Ucapan Bajet Tahun 2014

 

Embed or link this publication

Description

Ucapan Bajet Tahun 2014

Popular Pages


p. 1

UCAPAN BAJET NEGERI MELAKA TAHUN 2014 DENGAN TEMA ‘ MELAKA MAJU FASA II ’ Oleh YAB DATUK SERI Ir. HJ IDRIS BIN HJ HARON KETUA MENTERI MELAKA KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2014) 2013 DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA 25 NOVEMBER 2013 1

[close]

p. 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Saya mohon mencadangkan supaya rang Undang-undang bertajuk “Suatu Enakmen Perbekalan (2014) 2013 untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2014” dibaca bagi kali kedua. MUQADDIMAH Saya mulakan lafaz ucapan Bajet Negeri Melaka 2014 yang bertemakan Melaka Maju Fasa II ini dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim, dan memetik sepotong ayat dari Surah AlQasas, ayat 77, bahawa: ‫وابتغ فيما آتاك الله الدار الخرة ول تنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما‬ ‫أحسن الله إليك ول تبغ الفساد في الرض إن الله ا يحب المفسدين‬ 2

[close]

p. 3

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat yang baiklah (kepada hamba-hamba janganlah Allah) engkau sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya melimpah-limpah); dan melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan " 1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama menjulang kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, dapat saya membentangkan Bajet Negeri Melaka 2014 yang bertemakan Melaka Maju Fasa II di Dewan yang mulia ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob di atas perkenan melantik saya sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-10 pada 7 Mei 2013 lalu. Saya sangat berbesar hati di atas segala sokongan, panduan dan nasihat yang tidak putus-putus diberi kepada saya dalam mentadbir negeri kita. Dalam tempoh 10 tahun lalu, T.Y.T. Tun telah mencurah banyak idea dan pendapat untuk kebaikan Negeri Melaka, khususnya ke arah mencapai tahap Negeri Maju. Tidak hairanlah apabila beliau mendapat pengiktirafan untuk menerima Anugerah ‘Legendary Brand Icon’ pada upacara gilang-gemiliang ‘The Brandlaureate Icon Award 2013’ di ibu negara, Oktober lalu. Saya dan semua rakyat Melaka gembira dapat menumpang bangga di atas penganugerahan yang selayaknya diterima oleh T.Y.T. Tun. 3

[close]

p. 4

Seterusnya, saya, keluarga dan semua barisan kepimpinan Negeri berdoa semoga T.Y.T. Tun dan Y.A.Bhg. Toh Puan seisi keluarga sentiasa dalam lindungan Allah S..W.T. dan sihat sejahtera sepanjang masa untuk terus menerajui negeri Melaka. 2. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka ke-9, YB Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam yang menjana negeri kita untuk mencapai taraf Negeri Maju pada tahun 2010. Status negeri kita ini sebagai Negeri Maju, dicapai bukan mengikut penilaian kita sendiri, tetapi mengikut syarat ketat yang ditetapkan oleh Organisation For Economic Cooperation and Development (OECD) yang tidak mampu dicapai oleh negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), apatah lagi yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Justeru, YB Senator Datuk Seri Mohd Ali mewariskan kepada saya, bukan calang-calang negeri, dan bukan sebarangan rakyat, bahkan sebuah negeri yang benar-benar maju dengan sejumlah rakyat yang budiman. Maka sahlah, Melaka ini, adalah satu-satu negeri di Malaysia yang berupaya mencapai status Negeri Maju, bukan Wilayah Persekutuan, bukan Kelantan, bukan Selangor dan bukan juga Pulau Pinang. Inilah nikmat yang tiada tolok bandingnya apabila Allah S.W.T. merahmati negeri Melaka dan rakyatnya dengan seorang ketua negeri yang berpengalaman luas serta seorang ketua kerajaan yang sentiasa bekerja keras. Marilah sekali lagi kita menjulang setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana memilih kita semua sebagai penerima bertuah kepada rahmat yang besar ini. Selama lebih sedekad, pasangan mantap ini berganding 4

