Ucapan Bajet Tahun 2008

 

Embed or link this publication

Description

Ucapan Bajet Tahun 2008

Popular Pages


p. 1

UCAPAN BAJET TAHUN 2008 BAGI NEGERI MELAKA OLEH Y.A.B DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM KETUA MENTERI MELAKA KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2008 DI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA 20 NOVEMBER, 2007 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Saya mohon mencadangkan supaya suatu rang undang-undang bertajuk “Satu Enakmen Perbekalan (2008) 2007” untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi maksud perbelanjaan perkhidmatan tahun 2008. Dibaca bagi kali kedua. Pendahuluan Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya jua saya dapat membentangkan Bajet Negeri Melaka bagi tahun 2008 di dewan yang mulia ini. Pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Jadi Yang Ke-69 kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di Pertua Negeri Melaka yang jatuh pada 13 Oktober 2007 dan telah diraikan pada 27 Oktober, 2007 yang lalu. Saya dan keluarga serta seluruh penjawat awam dan semua rakyat Melaka ingin bersama-sama berdoa kehadrat Ilahi semoga TYT 1

[close]

p. 2

Tun Datuk Seri Utama dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim sentiasa dirahmati Allah dan berada di bawah perlindunganNya untuk terus menerajui negeri bertuah ini. 2. Ahli Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua Yang Berhormat dan hadirin yang beragama Hindu yang jatuh pada 8 November, 2007 yang lalu. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 3. Kita juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kerana berjaya merangka Bajet 2008 yang mesra rakyat dan pro bisnes. Bajet yang bertemakan “Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran” yang dibentangkan pada 7 September, 2007 lalu merupakan satu agenda untuk memacu perlaksanaan misi nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Ia memfokuskan kepada tiga strategi utama iaitu: Pertama Kedua Ketiga : Mempertingkat daya saing negara; : Memperkasa pembangunan modal insan; dan : Menjamin kesejahteraan rakyat. Strategi bajet ini telah dirangka berasaskan kepada lima teras utama Misi Nasional iaitu:- 2

[close]

p. 3

Pertama Kedua : Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi; : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’; Ketiga : Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterus secara membina dan produktif; Keempat Kelima : Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan : Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 4. Beberapa petunjuk angkubah utama ekonomi bagi setengah tahun 2007, menunjukkan aktiviti ekonomi Melaka terus kukuh. Pertumbuhan ini adalah memberangsangkan dalam persekitaran global yang berkembang lebih perlahan dan landskap geopolitik yang tidak menentu. Namun dalam suasana yang demikian, Kerajaan Negeri berazam untuk mengulangi kejayaan pertumbuhan ekonomi yang mantap sebagaimana yang telah kita capai sejak tujuh tahun berturut-turut (2000-2006) yang lalu. Sehubungan dengan itu melalui bajet 2008, Kerajaan dengan penuh iltizam, berazam bagi tempoh 2007 – 2010 untuk meningkatkan kadar pertumbuhan KDNK secara purata 7 peratus setahun, menambah pendapatan isi rumah bulanan sebanyak 5 peratus setahun, merapatkan jurang pendapatan sebanyak 2 peratus setahun, mencapai 3

[close]

p. 4

kadar pengangguran di bawah 4 peratus setahun, mengawal kadar inflasi di bawah 3 peratus setahun dan mencapai tahap kemiskinan sifar menjelang akhir tahun ini. 5. Keazaman Kerajaan Negeri ini adalah selaras dengan visi Melaka Maju 2010 yang hanya tinggal sekitar 2 tahun sahaja lagi. Untuk direalisasikan hasrat tersebut, program dan projek untuk memajukan negeri perlulah dirancang dan dilaksanakan secara ‘selective’, dengan izin iaitu projek yang mampu mendorong lonjakan perdana dalam mencipta kekayaan dan kesejahteraan demi masa depan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 6. Bagi menjayakan agenda tersebut, Kerajaan Negeri akan menggunakan pendekatan ‘Blue Ocean Strategy’ atau ‘BOS’, dengan izin kerana ia telah terbukti berjaya membawa kejayaan besar kepada syarikat-syarikat gergasi dunia yang telah mengamalkannya. BAJET 2008 Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 7. bajet Bajet 2008, telah dirangka berteraskan kepada misi nasional dan selaras dengan strategi Persekutuan. Pembentangan bajet kali ini akan menumpukan kepada 4 strategi utama seperti berikut:- STRATEGI PERTAMA  MEMPERTINGKATKAN EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN DALAM SEKTOR ICT DAN BIOTEKNOLOGI 4

