Sinar KEJORA Bil.4-2013

 

Embed or link this publication

Description

Terbitan sinar KEJORA Bil. 4 Tahun 2013

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

Assalamualaikum…. Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia… Alhamdulillah dengan izin Allah swt, dapat kita bersua kembali dalam sinar KEJORA Edisi 4/2013 yang merupakan keluaran terakhir buat tahun 2013. KEJORA terus menempa nama dengan meraih pelbagai anugerah. Ini termasuklah mengekalkan Sijil Bersih Kewangan Ketua Audit Negara, mengungguli 4 Anugerah Kualiti dan Inovasi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) 2013 dan berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001: 2008 bagi tahun 2013 hingga 2016. Meskipun kita berbangga dengan pencapaian ini, tidaklah bermakna kita sudah boleh melepaskan sauh untuk berlabuh. Justeru, semua anggota KEJORA perlu melipat gandakan usaha bagi menambah baik apa yang kurang serta terus meraih kejayaan yang telah disasarkan kerana kejayaan bukan satu kebetulan tetapi ia adalah suatu usaha yang berterusan. Salam Sinar Untuk Semua…. PENASIHAT Pengurus Besar KEJORA KETUA PENGARANG Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) AHLI SIDANG PENGARANG • Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia • Pengurus Perancangan Strategik • Pengurus Kewangan • Pengurus Hartanah • Pengurus Pertanian & Industri Asas Tani • Pengurus Pelancongan • Pengurus Kerajaan Tempatan • Pengurus Perancang Bandar & Desa • Pengurus Teknologi Maklumat • Pengurus Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa • Unit Ekonomi & Usahawan • Unit Teknikal PENGARANG Penolong Pegawai Penerangan Pembantu Tadbir (P/O) Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada pembaca sama ada berbentuk rencana, puisi, cerpen, karikatur atau berita aktiviti semasa untuk dimuatkan dalam Sinar KEJORA ini. Hantar kepada : SINAR KEJORA Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Haji Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim. Tel : 07-884 3000 (30 Talian) Faks : 07-822 1600 SINAR KEJORA I 2

[close]

p. 3

PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2013 Oleh : Encik Wan Mohd Ashril Aizal bin Wan Abdullah Pengurus Kewangan KEJORA Sehubungan itu, Pengurusan KEJORA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Jawatankuasa serta semua anggota KEJORA yang telah bertungkus-lumus dan membantu dalam memastikan pelaksanaan Amalan 5S dilaksanakan dengan jayanya. Teruskan usaha anda bagi memastikan KEJORA terus komited dalam melaksanakan Amalan 5S. KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SEKTOR AWAM KE-26 PERINGKAT NEGERI JOHOR Maklumat penting yang perlu diberi perhatian oleh semua kakitangan KEJORA pada perhimpunan ini adalah sebagaimana berikut : ANGGOTA BERSARA Untuk makluman semua, Encik A. Aziz bin Hamid, Pekerja Awam (R4) telah bersara pada 19 September 2013. Beliau seorang yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang berkhidmat di KEJORA. AUDIT PERSIJILAN 9001:2008 SEMULA MS ISO Kumpulan KIK Dinar (Projek e-Perolehan) dan Kumpulan KIK Agro (My-Head) telah mewakili KEJORA ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Sektor Awam ke-26 peringkat negeri Johor pada 23 hingga 25 September 2013. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Dinar (Projek e-Perolehan) kerana telah memenangi Naib Johan (Kategori Pengurusan) di konvensyen tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada Kumpulan KIK yang lain. KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SEKTOR AWAM KE-26 PERINGKAT NEGERI JOHOR Konvensyen Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 1 hingga 3 Oktober 2013 yang lalu. KEJORA telah berjaya menerima penarafan tertinggi iaitu EMAS TIGA BINTANG. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan QE/5S KEJORA atas kejayaan ini. Pihak pengurusan berharap agar semua akan terus bangkit dan berusaha dalam memastikan nama KEJORA terus dikenali dengan kejayaan-kejayaan pada masa akan datang. Audit Persijilan Semula MS ISO 9001:2008 telah diadakan pada 2 hingga 4 September 2013 yang lalu. Berdasarkan Laporan Audit Persijilan MS ISO 9001:2008, KEJORA telah menerima 5 NCR/ Ketidakpatuhan Minor. Bahagian/Unit yang berkaitan hendaklah mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta merta bagi mengelakkan ketidakpatuhan berulang. AUDIT PERSIJILAN SEMULA AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S Audit Persijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S telah diadakan pada 23 September 2013. Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KEJORA telah berjaya disambung bagi tahun kedua. SINAR KEJORA I 3

