Terma dan Syarat Campus Astro

 

Embed or link this publication

Description

Terma dan Syarat Campus Astro

Popular Pages


p. 1

TERMA RUJUKAN 1. INFRASTRUKTUR 1.1 Lokasi pemasangan indoor set – DMG dan TV a. Peralatan Digital Multimedia Gateway (DMG) dan TV yang dibekalkan hendaklah diletakkan di lokasi berikut : 1. Bilik Media atau, 2. Bilik Tayang atau, 3. Pusat Sumber Sekolah (PSS) atau, 4. Mana-mana bilik dan ruang yang selamat dan terkawal yang mesti dipersetujui oleh pentadbir sekolah dan Astro sebelum pemasangan, sekiranya bilik yang tersebut di atas tidak ada di sekolah tersebut. • Sekolah perlu menyediakan satu meja bersaiz 37”(T) x 33”(L) x 24” (P) untuk meletakkan perkakasan ini. • Menyediakan 1 AC Power Point untuk sambungan ke perkakasan. Lokasi pemasangan Out Door Unit (ODU) a. Pemasangan Out Door Unit (ODU) hendaklah dipasang di tempat yang sesuai dengan mengambil kira aspek keselamatan guru dan pelajar, seperti : 1. Di bumbung bangunan sekolah atau 2. Sekurang-kurangnya di tingkat dua (Bagi bangunan yang melebihi 2 tingkat) atau 3. Mana-mana kawasan selamat yang dipersetujui oleh pentadbir sekolah. Kad Kew. PA2 a. Status peralatan di bawah projek ini adalah hak milik ASTRO. 1.2 1.3 1.4 Pendawaian ODU dan DMG a. Di bawah memorandum persafahaman di antara Astro dan Kementerian Pelajaran, adalah di persetujui bahawa Astro akan memasang di setiap sekolah (1) set ‘decoder’ Astro, ODU bersama alat kelengkapan dan juga (1) set TV yang akan dibekalkan oleh pembekal Astro. Untuk makluman BTP, alat kelengkapan kami tidak termasuk pemasangan konduit. Walaubagaimanapun, pihak Astro akan memastikan ‘installer’ Astro memasang ‘cable wall clips’ untuk keselamatan dan kemasan. Kad Pintar (Smart Card) a. Pihak Astro akan menilai setiap aduan kerosakan atau kehilangan ms 1 of 3 1.5

[close]

p. 2

kad pintar sebelum membuat apa-apa penggantian. Contohnya :a) Aduan kehilangan kad pintar akibat berlakunya pecah masuk, rompakan atau kebakaran hendaklah disertakan dengan laporan polis. b) Kehilangan/kerosakan kad pintar akibat kecuaian pihak sekolah – (Sebelum penggantian, pihak Astro memerlukan laporan dari pihak sekolah menerangkan sebab – sebab berlakunya kehilangan/kerosakan kad pintar tersebut. Penggantian akan dibuat jika kehilangan/kerosakan adalah di luar kawalan pihak sekolah. Untuk makluman BTP, pihak Astro akan memastikan set decoder dan TV Astro di lengkapi dengan alat kelengkapan keselamatan untuk memastikan set ini terjamin keselamatannya dan memudahkan pihak sekolah untuk menjaganya.) 1.6 Waranti a. Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan ke atas peralatan Astro yang dibekalkan, pihak Astro tidak akan menuntut kos penggantian dari pihak Kementerian. Walaubagaimanapun, guru perpustakaan/media yang dikenalpasti mestilah memainkan peranan yang proaktif untuk memastikan peralatan Astro digunakan dengan baik dan sentiasa di letakkan di tempat yang selamat dan berkunci. Standard waranti untuk peralatan Astro dan set TV yang dibekalkan adalah untuk satu tahun dari tarikh pemasangan. Pihak Astro akan hanya menyelenggara peralatan Astro sahaja sepanjang tempoh projek ini iaitu 3 tahun dari tarikh pemasangan yang pertama untuk keseluruhan projek ini. Penyenggaraan atau penggantian peralatan Astro jika berlakunya kerosakan atau kehilangan akan dilaksanakan hanya jika pihak Astro sudah memastikan kes tersebut adalah diluar kawalan pihak sekolah berkenaan. 1.7 Anti Kilat ( Lightning Arrestor / Surge Protector ) a. Pemasangan Astro tidak termasuk pemasangan Anti Kilat. Walaubagaimanapun, pihak sekolah boleh meminta ‘installer’ Astro untuk memasang Anti Kilat dengan tanggungan kos sendiri. Untuk makluman BTP, pemasangan anti kilat oleh ‘installer’ Astro ini tidak akan mempengaruhi jaminan waranti dan penyenggaraan Astro seperti disebut di dalam1.6. Astro ingin memaklumkan juga bahawa pemasangan Anti Kilat ms 2 of 3

