berita okt 2013

 

Embed or link this publication

Description

berita okt

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

SIDANG REDAKSI ----------------------Penasihat YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG AssAlAMuAlAiKuM w.b.t, selAMAt sejAhterA dAn sAlAM 1 MAlAysiA tAhun 2014, satu lagi angka yang dinantinantikan oleh semua warga kerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) kerana segala-galanya adalah cabaran baru yang perlu dilalui oleh semua pihak terutama penjawat awam dalam membantu melaksanakan agenda kerajaan bagi mengejar kecemerlangan khususnya MPPG sebagai PBT yang memberikan pelbagai jenis perkhidmatan kepada orang ramai. Bagi memastikan kecemerlangan itu dicapai, budaya mementingkan kualiti dalam tugas seharian perlu dihayati setiap masa supaya organisasi yang utuh, teguh dan mantap dalam memberikan perkhidmatan awam kepada masyarakat setempat dapat dilaksanakan seperti perlaksanaan amalan 5S, ISO 9001, ISO 14001 dan lain-lain lagi. Sejajar dengan perkhidmatan yang kian cekap, kerajaan telah menggariskan 11 langkah penjimatan yang akan dilaksanakan dalam sektor awam bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan awam yang efisien terhadap masyarakat setempat dalam keadaan perkembangan ekonomi yang tidak menentu. Sebagai contoh, kerjasama warga kerja dalam penjimatan lima peratus kos utiliti elektrik adalah perkara yang boleh diusahakan. Selain daripada penjimatan yang disarankan, warga MPPG juga harus meningkatkan kualiti kerja hakiki yang sememangnya adalah kerja ‘teras’ yang wajib dilaksanakan bagi memastikan kelestarian di Pasir Gudang berterusan seperti penjagaan kebersihan, sistem perparitan dan longkang, pemotongan rumput serta cantasan pokok dan penyelenggaraan jalan-jalan raya dapat dilaksanakan dengan cemerlang. PasirGudang sememangnya sudah sinonim dengan kawasan perindustrian berat dan sederhana yang menyumbangkan hasil kepada kerajaan negeri khususnya di Pasir Gudang. Justeru hubungan yang baik dan mesra dengan pihak industri 2 Perutusan Tuan Haji On Jabbar@Jaafar Yang Dipertua MPPG Ketua Editor Encik Saipol Rahman Haji Amat Setiausaha MPPG Penolong Ketua Editor Puan Hajah Norizan Mohammad Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Ahli Jawatankuasa Berita Pasir Gudang Encik Nazarul Jaafar Puan Siti Fatimah Abd Rahim Puan Masliana Hussin Puan Zanariah Mohd Basri Encik Abd Rahman Esa Encik Md Firdaus Mohammad Encik Mohd Hafiz Abd Hamid Puan Norliha Bilah Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Arsad Cik Hajah Kamariah Haji Halid Encik Nazry Arif Encik Fadly Mohd Daud Encik Mohamad Norazli Ahmad Urus Setia Editor Puan Rosmahwati Kamardin Cik Faradila Rosnan Jurufoto Encik Khairul Anuar Muhammad Sayut harus diteruskan dan dalam masa yang sama permuafakatan dengan masyarakat setempat dapat dipertingkatkan. Untuk mencapainya, MPPG akan terus melaksanakan program-program yang mendekati masyarakat sekeliling dan semestinya hubungan yang erat dengan jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan serta swasta harus dipereratkan sebaik mungkin bagi memastikan masyarakat yang memahami teknologi hijau, penjagaan alam sekitar dan lain-lain lagi dapat direalisasikan. Sebagai sebuah badan berkanun kerajaan, MPPG juga telah merancang untuk melancarkan Yayasan Pasir Gudang (YPG) pada tahun ini bagi menyahut saranan daripada Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan sebagai satu kaedah menggalakkan syarikat industri melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui keuntungan yang diperolehinya. Ini adalah kesinambungan daripada program Dana Bakti yang bermula sejak tahun 2000 lagi. Adalah menjadi harapan saya supaya Pasir Gudang yang diurus tadbir oleh kerajaan dapat menuju ke arah perkhidmatan bertaraf bandaraya dan menjadikan Pasir Gudang Bandar Industri Sejahtera yang tersohor sebagai sebuah bandar pilihan, bandar kediaman dan bandar pelaburan dalam industri serta pelancongan. Semua sedia maklum, Festival Layanglayang Sedunia yang bertaraf antarabangsa pada kali ini akan memasuki tahun ke-19 penganjurannya yang akan diadakan pada 19-23 Februari 2014. Ia bukan sahaja mampu memperkenalkan Pasir Gudang di mata dunia malah ia juga termasuk dalam agenda kerajaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan selamat tahun baru dan semoga segala program dan aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini dapat direalisasikan dengan jayanya. HAJI ON BIN JABBAR @ JAAFAR Mutiara Kata “Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api”. BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013

