Ucapan Bajet Tahun 2012

 

Embed or link this publication

Description

Ucapan Bajet Tahun 2012

Popular Pages


p. 1

UCAPAN BAJET TAHUN 2012 NEGERI MELAKA Oleh Y.A.B. DATUK SERI HJ. MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM KETUA MENTERI MELAKA KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2012) DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA ISNIN, 14 NOVEMBER 2011 1

[close]

p. 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Enakmen Perbekalan (2012) 2011 untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2012” dibaca bagi kali kedua. MUQADDIMAH Saya mulakan lafaz ucapan bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, 1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, dapat saya membentangkan Bajet 2012 Negeri Melaka di Dewan yang mulia ini. Saya bagi pihak semua penjawat awam Negeri Melaka ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka di atas segala 2

[close]

p. 3

pandangan dan nasihat yang diberikan kepada saya bagi melaksanakan pembangunan dan pentadbiran di Negeri Melaka. Keprihatinan Tun terutamanya dalam aspek pembangunan seperti bidang pelancongan, teknologi hijau, sosial, budaya dan sejarah, keagamaan serta lain-lain isu yang dekat kepada keperluan rakyat adalah disanjung tinggi. Segala pandangan daripada Tun khususnya dalam mengisi program-program berkaitan mempromosikan Negeri Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia dan Negeri Bandar Teknologi Hijau, telah memberi impak dan manfaat yang besar kepada negeri ini. 2. Tun juga sentiasa bersama dengan rakyat berbilang kaum dan hadir di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi yang diadakan di Melaka. Sikap mesra dan kebersamaan yang ditunjukkan oleh Tun ini amat disanjung tinggi dan bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dewan yang mulia ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jadi ke-73 kepada Tuan Yang Terutama Tun pada 8 Oktober 2011. Dewan juga melahirkan rasa kesyukuran di atas keselamatan dan kesejahteraan Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan sepanjang menunaikan ibadat haji dan selamat kembali ke tanah air pada 10 November 2011 yang lalu. 3. Saya, keluarga, kepimpinan negeri dan semua rakyat Melaka sentiasa berdoa semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta keluarga, diberi kesihatan yang baik, 3

[close]

p. 4

dirahmati oleh Allah SWT, dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki setiap masa. 4. Dewan yang mulia juga turut menjunjung kasih atas keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia sempena lawatan khas pada 11 dan 12 November, 2011. Semoga lawatan khas Tuanku akan menyuntik semangat untuk kita terus bekerja dengan gigih demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Tahniah kepada semua penjawat awam yang telah menjayakan lawatan khas Tuanku ke Melaka. PRESTASI EKONOMI Yang Berhormat Datuk Wira Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, 5. Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang sederhana iaitu 4 peratus dalam tempoh suku kedua tahun 2011, di mana kadar ini lebih rendah berbanding pertumbuhan suku pertama iaitu 4.9 peratus serta 10.1 peratus pada suku yang sama tahun lalu. Ini berikutan kelembapan ekonomi di negara maju dan gangguan rantaian bekalan global berpunca daripada kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun yang menyebabkan sektor perkilangan mencatat pertumbuhan lebih perlahan. 4

[close]

p. 5

6. Inflasi negara berada pada kadar purata 3 peratus dalam tempoh separuh pertama tahun ini. Ini disebabkan kenaikan harga makanan dan pelarasan harga minyak petrol RON97 pada bulan April dan Mei 2011 berikutan kenaikan harga minyak dunia. Walau bagaimanapun, kadar inflasi Melaka masih terkawal dengan mencatatkan 2.8 peratus dalam tempoh separuh pertama tahun ini. Kadar pengangguran Melaka bagi suku tahun kedua 2011 adalah 0.7 peratus, iaitu yang terendah berbanding Malaysia sebanyak 3 peratus. PERUNTUKAN BAJET 2012 Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 7. Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan sejumlah 307.6 juta ringgit. Daripada jumlah tersebut 245.1 juta ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 62.5 juta ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Di bawah peruntukan mengurus, 72.9 juta ringgit adalah bagi emolumen dan 98.9 juta ringgit disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan. Manakala, 1 juta ringgit diperuntukkan untuk pembelian aset serta 69.1 juta ringgit bagi pemberian dan kenaan bayaran tetap. Baki 3.2 juta ringgit disediakan untuk perbelanjaan lain. 8. Bagi peruntukan pembangunan pula diperuntukkan sejumlah 62.5 juta ringgit. Ini adalah untuk menampung keperluan infrastruktur 5