[close]

p. 3

hanya boleh dilaksanakan oleh ‘installer’ berdaftar Astro (Astro authorized installer). Pemasangan anti kilat yang dibuat oleh manamana pihak yang tidak berdaftar bersama Astro akan mempengaruhi kesediaan Astro untuk meberi jaminan waranti dan penyenggaraan seperti disebut di dalam 1.6. 1.8 Status Peralatan ASTRO sedia ada a. Peralatan sedia ada adalah hak milik Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak boleh diambil atau digunakan untuk tujuan Projek ASTRO ini. 1.9 Bahan Sokongan atau Bantuan 1. Sebagai syarikat yang prihatin terhadap alam sekitar, Astro akan lebih menggunakan media elektronik (seperti melalui ‘website’, www.astro.com.my/kampusastro ,‘Microsoft Office Power Point’, DMG, atau CD Rom) untuk menyediakan panduan khusus penggunaan saluran Astro yang dibekalkan dibawah projek ini untuk membantu guru-guru memahami kandungannya untuk pebelajaran para pelajar di sekolah. 2. Maklumat Meja Bantuan akan disediakan yang bertindak sebagai ’one stop centre school support’ untuk sebarang masalah penggunaan dan aduan teknikal. (Talian 1-300-820001) 4. Astro juga akan menggalakkan pihak guru menggunakan EPG (Electronic Programming Guide) melalui DMG dan ‘website’ untuk jadual siaran Astro. 1.10 Proses Penghantaran dan Pemasangan a. Pihak ASTRO akan menghubungi pentadbir sekolah terlebih dahulu sebelum sebarang penghantaran atau pemasangan dibuat. b. Pemasangan hanya dibenarkan pada waktu persekolahan, hari bekerja atau waktu lain yang dipersetujui dan diawasi oleh pentadbir sekolah. Pemasangan hendaklah dibuat dengan merujuk pada Kod dan Nama Sekolah daripada data sedia ada di Kementerian Pelajaran Malaysia. Pentadbir Sekolah hendaklah menandatangani dan mengesahkan Sijil Akuan Penerima (SAP) setelah pemasangan dibuat dan peralatan berfungsi dengan baik. Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) akan diberikan kepada pihak sekolah. Peralatan yang dibekalkan, iaitu Digital Multimedia Gateway ms 3 of 3 c. d. e. f.

[close]

p. 4

(DMG), Out Door Unit (ODU) Kad Pintar (Smart Card), kabel dan lain-lain yang berkaitan hendaklah menggunakan peralatan baru. 2. PENYENGGARAAN Bagi memastikan sekolah mendapat siaran yang berterusan serta mendapatkan bantuan penyenggaraan yang berkesan . Sila rujuk perkara di bawah: 2.1 Lokasi Pusat Servis a. Untuk sebarang masalah teknikal, hendaklah dirujuk kepada meja bantuan Astro (Talian 1 300 82 0001) Customer Service Centre a. Maklumat Meja bantuan Astro (Talian 1 300 82 0001) akan dimaklumkan kepada BTP, BTPN, PKG dan GPM. b. Memberikan respon terhadap semua aduan (minor atau major) dalam jangka masa 48 jam. Meja bantuan Astro bertindak sebagai “One stop Centre”. 2.2 c. 2.3 Kos Penyenggaraan Nota: Sila rujuk Nota 1.6 diatas Tindakan Penyenggaraan a. Sebarang tindakan penyenggaraan hendaklah merujuk kepada Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah tersebut. b. Tempoh Penggantian akan dilakukan seperti berikut: :i) Kawasan Bandar (urban dan sub-urban) yang mempunyai akses melalui jalan raya: 5 – 7 hari bekerja ii) Kawasan Luar Bandar (rural dan remote) yang memerlukan pelbagai cara pengangkutan yang berlainan (melalui air dan udara): 7 – 10 hari bekerja. Pihak Astro akan memaklumkan pihak sekolah jika Astro memerlukan tempoh penggantian yang lebih daripada 10 hari jika berhadapan dengan masalah logistik. Isu dan masalah di luar kawalan Astro Port congestion, terutamanya di kawasan Malaysia Timur (East Malaysia) boleh menyebabkan kelewatan tambahan sebanyak 7 hari. Setiap penyelenggaran akan dilampirkan bersama borang “Technical Complaint Order” yang perlu disahkan dan disimpan oleh Pentadbir ms 4 of 3 2.4 c.

[close]

p. 5

Sekolah. 3. LAPORAN 3.1 Jenis Laporan 1. Laporan pemasangan peralatan Astro Kekerapan Bulanan 2. Laporan kerosakan perkakasan dan gangguan Setiap 3 bulan siaran 3. Laporan tempoh baik pulih peralatan yang Setiap 3 bulan rosak Nota: Pihak Astro akan memantau penggunaan saluran di bawah projek ini dengan mengutip data dari buku log yang perlu diisikan oleh guru-guru (Apendik I) 3.2 . Maklumat rekod pelanggan (salinan akan diberikan kepada PKG) i. No. Akaun pelanggan ii. No. Digital Multimedia Gateway (DMG) iii. No. Smart Card RUMUSAN Selepas tempoh projek ini selama 3 tahun, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan terikat untuk meneruskan projek tersebut. 4. LAMPIRAN TEKNIKAL a. b. c. Alat DMG tidak boleh dipindah dari tempat asal untuk digunapakai di tempat lain. Sebarang penggunaan diluar dari cara penggunaan alat DMG yang telah ditetapkan tidak akan dibenarkan. Bahan-bahan yang telah dirakam hanya boleh digunakan melalui alat DMG sahaja kerana Astro mempunyai perjanjian copyright untuk menyiarkan saluran program melalui DMG sahaja. Selain daripada rakam salin yang tidak dibenarkan, Astro amat menggalakkan pihak sekolah dan guru-guru menggunakan kandungan saluran Astro untuk membantu mereka didalam pembelajaran pelajar. d. ms 5 of 3

[close]

p. 6

BORANG PENGGUNAAN PROGRAM KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH Rancangan Butir-Butir Tontonan Penggunaan di dalam Darjah Catatan guru tentang rancangan Saluran Nama Rancangan Tarikh Masa Matapelajaran Tahun/Tingkatan Topik/Sukatan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 ms 6 of 3 13 Apendik I 14 15 16

[close]

Comments

no comments yet