Ucapan Bajet Tahun 2007

 

Embed or link this publication

Description

Ucapan Bajet Tahun 2007

Popular Pages


p. 1

UCAPAN BAJET TAHUN 2007 BAGI NEGERI MELAKA OLEH Y.A.B. DATUK SERI HJ. MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM KETUA MENTERI MELAKA KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2007 DI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA 16 OKTOBER 2006 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Saya mohon mencadangkan supaya suatu rang undangundang bertajuk “Satu Enakmen Perbekalan (2007) 2006” untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2007. Dibaca bagi kali kedua.

[close]

p. 2

Pendahuluan Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 1. Dengan rendah diri saya ingin mengangkatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya jua saya dapat membentangkan Bajet Negeri Melaka bagi tahun 2007 di dewan yang mulia ini. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan hadirin yang beragama Islam. 2. Pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-68 kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob yang jatuh pada 14 Oktober 2006 yang lalu. Saya dan keluarga serta seluruh penjawat awam dan semua rakyat Melaka ingin bersama-sama berdoa kehadrat Ilahi semoga TYT Tun Datuk Seri Utama dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Utama Datuk Zurina Binti Kassim sentiasa dirahmati 2

[close]

p. 3

Allah dan berada di bawah perlindunganNya untuk terus menerajui negeri bertuah ini. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 3. Kita juga wajar mengucapkan syabas dan merakamkan setinggi perhargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kerana berjaya merangka Bajet 2007 yang mesra rakyat dan pro bisnes. Bajet yang bertemakan “Melaksanakan Misi Nasional Ke arah Mencapai Wawasan Negara” yang dibentangkan pada 1 September, 2006 lalu merupakan satu agenda untuk memacu perlaksanaan misi nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Ia digubalkan berlandaskan lima teras seperti berikut:pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi; kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’; 3

[close]

p. 4

ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif; keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 4. Kerajaan Negeri komited untuk mengangkat martabat negeri ini ke tahap negeri maju pada tahun 2010. Road map, dengan izin, untuk mencapai tahap tersebut, termasuk gabungan 23 indikator bagi mengukurnya, telah dirangka sejak tahun 2000. Berdasarkan gabungan indikator ini, tahap pencapaian kita ialah 60%. Kita hendaklah berusaha untuk mencapai baki 40% itu dalam tempoh empat tahun dari sekarang bagi membolehkan Melaka mencapai taraf yang sama dengan negara-negara maju yang lain seperti negaranegara Eropah dan Korea Selatan. 5. Baki tempoh empat tahun itu secara kebetulan pula merupakan baki tempoh Rancangan Malaysia Ke-9 yang telah 4

[close]

p. 5

dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Mac yang lalu. Ini bermakna kejayaan RMK-9 akan menentukan kejayaan rancangan Melaka Maju 2010. Justeru rakyat Melaka perlu menggandakan usaha untuk mempastikan kejayaan keduadua rancangan tersebut. Kerajaan Negeri pula, melalui Direktorat Pelaksanaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi dan Pejabat Pembangunan Negeri, akan memantau secara sistematik dan berterusan untuk mempastikan semua projek dan program disiapkan mengikut jadual dan peruntukan kewangan yang diluluskan. akan dinikmati oleh Kajian impak dan faedah yang akan turut dilaksanakan, rakyat sepertimana yang diamanatkan oleh YAB Perdana Menteri. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 6. Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lebih baik dalam suku kedua tahun ini di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 5.9% berbanding 5.5% dalam suku pertama 2006, menjadikan kadar pertumbuhan setengah tahun pertama ini sebanyak 5.7%. Pertumbuhan ekonomi 5

[close]

p. 6

Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar 5.8% pada tahun ini. Prestasi Ekonomi Negeri Melaka Terus Kukuh 7. Beberapa petunjuk utama bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2006 menunjukkan ekonomi Melaka terus kukuh. Nilai jualan sektor pembuatan mengukuh 14.2%, nilai pelaburan yang diluluskan bagi sektor yang sama bertambah 5%, bilangan pelancong menokok 10%, cukai perkhidmatan meningkat 9.2% dan nilai pengeluaran getah dan kelapa sawit masing-masing meningkat 59.7% dan 10% bagi tempoh Januari sehingga Jun 2006 berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. 8. Berdasarkan prestasi yang positif ini, maka ekonomi Melaka pada tahun 2006 yang diukur melalui Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK diramal akan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.4%, satu pencapaian yang baik memandangkan kepada ketidaktentuan ekonomi global. Pertumbuhan ini didorong oleh perkembangan pesat sektor pembuatan dan perkhidmatan, 6 terutama sub sektor

