BULETIN PPDL

 

Embed or link this publication

Description

PPDL

Popular Pages


p. 1

BIL 1/2014 http://langkawi.kedah.edu.my JAN - JUN 2014 BUDAYA PENYAYANG AMALAN KITA, BERSAMA MEMBANTERAS PONTENG Secebis Memori... Langkawi terdiri daripada 99 buah pulau tropika. Terletak 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah di tanah besar. Keluasan tanah Langkawi adalah lebih kurang 478 km persegi. Langkawi Geopark telah secara rasmi diiktiraf oleh UNESCO pada 1 Jun 2007. Langkawi Geopark merupakan geopark Malaysia yang pertama terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Mendapat nama daripada gabungan nama ‘helang’ dan ‘batu kawi’ yang banyak terdapat di sini, Langkawi terbahagi kepada 6 mukim iaitu, mukim Kedawang, mukim Ayer Hangat, mukim Bohor, mukim Padang Matsirat, mukim Kuah dan mukim Ayer Hangat. Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi distruktur semula pada 1 Jun 1982 dengan visi, ‘Bahawa Sesungguhnya Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi adalah ke arah Kecemerlangan Pendidikan Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020’. Sementara misi PPD Langkawi adalah, ‘Berusaha dengan Penuh Iltizam untuk Menyediakan Perkhidmatan yang Berkualiti dan Menyeluruh dalam Usaha Meningkatkan Mutu Pendidikan bagi Melahirkan Warga Pendidikan dan Murid yang Mantap, Patuh dan Berdaya Maju bagi Memenuhi Tuntutan Agama, Masyarakat dan Negara ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020.’ VISI PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA ANTARA YANG MENARIK...             i-THINK MAULIDUR RASUL 2014 MTQSS 2014 KEJOHAN BOLING MSSK BOLA SEPAK AUDIT PPDL MTQSS BERITA UNIT PPDL ANUGERAH A-KAWI DASHBOARD PPDL LENSA SEUNTAI KASIH MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi SAW bersaba: "Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat . Berceritalah tentang kaum Bani Israel dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempah tempat duduknya di dalam neraka." (Riwayat Bukhari) Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 2

Sekapur Sireh… Seulas Pinang Assalamualikum dan Salam Sejahtera… Terlebih dahulu saya panjatkan setinggitinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus bekerja dengan penuh iltizam dan istiqamah terutamanya kepada warga pendidik. Sesungguhnya tuan-tuan dan puan-puan adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang akan memacu kemajuan negara pada masa hadapan. Matlamat untuk menjadikan PPD Langkawi sebagai “TOP 3” adalah amat bergantung kepada keupayaan warga pendidik dan pegawai pegawai di PPD dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sekolah yang berjaya mencatat keputusan terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun ini. Marilah sama-sama kita menguatkan azam dan tekad untuk terus berusaha memajukan diri kita untuk mengajar dan mendidik anak -anak bangsa yang amat memerlukan tunjuk ajar kita. Sekian, terima kasih. SIDANG REDAKSI PENASIHAT TN HAJI MARZUKI BIN HJ DAUD PENGERUSI EN HALID BIN ALI NAIB PENGERUSI EN RAZALI BIN TAHARIM KETUA PENGARANG EN SUKRI BIN HJ ISA PENGARANG EN ZAMRI BIN HANAFI PN ZAINAB BT MOHD SAID EN ROSLAN BIN MUSTAFA EN AHMAD SUFIAN BIN ABDUL RAHMAN “LANGKAWI SETANDING” GRAFIK & SUSUN ATUR EN AHMAD YANI BIN GHAZALI EN MUHAMMAD FAIZ BIN MISWAN PERCETAKAN UNIT KEWANGAN PPD LANGKAWI Iklas Daripada, PENGEDARAN UNIT PENTADBIRAN PPD LANGKAWI Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. 2 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 3

Pada 25 Januari 2014, warga PPD Langkawi telah bersama-sama menjayakan program perarakan Maulidur Rasul anjuran bersama Masjid Al-Hana, Kuah bersama dengan Majlis Daerah Langkawi, LADA, jabatan-jabatan kerajaan yang lain serta masyarakat setempat. Maulidur Rasul (yang bermaksud kelahiran Rasul) ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari bersejarah ini jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (Hadis riwayat Muslim, 8/25), bersamaan dengan 23 April 571. Baginda ialah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat melihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan oleh Allah SWT. Sememangnya berniat untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja diperoleh oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 3

