Laporan Tahunan 2012

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan 2012

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

LAPORAN TAHUNAN 2012 1

[close]

p. 3

FALSAFAH KORPORAT MISI VISI MENJADIKAN WILAYAH KEJORA MAKMUR DAN SEJAHTERA PADA TAHUN 2020 MENERAJUI PEMBANGUNAN WILAYAH JOHOR TENGGARA MELALUI PEMERKASAAN MODAL INSAN DAN PEMAPANAN EKONOMI SECARA STRATEGIK DAN BERKESAN OBJEKTIF MENGURANGKAN KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI MEWUJUDKAN PELUANG-PELUANG PEKERJAAN MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI WILAYAH JOHOR TENGGARA “KEJORA BERKUALITI, RAKYAT MENIKMATI” LAPORAN TAHUNAN 2012 2

[close]

p. 4

FALSAFAH KORPORAT Penubuhan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Akta 75) dan Enakmen Negeri (Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972) yang memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu untuk membangunkan Wilayah Johor Tenggara. Wilayah KEJORA terletak di 2 daerah iaitu Kota Tinggi dan Kluang meliputi kawasan seluas 300,364 hektar. Fungsi Termaktub dalam Akta 75, Bahagian II Seksyen 4 fungsi KEJORA adalah sebagaimana berikut: Memaju, Menggalak, Membantu dan Mengusahakan Pembangunan Ekonomi dan Sosial Dalam Kawasan Johor Tenggara. 1 2 Memaju, Menggalak, Membantu dan Mengusahakan Pembangunan Tempat Tinggal, Pertanian, Perusahaan dan Perdagangan Dalam Kawasan Johor Tenggara. Mengawal dan Menyelaraskan Pelaksanaan Kegiatan Yang Tersebut di Atas Dalam Kawasan Johor Tenggara 3 Alamat Berdaftar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim. No. Tel.: 07-8843000 No. Faks: 07-8221600 Hotline: 1-800-888-620 Laman Web: www.kejora.gov.my Emel: kejora@kejora.gov.my LAPORAN TAHUNAN 2012 3

[close]

p. 5

ISI KANDUNGAN i. ii. iii. Falsafah Korporat Perutusan Pengerusi Perutusan Pengurus Besar 2-3 6-7 8-9 10-19 21-27 iv. Maklumat Korporat 1.0 Laporan Prestasi Kewangan Tahun 2012 -Prestasi Perbelanjaan Projek Pembangunan KEJORA -Prestasi Perbelanjaan Wang Pembangunan KKLW -Prestasi Perbelanjaan Mengurus -Perolehan -Laporan Hasil -Prestasi Keseluruhan Kewangan KEJORA 2.0 Laporan Prestasi Program Pembangunan KEJORA 2012 3.0 Khidmat Pengurusan -Maklumat Pengurusan -Rangka Kerja Pengurusan 4.0 Laporan Pelan Strategik KEJORA 2010-2020 -Pelan Tindakan Pertanian -Pelan Tindakan Perindustrian -Pelan Tindakan Pelancongan -Pelan Tindakan Usahawan -Pelan Tindakan Program Peningkatan Pendapatan -Pelan Tindakan Modal Insan -Pelan Tindakan Pembangunan Bandar dan Kampung -Pelan Tindakan Kapasiti -Pelan Tindakan Kolaborasi 29-39 41-57 59-111 5.0 Laporan Penilaian Outcome dan Impak 113-131 Projek-Projek Pembangunan KEJORA 2012 6.0 Lembaga Bandaran Johor Tenggara 133-147 7.0 Laporan Anak Syarikat 149-155 (KEJORA Development Holdings Sdn. Bhd.) 8.0 Peristiwa Korporat -Aktiviti Jabatan Sepanjang 2012 -Anugerah dan Pencapaian KEJORA 9.0 Diari KEJORA 10.0 Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012 (Telah Diaudit) 157-165 167-171 173-200 LAPORAN TAHUNAN 2012 4

[close]

p. 6

LAPORAN TAHUNAN 2012 5

[close]

p. 7

PERUTUSAN PENGERUSI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kerana telah berjaya menerbitkan buku Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan KEJORA Tahun 2012 ini yang merakamkan pencapaian program dan aktiviti sepanjang tahun 2012. Tahun 2012 merupakan Fasa Pertama bagi Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah diperkenalkan pada tahun 2009. Program yang diperkenalkan bagi memacu Malaysia ke arah sebuah negara maju pada tahun 2020 memerlukan semua pihak komited dalam melaksanakan agenda negara. Bagi maksud ini, KEJORA turut memainkan peranan dalam mendokong hasrat dan matlamat National Key Result Areas (NKRA) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar supaya terlaksana dengan jayanya. Dalam merealisasikan perkara ini, KEJORA telah melaksanakan fungsi dan peranannya dengan sebaik mungkin bagi menjadikan Wilayah Johor Tenggara ini sebagai sebuah wilayah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur di samping melaksanakan program pembangunan modal insan. Pada tahun 2012, KEJORA telah diluluskan peruntukan sebanyak RM69,787,800.00 yang meliputi RM26,520,000.00 bagi Peruntukan Pembangunan dan RM43,267,800.00 bagi Peruntukan Mengurus. Bagi maksud pembangunan, KEJORA telah membelanjakan sebanyak RM17,613,735.82 (66.42%) bagi program-program pembangunan yang meliputi 118 projek untuk dinikmati golongan sasar di mana 98 projek telah disiapkan sepenuhnya dalam tahun 2012. Di samping itu, KEJORA turut menerima peruntukan Wang Pembangunan KKLW sebanyak RM4,447,000.00 dan sebanyak RM1,798,124.30 (40.43%) telah dibelanjakan bagi melaksanakan 6 buah projek/program yang kini sedang berjalan. YAB DATO’ HAJI ABD. GHANI BIN OTHMAN MENTERI BESAR JOHOR Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara LAPORAN TAHUNAN 2012 6