[close]

p. 5

bahu menerajui Negeri Melaka, khidmat bakti mereka bukan sahaja akan sentiasa menjadi ingatan, malah, tidak mungkin dapat kita lupakan sehingga ke akhir hayat. Sesungguhnya, kami segenap lapisan dan golongan rakyat Negeri Melaka, memang banyak terhutang budi kepada T.Y.T. Tun dan YB Senator Datuk Seri Mohd Ali. Hanya Allah SWT sahaja yang selayaknya dapat merahmati dua tokoh kita ini. Kita berdoa semoga Allah S.W.T. akan terus merahmati negeri kita yang tercinta ini dengan kepimpinan sedemikian, malah, lebih cemerlang lagi. 3. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua peringkat dan kategori penjawat awam yang telah bekerja keras membantu negeri kita mencipta rantaian pengiktirafan tahun ini di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara pencapaian di peringkat kebangsaan ialah Anugerah Emas Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Wilayah Tengah dan Kebangsaan kepada Jabatan Ketua Menteri; Anugerah ‘The Best Lighted Boat’ sempena ‘Floral Parade Magic of The Night 2013’ oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta pengiktirafan produk pelancongan terbaik iaitu Old Heritage Tour. 4. Kita juga tidak terlepas daripada tumpuan dunia apabila dipilih dan sebagai model untuk menerima Anugerah ‘The Brand Laureate Country Branding Award’ oleh Asia Pacific Brands Foundation perintis Projek Bandar Hijau Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT). Pada 13 November lalu, Melaka Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merangkul Anugerah Emas ‘The Interna5

[close]

p. 6

tional Green Apple Awards’ bagi Pembangunan Alam Sekitar dan Rekabentuk Warisan serta dilantik sebagai ‘ Green World Ambassador 2014’ oleh Green Organization, United Kingdom. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Kejayaan ini perlu diperkukuhkan lagi bagi membawa negeri kita ini ke satu tahap yang lebih dalam era Melaka Maju Fasa II. Maka jelaslah bahawa Allah S.W.T. juga turut merahmati negeri Melaka dengan sumber manusia yang cemerlang. 5. Saya juga ingin mengucapkan sebanyak-banyak tahniah atas pencapaian anak-anak kita dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana merekalah, Melaka mendapat tempat terbaik di seluruh Malaysia sejak tahun 2005, selepas Putrajaya yang mempunyai banyak sekolah istimewa. Anak-anak kita di 34 sekolah di negeri ini menjadi kebanggaan ibu bapa apabila memperoleh ‘A’ dalam semua mata pelajaran. Pencapaian ini ialah peningkatan 15 peratus berbanding cuma 28 sekolah pada tahun lalu. Pencapaian mereka itu membuktikan, jika ada usaha bersungguh-sungguh oleh guru, ibu bapa serta azam dan tekad anak-anak kita sendiri, kejayaan yang lebih tinggi juga boleh dicapai. Inilah kejayaan yang akan kita sama-sama dapat kecapi dalam apa jua bidang sekalipun, jika ada usaha yang berlipatganda yang berterusan, dan ditunjangi dengan rangkaian kerjasama erat, serta dipupuk oleh jalinan permuafakatan yang kental. Kejayaan anak-anak kita dalam UPSR ini juga adalah suatu hakikat yang semakin jelas, serta tidak dapat disangkal lagi, bahawasanya, negeri kita yang aman 6

[close]

p. 7

dan makmur ini, juga turut dirahmati oleh Allah S.W.T. dengan generasi masa depan yang bijak. Alhamdullliah. FIRMAN ALLAH S.W.T Maksudnya: Dan (Ingatlah) ketika tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. PRESTASI EKONOMI TAHUN 2013 Yang Berhormat Datuk Wira Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, 6. Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sederhana, 4.1% dalam suku pertama tahun ini dan meningkat 4.3% pada suku kedua. Ia dijangka berkembang lebih kukuh pada suku ketiga pada anggaran 5.0%. Sektor perkhidmatan terus menjadi pemangkin utama dengan sumbangan 54.8% kepada KDNK negara. Ini dibantu oleh prestasi lebih baik bidang pembuatan 25.0% serta pertumbuhan 7

