Ucapan Bajet Tahun 2009

 

Embed or link this publication

Description

Ucapan Bajet Tahun 2009

Popular Pages


p. 1

UCAPAN BAJET TAHUN 2009 BAGI NEGERI MELAKA Oleh Y.A.B DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM KETUA MENTERI MELAKA KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2009 DI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA 5 NOVEMBER, 2008 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Speaker, Saya mohon mencadangkan supaya suatu rang undang-undang bertajuk “Satu Enakmen Perbekalan (2009) 2008” untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2009. Dibaca bagi kali kedua. 1

[close]

p. 2

Pendahuluan Yang Berhormat Datuk Speaker, 1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya jua saya dapat membentangkan Bajet Negeri Melaka bagi tahun 2009 di dewan yang mulia ini. Pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari jadi Yang Ke-70 kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob yang jatuh pada 11 Oktober 2008 yang lalu. Saya dan keluarga serta seluruh penjawat awam dan semua rakyat Melaka sentiasa berdoa kehadrat Ilahi semoga TYT Tun Datuk Seri Utama dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim, sentiasa dirahmati Allah dan berada di bawah perlindunganNya untuk terus menerajui negeri bertuah ini. 2. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan hadirin yang beragama Hindu yang jatuh pada 27 Oktober, 2008 baru-baru ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, 3. Dewan yang mulia ini juga ingin mengucapkan syabas dan merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kerana berjaya merangka Bajet 2009 yang dibentangkan pada 29 Ogos, 2009 bertemakan “Kerajaan Prihatin” dengan memfokuskan kepada tiga strategi utama iaitu: 2

[close]

p. 3

Pertama Kedua Ketiga : Mempertingkat daya saing negara; : Memperkasa pembangunan modal insan; dan : Menjamin kesejahteraan rakyat. Walaubagaimanapun, teras pelaksanaan bajet ini adalah berasaskan kepada lima teras utama Misi Nasional iaitu:Pertama Kedua : Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi; : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’; Ketiga : Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif; Keempat Kelima : Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan : Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. Yang Berhormat Datuk Speaker, Prestasi Ekonomi Negeri Melaka Terus Kukuh 4. Beberapa petunjuk utama bagi setengah tahun pertama 2008, menunjukkan ekonomi Melaka masih terus kukuh. Keupayaan Melaka menangani kesan buruk krisis kewangan global bergantung kepada sejauh mana pantasnya Kerajaan memula dan melaksanakan projek-projek besar yang mampu mendatangkan pulangan berganda. Di sektor pelancongan, bilangan pelancong menokok sebanyak 17.3 peratus, nilai jualan sektor pembuatan mengukuh 27.8 peratus, 3

[close]

p. 4

cukai perkhidmatan dan cukai jualan melonjak masing-masing pada 18.7 peratus dan 1.9 peratus. Bilangan pendaftaran kenderaan baru juga bertambah 22.8 peratus. 5. Pendapatan bulanan rakyat mengukuh sebanyak 37 peratus dari RM2,260 pada tahun 1999 kepada RM3,098 pada tahun 2007. 6. Di samping itu, pelaburan di Melaka juga menunjukkan peningkatan yang positif. Nilai pelaburan yang diluluskan dan permohonan pelaburan masing-masing menokok sebanyak 43.2 peratus dan 31.5 peratus. Sepanjang tahun 2007, Melaka telah mencapai nilai pelaburan sebanyak RM3.84 bilion. Manakala sehingga bulan Ogos, 2008, Melaka telah menerima pelaburan asing berjumlah RM3.55 bilion. Inflasi 7. Kadar inflasi Melaka bagi tempoh Januari – Jun 2008 mencatatkan 4.2 peratus berbanding Malaysia 3.7 peratus. Dijangkakan kenaikan kadar inflasi pada tahun 2008 terus tidak dapat dielakkan berikutan turun naik harga minyak dunia dan pengumuman kerajaan yang telah menarik balik subsidi minyak petrol dan diesel kepada pengguna di Malaysia pada 4 Jun yang lalu. Fenomena kekurangan bekalan makanan dunia juga dijangka akan menyebabkan kenaikan yang besar kepada harga barang-barang utama di pasaran. Dengan penubuhan Majlis Ekonomi yang diumumkan pada 5 Ogos 2008, berperanan sebagai badan penasihat bagi masalah inflasi dan kelembapan ekonomi dijangka kenaikan inflasi akan terkawal di samping usaha pemantauan harga yang berterusan oleh 4

