Koridor MPK Edisi April 2014

 

Embed or link this publication

Description

Koridor MPK Edisi April 2014

Popular Pages


p. 1

2014 Siri 1 E-mel : mpk@mpkemaman.gov.my http://mpk.terengganu.gov.my KORIDOR Lawatan Majlis MPK Perbandaran Pasir Gudang YM Tuan Noryati T. Padan ketua kumpulan D`Cakna menerima hadiah dan piala daripada YB Dato’ Haji Mazlan b. Ngah, SUK Terengganu Merakyatkan Pembangunan Kemaman Taklimat yang disampaikan oleh En. Abd Hadi b. Wahab, Pengarah JKPM, turut serta ialah Pengarah JKP, En. Nazwawi dan Penolong Pengarah Pelesenan, MPK, En. Zahari Embong Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan MENARIK DI DALAM : M/S : 1 & 28 Promosi ‘River Cruise’ M/S Kunjungan Johor Petroleum Development Corp. :2 Promosi ‘River Cruise’ [ Mudik melalui Jeti TRMZ di sepanjang Sungai Yak Yah Kg. Bukit Kuang, Kemaman, dengan bot 300hp muatan seramai 48 orang dalam satu masa ] M/S :3 Lawatan Majlis Perbandaran Pasir Gudang M/S : 10 Penyerahan Perjanjian Kontrak MPK M/S : 12 Pembinaan Sangkar Buaya Jejulong M/S : 13 Lihat M/S 28 Operasi Bersepadu Pasar Malam 1

[close]

p. 2

Program Sambutan Lawatan & Dilawati 2 Kunjungan Johor Petroleum Development Corporation Berhad ke MPK YBhg. Tuan Haji Mustafar Khalid, Yang Dipertua, MPK meraikan peserta delegasi lawatan JPDC En. Shukri b. Ariffin Pengarah Jab. Perancang Bandar & Desa , MPK menyampaikan taklimat kepada delegasi JPDC 13 Mac : Lawatan daripada JPDC ke Majlis Perbandaran Kemaman bagi meninjau pembangunan petroleum di kawasan MPK. Mereka adalah pihak yang bertanggungjawab untuk Pembangunan Pengeran, Kota Tinggi, Johor sebagai pusat petroleum. Rombongan ini ingin berkongsi pengetahuan tentang industri petroleum. Kehadiran mereka disambut oleh Yang Dipertua dan pengarah jabatan. Taklimat berkaitan pembangunan Kemaman sebagai bandar industri petroleum di sampaikan oleh En. Mohd Shukri b. Ariffin , Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa. En. Safuan b. Ismail, wakil YDP Majlis Perbandaran Dungun turut hadir bagi menjawab permasalahan yang timbul di kawasan masing-masing. Turut berkongsi maklumat ialah En. Abd. Halim b. Mamat, Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MPK En. Abd. Hadi Bertukar-tukar cenderahati antara Tuan Haji Mustafar Khalid, YDP, MPK dengan En. Rosman Mohd Sedek Ketua Delegasi JPDC b. Wahab, Pengarah, Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat dan Tuan Haji Zahari b. Embong, Ketua Bahagian Pelesenan. Kehadiran semua pengarah jabatan pada hari ini adalah bagi menjawab permasalah jika diajukan soalan. Persoalan yang diajukan berkenaan fi pelesenan dan masalah perundangan ketika bermulanya pembangunan.

[close]