[close]

p. 3

SEGMEN SEMASA Majlis Pernikahan PAsir GudAnG - Seramai 28 pasangan pengantin termasuk seorang saudara baru selamat diijabkabulkan di Majlis Pernikahan Beramai-ramai Pasir Gudang 2013 pada 17 November 2013. Semua pasangan pengantin itu telah dinikahkan oleh tujuh jurunikah bertauliah di Masjid An Nur Bandar Pasir Gudang yang turut disaksikan oleh keluarga masing-masing bermula jam 8.30 pagi sebelum dibawa ke majlis persandingan di Stadium Tertutup MPPG Pasir Gudang sebaik selesai upacara pernikahan. Program anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bersama Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Hospital Penawar dan Johor Corporation itu bertujuan menyemai keinginan golongan muda untuk berkahwin awal sekaligus mengelakkan maksiat dengan setiap pasangan yang menyertai program ini hanya perlu membayar RM500.00. Bayaran itu bagi membiayai bayaran jurunikah, pelamin, fotografi dan jamuan makan dengan peruntukan jemputan 15 orang ahli keluarga bagi setiap pasangan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang sudi untuk menepung tawar pasangan pengantin disinggahsana pelamin. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi dorongan dan motivasi kepada masyarakat supaya meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat dan memilih untuk mendirikan rumah tangga melalui ikatan perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak. Disamping itu ia juga dapat menerapkan budaya jimat cermat dalam perbelanjaan selain merapatkan ukhuwah dan silaturahim dalam masyarakat. Memandangkan pernikahan beramai-ramai sudah pun menjadi ikutan bahkan diberi hebahan meluas di media-media massa, MPPG telah merancang agar program ini untuk diadakan pada setiap tahun dan bakal membuka peluang kepada pasangan kurang mampu menyertainya secara percuma di tahun-tahun akan datang. BERAMAI-RAMAI PASIR GUDANG 2013 Menteri Besar Johor, Y.A.B. Dato’ Mohamed Khaled Nordin menepung tawar pasangan pengantin Pasangan pengantin bergambar bersama Yang Dipertua MPPG dan Pengerus Besar Kanan Bahagian Amal JCorp, Tuan Haji Shahruni Haji Aslam tAMAn sCienteX - Majlis penyampaian hadiah Program Gerak Mesra Perdana yang berlangsung pada 15 Disember 2013 sebagai penutup tirai program kesihatan anjuran MPPG. Ia merupakan program tahunan yang ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan, pengusaha premis makanan, kilang, stesen minyak, masjid dan sekolah serta peminat-peminat landskap. Objektif utama adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kesihatan dan kebersihan alam sekitar serta memupuk kesedaran tanggungjawab menjaga keindahan landskap. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Y.A.B. Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan turut dihadiri Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Hajah Normala Abdul Samad. Antara aktiviti yang sentiasa mendapat perhatian pengunjung MELABUhkAN TIRAI Gerak Mesra Perdana 2013 PRoGRAM Perasmian Taman Komuniti Aman Puri Jalan Serindit, Taman Scientex sebagai penutup bagi Program Gerak Mesra Perdana 2013 BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013 3

[close]

p. 4

SEGMEN SEMASA Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Latif Bandi bersama-sama tetamu yang lain meninjau tempat latihan menyelamat Persiapan Hadapi Kecemasan DI kAWASAN INDUSTRI Latihan menyelamat oleh ahli-ahli PAGEMA sedang dijalankan di Langsat Terminal One Tanjung Langsat bagi ‘menyelamatkan mangsa’ Dipertua MPPG, Tuan Haji On Bin Jabbar@Jaafar serta hampir 300 tetamu jemputan dari seluruh Pasir Gudang. Latihan menyelamat pada kali ini membabitkan kebakaran sebuah tangki simpanan produk gasolin berkapasiti 25,000 m3 yang dicetuskan oleh cas elektrostatik ketika surveyor membuka sampling port untuk mengambil sampel produk di atas tangki simpanan T-9007. Sehubungan dengan itu, koordinasi menyelamat dilaksanakan oleh anggota dari Jabatan Laut, Bomba, PDRM serta pasukan tindakan kecemasan (Emergency Response Team) kilang-kilang yang terlibat bagi mengatasi kebakaran dan letupan Tangki T-9007 di Langsat Terminal 2. Dengan adanya kerjasama dalam latihan kecemasan PAGEMA ianya bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda kepunyaan industri terbabit tetapi juga ia dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar ke kawasan berdekatan dan mengurangkan kerugian yang boleh menjejaskan pendapatan dalam sektor ini khususnya kepada sesebuah kawasan seperti Pasir Gudang yang menyumbangkan berjutajuta ringgit kepada kerajaan. 12 diseMber 2013 - Latihan kecemasan PAGEMA yang diadakan di Langsat Terminal One Sdn Bhd telah berjaya meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam menjaga keselamatan kawasan perindustrian di Pasir Gudang khususnya kepada kilang-kilang yang berisiko tinggi. Sebanyak 24 agensi dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PDRM serta hampir 60 kilang berisiko tinggi seperti Petronas, Idimetsu, Gas Malaysia dan Johor Port yang terlibat dengan gas dan minyak terlibat dengan PAGEMA. Latihan tahunan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Latif Bin Haji Bandi. Hadir sama semasa perasmian Latihan Kecemasan PAGEMA kali ini ialah Yang ‘Kebersihan Demi Kesejahteraan Sejagat’ Gimik perasmian yang telah dilaksanakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Datuk Ayub Bin Rahmat 17 diseMber 2013 - MPPG dengan kerjasama PUSPATRI, PAGEMA dan Jabatan Alam Sekitar Johor telah menjayakan Seminar Alam Sekitar dengan tema ‘Kebersihan Demi Kesejahteraan Sejagat’. Seminar sehari ini bertempat di Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Yang Berhormat Datuk Ayub Bin Rahmat. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dengan pengkhususan kepada perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan pengurusan alam sekitar dan kesihatan persekitaran ditempat kerja. Objektif seminar ini diadakan bertujuan untuk membantu sektor industri bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengurusan dan pengawalan bahan sisa dan memaklumkan perkembangan semasa perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Alam Sekeliling 1974 serta memberi galakan kepada sektor industri supaya melibatkan diri didalam program keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Penyertaan yang terbuka kepada barisan pengurusan dan pekerja industri ini sangat menggalakkan terutamanya yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan operasi kilang dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mengenai pengurusan bahan sisa berjadual ditempat kerja. 4 BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013

