berita jul 2013

 

Embed or link this publication

Description

berita jun

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

SIDANG REDAKSI ----------------------Penasihat Tuan Haji On Jabbar@Jaafar Yang Dipertua MPPG Ketua Editor Encik Saipol Rahman Haji Amat Setiausaha MPPG Penolong Ketua Editor Puan Hajah Norizan Mohammad Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Ahli Jawatankuasa Berita Pasir Gudang Encik Nazarul Jaafar Puan Siti Fatimah Abd Rahim Puan Masliana Hussin Puan Zanariah Mohd Basri Encik Abd Rahman Esa Encik Md Firdaus Mohammad Puan Norliha Bilah Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Arsad Cik Hajah Kamariah Haji Halid Encik Nazry Arif Encik Fadly Mohd Daud Encik Mohamad Norazli Ahmad Urusetia Editor Puan Rosmahwati Kamardin Cik Faradila Rosnan Jurufoto Encik Khairul Anuar Muhammad Sayut Mutiara Kata Kejarlah apa yang bermanfaat bagimu, dan mintalah pertolongan hanya kepada Allah. Jangan mudah menyerah dan jangan pernah berkata “Kalau saja aku melakukan begini, pasti akan jadi begini.” Tapi katakanlah “Allah telah mentakdirkan dan apa yang Dia kehendaki pasti akan dia lakukan.” (al-Hadith) 2 BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013

[close]

p. 3

SEGMEN SEMASA KeMbara MahKota Johor 2013 membuka tirai tahun ini dengan misi menjelajah ke semua 10 daerah di Selatan tanahair negeri Johor. Dengan tema ‘Kembara Ke Arah Perpaduan’, Edisi ke-16 kali ini berlepas dari Dataran Menara Aqabah, Pasir Gudang melibatkan laluan lebih 1,100 kilometer. Upacara pelepasan disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, YB Datuk Mohamad Bin Aziz pada 24 Ogos 2013. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar diiringi seramai 393 peserta bagi Kembara Mahkota Johor 2013 yang merupakan Kesinambungan Program Kembara Makhkota sejak tahun 2011. Turut hadir pada majlis pelepasan, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor serta barisan Exco Negeri Johor. PETA LALUAN “Seramai 393 peserta mengiringi DYMM Sultan Johor.” BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013 3

[close]

p. 4

SEGMEN SEMASA 10 September – MPPG telah dipilih sebagai lokasi sesi perjumpaan YB Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor. Majlis yang turut dihadiri YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor. Antara lain bertujuan merapatkan hubungan KPKT dengan Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Setiausaha PBT khususnya bagi memudahkan segala urusan berkaitan merangkumi aspek pembangunan, pengurusan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Mesyuarat Yb Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan tempatan bersama Datuk bandar, Yang Dipertua Pihak berkuasa tempatan Negeri Johor (bil.3/2013) 4 BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013

[close]