[close]

p. 5

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Majlis Harga Negara yang ditubuhkan pada 25 Januari 2008 yang lalu. Pengangguran 8. Kadar pengangguran di Melaka terus mencatatkan kadar terendah bagi suku tahun pertama 2008 iaitu sebanyak 1.6 peratus, lebih rendah berbanding Malaysia iaitu 3.6 peratus. Sekaligus Melaka mencapai tahap guna tenaga penuh apabila ia mencatatkan kadar pengangguran di bawah 4 peratus, mengikut takrif United Nation International Labour Organization (UNILO), dengan izin. 9. Melaka telah mencatatkan kadar pengangguran terendah berturut-turut sejak suku tahun ketiga 2004 sehingga suku tahun keempat 2006. Melaka kembali mencatatkan kadar pengangguran terendah pada suku tahun ketiga 2007 sehingga suku tahun pertama 2008. Peluang Pekerjaan Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat Negeri Melaka 10. Pada tahun 2009, kemasukan pelabur asing dan domestik untuk melabur di negeri Melaka dianggarkan mencecah RM5.35 bilion. Mereka membangunkan projek-projek industri berskala besar di beberapa buah kawasan perindustrian di negeri Melaka. Ia akan memberi peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan yang dianggarkan melebihi 9,200 peluang pekerjaan. Di antaranya; i) Sun Power Corporation yang mampu menyediakan 7,000 peluang pekerjaan termasuk 4,000 jawatan jurutera dalam pelbagai bidang khususnya mekanikal dan elektrikal; 5

[close]

p. 6

ii) CMS digital yang akan menyediakan 2,000 peluang pekerjaan dalam industri gas dan petroleum; iii) Actis Biologics dengan anggaran seramai 150 orang pekerja perintis dalam industri bioteknologi; iv) Vivo Bio yang berupaya menawarkan 50 peluang pekerjaan untuk kilang mereka di kawasan industri Rembia dan; v) Pembinaan Pusat Terminal Penyimpanan Minyak (Melaka Oil Storage Terminal - MOST) di perairan Pulau Besar yang bernilai RM700 juta. Ini melibatkan kerjasama syarikat Pristine Oil Capital, rakan strategi Siemens dari Jerman dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). 11. Dengan kewujudan syarikat-syarikat industri besar ini juga akan memberi kesan ‘spill over’ dengan izin kepada kawasan setempat sekaligus mampu merancakkan lagi kegiatan ekonomi dan meningkatkan lagi tahap kualiti hidup penduduk tempatan. Yang Berhormat Datuk Speaker, 12. Pembentangan Bajet 2009 Negeri Melaka kali ini yang bertemakan “Merealisasi Melaka Maju 2010” akan menumpukan kepada lima strategi utama. Setiap strategi dirangka sejajar dengan strategi bajet Persekutuan. Strategistrategi utama adalah seperti berikut: STRATEGI PERTAMA Meningkatkan Nilai Tambah Produk Pelancongan Yang Bermutu Dan Berimpak Besar Ke Peringkat Global 6

[close]

