Laporan Tahunan MDM 2013

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan MDM 2013

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN MAJLIS DAERAH MARAN 26500, MARAN, PAHANG DARUL MAKMUR IBU PEJABAT : CAW. BANDAR TUN RAZAK : FAKS : LAMAN WEB : 09-4771411 09-4662640 09-4771511 www.mdmaran.gov.my

[close]

p. 3

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN ISI KANDUNGAN

[close]

p. 4

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN PERKARA Perutusan Yang DiPertua Aluan Setiausaha Majlis Daerah Maran M/S Maklumat Organisasi:Ahli Majlis Latar Belakang MDM Visi, Misi, Polisi Piagam Pelanggan Carta Organisasi Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian/Unit Laporan Unit:Unit OSC Unit e-PBT Unit Audit Dalam Unit Undang-Undang Laporan Bahagian:Bahagian Teknologi Maklumat Bahagian Penguatkuasaan Laporan Jabatan:Jabatan Khidmat Pengurusan Jabatan Perbendaharaan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Jabatan Kejuruteraan Jabatan Perancangan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pelesenan Cawangan Jengka Jabatan Khidmat Kemasyarakatan Galeri

[close]

p. 5

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN SEKAPUR SIREH YH Dato’ Haji Fadzilla Bin Haji Salleh, DIMP, SMP,AAP Yang DiPertua Majlis Daerah Maran Salam Perpaduan, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan berkat kesabaran dan usahasama antara ahli majlis dan pegawai MDM dengan di bantu sokongan pelbagai pihak termasuk daripada penduduk daerah Maran akhirnya mendapat pencapaian terbaik bagi tahun 2011. MDM komited dalam menggalas serta melaksanakan saranan kerajaan walaupun MDM hanyalah bernaung di bawah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dari pelbagai sektor tidak kira dari sudut pembangunan ekonomi, pelancongan, alam sekitar, kebudayaan, keselamatan dan lain-lain. MDM juga mendapat pengiktirafan pensijilan MS ISO 9001:2008 yang di anugerahkan sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (Susun, Sisih, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal) pada 16 Jun 2010 dan diperbaharui pada 16 Jun 2011. Dengan penganugerahan yang diterima tersebut akan meningkatkan lagi motivasi dan kualiti kerja dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk sekitarnya. Selain itu, MDM juga dalam proses untuk mendapat dan meningkatkan pengiktirafan bintang (star rating) daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di mana pengiktirafan tersebut kelak dapat dijadikan sebagai pemandu arah kekuatan yang dimiliki serta menunjukkan nilai tambah yang ada di MDM. Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam memberikan bantuan dan sokongan padu kepada MDM supaya MDM terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih. …………………………. (Dato’ Haji Fadzilla Bin Haji Salleh, DIMP, SMP, AAP.)

[close]

p. 6

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat izin-Nya Laporan Tahunan MDM bagi tahun 2011 dapat disediakan, bertujuan untuk mengimbas kembali prestasi kerja dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan MDM sepanjang tahun 2011. Ia juga merupakan sebagai penilaian terhadap pencapaian jabatan pada tahun berkenaan. Laporan ini merangkumi semua fungsi unit,bahagian dan Jabatan yang terdapat dalam organisasi MDM. Dengan adanya laporan ini, semoga semua pegawai dan kakitangan MDM dapat menilai kembali prestasi kerja dan pencapaian mereka pada tahun 2011 untuk penambahbaikan pada tahun 2012. Akhir kata, saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Majlis serta pengurusan MDM yang sentiasa bersama dalam pentadbiran MDM demi kepentingan pelanggan. Sekian,terima kasih ………………………… Zamri Bin Omar, AMP., AAP.