p. 5

SEGMEN KEMASYARAKATAN JUALAN AMAL JabataN KeMaSYaraKataN MPPG telah melaksanakan program ‘Jualan Amal Nasi Beriani’ khusus untuk mengisi tabung Dana Bakti Pasir Gudang pada 4 dan 5 September 2013. Program ini merupakan edisi kedua memandangkan permintaan yang memberangsangkan dari masyarakat setempat yang ingin membeli sambil dapat menyumbang kepada tabung tersebut. Pihak urusetia telah membuka tempahan untuk pembelian nasi beriani tiga minggu lebih awal agar segala urusan penghantaran akan lebih lancar dan tersusun. Pada hari pertama program, semua tempahan yang diterima dari pembeli samada dari pihak industri, korporat, agensi kerajaan dan juga individu perseorangan akan dihantar ke premis masing-masing mengikut waktu penghantaran yang telah disusun. Pihak urusetia telah bertungkus lumus seawal jam 9 pagi untuk menyiapkan semua tempahan oleh pembelipembeli bagi memastikan penghantaran dapat dibuat tepat pada waktu yang diminta. Manakala pada hari kedua, kaunter jualan telah dibuka di dua lokasi iaitu di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang berhampiran Masjid An-Nur Kompleks Pusat Bandar dan juga di perkarangan Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang. Pembeli telah membeli secara terus di kaunter-kaunter jualan yang dibuka oleh urusetia dari jam 10.00 pagi sehingga habis bekalan nasi beriani tersebut. Selesai program, pihak urusetia telah berjaya menjual lebih kurang 2,300 bungkus nasi beriani meskipun sasaran awal jualan adalah sebanyak 1,500 pek sahaja. Hasilnya sebanyak RM12,000.00 telah berjaya disumbang ke dalam tabung Dana Bakti Pasir Gudang. Semua tempahan sedia untuk dihantar kepada pembeli Melayan pembeli di kaunter jualan PROGRAM JALAN KAKI AMAL ‘BAKTI WALK 2013’ buat julung kalinya, Jabatan Kemasyarakatan MPPG telah melaksanakan satu program masyarakat yang secara khususnya bertujuan untuk mengisi tabung Dana Bakti Pasir Gudang. Program Bakti Walk 2013 merupakan satu acara jalan kaki amal dengan tema ‘Every Step Inspire Hope’ yang berlangsung pada 22 September 2013 bermula dan berakhir di Dataran Al-Hamra, Menara Aqabah. Peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti riadah sambil beramal Bakti Walk 2013 ini bukan sahaja dapat memanfaatkan masa bersama keluarga dan rakan, bahkan mampu untuk memupuk gaya hidup sihat masyarakat tanpa mengira had umur dan jantina. Aktiviti yang berlangsung setengah hari ini mensasarkan penyertaan seramai 700 peserta. Laluannya adalah jalan di sekitar Pusat Bandar Pasir Gudang dalam lingkungan 3km. Selain itu juga, pelbagai acara sampingan diadakan seperti gunting rambut dan refleksologi daripada Kolej Komuniti Pasir Gudang, demontrasi masakan dan jualan oleh Politeknik Ibrahim Sultan, pameran kesihatan dan produk jualan, car booth sale dan juga persembahan oleh Pasir Gudang School Band (PGSB) serta nyanyian ‘buskers’ pemuzik jalanan. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat Pasir Gudang yang terdiri daripada wakil pihak industri, agensi kerajaan dan swasta, IPTA dan juga pelajar sekolah. Di samping itu terdapat juga syarikat-syarikat yang tampil membuat penajaan berbentuk sumbangan tunai dan barangan . Seawal jam 6.30 pagi, lebih kurang 700 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah berkumpul di Dataran AlHamra bagi menjayakan Bakti Walk 2013 ini. Semua peserta didahului oleh Tuan Haji Abd Penyerahan Mock Check sumbangan oleh Ketua WHIP MPPG kepada Dana Bakti Pasir Gudang PROGRAM PECUTAN SUKSES PEPERIKSAAN PMR & UPSR JabataN KeMaSYaraKataN MPPG telah meneruskan inisiatif mendidik dan membantu masyarakat pelajar sekolah dengan melaksanakan program Pecutan Sukses Peperiksaan PMR dan UPSR pada 1 dan 8 September 2013 bertempat di Dewan Besar Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Program ini juga merupakan inisiatif MPPG untuk mempersiapkan calon-calon peperiksaan PMR dan UPSR 2013 dengan memberikan tip dan teknik menjawab kertas peperiksaan dengan cara yang betul dan dibimbing oleh guru penanda kertas soalan peperiksaan yang sebenar. MPPG telah mempelawa semua sekolah menengah dan rendah dalam kawasan Pasir Gudang untuk terlibat sama menghantar pelajar mereka ke program ilmu ini di samping penglibatan pelajar-pelajar kelas tuisyen percuma anjuran MPPG iaitu Pusat Tuisyen Komuniti Cendana dan Pusat Tuisyen Kampung Pasir Putih. Seramai 290 orang pelajar telah menyertai program sehari ini. Seramai 8 orang guru penanda kertas peperiksaan telah dipilih sebagai fasilitator bagi program ini merangkumi empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Di akhir program, diharapkan mereka ini mendapat segala input terbaik dan keberkesanan tip-tip pelajaran yang diberikan oleh fasilitator dan seterusnya mampu membawa kejayaan pelajar tersebut dalam peperiksaan sebenar. Ketua WHIP MPPG mendahului peserta-peserta Bakti Walk 2013 Rahman bin Mohamed, Ketua WHIP MPPG selaku wakil rasmi Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis MPPG dan juga Tuan Haji Adnan bin Abd Gahni, Ketua Jabatan Kemasyarakatan telah berlepas dari garis permulaan pada jam 8.00 pagi. Tiada hadiah lumayan, wang tunai, trofi mahupun medal untuk dibawa pulang. Yang pasti, peserta-peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi dengan membentuk kesepakatan bagi sama-sama membantu menyumbang untuk tabung Dana Bakti Pasir Gudang sekaligus meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai adanya tabung khas di bawah penyeliaan MPPG untuk membantu mereka yang miskin dan kurang berkemampuan di kawasan Pasir Gudang. BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013 5

