Pelan Strategik Pembangunan Sumber Manusia MDP

 

Embed or link this publication

Description

Pelan Strategik Pembangunan Sumber Manusia Majlis Daerah Pontian

Popular Pages


p. 1

PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA MAJLIS DAERAH PONTIAN

[close]

p. 2

KANDUNGAN PERUTUSAN YANG DIPERTUA MDP 1.0 2.0 3.0 RINGKASAN EKSEKUTIF VISI DAN OBJEKTIF FUNGSI UTAMA CAWANGAN PSM 3.1 3.2 3.3 4.0 5.0 6.0 Unit Perkhidmatan / Perjawatan Unit Latihan / Pembangunan Kerjaya / Kaunseling / Tatatertib Unit HRMIS 10 11 12-14 2 3 4 5-9 KOD ETIKA NILAI-NILAI BERSAMA ISU DAN CABARAN DALAM PSM a. b. c. d. e. f. g. h. i. Mengubah “Mind Set” kakitangan Menerapkan nilai-nilai murni dan integriti Tuntutan pelanggan yang semakin kompleks dan dinamik Meningkatkan keberkesanan system penyampaian awam Cabaran ICT Kod Etika Yang Lemah Peningkatan Ekspektasi Stakeholders Pembangunan Modal Insan Menguruskan Kepelbagaian 7.0 8.0 STRATEGI TERAS PELAKSANAAN STRATEGI 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 Strategi Perancangan Sumber Manusia Strategi Pengambilan Strategi Penempatan dan Pertukaran Strategi Pengurusan Prestasi Strategi Pembangunan Kerjaya, Pembangunan Kepimpinan dan Perancangan Penggantian 8.6 8.7 8.8 Strategi Latihan Strategi Menyediakan Program Pengiktirafan dan Penghargaan Strategi Meningkatkan Motivasi, Moral dan Semangat Kerja Berpasukan 8.9 Strategi Mewujudkan Budaya Organisasi Cemerlang 15 16-22 9.0 PENUTUP 23

[close]

p. 3

PERUTUSAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH PONTIAN Alhamdulillah besyukur kerana diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata dalam buku Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Khidmat Pengurusan, Bahagian Pentadbiran yang telah berjaya menyiapkan buku pelan strategik ini. Perancangan strategik ini akan dijadikan panduan dalam menguruskan modal insan Majlis Daerah Pontian. Pelan ini merupakan blue print pengurusan manusia yang diharapkan dapat menyokong strategi-strategi lain yang telah digariskan dalam perancangan strategik Majlis Daerah Pontian. Dalam pelan komprehensif ini, beberapa cabaran pengurusan sumber manusia sama ada cabaran dalaman atau luaran cuba ditangani. Dokumen ini mengenalpasti enam strategi teras dan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan berdasarkan kepada amalan terbaik dan bersungguh-sungguh dan pnuh iltizam daripada semua pihak. Sungguhpun demikian, usaha berterusan harus juga dilakukan unyuk menambahbaikkan pelan ini sesuai dengan keperluan dan cabaran baru pada masa hadapan. Perkhidmatan awam masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditangani dengan bijak. Mengurus perubahan yang berlaku hendaklah dibuat secara komprehensif dan berkesan. Oleh itu asas kepada keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam ialah keupayaan dan kebolehan tenaga kerja atau sumber manusianya untuk menjajarkan perlakuan mereka dengan matlamat sebenar yang hendak dicapai. Melalui pelan ini juga,diharapkan ianya dapat meningkatkan profesionalisme, integrity, moral dan semangat kerja berpasukan pegawai-pegawai dengan anggota sokongan serta mewujudkan satu budaya organisasi yang cemerlang dan berupaya memantapkan pentadbiran Majlis Daerah Pontian. Saya juga berharap semua pihak yang terlibat dapat memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan pelan komprehensif ini bagi menjayakan visi dan misi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Sekian, terima kasih. (EN. MISWAN BIN YUNUS) Yang Dipertua, Majlis Daerah Pontian

