ISP ICT

 

Embed or link this publication

Description

Pelan Startegik ICT MDPONTIAN

Popular Pages


p. 1

PELAN STRATEGIK ICT MAJLIS DAERAH PONTIAN 2014-2018

[close]

p. 2

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian 2014 - 2018 1 PENGENALAN Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Begitu juga dalam Perkhidmatan Awam Malaysia memainkan peranan penting di dalam menyahut cabaran mempertingkatkan daya saing dan daya tahan negara berikutan perubahan persekitaran ekonomi dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, Kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha untuk menyediakan kemudahan sistem dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan. Begitu juga di Majlis Daerah Pontian, penggunaan teknologi maklumat atau ICT ini mampu untuk menguatkan dan memperkukuhkan kecekapan pentadbiran di Majlis Daerah Pontian. Bagi mencapai tujuan ini, satu perancangan rapi di peringkat pusat telah dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di mana Pelan Strategik Teknologi Maklumat Sektor Awam (PSTM) atau Public Sector ICT Strategic Plan (ISP) telah dilancarkan pada Ogos 2003. Susulan itu, semua agensi Kerajaan diarahkan untuk menyediakan dan memperkemaskan ISP masing-masing bersesuaian dengan hala tuju dan objektif strategik organisasi dan juga selaras dengan ISP Sektor Awam Oleh itu MDP telah mengambil langakah untuk membangunkan Pelan ISP sendiri bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan ICT adalah selaras dengan keperluan strategi pengurusan MDP dan memenuhi keperluan semasa dan jangka panjang selain menyokong visi ICT Sektor Awam.

[close]

p. 3

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian 2014 - 2018 1.1 Tujuan ISP MDP bertujuan untuk menyediakan satu rangka kerja yang komprehensifdalam mewujudkan persekitaran berautomasi menerusi penggunaan dan pembangunan ICT yang tersusun dan sejajar bagi tempoh 2010 – 2015. 2 PERSEKITARAN ORGANISASI 2.1 Latar Belakang Belakang Bahagian Teknologi Maklumat Bahagian Teknologi Maklumat dibahagikan kepada 2 bahagian • • Unit teknikal dan operasi Unit aplikasi, rangkaian dan Laman Web Halatuju Pembangunan Pelan Strategik ICT adalah sebagai satu jenis panduan dalam merancang dan melaksanakan keperluan ICT semasa menyediakan prasarana ICT yang terkini, kondusif dan mencukupi kepada seluruh warga MDP untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan memperbaiki tahap prestasi sistem penyampaian perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan masayarakat MDP sebagai satu masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan bagi dalam Teknologi serta membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cara yang paling berkesan bagi mencapai aspirasi MDP. 2.3 Visi Berazam menrajui Teknologi Maklumat sebagai informasi terkini bagi memastikan perlasannanya di MDP

[close]

p. 4

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian 2014 - 2018 2.4 Misi • • • • • Menjadikan ICT sebagai teras Utama dalam penyampaian dan perkhidmatan kepada awam Menggalakan dan membudayakan penggunaan Teknologi Maklumat dalam semua aspek pengurusan. Menggunakan ICT sebagai medium untuk meningkatkan penyampaian dalam sektor awam Memudahkan perkongsian diantara kakitangan dalaman dan Jabatan-Jabatan luar. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan pengurusan maklumat dengan lebih cepat dan pantas. Objektif Objektif BTM yang telah ditetapkan adalah seperti berikut: . • • • • • • Menggalakan pertumbuhan ICT di MDP dengan mewujudkan persekitaran ICT kepada peringkat pengurusan untuk meningkatkan produktiviti dan prstasi Majlis Meningkatkan tahap profesionalisme dalam penggunaan perkhidmatan Teknologi Maklumat kepada seluruh Warga MDP Memenuhi keperluan-keperluan ICT daripada setiap Jabatan dalam MDP Menyediakan latihan-latihan atau kursus ICT kepada semua warga MDP bagi meningkatkan tahap kecekapan dalam penggunaan ICT Meningkatkan keterusan perkhidmatan MDP melalui ICT Mendekatkan rakyat dengan MDP melalui ICT

