Ucapan Bajet Tahun 2006

 

Embed or link this publication

Description

Ucapan Bajet Tahun 2006

Popular Pages


p. 1

UCAPAN BAJET TAHUN 2006 BAGI NEGERI MELAKA OLEH Y.A.B. DATUK SERI HJ. MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM KETUA MENTERI MELAKA KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2006 DI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA 24 OKTOBER 2005 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, Saya mohon mencadangkan supaya suatu rang undangundang bertajuk “Satu Enakmen Perbekalan (2006) 2005” untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2006. Dibaca bagi kali kedua. Pendahuluan Yang Berhormat Datuk Speaker, 1. Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya, saya dapat membentangkan Bajet -1-

[close]

p. 2

Negeri Melaka bagi tahun 2006 di dewan yang mulia ini. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan hadirin yang beragama Islam. Bajet 2006 ini adalah amat penting kerana ia merupakan bajet tahun pertama bagi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9). Ia juga merupakan fasa kedua pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) dan merupakan tahun permulaan bagi penggal terakhir Negeri Melaka menuju ke arah Negeri Maju Menjelang Tahun 2010. 2. Untuk makluman dewan yang mulia ini, Bajet Kerajaan Negeri telah diselaraskan dengan halatuju Bajet Kerajaan Persekutuan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi di Dewan Rakyat pada 30 September, 2005 yang lalu. Pada Tahun 2006, Kerajaan Negeri sekali lagi membentangkan Bajet Lebihan (Surplus) dengan lebihan sebanyak RM865,382.00. Ini bermakna hasil-hasil Kerajaan Negeri dijangka dapat dikutip lebih daripada telah yang dibelanjakan, manakala perbelanjaan dirancang secara berhemah dan lebih cekap. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan memastikan perbelanjaan mengurus seperti tanggungan, operasi dan projek pembangunan tidak terjejas. -2-

[close]

p. 3

Yang Berhormat Datuk Speaker, Pertumbuhan Ekonomi Yang Memberangsangkan. 3. Tahun 2006, merupakan permulaan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) Kerajaan Negeri telah merancang sebanyak 158 projek memberi penekanan dengan siling peruntukan yang terhadap semua sektor bagi dicadangkan sebanyak RM1.085 Billion. RMK-9 akan terus meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka serta memberi manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang. 4. Dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) Negara dan Negeri Melaka khususnya mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat kecuali pada tahun 1998 apabila negara dilanda krisis ekonomi yang teruk. Walaubagaimanapun dengan usaha gigih semua pihak, ekonomi negeri kembali mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan. Kedudukan Ekonomi Negeri Melaka Januari-Jun 2005 dan Unjuran Julai-Disember 2005 5. Negeri Melaka telah merekodkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik di mana KDNK pada tahun 2004 berkembang sebanyak 7.4% dengan nilai RM7.4 billion. Pada tahun 2005, KDNK Melaka dijangka berkembang secara -3-

[close]

p. 4

perlahan sedikit iaitu di sekitar 6.0 – 6.5%. Kadar berkenaan masih lebih tinggi berbanding dengan pertumbuhan KDNK 5.0% bagi Malaysia. KDNK Melaka dijangka berkembang dari RM7.4 billion dalam tahun 2004 kepada RM8.0 – 8.4 billion pada tahun 2005, manakala pendapatan per kapita Melaka pula dijangka meningkat daripada RM7,759.00 pada tahun 2004 kepada RM18,824.00 dalam tahun 2005. 6. Terdapat beberapa faktor dan tanda-tanda pada yang menunjukkan pertumbuhan yang agak malar tahun 2005:i. Indeks Sentimen Pengguna yang merosot daripada 126.7 mata pada suku tahun pertama 2005 kepada 101.3 mata pada suku tahun kedua dan suku tahun ketiga 2005; ii. Indeks Perdagangan Runcit merosot dalam ketigatiga suku tahun 2005 dari Januari hingga September 2005 dan berada di bawah tahap ”Threshold” 100; dan iii. Indeks lain-lain pasaran yang masih lemah termasuk Indeks Perdagangan Automotif dan Indeks Hartanah . 7. Sumber pertumbuhan bagi tahun 2005 datangnya -4- daripada sektor pertanian dan pelancongan, sementara