[close]

p. 5

SEGMEN SEMASA Alam Sekitar & Kesihatan PRoGRAM Penghasilan ‘EM Mud Ball’ dari pelajar Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2 membantu Program Alam Sekitar dan Kesihatan 2013 KOtA MAsAi - Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2 telah dipilih bagi Program Alam Sekitar dan Kesihatan pada tahun 2013. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang pada 17 Oktober 2013. Objektif program bertujuan meningkatan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar dikalangan pelajar sekolah. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan diantaranya bengkel EM kepada pelajar sekolah oleh Jamof Marketing, ceramah dan pameran kesihatan dari pihak MPPG dengan kerjasama PPSPPA dan IRDA. Gotong-royong Bersama Penduduk ERAT hUBUNGAN DENGAN MASYARAkAT 22 diseMber 2013 - Kira-kira 150 orang telah hadir ke Program YDP Turun Padang 2013 di kawasan lapang Jalan Ciku 13, Taman Kota Masai. Pengisian untuk lawatan kali ini adalah Sukaneka Perdana bersama penduduk disamping menggalakkan budaya hidup sihat. Majlis yang turut dihadiri oleh Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Haji Amat dan Ahli Majlis Zon Kota Masai 1, Encik Wong Yung Kang bersama wakil penduduk dan masyarakat. Program dimulakan dengan acara J-Robik sebagai pemanas badan sebelum aktiviti sukaneka perdana dijalankan dengan meriahnya bertemakan ‘Saya Nak Sihat’. Encik Saipol Rahman Haji Amat diberi penghormatan bagi mengadili pertandingan akhir acara tarik tali Encik Saipol Rahman memotong besi sebagai gimik program dengan disaksikan oleh Ketua WHIP MPPG 10 nOveMber 2013 - Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Saipol Rahman Haji Amat selaku wakil rasmi Yang Dipertua MPPG telah melawat Sekolah Kebangsaan Nam Heng di Zon Air Putih untuk program YDP Turun Padang 2013. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu turut dihadiri oleh Ketua WHIP MPPG, Tuan Haji Abdul Rahman Mohamed selaku Ahli Majlis Zon Air Putih bersama Pegawai Khas MPPG, Jawatan Kuasa Penduduk dan masyarakat setempat. Program utama lawatan kali ini ialah aktiviti Gotong-royong Perdana bagi membersihkan kawasan sekolah yang dipilih. Inisiatif penduduk tempatan ini adalah untuk memupuk budaya menjaga kebersihan sebagai satu amalan kepada generasi muda di kawasan mereka. BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013 5

[close]

p. 6

SEGMEN SEMASA Pengurusan Dan Penyelenggaraan BANGUNAN BERSTRATA PAsir GudAnG - Satu Seminar Pengurusan Bangunan Berstarata peringkat COB MPPG telah diadakan pada 27 Oktober 2013 bertempat di Dewan Besar, Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang. Seramai 150 orang peserta mengikuti seminar ini yang bertujuan memberi kefahaman serta meningkatkan kesedaran berkaitan aspek pengurusan dan penyelenggaraan kediaman bertingkat dalam kawasan Pasir Gudang. Kesemua peserta terdiri daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC), Pemaju Perumahan bagi kawasan kediaman bertingkat serta penghuni rumah terbabit. Seminar telah dirasmikan oleh Ketua WHIP Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Tuan Haji Abd Rahman Mohamed selaku wakil rasmi Yang Dipertua MPPG. Penyerahan cenderamata oleh Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tuan Haji Mohammed Ali Backer kepada Ketua WHIP MPPG Penilaian Am Semula MPPG MPPG telah melaksanakan Penilaian Am semula ke atas semua pegangan berkadar dalam kawasan pentadbirannya mengikut Aras Nilaian 1.1.2013 sebagaimana peruntukan Seksyen 127 Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Tujuh syarikat Penilai berlesen telah di lantik bagi menjalankan kerja-kerja penilaian tersebut dan adalah dijangkakan aktiviti yang bermula pada 1 Disember 2013 ini akan dapat di sempurnakan pada penghujung bulan Mei 2014. Aktiviti ini dijalankan pada setiap lima tahun bagi menggambarkan keadaan pasaran semasa supaya ianya lebih adil kepada pembayar cukai dan PBT itu sendiri disamping memberikan statistik terkini keadaan dan bilangan hartanah dalam kawasan MPPG. Penyerahan sumbangan kepada Dana Bakti Pasir Gudang bernilai RM3,000.00 disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Arkitek Malaysia, Tuan Haji Muhamad Zawawi Bin Zainuddin Seminar Industri Hijau 2013 bAGi meningkatkan kesedaran awam mengenai pembangunan alam sekitar berkonsepkan Bandar Industri Hijau, MPPG melalui Jabatan Bangunan dengan kerjasama Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) telah mengadakan Seminar Industri Hijau pada 7-8 Oktober 2013 bertempat di Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam. Antara objektif utama seminar ini adalah untuk memberi garis panduan bagaimana mendapatkan nilai indeks bangunan hijau yang baik dan kesan peratusan terhadap alam sekitar yang paling minimum dan juga mendidik bagaimana perlaksanaannya dapat diaplikasikan di dalam bangunan komersial dan kawasan perumahan. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan di dalam seminar dua hari ini dimana seramai 185 orang peserta telah menghadirinya termasuk konsultan, arkitek, pemaju , PBT dan pihak industri di Pasir Gudang. Penyerahan MOU oleh Tuan Haji On Jabbar@Jaafar kepada salah seorang wakil syarikat yang dilantik 6 BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013