[close]

p. 7

pelancongan. Prestasi sektor pertanian turut membantu pertumbuhan melalui kenaikan pengeluaran dan pengukuhan harga komoditi. Pendapatan per kapita penduduk negeri Melaka bagi tahun 2006 akan mencecah RM22,559.00 atau bersamaan USD14,551.00 dari segi, dengan izin, Purchasing Power Parity. Sasaran per kapita pada tahun 2010 ialah RM26,000.00; ini bermakna kita perlu mengusahakan tambahan sebanyak RM3,441.00 dalam tempoh empat tahun atau RM860.00 setahun. Berdasarkan prestasi ekonomi Melaka enam tahun yang lalu, ianya boleh dicapai! Inflasi 9. Kadar inflasi negeri Melaka bagi tempoh Januari hingga Ogos 2006 mencatatkan kenaikan 4.9%. Kenaikan harga bahan bakar pada 28 Februari 2006 telah mendorong kenaikan kadar inflasi pada bulan Mac dan April tetapi kenaikan itu lebih perlahan pada bulan Mei dan Jun. Walau bagaimanapun, tekanan inflasi telah mengukuh semula pada bulan Julai kesan daripada kenaikan tarif elektrik yang berkuatkuasa pada bulan Jun 2006. 7

[close]

p. 8

10. Pengguna boleh berasa lega kerana pertumbuhan kadar inflasi pada bulan Ogos telah mencatatkan penurunan yang signifikan iaitu sebanyak 0.9 mata berbanding bulan Julai. Kadar pertumbuhan yang lebih perlahan ini memantapkan arah aliran menurun sejak bulan April, 2006. Walau bagaimanapun, kawalan harga perlu diteruskan kerana musim-musim perayaan dalam suku tahun keempat akan memberikan asakan kepada prestasi harga. Namun saya yakin dalam tempoh masa sederhana, tekanan inflasi dijangka akan berkurangan. Kadar Pengangguran 11. Kadar pengangguran di Melaka terus rendah dan terkawal. Kita telah mencatatkan kadar pengangguran yang terendah di Malaysia sejak tahun 1999 hingga 2001 serta tahun 2004 dan 2005. Pada suku tahun kedua 2006, sekali lagi Melaka mencatatkan kadar pengangguran terendah iaitu sebanyak 1.1%; ia lebih baik daripada suku tahun pertama 2006 sebanyak 1.5% dan merupakan suku tahun kali kelapan 8

[close]

p. 9

berturut-turut kita memegang rekod tersebut. Melaka mencapai kadar tahap guna tenaga di penuh bawah Sekaligus, apabila 4% iaitu Buruh mencatatkan penanda aras pengangguran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UN ILO). Kejayaan ini adalah berkat hasil usaha Kerajaan Negeri dan pihak swasta menjana pertumbuhan ekonomi yang membuka banyak peluang pekerjaan. Kerajaan negeri sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat swasta, terutamanya syarikat-syarikat tempatan, terus melabur atau menambah pelaburan mereka dan mendapat keuntungan dari operasi mereka. Pengurangan cukai korporat kepada 27% bagi tahun 2007 dan 26% bagi tahun 2008 oleh Kerajaan Pusat boleh merangsang sektor swasta supaya lebih berdaya saing. 12. Di sebalik pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan ini, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh ekonomi global yang boleh memberi kesan kepada kemampanan pertumbuhan ekonomi Melaka. Antara cabaran itu ialah: 9

[close]

p. 10

pertama: harga minyak yang masih lagi bertahan di tahap yang tinggi iaitu pada paras US$58.68 setong (pada 4 Oktober 2006). Walaupun jatuh ke paras terendah sejak Februari lalu, namun masih lagi berlaku ketidaktentuan harga; kedua: konflik di Asia Barat yang belum menemui jalan penyelesaian yang kekal; ketiga: tekanan inflasi yang menghakis kuasa beli; keempat: kadar faedah di Amerika Syarikat yang telah meningkat turut mempengaruhi kadar faedah negara-negara lain. Contohnya, European Central Bank dan Bank of England telah menaikkan kadar faedah masing-masing; kelima: permintaan terhadap barangan elektrik dan elektronik yang merupakan eksport utama Malaysia dijangka akan lemah atau, dengan izin, ‘cool off’, dan keenam: kemerosotan berterusan nilai matawang US berbanding nilai Ringgit Malaysia memberi kesan negatif ke atas barangan eksport Malaysia kerana ia menjadi lebih mahal. 10

[close]

p. 11

Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Strategi Bajet 2007 13. Kerajaan Negeri ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas peruntukan yang telah diberikan di bawah projek RMK-9 sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Mac, 2006. Jumlah keseluruhan peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri Melaka ialah sebanyak RM3,977.4 billion. Kerajaan Negeri pula memperuntukkan sebanyak RM1,075.9 billion dan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan dalam tempoh RMK-9 adalah sebanyak RM5,053.3 billion. 14. Misi dan strategi RMK-9 diterapkan dalam Bajet 2007 dengan mengambil kira keperluan rakyat Negeri Melaka dan Visi Melaka Maju 2010. Justeru Bajet Negeri Melaka kali ini akan menumpukan kepada empat (4) strategi berikut:- 11

