Ucapan Bajet Tahun 2011

 

Embed or link this publication

Description

Ucapan Bajet Tahun 2011

Popular Pages


p. 1

UCAPAN BAJET TAHUN 2011 NEGERI MELAKA Oleh Y.A.B. DATUK SERI HJ. MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM KETUA MENTERI MELAKA KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2011) DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA ISNIN, 1 NOVEMBER 2010 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Enakmen Perbekalan (2011) 2010 untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2011” dibaca bagi kali kedua. PENDAHULUAN 1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, dapat saya membentangkan Bajet 2011 Negeri Melaka di Dewan yang mulia ini. Saya bagi pihak kepimpinan negeri dan semua penjawat awam Negeri Melaka ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka, di atas segala pandangan dan nasihat yang diberikan kepada saya bagi memajukan Negeri Melaka 1

[close]

p. 2

ini. TYT Tun telah banyak memberikan idea yang sangat berguna untuk mencapai tahap Melaka Maju, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Seterusnya, tidak lupa setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada TYT Tun sempena sambutan Hari Jadi ke-72, yang disambut pada 10 Oktober yang lalu. Sesungguhnya, kami seluruh rakyat Melaka berasa bangga dan gembira kerana berada di bawah kepimpinan TYT Tun yang sentiasa mesra, murah dengan senyuman, kaya dengan pengetahuan dan sentiasa meletak kepentingan negeri dan rakyat sebagai keutamaan. 2. Saya, keluarga, kepimpinan negeri dan seluruh rakyat Melaka mendoakan agar TYT Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta keluarga, sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah SWT, diberi kesejahteraan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki setiap masa. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, PRESTASI EKONOMI 3. Di bawah pucuk pimpinan negara yang bestari, kita telah berjaya pulih daripada kemelesetan ekonomi dunia. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010, berbanding negatif 5 peratus bagi tempoh sama tahun lalu. Kerajaan telah menyemak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2010 kepada 7 peratus, berbanding 6 peratus sebelum ini. 4. Ekonomi Negeri Melaka juga semakin kukuh berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi yang positif. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2010, cukai perkhidmatan yang dicatatkan adalah 14.1 juta ringgit berbanding 13.3 juta ringgit bagi tempoh yang sama pada tahun 2009, iaitu meningkat sejumlah 800 ribu ringgit atau sebanyak 6 peratus. Kadar inflasi Negeri Melaka yang dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010 adalah 1.8 peratus manakala Malaysia pula mencatatkan 2 hingga 3 peratus. Kadar pengangguran Negeri Melaka bagi setengah tahun pertama 2010 iaitu sebanyak 1.2 peratus lebih rendah berbanding Malaysia 3.5 peratus. 2

[close]

p. 3

5. Berdasarkan prestasi ekonomi dan kegigihan serta kesungguhan semua pihak, kini Negeri Melaka sudah mencapai status negeri maju. Pengisytiharan Melaka Maju 2010 yang telah disambut pada 20.10.2010 jam 20:10 di Stadium Hang Jebat, merupakan satu detik yang cukup bersejarah setelah diiktiraf oleh Organisation For Economic Co-Operation and Development (OECD). Kita telah mendapat 90.6 peratus berdasarkan 29 daripada 32 indikator yang merangkumi aspek pembangunan ekonomi, sosial, alam sekitar, infrastruktur dan pentadbiran sebagai penanda aras. Di dewan yang mulia ini, saya bagi pihak Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Melaka ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di atas kesudian beliau mengisytiharkan Melaka Maju 2010 melalui sidang video di PWTC pada 20 Oktober 2010, jam 20:10 malam. Terima kasih juga kepada 70 ribu hadirin yang hadir memeriahkan majlis pengisytiharan pada malam itu. Berdasarkan kajian menyeluruh yang dibuat oleh para penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM), ia memberi timbal balas positif apabila 81.5 peratus responden memahami dan menyokong pengisytiharan Melaka Maju. Tahniah kepada semua pihak yang memberi sokongan moral dan material ke arah pengisytiharan Melaka Maju 2010. STRATEGI BAJET 2011 Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 6. Di Dewan yang mulia ini juga ingin merakamkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Mohd Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana berjaya merangka bajet 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober, 2010. Kerajaan telah berjaya mentransformasikan ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, menjadi negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bajet 2011 yang bertemakan “TRANSFORMASI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI” telah memfokuskan kepada empat strategi utama iaitu : Pertama Kedua Ketiga Keempat : : : : Mendaya Kembali Pelaburan Swasta; Membangunkan Modal Insan; Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam. 3