[close]

p. 4

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Majlis Daerah Pontian ini disediakan bertujuan untuk melahirkan modal insan yang memiliki sikap pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni yang cemerlang bagi melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan berkesan. Cabaran dalam pengurusan strategik sumber manusia adalah untuk memastikan nilai-nilai teras, strategik teras, pelaksanaan strateg dan pelan tindakan untuk dilaksanakan bagi menyediakan anggota yang unggul. Dari aspek pengurusan sumber manusia, cabaran yang dikenalpasti adalah dalam bentuk cabaran dalaman dan luaran. Cabaran dalaman termasuklah cabaran untuk meningkatkan kompetensi, integrity, nilai-nilai murni, moral dan semangat kekitaan sumber manusianya bagi meningkatkan keberkesanan organisasi. Cabaran luaran pula adalah harapan stakeholders, kumpulan sasar dan komuniti yang kian meningkat di samping keperluan untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat tempatan, negeri dan nasional. Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia ini juga mengutarakan enam strategi teras iaitu perancangan sumber manusia yang komprehensif dan dinamik, membangunkan kemahiran dan kompetensi pegawai-pegawai yang terbaik dan berpotensi tinggi melalui program pembangunan kepimpinan, meningkatkan pengetahuan dan kreativiti sumber manusi, meningkatkan integriti dan menanam serta memperkukuhkan nilai-nilai murni dan disiplin di kalangan pegawai, mewujudkan budaya organisasi yang cemerlang dan mengekalkan tenaga kerja terbaik melalui program pengiktirafan dan penghargaan, meningkatkan moral dan semangat kerja berpasukan dengan mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif. Untuk menjayakan strategi teras ini, Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia telah menggariskan strategi-strategi dan pelan-pelan tindakan yang berasakan kepada fungsi-fungsi pengurusan sumber manusia into sendiri dan yang penting adalah pelan tindakan ini disediakan dalam bentuk Pentunjuk Utama (KPI) untuk membolehkan tahap pelaksanaannya dapat diukur dengan berkesan dan ditentukan agensi pelaksana untuk memikul tanggungjawab tersebut.

[close]

p. 5

2.0 VISI & OBJEKTIF VISI Untuk menjadikan sebuah organisasi yang mantap dan cekap dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang berteraskan profesionalisme, integrity dan teknologi masa kini. OBJEKTIF 2.1 Memastikan MDP mempunyai keperluan sumber manusia yang mencukupi, terlatih dan berpengetahuan tinggi berasaskan prinsip yang ditetapkan. 2.2 Melahirkan anggota perkhidmatan MDP yang berintegriti dan berwawasan supaya dihormati masyarakat setempat. 2.3 Melahirkan anggota perkhidmatan MDP yang kompoten, berilmu, berakhlak dan mesra pelanggan. 2.4 Melahirkan anggota perkhidmatan MDP yang kreatif dan inovatif kearah perkhidmatan yang cemerlang dan organisasi yang efektif serta mampu menghadapi cabaran. 2.5 Mewujudkan urus tadbir yang baik (Good Governance) di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

[close]

p. 6

3.0 FUNGSI UTAMA BAHAGIAN CAWANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Secara umum fungsi utama Pengurusan Sumber Manusia direalisasikan melalui : a. b. c. Unit Perkhidmatan / Perjawatan Unit Latihan / Pembangunan Kerjaya / Kaunseling / Tatatertib Unit HRMIS 3.1 Unit Perkidmatan / Perjawatan Merangkumi pengurusan perkhidmatan, perjawatan, elaun lebih masa pengurusan rekod dan cuti. a. Peranan Unit Perjawatan adalah untuk mengkaji keperluan untuk permohonan jawatan dan penstrukturan atau penyusunan semula organisasi berdasarkan kepada keputusan kerajaan, perubahan objektif organisasi, pertambahan / pengurangan program atau aktiviti, perpindahan program / pengurangan beban / kompleksiti tugas. Unit ini bertanggungjawab mengurus dan mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya untuk mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) b. Unit ini juga mengurus perlantikan dan penempatan kakitangan. Ia termasuklah menguruskan perkhidmatan yang melibatkan permohonan perletakan jawatan, urusan tanggungan dan pemangkuan kerja, kebenaran lawatan ke luar Negara, dan lain-lain yang melibatkan perkhidmatan pekerja. Selain itu, unit ini juga menyemak dan menyediakan kertas kerja supaya pekeliling dan arahan-arahan kerajaan / jabatan dapat diguna pakai. Mengurus pembiayaaan perubatan dan pengurusan / pemantauan cuti. Ia juga menguruskan kakitangan yang telah memenuhi syarat pengesahan dalam jawatan dan kemasukan dalam perjawatan berpencen serta perlanjutan tempoh percubaan dan lain-lain tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan.