p. 3

3 Program Sambutan Lawatan & Dilawati Taklimat yang disampaikan oleh En. Abd Hadi b. Wahab, Pengarah JKPM, turut serta ialah Pengarah JKP, En. Nazwawi dan Penolong Pengarah Pelesenan, MPK, En. Zahari Embong Lawatan Majlis Perbandaran Pasir Gudang Lawatan Majlis Perbandaran Pasir Gudang En. Yusof b. Wahab Ketua Jab. Perkh. Perbandaran dan Pelesenan Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor 29 Jan : Lawatan Majlis Perbandaran Pasir Gudang ke Majlis Perbandaran Kemaman yang diketuai oleh En. Yusof b. Abd. Wahab, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pelesenan. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan lesen tangki penyimpanan minyak. Rombongan seramai 17 orang peserta itu diberi taklimat dan penjelasan oleh Ketua Bahagian Pelesenan MPK, YBhg. Tuan Haji Zahari b. Embong. Penjelasan beliau berkisar kepada permohonan dan borang yang digunakan oleh MPK, Undang-undang yang digunapakai oleh MPK dan caracara penyimpanan minyak termasuk pengiraan simpanan minyak di daerah Kemaman seawal proses pelesenannya semenjak petroleum dijumpai beberapa tahun lalu. Lawatan ini dipengerusikan oleh En. Abd. Hadi b. Wahab, Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat dengan dihadiri sama oleh Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Penolong Pegawai Penerangan MPK, Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran, Bahagian Pelesenan. En. Abd. Hadi b. Haji Wahab Pengarah Jab. Korporat & Pemb. Masyarakat Majlis Perbandaran Kemaman Tuan Haji Zahari b. Embong Ketua Bahagian Pelesenan, MPK menyampaikan taklimat kepada rombongan MPPG

[close]

p. 4

2013 - 2015 PENASIHAT Y. Bhg. Tuan Haji Mustafar b. Khalid ydp@mpkemaman.gov.my KETUA EDITOR Y. Berusaha Tuan Haji Shahidan b. Embok Setiausaha, Majlis Perbandaran Kemaman su@mpkemaman.gov.my Sidang Re daksi YM Tuan Noryati T. Padan ketua kumpulan D`Cakna menerima hadiah dan piala daripada YB Dato’ Haji Mazlan b. Ngah, SUK Terengganu Kata Ketua Editor Assalamualaikum WBT Innalillahiwainnalillahhirrajiun, Tahun 2014 kita dikejutkan dengan satu lagi “TRAGEDI’ yang seolah-olah tidak bernokhtah. Kehilangan pesawat MH370 yang masih misteri sehingga kini, menjadikan kita semua sebak akan nasib yang menimpa kru dan penumpang MAS tersebut. Harapan hanya tinggal harapan. Sesungguhnya kita di pihak yang lemah. Kita berdoa dengan harapan Allah membongkar misteri ini secepat mungkin, semoga semuanya kembali normal. Buat warga MPK, semoga ianya menjadi satu teladan yang Allah lontarkan kepada kita. Moga kita dapat menguatkan lagi usaha dan bekerja dengan lebih keras, bukan setakat diri kita tetapi yang lebih penting, mendidik anak cucu kita agar mereka dapat meneruskan kesinambungan Malaysia menjadi sebuah negara yang bukan sahaja maju dan disegani di segi keilmuan. Kita berharap generasi kita pada masa depan dapat menguasai cabang ilmu pertahanan dan teknologi angkasa di samping dapat mengeluarkan teknologi canggih untuk kemaslahatan manusia seluruhnya. Pra syaratnya hindarilah diri dari permasalahan antara pasangan, agar anak-anak tidak teracun minda sepanjang tempoh pembelajarannya. Bantulah mereka dengan sifat-sifat mulia yang ditunjukkan. Akhirnya saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua di atas kejayaan Majlis Perbandaran Kemaman memperolehi 4 Bintang dalam “Penarafan Bintang” perkhidmatan awam bagi tahun 2014/2015 serta terpilih sebagai 10 agensi di Terengganu untuk di inspektorat keselamatan perlindungan kerajaan. Sekian, wassalam. Tuan Haji Shahidan b. Embok Setiausaha, Majlis Perbandaran Kemaman su@mpkemaman.gov.my PEN. KETUA EDITOR En. Abdul Hadi b. Haji Wahab Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat ahadi@mpkemaman.gov.my SIDANG EDITOR En. Mohd Khairul Maswan b. Mohd Redzuan khairul@mpkemaman.gov.my En. Zulkifli b. Tahar ztahar@mpkemaman.gov.my En. Muhammad Hilmi b. Awang hilmi@mpkemaman.gov.my Tuan Haji C.W Zahari b. C.W Ahmad cwzahari@mpkemaman.gov.my En. Mohd Noor b. Ali mnoor@mpkemaman.gov.my Puan Nor Rasyidah bt. Awang nrasyidah@mpkemaman.gov.my Puan Siti Rahayu bt. Mamat rahayu@mpkemaman.gov.my En. Roslan b. Abdullah roslan@mpkemaman.gov.my URUSETIA/EDITOR Puan Suraida bt. Mohd Ghazali suraida@mpkemaman.gov.my Puan Wan Zaridah bt. Wan Hamdan wzaridah@mpkemaman.gov.my REKABENTUK GRAFIK, PERUNDING/PENULIS BERITA & JURUFOTO En. Nor Saeran b. Abd. Wahab saeran@mpkemaman.gov.my KoridorMPK merupakan buletin yang diuruskan oleh Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat untuk Majlis Perbandaran Kemaman. Sumbangan artikel amat dialu-alukan. Sila hantarkan sumbangan kepada:KoridorMPK d/a:Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kemaman, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman. atau sila emel kepada nsaeran@gmail.com.my Senamrobik: Memupuk Budaya Sihat Warga MPK 29 Apr : Program senamrobik mingguan pada setiap hari Selasa bertujuan memupuk budaya sihat kakitangan. Senamrobik ini adalah terbuka kepada semua kakitangan.