[close]

p. 5

2.6 Carta Organisasi Majlis Daerah Pontian

[close]

p. 6

3 PERSEKITARAN ICT SEMASA 3.1 Bahagian Teknologi Maklumat 3.1.1 Carta Organisasi Bahagian Teknologi Maklumat Yang Dipertua N48 Setiausaha N44 Pen. Pegawai Teknologi Maklumat F29 Juruteknik Komputer FT17 Fungsi Bahagian ICT Unit Teknikal dan Operasi • • • • • • • Mengawal keselamatan infrastruktur ICT di MDP daripada sebarang serangan penggondam dan virus dari pihak luar MDP. Menyelia server yang ada di bawah BTM MDP Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan perkakasan dan infrasturktur ICT di MDP Memberi khidmat nasihat kepada pengguna Mengawal selia sistem aplikasi yang telah dibangunkan bertujuan memastikan sistem dapat beroperasi pada tahap optimum Memberi khidmat nasihat kepada jabatan berkaitan keperluan pembangunan sistem-sistem maklumat. Selenggara Laman Web rasmi MDP

[close]

p. 7

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian 3.1.3 Kakitangan 2014 - 2018 Staf adalah aset sesebuah organisasi yang membantu dalam menjayakan perlaksanaan sesuatu projek yang dirancang. Berikut adalah pecahan staf mengikut fungsi dan hierarki. Bil 1. Nama Jawatan Penolong Maklumat 2. Juruteknik Komputer FT17 1 Pegawai Teknologi Kod Jawatan F29 Jumlah 1 3.1.4 Kemahiran dan kepakaran Kakitangan BTM Staf BTM telah dilengkapi dengan kemahiran dalam bidang-bidang seperti berikut: Kemahiran staf BTM • • • • • • • • • Pengurusan projek ICT Penyelenggaraan Sistem Aplikasi Pengurusan Server Pengurusan dan penyelengaaraan sistem perisian,aplikasi Pengurusan dan penyelenggaraan rangkaian Pengurusan Pengkalan Data Reka bentuk Pengkalan Data Pengurusan Rangkaian MDP Khidmat nasihat ICT kepada MDP

[close]

p. 8

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian 3.1.5 Infrastruktur 3.1.5.1Sistem rangkaian Sistem rangkaian di MDP menggunakan teknologi Topologi Bintang 3.1.5.2 Keselamatan rangkaian i) Keselamatan Infrastruktur dan Internet Firewall Penggunaan firewall dapat mengwal aliran trafik dan ancaman luar Kedalam rangkaian MDP. 2014 - 2018 Perisian Antivirus Perisian Antivirus yang digunakan adalah perisian Vipre yang dapat mengenalpasti dan menangkis pelbagai jenis virus komputer, spyware dan malicious code. Perisian ini dikawal melalui server dan senti Keselamatan Fizikal • • Kemudahan CCTV dalaman Access Control System (ACS) 3.1.5.3 Penyelenggaraan Baikpulih Peralatan ICT Bagi membudayakan penggunaan ICT dikalangan warga MPBP, BTM telah menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan baikpulih peralatan ICT kepada anggota pekerja Penyelenggaraan Berkala Bagi memastikan peralatan ICT berfungsi dalam keadaan baik dan efisyen serta memanjangkan jangka hayat peralatan ICT. Penyelenggaraan berkala ini dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan mengikut bulanan.