[close]

p. 8

PERUTUSAN PENGERUSI KEJORA sebagai peneraju pembangunan Wilayah Johor Tenggara sering merancang dan melaksanakan program pembangunan bagi memastikan wilayahnya makmur dan sejahtera menjelang tahun 2020. Bagi maksud ini, pelaksanaan program kolaborasi dari aspek pendidikan, pembangunan, modal insan, keusahawanan dan pelbagai lagi yang sedang di dalam perancangan bersama agensi/jabatan Kerajaan mahupun swasta sedang giat dilaksanakan sebagai persediaan mempersiapkan Wilayah KEJORA ke arah yang lebih mantap. KEJORA juga pada ketika ini sedang mempersiapkan diri untuk menyokong 2 projek mega yang sedang berjalan iaitu Projek Pembangunan Semula Desaru oleh Khazanah Malaysia Berhad dan Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) iaitu Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC). Ke arah itu, peranan KEJORA dalam aspek pembangunan, pengukuhan aspek pentadbiran dan pengurusan hendaklah ditambahbaik bagi memastikan penyampaian perkhidmatannya kekal berkualiti. Saya menyeru agar perubahan cara kerja ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti perlu diamalkan oleh semua peringkat anggota. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi sumbangan dan kerjasama dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan di Wilayah KEJORA. Sekian, terima kasih. ”KEJORA Berkualiti Rakyat Menikmati” YAB DATO’ HAJI ABD. GHANI BIN OTHMAN MENTERI BESAR JOHOR Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara LAPORAN TAHUNAN 2012 7

[close]

p. 9

PERUTUSAN PENGURUS BESAR KEJORA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya, KEJORA dapat menerbitkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Tahun 2012 yang akan menjadi sumber maklumat dan rujukan pelbagai pihak termasuk orang awam. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada semua pihak atas kerjasama dan sokongan dalam usaha menerbitkan laporan ini yang merakamkan pencapaian KEJORA sepanjang tahun 2012. Tahun ini, sekali lagi memperlihatkan KEJORA meneruskan usaha-usaha pembangunan di wilayahnya. Peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM69,787,800.00 iaitu peningkatan 28.5% berbanding tahun 2011 telah dibelanjakan dengan sebaiknya untuk dinikmati golongan sasar. Pada tahun 2012, KEJORA telah mengorak langkah menuju ke arah pertanian berteknologi tinggi memandangkan keluasan Kawasan Tanaman Campuran KEJORA yang semakin mengecil. Pelaksanaan Projek Penanaman Fertigasi Secara Sistem Autopot yang berkonsepkan agro-pelancongan telah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM3.6 juta. Projek ini merupakan antara usaha KEJORA dalam meningkatkan peluang pekerjaan, pendapatan serta kedatangan pelancong ke wilayahnya. Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) Fasa 1 (2010-2012), KEJORA selaku agen yang bertanggungjawab dalam aspek pembangunan di bahagian Tenggara Johor yang dilihat begitu pesat membangun pada hari ini turut menyokong dan memastikan Program GTP yang diperkenalkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui program ini, KEJORA telah melaksanakan pelbagai program dan projek yang mana menjadi tanggungjawab dan peranan KEJORA untuk memastikan penduduk di wilayahnya tidak hanya menjadi penonton kepada pembangunan pesat yang berlaku di dalam negara. Peruntukan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan sepanjang tahun 2010 hingga 2012 adalah sebanyak RM64,546,520.00 yang tertumpu kepada projek pembangunan peningkatan infrastruktur luar bandar. DATO’ HAJI AZIZAN BIN MD. RAIS PENGURUS BESAR Lembaga Kemajuan Johor Tenggara LAPORAN TAHUNAN 2012 8