[close]

p. 5

Aduan MPK 5 5 Aduan & Seminar & Perbincangan Di Tapak LATIHAN KESIHATAN Lawatan Setiausaha & JK eADUAN Meninjau aduan di lokasi serta membincangkan cara mengatasinya terus di tapak 25 Mac : Program turun padang adalah menjadi keutamaan bagi Setiausaha, MPK apabila sesuatu aduan yang diterima tidak dapat diselesaikan di peringkat mesyuarat. Beliau akan mengaturkan satu hari untuk lawatan tapak bagi mencari rumusan yang terbaik dalam usaha menyelesaikan permasalahan aduan yang berbangkit. Kebiasaannya beliau akan turun padang sehari selepas tidak mendapat kata putus dalam mesyuarat eADUAN yang diadakan setiap 2 kali sebulan. Gambar menunjukkan ahli jawatankuasa eADUAN meninjau dan berbincang untuk menyelesaikan aduan kesesakan trafik laluan alternatif di Jalan Dato 2, Cukai, Kemaman. Aduan Biro Pengaduan Awam Aduan BPA di Taman Meraga Beris, Kijal Kemaman 25 Apr : Tuan Haji Shahidan b. Embok, Setiausaha, MPK serta beberapa orang pengarah dan pegawai MPK turun padang bagi mengenalpasti masalah teknikal pembinaan longkang baharu yang dihadapi oleh penduduk Taman Meraga.

[close]