[close]

p. 7

c. Unit rekod menguruskan buku rekod perkhidmatan iaitu Buku Am 274 yang merekodkan maklumat peribadi, perkhidmatan, cuti dan kelakuan untuk setiap anggota MDP. d. Unit pencen menguruskan persaraan semua anggota perkhidmatan MDP, memproses dokumen persaraan untuk anggota yang bersara wajib, bersara pilihan sendiri, pencen terbitan (meninggal) dan persaraan atas sebab kesihatan. Dokumen persaraan bagi anggota perkhidmatan yang bersara wajib akan dirujuk ke JPA tiga bulan sebelum persaraan. Unit ini juga bertanggungjawab memproses gentian cuti rehat.

[close]

p. 8

3.2 Unit Latihan / Pembangunan Kerjaya / Kaunseling / Tatatertib Unit Latihan berperanan menyediakan program latihan untuk anggota perkhidmatan MDP dalam usaha melaksanakan dasar merakyatkan petadbiran dan pembangunan. Dalam merealisasikan hasrat ini, sebagaimana mengikut pekeliling perkhidmatan bilangan 6 tahun 2005 kerajaan telah menetapkan semua anggota perkhidmatan awam mengikuti kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun. Walau bagaimanapun diperingkat Kerajaan Negeri di bawah Program Perbelanjaan Berhemah telah memperuntukkan minimum 5 hari latihan setahun bagi setiap anggota perkhidmatan Pihak Bekuasa Tempatan Negeri Johor. Program latihan dilaksanakn bagi tujuan tambah nilai anggota perkhidmatan awam. Ia dilaksanakan dalam bentuk seminar / bengkel dan lawatan tinjau yang dapat memberi input ke arah melahirkan penjawat awam yang berdaya saing, berakhlak dan berketrampilan. Program latihan yang dirancang di MDP terbahagi kepada dua bentuk iaitu Latihan luaran dan latihan dalaman. Latihan dalaman adalah program latihan yang dianjurkan, diuruskan dan dikelolakan di Jabatan Khidmat Pengurusan (Bahagian Pentadbiran) MDP. Manakala latihan luaran adalah latihan yang dianjurkan oleh pihak luar dari organisasi sama ada dari sektor swasta mahupun pusat latihan kerajaan ataupun badan-badan kerajaan.

[close]

p. 9

a. Program pembangunan kerjaya digalakkan kepada anggota perkhidmatan MDP. Unit ini menguruskan permohonan untuk menyambung pelajaran ke institusi pengajian yang lebih tinggi. b. Menyediakan peluang kanaikan pangkat untuk anggota yang berkelayakan dan mematuhi syarat skim perjawatan. Ini merupakan suatu pengiktirafan dan motivasi kepada warga MDP supaya sentiasa meningkatkan prestasi kerja dan memberikan mutu perkhidmatan yang berkualiti. Ia juga member khidamat nasihat kepada warga MDP yang mempunyai potensi untuk pembangunan kerjaya di masa hadapan. c. Di samping itu, unit ini juga mengurus dan mengendalikan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) yang dianjurkan oleh pihak MDP mahupun anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor atau badan-badan sector awam mengikut kumpulan-kumpulan skim perkhidmatan anggota. d. Pengurusan tatatertib adalah satu komitmen kerajaan untuk memastikan semua warga MDP mematuhi semua peraturan dan prosedur serta tidak melakukan perkaraperkara yang dilarang oleh Perintah-perintah Am Pihak Berkuasa Tempatan Johor (Kelakuan dan Tatatertib) 1988. e. Mengurus Pengisytiharan Harta di bawah Peraturan 8, Perintah-Perintah Am Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Johor (Kelakuan dan Tatatertib) 1988 telah menetapkan bahawa semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis segala harta yang dimilik sama ada oleh dirinya, suami atau isteri, anak atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak dirinya atau bagi pihak isteri atau suami atau anaknya.

[close]

p. 10

3.3 Unit HRMIS a. Unit HRMIS bertanggungjawab menguruskan system pengurusan sumber manusia sector awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategic tenaga manusia dan pengambilan pegawai sehingga pegawai bersara. b. Objektifnya membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat sumber manusia yang lengkap.