[close]

p. 4

PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2013 Oleh : Encik Rusli bin Salim Pengurus Pelancongan KEJORA Bahagian / Unit di KEJORA dapat mengambil langkah berterusan dalam mamatuhi peraturan dan arahan kerajaan di samping menggalakkan persaingan sihat dan seterusnya memberikan pengiktirafan kepada Bahagian / Unit yang mempraktikkan budaya kerja cemerlang. Lawatan Panel Penilai yang dilantik akan dijalankan sepanjang bulan November ini. Terdapat 6 kategori Anugerah Kualiti dan Inovasi sepertimana berikut: 1. Anugerah Pengurusan Aset; 2. Anugerah Pengurusan Keselamatan Perlindungan; 3. Anugerah Pengurusan Penilaian Inovasi; 4. Anugerah Khidmat Pelanggan; 5. Anugerah Pengurusan Rekod; 6. Anugerah Persekitaran Berkualiti 5S. Di sinilah pentingnya budaya kerja yang kreatif dan inovatif dan ianya perlu dijadikan gaya hidup ataupun ‘way of life’ supaya ianya dilaksanakan secara konsisten. KEJORA MEMENANGI 4 ANUGERAH SEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI KKLW 2013 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Inovasi KKLW 2013 pada 10 Oktober 2013 yang lalu bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah bagi mengiktiraf pemenangpemenang yang berjaya dalam kategorikategori anugerah kualiti dan inovasi yang telah dipertandingkan. Berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan kerjasama pengurusan dan setiap anggota, KEJORA telah memenangi 4 anugerah dari kategori yang berbeza iaitu; i) ii) iii) iv) Kategori Pengurusan Projek Terbaik Johan dimenangi oleh (KEJORA) Anugerah Kategori Perolehan : Komponen Pengurusan Tender dimenangi oleh (KEJORA) Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan : Naib Johan dimenangi oleh KEJORA Kategori Pengurusan Khidmat Pelanggan : Tempat Ketiga dimenangi oleh KEJORA Maklumat penting yang perlu diberi perhatian oleh semua kakitangan KEJORA pada perhimpunan ini adalah sebagaimana berikut : PERTUKARAN KETUA BAHAGIAN Dimaklumankan bahawa, terdapat pertukaran Pengurus Bahagian yang telah berkuatkuasa pada 16 Oktober 2013 yang lalu iaitu; i) Encik Salim Bin Md Osman sebagai Pengurus Bahagian Hartanah ii) Puan Hajjah Sumini Binti Md Lahir sebagai Pengurus Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa. ANUGERAH KUALITI KEJORA 2013 DAN INOVASI Penganjuran Pertandingan Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA adalah sebagai salah satu program kualiti dan inovasi yang bertujuan untuk menilai pematuhan Bahagian / Unit di KEJORA kepada peraturan dan arahan dalam pekeliling Kerajaan yang berkaitan dengan urusan peningkatan kualiti, produktiviti dan inovasi sektor awam. Penganjuran pertandingan ini tidak bermatlamat untuk mencari pemenang semata-mata sebaliknya lebih bertujuan untuk menggalak dan menerapkan budaya kerja cemerlang dan bersistematik di kalangan warga KEJORA. Pelaksanaannya adalah untuk memastikan SINAR KEJORA I 4