p. 6

Sudut Agama & Tazkirah Tahunan 6 Ceramah Maulidur Rasul 1435H Al-Fadhil Ustaz Roslan b. Mohamad Pensyarah Kanan Universiti Malaya 9 Jan : Kehadiran Ustaz Roslan bin Mohamad ke Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk “Kami Cinta Rasulullah SAW”. Kehadiran ramai kakitangan MPK yang menjadi pilihan Allah ini membuatkan rasa terharu penceramah di atas sambutan yang diberikan. Mukaddimah dimulakan dengan ucapan takziah kepada warga MPK yang ditimpa musibah banjir pada akhir tahun 2013 yang lalu. Setiap warga MPK yang terkena banjir hendaklah banyak bersabar di atas apa yang berlaku, kerana ia akan menambah keimanan kepada Allah Taala. Al-Fadhil ustaz berdoa agar Allah mengganti dengan sesuatu yang lebih baik. Kehadiran beliau kali kedua yang sebelum ini mengadakan kuliah maghrib di Masjid Pengkalan Pandan, Cukai, Kemaman dan hari ini di Majlis Perbandaran Kemaman menyampaikan risalah agama. Intipati ucapan beliau antaranya, Sambutan Maulid ArRasul di pelbagai peringkat diadakan bagi mengingati Rasulullah SAW. Makna Maulid ArRasul dikupas dengan maksud. Tokoh Barat telah mengkaji batang tubuh Muhammad SAW, mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bukan anti kristian tetapi adalah manusia yang membangunkan manusia. Beliau mencadangkan agar setiap orang yang cintakan rasulullah, hendaklah membaca kitab sirah Nabi Muhammad SAW. Pastikan setiap rumah mesti memiliki kitab yang membicarakan sirah rasullulah dan membacanya. Beliau mengingatkan sesiapa mempunyai kitab berkaitan, tetapi tidak membacanya, seolah- olah pemilik tidak suka kedatangan tetamu tersebut. “Jika sekiranya baginda datang ke rumah anda, persoalannya adakah anda mengenali batang tubuh beliau”. beliau mengingatkan agar belajarlah mengenali batang tubuh dan keperibadian beliau. Bilal Ibn Rabah, hari pertama kewafatan baginda rasulullah, tidak dapat menyebut kalimah Muhammadar Rasulullah. kerana menangis rindu kepada jujungan besar yang disayangi. Sepatutnya jiwa, perasaan, hati, kemahuan, kehendaki kita bersama nabi semakin menebal dengan baginda rasulullah. Beliau mengingatkan pendidikan agama akan melahirkan insan yang berkemanisan iman dalam beramal. Beberapa ramai umat Islam yang mempunyai seribu satu macam kelebihan dan kemewahan, tetapi hati masih kosong, kerana agama tidak ada pada diri dan iman yang lemah. Beliau memberi tip agar pelahap kepada amalan agama dan merebut seberapa banyak kelebihan untuk dibawa ke akhirat. Tiada guna mempunyai 10/12A tetapi tidak solat dan beramal dalam agama. Meminjamkan dan memanjangkan kata-kata YBhg. Dr. Muhaya, sebagai bapa untuk melahirkan rumah tangga dengan warna-warna keimanan dan kebahagiaan hendaklah reset hati dan minda. Sebagai ayah anda kena pastikan berada di dalam didikan kekeluargaan yang positif. Setiap bapa kena ada unsur kebaikan dalam hidup, agar anak-anak yang dilahirkan memiliki kebaikan. Dalam pengibadatan amalan membaca alQuran suatu keperluan, gunalah masa-masa yang ada untuk membacanya walaupun 10 minit sehari sudah memadai. Janganlah ucapkan kata-kata tidak sempat untuk membaca Quran dek kerana urusan hidup seharian. Dalam beribadat tidak perlu banyak tetapi kesinambungan harian yang akan melahirkan qualiti ibadat. Janganlah amalkan sikap tidak bertegur sapa dengan jiran tetangga. Beliau menutup ceramahnya dengan menjawab soalan yang diajukan. antara soalan yang ditanya ialah berkaitan “RASUL MELAYU” dengan panjang lebar, yang peliknya cerdik pandai turut menjadi pengikutnya. 6

[close]