[close]

p. 4

Lawatan Penanda Aras dari PPD Terengganu ke PPD Langkawi telah diadakan pada 18 Januari 2014. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat serta berkongsi pendapat dan juga idea dalam melahirkan sekolah dan PPD yang berkualiti tinggi serta menambah bilangan SBT pada tahun-tahun hadapan. Sekolah di Daerah Langkawi yang dilawati akan dijadikan contoh serta panduan dalam mewujudkan suasana Sekolah Berprestasi Tinggi yang gah oleh para pelawat. Pada tanggal 16 Februari 2014 pula seramai 7 orang pegawai dari PPD Gombak dan PPD Kuala Selangor telah membuat lawatan penanda aras bagi melihat pelaksanaan Program Transformasi Daerah (DTP) khususnya SISC+ dan SiP+ untuk dilaksanakan di PPD masing-masing. Sekolah contoh yang dilawati ialah SK Ulu Melaka mulai jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Pada Jam 2.30 petang sesi taklimat diadakan di PPD Langkawi oleh pegawai SISC+ Langkawi. Lawatan Penanda Aras dari PPD Pasir Gudang Johor ke PPD Langkawi pula telah diadakan pada 30 April 2014. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat keberkesanan pentadbiran PPD Langkawi dalam melaksanakan transformasi pendidikan negara dan bertukar-tukar pendapat antara pegawai untuk memantapkan lagi sistem pentadbiran di PPD masing-masing. 4 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 5

PROGRAM i-THINK Program i-THINK ialah… …satu program yang bertujuan untuk mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang kritis, kreatif dan inovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Abjad „i‟ - bermaksud inovasi dan „THINK‟ pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid. Pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) tahun 2007 adalah pada kedudukan ke-20 bagi Matematik dan ke-21 bagi Sains dalam kalangan 49 buah negara. Manakala laporan Program for International Student Assessment (PISA) tahun 2009 menunjukkan bahawa prestasi Malaysia berada pada kedudukan ke-57 bagi Matematik, ke-55 bagi Sains dan ke-52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara. Dapatan ini diperkukuh lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools (USA) pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mula memperkenalkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) pada tahun 1994. Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walau bagaimanapun, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru kurang melaksanakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) mereka. Pengajaran di dalam bilik darjah banyak berpusatkan guru dan menjurus ke arah persediaan peperiksaan semata-mata. Kesemua dapatan ini telah mendorong pihak KPM memantapkan lagi usaha ke arah menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif. Usaha ini adalah bagi menghadapi cabaran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang mampu berfikir pada aras tinggi. Dengan itu, KPM telah bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini diperluas kepada 500 buah sekolah lagi pada tahun 2013 dan seterusnya kesemua sekolah pada tahun 2014. Kursus Asas i-Think di Langkawi telah diadakan dengan jayanya pada 27 Januari 2014 dengan menyasarkan 2 orang peserta dari setiap sekolah seluruh Daerah Langkawi dan pada 24 Mei 2014 pula dilaksanakan untuk semua pegawai di PPD Langkawi. i-THINK thinking.’ ialah singkatan daripada „Innovatif Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 5

[close]