p. 7

13. Tahun 2008 merupakan tahun kegemilangan bagi Negeri Melaka apabila pada 7 Julai, 2008 di Quebec City, Kanada, Melaka dipilih sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Kejayaan ini telah memberikan inspirasi kepada Negeri Melaka untuk memacu pertumbuhan sektor pelancongan dengan lebih giat lagi. Di samping itu, Kerajaan Negeri Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang mendapat peruntukan sebanyak RM50.0 juta daripada Kerajaan Persekutuan. 14. Kedatangan pelancong ke negeri ini telah menunjukkan peningkatan yang tempoh memberangsangkan sejak dari tahun 2000 sehingga sekarang. Bagi setengah tahun pertama 2008, jumlah kedatangan pelancong telah mencatat seramai 3.246 juta orang. Ia meningkat seramai 479,274 orang atau 17.3 peratus berbanding 2.767 juta orang bagi tempoh yang sama pada tahun 2007. Kita yakin, pada tahun ini, Negeri Melaka mampu mencapai sasaran 6.8 juta kedatangan pelancong ke Melaka dengan tempoh bermalam sebanyak 2.15 malam. Manakala, pada tahun 2009, dianggarkan sebanyak RM3.36 bilion hasil perbelanjaan yang bakal diperolehi dari 7.4 juta pelancong yang berkunjung ke negeri ini. Sasaran ini adalah mengambil kira sasaran 8.2 juta pelancong pada tahun 2010. Pembangunan Meningkatkan Nilai Tambah Produk Pelancongan Yang Bermutu Dan Berimpak Besar 15. Di bawah RMK-9, bagi menggalakkan kedatangan pelancong ke Melaka, Kementerian Pelancongan telah menyediakan peruntukan untuk pembangunan baru dan projek-projek penyelenggaraan, baik pulih, dan menaiktaraf infrastruktur 7

[close]

p. 8

kawasan pelancongan berjumlah RM63.4 juta. Ini telah membantu meningkatkan nilai tambah produk pelancongan supaya lebih bermutu dan membawa impak besar hingga ke peringkat global. Di antara projek pelancongan yang sedang diusahakan ialah Projek `Eye On Malaysia´ bertempat di Muara Sungai Melaka. Projek bernilai RM38.5 juta ini akan diusahakan oleh Eye On Malaysia Sdn. Bhd. Apabila beroperasi sepenuhnya pada bulan Disember 2008 ia akan menjadi satu lagi mercu tanda pelancongan dari dalam dan luar negeri. 16. Menara Taming Sari di Banda Hilir bernilai RM25.0 juta yang diusahakan oleh Kumpulan Melaka Berhad (KMB) telah beroperasi sepenuhnya mulai bulan April 2008. Menara berputar setinggi 110 meter merupakan satu-satunya menara berputar di negara ini dan muncul sebagai menara berputar tertinggi di Asia Tenggara. Ia menjadi tumpuan kepada para pelancong dari luar dan dalam negara yang berkunjung ke Bandar Melaka. 17. Pembinaan Kompleks Melaka International Bowling Centre (MIBC) bernilai RM23.2 juta di MITC Ayer Keroh Melaka yang merupakan sebuah kompleks yang serba lengkap dan merupakan kompleks bowling terbesar di negara ini. 18. Melaka akan terus menjadi perhatian pelancong apabila projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam yang bernilai lebih dari RM131.5 juta akan siap sepenuhnya dan dijangka akan memulakan penerbangan pertama dengan Boeing 737 dan Airbus 300 pada akhir tahun ini. Lapangan Terbang ini akan dijadikan hub kepada syarikat penerbangan Air Asia dan Firefly bagi menampung kemasukan pelancong-pelancong dari Indonesia, negara-negara Indo-China dan Singapura. 8

[close]