[close]

p. 6

22.8 juta ringgit, pertanian 3.5 juta ringgit, sosial 24.7 juta ringgit serta pembangunan masyarakat 11.5 juta ringgit. 9. Hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2012, dianggarkan berjumlah 245.3 juta ringgit yang terdiri daripada Hasil Cukai 99 juta ringgit, Hasil Bukan Cukai 76.5 juta ringgit dan Terimaan Bukan Hasil 69.8 juta ringgit. Dengan mengambilkira anggaran hasil dan perbelanjaan, Kerajaan Negeri mengekalkan rekod bajet lebihan bagi tempoh lapan tahun berturut-turut sejak tahun 2005. Bajet lebihan 2012 ini menunjukkan Kerajaan terus berusaha untuk memperkukuhkan kewangan negeri dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuklah menekankan nilai untuk wang (value for money) dan pengurusan nilai (value management) secara menyeluruh. STRATEGI BAJET 2012 Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 10. Di Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri ingin merakamkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana berjaya merangka bajet 2012 yang dibentangkan pada 7 Oktober, 2011. Bajet 2012 yang bertemakan “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL : BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA” telah memberi penekanan kepada lima fokus utama iaitu : 6

[close]

p. 7

Pertama: Meligat Pelaburan; Kedua: Ketiga: Kelima: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi; Program Transformasi Luar Bandar; Meredakan Inflasi dan Mengimarah Kehidupan Rakyat. 11. Melalui Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan menyediakan Keempat: Memperkejap Perkhidmatan Awam; dan peruntukan sejumlah 232.8 billion ringgit iaitu 9.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan tahun 2011. Daripada jumlah tersebut, 181.6 billion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 billion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Bajet 2012 ini juga disifatkan bajet di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional yang dilhamkan demi rakyat. Tahniah kepada YAB Perdana Menteri. 12. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri Melaka turut mengambil langkah yang proaktif untuk menyusun strategi dengan mengambil kira keperluan rakyat Melaka agar faedah kemajuan dapat dikongsi, diagih dan dimanfaatkan kepada semua rakyat secara adil dan saksama. Justeru, Bajet 2012 ini akan menumpukan kepada dua strategi utama iaitu: 7

[close]

p. 8

Pertama: Meningkatkan Kedua: Taraf Hidup Rakyat Ke Arah Berpendapatan Tinggi; dan Merealisasikan Melaka Maju Negeri Bandar Teknologi Hijau. STRATEGI PERTAMA: MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT KE ARAH BERPENDAPATAN TINGGI Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah Al-Anbiya ayat 73: “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpinpemimpin yang memberi petunjuk kepada perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami lah mereka selalu menyembah.” 13. Bersesuaian dengan firman Allah di atas, kita selaku pemimpin hendaklah memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa terpelihara. 8

[close]

p. 9

Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat 14. Sehingga bulan Oktober 2011, sejumlah 11.6 juta ringgit Bantuan Am telah disalurkan kepada 6,736 orang. Penerima bantuan terdiri daripada keluarga berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan, orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, pesakit terlantar dan penjaga pesakit kronik. Ianya bertujuan untuk memastikan keperluan asas golongan ini dipenuhi seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. 15. Bantuan projek pembinaan Rumah Rakyat Termiskin (PPRT) melalui Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka turut disediakan untuk membaiki dan membina rumah kepada mereka yang layak. Sehingga Oktober 2011, sejumlah 9.3 juta ringgit telah disalurkan bagi 890 buah rumah PPRT. Kerajaan juga akan menyediakan 915 unit rumah di Ayer Keroh, Klebang, Serkam dan Ayer Limau di bawah Projek Perumahan Rakyat bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah. 16. Kerajaan prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya kos sara hidup yang membebankan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan akan terus menyediakan bantuan ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat seperti berikut:- 9