p. 6

TAKLIMAT MS ISO 9001:2008 Tahniah dan syabas kepada semua warga PPDL kerana telah menghadiri Bengkel MS ISO 9001:2008 dengan jayanya pada hari Rabu 05 Februari 2014 di Bilik Seminar 2, PPD Langkawi. Antara objektif taklimat ini adalah untuk memastikan perkhidmatan pendidikan yang diberikan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP) 2014 Unit Kaunseling Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia dan sekolahsekolah Daerah Langkawi telah menjayakan Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) bagi tahun 2014 Antara objektif seminar adalah untuk: 1. Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman warga pendidik dan bakal pendidik mengenai Pelan Integriti Nasional (PIN). Meningkatkan komitmen warga pendidik dan bakal pendidik mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integriti masyarakat. Mendapatkan kerjasama warga pendidik dan bakal pendidik bagi membantu menyebarluaskan kefahaman mengenai integriti dan PIN dalam kalangan pelajar. 2. 3. Sekolah-sekolah yang terpilih adalah seperti berikut: Pada 10 April 2014: SK Bayas, SK Nyior Chabang dan SK Ulu Melaka dan telah diadakan di PPD Langkawi. Pada 19 April 2014: SK Padang Matsirat dan SK Kuala Teriang dan telah diadakan di PPD Langkawi. Sementara SK Kedawang dan SK Temonyong diadakan di Kolej Vokasional Langkawi mulai jam 8.00 hingga 12 tengah hari. Pada 26 April pula sekolah yang terlibat ialah SK Penghulu Ahmad, Kilim dan SK Ewa bertempat di PPD Langkawi. Setiap individu yang berintegriti dapat membina jati diri dan identiti dalam sesebuah organisasi sekali gus dapat memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik, pengamalan tadbir urus terbaik, membina imej dan keyakinan pelanggan. Sikap integriti dalam diri akan dapat mewujudkan masyarakat bertatasusila, ikatan hidup berasaskan kesopanan, saling menghormati dan seterusnya akan membawa kepada faktor yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah institusi pentadbiran, pemerintahan, kerajaan dan juga ketamadunan negara. 6 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 7

KEJOHANAN BOLING MSSK 2014 LANGKAWI UNGGUL DI TEMPAT KEDUA Kejohanan Boling MSSK 2014 telah diadakan dengan jayanya pada 27 - 28 Februari dan 01 Mac 2014 di Ampang Bowl, Jeti Kuah, Langkawi. Semua kontinjen daripada 7 daerah di negeri Kedah telah menyertai kejohanan ini yang dikelolakan oleh PPD Langkawi selaku tuan rumah. Pasukan Langkawi telah berjaya mendapat naib johan keseluruhan bagi kejohanan kali ini. Syabas diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan pengurus pasukan. Tahniah juga buat warga PPD Langkawi yang turut membantu menjayakan kejohanan kali ini KEJOHANAN CATUR MSSD LANGKAWI 2014 Kejohanan catur MSSD Langkawi telah diadakan dengan jayanya pada 18 Februari 2014 di MRSM Langkawi selaku tuan rumah. 6 kategori atau acara yang dipertandingkan ialah Lelaki Bawah 12 Tahun, Perempuan Bawah 12 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun, Perempuan Bawah 15 Tahun, Lelaki Bawah 18 Tahun dan Perempuan Bawah 18 Tahun. 2 orang peserta terbaik setiap kategori telah dipilih untuk mewakili daerah Langkawi ke peringkat MSSK yang akan diadakan di SMK Model Khas Pendang. BOLA JARING MSSD LANGKAWI MEMBANGGAKAN Kejohanan ini telah diadakan pada 9 hingga 11 Mac 2014 bertempat di Dewan Serba Guna, Stadium Langkawi. Pertandingan ini disertai oleh sekolah rendah dan menengah daerah Langkawi dan diadakan secara pesta. Bagi Kejohanan kali ini, kategori sekolah rendah Bawah 12 Tahun telah diungguli oleh SK Seri Negeri manakala SK Padang Matsirat muncul selaku naib johan. Bagi Kategori Bawah 15 Tahun sekolah menengah johan diungguli oleh MRSM Langkawi dan naib johan dimenangi oleh SMK Tunku Putra Langkawi. Kemuncak kejohanan adalah kategori Bawah 18 Tahun. SMK Tunku Putra telah muncul sebagai johan diikuti MRSM Langkawi selaku naib johan. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 7

[close]

p. 8

SEKITAR KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD LANGKAWI 2014 TARIKH : 3 HINGGA 5 MAC 2014 TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI PERASMIAN OLEH : YB DATO’ HJ IR. NAWAWI BIN HAJI AHMAD DSDK, AMK,BKM AHLI PARLIMEN DAERAH LANGKAWI Kejohanan balapan dan padang MSSD Langkawi telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Kolej Vokasional Langkawi bermula 3 Mac dan tamat pada 5 Mac 2014. Perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh YB Dato‟ Ir Hj Nawawi bin Hj Ahmad selaku Ahli Parlimen Daerah Langkawi. Kejohanan ini telah disertai oleh semua sekolah daerah Langkawi. Pertandingan Perbarisan diungguli oleh Kelibang dan SMK Kelibang. SK SMK Mahsuri telah dinobatkan sebagai JOHAN sekolah menengah dengan mendapat 11 emas 3 Perak dan 6 gangsa menewaskan pencabar terdekat SMK Tunku Putra selaku johan menanti. Sementara itu, sekolah rendah diungguli oleh SK Bayas dengan mendapat 11 emas, 6 Perak dan 7 gangsa. 8 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 9