p. 9

19. Pembinaan monorail sedang giat dijalankan dengan kos RM16.0 juta dari Taman Rempah ke Bunga Raya Pantai iaitu sepanjang 1.4 km dan dijangka siap pada bulan Mei, 2009. 20. Melaka bakal memiliki litar Go-Kart terpanjang di Asia bernilai RM9.9 juta di Ayer Keroh dan dijangka siap pada bulan Disember, 2009. Pembinaan litar ini dilengkapi dengan galeri orang kenamaan, bilik media, bilik perubatan, bilik keselamatan, ruang persalinan dan pejabat. 21. Pembangunan berterusan dengan mewujudkan pusat Marina bertaraf antarabangsa di Muara Sungai Melaka yang dianggarkan RM25.0 juta dengan keupayaan menampung 40 buah kapal sekaligus menjadi tumpuan di mata dunia. Marina ini turut menyediakan loji rawatan kapal, kawalan keselamatan, kelab layar dan juga sistem penahan ombak. 22. Pembangunan di Taman Negeri Melaka di Hutan Simpan Bukit Sedanan, Asahan dan Hutan Rekreasi Paya Laut Kuala Linggi masing-masing berjumlah RM4.0 juta serta Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah dan Bukit Langsat di Jasin, masing-masing sebanyak RM1.0 juta dan RM2.0 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan. 23. Pada hujung tahun 2009, Kerajaan Negeri akan mendapat sebuah kapal selam `Qeusant´ Malaysia di Perancis untuk dijadikan muzium bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan kapal selam. Ini merupakan kapal selam yang pernah menjadi tempat latihan kepada pasukan TLDM Malaysia di Perancis. Kos penghantaran kapal selam dianggarkan RM4.0 juta. Pusat Membeli Belah 24. Melaka berhasrat untuk menjadi pusat membeli belah yang terkenal kepada para pelancong. Pusat membeli-belah ini dirangka di dalam pelan strategi 9

[close]

p. 10

pelancongan meliputi pelbagai jualan produk yang menarik. Kota Gemilang `Fashion City´ dengan izin di Hang Tuah Jaya akan memulakan operasi perniagaan pada Januari tahun 2009. `Fashion City´ dengan izin ini akan menjualkan barangan tekstil dan perhiasan rumah. Kewujudan `Fashion City´ dengan izin juga bakal menjadi tarikan terbaru dan terbesar di negeri ini. 25. Pembukaan Pasaraya Jusco yang terbesar di Malaysia bernilai RM500.0 sepenuhnya juta dimajukan oleh IJM Land Berhad dan dijangka beroperasi menjelang akhir Disember 2009. Pembukaan kompleks ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk Negeri Melaka, selain bakal menarik lebih ramai pengunjung dari Johor, Negeri Sembilan, Lembah Klang dan Singapura serta pelancong asing. Selain itu, sebuah hyper mart terbesar di Malaysia akan dibuka di MITC iaitu pasaraya Mydin dengan kos perbelanjaan RM60.0 juta. Menyediakan Tempat Penginapan Yang Menarik 26. Sebagai sebuah negeri tumpuan pelancong, Melaka menyediakan penginapan yang mempunyai konsep berbeza dari hotel-hotel di negeri-negeri lain. Antaranya, hotel berkonsepkan Baba dan Nyonya yang dinamakan Hotel Majestic. Hotel tersebut mempunyai senireka dan perhiasan Baba dan Nyonya. Beberapa hotel juga sedang dibina di Melaka iaitu Hotel Pahlawan terletak di Bandar Hilir dengan anggaran kos bernilai RM150.0 juta mampu menarik ribuan pelancong dengan keindahan landskap dan dijangka siap pada tahun 2009. Hotel yang bertaraf empat setengah bintang, berketinggian 22 tingkat dan mempunyai kemudahan 900 bilik bakal menempah nama dalam peta pelancongan di negeri ini. Acara Tahunan Pelancongan Kerajaan Negeri Melaka 27. Di samping projek-projek pelancongan, terdapat juga acara pelancongan yang diadakan pada setiap tahun di Negeri Melaka. Di antaranya adalah Melaka 10

[close]

