organisasi dan gaya kreativiti menulis yang tidak membosankan. Kebolehan penulis-penulis menyertakan sokongan hujjah bernas dan memetik dari surah-surah kitab suci Al-Quran , Hadith dan Riwayat adalah sesuatu yang meberangsangkan . Hampir 15 penulis menggunakan strategi penulisan sedemikian dan ini dianggap sangat sesuai kerana skop tajuk penulisan artikel ini sememangnya menekankan kepada kehendak pemahaman spiritual yang seharusnya difahami terlebih dahulu jika seseorang mahu menulis dengan efektif . Aspek-aspek lain seperti konten, kesinambungan ayat dalam menyampaikan idea, rumusan dan rujukan menyumbang kepada penentuan kekuatan kemahiran penulis. Penilaian menunjukkan hampir semua penulis memahami kehendak tajuk dan berjaya menghasilkan penulisan yang berbagai. Lebih dari 18 penulis mencapai tahap markah 70% dan keatas dan seramai 6 orang penulis menggarapkan idea yang sangat efektif dalam hasil penulisan mereka. Ini adalah sesuatu yang membanggakankan kerana gaya penulisan yang memasukkan sisipan ayat-ayat Al Quran, Hadith dan Riwayat, sebagai sandaran hujjah untuk memperkuat bahasan lantas , meningkatkan kualiti penulisan. Namun yang lebih penting ialah, berdasarkan artikel-artikel yang dihasilkan, ia menceminkan , bahawa aspek pemahaman pembudayaan kerja baik dan berkualiti, sudah pun dimanifestasikan oleh penulis-penulis yang kesemuanya berlatar-belakangkan bidang kerjaya yang mencabar kewujudan ciri-ciri amanah petugas dalam bidang yang mesti mendahulukan kejujuran, keikhlasan, ketekunan dan kepertanggungjawaban. Bagi tajuk “Bagaimana Saya Mengamalkan Integriti Semasa Bertugas”, pula, boleh dikatakan kebanyakan penulis memahami maksud tajuk penulisan artikel . Namun begitu, kaedah penulisan beberapa penulis dianggap lebih berjaya kerana mereka menggarap idea dengan penggunaan gantinama pertama, dan inilah sebenarnya yang ditekankan dalam tajuk dan idea yang perlu ditonjolkan. Ia perlu menjurus kepada penerangan aktiviti dan perbuatan yang telah dan sedang diamal oleh penulis selaku petugas dalam Jabataan Bendahari. Ayat-ayat praktikal mencerminkan perlakuan yang menyokong kepada pengukuhan dan kecekapan dalam memartabat bidang tugas yang dilakukan yang mahu dikongsi bersama dan berjaya diperjelas oleh penulis, merupakan aspek konten utama yang dinilai. Bagi tajuk ini, seramai 4 orang penulis memperlihatkan kekuatan penulisan menjangkaui 75% , manakala penulis sebakinya mempamerkan kekuatan penuisan yang tberbeza-beza. Perbezaan dalam skor penulian kebanyakan bersebab dari perbezaan dalam ketepatan konten, organisasi fikiran, gaya kreatif penulis, hujjah dan rumuan dan bahan rujukan yang digunakan . 3

[close]