[close]

p. 5

Y.B. DATO’ SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR SERIKAN HARI INOVASI KEJORA 2013 Sambutan Hari Inovasi KEJORA ini merupakan hari komitmen semua anggota KEJORA terhadap usaha-usaha peningkatan kualiti dan pembudayaan kreativiti serta inovasi KEJORA. Antara objektif Sambutan Hari Inovasi KEJORA ialah: i. ii. iii. Meningkatkan kesedaran anggota KEJORA terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja; Memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di KEJORA; Merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam Perkhidmatan Awam. Sambutan Hari Inovasi KEJORA Tahun 2013 telah diadakan pada 23 Disember 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Bandaran, Bandar Penawar. Sambutan kali ini lebih meriah diatas kesudian YB Dato’ Haji Obet bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor merasmikan Hari Inovasi KEJORA Tahun 2013. Anugerah Sambutan Hari Inovasi pada kali ini disambut meriah dengan penganjuran beberapa Program Q iaitu Anugerah Kualiti dan Inovasi (AKIK) yang telah dijalankan sepanjang bulan November 2013. Selain itu, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah dilaksanakan pada 11 Disember 2013 menyaksikan 9 KIK bersaing merebut RM1000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja). Majlis diisi dengan ilmu melalui Ceramah Inovasi oleh Tuan Amin Idris, Personaliti TV Alhijrah denganTajuk: Membudayakan Inovasi. Hadiah Penyampaian beberapa Anugerah sepertimana berikut: Anugerah Pengurusan Aset Anugerah Pengurusan Keselamatan Bahagian KerajaanTempatan Bandar Penawar Pemenang RM750.00 RM750.00 RM750.00 RM750.00 RM750.00 Bahagian Teknologi Maklumat Anugerah Pengurusan Khidmat Bahagian Pentadbiran Dan Pelanggan Pengurusan Sumber Manusia Anugerah Pengurusan Rekod Anugerah Persekitaran Berkualiti Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Pelancongan Alhamdulillah, penganjuran Sambutan Hari Inovasi KEJORA pada tahun ini dapat menyuntik semangat dan menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi di kalangan anggota KEJORA. Syabas kepada semua yang terlibat. Terima kasih. SINAR KEJORA I 5

[close]

p. 6

MEKAR JUARA KIK 2013 Konvensyen KIK yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf anggota KEJORA yang bertungkus lumus mengaplikasi KIK sebagai satu inisiatif penambahbaikan berterusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Melalui KIK jua, budaya PCI iaitu Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi dapat diterapkan dikalangan penjawat awam dalam menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Keberkesanan menyelesaikan masalah secara kreatif melalui projek KIK telah terbukti banyak membantu mengubah cara bekerja untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti jabatan. Selaras dengan kehendak dan hasrat Kerajaan, kegiatan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah mula diperkenalkan di KEJORA pada bulan Jun 1984. Beberapa kejayaan telah diperolehi oleh KEJORA sejak penglibatan dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Pada tahun 2013, 9 kumpulan telah beraksi di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KEJORA yang telah dilaksanakan pada 11 Disember 2013, bertempat di Dewan Bandaran, Bandar Penawar. KIK Mekar telah meraih Johan dan menerima RM1000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja). Tempat Kedua milik KIK Inspirasi Digital dan mereka menerima hadiah RM750.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Lima Puluh Sahaja). KIK Kantan pula telah mendapat tempat Ketiga disusuli oleh KIK Obligasi Tempat Keempat. Masing-masing menerima RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja). Konvensyen kali ini diadili oleh barisan Panel Penilai KIK yang berpengalaman, arif lagi bijaksana dari INTAN, Perbadananan Produktiviti Malaysia dan SIRIM Bhd. Adalah diharapkan agar memperoleh manfaat ini dan seterusnya untuk merealisasikan Perkhidmatan Awam. SINAR KEJORA I semua anggota KEJORA daripada Konvensyen mengukuhkan iltizam Program Transformasi 6