[close]

p. 10

PERUTUSAN PENGURUS BESAR KEJORA Selain itu, KEJORA turut bersama-sama dalam menjayakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah diperkenalkan pada tahun 2012. Dalam usaha menyokong matlamat Kerajaan mempercepatkan transformasi luar bandar sebagai kawasan yang produktif dan maju, kerja-kerja menaik taraf Medan Info Desa (MID) di seluruh Wilayah KEJORA menjadi Mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) selaras dengan pengumuman bajet 2013 telah dilaksanakan. Sebanyak 6 MID telah dinaik taraf kepada Mini RTC. Pengenalan Mini RTC ini adalah untuk menjadi nilai tambah kepada aktiviti penduduk setempat dan menggalakkan aktiviti kolaborasi pelbagai agensi dalam melaksanakan program mereka. Pada tahun ini juga, KEJORA telah mengorak langkah meningkatkan kelestarian pendidikan luar bandar melalui program di bawah Pusat Kemajuan Dalam Pendidikan Luar Bandar (PKPLB). Projek yang dilaksanakan dengan kolaborasi pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini diharapkan menjadi pemangkin ke arah pembangunan pendidikan yang cemerlang di kalangan pelajar di Wilayah KEJORA. KEJORA juga telah menempa nama di dalam beberapa aktiviti sepanjang tahun 2012 ini. Kejayaan demi kejayaan dicapai sebagai tanda komitmen semua pihak mengembalikan kegemilangan KEJORA. Kejayaan 2 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) mewakili KEJORA ke peringkat Negeri Johor dan menempa tempat kedua adalah satu kebanggaan kepada KEJORA. Selain itu, sekali lagi Kumpulan KIK ini menjadi kebanggaan KEJORA apabila salah satu kumpulan telah terpilih mewakili KKLW ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Kali ke-29 di Langkawi. Tahun 2012 telah melakarkan banyak peristiwa dan kejayaan hasil daripada usaha gigih semua pihak. Semoga usaha yang berterusan ini dapat memastikan kelangsungan KEJORA sebagai salah sebuah agensi Kerajaan yang utama di Wilayah Tenggara ini. Akhir kata, semua anggota KEJORA diharapkan dapat melaksanakan perubahan pemikiran, cara kerja dan struktur perkhidmatan seiring dengan pembangunan negara yang pesat berlaku bagi memastikan KEJORA sentiasa cemerlang. Sekian. DATO’ HAJI AZIZAN BIN MD. RAIS PENGURUS BESAR Lembaga Kemajuan Johor Tenggara LAPORAN TAHUNAN 2012 9

[close]

p. 11

TADBIR URUS KORPORAT AHLI LEMBAGA PENGARAH Pengerusi YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman Menteri Besar Johor Timbalan Pengerusi YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah WAKIL KERAJAAN PERSEKUTUAN YBhg. Nik Azman bin Nik Abdul Majid Timbalan Ketua Pengarah (III) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri YBhg. Hajah Wan Siti Eshah binti Wan Ahmad Ketua Bahagian Dasar dan Pelaksanaan Kementerian Kewangan Malaysia YBhg. Tuan Haji Mohd Shafie bin Jusoh Setiausaha Bahagian Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah LAPORAN TAHUNAN 2012 10

[close]

p. 12

TADBIR URUS KORPORAT WAKIL KERAJAAN NEGERI YB Dato’ Haji Obet bin Tawil Setiausaha Kerajaan Negeri Johor YB Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain ADUN Kawasan Sedili WAKIL PROFESSIONAL EX-OFFICIO YB Dato’ Haji Baderi bin Haji Dasuki ADUN PANTI Dato’ Haji Azizan bin Md Rais Pengurus Besar KEJORA LAPORAN TAHUNAN 2012 11

[close]

p. 13

TADBIR URUS KORPORAT AHLI JAWATANKUASA AUDIT LEMBAGA PENGARAH KEJORA Pengerusi YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah AHLI JAWATANKUASA YBhg. Nik Azman bin Nik Abdul Majid Timbalan Ketua Pengarah (III) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri YBhg. Hajah Wan Siti Eshah binti Wan Ahmad Ketua Bahagian Dasar dan Pelaksanaan Kementerian Kewangan Malaysia YB Dato’ Haji Baderi bin Haji Dasuki ADUN Panti LAPORAN TAHUNAN 2012 12

[close]

p. 14

PENGURUSAN KEJORA PENGURUSAN TERTINGGI TIMBALAN PENGURUS BESAR PENGURUS BESAR Dato’ Haji Azizan bin Md. Rais (PENGURUSAN) Tuan Haji Samsudin bin Hassan TIMBALAN PENGURUS BESAR (PEMBANGUNAN) Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Ali LAPORAN TAHUNAN 2012 13

[close]

p. 15

PENGURUSAN KEJORA SEKTOR PENGURUSAN 1. TIMBALAN PENGURUS BESAR (PENGURUSAN) Tuan Haji Samsudin bin Hassan 2. PENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK Tuan Haji A. Jalil bin Md. Arsad 3. PENGURUS PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Encik Abd Rahman bin Muri 4. PENGURUS HARTANAH Puan Hajah Sumini binti Mohd Lahir 5. PENGURUS KEWANGAN Encik Wan Mohd Ashril Aizal bin Wan Abdullah 6. PENGURUS TEKNOLOGI MAKLUMAT Tuan Haji Matriffin bin Md. Amin 3 5 4 6 1 2 LAPORAN TAHUNAN 2012 14

[close]

Comments

no comments yet