[close]

p. 5

Sektor ICT 8. Dalam usaha memperhebatkan lagi program ICT, Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM45.75 juta bagi melaksanakan program-program ICT di Negeri Melaka. 9. Sebagai pemangkin kepada pembangunan ICT, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan bangunan Menara MITCH setinggi 10 tingkat bernilai RM27 juta di kawasan MITC. Bangunan ini bertujuan memberi kemudahan kepada rakyat Melaka bagi menampung permintaan ’call centre’. Bangunan ini juga akan menyediakan kemudahan teknologi terkini untuk data center dan ’Disaster Recovery Centre’ dengan izin, bagi semua Agensi-agensi Kerajaan Negeri. Dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM1.25 juta yang disalurkan kepada Melaka ICT Holding (MITCH) bagi menyediakan servis jalur lebar seluruh negeri Melaka. 10. Kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi pembinaan Animasi Center dan RM6.0 juta di bawah Tabung Pembangunan Industri Kandungan (eContent Fund). Di samping itu juga, Multimedia Development Corporation (MDEC) agensi di bawah MOSTI telah membantu Unit Perancang Ekonomi bagi mengenalpasti keperluan teknikal pembangunan makmal animasi terbabit dan dalam masa yang sama menyediakan peralatan yang sesuai untuk makmal teknologi di bawah Program Pembangunan Usahawan Tekno. 11. Satu sumber baru dalam bidang ICT ialah perkhidmatan perkongsian dan penyumberan atau shared services out sourcing (SSO), dengan izin. Adalah dianggarkan menjelang tahun 2009, nilaian pasaran global bagi sumber-sumber baru ini ialah sebanyak RM2.2 trilion atau US$641 5

[close]

p. 6

billion. Seiring dengan tujuan tersebut, tumpuan diberikan kepada industri kandungan multimedia kreatif. Sehingga 30 Jun, 2007 seramai 140 orang telah menyertai kelas latihan untuk persediaan bagi bidang tersebut sebelum mereka memulakan perniagaan sendiri. Di samping itu, usaha untuk melatih dan membimbing rakyat Melaka bagi merapatkan jurang digital melalui program E-Melaka akan diteruskan. Sehingga 30 Oktober, 2007 seramai 44,515 peserta telah berjaya dibimbing melalui program ini yang melibatkan suri rumah, warga emas dan warga pencen. Sektor Bioteknologi 12. Kerajaan Negeri dan Persekutuan memperuntukkan RM17.1 juta untuk tujuan pembangunan sektor bioteknologi Negeri Melaka. Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) dengan bantuan Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan Makmal Perkhidmatan Toksikologi Malaysia (MPTM) di negeri Melaka dengan kos sebanyak RM4.1 juta. Usaha ini meletakkan Melaka sebagai peneraju dalam salah satu industri bioteknologi. Penubuhan makmal ini adalah penting dalam memberi perkhidmatan sokongan kepada industri ubatan, kosmetik, pemakanan, penjagaan alam sekitar yang berkaitan dengan sungai dan rawatan sisa air kumbahan. Di jangka makmal ini akan menjana pendapatan di antara RM2.0 juta hingga RM3.0 juta setahun apabila ia mendapat taraf ‘Good Laboratory Practices’ dengan izin. 13. dan Selain itu, Melaka (R&D) sedang bagi kajian berusaha menubuhkan dengan Pusat Penyelidikan di Pembangunan ’Biosel Hati” kerjasama 6

[close]

p. 7

antara syarikat daripada Switzerland, Institut Bioteknologi Melaka, Perbadanan Bioteknologi Melaka dan Hospital Pakar Putra. Permohonan telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM10.0 juta bagi membiayai projek ini. 14. Strategi pengkomersilan PBM telah membuahkan kejayaan dimana Invitrotech Sdn Bhd telah beroperasi sepenuhnya dengan pengeluaran hasil-hasil dari kajian tisu kultur dengan kapasiti yang lebih tinggi melalui, teknik dan kaedah yang lebih sempurna. Kilang tisu kultur yang pertama di Melaka telah beroperasi di Taman Perindustrian MIEL dan telah mendapat tempahan sehingga akhir 2007 dan akan terus berkembang pada 2008. Jangkaan hasil pulangan yang akan diperolehi melalui projek tisu kultur adalah sebanyak RM500,000.00 setahun. 16. Bagi menghasilkan, ”essential oil, blended oil dan massage oil” dengan izin, Syarikat Tropikal Bioessense Sdn Bhd juga telah beroperasi sepenuhnya di Taman Perindustrian MIEL dan telah membuat pengeluaran dengan skala yang lebih besar dan giat memasarkannya di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan. Pendapatan yang dijangka diterima oleh perbadanan adalah sebanyak RM1.0 juta setahun. Kedua-dua projek ini dibiayai melalui pinjaman sebanyak RM3.5 juta daripada MARA. Di samping itu, pada tahun 2008, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada Perbadanan untuk tujuan belanja mengurus dan RM1.5 juta dalam bentuk pinjaman bagi melaksanakan projek-projek pengkomersialan. 7