p. 10

Perlu disebutkan bahawa usaha menghasilkan tulisan ini dalam Bahasa Inggeris juga sepatutnya diberi pujian. Umum memang tahu kemahiran menulis dalam Bahasa Inggeris semakin berkurangan dan hampir lemah dikalangan generasi muda. Oleh itu penghasilan artikel dalam Bahasa Inggeris oleh 2 orang penulis perlu diberi pujian kerana keupayaan mereka menulis dengan baik, serta memaparkan kematangan idea. Mungkin pada masa akan datang jika usaha ini diteruskan penulisan dalam mana-mana satu dari dua bahasa ( BahasaMelayu/Inggeris) boleh dicadangkan. Pada keseluruhannya usaha pihak Bendahari mengambil inisiatif unduk mengadakan pertandingan penulisan artikel ini adalah sesuatu yang sangat terpuji. Tanpa pihak Bendahari sedari, usaha ini sebenarnya boleh diangap sebagai aktiviti penyelidikan holistik yang memperinci dairi penilaian subjektif, tehadap staf Pejabat Bendahari sendiri. Walaupun rumusan tidak boleh digeneralisasikan sebagai sangat tepat, namun, boleh di sebut bahawa banyak kekuatan boleh dipelajari dari inisiatif ini seperti: (a) Jabatan mampu menyedari tanggapan stafnya mengenai pemahaman staf terhadap ciri utama pelaksanaan tugas mereka di jabatan yang mengendalikan perkhidmatan paling bahaya dan mencabar; yakni kewangan. (b) Jabatan mampu mengorek isi hati dan perasaan kebanyakan dari stafnya mengenai bidang tugas yang staf tangani (c) Jabatan berjaya membuka mata hati pihak atasan terhadap pemahaman dan pembudayaan kerja baik dan berkualiti sebahagian dari staf yang benar-benar menghayati dan membudayakan sikap kerja baik (d) Jabatan, melalui kaedah ini, dianggap bijak dalam mengenal pasti sebahagian dari staf yang boleh dinobatkan sebagai wira yang tidak didendang “unsung heroes” yang banyak menyumbang kepada penghasilan pembudayaan kerja berkualiti. RAHMAH BT MOHD RASHID (PH.D, PROF MADYA) KETUA UNIT PENGURUSAN KUALITI / PENSYARAH Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam 14 Jun 2013 4

[close]

p. 11

TIKUS Ada tikus kecil berhati besar Ada tikus besar berhati kecil Ada tikus hitam berhati putih Ada tikus putih berhati hitam Ada orang seperti tikus kerip-mengerip Ada orang seperti tikus unggis-mengunggis Ada politikus seperti tikus membaiki labu Ada politikus seperti tikus terjerat dek nafsu Biar apapun tikus Kerit mengerit di bawah meja Gigit-menggigit di dalam selimut Seperti tikus rasuh Cukup ternoda Kepada INTEGRITI manusia Cukup berdosa Kepada kehidupan manusia Nukilan : Chai Loon Guan Sumber : Dewan Sastera Januari 2010 5 5

[close]

p. 12

IKRAR INTEGRITI Rakyat Malaysia Kami, rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati berikrar, memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami. Ke arah itu, kami berikrar :     Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang; Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara; Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika; Bekerjsama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti;  Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara; dan  Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan Penjawat Awam Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut :       Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah; Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan; Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. 6

[close]

p. 13

Badan Korporat Mengiktiraf bahawa; Prinsip-prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat di Malaysia, sebagaimana ianya boleh dipinda atau disemak dari masa ke semasa, adalah merupakan prinsip-prinsip di mana syarikat-syarikat di Malaysia perlu memberikan komitmen untuk mempromosikan integriti, ketelusan dan tadbir urus terbaik dalam semua aspek operasinya; Untuk menjalankan perniagaan yang bebas daripada rasuah, sejajar dengan Prinsip-Prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat di Malaysia bagi menjaga kepentingan Syarikat, di mana rasuah boleh memusnahkan nilai pegangan saham, menjejaskan keyakinan para pelabur dan menghalang perkembangan mampan Syarikat. Bahawasanya kami, seluruh warga kerja berikrar : Tidak akan sama ada secara sendiri atau wakil atau mana-mana ejen melakukan apa-apa kesalahan rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau Kanun Keseksaan; Tidak akan menjalankan apa-apa amalan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan atau menggalakkan mana-mana pekerja, wakil atau ejen untuk melakukan sebarang bentuk kesalahan rasuah; Akan bersama-sama dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, agensi kawal selia dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah; Akan mendukung Prinsip-Prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat di Malaysia dalam menjalankan perniagaan dan interaksi dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan agensi Kerajaan; dan Akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menggugat integriti serta menjatuhkan imej syarikat.     7