p. 7

7 Sudut Agama & Tazkirah Tahunan Ceramah Pengenalan Pengurusan Harta Pusaka (FARAID) Menurut Pandangan Islam YBhg. Tuan Haji Abdul Hamid b. Mohd Jais, Ketua Penolong Qadhi Daerah Pekan Pahang Darul Makmur 22 Feb : YBhg. Tuan Haji Abdul Hamid b. Mohd Jais, Ketua Penolong Qadhi Daerah Pekan, Pahang Darul Makmur telah dijemput untuk memberi ceramah dalam program “Pengenalan Pengurusan Harta Pusaka (FARAID) Menurut Pandangan Islam”. Beliau menghuraikan hal-hal pembahagian harta pusaka di zaman Islam dan Jahiliyah. Beliau juga menekankan bahawa ilmu faraid adalah ilmu yang pertama sekali di angkat ke langit. Waris yang layak memperolehi harta pusaka ialah suami jika isteri meninggal, isteri jika suami meninggal, bapa si mati, ibu simati, anak lelaki simati dan anak perempuan si mati dan dijelaskan hal-hal berkait dengan harta pusaka tersebut dan pembahagiannya. Banyak pertanyaan dan kemuskilan telah diajukan dan dijawab oleh penceramah dengan baik dan memberi puashati mereka. Setiap jawapan disusuli dengan perkiraan yang tepat dan memberi contoh yang bersesuaian. Beliau memberi amaran akan azab yang akan dihadapi oleh pemakan harta anak yatim jika memakan harta anak yatim. Beliau menasihat agar setiap orang beramallah dengan syariat Allah, pembahagian secara faraid adalah wajib dalam Islam. Islam melebihkan lelaki dalam hal faraid kerana lelaki adalah penanggung nafkah kepada seseorang perempuan.

[close]

p. 8

Program & Aktiviti TADIKA MPK 8 Program Gotong Royong TADIKA 2014 26 Feb : Aktiviti gotong-royong ini bertujuan mengembalikan keceriaan tadika dan memupuk muafakat ibubapa yang anak-anak mereka sedang menuntut di tadika ini. Aktiviti ini juga melambangkan kerjasama antara ibubapa dan guru dalam memastikan halatuju tadika sentiasa baik. 27 Feb : Program tahunan Solat Hajat & Bacaan Yasiin untuk tadika telah diadakan dengan kehadiran ibu bapa yang berkelapangan untuk aktiviti program ini. Tujuan diadakan solat hajat dan bacaan Yasiin adalah untuk memohon agar Allah SWT memberi kerahmatan kepada aktiviti tadika ini. Solat Hajat & Bacaan Yasiin Tadika MPK-Perpaduan BULETIN Penjagaan Alam Sekitar

[close]

p. 9

9 Kumpulan KIK & Aktiviti ANULAE Kawasan Taklimat Penyelarasan KIK De’ Cakna 2014 30 Jan : Taklimat persediaan kumpulan KIK De’ Cakna yang telah diadakan di Bilik Seri Intan, bagi membincangkan hal-hal pengemaskinian rekod dan memantapkan dokumen. Penyampaian Cek Kecemerlangan ANULAE 13 Mac : Penyampaian sumbangan kecemerlangan UPSR telah diadakan di bilik Setiausaha, Majlis Perbandaran Kemaman. Seramai 4 orang anak kakitangan MPK yang cemerlang 5A UPSR bagi tahun 2013, menerima sumbangan melalui penjaga masing-masing. Sumbangan cek disampaikan oleh Tuan Haji Shahidan b. Embok, Setiausaha MPK di saksikan oleh Tuan Haji Mohamad Rozali bin Sulong, Pengerusi Anulae Kawasan Kemaman dan pengarah-pengarah jabatan. SENARAI PENERIMA SUMBANGAN : Adik Amir Ahmad Shakir b. Nor Hisham Adik Yus Amierah bt. Yusliza Adik Nur Fatin Fatihan bt. Hamzah Adik Muhd Shahrulnizam b. Rosmadi

[close]

p. 10

Berita & Operasi JKAS 10 YM Tuan Noryati T. Padan ketua kumpulan D`Cakna menerima hadiah dan piala daripada YB Dato’ Haji Mazlan b. Ngah, SUK Terengganu YBhg. Tuan Haji Mustafar Khalid menyampaikan ucapan BULETIN Majlis Penyerahan Perjanjian Kontrak Penjagaan Alam Sekitar Pembersihan Kawasan MPK 26 Feb : Majlis Penyerahan Perjanjian Kontrak Pembersihan Kawasan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mustafar b. Khalid, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kemaman yang melibatkan 28 kontraktor pembersihan kawasan. Kawasan pembersihan yang dimaksudkan adalah bermula daripada sempadan Kemaman-Kuantan sehinggalah sempadan Kemaman-Paka. Tuan Yang Dipertua memberi peringatan kepada semua kontraktor agar memastikan kawasan di bawah seliaan kontrak berada dalam keadaaan cemerlang dan mematuhi spesifikasi kerja yang telah ditetapkan. Tuan Yang Dipertua, MPK juga meminta supaya memberi penekanan terhadap masalah kutipan sampah supaya mengikut jadual yang ditetapkan. Perkhidmatan pembersihan ini juga perlulah setaraf dengan kemajuan dan pembangunan hari ini bagi memastikan daerah Kemaman sebuah bandar yang indah dan bersih.