[close]

p. 5

sektor perkilangan hanya mampu mempertahankan sumbangan seperti mana dalam tahun 2004. Peningkatan Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan yang pesat dalam harga-harga komoditi pertanian. Yang Berhormat Datuk Speaker, Inflasi 8. Kadar Inflasi Negeri Melaka telah menunjukkan peningkatan daripada 1.9% pada tahun 2004 kepada 2.8% pada suku tahun pertama 2005 (Januari – Mac 2005) dan 3.5% pada suku tahun kedua 2005 (April – Jun 2005). Walaupun angka terkini bagi Melaka masih belum diperolehi, ia masih rendah dari kadar inflasi negara yang telah mencecah paras 3.7% pada bulan Ogos yang lepas. Kadar inflasi yang meningkat ini adalah disebabkan kenaikan harga minyak. Pengangguran 9. Kita bersyukur kadar pengangguran bagi Negeri Melaka adalah yang terendah sekali di Malaysia iaitu 0.9% pada suku tahun pertama 2005 mengikut kajian tenaga buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia. Jumlah penganggur di Melaka adalah seramai 2,300 orang. Walau bagaimanapun angka penganggur ini perlu ditakrif secara berhati-hati kerana ia meliputi hanya penganggur yang berdaftar sahaja. -5-

[close]

p. 6

Pelaburan 10. Dalam tempoh Jan-Jun 2005, jumlah pelaburan yang RM381 juta iaitu bersamaan dengan 38.1% telah diluluskan bagi Negeri Melaka oleh pihak MIDA ialah sebanyak daripada sasaran pelaburan sebanyak RM1 billion setahun. 11. Jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun lepas ialah sebanyak RM1,197 juta. berusaha untuk terus Kerajaan Negeri akan terus pelaburan tambahan menarik sebanyak RM422 juta lagi dalam tempoh Julai – Disember 2005 untuk mempertahankan disasarkan. Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Bajet 2006 12. Pertumbuhan ekonomi di Malaysia yang purata RM1 billion yang memberangsangkan turut mempengaruhi ekonomi Negeri Melaka . Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil langkahlangkah proaktif untuk meningkatkan daya saing bagi menghadapi cabaran Negeri Maju tahun 2010 melalui penyusunan strategi bajet tahun 2006 dengan mengambil tujuh (7) kira keperluan-keperluan rakyat Negeri Melaka. Bajet tahun 2006 Negeri Melaka akan menumpukan kepada strategi berikut:-6-

[close]

p. 7

Pertama: Melaksanakan (Surplus) melalui perbelanjaan memperkukuhkan dasar berhemah sistem Bajet Lebihan hasil dan di samping peningkatan pengesanan kutipan dan tunggakan hasil; Kedua: Melaksanakan langkah proaktif Kerajaan ke arah usaha based Sektor menjana ekonomi lebih tinggi di melalui bidang dan hasil penggunaan teknologi berasaskan pengetahuan (keconomy), Pertanian teknologi secara sistem baru Bioteknologi, Pembuatan dan ICT serta Transformasi lebih ekonomik memperkemaskan tempatan; Ketiga: Menyediakan persekitaran yang mesra dengan infrastruktur nyaman, kawasan kondusif dan utiliti yang sempurna, sistem pengangkutan yang cekap, alam sekitar yang suasana dan serta yang selamat, mewujudkan yang lebih kredit tempat perniagaan pemasaran kemudahan-kemudahan dalam usaha meluaskan peluang perniagaan di bandar untuk golongan bumiputera; Keempat: Memperkasa Sektor Perindustrian Dan Perkhidmatan dengan penekanan dalam bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan dengan -7-