[close]

p. 4

7. Untuk melaksanakan strategi tersebut, sejumlah 212 bilion ringgit diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010. Daripada jumlah itu, 162.8 bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus. Manakala 49.2 bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan. Bajet 2011, boleh disifatkan sebagai bajet rakyat kerana ia mengambil kira keperluan semua rakyat Malaysia dan menjadi langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi. Sekali lagi, tahniah kepada YAB Perdana Menteri. 8. Selaras dengan itu, terdapat beberapa agenda yang perlu dilaksanakan bagi meneruskan momentum Negeri Melaka sesuai dengan Kerajaan Pusat iaitu Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMKe-10). Justeru, Bajet 2011 ini akan menumpukan kepada dua strategi utama iaitu: Pertama : Mentransformasikan Pendekatan Kerajaan Melalui Metodologi NKRA ; dan Kedua : Menuju Ekonomi Berpendapatan Tinggi Berasaskan Model Baru Ekonomi. STRATEGI PERTAMA: MENTRANSFORMASIKAN PENDEKATAN KERAJAAN MELALUI METODOLOGI NKRA Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 9. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah selaras dengan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ianya bertujuan untuk mentransformasikan Kerajaan agar lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat. Selain itu, ia juga bertujuan memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Enam bidang keberhasilan utama negara atau NKRA yang telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan ialah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan 4

[close]

p. 5

pencapaian pelajar, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan menambah baik sistem pengangkutan awam. Mengurangkan Kadar Jenayah 10. Sebuah negeri maju seperti Melaka perlu berada dalam keadaan aman dan damai jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Kadar jenayah di Melaka ialah 718.3 kes bagi setiap 100,000 penduduk berbanding Malaysia 771.2 kes serta 18 kali lebih rendah berbanding negara Sweden 13,493 kes. Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha pencegahan jenayah dengan memperuntukan sejumlah 0.5 juta ringgit untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk menambah balai polis bergerak, mempergiatkan lagi pasukan sukarela sedia ada seperti Rukun Tetangga dan RELA. 11. Langkah-langkah pengawalan dan pencegahan juga, akan ditingkatkan lagi dengan menambah pemasangan 50 unit peralatan kamera litar tertutup (CCTV) menggunakan teknologi video IP dan teknologi jalur lebar tanpa wayar. Kawasan yang terlibat adalah MITC, Bandar Hilir, Kawasan UNESCO dan persisiran Sungai Melaka yang merupakan kawasan berisiko jenayah, kesesakan jalan raya, kawasan tumpuan orang ramai, kawasan pelancongan serta bangunan Kerajaan. Memerangi Rasuah 12. Gejala rasuah boleh menjejaskan imej sebagai sebuah negeri maju sekiranya langkah- langkah proaktif tidak diambil segera. Indeks persepsi rasuah Negeri Melaka ialah 4.5 setara dengan indeks Malaysia. Gejala rasuah tidak akan berlaku sekiranya setiap individu berintegriti dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan serta mematuhi ajaran agama masingmasing. Dalam memerangi rasuah di kalangan Penjawat Awam, Kerajaan Negeri telah mengambil ketetapan memperbanyakkan ceramah agama, menyemai nilai-nilai murni dan beramanah dalam semua aspek pekerjaan. Di samping itu, semua perolehan Kerajaan tidak melibatkan perubahan kerja (VO) bagi projek-projek pembangunan. Ini adalah untuk mengelakkan kenaikan kos projek yang sekaligus membebankan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga memastikan bil dibayar tidak 5