[close]

p. 11

11 Berita & Operasi Perundangan Taklimat Penyediaan Notis Tunggakkan Sewa & Pelanggaran Syarat Perjanjian Sewa untuk Sistem Sewaan MPK Penolong Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta (Kiri) & Penolong Pengarah Jabatan Undang-Undang (Kanan) yang turut hadir dalam sesi penyediaan notis tunggakan tersebut Puan Hajjah Sina Suria bt. Ramli Pengarah Jab. Undang-Undang Majlis Perbandaran Kemaman dalikan lah mengen pakai te K P M , n a diguna ndang batan Peru an sewa yang akan san Harta. Ja h ra a g n e mli, P perjanji Penguru Suria bt. Ra enilaian & h Puan ran syarat Hajjah Sina sewa dan pelangga likan oleh Jabatan P arta yang diwakili ole ahab n a u P : b a H n d W e n n ka t. e F a b sa ik g a 13 ng uru nd Puan Roszit ian & Peng an notis tu bt. tem ini aka perbincang m Sewaan MPK. Sis antara Jabatan Penila smawi b. Zakaria dan M Tuan Suzita Akmal o n Y te R , is l ka g S u a n i d d lo b lu ia u A d la S . i e in m En an a bt. Idris, ulaini bt. W an dua hala Perbincang agang, Puan Normaiz akili oleh Puan Wan Z D iw Norlaili bt. Perundangan yang d rudin b. Wan Mamat. a n dan Jabata ad dan En. Wan Nash m a h o M n a Tu Program Rangsangan Minda Permata 27 Mac : Program yang dikelolakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga ini melibatkan ibubapa serta kanak-kanak taska berumur tiga (3) dan empat (4) tahun daripada semua taska Permata Keluarga di Daerah Kemaman. Ia diadakan di Bangunan Yayasan Pembangunan Keluarga Gong Limau, Kemaman. Aktiviti yang dijalankan ialah setiap ibubapa diberikan satu kotak yang mengandungi beberapa jenis permainan. Ibubapa akan mengenalpasti minat anak-anak terhadap mainan tersebut dan bermain bersama-sama. Dalam tempoh tertentu, ibubapa akan menukar kotak tersebut dengan ibubapa lain. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi ruang kepada ibubapa untuk meluangkan masa bersama anak masing-masing. Selain daripada itu, ibubapa boleh menggunakan permainan yang disediakan untuk merangsang minda anak-anak. Di samping itu juga, dengan satu kotak ibubapa boleh mempelbagaikan aktiviti dengan anak dan memenuhi masa yang diperuntukkan dengan sebaiknya.

[close]

p. 12

Berita & Promosi TRMZ 12 BULETIN Penjagaan Alam Sekitar Pembinaan Sangkar Buaya Jejulong Di Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman 6 Mac : Majlis Pelancaran Gotong Royong Pembinaan Sangkar Buaya Jejulong telah diadakan di Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mustafar b. Khalid, Yang Dipertua, MPK. Program yang dimulai dengan menandatangani plak yang menandakan pembinaan sangkar secara bergotong royong, konsep yang digerakkan bagi menjayakan harapan dan citacita Yang Dipertua, agar terbina sesuatu itu dengan muafakat warga MPK. Menurut Yang Dipertua, MPK mampu untuk mengeluarkan tender bagi pembinaan sangkar ini, tapi MPK tidak melakukannya kerana ingin melihat terbinanya sangkar tersebut di atas semangat kerjasama antara warga kerja MPK. Majlis ini akan membuktikan kepada semua bahawa asas gotong royong yang diadakan boleh mengukuhkan jalinan kerjasama antara warganya. Selain kehadiran pegawai dan kakitangan MPK, pembinaan sangkar ini juga dihadiri oleh sebilangan pegawai daripada Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Ahli MajlisAhli Majlis MPK dan kakitangan TRMZ itu sendiri. Pembinaan sangkar seluas 20’ x 60’ kaki persegi itu akan menempatkan spesis Buaya Jejulong yang merupakan satu lagi daya tarikan TRMZ. Disamping itu, aktiviti membersihkan kawasan TRMZ turut dijalankan sebagai sebahagian pengisian acara gotong royong ini.