[close]

p. 8

kukuh sektor pembinaan 3.7% yang telah menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi suku kedua tahun ini. 7. Pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka juga mencatat peningkatan yang memberangsangkan. Tahun lalu, Melaka mencatat pertumbuhan KDNK 7.2%, iaitu yang tertinggi di Malaysia. Sektor perkhidmatan menyumbang 45.5%, sektor pembuatan 41.1% dan sektor pertanian 9.1%. 8. Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, nilai pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pelaburan Industri Malaysia (MIDA) di peringkat nasional ialah 29.9 bilion ringgit atau bersamaan 463 projek, di mana pelaburan asing 18.8 bilion ringgit manakala pelaburan domestik 11.1 bilion ringgit. Daripada jumlah itu, 3.0 bilion ringgit ialah di Melaka, yang merangkumi 2.7 bilion ringgit pelaburan asing dan 300 juta ringgit pelaburan domestik. Ini adalah peningkatan hampir 200% berbanding 1.05 bilion ringgit tahun lalu. Sentimen pelabur yang semakin positif terhadap prestasi ekonomi Malaysia merupakan petanda baik untuk negara dan khususnya, negeri Melaka. Kerajaan negeri mensasarkan untuk menarik 5 bilion ringgit pelaburan tahun depan. Insya-Allah. 9. Pengangguran bagi suku tahun kedua bagi negeri ini mencatatkan tahap yang semakin melegakan kita, iaitu 0.5%. Kadar ini adalah paling rendah di Malaysia, sekaligus melayakkan Melaka 8

[close]

p. 9

menepati tahap guna tenaga penuh (full employment) mengikut takrif United Nation International Labor Organization (UNILO) yang mensasarkan kadar pengangguran di bawah 4%. Ini juga bukan penilaian kita sendiri tetapi adalah pengiktirafan dunia. 10. tahun ini. Kadar inflasi negara dan Melaka masih pada tahap munasabah iaitu purata 1.4% bagi tempoh Januari hingga Ogos PERUNTUKAN BAJET NEGERI MELAKA 2014 – MELAKA MAJU FASA II 11. Bajet 2014 akan menyediakan sejumlah 272.35 juta ringgit bagi perbelanjaan mengurus yang merangkumi 90.40 juta ringgit bagi emolumen, 103.67 juta ringgit bagi perkhidmatan dan bekalan, 2.47 juta ringgit bagi pembelian aset manakala 73.03 juta ringgit bagi pemberian dan kenaan bayaran tetap. Baki 2.78 juta ringgit disediakan untuk lain-lain perbelanjaan. 12. Peruntukan pembangunan pula ialah 45.56 juta ringgit iaitu 16.25 juta ringgit bagi infrastruktur, 11.07 juta ringgit untuk kemajuan masyarakat, 7.49 juta ringgit bagi ekonomi, 5.1 juta ringgit untuk keagamaan, 2.4 juta ringgit pembangunan pertanian serta 3.25 juta ringgit peruntukan pentadbiran dan sosial. 13. Hasil kerajaan negeri bagi tahun 2014 dianggar berjumlah 272.57 juta ringgit yang terdiri daripada Hasil Cukai 104.32 juta 9