[close]

p. 11

4.0 KOD ETIKA Bahagian Pentadbiran (Sumber Manusia) MDP menggariskan 4 Kod Etika sebagaimana berikut: NILAI TERAS • • • • • • • • • • • • • • • • Amanah Benar Bijaksana Adil Telus Bersyukur Bertanggungjawab Berdedikasi Berdisiplin Bekerjasama Bersih Berbudi Mulia Ikhlas Sabar Sederhana Tekun KEWAJIPAN KEPADA ORGANISASI • • • • • • • • Memahami Hala Tuju MDP Penghayatan Disiplin Pengawasan Harta Awam Keselamatan Perlindungan Keselamatan Perlindungan ICT Perisytiharan Harta Pematuhan Muafakat Pematuhan Peraturan Dalaman BUDAYA WARGA MDP • • • • Berpegang teguh kepada integriti Memberikan perkhidmatan yang terbaik Menghindari rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan Menerima , memahami dan melaksanakan arahan pihak atasan. • Menghormati kepercayaan agama, budaya dan tatasusila semua kaum. ETIKA PELAKSANAAN TUGAS • • • • Aku Janji Ikrar Integriti Yang Tinggi Amalan Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni

[close]

p. 12

5.0 NILAI BERSAMA Nilai bersama merupakan nilai induk yang dipunyai bersama oleh seluruh anggota perkhidmatan MDP. Ia adalah untuk melahirkan anggota MDP yang mendahulukan pelanggan dan mengutamakan prestasi kerja yang cemerlang: AMANAH Menjalankan tugas dengan penuh komitmen, dedikasi dan rasa tanggungjawab selaras dengan Aku Janji yang telah diikrarkan. Mempunyai rasa tanggungjawab dan akauntabiliti di dalam segala tindakan dan kelakuan. Melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan dengan jujur dan saksama. Berkhidmat dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab serta sempurna AKAUNTABILITI INTERGRITI dan utuh KERJA BERPASUKAN Mempunyai semangat kekitaan, bekerjasama, bertolak ansur dan sifat setia kawan dan muafakat yang tinggi untuk mencapai visi dan misi organisasi BERDISIPLIN Sentiasa mengawal diri dan perilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai-nilai murni. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan tekun dan taat tanpa penyeliaan yang rapid an sentiasa menjaga imej diri, organisasi, perkhidmatan dan negara di kaca mata masyarakat BIJAKSANA Sentiasa berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara bijaksana berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap professionalism yang tinggi. Membuat pertimbangan yang teliti dalam sesuatu tindakan serta membuat keputusan yang rasional berdasarkan fakta tertentu dengan mengambil kira kepentingan organisasi, perkhidmatan dan negara. TELUS Sentiasa bersikap positif dan terbuka dengan mewujudkan prosedur kerja dan melaksanakan tindakan yang telus, lengkap serta menyelesaikan kerja mengikut masa yang ditetapkan. Berusaha memaklumkan maklumat, tindakan dan keputusan yang telah diambil kepada pihak yang berhak selagi ianya tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan. ADIL Sentiasa berusaha membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berasakan undang-undang, oeraturan, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat. Penilaian terhadap sesuatu tindakan atau keputusan dibuat secara objektif dan analitikal dengan menggunakan kaedah yang betul serta memuaskan semua pihak terlibat

[close]

p. 13

6.0 ISU DAN CABARAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Cabaran utama pengurusan sumber manusia adalah memastikan factor kritikalnya iaitu sumber manusia dapat melaksanakan segala fungsi-fungsi dan strategi-strategi Pengurusan Sumber Manusia dengan cemerlang. Dalam hal ini, cabaran-cabaran dalaman dan luaran yang dikenalpasti dan perlu ditangani adalah seperti berikut: a. Mengubah “mind set” kakitangan ‘Mind set’ anggota perkhidmatan MDP perlu diubah sejajar dengan perubahan persekitaran yang berlaku dengan pantas. Oleh itu ‘mind set’ anggota tidak hanya bekerja untuk makan gaji sahaja. Tetapi sebaliknya berkhidmat untuk menyelesaikan masalah pembayar cukai atau pelanggan. Melaksanakan fungsi pengurusan sumber manusia sebagai organisasi yang cemerlang seharusnya menjadi cabaran kepada setiap anggota MDP. Memandangkan pengurusan sumber manusia adalah sebagai penggerak utama dalam pengurusan MDP, maka ‘mind set’ anngotanya perlu lebih fleksibel dan boleh berubah selaras dengan perubahan persekitaran yang berlaku dalam perkhidmatan awam. b. Menerapkan nilai-nilai murni dan integrity Walaupun program penerapan nilai murni banyak dilaksanakan tetapi masih banyak terdapat perkhidmatan yang tidak berkualiti dan tidak mesra pelanggan. Sistem penyampaian tidak memenuhi ekspektasi Stakeholder dan tidak ‘user friendly’ akan member kesan kepada imej organisasi keseluruhannya.