[close]

p. 8

memajukan produk-produk pelancongan baru secara optima seperti Sungai Melaka dan dan mempertingkatkan galakan Pelaburan Pembangunan Industri Tempatan; Kelima: Membangunkan kepada modal insan Sektor yang menjurus dan pemantapan Pendidikan Latihan. Penambahan Institusi-institusi Pengajian Tinggi serta memperkenalkan modul-modul baru untuk menghasilkan graduan-graduan yang berkualiti serta relevan dengan kehendak pasaran. Keenam: Kecemerlangan perkhidmatan Kerajaan melalui peningkatan meningkatkan kecekapan daya saing dalam bagi membuat menghadapi keputusan dan sistem penyampaian dalam usaha cabaran Negeri Maju Tahun 2010; dan Ketujuh: Memantapkan menerusi Warga usaha membina masyarakat seperti Rumahku penyayang dan peningkatan kualiti kehidupan program-program Program Bina Kebajikan Insan, Membasmi Kemiskinan, PPRT, Program Kesihatan, Emas, Syurgaku dan lain-lain Program Pembela; -8-

[close]

p. 9

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Pertama: Melaksanakan peningkatan di samping Dasar hasil Bajet dan Lebihan (Surplus) melalui perbelanjaan sistem berhemah pengesanan memperkukuhkan kutipan dan tunggakan hasil; 13. Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan Bajet Berimbang bagi tahun 2003 dan 2004 manakala bagi tahun 2005 telah mensasarkan Bajet Lebihan. Sasaran yang sama dicadangkan dalam Bajet tahun 2006. Pada tahun 2004 Kerajaan Negeri telah mencapai Bajet Lebihan sebanyak RM2.8 juta manakala defisit kumulatif telah dikurangkan kepada RM 26.63 juta. 14. Tindakan yang proaktif telah diambil untuk meningkatkan kutipan hasil tanah melalui pemberian insentif bayaran cukai kepada orang ramai, cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik. Di samping itu, kutipan cukai bergerak di beberapa kampung bagi tujuan memberi kemudahan pembayar cukai dan pengumuman di radio dan akhbar untuk makluman orang awam. Pada tahun 2006, sasaran kutipan hasil tanah Negeri Melaka RM 63.8 juta. -9- adalah sebanyak RM82.4 juta berbanding tahun 2005 sebanyak

[close]

p. 10

15. khas Pendekatan kepada lain bagi meningkatkan pemilikan Kerajaan hartanah Negeri hasil oleh telah Kerajaan Negeri adalah melalui pemberian pertimbangan permohonan asing. warganegara/syarikat menyenaraikan pembangunan “Natural Heritage Orchard & Country” dengan izin, di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, sebagai salah satu program dalam Home’ dengan izin, untuk ‘Malacca-my Second menarik minat warganegara/syarikat asing membuat pelaburan hartanah di Melaka. Ini adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Persekutuan dalam memperkenalkan program “Silver Hair” dengan izin. 16. Pelaksanaan ‘System Lams” (Land Application Monitoring System) dan diperkenalkan oleh “e-Consent” dengan izin, yang MAMPU dapat memperkemaskan dan memantapkan lagi urusan pentadbiran tanah di Melaka. Sistem e-MMKN masih lagi diguna pakai untuk mendapatkan kelulusan permohonan pembangunan tanah secara online dari Pejabat Tanah dan Daerah ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka untuk diangkat kepada YAB Ketua Menteri. Sistem “e-Consent” juga akan dilaksanakan bagi memudahkan urusan pindah milik dan gadaian. 17. Kerajaan Negeri juga mengambil tindakan tegas kepada penghutang-penghutang Kerajaan yang masih mempunyai tunggakan hasil Kerajaan Negeri. Kerajaan - 10 -