[close]

p. 7

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN MAKLUMAT ORGANISAS I

[close]

p. 8

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN AHLI MAJLIS 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. Dato’ Nazri Bin Othman, DIMP., PKT Dato’ Sulaiman Bin Taib, DPTJ., AAP., PKC.,PJK.,JP Dato’ Hjh. Rosni Bt Haji Zahari, DIMP., AAP., PJK Ir. Haji Salimi Bin Md Saleh, PKT Tn. Hj. Mohamad Shahaimi Bin Othman, JP.,AMP.,AMN.,PJK En. Shaari Bin Mokhtar Tn. Hj. Shaiful Azman Bin Mokhtar Affandi En. Rahimi Bin Abd Samad, AMP., PJK Tn. Hj. Nor Azhar Bin Hj. Abdul latif, AMN.,AMP.,PJK En. Mukaram Shah Bin Zainuddin Pn. Faridah Bt Mamat Pn. Hjh Kalsom Bt Haji Lah, PJK Pn. Norhasmimi Bt Abdul Ghani En. Hisham Bin Haji Sapian En. Yu Teck Lee, PKT., PJK En. Andrew Wong Kean Hwee, SMP En. Phang Kim Seong, AMP., PJK En. Ong Kim Chai, PPN., PJK Pn. Tan Lee Hwa, PJK En. Yew Kwee Huat, PPN En. Arjunan A/L Manickam, AMP.,PKT.,PJK. En. Apparao A/L Sinnappanan ,PJK AHLI TURUT HADIR 1. 2. 3. 4. ISKANDAR BIN IBRAHIM AHMAD JOHARI BIN HJ. SHAHABUDIN EN. FAIRUL AZRIE BIN YAACOB TN. HAJI SYARIFUDDIN BIN MOHAMAD SA’AD

[close]

p. 9

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN SEJARAH MAJLIS DAERAH MARAN Majlis Daerah Maran ditubuhkan pada 1 Julai 1988 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan telah diwartakan pada 23 Jun 1988 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No.502 (W.K.Phg.500Jld.41). Majlis Daerah Maran wujud melalui hasil percantuman daripada dua Penguasa Tempatan yang sediada iaitu Lembaga Bandaran Kecil Maran dan Majlis Tempatan Chenor. Keluasan kawasan operasi Majlis Daerah Maran ialah 26.39km persegi dengan meliputi pusat pertumbuhan pekan-pekan seperti Bandar Maran, Bandar Jengka, Pekan Sg. Jerik, Pekan Sri Jaya, Pekan Tajau, Pekan Awah dan Chenor. Perluasan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Maran telah di ubah kepada keseluruhan keluasan kawasan daerah (kecuali Hutan Simpan) kepada 1978.1km persegi melalui kelulusan Warta Kerajaan No.1280 bertarikh 22 November 2007. Organisasi Majlis Daerah Maran diterajui oleh seorang Yang DiPertua Majlis Daerah, 24 orang Ahli Majlis Daerah, 4 orang Ahli Turut Hadir Majlis Daerah dan seorang Setiausaha Majlis Daerah. Mereka dibantu oleh 7 orang Ketua Jabatan terdiri dari Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Perlesenan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancangan Pembangunan dan Lanskap serta 4 orang ketua unit terdiri daripada Unit Undang-undang, Unit Audit Dalaman, Unit OSC dan Unit Teknologi Maklumat. Terdapat sebanyak 110 jawatan yang diluluskan oleh JPA dan daripada jumlah tersebut 1 jawatan adalah jawatan pengurusan dan professional.

[close]

p. 10

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN VISI Majlis Daerah Maran Untuk menjadikan Majlis Daerah Maran sebagai PBT yang cekap, berkesan dan komited ke arah mewujudkan komuniti sejahtera. MISI Majlis Daerah Maran     Melahirkan masyarakat yang berdisiplin, berbudi bahasa, bermoral dan bertanggungjawab Mewujudkan persekitaran Bandar yang bersih, indah, selamat dan harmoni untuk warga maran dan pengunjung. Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan riadhah yang menarik serta mesra pengguna. Melahirkan warga kerja Majlis Daerah Maran yang komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mengamalkan tadbir urus yang baik Mewujudkan suasana perniagaan yang kondusif dan berdaya maju.  OBJEKTIF Majlis Daerah Maran      Meningkatkan kualiti perbandaran melalui system penyampaian perkhidmatan yang berkesan. Memastikan perancangan dan pembangunan Bandar yang bersistematik serta memenuhi aspirasi rakyat. Meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan selaras dengan konsep Bandar Dalam Taman. Mewujudkan perbandaran yang kemas, tersusun, selesa dan selamat didiami. Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan berpengetahuan.