[close]

p. 6

lewat 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna selaras dengan Arahan Perbendaharaan 103(a). Di samping itu, Kerajaan juga mengadakan kursus secara berkala bagi meningkatkan integriti Penjawat Awam dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Dan Berkemampuan 13. Kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberi peluang pendidikan yang terbaik tanpa mengira keturunan mahupun taraf sosio-ekonomi, dalam memastikan anak-anak Melaka mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. 14. Kerajaan Negeri memberi penekanan dan tumpuan dalam bidang pendidikan untuk membina tahap sumber manusia yang berdaya saing bermula dari peringkat awal lagi. Bantuan sejumlah 19.5 juta ringgit pada tahun 2011 akan disalurkan seperti berikut: Pertama: Bantuan biasiswa, dermasiswa, bantuan kewangan ke IPT, bengkel motivasi pelajar, bantuan persekolahan, Anugerah Pelajar Cemerlang dan tuisyen sekolah berjumlah 7.3 juta ringgit; dan Kedua: 15. Pinjaman Pendidikan Tinggi Dalam dan Luar Negara berjumlah 12.2 juta ringgit. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar-pelajar Melaka di Mesir iaitu Wisma Seri Melaka sejumlah 16 juta ringgit yang mampu menempatkan 196 orang pelajar yang dijadual dibuka pada Disember ini. 16. Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di setiap daerah apabila sebuah kampus cawangan UiTM akan dibina di Kampung Seri Mendapat Semujuk, Jasin. 6

[close]

p. 7

Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah 17. Sehingga bulan Oktober, 2010 sejumlah 8.5 juta ringgit Bantuan Am telah disalurkan kepada 5,657 orang yang terdiri daripada keluarga berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan, orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal dan penjaga pesakit kronik. Ianya bertujuan untuk memastikan keperluan asas golongan ini dipenuhi seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. 18. Bantuan projek pembinaan Rumah Rakyat Termiskin (PPRT) melalui Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka turut disediakan untuk membaiki dan membina rumah kepada mereka yang layak. Sehingga 15 Oktober, 2010 sejumlah 4.8 juta ringgit telah disalurkan bagi 444 rumah PPRT. Kerajaan juga akan menyediakan sebanyak 340 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat di Batu Berendam bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah. 19. Kerajaan prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya kos sara hidup yang semakin membebankan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan akan terus menyediakan bantuan ekonomi dalam bentuk bengkel dan kursus, pelaburan saham amanah serta peluang pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat seperti berikut: Pertama: Mengadakan seminar, kursus dan bengkel bagi memberi kemahiran dan pengetahuan seperti kursus membuat roti dan kek, mengikat manik kristal, jahitan pakaian, kursus e-niaga seperti seminar penerangan e-niaga Mall dan bengkel pemasaran blog; Kedua: Memberi pelaburan saham melalui Pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020 dan Koperasi Bela Masyarakat Negeri Melaka (KOBEMAS); dan Ketiga: Menyediakan peluang pekerjaan kepada ketua isi rumah dan ahli isi rumah miskin untuk bekerja di surau, masjid dan premis-premis di bawah seliaan Agensi Kerajaan Negeri. 7

[close]

p. 8

Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Memperkasa Prasarana Luar Bandar Dan Pedalaman 20. berikut: Pertama: Kedua: Ketiga: Sejumlah 7.6 juta ringgit bagi membina dan menaiktaraf jalan raya dan jambatan; Sejumlah 6 juta ringgit bagi menaiktaraf sistem infrastruktur pengairan dan saliran; Sejumlah 12 juta ringgit bagi pembinaan muzium, perpustakaan awam, menaiktaraf jaringan teknologi maklumat, pembinaan kompleks JAPERUN, pembinaan satu DUN satu padang; Keempat: Kelima: Keenam: Sejumlah 27.4 juta ringgit bagi menaiktaraf sistem bekalan air; Sejumlah 10.95 juta ringgit bagi projek khidmat masyarakat; dan Sejumlah 8.3 juta ringgit bagi projek sekolah agama dan masjid. Sebagai sebuah negeri maju, Kerajaan berusaha memantapkan lagi kemudahan prasarana bagi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan yang mencukupi dan berkualiti seperti Menambahbaik Pengangkutan Awam 21. Melaka sebagai sebuah negeri maju akan terus menambahbaik rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah memohon sejumlah 36 juta ringgit di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMKe-10) bagi pembelian bas baru. Setakat ini, kita telah mempunyai 10 bas coaster Panorama bernilai 2.4 juta ringgit. STRATEGI KEDUA : MENUJU EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI BERASASKAN MODEL BARU EKONOMI Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 22. Dalam konteks aspirasi nasional untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, Kerajaan Negeri akan melaksanakan pembaharuan dan perubahan secara lonjakan 8