[close]

p. 11

Negeri akan terus mengambil tindakan dengan mengadakan mesyuarat pemantauan tunggakan hasil dengan JabatanJabatan Pemungut Hasil setiap bulan. Pemungut Hasil akan terus Jabatan-jabatan data dan memperkemaskan tunggakan hasil, begitu juga penghantaran notis peringatan (Borang 6A) dan perampasan tanah (Borang 8A) menubuhkan pasukan petugas khas. Usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memungut tunggakan hasil akan dapat RM18.4 membantu juta meningkatkan cukai hasil dan pendapatan Kerajaan Negeri. Sehingga 30 September 2005, sebanyak tunggakan telah dapat dipungut, dengan Pejabat Daerah Melaka Tengah sebanyak RM15.1 juta, Pejabat Daerah Alor Gajah sebanyak RM2.4 juta, dan Pejabat Daerah Jasin sebanyak RM0.87 juta. Sebanyak 613 borang peringatan tindakan (Borang 6A) telah dikeluarkan oleh Pejabat-pejabat Daerah dan 24 borang rampasan tanah (Borang 8A) telah dihantar kepada pemilik tanah yang gagal membuat bayaran. 18. Kerajaan Negeri juga sedang menyemak semula kedudukan penyewa-penyewa rumah pangsa dan rumah awam Kerajaan yang mempunyai tunggakan sewa. Sehingga 30 September, 2005 sebanyak RM2.2 juta telah dapat dipungut oleh Jabatan Ketua Menteri daripada penyewa-penyewa premis dan rumah-rumah pangsa yang berhutang dengan Kerajaan. Walaubagaimanapun masih terdapat RM5.7 juta yang masih tertunggak. JKM menerusi Lembaga Perumahan Negeri dan Perbadanan Ketua Menteri - 11 -

[close]

p. 12

(CMI) sedang membuat bancian terperinci pada semua mereka yang masih berhutang untuk memastikan kedudukan kemampuan membayar dan kemahuan untuk membayar setiap penghuni ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, 19. Walaupun Kerajaan melaksanakan Bajet Lebihan, dan berhemah Ini bagi diambil, Kerajaan tidak akan memastikan matlamat untuk langkah-langkah Negeri Melaka. menjejaskan pelaksanaan projek-projek pembangunan di menjadikan Negeri Melaka Negeri Maju pada tahun 2010 akan tercapai. Strategi Kedua: Melaksanakan langkah proaktif Kerajaan ke arah usaha menjana ekonomi lebih tinggi melalui penggunaan teknologi berasaskan pengetahuan (k-Based Economy), teknologi baru di bidang Bioteknologi, Pembuatan dan ICT serta Transformasi Sektor Pertanian secara lebih ekonomik dan memperkemaskan sistem pemasaran hasil tempatan; A) Penggunaan Teknologi Berasaskan Pengetahuan (k-Based Economy) 20. Kerajaan Negeri Melaka melalui bahagian k-Ekonomi - 12 - telah menyediakan Program Pembinaan Laman Web bagi

[close]

p. 13

kemudahan peniaga dan usahawan di negeri ini yang ingin mempromosikan produk-produk atau membuat tempahan daripada mana-mana pihak dengan cepat dan betul. Sehingga 21 September, 2005 seramai 76 peserta telah menyertai program tersebut. Program ini dapat membantu peserta mewujudkan laman web untuk memasarkan produknya seperti pakaian, cenderamata dan kraftangan, makanan seperti gula melaka dan lain-lain produk . B) 21. Teknologi Baru Di Bidang Bioteknologi Melaka merupakan negeri terawal mewujudkan Institut yang baik di bidang tersebut. Bahagian Bioteknologi dan merupakan negeri teratas mempunyai infrastruktur Bioteknologi, Jabatan Ketua Menteri telah diperbadankan pada 1 Januari 2005. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.0 juta pada tahun 2005 dan tambahan diberikan sebanyak RM1.4 juta dalam bentuk ‘one-off’. 22. Sebanyak RM1.65 juta telah dibelanjakan bagi membiayai projek-projek penyelidikan yang dibuat oleh Institut Bioteknologi Melaka (IBM) dalam pelbagai aspek seperti kultur tisu, herba, minyak pati, projek teknologi ‘Dna Marker Technology’ dengan izin, bahan pewarna daripada tumbuhan dan kajian genetik buah-buahan. 23. Projek “Natural Produk & Phytochemistry Lab” dengan - 13 - izin, dijalankan membuat kajian pengeluaran minyak pati,