[close]

p. 7

SEGMEN kEMASYARAkATAN Program Pecutan Sukses PEPERIkSAAN SPM 2013 tarikh : 26 Oktober 2013 Masa : 7.45 pagi tempat : dewan besar Kompleks Pusat bandar Pasir Gudang MPPG telah mempelawa semua sekolah menengah dalam kawasan Pasir Gudang untuk terlibat sama menghantar pelajar mereka dalam program ilmu ini di samping penglibatan pelajarpelajar kelas tuisyen percuma anjuran MPPG iaitu Pusat Tuisyen Komuniti Cendana dan Pusat Tuisyen Kg. Pasir Putih. Kira-kira 108 orang pelajar telah menyertai program bimbingan sehari ini. Seramai empat orang guru penanda kertas SPM telah dipilih sebagai fasilitator bagi program ini merangkumi empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Penglibatan yang memberangsangkan dari pelajar yang bakal menduduki SPM 2013 Sumbangan Beras NovEMBER 2013 tarikh : 09 november 2013 Masa : 8.30 pagi tempat : taman Air biru dan taman Cendana PrOGrAM ini adalah satu usaha sama diantara pihak MPPG dan masyarakat setempat yang mahu membantu golongan E-Kasih di Pasir Gudang. Program ini dilaksanakan berikutan terdapat permintaan daripada pihak persendirian yang mahu membantu tetapi kekurangan masa senggang. Sebanyak 10 buah keluarga telah menerima sekampit beras Faiza 10 kg setiap keluarga yang diserah terus ke rumah penerima sumbangan. Sesi penyerahan barang sumbangan oleh Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Kemasyarakatan MPPG, Encik Mohd Hafiz Abd Hamid PELAJAR-PELAJAR MISkIN DAN MISkIN TEGAR 2014 tarikh : 27 disember 2013 Masa : 9.00 pagi & 3.30 Petang tempat : taman Air biru di dAlAM program ini, seramai 33 orang pelajar daripada 11 buah keluarga E-Kasih di Pasir Gudang telah dipilih. Segala perbelanjaan bagi program ini diperoleh daripada Dana Bakti Pasir Gudang dan sumbangan pihak persendirian. Salah seorang penerima bantuan mencuba pakaian seragam sekolah yang akan disumbangkan Program Bantuan Persekolahan BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013 7

[close]

p. 8

SEGMEN kUALITI & INovASI Di Peringkat kebangsaan KuAntAn - Buat tahun kedua, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah layak ke peringkat kebangsaan di dalam Konvensyen National Team Excellence (NTex) dan Konvensyen Quality Environment (QE) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang telah diadakan bermula 1-3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. Bagi konvensyen NTex, sebanyak dua kumpulan telah dihantar iaitu One Mission (Jabatan Kejuruteraan) dan Trees (Jabatan Landskap) serta masing-masing telah mempersembahkan projek bertajuk ‘Mengatasi Lampu Jalan Yang Tidak Berfungsi di Bawah Penyelenggaraan MPPG’ dan ‘Kesukaran Pengendalian Sisa Pokok Berpasu Yang Semakin Meningkat’. Melalui projek-projek tersebut, MPPG telah dianugerahkan Emas Tiga Bintang dan mengekalkan pencapaian cemerlang sebagaimana tradisinya. Sementara itu, kumpulan QE MPPG turut berjaya mengekalkan anugerah Emas Tiga Bintang di konvensyen tersebut setelah mengetengahkan pengisian baru dengan memperluas amalan persekitaran berkualiti 5S di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Pasir Gudang. INovASI MPPG Kumpulan QE dan One Mission bergambar kenangan bersama Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji On Jabbar@Jaafar Ahli Kumpulan Trees bersama Yang Dipertua MPPG Sempena hari Inovasi kPkT 2013 PutrAjAyA – Melalui pertandingan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) yang dianjurkan oleh pihak MAMPU melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah disenarai pendek di antara empat PBT terbaik bagi kategori tersebut. Dalam satu Majlis Anugerah Inovasi KPKT yang telah diadakan pada 21 November 2013 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya, MPPG telah menerima hadiah bernilai RM 100 ribu dalam bentuk pelaksanaan projek (BP1). Dalam majlis tersebut, MPPG juga telah dijemput untuk membuat pameran inovasi bersama-sama dengan beberapa jabatan kerajaan lain. Penghargaan seumpama ini menjadikan MPPG lebih memandang serius terhadap inovasi yang perlu diketengahkan ke peringkat luar bagi mencapai tahap sebuah PBT unggul. PAMERAN INovASI PBT Penerangan projek inovasi MPPG di pameran tersebut INTERNATIoNAL QUALITY & PRoDUcTIvITY coNvENTIoN (IQPc) Antara wakil Malaysia yang menyertai IQPC di Medan, Indonesia iaitu MPPG, UiTM Shah Alam dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah MEDAN - Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sekali lagi telah terpilih ke peringkat antarabangsa melalui projek ICC dari kumpulan One Mission. Pertandingan ini telah berlangsung selama lima hari bermula 26 – 30 November 2013 bertempat di Santika Dyandra Hotel, Medan, Indonesia. MPPG merupakan salah satu daripada tiga kumpulan yang mewakili Malaysia pada konvensyen tersebut. Melalui projek yang diketengahkan iaitu ‘To Overcome A Malfunction Street Lights’ dan telah menerima pengiktirafan Platinum. Wakil Yang Dipertua MPPG, Encik Abd Majid Sapihe beserta wakil-wakil MPPG di Pameran Inovasi PBT Sempena Hari Inovasi KPKT 2013 8 BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013