[close]

p. 10

ringgit, Hasil Bukan Cukai 103.48 juta ringgit dan Terimaan Bukan Hasil 64.77 juta ringgit. Kutipan hasil dijangka menokok 22.6 juta ringgit atau 9.06% lebih tinggi berbanding anggaran kutipan tahun lalu. Dengan mengambilkira anggaran hasil dan perbelanjaan, kerajaan negeri mengekalkan rekod Bajet Lebihan bagi tempoh sepuluh tahun berturut-turut, sejak tahun 2005. Bajet Lebihan 2014 berjumlah 0.22 juta ringgit ini menunjukkan kerajaan negeri terus berusaha untuk memperkukuh kewangan negeri dengan memantapkan kutipan hasil sambil menguatkuasakan perbelanjaan yang berhemah. STRATEGI BAJET NEGERI MELAKA 2014 – MELAKA MAJU FASA II Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 14. Di Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya merangka bajet yang mantap demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Bajet 2014 yang dibentangkan di Parlimen dengan tema MEMPERTEGUH lima teras utama : Pertama Kedua Merancakkan Aktiviti Ekonomi; Mengukuhkan Pengurusan Fiskal; 10 KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANAKAN JANJI itu menggariskan

[close]

p. 11

Ketiga Mengunggulkan Modal Insan; dan Keempat Mempergiatkan Pembangunan Bandar dan Luar Bandar; Kelima 15. Mensejahterakan Rakyat. Dalam Bajet 2014 itu, Kerajaan Persekutuan menyediakan 264.2 bilion ringgit iaitu lima peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2013. Daripada jumlah itu, 217.7 bilion ringgit perbelanjaan mengurus dan 46.5 bilion ringgit perbelanjaan pembangunan. Syabas diucapkan kepada YAB Perdana Menteri kerana telah merangka bajet yang memberi impak positif dan inklusif tanpa mengetepikan mana-mana individu di kalangan rakyat Malaysia. 16. Selaras Bajet 2014 itu yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri, kerajaan negeri menetapkan beberapa matlamat bagi membawa Melaka ke arah yang lebih agresif, stabil, cemerlang dan berpendapatan tinggi, dalam tempoh lima tahun akan datang, seperti berikut : Pertama ialah memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan mesra alam sekitar pada kadar 5% hingga 7% setahun serta kadar pengangguran kurang daripada 0.5% dan kadar inflasi kurang daripada 2.5%. Kerajaan negeri akan memberi lebih tumpuan kepada semua bentuk aktiviti serta pelaburan domestik dan dari luar negara; 11

[close]

p. 12

Kedua ialah Repositioning Melaka, dengan izin, secara mempercepatkan anjakan paradigma ekonomi dari tahap sekunder ke tahap tertiari yang berteraskan ekonomi digital dan dipacu oleh Penyelidikan dan Pembangunan atau Research and Developement (R&D) dengan izin, peningkatan dan inovasi bukan pengetahuan, serta daya kemahiran, Melaka kreativiti keusahawanan yang jitu. Matlamat kita ialah supaya menjadi pengeluar, semata-mata pengguna, bagi produk digital untuk sekaligus menjadi hub kepada pertumbuhan ekonomi baru ini; Ketiga ialah pembinaan kekayaan ( wealth creation) yang mana sebahagian besarnya dijana oleh ekonomi baru; serta meluas dan memperbanyakkan peluang perniagaan. Dengan pembinaan kekayaan ini, kerajaan negeri yakin pengagihan kekayaan akan menjadi lebih adil selaras dengan komposisi kaum di negeri ini dan rakyatnya akan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020; Keempat ialah memastikan Melaka berada di kedudukan yang selesa berbanding negeri lain apabila diukur dengan pelbagai indikator global yang relevan dengan aspirasi rakyat seperti kesejahteraan hidup, kemakmuran, keamanan, jenayah, rasuah, produktivti, daya saing dan mudah berurusniaga; dan 12