[close]

p. 13

13 Berita & Operasi Pelesenan YBhg. Tuan Haji Mustafar b. Khalid, Yang Dipertua, MPK (Kanan) beserta pegawai di salah sebuah gerai makanan Operasi Bersepadu Bersama Yang Dipertua, MPK Di Pasar Malam Cukai 6 Mac : Operasi bersepadu yang melibatkan 28 orang kakitangan MPK dan Jabatan Kesihatan Daerah Kemaman telah diadakan di Pasar Malam Jalan Padang, Kemaman (ia merupakan salah satu destinasi beli belah malam minggu warga Cukai). Tujuan operasi ini diadakan adalah bagi memantau tahap kebersihan dan pematuhan syarat-syarat pelesenan terhadap 100 orang peniaga pasar malam terutamanya yang berniaga makanan dan minuman. Operasi pasar malam ini diketuai oleh Yang Dipertua MPK, Tuan Haji Mustafar b. Khalid. Sebanyak 31 kompaun telah dikeluarkan ke atas peniaga Pasar Malam ini yang melibatkan kesalahan seperti tidak menyediakan tong sampah, menggunakan peralatan tidak bersih, tidak menutup makanan, tidak memakai apron dan penutup kepala dan mengendalikan makanan secara tidak bersih. Tuan Yang Dipertua juga turut memberi nasihat dan amaran kepada semua peniaga agar memastikan tahap kebersihan diutamakan bagi mengelakkan masalah penyakit bawaan air dan makanan. Pegawai yang turut serta dalam operasi yang diketuai oleh Yang Dipertua ini ialah beberapa wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman yang diketuai oleh En. Khalid b. Musa, En. Zulkifli b. Tahar, Pengarah Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, MPK, Tuan Haji Zahari b. Embong (Ketua Bahagian Pelesenan MPK), Puan Siti Rahayu bt. Mamat, Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran (Kanan), Bahagian Kesihatan Awam.

[close]

p. 14

Program Sambutan Lawatan & Dilawati 14 Yang Dipertua, MPK mempengerusikan perbincangan tersebut BULETIN Penjagaan Alam Sekitar Perbincangan Mengenai Pusat Karaoke & Kafe, Karaoke Box dan Snooker di Kemaman 10 Mac : YBhg. Tuan Haji Mustafar b. Khalid, Yang Dipertua, MPK mempengerusikan perbincangan mengenai pusat karaoke & kafe, karaoke box dan snooker di Kemaman. Persatuan Masjid Daerah Kemaman, PIBG, NGO dan JKKK mengambil inisiatif berbincang dengan Majlis Perbandaran Kemaman agar penjelasan mengenai aktiviti mereka yang turut menjual arak dapat dipantau. Menurut wakil persatuan aktiviti pusat karaoke ini membuatkan anak-anak bangsa menjadi semakin bercelaru. Suatu pendekatan dan pandangan hendaklah diketengahkan agar gejala yang tidak baik dihindarkan dari masyarakat setempat. Prosedur Kerja Pekerja Kontrak Pembersihan MPK 18 April : Satu taklimat khusus berkenaan ‘Prosedur Kerja Pekerja Kontrak Pembersihan di Kawasan Majlis Perbandaran Kemaman, telah diadakan di Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman. Taklimat tersebut di adakan selama 5 hari dari 18 April - 19 April 2014 dan 24 April - 26 April 2014. Jumlah pekerja yang terlibat dengan taklimat tersebut seramai 890 orang di mana ia diadakan dari jam 2.30 petang - 5.00 petang. Taklimat disampaikan oleh Pengarah, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar dan beberapa orang pegawai yang terlibat dengan pengendalian kerja-kerja kontrak. Taklimat ini dikhususkan k e p a d a kontraktor baru yang bagi tempoh kontrak 2014/2017. En. Adnan b. Abu Bakar menyampaikan taklimat prosedur kerja pekerja kontrak kebersihan