[close]

p. 7

KEJAYAAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KEJORA TAHUN 1985 1986 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 2008 Panel Penilai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KEJORA dari INTAN, MPC dan SIRIM QAS KONVENSYEN PERINGKAT KUMPULAN BAKTI BAKTI SENITAMAN PENGLIMA SENITAMAN PANGLIMA PASTI PANGLIMA PERWIRA SENITAMAN HARTAMAS GEMILANG INSPIRASI DIGITAL INSPIRASI DIGITAL KEJAYAAN Kedua KMK Sektor Awam Peringkat Kebangsaan di INTAN, Kuala Lumpur 4 dan 5 Nov 1985 Konvensyen KMK Peringkat Kebangsaan pada 28 dan 29 November 1985 anjuran PDPN Konvensyen Ketiga KMK, Sektor Awam Peringkat Kebangsaan pada 27 dan 28 Oktober 1986 Memenangi Piala Y.B. Tan Sri Rozhan Kuntom 3 (Tiga Bintang) Johan Anugerah Ketua Setiausaha Negara Konvensyen Keempat KMK, Sektor Awam Peringkat Kebangsaan pada 5 dan 6 Oktober 1987 Konvensyen Kelima KMK, Sektor Awam Peringkat Kebangsaan pada 31 Oktober dan 1 November 1988 Konvensyen Keenam KMK, Sektor Awam Peringkat Kebangsaan pada 9 dan 10 November 1989 Konvensyen Ketujuh KMK, Sektor Awam Peringkat Kebangsaan pada 18 hingga 20 November 1990 Konvensyen Kelapan KMK, Sektor Awam Peringkat Kebangsaan pada 19 dan 20 November 1991 Konvensyen Kesembilan KMK, Sektor Awam Peringkat Kebangsaan pada 9 dan 10 November 1992 Konvensyen Kesepuluh KMK, Sektor Awam Peringkat Kebangsaan pada 1 dan 2 November 1993 Naib Johan Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Keempat Anugerah Setiausaha Kerajaan N. Melaka Johan Kategori Pengurusan Anugerah Harapan 2010 Tempat Ketiga Kategori Pengurusan Anugerah Emas Naib Johan Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal Wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Naib Johan Kategori Pengurusan Konvensyen KMK Peringkat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 4 Disember 2009 Konvensyen KIK, Peringkat Negeri Johor pada 23 hingga 25 Jun 2010 bertempat di Persada Johor, Johor Bahru Konvensyen KIK Peringkat Negeri Johor pada 4 hingga 6 Julai 2011 bertempat di Pulai Spring Resort Mini Konvensyen ICC 2012 Wilayah Selatan pada 24 April 2012 Konvensyen KIK Sektor Awam Peringkat Negeri Johor Kali ke-25 pada 9 hingga 11 Julai 2012 Konvensyen KIK Perkhimatan Kebangsaan ke-29 Awam Peringkat 2010 2011 2012 2012 2012 2013 2013 INSPIRASI DIGITAL dan PERDANA PERDANA DINAR dan AGRO DINAR Konvensyen KIK Sektor Awam Peringkat Negeri Johor Kali ke-26 pada 23 dan 24 September 2013 Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan ke-30 Wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah SINAR KEJORA I 7

[close]

p. 8

PENGURUSAN PROJEK TERBAIK KKLW MILIK KEJORA ANUGERAH INOVASI KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW) TAHUN 2013 Bersempena Sambutan Hari Inovasi KKLW 2013 yang telah diadakan pada 10 Oktober 2013 (Khamis), KEJORA telah menyertai enam kategori yang telah dipertandingkan iaitu: i. Anugerah Kualiti Pengurusan Khidmat Pelanggan; ii. Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan; iii. Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan; iv. Anugerah Kualiti Pengurusan Projek Terbaik; v. Anugerah Penilaian Outcome Terbaik; vi. Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Kategori Teknikal dan Pengurusan). KEJORA MENGUNGGULI 4 ANUGERAH SEMPENA HARI INOVASI KKLW 2013 KEJORA telah memenangi Tempat Pertama bagi Anugerah Kualiti Pengurusan Projek Terbaik, Tempat Kedua bagi Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan dan Tempat Ketiga bagi Anugerah Kualiti Pengurusan Khidmat Pelanggan. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Syabas SINAR KEJORA I 8