[close]

p. 9

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian Kemudahan Peralatan ICT 2014 - 2018 Bertanggungjawab bagi menguruskan perolehan, stok, rekod aset/daftar harta, peminjaman, pelupusan, penyelenggaraan dalam jaminan dan agihan peralatan atau perisian ICT MDP 3.1.6 Aplikasi Sistem Maklumat Sistem ICT utama yang dilaksanakan pada masa ini ialah seagaimana lampiran “ Direktori Sistem Aplikasi MDP ” 3.2 Cabaran Dalam melaksanakan pembangunan ICT, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh BTM bagi memastikan pembangunan infrastruktur ICT di implementasi selaras dengan arus pembangunan teknologi terkini dalam merealisasikan matlamat MDP. 3.2.1 Sumber Kewangan Sumber kewangan yang terhad perlu dirancang secara sistematik dan teliti bagi mencapai agenda MDP. 3.2.2 Sumber Manusia Kemahiran Meningkatkan kemahiran berkaitan dengan perkembangan semasa ICT dikalangan tenaga kerja perlu dijadikan usaha berterusan dalam menghasilkan produk berteknologi tinggi. Peningkatan kemahiran 9 Pelan Strategik ICT Majlis Daerah Pontian | 2014 - 2018 10 melalui latihan, kursus dan lawatan perlu dirancang dengan teliti. Tenaga kerja Tenaga kerja yang berkemahiran dan mencukupi mampu membantu dalam melaksanakan pelan tindakan MDP. Pembudayaan ICT Penerapan pembudayaan ICT di kalangan warga MPBP serta persediaan penerimaan teknologi perlu ditingkatkan bagi mencapai halatuju ICT MDP. Latihan ICT perlu diberikan dari semasa ke semasa kepada warga MDP.

[close]

p. 10

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian 2014 - 2018 3.2.3 Teknologi Kepesatan teknologi Perancangan strategik dan pelan tindakan ICT yang teliti dan berhati-hati perlu bagi mengurangkan impak akibat dari kepesatan perkembangan teknologi masa kini yang menyebabkan teknologi yang baru diperkenalkan menjadi kaput dalam masa yang singkat. Pemindahan teknologi Pemindahan teknologi melalui lawatan, seminar dan kursus serta perkongsian pintar antara pelbagai pihak mampu mempercepatkan pencapaian pembangunan ICT MDP 3.2.4 Pengurusan pengetahuan Dokumentasi yang lengkap dan mudah dicapai mampu membantu mempercepatkan pembangunan ICT MDP. 3.2.5 Perancangan Perancangan dan penyelarasan yang bersepadu serta terancang perlu selari dengan pembangunan ICT dalam memastikan pelan tindakan ICT dapat dilaksanakan. 3.2.6 Infrastruktur Kemudahan prasarana Prasarana MDP yang lengkap dan terancang merupakan asas dalam pembangunan ICT MDP Ruang Keselesaaan persekitaran kerja dapat membantu meningkatkan kualiti kerja

[close]

p. 11

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian 3.2.7 Pengguna Keperluan pengguna 2014 - 2018 Kemahiran dalam memenuhi keperluan pengguna dapat membantu penyaluran maklumat dengan lebih efisyen dan cepat. Komitmen Komitmen dari pihak pengurusan dan semua peringkat pengguna harus dipertingkatkan bagi membolehkan perancangan pembangunan ICT dapat dilaksanakan dengan lebih teratur. Sikap Sedia Berubah Kesediaan untuk menerima dan mengadaptasi inovasi dan teknologi baru perlu dipupuk dan dijadikan sebagai budaya murni di kalangan pengguna. Mesra Pengguna Maklumbalas pengguna dari masa ke semasa dapat membantu dalam memastikan aplikasi MDP lebih mesra pengguna. 3.2.8 Tanggungjawab sosial Tanggungjawab sosial dalam membudayakan ICT perlu dipertingkatkan di kalangan masyarakat sekeliling bagi mengurangkan jurang celik ICT. Pelbagai kemudahan bagi masyarakat menyampaikan permasalahan kepada MDP telah disediakan seperti E-Aduan, Facebook dan Email. 3.2.9 Keselamatan BTM perlu melaksanakan program keselamatan peringkat MPBP untuk meningkatkan pengawalan dan pengekangan ancaman virus, penggodam dan kecurian siber. Program keselamatan ini merangkumi keselamatan fizikal, aplikasi, data, rangkaian dan sumber.