[close]

p. 13

Kelima ialah kerajaan negeri akan menubuhkan Pasukan Petugas untuk menyemak dan menyelesaikan segera semua teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012. Kerajaan negeri akan berusaha membendung ketirisan, mewujudkan tadbirurus yang BERKAT, TEPAT, CEPAT, amanah dan berkesan, serta dapat memikat keyakinan rakyat. Di sini, saya ingin berkongsi cabaran dengan semua kakitangan awam negeri Melaka iaitu mulai tahun 2014, marilah kita memeteri azam dan tekad yang padu untuk berusaha lebih tangkas lagi bagi mencapai Sifar Teguran, insya-Allah. 17. Kerajaan Persekutuan memperkenalkan Program Transformasi (GTP) untuk meningkatkan mutu penyampaian Kerajaan perkhidmatan awam dalam menghadapi cabaran merealisasikan Wawasan 2020. Selaras dengan itu, enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diwujudkan iaitu mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkat pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, memperbanyakkan lagi kemudahan asas di luar bandar serta menambah baik mutu dan sistem pengangkutan awam. 18. Bagi mencapai barisan matlamat itu, Bajet Negeri Melaka Tahun 2014 adalah dirangka untuk merancakkan kemajuan negeri dan mensejahterakan rakyat, berlandaskan empat strategi utama: 13

[close]

p. 14

Pertama : Merealisasikan Melaka Maju Fasa II dan Negeri Bandar Teknologi Hijau Kedua : Memperkasa Melaka Sebagai Destinasi Pelancongan Serta Pelaburan Domestik dan Antarabangsa Ketiga Keempat : : Menjamin Kesejahteraan Rakyat Memupuk Budaya Integriti Melalui Urus Tadbir STRATEGI PERTAMA: MEREALISASIKAN MELAKA MAJU FASA II DAN NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 19. Pada 20 Oktober 2010, Melaka diisytihar sebagai Negeri Maju syarat ketat selepas menepati lima kriteria yang mencabar iaitu ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran mengikut OECD. Berikutan itu, kerajaan negeri sedang di peringkat akhir merangka gerak kerja Melaka Maju Fasa II sebagai pengisian kepada Melaka Maju . Melaka Maju Fasa II bagi tempoh 2013 hingga 2023 ini akan memberi fokus kepada tiga kategori gerak kerja pengisian iaitu, pertama ialah memurnikan atau merancakkan aktiviti dan penggunaan secara maksimum apa juga produk dan perkhidmatan yang sedia ada. 14

[close]

p. 15

Yang kedua ialah menambahbaik dan meningkatkan penyampaian serta mutu produk dan perkhidmatan yang sedia dari semasa ke semasa tanpa had atau sepanjang masa. Dan yang ketiga ialah mewujudkan produk dan perkhidmatan terkini untuk memenuhi keperluan dan kehendak baru masyarakat supaya dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan hidup seharian. 20. Melaka Maju Fasa II tetap mengekalkan transformasi fizikal negeri Melaka, tetapi akan memperkasa tanpa had pembangunan sumber manusia supaya bukan sahaja boleh mengekalkan kemajuan yang ada, tetapi bergerak ke tahap yang lebih cermerlang. Kerajaan negeri mahu menjadikan semua golongan dan peringkat masyarakat di negeri ini sebagai sebuah angkatan rakyat jelata kelas pertama yang bukan sahaja memiliki pengetahuan, kemahiran dan prestasi tertinggi dalam kerjaya masing-masing, malah, adalah seorang lelaki yang budiman atau gentleman, dengan izin, lagi bijak. Begitu juga dengan yang perempuannya, iaitu seorang yang berperwatakan keibu-ibuan, penuh dengan kasih sayang, cukup tinggi adab dan sopan santunnya. Inilah kualiti rakyat yang diidam-idamkan di bawah gerak kerja Melaka Maju Fasa II. Meskipun kita mempunyai adat, budaya dan agama yang berlainan, tetapi saya tahu dengan jelas dan mendalam, bahawasanya, tiada adat, tiada budaya dan tiada agama yang menyeru ke arah kejahatan. Oleh itu, tidak ada alasan, di ambang Melaka Maju Fasa II ini, kita tidak mahu memulakan langkah walau seinci sekalipun untuk menjadi rakyat Melaka - lelaki dan perempuan - yang bijak lagi budiman. Marilah kita mengetepikan kecenderungan fahaman dan 15 politik, untuk bersama-sama

[close]

Comments

no comments yet