[close]

p. 9

  PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT     Pada 28 Oktober 2013, pihak pengurusan KEJORA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Azizan bin Md. Rais serta beberapa pengurus bahagian KEJORA telah menghadiri Program Pemimpin Bersama Masyarakat. Program ini adalah satu inisiatif KEJORA dalam mendampingi masyarakat seterusnya mengenalpasti isu dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Masyarakat Bandar (JKKMB) Bandar Tenggara yang diketuai oleh Tuan Haji Amir bin Kasman bersama-sama pengerusipengerusi biro dan wakil penduduk berbesar hati dengan kehadiran rombongan KEJORA serta berpeluang mendapatkan maklumbalas mengenai isu-isu yang berbangkit serta bersama-sama dapat berpeluang membantu KEJORA dalam pembangunan di masa hadapan. YBhg. Dato’ memaklumkan dari aspek pembangunan, KEJORA akan berusaha untuk memajukan wilayahnya. Kerjasama dan sokongan daripada penduduk amatlah diharapkan. Apa yang lebih penting setiap peruntukan dan projek yang diterima haruslah kita bersyukur atas nikmat yang diberikan kerana dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Program ini akan akan dipantau setiap bulan melalui urusetia di Bahagian Kerajaan Tempatan. Program ini juga merupakan tindakan susulan daripada hasil resolusi yang telah dipersetujui semasa Konvensyen JKKMB Wilayah KEJORA yang telah diadakan pada 1 hingga 3 Februari 2013 di Langkawi, Kedah. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dari masa ke masa agar pembangunan di dalam wilayah KEJORA terus sejahtera sesuai dengan motto ‘KEJORA Berkualiti, Rakyat Menikmati’. ANUGERAH PELAKSANAAN INISIATIF KEJIRANAN HIJAU 2013 Lembaga Bandaran Johor Tenggara telah menerima Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau Bagi Kategori Penyediaan Kebun Kejiranan Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013 yang telah diadakan pada 12 November 2013. Anugerah disampaikan oleh YB. Dato’ Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Tempatan kepada Pengurus YBhg. Dato’ Hj. Azizan bin Md. Rais di Oriental, Kuala Lumpur. Abdul Rahman Perumahan dan Besar KEJORA, Hotel Mandarin Penghargaan ini diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan sebagai pengiktirafan ke atas usaha PBT dalam melaksanakan inisiatif kejiranan hijau. Sijil penghargaan dan replika cek yang diterima oleh LBJT SINAR KEJORA I 9

[close]

p. 10

EMPAT TERBAIK DI KALANGAN TERBAIK PEMBAKAR SEMANGAT BUDAYA KIK Pada 1 hingga 3 Disember 2013, Kumpulan KIK DINAR telah melakar sejarahnya apabila mewakili pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan kali ke-30 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak (BCCK) dan berjaya menduduki tempat ke-4 daripada 16 Kementerian yang bertanding. Ianya satu pencapaian yang cukup membanggakan menjadikan KEJORA berada di TOP 4. 4 Fasa Cabaran KIK peringkat Kebangsaan yang sangat getir telah diharungi oleh KIK DINAR yang diketuai oleh Pn. Norzaiton Bt Hj. Jamil dengan semangat yang tidak berbelah bagi tanpa mengenal erti putus asa. Cabaran yang meliputi Lawatan Tapak (30%), Penyediaan Booth Pameran ‘Konsep Tanpa Dinding’ (10%), Persembahan Projek KIK (20%) dan Sesi VIVA (40%) dilaksanakan dengan NEVER SAY DIE… SAY TRY… komitmen yang sangat tinggi. Usaha sehabis baik yang telah ditunjukkan oleh DINARean menerusi Booth Pameran yang sangat kreatif, Persembahan Projek yang lebih mantap serta Sesi VIVA yang menyaksikan tempoh 30minit diisi dengan soalan-soalan panel yang telah dijawab dengan lengkap oleh DINARean. Pengalaman sepanjang tempoh persiapan sehingga ke hari pertandingan menjadi satu pengalaman yang cukup berharga dan tidak ternilai. Hanya YANG TERBAIK dapat mencecah kaki ke peringkat Kebangsaan. Sesungguhnya KEJORA telah berjaya menghasilkan modal insan yang kreatif & inovatif dalam diri DINARean di akhir pertandingan ini. Barisan Panel sedang menilai Booth KIK DINAR sambil penerangan diberikan oleh Pn.Norzaiton Sisipan ‘Guest of Honour’ KIK DINAR 4 Terbaik!! Kemeriahan Konvensyen KIK di BCCK.. Barisan DINARean yang komited menghadapi segala cabaran yang datang SINAR KEJORA I 10