[close]

p. 14

tumpuan diberikan kepada tumbuhan tropikal yang beraroma dan yang mempunyai nilai perubatan. Kajian ini telah menghasilkan produk berasaskan minyak pati seperti minyak wangi dan penyegar udara. 24. Bagi projek ‘Tissue Culture Of Ornamental Plants” pula yang melibatkan tisu kultur tumbuhan 7 jenis minyak pati telah pun dikomersialkan. kepada penyaringan, pemisahan dan dengan izin, perhiasan, Dalam tahun 2006 aktiviti ini akan diteruskan dengan menumpukan penulenan sebatian aktif tumbuhan. 25. Bagi projek “Formulation And Production Of Novel Local Herbal Tea” dengan izin, (Projek Teh Herba) di antara herba tempatan yang terpilih untuk menghasilkan teh herba ini termasuklah Hempedu Bumi, Tutup Bumi/ Tapak Sulaiman, Sambung Nyawa, Kemangi, Misai Kucing serta Dukung Anak. Kerajaan berharap hasil usaha ini akan menjadikan rakyat Negeri Melaka lebih sihat, ceria dan sejahtera. 26. Kajian bagi projek “Tissue Culture Medicinal & Aromatic Plant” dengan izin, (Tisu Kultur Tumbuhan Perubatan & Aromatik), 50 tumbuhan telah dikumpul dan dikulturkan pada tahun 2005. Di antaranya adalah Pokok Limau Purut, Pokok Kesum, Pokok Kenanga dan Pokok Kesidang. Tahun 2006, anggaran 100 spesis tumbuhan akan dikulturkan. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan - 14 - tumbuhan-tumbuhan

[close]

p. 15

perubatan dan aromatik dalam skala yang kecil sehingga ini, sebanyak 9 spesis tumbuhan telah dikomersialkan. 27. Kajian projek ‘Medicinal Plants Bioassay’ dengan izin adalah untuk mengesan ciri-ciri anti bakteria dan anti fungal (kulat)/anti mikroborganisme daripada tumbuh-tumbuhan perubatan di Malaysia, bagi digunakan di dalam bidang perubatan. Selain itu kajian juga dibuat untuk mengesan ciriciri anti oksidaan dalam tumbuhan untuk tujuan perubatan. Tahun 2005 sebanyak 100 spesis tumbuhan telah disaring dan 11 daripadanya mempunyai ciri-ciri anti bakteria yang baik. Kajian ini akan diteruskan untuk dikomersialkan pada tahun 2006. 28. Kajian-kajian lain yang sedang dibuat termasuklah ‘DNA dan warna Maker Technology’ dengan izin, bagi mengumpul perubatan dan perhiasan, penghasilan bahan mengenalpasti koleksi perbagai jenis dan spesis tumbuhan daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi bagi tujuan pewarna makanan dan alat kosmetik dan “Genetik Transformation Of The Banana” dengan izin yang bertujuan untuk menambahkan zat-zat tambahan di dalam pisang. 29. Dalam bajet 2006, sebanyak RM3.0 di juta telah diperuntukkan untuk membolehkan Perbadanan Bioteknologi Melaka menjalankan kajian-kajian samping mempertingkatkan bidang Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) Bioteknologi. - 15 -

[close]

Comments

no comments yet