[close]

p. 12

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian 4. STRATEGI PELAKSANAAN ICT 2014 - 2018 Pelaksanaan keseluruhan inisiatif ICT dirangka untuk jangka masa lima (5) tahun. Pelaksanaan secara berperingkat dicadangkan supaya sejajar dengan kapasiti dan keupayaan tenaga kerja MDP dan mengambil kira proses persediaan spesifikasi teknikal sistem, pengurusan perubahan (Change Management) dan Business Process Re-Engineering (BPR). 4.1 Faktor Kejayaan Kritikal Di antara faktor kejayaan kritikal bagi menentukan kejayaan pelaksanaan setiap inisiatif ICT adalah seperti berikut: I. Sokongan dan komitmen pihak Pengurusan Atasan dalam memastikan projek ICT dilaksanakan dengan sempurna; II. Penyediaan polisi ICT yang berkaitan untuk membantu ke arah mewujudkan persekitaran yang membina (enabling environment) bagi membantu melaksanakan inisiatif-inisiatif ICT agar berjalan lancar; III. Program Pembudayaan Persekitaran ICT melalui Change Management bagi menerapkan budaya ICT kepada tenaga kerja MDP untuk menyediakan modal insan yang celik ICT IV. Business Process Re-Engineering (BPR) perlu dilaksanakan untuk menilai semula dan menambah baik proses sedia ada supaya yang tidak bersesuaian dan tidak cekap dikaji semula selaras dengan penggunaan teknologi ICT.

[close]

p. 13

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian 5. PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN ICT 2014 - 2018 Pelan Tindakan Pembangunan ICT yang dirangka oleh MDP memberikan penekanan terhadap memantapkan penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatan Fasa 1: Fasa ini memberikan keutamaan kepada pembangunan sistem aplikasi dan menaiktaraf infrastruktur ICT yang akan digunakan oleh wargakerja MDPP bagi memperkasakan keupayaan dan meningkatkan produktiviti MDP secara keseluruhan serta melicinkan operasi dalaman. Fasa 2: Inisiatif yang memerlukan integrasi dengan sistem aplikasi dan infrastruktur yang dibangunkan dalam Fasa (1) akan dilaksanakan pada Fasa (2).

[close]

p. 14

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian 5.2 Strategi Pembangunan ICT : ( 2014 – 2018 ) 2014 - 2018 Program Aktiviti Jadual Pelaksanaan Impak Pelaksana 1.0 Infrastruktur dan Komunikasi 1.1Perkakasan perisian dan 1.Menyediakan perkakasan dan - Komputer Peribadi - Notebook - Pencetak - Server 1.2 Rangkaian Setempat ( LAN ) - Mewujudkan sistem 2014 – 2018 pengurusan rangkaian 2014 – 2018 perisian yang terkini Bahagian dan mencukupi Teknologi Maklumat 1. Mewujudkan infrastruktur LAN di bangunan MDP 2. Bahagian Membolehkan Teknologi Maklumat dan secara pemantauan bandwith rangkaian berterusan Data Centre Menyediakan data centre yang berpusat 2014 - 2018 bagi penempatan Bahagian Teknologi dan Maklumat server-server aplikasi perkakasan rangkaian keselamatan ICT 2.0kPengurusan 2.1 Messaging System - webmail 2014 - 2018 1. Penyebaran lebih dan maklumat cekap, terkini 2. tepat dan Bahagian Teknologi mengurangkan Maklumat penggunaan kertas di dalam penyebaran

[close]

p. 15

Pelan Startegik ICT Majlis Daerah Pontian maklumat kalangan staf 2.2 Web Portal 1. membolehkan maklumat di 2014 - 2018 capaian 2014 - 2018 melalui internet Bahagian 2. Maklumat mudah Teknologi diperolehi Maklumat 2.3 e-PBT Johor Sistem pengurusan bersepadu 2014 - 2018 1. Ke arah Semua Jabatan perkhidmatan e-kerajaan 2. capaian data akan lebih cepat dan tepat PBT ONLINE

[close]

Comments

no comments yet