BERITA DARI UNIT KOAKADEMIK PPD LANGKAWI Pertandingan Bahas Ala Parlimen telah diadakan pada 10 Mac 2014 bertempat di SMK Kelibang, Langkawi dan majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan PPD Langkawi. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat pelajar agar dapat menjana idea-idea yang bernas secara sistematik dan berdisiplin serta kemahiran berfikir secara cepat dan tepat bagi melahirkan generasi yang mantap. Setelah berlangsung sehari suntuk, keputusan yang diperoleh ialah johan telah disandang oleh SMK Mahsuri sementara naib johan dimenangi oleh SMK Ayer Hangat dan tempat ketiga diperoleh oleh SMK Kelibang yang juga merupakan tuan rumah pertandingan. Bagi kategori Pembahas Terbaik, peserta kedua SMK Ayer Hangat, iaitu Nur Anisah Syafikah bt Abd Jamel telah dinobatkan selaku pembahas terbaik untuk tahun ini. Pada 16 April 2014, di SK Nyior Chabang Langkawi pula Pertandingan Story Telling telah berlangsung dengan jayanya. Sebanyak 15 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dan peserta dari SK Seri Negeri telah muncul johan dalam pertandingan ini. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan PPD Langkawi, iaitu Tn Haji Marzuki bin Haji Daud. Pada 2 April 2014, Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris telah berlangsung dengan jayanya. Sebanyak 9 buah sekolah menengah daerah Langkawi telah menyertai pertandingan ini dan peserta dari SMK Kedawang telah muncul johan dalam pertandingan ini. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan PPD Langkawi, iaitu Tn Haji Marzuki bin Haji Daud. Pada 22 April 2014 Pertandingan Public Speaking telah berlangsung dengan jayanya. Sebanyak 15 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dan peserta dari SK Seri Negeri telah muncul johan dalam pertandingan ini. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan PPD Langkawi, iaitu En Halid bin Ali. Acara Action song pula telah diadakan pada 23 April 2014, di SK Ewa dan Sekolah Kebangsaan Bayas telah mucul sebagai juara. En Halid bin Ali telah menyempunakan majlis penyampaian hadiah. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 9

[close]

p. 10

BOLA SEPAK! GEGAR STADIUM LANGKAWI Kejohanan Bola Sepak MSSDL peringkat akhir telah diadakan pada 9 hingga 10 Mac 2014 bertempat di Stadium Langkawi. Kejohanan ini bermula pada jam 8.00 malam untuk peringkat Bawah 15 Tahun pada 9 Mac 2014 antara MRSM Langkawi bertemu SMK Tunku Putra dengan keputusan SMK Tunku Putra menang tipis ke atas MRSM Langkawi, iaitu 1 berbalas 0. Pada malam 10 Mac 2014 (jam 8.30 malam), perlawanan bola sepak Bawah 12 Tahun telah berlangsung dengan meriahnya. Penyokong kedua-dua pasukan penuh sesak di stadium sejak jam 7.30 malam lagi. Johan kategori Bawah 12 Tahun telah dirangkul oleh SK Kuala Teriang menewaskan SK Kedawang dengan 3 gol berbalas 1. Kemuncak pertandingan ini ialah apabila diadakan perlawanan Bawah 18 Tahun dengan keputusan seri 1 berbalas 1 antara SMK Tunku Putra dan SMK Kedawang. Bagaimanapun keputusan berpihak kepada SMK Tunku Putra setelah menang sepakan penalti , 4 - 1. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan PPD Langkawi, Tn. Haji Marzuki bin Haji Daud. Tahniah kepada semua sekolah dan pemain yang berjaya. 10 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 11