[close]

p. 8

Yang Berhormat Datuk Wira Speaker,  MENINGKATKAN NILAI TAMBAH PRODUK PELANCONGAN YANG BERMUTU 17. Slogan ’Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia’ yang menjadi, ’tagline’ dengan izin, banyak membantu usaha kerajaan meningkatkan industri ini. Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan, Tourism Malaysia Melaka, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Melaka dan agensi-agensi lain akan sentiasa meningkatkan lagi usaha-usaha untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di rantau ini. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran 6.8 juta pelancong pada tahun 2008. Dianggarkan pelancong tersebut berbelanja sebanyak RM3.4 billion dan ianya satu sumbangan yang besar kepada ekonomi Negeri Melaka. Sasaran ini akan ditingkatkan kepada 8.2 juta pelancong menjelang tahun 2010. 18. Sepanjang tahun 2007, Selain daripada melaksanakan acara-acara yang dirancangkan, Negeri Melaka juga telah terpilih sebagai tuan rumah bagi acara-acara utama di peringkat kebangsaan. Antaranya adalah Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Majlis Penutup Pesta Air, Hari Muzium Antarabangsa, Program Satu DUN Satu Industri (SDSI), Majlis Tilawah AlQuran dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-50 Tahun pada 17 Ogos 2007 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. 8

[close]

p. 9

19. Pada tahun hadapan, beberapa acara pelancongan utama akan terus dianjurkan. Antaranya adalah Melaka Tourism Street Carnival (MTSC) di Hang Tuah Mall, Melaka International Regatta 2008, Pesta Sungai Melaka, Satu Dun Satu Industri (SDSI), Karnival Udara Antarabangsa Melaka, Melaka International Tourism Show (MITS). Light Up Celebration, Raptor Watch, Pesta Gendang Nusantara, Larian Antarabangsa Melaka Bandaraya Bersejarah, Pesta San Pedro, dan Festival Songket dan Batik. Penekanan akan diberikan kepada program pelancongan bertaraf antarabangsa untuk menarik minat pelancong bukan saja dari segi kuantiti tetapi dari segi kualiti. 20. Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO supaya Melaka – Pulau Pinang (Georgetown) disenaraikan sebagai kota warisan dunia. Diharap Melaka akan tersenarai selewat-lewat pada bulan Ogos, 2008. Dengan pengiktirafan tersebut Melaka akan terus terkenal sebagai destinasi pelancongan terutama dari luar negara. Untuk menyokong usaha tersebut, kerja-kerja penyelidikan dan arkeologi Tembok Kota Melaka sedang giat dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah RM12.8 juta. 21. Beberapa projek pembangunan untuk meningkatkan nilai tambah produk pelancongan terus rancak dijalankan. Ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung seperti pembinaan planetarium negeri di kawasan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bernilai RM20.0 juta; Melaka International Bowling Centre bernilai RM15.0 juta; pembinaan Menara Tinjau bernilai RM23.0 juta; pembinaan kincir air di tepi tebing Sungai Melaka bernilai RM1.5 juta dan tiga alat permainan seperti ‘Ferris Wheel’, ‘Viking Ship’ dan ‘Trampoline Bunggy’ bernilai RM3.3 juta. 9

[close]