[close]

p. 10

Pertama : Menyediakan peluang pekerjaan kepada ketua isi rumah dan isi rumah miskin untuk bekerja di surau, masjid dan premis-premis di bawah seliaan agensi Kerajaan Negeri di bawah program KIR Miskin; Kedua : Memberi pelaburan saham Hotel KOBEMAS kepada 24 ribu orang ahli yang terdiri daripada penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat; Ketiga : Mengadakan kursus dan bengkel bagi memberi Program kemahiran dan pengetahuan di bawah 12 Flagship; dan Keempat: Membuka 4 buah Kedai Rakyat 1Malaysia di Kota Fesyen MITC, Jasin, Masjid Tanah dan Selandar bagi memudahkan orang ramai membeli barangan buatan tempatan pada harga yang murah dan berpatutan. Memantapkan Pembangunan Pendidikan 17. Kerajaan akan terus memberi peluang pendidikan yang terbaik tanpa mengira keturunan mahupun taraf sosioekonomi, dalam memastikan anak-anak Melaka mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. 18. Kerajaan Negeri memberi penekanan dan tumpuan dalam bidang pendidikan untuk membina tahap sumber manusia yang 10

[close]

p. 11

berdaya saing melalui bantuan kewangan dan prasarana seperti berikut: Pertama: Menyediakan bantuan kewangan seperti biasiswa, dermasiswa, peralatan persekolahan, Anugerah Pelajar Cemerlang, tuisyen sekolah, pinjaman Pendidikan Tinggi Dalam dan Luar Negara serta bantuan kewangan ke IPT berjumlah 16.4 juta ringgit; dan Kedua: Membangunkan prasarana seperti Maahad Tahfiz Al-Qur’an Masjid Sayyidina Ali bernilai 0.9 juta ringgit; 4 blok asrama UiTM Bandaraya Melaka bernilai 58.1 juta ringgit; dan kemudahan penginapan bernilai 3 juta ringgit kepada pelajar-pelajar Melaka di Universiti Al-Azhar. Memperkasakan Infrastruktur 19. Sebagai sebuah negeri maju, Kerajaan berusaha memantapkan lagi kemudahan infrastruktur bagi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan yang mencukupi dan berkualiti seperti berikut: Pertama: Kedua: Sejumlah 9 juta ringgit bagi membina dan menaiktaraf jalan raya, jambatan dan bangunan Kerajaan; Sejumlah 2.1 juta ringgit bagi menaiktaraf sistem infrastruktur pengairan dan saliran; 11

[close]

p. 12

Ketiga: Sejumlah menaiktaraf 13.8 juta ringgit bagi pembinaan dan muzium, perpustakaan awam, jaringan teknologi maklumat dan kompleks JAPERUN; Keempat: Sejumlah 16 juta ringgit bagi menaiktaraf sistem bekalan air; Kelima: Keenam: Sejumlah 11.5 masyarakat; dan Sejumlah 7.2 juta ringgit bagi projek sekolah agama dan masjid. STRATEGI KEDUA : MEREALISASIKAN TEKNOLOGI HIJAU Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 20. Kerajaan Negeri akan memperkukuhkan status Negeri Bandar MELAKA MAJU NEGERI BANDAR juta ringgit bagi projek khidmat (City State) dengan menggariskan 6 teras utama iaitu pembangunan perbandaran yang efisien dan mampan; pembangunan ekonomi bandar yang kukuh, dinamik dan berdaya saing; sistem pengangkutan bandar yang bersepadu dan efisien; penyediaan perkhidmatan bandar, infrastruktur dan utiliti yang beridentiti; dan tadbir urus bandar yang efektif. berkualiti; pewujudan persekitaran kehidupan bandar yang sejahtera dan 12