[close]

p. 9

berganda, bukan lagi secara berdikit-dikit. Pelbagai inisiatif, perubahan dan penambahbaikan akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan dalam pelbagai bidang seperti k-ekonomi, ICT, bioteknologi, teknologi hijau, pelancongan, kesihatan, pendidikan, perindustrian, pertanian, penternakan dan industri halal. Menggalakkan Aktiviti K-Ekonomi, ICT dan Bioteknologi 23. Dalam usaha untuk mengukuhkan keupayaan modal insan yang menjurus ke arah minda kelas pertama dan rakyat berpendapatan tinggi, Kerajaan Negeri berperanan dalam melaksanakan pelbagai program berasaskan k-ekonomi, ICT dan bioteknologi. Sejumlah 1.7 juta ringgit telah diperuntukkan bagi program e-Melaka yang merangkumi 12 Flagship iaitu e-Komuniti, e-Dagang, e-Kerajaan, e-Pendidikan, e-Pelancongan, e-Politik, e-Belia, e-Kesihatan, e-Sekuriti, e-Media, e-Wanita dan e-Masjid. Sehingga kini seramai 50,899 peserta berjaya dilatih di bawah program tersebut. 24. Kerajaan Negeri melalui melalui Melaka ICT Holdings (MICTH) akan membekalkan 11 ribu unit netbook 1Malaysia bagi negeri Melaka yang akan diperolehi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta memasang infrastruktur hotspot wi-fi dan streamyx bagi TELEKOM. Memajukan Teknologi Hijau 25. Melaka akan bergerak ke arah penggunaan teknologi hijau secara progresif dan holistik sebagai asas pembangunan perbandaran dan komuniti di masa hadapan. Objektif Kerajaan dalam mengaplikasikan teknologi ini antara lain bertujuan mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga di samping dapat meningkatkan pembangunan ekonomi. Kerajaan Negeri telah mewartakan tanah seluas 7,246.43 hektar di Rembia sebagai Melaka World Solar Valley yang merupakan kawasan pembangunan teknologi hijau pertama di negara dan terbesar di dunia. Langkah tersebut telah mendapat reaksi positif daripada Sun Power Sdn Bhd yang telah membina kilang sel solar dengan nilai pelaburan 4.5 bilion ringgit. Melaka World Solar Valley bukan sahaja memiliki kawasan perindustrian berasaskan solar, bahkan ia akan melibatkan pembangunan 9

[close]

p. 10

kawasan perdagangan dan perumahan yang dirancang dengan menggunakan teknologi hijau sepenuhnya. Kita mensasarkan Melaka World Solar Valley sebagai pengeluar utama panel dan sel solar serta menggunakan sepenuhnya teknologi hijau menjelang tahun 2020. Insya-Allah, majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Disember ini. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Melaka, akan membuka Bandar Hijau di Jasin dengan keluasan 300 hektar. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, MERANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN 26. Sektor pelancongan di Melaka terus kukuh dengan pertambahan jumlah pelancong ke negeri ini. Sehingga bulan Jun 2010, seramai 4.8 juta orang telah datang ke Melaka berbanding 4 juta orang bagi tempoh yang sama pada tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus. 27. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 1.65 juta ringgit bagi melaksanakan acara dan program promosi pelancongan seperti berikut: i. ii. iii. iv. vi. vii. viii. ix. x. Musabaqah DMDI pada bulan Ogos; 14th Gendang Nusantara Festival pada bulan April; Pesta Sungai Melaka 2011 pada bulan Jun; Melaka Tourism Street Carnival 2011 pada bulan Mei; Sambutan Ulang Tahun ke-4 Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada bulan Ogos; Melaka International Tourism Show 2011 pada bulan November; Melaka World Scout Jambory di World Youth Camp di Jasin pada bulan Jun; World Junior Karate pada bulan Oktober; dan Kongres Wartawan Islam Sedunia pada bulan Mei. 10