[close]

p. 15

15 Seminar, Taklimat & Bengkel Ceramah Dalaman Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh En. Ahmad Sheikh Abd. Rrahim, Pengarah JTM, MPK Cik Azreena bt. Mohd Norawi Pegawai Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu Kehadiran pegawai/kakitangan MPK pada majlis anjuran MPK-Anulae Kawasan Kemaman pada program tersebut Taklimat Pengurusan Keselamatan Perlindungan Pejabat 26 Jan : Taklimat Pengurusan Perlindungan Pejabat telah diadakan di Dewan Sri Geliga, MPK oleh Cik Azreena bt. Mohd Norawi, dari Majlis Keselamatan Negara, Negeri Terengganu. Semua pegawai dan kakitangan MPK dijemput untuk memahami hal-hal pengurusan keselamatan perlindungan pejabat dalam konteks Majlis Perbandaran Kemaman. Antara objektif taklimat ini ialah memberi kefahaman berhubung dasar keselamatan perlindungan di jabatan/agensi kerajaan, meningkatkan sikap tanggungjawab individu dan sentiasa berwaspada dalam melaksanakan tugas, meningkatkan tahap kualiti keselamatan perlindungan di jabatan/agensi kerajaan. Beliau menceritakan tentang arahan keselamatan yang menjadi tugas Pegawai Keselamatan yang bekerja di Jabatan Keselamatan. Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah sebahagian dokumen yang perlu diketahui oleh penjawat awam. Arahan Keselamatan perlu dipatuhi oleh semua jabatan dan agensi kerajaan. Buku arahan keselamatan dikeluarkan pada tahun 1980 yang terbahagi kepada 3 perkara iaitu Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi. Beliau menghuraikan kaitan yang membocorkan maklumat jabatan dan klausa yang boleh digunakan dalam mengambil tindakan yang bersesuaian. Terdapat 96 perkara yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam dalam Arahan Keselamatan tersebut. Arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh jemaah menteri. tujuan utama ialah untuk menetapkan darjah keselamatan untuk dilaksanakan oleh semua jabatan kerajaan, antaranya Keselamatan Perlindungan Fizikal ke atas bangunan dan pepasangan daripada sebarang ancaman, keselamatan perlindungan dokumen dan maklumat daripada ancaman dan keselamatan perlindungan peribadi bagi mempastikan kesetiaan / kejujuran personel. Pengwujudan pegawai keselamatan jabatan atau PKJ juga disentuh bagi Keselamatan Inspektorat Keselamatan Perlindungan Mengejut. Pengwujudan pegawai bertugas yang akan membuat pemeriksaan ke atas dokumen yang. Pengurusan dokumen terperingkat setiap jabatan diwujudkan bagi menerima, memproses, menyimpan dan menghantar dokumen terperingkat sebagai pendaftar rahsia. Di sana akan wujud kategori dokumen samada ia terbuka, sensitif, bernilai atau rahsia rasmi. Ia diselia oleh seorang penjawat awam yang berjawatan tetap sebagai pendaftar rahsia. Pendaftar rahsia akan menentukan orang yang mendapat kebenaran ekses kepada rokumen rasmi atau rahsia rasmi kerajaan atau mencegah dan menghalang orang yang mempunyai ekses daripada mengkomprominya atau membantu siasatan dalam kegiatan espionaj, kebocoran dan pelanggaran keselamatan dokumen.

[close]

Comments

no comments yet