[close]

p. 6

SEGMEN KUALITI & INOVASI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI MASJID DAN SURAU PASIR GUDANG Majlis Pelancaran Gimik perasmian - Rehal Kristal bertuliskan Surah At-Taubah ayat 18 Ucapan dari YDP MPPG berkenaan program ini Melalui Program Amalan Persekitaran Berkualiti (5S), MPPG telah mengorak langkah dengan memperluas program tersebut ke peringkat masjid dan surau sekitar Pasir Gudang. Melalui persetujuan bersama, sebanyak 9 buah masjid dan 7 buah surau di Pasir Gudang terlibat dalam program ini. Satu Majlis Pelancaran Amalan Persekitaran Berkualiti Masjid dan Surau Pasir Gudang telah diadakan pada 29 September 2013 bertempat di Masjid Jamek Jalil Hassan, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor. Turut hadir, YB Dato’ Abd Razak bin Hassan, Pengarah Jabatan Agama Johor, Encik Zainuddin bin Haji Elias, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Tuan Haji On bin Jabbar, Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamed, Ketua Whip MPPG, Setiausaha MPPG, Tuan Haji Bachok bin Nohong, Pengerusi Masjid Jamek Jalil Hassan, Ahli-Ahli Majlis MPPG, Jawatankuasa-Jawatankuasa Masjid dan Surau, Ketua-Ketua Jabatan serta para penduduk. Dalam majlis tersebut, turut disediakan ruang pameran yang memaparkan hasil pelaksanaan 5S di masjid dan surau yang mengambil bahagian. Melalui maklumbalas serta sokongan yang diterima daripada ahli jawatankuasa masjid, surau dan para jemaah, jelas menunjukkan hasil positif terhadap program tersebut. Kesemua masjid dan surau menerima sijil penghargaan manakala hadiah akan diberikan setelah audit dijalankan. Dianggarkan seramai 500 jemputan telah memeriahkan majlis pelancaran tersebut. ANUGERAH INOVASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN PASIR GUDANG aNuGerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (AIPBT) diperkenalkan oleh MAMPU bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menampilkan kecemerlangan pembudayaan inovasi dan dan penyampaian perkhidmatan. Tahniah MPPG kerana telah tersenarai sebagai finalist anugerah berprestij ini. Selain MPPG, 3 buah lagi PBT yang telah disenarai pendek ialah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang telah diumumkan sebagai pemenang. Majlis ini telah diadakan di Arena Square, Telok Intan, Perak pada 12 September 2013. Majlis disemarakkan lagi oleh kehadiran penduduk setempat 4 Terbaik Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT). 6 BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013

[close]

p. 7

SEGMEN KURSUS SEMINAR INTEGRITI WARGA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SIW PBT) tarikh : tempat : Penganjur : bilangan peserta : Peserta Seminar Integriti Warga Pihak Berkuasa Tempatan (SIW PBT) 2013 Ceramah : Isu dan Cabaran Pengurusan PBT Dari Perspektif SPRM objektif : • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga PBT mengenai integriti. • Meningkatkan komitmen untuk menghayati dan mengamalkan nilai integriti dalam kalangan warga PBT dan. • Meningkatkan kesedaran untuk menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan PBT melalui pembudayaan integriti. • Memantapkan integriti yang menjadi tunggak kemajuan negara seterusnya dapat meningkatkan motivasi serta prestasi dalam perkhidmatan ke arah kecemerlangan organisasi. 12 September 2013 Waterfront City Hotel, Johor Bahru Institut Intergriti Malaysia (IIM) 73 orang warga kerja MPPG 12 orang pegawai dari PBT Negeri Johor Peserta Program Pembangunan Modal Insan Siri 1/2013 PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN SIRI 1/2013 tarikh tempat : : Penganjur : bilangan peserta : objektif : • Membentuk dan membina keyakinan diri para peserta semasa menghadapi sesuatu tugas penting bagi meningkatkan imej organisasi dari semua aspek. • Membantu meningkatkan daya kekuatan fizikal dan mental semasa menghadapi cabaran tersebut agar menjadi lebih bermotivasi dan meningkatkan jati diri. • Membina tapak yang kukuh bagi individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan yang jitu sebagai sebuah pasukan yang mantap bagi melaksanakan kerja-kerja secara berkumpulan dengan kombinasi kemahiran setiap individu tersebut. Tanpa kerjasama yang erat maka kecemerlangan kerja sukar untuk dicapai. 17-19 September 2013 Teluk Gorek Chalet & Camp Site, Kampung Tanjung Resang, Endau Mersing Energy Life 40 orang warga kerja MPPG Cabaran XPDC Minda : Kod Rahsia & Kotak Hitam Sesi kenangan XPDC Minda di Gunung Arong Mersing BENGKEL ‘THINK OUT OF BOX’ tarikh : 23-24 September 2013 tempat : Hotel Selesa, Pasir Gudang Penganjur : Positive Mind Training and Consultancy bilangan peserta : 40 orang warga kerja MPPG. objektif : • Memupuk pemikiran yang lebih terbuka; • Memupuk keupayaan kreatif; • Menjana idea alternatif dengan lebih berkesan; dan • Membantu diri berubah ke arah matlamat yang lebih ditetapkan Aktiviti Pemikiran Kreatif Peserta Bengkel ‘Think Out Of Box’ BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013 7