p. 10

 MENJANA EKONOMI MELALUI INDUSTRI PENDIDIKAN DAN KESIHATAN Industri Pendidikan 22. Negeri Melaka telah melaksanakan pelan tindakan untuk mewujudkan ’city knowledge’, dengan izin bagi menarik lebih ramai pelajar tempatan dan antarabangsa. Untuk mencapai sasaran 100,000 penuntut menjelang 2010, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah untuk pertingkatkan institusi pengajian supaya graduan yang dihasilkan dapat diterima dalam pasaran samada di peringkat nasional dan antarabangsa. Sehingga 31 Ogos tahun 2007, negeri Melaka telah mempunyai sebanyak 18 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 22 buah institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Selain dari itu, Kolej-kolej Komuniti akan dijenamakan semula bagi membolehkan institusi berkenaan menawarkan kursus tertentu di peringkat diploma di samping di peringkat sijil. 23. Untuk menampung bilangan pelajar yang lebih ramai, pihak UITM telah membuka cawangan kampus bandar di pusat bandar Melaka pada awal Januari 2007. Sehingga kini, ia telah menempatkan 2000 pelajar dalam pelbagai bidang untuk melahirkan pelajar di peringkat Ijazah Pertama dan Sarjana. Antara kursus yang ditawarkan seperti Pentadbiran Perniagaan, Pentadbiran Awam dan Perakaunan. 24. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) juga yang telah memulakan operasi ’kampus bandar’ bagi Ijazah Lanjutan yang bermula mulai Jun 2007 dan telah menerima kemasukkan pelajar seramai 200 orang pelajar. UTEM juga giat meneruskan pembinaan kampus induk di 10

[close]

p. 11

Durian Tunggal bernilai RM583 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2009 yang boleh menampung seramai 15,000 pelajar. Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) pula, berkemampuan menampung 2,100 orang pelajar. Untuk mempertingkatkan prasarananya, Kerajaan Negeri telah meluluskan pinjaman sebanyak RM8.5 juta untuk membina kompleks sukan bagi kemudahan kepada pelajar-pelajar. Industri Kesihatan 25. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkukuh lagi industri pelancongan kesihatan. Jumlah kedatangan pelancong kesihatan dari negara luar yang mendapat rawatan di hospital-hospital negeri Melaka sehingga 31 Ogos, 2007 meningkat kepada 43,160 pesakit berbanding 36,558 orang pesakit pada keseluruhan tahun 2006. 26. Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Melaka sebagai Pusat Heamodialisis terbesar di Malaysia. Pusat-pusat Heamodialisis yang kini terdapat di Hospital Besar Melaka, Hospital Daerah Alor Gajah, Hospital Daerah Jasin dan Hospital Pakar Putra. Untuk mencapai hasrat tersebut mesin-mesin heamodalisis telah ditambah daripada 211 buah kepada 248 buah mesin. Sebahagian dari mesin-mesin tersebut disumbang oleh Agensi-agensi Kerajaan, syarikat swasta, NGO dan orang perseorangan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan mendapat tempat untuk menjalani rawatan. 27. Dalam tahun 2008, beberapa projek baru untuk membangunkan kemudahan kesihatan telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melibatkan peruntukan sebanyak RM95.05 juta. Ia 11

[close]

p. 12

meliputi pembinaan klinik kesihatan dengan kuarters di Tengkera, Tanjung Kling dan Kuala Sg. Baru; Pusat Heamodalisis Hospital Jasin; tempat letak kereta bertingkat di Hospital Melaka; Regional Blood Transfusion Centre; menaiktaraf Hospital Alor Gajah; pembinaan klinik desa di Bemban dan Semabok  PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN DALAM BIDANG PEMBUATAN, PERTANIAN, PERIKANAN DAN PENTERNAKAN Bidang Pembuatan 28. Sektor pembuatan terus menjadi tulang belakang kepada ekonomi negeri Melaka. Ia dijana melalui pelaburan asing (FDI) mencecah RM1.4 billion dan pelaburan domestik sebanyak RM1.77 billion pada tahun 2006. Kerajaan berazam untuk menggalakkan lebih banyak permintaan domestik supaya nilai pelaburan domestik meningkat lebih tinggi. Nilai pelaburan sehingga bulan September 2007 telah mencapai RM705 juta. Jumlah nilai pelaburan tahun ini dijangka akan menjangkau RM3.7 billion sekiranya permohonan pengembangan industri sediada diluluskan. Lonjakan nilai pelaburan tersebut akan memberi kesan positif kepada perkembangan ekonomi negeri. 29. Melaka akan menggunakan sepenuhnya peluang ke atas kelebihan lokasi Melaka yang strategik kerana terletak berhampiran dengan pelabuhan-pelabuhan utama, di samping meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang pantas dan berkesan serta penambahbaikan sistem infrastruktur secara berterusan. 12