p. 11

Light Up Celebration di Jonker Walk, Raptor Watch Week di Tanjung Tuan, Melaka Tourism Street Carnival di Hang Tuah Mall, Pesta Sungai Melaka, Pesta San Pedro dan sebagainya. 28. Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menjadikan kawasan Hang Tuah Jaya (HTJ) sebagai kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang baru dengan mengambil kira kawasan Ayer Keroh, Lapangan Terbang Batu Berendam dan sebahagian Bukit Katil, Bemban dan Krubong. 29. Industri pelancongan di Melaka bukan sahaja dibangunkan di kawasan bandar Melaka, malah di luar bandar turut dibangunkan. Antara projek pembangunan dilaksanakan adalah menaiktaraf keindahan Dataran Keris yang terletak di tengah-tengah kawasan bandar Alor Gajah dengan mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hampir RM1.0 juta. Selain itu, di Masjid Tanah, pembinaan dua kompleks ikan bakar iaitu di Kuala Sungai Baru bernilai RM7.0 juta dan Kuala Linggi bernilai RM5.0 juta. Di daerah Jasin pula, kerja-kerja pengindahan pekan-pekan kecil seperti di Asahan dan Bemban, pintu-pintu masuk ke daerah Jasin dan pengindahan sungai Chohong diperuntukkan sebanyak RM1.0 juta. Selain itu, taman tema air di Laman Tiga Budaya Asahan turut dibangunkan membabitkan peruntukan sebanyak RM2 juta. Pelancongan Kesihatan 30. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk memperkukuh industri pelancongan kesihatan yang terkenal di Malaysia. Melaka menduduki tempat kedua selepas Pulau Pinang berdasarkan stastistik pelancongan kesihatan negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2004 hingga 2007. Sepanjang tahun 2007 seramai 63,201 pesakit dari luar negara mendapatkan rawatan di Melaka berbanding pada tahun 2006 hanya 55,929 orang pesakit sahaja. Kerajaan Negeri akan mewujudkan Bandar Kesihatan dan Pendidikan di Bemban sebagai pusat 11

[close]

p. 12

pemulihan bertaraf dunia bagi membantu memulihkan kembali fizikal pekerja yang mengalami kecederaan dengan menjalani latihan fisioterapi. Yang Berhormat Datuk Speaker, STRATEGI KEDUA Menjana ekonomi berasaskan pengetahuan penternakan, ICT dan Bioteknologi; Sektor Pertanian dalam sektor pertanian, 31. Melaka akan menjadi Negeri Maju pada tahun 2010 dalam pelbagai bidang termasuk sektor pertanian. Sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada sektor ini sekitar 3.5 peratus. Sektor pertanian telah dikenalpasti sebagai enjin ketiga dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ini, sektor pertanian berperanan untuk mengecapi misi pertama iaitu meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi negeri. 32. Bagi tahun 2009, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM3.0 juta untuk melaksanakan sebanyak 10 program utama yang melibatkan sektor tanaman makanan. Peruntukan ini akan difokuskan kepada peningkatan produktiviti ladang dengan mengenalpasti pengusahapengusaha yang berpotensi untuk dikomersilkan. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri supaya sektor agro makanan ini lebih fokus, Jabatan Pertanian akan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:i. memulihkan kembali industri tanaman mangga seluas 500 hektar secara perkongsian pintar di antara pemilik kebun dengan syarikatsyarikat swasta yang berminat. Pada tahun 2008 seluas 100 hektar telah dilaksanakan dengan cara ini. ii. memulihkan kembali tanah-tanah sawah yang terbiar. Sehingga kini terdapat 1558 hektar sawah telah diusahakan secara aktif dengan 12

[close]

p. 13

iii. mempertingkatkan tahap pengurusan peserta di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Selandar supaya lebih produktif. Pesertapeserta ini akan diberi bantuan keperluan input sebanyak 30 peratus bagi menampung kos penanaman yang terlibat. iv. mengalakkan konsep Bumi Hijau di bawah program Industri SayurSayuran supaya pengeluaran sayur-sayuran dapat dipertingkatkan selain daripada pengeluaran oleh ladang-ladang komersil. Seramai 11,000 orang peserta akan dilibatkan dengan program Bumi Hijau ini pada tahun 2009. 33. Dari segi pencapaian projek pula, analisis yang dibuat untuk tahun 2007 menunjukkan seluas 2,568 hektar tanah telah diusahakan secara berkelompok dengan pelbagai tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, padi, kelapa tanaman jangka pendek, tanaman herba serta nurseri bunga-bungaan. Projekprojek berkelompok ini telah menghasilkan sebanyak 10,000 metrik tan hasil ladang dengan nilai pengeluaran sebanyak RM12.0 juta dan sebanyak 153 daripada 225 projek-projek berkelompok telah memperolehi pendapatan melebihi RM1,000 sebulan. Penternakan 34. Pada tahun 2009, Jabatan Perkhidmatan Veterinar diperuntukkan sebanyak RM2.1 juta. Ini bertujuan bagi membolehkan Jabatan berusaha membimbing penternak dan pengusaha agar terus maju dan berdaya saing. Tiga program utama iaitu Pemesatan Perkhidmatan Veterinar dan Kawalan Penyakit. Veterinar, Program Pengembangan 13