[close]

p. 9

SEGMEN kELAB SUkAN & kEBAJIkAN Biro Pendidikan LAWATAN SAMBIL BELAJAR ‘JoM! EkSPLoRASI SAINS DAN TEkNoLoGI shAh AlAM - Biro Pendidikan sebagai salah satu biro di bawah Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MPPG amat menitikberatkan kepentingan pendidikan di kalangan semua warga kerja MPPG serta anak-anak mereka. Berpaksikan moto ‘Pendidikan Membawa Kecemerlangan’, Biro Pendidikan MPPG bagi sesi 2013–2015 telah merangka beberapa program pendidikan yang dapat memberikan manfaat kepada anakanak warga kerja MPPG. Selain itu menyedari kepentingan sains dan teknologi pada masa kini, Biro Pendidikan telah mengadakan lawatan yang memberikan pendedahan kepada dunia sains dan teknologi di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam. Lawatan ini telah diadakan pada 25-27 November 2013 dan terbuka kepada semua anak-anak warga kerja MPPG berumur dari 10 hingga 15 tahun. Antara tempat yang dikunjungi adalah Pusat 1001 Inventions Kegemilangan Tamadun Muslim Seramai 33 orang anak warga kerja MPPG telah menyertai program ini dan telah melawat beberapa tempat menarik seperti ke Pusat Sains Negara, Kilang Yakult, Taman Tema I-City, Kilang Karangkraf, Taman Botani Negara, Bank Negara Malaysia dan Kilang Roti High 5. Sepanjang lawatan, peserta-peserta telah diberikan penerangan dan pendedahan mengenai proses kerja. MAJLIS SUMBANGAN BUkU TERPAkAI 4 OKtOber 2013 - Program menyumbang buku dikalangan warga kerja telah bermula dari 24 Jun hingga 5 Julai 2013. Sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan. Di dalam program ini, seramai dua orang anak kepada warga kerja iaitu Nurul Najwa Nisa Binti Kamaruzaman dan Muhamad Irfan Hadi Bin Ab. Jalil telah terpilih sebagai penyumbang buku terbanyak dan berpeluang untuk menyerahkan sendiri buku-buku tersebut kepada Rumah Anak-anak Yatim Barkat dan Asrama Kebajikan Ar Rayyan. Pengerusi Biro Pendidikan KSK MPPG, Puan Norlin binti Md Yusof menyerahkan buku sumbangan kepada wakil Rumah Anak-anak Yatim Barkat dan Asrama Kebajikan Ar Rayyan. Biro Agama PRoGRAM kEM IBADAh 2013 MuAr – Biro Agama Kelab Sukan dan Kebajikan MPPG telah menganjurkan Program Kem Ibadah 2013 bermula 10-12 Disember 2013 di Kem Batu 13, Jalan Air Hitam, Muar. Program tiga hari dua malam ini disertai kira-kira 117 orang pelajar yang terdiri daripada 76 orang pelajar lelaki dan 41 orang pelajar perempuan yang berusia antara 10 hingga 15 tahun. Di dalam program ini, peserta telah melalui proses pembelajaran dengan kaedah teori dan praktikal serta motivasi yang memberangsangkan. Objektif penganjuran program ini adalah untuk membimbing pelajar muslim melalui pembudayaan gaya hidup yang sihat, imej diri yang positif dan tinggi daya saing dalam usaha menjadi hamba Allah, anak, rakan, pelajar dan warganegara yang unggul. Selain itu, memupuk nilai dan ciri-ciri keperibadian yang sihat serta berdaya tahan menghadapi cabaran perubahan, mendedahkan kaedah solat yang betul dan rahsia sebalik suruhan Allah bagi melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri seorang muslim. Peserta-peserta Program Kem Ibadah 2013 setibanya di Kem Batu 13 PRoGRAM koRBAN DAN AQIQAh PAsir GudAnG - Korban dan Aqiqah bagi tahun 2013/1434H telah dijalankan pada 16 Oktober 2013 bertempat di Perumahan Bakti 1, Pasir Gudang. Sebanyak tujuh ekor lembu dan dua ekor kambing telah dikorbankan pada program tersebut. Sesi penyembelihan dan melapah daging korban yang dilakukan oleh warga kerja MPPG dan penduduk BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013 9