[close]

p. 13

Negeri Teknologi Hijau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: “Dunia ini hijau dan cantik pemandangannya dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya, Dia melihat apa yang kamu lakukan”. Hadith riwayat Muslim 21. bumi Allah SWT telah melantik manusia sebagai khalifah di muka ini untuk memikul amanah bagi menjaga dan memakmurkannya. Sejajar dengan tanggungjawab dan kewajipan tersebut pelaksanaan teknologi hijau merupakan suatu pendekatan yang diharap dapat memenuhi amanat di atas. 22. Teknologi hijau sebenarnya bukanlah satu perkara baru kerana ia telah mendapat perhatian di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Melaka berhasrat untuk menjadi negeri hijau pertama di Malaysia menjelang 2020. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka yang bertindak sebagai badan penyelaras tertinggi dalam memastikan usaha dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan efektif. Selaras dengan itu, Pertubuhan Pembangunan Hijau Melaka diwujudkan di bawah majlis tersebut bagi mengurus tadbir 9 Jawatankuasa yang meliputi Jawatankuasa Tanah Lapang Hijau, Jawatankuasa Industri Hijau, Jawatankuasa Sungai Hijau, Jawatankuasa Pantai Hijau, Jawatankuasa Pemasaran 13

[close]

p. 14

Hijau, Jawatankuasa Bangunan Hijau, Jawatankuasa Pengangkutan Hijau, Jawatankuasa Utiliti Hijau serta Jawatankuasa Pendidikan dan Informasi. 23. Antara projek perintis Kerajaan Negeri ialah membangunkan 2 kawasan khas teknologi hijau sebagai ‘showcase’ pembangunan dan penggunaan teknologi hijau di Negeri Melaka iaitu Bandar Hijau Hang Tuah Jaya di Gapam dan Melaka World Solar Valley di Rembia. Bandar Hijau Hang Tuah Jaya 24. Bandar Hijau Hang Tuah Jaya merupakan pembangunan pertama di luar Putrajaya dan Cyberjaya yang menggunakan konsep teknologi hijau. Ianya sekaligus menjadi model bandar hijau pertama yang memperlihatkan kewujudan sebuah perbandaran baru yang menggunapakai sepenuhnya teknologi hijau dan akan menjadi ikon kepada Negeri Melaka. Sehubungan dengan itu, garis panduan teknikal pembangunan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya adalah seperti berikut: i. ii. mensyaratkan bangunan dibangunkan dengan pensijilan Green Building Index (GBI) bertaraf ‘silver’; menyediakan laluan khas hijau bagi kegunaan pengangkutan hijau seperti kenderaan elektrik, laluan basikal, laluan pejalan kaki dan lain-lain laluan selebar 40 kaki; 14

[close]

p. 15

iii. menyediakan lay by hentian bas dan stesen caj kenderaan elektrik; iv. menyediakan 10 peratus kawasan lapang dalam setiap pembangunan; v. menggunakan lampu LED atau solar dalam pelan lampu jalan; serta vi. menanam pokok yang mempunyai kadar penyerapan karbon yang tinggi dalam pelan landskap. 25. Pembangunan fizikal yang dirancang di Bandar Hijau Hang Tuah Jaya terdiri daripada Restoran Hijau, Akademi Teknologi Hijau, Kolej Kejururawatan dan Pejabat Kesihatan Negeri, Akademi Percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Rehabilitasi PERKESO, Pusat Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Hospital Pakar Mata Melaka, Sekolah Menengah Agama Tun Syed Abdul Said Shah, Taman Awam Hang Tuah Jaya, Muzium Pancalogam Timah, hotel dan masjid. 26. Dengan kewujudan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya, ia akan menjadi penanda aras bagi pembangunan teknologi hijau di seluruh Negeri Melaka seiring dengan Dasar Teknologi Hijau Negara. Melaka World Solar Valley 27. Tenaga suria adalah sumber tenaga alternatif, atau tenaga hijau yang mudah didapati di negara ini. Ianya merupakan sumber yang paling sesuai untuk jangka masa yang panjang bagi 15

[close]

Comments

no comments yet