[close]

p. 12

STRATEGI PERTAMA MENINGKATKAN BERPOTENSI EKONOMI MELALUI PENGUKUHAN PELANCONGAN, SEKTOR ICT, TINGGI SEPERTI BIOTEKNOLOGI, PEMBUATAN DAN PERTANIAN 15. Halatuju Kerajaan Negeri adalah selaras dengan dasar Kerajaan Persekutuan untuk menjana pembangunan pertumbuhan ekonomi dengan memberi tumpuan kepada industri yang boleh menjana nilai tambah yang tinggi. Di bawah sektor perkhidmatan, penyumbang utama kepada ekonomi negeri, tumpuan akan diberikan kepada pelancongan kesihatan, ICT, bioteknologi dan pendidikan. Sektor pembuatan turut diberi perhatian kerana sektor ini merupakan penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negeri Melaka. Bagi sektor pertanian pula, Kerajaan berhasrat supaya ia menjadi lebih kompetitif, moden dan sebagai pemangkin pertumbuhan industri berasaskan tani di kawasan luar bandar. 12

[close]

p. 13

Sektor Pelancongan 16. Bajet 2007 akan terus memberi perhatian kepada sektor pelancongan sebagai jentera pertumbuhan ekonomi. Sektor ini merupakan sektor penting yang berkembang pesat dan mempunyai prospek pertumbuhan ekonomi yang cerah. Keyakinan saya ini bersandarkan kepada pertumbuhan pesat kedatangan pelancong ke negeri Hang Tuah ini sejak tahun 2000 hingga 2005. Dalam tempoh enam tahun itu, kadar kedatangan pelancong telah melonjak sebanyak 116%, dari 2.2 juta orang pada tahun 2000 kepada 4.7 juta pelancong pada tahun 2005. Dalam tempoh yang sama, seramai 20 juta pelancong telah membanjiri negara kita; sekali gus menobatkan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang unggul bagi pelancong domestik dan luar negara. 17. Melaka terus menjadi pilihan pelancong pada tahun ini sebagaimana yang dibuktikan oleh kedatangan mereka yang terus meningkat. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2006, jumlah pelancong telah meningkat kepada 3,247,543 orang 13

[close]

p. 14

berbanding 3,009,921 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu peningkatan pelancong sebanyak telah 7.9%. Pertambahan kadar kedatangan mengukuhkan penginapan daripada 45.8% pada tahun lalu kepada 56.9% pada tahun ini. Turut memberangsangkan ialah purata tempoh pelancong bermalam juga telah menokok kepada 1.88 malam berbanding 1.78 malam pada tahun lepas. 18. Dalam suasana lanskap sektor pelancongan yang menggalakkan itu, satu lagi angkubah yang positif ialah sumber pasaran pelancong kita. Berkat usaha bersungguhsungguh dan berterusan dalam mempromosikan Melaka di luar negara, kita telah berjaya mempelbagaikan pasaran dengan menembusi pasaran baru seperti Vietnam, Arab Saudi, Australia, India, Korea Selatan dan Sweden. Antara tempoh 2003/2005, peningkatan pelancong dari pasaran baru ini adalah antara 2% - 405%. Dalam pada itu, kita terus berusaha mengekalkan pasaran tradisi seperti Singapura, China, Indonesia dan Hong Kong. Promosi di negara-negara tersebut tetap diteruskan. 14

[close]

p. 15

19. Bahagian Promosi Pelancongan, Tourism Malaysia dan Tindakan Pelancongan Negeri Melaka yang Majlis bertanggungjawab mempromosikan produk pelancongan negeri ini hendaklah berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai sasaran 5 juta pelancong pada tahun ini. Bilangan seramai itu dianggarkan berbelanja RM2.5 bilion; satu suntikan yang besar kepada ekonomi Melaka. Justeru agensi kerajaan yang lain, pihak swasta dan individu sepatutnya terpanggil untuk turut bersama memaju dan mempromosikan Melaka dengan mengamalkan konsep, dengan izin, think tourism. Think tourism adalah mudah iaitu semua program yang dianjurkan dan setiap produk yang dibina adalah mesra pelancong dan turut bertujuan untuk menarik pelancong. Yang demikian, semua orang boleh menjadi, dengan izin, tourism players; ia tidak terhad kepada agensi pelancongan, pemandu pelancong dan pengusaha hotel. Pengembelingan semua tenaga ini boleh menarik lebih ramai pelancong melawat negeri kita. 15

[close]

Comments

no comments yet