Sekitar Lawatan Pengauditan Dalaman, Audit Baucer Bayaran & Audit Anugerah Kecemerlangan Pentadbiran Kewangan 2014 oleh Juruaudit Negara dan JPN di PPD Langkawi 2014 Pada 23 Februari sehingga 5 Mac 2014, tiga orang pegawai Juruaudit Dalaman, Kementerian Pendidikan Malaysia telah berkampung di PPD Langkawi untuk mengaudit perjalanan pejabat ini. Antara objektifnya adalah bagi membantu PPD dalam proses menilai pengendalian dalaman dan aktiviti penyimpanan rekod. Selain itu, pengauditan dalaman ini bertujuan untuk membantu pejabat ini dalam mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus. Sementara itu, pada 13 Mac 2014 pula, sepasukan Juruaudit Negara telah membuat Audit Baucer Bayaran PPDL di Bilik Gemilang 2. Sekalung Tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPD Langkawi khasnya Unit Kewangan PPD Langkawi kerana hasil dapatan audit dalaman memaklumkan bahawa secara keseluruhannya adalah memuaskan dan menjadi PPD pertama yang mendapat 100% cemerlang dari segi pengurusan rekod dan fail kewangan. Pada 21 April 2014, sepasukan juruaudit JPN pula telah bertandang ke PPD Langkawi untuk membuat pengauditan bagi Anugerah Kecemerlangan Pentadbiran bagi Unit Kewangan PPD Langkawi. Bagi pengauditan ini, kita bersama-samalah berdoa semoga PPD Langkawi akan mendapat kejayaan cemerlang bagi tahun ini setelah berjaya untuk 2 tahun berturut-turut. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 11

[close]

p. 12

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQSS) SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2014 Pada 13 Mac 2014 bersamaan 11 Jamadilawal 1435 di SMK Tunku Putra Langkawi telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat daerah Langkawi. Acara dipertandingkan mengikut kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi peringkat sekolah rendah, acara yang dipertandingkan ialah Tilawah al-Quran, Hafazan, Bercerita Kisah-kisah dalam al-Quran dan Nasyid. Sementara bagi sekolah menengah pula ialah Tilawah al-Quran, Hafazan, Syarahan dan nasyid. Majlis Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi mewakili YB Dato‟ Haji Mohd Rawi bin Abd Hamid, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Johan keseluruhan sekolah rendah disandang oleh Sekolah Rendah Darul Ulum Langkawi, sementara johan keseluruhan sekolah menengah disandang oleh SMK Kedawang. Pihak PPD Langkawi khasnya Unit Pendidikan Islam mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang berjaya dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. “Abdullah bin Mas‟ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan ‫ا ملا‬satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf. ” (HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami‟, no. 6469) 12 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 13

AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008 Pada 15 hingga 17 April 2014 telah berlangsungnya Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dengan jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga PPD Langkawi yang telah berjaya melaksanakan persiapan untuk diaudit oleh Juruaudit Dalaman KPM dari PPD Pulau Pinang. Majlis mesyuarat penutup diadakan pada 17 April 2014 dengan ucapan wakil pengurusan dibuat oleh Tuan PPD Langkawi. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 13

[close]

p. 14

PROGRAM OUTREACH PEMULIHAN KHAS 2014 Pada tanggal 14 April 2014 Program Outreach Pemulihan Khas 2014 bagi Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi telah diadakan dengan jayanya. Antara Objektif Program adalah untuk: 1. Menyelesaikan status murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 saringan Linus selepas saringan 2 Tahun 2. 2. Mengenal pasti murid mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. 3. Membuat pengesahan murid berkeperluan khas. Hasil program yang dijalankan dengan kerjasama sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah, Kaunselor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bank Simpanan Nasional dan JKKK mendapati daripada 24 orang pelajar yang disaring, 10 daripadanya disahkan berkeperluan khas untuk dicadangkan ke kelas pemulihan khas. Pecahan pelajar tersebut adalah: 1. 7 orang pelajar dikategorikan kurang upaya intelektual. 2. 1 orang pelajar lewat perkembangan global. 3. 2 orang pelajar dalam kategori ADHD. Pihak PPD Langkawi khasnya Unit Akademik (Linus) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. 14 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 15

Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 15

[close]

Comments

no comments yet