[close]

p. 14

c. Tuntutan pelanggan yang semakin kompleks dan dinamik Memberi perkhidmatan yang terbaik dan berfokus kepada kehendak pelanggan adalah cabaran kepada pengurusan sumber manusia. Cabaran pengurusan manusia adalah untuk mewujudkan sumber manusianya yang mempunyai motivasi dan semangat kerja yang tinggi. Bagi menghadapi cabaran tersebut, strategi pengurusan sumber manusia haruslah memberi fokus terhadap program-program latihan pembangunan pasukan, meningkatkan kebajikan pehawai, menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, dorongan dan sokongan dari pihak pengurusan tertinggi serta meningkatkan penglibatan anggota pelbagai peringkat pengurusan dalam proses membuat keputusan. d. Meningkatkan keberkesanan system penyampaian perkhidmatan awam Mempertingkatkan system penyampaian perkhidamatan bagi memenuhi ekspektasi tinggi daripada stakeholder dan pelanggan, memperkemas proses dan prosedur kerja berterusan bagi mengurangkan karenah birokrasi dan kelewatan dan melaksanakan perwakilan kuasa bagi pembuatan keputusan dalam perkhidmatan awam. e. Cabaran ICT Kemajuan teknologi yang pesat, globalisasi, perubahan ekonomi dan lain-lain memerlukan perubahan dari aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Perubahan cara bekerja dan penyampaian sistem perkhidmatan adalah amalan terbaik Pengurusan Sumber Manusia. Ia akan memberi kesan kepada proses penyampaian perkhidmatan dan kecemerlangan. Sehubungan dengan itu, PSM perlu menyesuaikan fungsi yang dilaksanakan supaya lebih cekap dan berkesan. Teknologi Maklumat bukan sahaja telah mengubah sistem penyampaian perkhimatan tetapi juga telah mencorakkan ekspektasi masyarakat terhadap penyediaan perkhidmatan dari segi kecepatan dan kepelbagaian bentuk penyampaian. f. Kod Etika Kerja Yang Lemah Masih terdapat anggota yang mempunyai etika kerja yang lepah dan tidak mematuhi etika kerja yang telah ditetapkan. Antara sikap yang negative ialah dating kerja lewat, kerap ambil cuti sakit, mengambil masa keluar minum, ponteng kerja dan lain-lain.

[close]

p. 15

g. Peningkatan Ekspektasi Stakeholders Perkhidmatan awam telah diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab mengawal kepentingan jabatan dan rakyat. Atas kepentingan tersebut, perkhidmatan awam perlu mengekalkan keutuhan dan kompetensi di dalam penyediaan dan penyampaian perkhidmatannya. h. Pembangunan Modal Insan Pengurusan sumber manusia perlu mepertingkatkan keupayan kepelbagaian sumber sector awam dengan pelbagai kemahiran dan kompetensi untuk menjalankan pelbagai tanggungjawab. Cabaran yang perlu ditangani adalah untuk menyediakan pelapispelapis kepimpinan melalui program pembangunan kepimpinan dan perancangan penggantian. Cabaran juga ialah untuk melahirkan pemimpin dan pengurus yang memiliki cirri-ciri transformasi, boleh menjadi idola (mendapat kepercayaan, penghormatan dan berkeyakinan), memperlihatkan tingkah laku yang utuh (kebolehan menerangkan keperluan masa hadapan dan merancang untuk mencapainya), mencetus rangsangan keintelektualan (inovasi dan kreativiti yang berterusan dan mengurus anggota perkhidmatan awam bagi memberi semangat kepada anggota untuk menjana potensi sebenar meraka. Mengurus Kepelbagaian Teknologi bukan sahaja telah menghasilkan cara baru dalam menjalankan tugas dan menyampaikan perkhidmatan tetapi juga telah menambah kepada kompleksiti operasi dan cara bekerja. Ini menutus fungsi yang pelbagai yang seterusnya turut menuntut kepelbagaian bakat dan kemahiran yang lebih luas. Oleh itu PSM harus i. mempertingkatkan kepelbagaian tenaga kerja sektor awam dengan pelbagai kemahiran dan kompetensi untuk menjalankan pelbagai tanggungjawab.

[close]

Comments

no comments yet