[close]

p. 11

28. Produk pelancongan baru akan diperkenalkan adalah seperti berikut:Pembinaan muzium baru seperti Muzium Merchantaille, Muzium Wanita Sedunia, Galeri MUBARAK iaitu Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat, Galeri Al-Jabar yang merupakan galeri khas himpunan keturunan keluarga besar di Sungai Rambai dan Galeri Penghulu Md. Natar dan Perkampungan Hang Tuah. Pertama: Kedua: Menyediakan kemudahan pengangkutan pelancongan seperti trem dari Ayer Keroh ke pusat bandar dan memperkenalkan syarikat penerbangan kepunyaan Kerajaan Negeri iaitu Melaka Air untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka; dan Ketiga: Menambah lebih banyak destinasi pelancongan yang menarik iaitu, sambungan roller coaster di tebing Sungai Melaka, Bandar Sukan di Krubong, Restoran Melayu di Jalan Tun Ali, Taman Musim Sejuk di Botanikal Garden, Hotel Kerjaya memuatkan 360 bilik dan 700 bilik apartment, Hotel Hilton dan Hotel Four Season yang dilengkapi 1,100 bilik di kawasan Taman Melaka Raya oleh Hatten Group, Hotel Seri Malaysia dan Eye On Malaysia yang baru. Kerajaan Negeri juga akan mempergiatkan promosi Autocity di Jalan SPA dan Wholemart Centre berhadapan MITC, Ayer Keroh dan World Factory Outlet oleh Syarikat Solaras dan Craig Ltd dari Amerika Syarikat. 29. Pertambahan produk pelancongan baru sudah tentu membantu menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Melaka, sekaligus merealisasikan sasaran Kerajaan Negeri meningkatkan tempoh bermalam dari 1.9 malam ke 3 malam dengan hasil pendapatan daripada sektor ini sejumlah 5 bilion ringgit. Mempergiatkan Sektor Perindustrian 30. Kerjasama sektor awam dan swasta akan dipergiatkan dalam usaha menjadikan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negeri. Pelaksanaan projek berimpak tinggi oleh 11

[close]

p. 12

sektor swasta akan dijalankan secara kerjasama dengan kerajaan. Pada masa ini, terdapat 20 buah kawasan perindustrian yang diwartakan di seluruh Negeri Melaka. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 buah kawasan industri telah dimajukan oleh Kerajaan melibatkan kawasan seluas 1,516 hektar. Manakala selebihnya dimajukan oleh pihak swasta termasuk 5 buah kawasan yang dilaksanakan secara penswastaan. Perkembangan pesat sektor industri telah berjaya menyediakan sebanyak 58,600 peluang pekerjaan pelbagai peringkat. Bilangan tenaga kerja ini dijangka akan terus meningkat pada tahun 2011 apabila kilang-kilang di Melaka World Solar Valley beroperasi sepenuhnya terutama kilang induk Sun Power Sdn Bhd yang akan menggunakan sehingga 4,000 pekerja, termasuk 800 jurutera. Menyuburkan Sektor Pertanian 31. Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah 3 juta ringgit pada tahun 2011 bagi membangunkan sektor pertanian. Kerajaan memberi penekanan kepada enam jenis tanaman utama iaitu: Pertama: Padi akan ditanam seluas 1,665 hektar yang mampu mengeluarkan hasil sebanyak 7,992 metrik tan bernilai 6.4 juta ringgit; Kedua: Mangga delite akan ditanam seluas 1,161 hektar yang mampu mengeluarkan hasil 4,420 metrik tan bernilai 16 juta ringgit; Ketiga: Kerajaan Negeri juga akan menanam 100,000 lagi pokok kelapa pandan di seluruh Negeri Melaka sebagai menambah pendapatan penduduk Melaka. Pokok kelapa pandan boleh ditanam di bandar dan di tanah lapang di mana-mana saja kerana ia boleh menghasilkan pendapatan sekurang-kurangnya 12 juta ringgit setahun; Keempat: Kelima : Penduduk juga digalakkan menanam pokok Melaka dan mentimun bagi pengeluaran jusnya; Di samping itu, pengeluaran kraftangan di luar bandar juga akan digalakkan. Bahagian IKS diharap akan melipatgandakan pengeluaran produknya dengan rekabentuk terkini. Syarikat Pemasaran Melaka pula bertanggungjawab memasarkannya sama ada di pasaran tempatan atau antarabangsa; dan 12