[close]

p. 10

SEGMEN kURSUS & PERSARAAN WARGA kERJA (Mileage / Travelling / oT / Medical) tarikh : 14 november 2013 tempat : dewan Cempaka, Aras 20, Menara Aqabah Penganjur : bahagian teknologi Maklumat, MPPG bilangan Peserta : 44 orang Objektif : Pendedahan mengenai penggunaan sistem tuntutan kerja lebih masa, perjalanan dan pendahuluan diri secara elektronik. Sistem ini membolehkan warga kerja MPPG membuat permohonan secara atas talian dengan pengiraan tuntutan secara automatik mengikut kadar yang ditetapkan. kURSUS PENGGUNAAN SISTEM E-cLAIM kESELAMATAN WANITA tarikh : 1 november 2013 tempat : Aras 1, Menara Aqabah, MPPG Penganjur : Polis diraja Malaysia (PdrM) bilangan Peserta : 40 Orang Objektif : Menjadikan kaum wanita terutamanya warga kerja wanita MPPG sebagai rakan PDRM. Taklimat telah disampaikan oleh ASP Maznah Binti Haji Mamisan. TAkLIMAT BENGkEL PENULISAN oRGANISASI YANG BERkESAN PRoGRAM PENGURUSAN kENDIRI DAN SAhSIAh PEMANDU MPPG tarikh : 8 hingga 11 november 2013 tempat : bella vista waterfront resort & spa, langkawi Penganjur : energy life johor bahru bilangan Peserta : 30 Orang Objektif : Meningkatkan kemahiran komunikasi dan perhubungan awam serta mengeratkan hubungan dikalangan pemandu ke arah melahirkan pemandu cemerlang MPPG. tarikh : 22 hingga 25 disember 2013 tempat : harbour view hotel, Kuching, sarawak Penganjur : Majlis Perbandaran Pasir Gudang bilangan Peserta : 18 Orang Objektif : Membimbing peserta tentang pelbagai teknik penulisan yang boleh diterapkan dalam terbitan organisasi serta menghasilkan penulisan yang berkualiti. MS ISo 9001:2008 & MS ISo 14001:2004 tarikh : 3 disember 2013 tempat : dewan serbaguna 2, Aras 1, MPPG Penganjur : eQMA Management Associates sdn. bhd. bilangan Peserta : 30 Orang Objektif : Memberi kefahaman mengenai peranan/ “komitmen” Wakil Pengurusan supaya Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 dan MS ISO 14001:2004 dapat dilaksana dan dikekalkan dengan lebih berkesan”. kURSUS kEFAhAMAN SISTEM PENGURUSAN kUALITI kURSUS PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN EFEkTIF tarikh : 6 hingga 7 november 2013 tempat : hotel selesa, Pasir Gudang Penganjur : COMFOri sdn. bhd. bilangan Peserta : 31 Orang Objektif : Memberi tumpuan kepada usaha dan meningkatkan kepakaran dan kemahiran warga kerja yang terlibat di dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan serta memenuhi tahap keperluan organisasi yang berkaitan dengan bidang tugas mereka. 10 BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013

[close]

p. 11

SEGMEN LANDSkAP Keindahan Landskap tAMAn KOMuniti sCienteX - Jabatan Landskap menganjurkan Pertandingan Landskap 2013 sebagai sebahagian daripada Program Gerak Mesra Perdana yang diadakan pada 15 Disember 2013. Pertandingan yang melibatkan beberapa kategori iaitu bangunan kerajaan / swasta, masjid, pusat pengajian, sekolah, rumah tradisional, rumah banglo / kluster rumah kos sederhana, rumah kos rendah dan industri. Program ini bertujuan bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat dan agensi dalam menterjemahkan pengindahan diperingkat tempatan dan nasional disamping memupuk kesedaran dan minat terhadap alam sekitar serta mewujudkan rasa cinta kepada keindahan, keceriaan dan kebersihan di kawasan premis. Pertandingan ini diwujudkan seiring dengan aspirasi negara untuk menjadi negara terindah selari dengan wawasan negara untuk menjadikan negara maju pada tahun 2020. Bagi menzahirkan komitmen terhadap hasrat tersebut, MPPG sebagai sebuah bandar pelabuhan dan industri. Penghasilan taman yang hebat dapat menyumbang kehidupan yang kondusif dan lestari kepada komuniti Pasir Gudang. Kategori Bangunan Kerajaan Kategori Rumah Banglo / kluster PERTANDINGAN Kriteria-kriteria pemarkahan melibatkan penilaian dari segi rekabentuk (25%), keusahaan mementingkan pemeliharaan landskap dan alam sekitar (20%), penyelenggaraan (20%), keusahaan dari segi tenaga idea dan inisiatif (10%), kebersihan dan keindahan keseluruhan (10%), keberkesanan menepati keseluruhan (10%), keberkesanan menepati objektif (10%), serta nilai estetika/ visual (5%). Cantasan Pokok tAnjunG Puteri GOlF resOrt - Satu kursus telah dianjurkan oleh Jabatan Landskap MPPG dengan melibatkan tajuk kursus ‘Praktis Terbaik Cantasan Pokok’. Kursus yang telah dilaksanakan pada 6-7 November 2013 dengan penyertaan dari kontraktorkontraktor penyelenggaraan landskap MPPG dan PBT seluruh Malaysia dengan jumlah 80 peserta telah menyertai. Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji On Bin Jabbar@ Jaafar dan melibatkan dua penceramah luar iaitu Dr. Haji Amad Ramsa Bin Yaman (UPM) dan Encik Kamaluddin Bilal (UTHM). Kursus yang dijalankan melibatkan empat pembentangan dan praktikal ditapak bagi memantapkan lagi pemahaman terhadap pengetahuan. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, memperbetulkan persepsi umum tentang cara dan amalan terbaik bagi kerja-kerja cantasan, meningkatkan nilai pokok serta aspek pengurusan. Penglibatan pihak kontraktor di dalam kursus ini merupakan suatu kelebihan yang akan dipertimbangkan oleh MPPG ke atas penilaian dan pemilihan kontraktor kelak. PRAkTIS TERBAIk Majlis Perasmian Kursus Cantasan Pokok Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kontraktor landskap bagi kerja-kerja cantasan selain dapat memperolehi teknik-teknik yang betul serta terkini dalam kaedah cantasan pokok. BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013 11