[close]

p. 14

35. Bagi memastikan Melaka bebas dari Penyakit Kuku dan Mulut di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RM-9) sebanyak RM1.0 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut. 36. Melalui Program Pemesatan Veterinar pula, penternak dilatih supaya terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan hiliran. Sebanyak RM1.0 juta diperuntukkan pada tahun 2009 untuk membantu penternak-penternak dari aspek latihan penyediaan infrastruktur ladang dan penerapan amalan penternakan baik. 37. Bagi membolehkan Jabatan melaksanakan Program Pengembangan Veterinar yang bertujuan memberi latihan kepada pegawai-pegawai dan penternak-penternak supaya lebih kompeten dan berkemahiran, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.9 juta untuk tujuan latihan. 38. Melalui peruntukkan ini, Jabatan merencana dan membantu usahawan mempromosi bidang usaha mereka melalui Hari Peladang Penternak dan Nelayan, Hari Bersama Pelanggan, Konvensyen Pertanian serta Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA ). 39. Negeri Melaka masih kekal menjadi pengeluar terbesar telur ayam negara dan yang kedua terbesar dalam pengeluaran ayam daging dan susu lembu. Negeri Melaka juga sedang berusaha menjadi nombor teratas bagi penternakan kambing dan hasilannya. Melalui peruntukan di atas juga Melaka telah mampu menambah bilangan ternakan lembu kepada 10,000 ekor setahun. Sektor ICT 40. Projek Jalur Lebar usahasama di antara Kerajaan Negeri dan Telekom Malaysia mensasarkan penyediaan capaian jalur lebar kepada 75 peratus daripada populasi negeri Melaka. Di Negeri Melaka terdapat 1,236 km panjang talian gentian optik yang telah dipasang oleh Telekom Malaysia. Secara 14

[close]

p. 15

perbandingan, panjang jalan raya, jalan negeri dan jalan Persekutuan di seluruh Melaka adalah 1,984 km. Ini bermakna hampir keseluruhan jalan raya di Negeri Melaka telah pun diliputi dengan talian gentian optik. Kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan. Melalui pembentukan Koridor Raya Multimedia (MSC), Kerajaan Negeri sedang giat merancang prasarana rangkaian komunikasi digital berkelajuan tinggi dengan kos-efektif yang rendah bagi menentukan aliran maklumat yang cekap dan berkesan. 41. Bagi mencapai matlamat tersebut, Bahagian K-Ekonomi telah diperuntukkan RM1.5 juta sebagai persediaan untuk memajukan produk-produk ekonomi berasaskan pengetahuan. Untuk mendekati golongan pelajar dan belia yang kreatif dan inovatif, program-program seperti Linux Camp untuk belia, Programming Contest, Cyber Defense Competition dengan izin, dan lain-lain. Ini bagi memastikan kesinambungan usaha Kerajaan Negeri dalam memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Melaka dan memastikan anak Melaka menjadi peneraju di dalam bidang ini sesuai dengan taraf negeri Koridor Raya Multimedia (MSC). 42. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.25 juta yang disalurkan kepada Melaka ICT Holding (MITCH) bagi menyediakan servis jalur lebar seluruh Negeri Melaka. 43. Kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM10.0 juta bagi pembinaan Animasi Center dan RM6.0 juta di bawah Tabung Pembangunan Industri Kandungan (eContent Fund), dengan izin. 44. Di samping itu, Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDEC) telah membina makmal multimedia di Media House dan menawarkan kemudahan bertaraf dunia dan menepati standard yang ditetapkan. Bagi memastikan makmal ini digunakan secara efisien, beberapa strategi telah diambil kira. Antaranya ialah 15

[close]

Comments

no comments yet