[close]

p. 11

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN CARTA ORGANISASI MAJLIS DAERAH MARAN Yang DiPertua Dato’ Haji Fadzilla Bin Haji Salleh, DIMP., SMP., AAP. Ahli-Ahli Majlis Daerah Maran Unit One Stop Center Peg. Perancang Bandar J41 Unit e-PBT Peg. Teknologi Maklumat F41 Unit Undang-Undang Pen. Peg. UndangUndang L29/32 Unit Audit Dalam Pen. Juruaudit W27/32 Setiausaha Zamri B. Omar, AAP., AMP. Jabatan Khidmat Pengurusan Pen. Peg. Tadbir N22/27 Jabatan Perbendaharaan Pen. Akauntan W27/32 Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Pen. Peg. Penilaian W27/32 Jabatan Perancangan & Pembangunan Landskap Pen. Peg. Perancang Bandar J36 Jabatan Kejuruteraan Pen. Jurutera J29/36 Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Personel Bahagian Akaun Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pelesenan Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran U32 Bahagian Kewangan Bahagian Penguatkuasaan Bahagian Perancangan Pembangunan Bahagian Penilaian Bahagian Landskap Bahagian Kesihatan Awam Bahagian Pelesenan Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Cawangan Bahagian Pengurusan Harta Bahagian Projek Pesuruhjaya Bangunan (COB) Bahagian Penyelenggaraan

[close]

p. 12

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN KETUA-KETUA JABATAN/BAHAGIAN/UNIT LAPORAN UNIT

[close]

p. 13

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN Unit One Stop Center

[close]

p. 14

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN 1.0 PENGENALAN Penubuhan Unit Pusat Setempat atau lebih dikenali sebagai One Stop Center (OSC) merupakan sebagai salah satu usaha penambahbaikan perkhidmatan awam dalam prosedur dan proses bagi permohonan pemajuan cadangan pemajuan di Pihak Berkuasa Tempatan. 2.0 OBJEKTIF  Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain.  Memendekkan norma masa dan memudahkan cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah bagi projek di bawah Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-projek Kerajaan dalam tempoh empat (4) bulan dan dibawah Konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan.  Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan pembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133). 3.0 FUNGSI ORGANISASI 3.1 Fungsi Jawatankuasa OSC  Menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan  Membuat perakuan dan memaklumkan keputusan ke atas permohonan perihal tanah berhubung cadangan pemajuan di bawah peruntukan seksyen 124A dan 204D Kanun Tanah Negara  Menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan lain yang diletakkan di bawah tanggungjawab Pusat Setempat.

[close]

p. 15

LAPORAN TAHUNAN 2013: MAJLIS DAERAH MARAN 3.2 Tugas Urusetia OSC  Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripada pemohon  Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syaratsyarat yang ditetapkan  Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatanjabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan  Memantau dan mendapatkan ulasan bagi permohonan-permohonan yang telah diedarkan kepada jabatan/agensi teknikal  Mendapatkan maklumbalas  Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan Jabatan Perancangan, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat  Bertindak sebagai urusetia mesyuarat yang menetapkan tarikh, memastikan mesyuarat diadakan dua (2) kali sebulan dan menyediakan minit mesyuarat dan maklumbalas untuk edaran  Mengedarkan makluman keputusan Jawatankuasa OSC terhadap kelulusan cadangan pemajuan kepada Pentadbir Tanah; meliputi permohonan pemajuan tanah di bawah seksyen 124A dan 204D Kanun Tanah Negara  Mengumpul kertas perakuan untuk diangkat ke Mesyuarat Majlis Penuh. 4.0 VISI Penubuhan Pusat Setempat ini adalah untuk mengurangkan karenah birokrasi di dalam prosedur dan proses cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di pihak berkuasa tempatan. 5.0 MISI Melaksanakan penambahbaikan terhadap prosedur dan proses sedia ada bagi cadangan pemajuan selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam yang melibatkan penambahbaikan ke atas mekanisme memproses permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak melalui Pelaksanaan Pusat Setempat di bawah konsep ‘Bina Kemudian Jual’ dan ‘Jual Kemudian Bina’.

[close]

Comments

no comments yet