[close]

p. 14

Jawatankuasa Integriti Pejabat Bendahari dengan ini mempelawa seluruh warga Pejabat Bendahari di UiTM Shah Alam termasuk Kampus satelit (Puncak Alam, Puncak Perdana, CTC Selayang & Sg Buloh serta UiTM Seksyen 17) dan UiTM Negeri termasuk Kampus kota / bandar untuk mengambil bahagian dalam pertandingan menulis artikel integriti. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua staf Pejabat Bendahari di UiTM Shah Alam termasuk kampus satelit (Puncak Alam, Puncak Perdana, CTC Selayang & Sg Buloh serta UiTM Seksyen 17) dan UiTM Negeri termasuk Kampus Kota / Bandar Setiap Bahagian/ Unit Kewangan Zon di UiTM Shah Alam termasuk kampus satelit (Puncak Alam, Puncak Perdana, CTC Selayang & Sg Buloh serta UiTM Seksyen 17) dan Pejabat Bendahari UiTM Negeri termasuk Kampus Kota / Bandar diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya satu (1) penyertaan Setiap peserta hanya dibenarkan memilih satu (1) tajuk daripada tajuk-tajuk berikut: 1) Pengamalan Integriti Dalam Mencari KeredhaanNya 2) Bagaimana Saya Mengamalkan Integriti Semasa Bertugas Setiap artikel boleh dikarang sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Karya penuklisan hendaklah merupakan hasil karya asli dan belum pernah diterbitkan, Karya yang diciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima dan terbatal dengan sendirinya Format penulisan adalah seperti berikut : • Maksimum panjang artikel mestilah 1,500 patah perkataan • Ditaip menggunakan huruf Arial bersaiz 11 atau Times New Roman bersaiz 12 • Menggunakan jarak langkau dua (2) baris • Indent – Left = 0cm / Right = 0cm • Ditaip menggunakan saiz kertas A4 Pihak Jawatankuasa tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kelewatan dan kerosakan format artikel yang dihantar Pejabat Bendahari berhak untuk mencetak dan menerbitkan artikel yang menyertai pertandingan ini Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja dan artikel yang dihantar mestilah disertakan bersama borang penyertaan seperti di Lampiran 1 Tarikh TUTUP 08/03/2013 Kesemua artikel yang dihantar akan dinilai melalui beberapa kriteria seperti berikut : a. Penilaian Bahasa (15%) i. Tatabahasa ii. Perbendaharaan Kata iii. Struktur Ayat b. Penilaian Kandungan (85%) i. Pendahuluan ii. Isi / Perbincangan iii. Pertautan Isi iv. Penutup / Kesimpulan v. Rujukan / Bibliografi Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk 1 salinan hardcopy dan 1 salinan softcopy ke alamat berikut Hardcopy Sekretariat Penulisan Artikel Jawatankuasa Integriti Pejabat Bendahari Bahagian Perancangan & Belanjawan Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam Softcopy Emel: norhafizah@salam.uitm.edu.my DAN zainah136@salam.uitm.edu.my Setiap artikel dan borang penyertaan hendaklah sampai kepada Sekretariat sebelum atau pada 08 Mac 2013, jam 5.00 petang. Bukti kiriman pos bukan bukti penerimaan untuk hardcopy. Sebarang borang penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan Pemenang akan menerima hadiah berbentuk wang tunai dan piala. Setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat Penulisan Artikel seperti di talian berikut : Puan Hajah Zainah Abu Bakar / 03 5544 3320 / zainah136@salam.uitm.edu.my Puan Norhafizah Che Mat / 03 5544 3405 / norhafizah@salam.uitm.edu.my Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan 8

[close]

p. 15

Artikel-Artikel Integriti Terbaik 9

[close]

Comments

no comments yet