[close]

p. 12

SEGMEN PENYELENGGARAAN Bandar Industri Sejahtera jAbAtAn KejuruterAAn - Demi merealisasikan hasrat Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) untuk menjadi Bandar industri sejahtera, Jabatan Kejuruteraan MPPG telah melaksanakan 12 projek naiktaraf infrastruktur seperti jalan raya dan perparitan serta kemudahan awam sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2013. Diantaranya ialah: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Kerja-kerja menaiktaraf Jalan Gangsa Kerja-kerja menurap semula permukaan Jalan Berlian 13 hingga 24, Taman Cahaya Masai Kerja-kerja menurap semula permukaan Jalan Canggung, Taman Pasir Putih Kerja-kerja menurap permukaan Jalan Cermai, Taman Kota Masai Kerja-kerja menurap permukaan Jalan Tembikai 36 hingga 44, Taman Kota Masai Kerja-kerja menurap permukaan jalan di kawasan Kampung Pasir Putih 7) 8) 9) 10) 11) 12) Kerja-kerja milling dan menurap permukaan Jalan Emas dan Tembaga Kerja-kerja menurap permukaan Jalan Siakap, Taman Pasir Putih Kerja-kerja milling dan menurap permukaan Jalan Pekeliling Kerja-kerja membina gelanggang futsal di Taman Air Biru Kerja-kerja menaiktaraf balai terbuka Taman Air Biru Kerja-kerja membaiki longkang di Jalan Keluli 7 MEREALISASIkAN hASRAT Membaiki bahu jalan dan longkang di Jalan Pengkalan, Kg. Pasir Putih Menaiktaraf balai terbuka di Taman Air Biru Menurap semula permukaan Jalan Sembilang, Taman Pasir Putih Membina gelanggang futsal di Taman Air Biru 12 BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013

[close]

p. 13

SEGMEN kESIhATAN kES DEMAM DENGGI DI PASIR GUDANG jOhOr bAhru - Kes kematian demam denggi di daerah Johor Bahru pada tahun 2013 mencatat kes tertinggi sebanyak 17 kematian setelah lima tahun yang mencatat 11 kematian pada tahun 2008. Jumlah kumulatif kes denggi secara umumnya meningkat di Pasir Gudang dengan 238 kes telah dilaporkan pada tahun 2013, peningkatan sebanyak 124 kes berbanding dengan tahun 2012 (114 kes). Penglibatan MPPG dalam aktiviti pencegahan denggi dilakukan secara berterusan bagi membendung peningkatan kes dan wabak denggi. Oleh yang demikian, tanggungjawab daripada penduduk setempat sangat diharapkan untuk menjaga kebersihan, persekitaran dan tempat berpotensi pembiakan nyamuk Aedes dikediaman masing-masing bagi mengawal dan mencegah perebakkan penyakit ini terus menular. dAtA juMlAh Kes deMAM denGGi (dd) / deMAM denGGi berdArAh (ddb) KAwAsAn MPPG 2013 tAhun 2012 2013 DD 108 232 ddb 6*(1) 6*(2) jumlah 114*(1) 238*(2) Kebimbangan Peningkatan nAMA KAwAsAn TAMAN MAWAR TAMAN SCIENTEX R/PANGSA TAMAN CENDANA TAMAN KOTA MASAI TAMAN CAHAYA MASAI TAMAN BUKIT DAHLIA PERJIRANAN 8 PERJIRANAN 9 TANJUNG PUTERI RESORT TAMAN NUSA DAMAI PERJIRANAN 10 KG SENTOSA KG PASIR PUTIH FELDA CAHAYA BARU TAMAN PASIR PUTIH R/PANGSA JALAN TEMBUSU R/PANGSA TAMAN DESA RAKYAT KG SG TIRAM TAMAN FLORA HEIGHT TAMAN PASIR MAS KG KOPOK KUATERS SG LAYANG R/PANGSA JALAN PELANDUK TAMAN SCIENTEX R/PANGSA TAMAN FLORA HEIGHT juMlAh juMlAh Kes deMAM denGGi/ deMAM denGGi berdArAh 38 29 29 27 21 16 13 11 11 7 7 5 5 4 4 3 2 1 1 1 1 1 1 0 238 * Bilangan pesakit yang mati SEGMEN DUNIA IT Gerbang sMs Kerajaan “mysMs” adalah satu usaha yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor sMs iaitu 15888. Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mula menggunakan perkhidmatan ini bermula pada 14 Disember 2011 sehingga kini. Pada 9 September 2013, MPPG telah menambahbaik kepenggunaan sms ini dengan menambah Dynamic Broadcast Application di dalam modul sedia ada. Melalui aplikasi ini, pengguna hanya perlu memuatnaik fail dari Microsoft Excel yang telah lengkap, seterusnya hebahan kepada beberapa nombor yang mengandungi maklumat berlainan akan dapat dilakukan secara serentak. Aplikasi ini amat memudahkan MPPG menghantar maklumat dengan lebih cepat dan efisien terutama sekali maklumat berkaitan dengan status aduan, status pembayaran dan status permohonan lesen. Antara jabatan yang menggunakan aplikasi ini adalah Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Jabatan Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pelesenan. ObjeKtiF GerbAnG sMs KerAjAAn MysMs • Menyediakan infrastruktur perkhidmatan SMS bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui satu nombor SMS yang sama. Memastikan caj perkhidmatan SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah. • • BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013 13