[close]

p. 11

PERJALANAN PENUH PENGEMBARAAN DAN PENGALAMAN UNTUK PERKONGSIAN Barisan DINARean dan pihak Urusetia yang cekal menjalankan tanggungjawab bersama Booth Pameran KIK DINAR yang kreatif & eksklusif Kecantikan Gunung Santubong menghilangkan segala stress & kelelahan peserta JAI … datangnya membawa misi sensasi Ciri-Ciri Keistimewaan Projek KIK DINAR Keaslian Air Mata Air di Kg.Budaya Sarawak Keistimewaan makanan Sarawak iaitu UMAI Beraksi selepas persembahan Bersama Penasihat KIK DINAR, Pak Abu yang sangat berpengalaman & terbaik SINAR KEJORA I 11

[close]

p. 12

KEJOHANAN KASWIRA PERINGKAT WILAYAH KEJORA 2013 PADA : 5 HINGGA 6 OKTOBER 2013 SAMBUTAN HARI INOVASI (KEJORA) PADA : 23 DISEMBER 2013 SANA-SINI MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1435H /2013 PERINGKAT BANDAR-BANDAR BARU KEJORA MAJLIS PERBARISAN DAN PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT NEGERI JOHOR PADA : 31 OGOS 2013 BERTEMPAT : BANDAR PENAWAR KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEJORA PADA : 11 DISEMBER 2013 KONVESYEN PERINGKAT KEBANGSAAN SINAR KEJORA I 12 PADA : 29 NOVEMBER HINGGA 5 DISEMBER 2013

[close]

p. 13

LAWATAN DARI JABATAN PEGUAM NEGARA KE MUZIUM TG BALAU PADA : 7 DISEMBER 2013 LAWATAN KERJA UNIT EKONOMI & USAHAWAN KE WILAYAH UTARA PADA : 26 HINGGA 30 NOVEMBER 2013 PERLAWANAN BOLA SEPAK ANTARA KEJORA DAN JDT PADA : 23 DISEMBER 2013 KEJORA LAWATAN 5S DARI JABATAN IMIGRESEN TAMPOI JB KE KEJORA PADA : 12 NOVEMBER 2013 LAWATAN 5S DARI JABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN HARTA, BATU PAHAT KE KEJORA PADA : 29 OKTOBER 2013 SINAR KEJORA I 13

[close]