[close]

p. 13

Keenam : Pokok pisang dan durian belanda juga akan ditanam di kawasan seluas 50 hektar yang akan mengeluarkan hasil 400 metrik tan bernilai 1.4 juta ringgit setahun. 32. Kerajaan Negeri juga turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan penternakan di Zon Akuakultur Perikanan seluas 5.51 hektar bagi ternakan ikan marin di Sempang dan ternakan kupang di Sebatu. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 33. Pada prinsipnya kita tidak hanya boleh berpuas hati dengan pencapaian yang kita perolehi pada hari ini. Sebaliknya kita perlu merangka, mengatur strategi dan membuat perancangan baru yang lebih baik dari semasa ke semasa. Bagi meneruskan kesinambungan Melaka sebagai sebuah negeri maju, visi baru Kerajaan Negeri ialah memperkenalkan konsep negeri bandar teknologi hijau, selaras dengan hasrat Kerajaan supaya rakyat Go Green. PERUNTUKAN BAJET 2011 Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 34. Bagi melaksanakan dua strategi dan langkah-langkah yang saya bentangkan tadi, Kerajaan mencadangkan sejumlah 301.71 juta ringgit diperuntukkan bagi bajet 2011. Ini merupakan pengurangan 19.55 peratus, berbanding bajet sebanyak 375.02 juta ringgit bagi tahun 2010. Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah 70.47 juta ringgit adalah bagi emolumen dan 95.94 juta ringgit disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan. Manakala, 2.93 juta ringgit diperuntukkan untuk pembelian aset serta 112.08 juta ringgit bagi pemberian dan kenaan bayaran tetap. Sejumlah 20.29 juta ringgit disediakan untuk perbelanjaan lain. 35. Bagi peruntukan pembangunan pula diperuntukkan sejumlah 101.19 juta ringgit. Ini adalah untuk menampung keperluan infrastruktur berjumlah 26.53 juta ringgit, pertanian berjumlah 5 juta ringgit, perumahan berjumlah 10.5 juta ringgit, sosial berjumlah 48.21 juta ringgit serta pembangunan masyarakat berjumlah 10.95 juta ringgit. 13

[close]

p. 14

36. Pada tahun 2011, kutipan hasil Kerajaan Negeri Melaka dianggarkan menurun 19.55 peratus kepada 301.88 juta ringgit berbanding 375.25 juta ringgit pada tahun 2010. 37. Dengan mengambilkira anggaran hasil dan perbelanjaan, Kerajaan Negeri mengekalkan rekod bajet lebihan bagi tempoh tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2005. Bajet lebihan 2011 adalah berjumlah 0.16 juta ringgit yang menunjukkan Kerajaan terus berusaha untuk memperkukuhkan kewangan negeri dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuklah menekankan nilai untuk wang (value for money) dan pengurusan nilai (value management) secara menyeluruh. 38. Kita juga telah berjaya mengekalkan sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara ke atas Akaun Awam Kerajaan Negeri Melaka bagi tahun 2009. Pencapaian ini direalisasikan oleh pengurusan kewangan negeri yang cekap dan berhemat selama ini. 39. Bagi menghargai kegigihan dan komitmen penjawat awam dalam memastikan pembangunan negeri tercapai demi kesejahteraan rakyat, Bantuan Khas Kewangan sebanyak 500 ringgit telah diberikan kepada penjawat awam. Sejajar dengan pengumuman YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2011, Bantuan Kewangan 500 ringgit juga akan diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah. Bantuan Kewangan tersebut akan dibayar pada bulan Disember ini. PENUTUP Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 40. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, tenaga dan fikiran dalam semangat 1Malasia, Menjana Transformasi seiring membangunkan Negeri Melaka yang tercinta ke arah Negeri Bandar, Teknologi Hijau. 14

[close]

p. 15

41. KepadaMu Ya Allah, dipanjatkan doa, dipohon kekuatan, kesejahteraan dan keselamatan untuk kami terus memimpin rakyat dan negeri Melaka. Mudahan-mudahan segala usaha hambahambaMu ini beroleh keberkatan, kerahmatan dan kejayaan. 42. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali yang akan disambut pada 5 November, 2010 kepada semua Ahli Yang Berhormat dan hadirin yang beragama Hindu. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Saya mohon mencadangkan. 15

[close]

Comments

no comments yet