[close]

p. 14

SEGMEN DUNIA kEUSAhAWANAN Kedai Jahit PUNcA REZEkI Kelas jahitan yang dijalankan oleh Puan Shakirah Ahmad berjaya menarik minat para wanita PuAn shAKirAh binti AhMAd dilahirkan pada Mac 1970 telah bertemu jodoh pada 1992. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan mengambil upah menjahit baju secara sambilan di rumah. Ketentuan Ilahi tidak siapa yang tahu apabila suaminya Shahidan Bin Abu Hassan dijemput menemui Allah pada tahun 2006 pada usia 40 tahun. Ketika itu, dua orang anak beliau belajar di IPTA, seorang di sekolah menengah dan yang bongsu masih di sekolah rendah. Bukan mudah menanggung kehidupan andai orang yang menjadi tempat bergantung hidup pergi buat selama-lamanya. Semuanya harus ditangani sendirian. Membesarkan anak-anak tetapi pada masa sama juga perlu mencari rezeki. Demi memastikan masa hadapan anak-anak tidak terus dirundung murung, beliau mencari jalan membina kekuatan bak kata pepatah ‘ibarat aur di tebing sungai, biar banjir tetap kukuh tidak roboh’. Itulah tekad beliau dalam membina kehidupannya. Namun, Allah SWT pasti menolong orang yang menolong dirinya sendiri. Ini janji Allah sejak azali yang beliau yakini. Puan Shakirah Ahmad, ibu tunggal yang cekal menjadikan bakat jahitannya sebagai punca rezeki Beliau bertekad menyewa kedai untuk membuka Pusat Latihan Jahitan di No. 20A Jalan Tembikai 3, Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Setakat ini beliau menggajikan dua orang pembantu jahitan bagi membantu urusan tempahan jahitan yang diterima dari orang awam, kilang dan klinik. Jenis tempahan yang diterima ialah jahit ubahsuai dan segala fesyen baju lelaki dan perempuan. Kedai jahitannya kini menjadi tumpuan ramai tanpa mengira bangsa. “Saya manfaatkannya dengan menjalankan perniagaan kedai jahitan. Pada awal 2009, pihak kerajaan telah memperuntukan sebuah lagi mesin jahit kepada saya dan ia dapat membantu banyak kerja saya di kedai jahit,” jelasnya. Disamping sibuk menjalankan perniagaan, beliau juga aktif dalam Persatuan Ibu Tunggal di Pasir Gudang sejak awal tahun 2013. Berkat bersama persatuan, beliau telah mendapat banyak maklumat untuk mengembangkan lagi kemahiran yang dimiliki iaitu menjadi tenaga pengajar di Pusat Jahitan Waqaf Komuniti yang diuruskan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad mulai 2 Disember 2013. “Dengan berpegang kepada prinsip menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah, saya yakin saya akan berjaya. Yang utama, saya mesti rajin berusaha, berdoa dan disusuli rajin mengambil peluang. Doakan saya semoga berjaya,” katanya. Kedai Pusat Latihan Jahitan Puan Shakirah boleh dikunjungi di No. 20A Jalan Tembikai 3, Taman Kota Masai, Pasir Gudang atau hubungi 019-7047654 untuk tempahan atau belajar menjahit. Ketekunan serta ilmu yang ada sering dikongsikan kepada pelajarnya 14 BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013

[close]

p. 15

SEGMEN SUkAN PAIT Fc Juara Futsal Antara Zon PAIT FC juara kejohanan futsal stAdiuM PerbAndArAn PAsir GudAnG - Pertandingan Futsal Antara Zon, Pasir Gudang adalah merupakan kejohanan sukan terakhir anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sebelum tahun 2013 melabuhkan tirainya. Pertandingan ini telah dilangsungkan pada 22 Disember 2013. Ketua Jabatan Kemasyarakatan MPPG, Tuan Haji Adnan Bin Haji Abd Gahni adalah orang yang bertanggugjawab dan merupakan pencetus idea di dalam penganjuran kejohanan ini. Katanya, pertandingan ini adalah merupakan acara tahunan dan dengan ada kejohanan futsal antara zon ini akan dapat mengeratkan tali silaturahim di antara zon-zon di Pasir Gudang ini. “Kejohanan ini juga akan dapat mencungkil bakat-bakat muda untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan juga ke peringkat mewakili negara,” katanya lagi. Pada kejohanan kali ini, sebanyak 48 pasukan wakil dari zonzon telah menyertai pertandingan ini. Proses pengundian telah dilangsungkan pada sebelah pagi dengan format pertandingan kalah singkir atau kalah mati. Semua pertandingan telah diadili oleh pengadil yang bertauliah. Telah diduga pasukan PAIT FC akan menjuarai pertandingan pada kali ini dimana pada awal-awal lagi pasukan ini telah menunjukan skill permainan yang baik serta semangat juang berpasukan yang tinggi. “Saya begitu teruja sekali dengan kejuaraan ini serta ingin mengucapkan tanhiah dan syabas kepada pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi,” Kata Mohd Mustaqim Zolkifli, Pengurus Pasukan PAIT FC, Zon Kota Masai setelah berjaya menewaskan pasukan Real PG dalam perlawanan akhir. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Kemasyarakatan MPPG, Encik Mohd Paudzi Bin Sukami selepas perlawanan berakhir. Naib juara disandang oleh Real PG BERITA PASIR GUDANG - EDISI OKTOBER-DISEMBER 2013 15

[close]

Comments

no comments yet