[close]

p. 13

30. Dalam tahun 2008, PKNM akan melaksanakan pembangunan lima projek yang telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang melibatkan kos lebih daripada RM25.5 juta. Daripada 5 projek tersebut, tiga daripadanya merupakan pembinaan projek IKS iaitu projek Air Panas Fasa II bernilai RM4.48 juta, IKS Duyong Fasa II bernilai RM1.5 juta dan IKS Pulau Sebang Fasa II bernilai RM2.8 juta. 31. Disamping itu PKNM juga akan menyiapkan projek-projek seperti Kawasan Perindustrian Serkam Fasa II yang bernilai RM9.18 juta serta Pusat Halal-Hub Serkam dengan kos RM7.52 juta. Kesemua projek-projek tersebut dibiayai melalui peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu dalam bentuk geran dan juga pinjaman. Perlaksanaan projek pembangunan ini telah dimulakan pembinaan pada tahun 2007 lagi dan dijangka dapat disiapkan dalam tahun 2008. 32. Dalam usaha untuk membantu meningkatkan keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM1.5 juta kepada Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana bagi menjalankan aktiviti yang dirancang pada tahun 2008. Selain dari itu, Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS juga diperuntukan sebanyak RM350,000.00 bagi meningkatkan mutu pembungkusan yang akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi teknikal seperti SIRIM, MARDI dan UITM bagi menghasilkan mutu pembungkusan produk usahawan supaya lebih menarik. Selain dari itu, Bahagian PKS juga membuat penilaian produk usahawan untuk menentukan standard produk yang dikeluarkan 13

[close]

p. 14

memenuhi kehendak pasaran. Untuk meningkatkan kecekapan usahawan, Bahagian PKS juga mengadakan siri program latihan meliputi pentadbiran perniagaan, pengurusan kewangan dan pemasaran. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Sektor Pertanian 33. Tiga angkubah utama yang dijadikan sasaran untuk memperkasakan bidang pertanian negeri Melaka; Pertama, meningkatkan pendapatan petani kepada tahap yang lebih tinggi di mana Kerajaan mensasar pendapatan petani sebanyak RM1,000 bagi setiap sehektar tanah yang diusahakan dan RM3,000 sebulan yang terlibat dalam industri asas tani. Kedua, memaksimakan penggunaan tanah yang terhad iaitu seluas 101,616 hektar. Ini mengambil kira tanah-tanah terbiar yang akan dimajukan secara berkelompok. Ketiga, meningkatkan nilai produk pertanian yang utama supaya melebihi RM2.0 billion setahun melalui konsep inovasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D). Penumpuan akan diberikan terhadap aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi, komitmen mewujudkan industri asas tani serta menggalakkan agro tourism. 34. Dengan slogan ”Pertanian Adalah Perniagaan”, pengusaha-pengusaha pertanian akan diberi latihan kemahiran yang lebih komprehensif dengan pendekatan bercorak teknikal dan berasaskan teknologi baru. Di antaranya seperti penanaman menggunakan kaedah fertigasi dan penggunaan ‘Indegenious Microorganism’, dengan izin bagi penghasilan baja kompos. Kaedah fertigasi mempunyai potensi tinggi untuk diperluas di kawasan yang terhad sumber tanahnya. 14

[close]

p. 15

Kaedah ini telah dilaksanakan di Kompleks Teknologi Pertanian Sungai Udang dan taman kekal pengeluaran makanan di Pulau Gadong. Ia dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos sebanyak RM600,000.00 pada tahun 2007 dan RM200,000.00 bagi tahun 2008. 35. Bagi tahun 2008, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta untuk membangunkan sektor tanaman makanan, bunga-bungaan, modal insan dan agrotourism. Peruntukan ini akan difokuskan kepada peningkatan produktiviti ladang dengan mengenalpasti pengusaha-pengusaha yang berpotensi untuk ditransformasikan daripada semi komersil kepada komersil. Perikanan 36. Kerajaan Negeri Melaka telah mewartakan dua kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) iaitu ZIA Sempang dan ZIA Sebatu. Pada tahun 2008, kawasan ZIA Sempang diperuntukan sebanyak RM500,000.00 membangunkan infrastruktur asas projek ternakan ikan marin. Projek ini dijangka dapat mengeluarkan ikan sebanyak 80 tan dengan nilai sebanyak RM800,000.00 setahun. Projek ternakan ini diterajui oleh anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka iaitu Melaka Cell Farming Sdn.Bhd. 37. Bagi kawasan ZIA Sebatu sebanyak RM390,000.00 diperuntukkan untuk membangunkan infrastruktur seperti alat pelerai kupang, alat depurasi, program promosi dan jualan. Di dalam perancangan awal sebanyak 320 rak kupang akan dibina dan dijangka pengeluaran kupang 15

[close]

Comments

no comments yet