p. 14

KARNIVAL SUKAN WILAYAH KEJORA 2013 KEJORA telah mengadakan program Karnival Sukan Wilayah KEJORA (KASWIRA). Program ini diadakan secara dwi tahunan serta melibatkan penyertaan daripada penduduk-penduduk di dalam wilayah KEJORA sama ada di peringkat bandar-bandar baru dan kampung-kampung tradisional. Program ini telah diadakan selama dua hari bermula pada 5 hingga 6 Oktober 2013. Bagi acara bowling eksekutif telah diadakan pada 5 Oktober 2013 di Daiman Bowl, Johor Jaya, Johor yang melibatkan ahliahli jawatankuasa JKKMB Bandar Baru bersamasama pihak pengurusan KEJORA yang diketuai Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Ali, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan merangkap Pengerusi JKKMB Bandar Tenggara.Program ini juga telah mengeratkan lagi hubungan antara ahli jawatankuasa yang berlainan kawasan dalam berkongsi maklumat dan informasi baru. Sebanyak 10 acara sukan diadakan dan tujuh daripadanya dipertandingkan iaitu Badminton, Bola Jaring, Futsal, Sepak Takraw, Batu Seremban, Congkak dan Karom.Pihak KEJORA juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya kepada para peserta daripada JKKMB Bandar Penawar, JKKMB Bandar Tenggara, JKKMB Taman Sri Lambak, JKKMB Bandar Mas, JKKMB Bandar Sri Perani, JKKMB Bandar Petri Jaya, JKKM Tanjung Balau, JPKT Punggai, GDW Zon Sedili, GDW Zon Pengerang, GDW Zon Johor Lama dan GDW Zon Kahang dan juga agensi-agensi Kerajaan yang telah memberi kebenaran untuk menggunakan kelengkapan dan logistik permainan. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh JKKMB Bandar Penawar dengan menerima wang tunai RM 1,000.00, Naib Johan disandang oleh JKKM Tanjung Balau dengan menerima wang tunai RM 750.00 dan tempat ketiga dimenangi oleh JKKMB Taman Sri Lambak yang menerima wang tunai RM 500.00. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Samsuddin bin Hassan, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA. Pihak KEJORA juga berharap dengan kejohanan sukan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan diharap dapat bertemu kembali pada tahun 2015.         SINAR KEJORA I 14

[close]

p. 15

MAJLIS PELANCARAN TAMAN KOMUNITI Pada bulan Oktober 2013, pihak KEJORA melalui Bahagian Kerajaan Tempatan telah melancarkan 2 buah Taman Komuniti iaitu Taman Komuniti Taman Sri Lambak dan Taman Komuniti Bandar Tenggara. Pelancaran taman ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat setempat di dalam membudayakan amalan kejiranan hijau dan penyebaran maklumat terhadap tanaman nadir yang semakin sukar ditemui seperti tampoi, kemunting, belinjau, sentol, asam gelugur, asam dan lain-lain lagi. Taman Komuniti Bandar Tenggara Pada 26 Oktober 2013, Setiausaha LBJT, En. Hamzah bin Hj. Isa telah melancarkan Majis Pelancaran Taman Komuniti Bandar Tenggara. Penanaman sebanyak 300 batang pokok buah-buahan di persekitaran Taman Tasik Bandar Tenggara turut disertai seramai 300 orang pegawai-pegawai KEJORA, pemimpin masyarakat, penduduk setempat dan pelajar sekolah. Penanaman berjaya disempurnakan di sekitar kawasan taman berkeluasan 20 ekar. Majlis Pelancaran Taman Komuniti Taman Sri Lambak telah diadakan pada 12 Oktober 2013 dan disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, Tn. Hj. Zainal Abidin bin Hj. Ali di kawasan lapang seluas 2 ekar bersebelahan Dewan Bandaran, Taman Sri Lambak. Turut hadir ialah Presiden Kelab Lions Cawangan Johor Bahru (Lions Club Malaysia International), Pn. Estelle Lee dan ahli kelab yang telah menyumbangkan 150 pokok bagi program tersebut. LBJT juga mendapat kerjasama dari Institut Pertanian Ayer Hitam bagi menyampaikan taklimat penanaman dan penyelenggaraan untuk makluman komuniti. Taman Komuniti Taman Sri Lambak Encik Abd. Rahman bin Muri, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia serta pengurusan KEJORA yang turut sama menanam pokok. LBJT turut menandatangani MOU bersama wakil JKKMB dan melalui MOU itu JKKMB perlu menyelenggara tanaman yang ditanam, manakala LBJT akan membantu dan memantau dalam memastikan penyelenggaraan tanaman ini dilaksanakan dengan berkesan serta mencapai objektif yang disasarkan. SINAR KEJORA I 15

[close]

Comments

no comments yet