[close]

p. 8

SEGMEN KELAB SUKAN & KEBAJIKAN AKTIVITI SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H JUMAAT, 19 JULAI 2013 MAJLIS HALAqAH DAN KHATAM AL-qURAN – BIRO AGAMA Tuan Haji On bin Jabbar@Jaafar, Yang Dipertua MPPG mengetuai kumpulan pertama KHAMIS, 1 OGOS 2013 LAWATAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA DISAMPAIKAN OLEH YANG DIPERTUA KEPADA IBU TUNGGAL DAN WARGA KERJA MPPG YANG SAKIT – BIRO KEBAJIKAN Puan Suraya Sharif balu kepada Allahyarham Encik Mohammad Bin Abd Majid Salah satu kumpulan halaqah wanita Puan Salbiah Saim balu kepada Allahyarham Encik Mohd Noh Bin Tingting JUMAAT, 19 JULAI 2013 MAJLIS MENGENANG JASA MANTAN SETIAUSAHA DAN MANTAN AHLI MAJLIS MPPG & MAJLIS BERBUKA PUASA Encik Mohd Ezzuddin bin Haji Sanusi, mantan Setiausaha MPPG kini Setiausaha Pembangunan Pejabat Menteri Besar Johor Puan Hajah Rohana Abd Majid balu kepada Allahyarham Tuan Haji Ismail bin Mohd Taib Puan Susi Talam balu kepada Allahyarham Encik Latif bin Saaban ISNIN, 22 JULAI 2013 ZIARAH KASIH KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS ISLAM NUR EHSAN KEMPAS BARU – BIRO WANITA En Saipol Rahman Bin Haji Amat, Setiausaha MPPG menyampaikan bungkusan hamper kepada salah seorang warga rumah Nur Ehsan Puan A’aida Ja’afar balu kepada Allahyarham Encik Jaafar Bin Sulaiman Puan Zainah Sanusi balu kepada Allahyarham Encik Fuad Bin Halim Encik Rosnin bin Mohd Jaafar warga kerja Jabatan Perancang Bandar Ahli kelab bergambar kenangan bersama warga Nur Ehsan 8 Encik Mohammad Saiful bin Husian warga kerja Jabatan Bangunan BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013

[close]

p. 9

SEGMEN KELAB SUKAN & KEBAJIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE 56, PERINGKAT NEGERI JOHOR 2013 Kontinjen MPPG mewakili Daerah Johor Bahru Kontinjen Perbarisan MPPG YAB Menteri Besar Johor di pentas utama sambutan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013/1434H MPPG Penyampaian sumbangan kepada bakal haji Ketibaan Yang Dipertua MPPG diiringi selawat ke atas Nabi S.A.W. Antara warga kerja dan keluarga yang hadir SaMbutaN Hari Raya Aidilfitri MPPG telah disambut penuh meriah pada tahun ini. Sambutan diadakan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang pada 5 September 2013 bersamaan 29 Syawal 1434H. Majlis bermula jam 8.00 malam, dengan bacaan doa dan selawat pujian buat Nabi S.A.W mengiringi ketibaan Yang Dipertua MPPG. Majlis turut meraikan warga kerja MPPG yang akan menunaikan ibadah haji tahun 1434H . BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013 9

[close]

p. 10

SEGMEN LANDSKAP LAWATAN DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SERI ISKANDAR, PERAK FuNGSi Jabatan Landskap MPPG bukan hanya berperanan untuk memastikan Landskap di kawasan MPPG sentiasa terpelihara dan indah, tetapi juga memberikan perkhidmatan kepada masyarakat mahupun pelbagai agensi yang berada di dalam dan luar kawasan pentadbiran Pasir Gudang. Jabatan Landskap juga menerima kunjungan-kunjungan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta berkenaan dengan pengurusan dan penyelenggaraan landskap atau kawasan lapang. Taklimat bersama pelajar Diploma Senibina Landskap UiTM, Perak Lawatan sambil belajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Iskandar, Perak yang diketuai oleh Encik Zulkefli Ayod (Pensyarah) dan disertai hampir 50 pelajar dari jurusan Diploma Senibina Landskap pada 16 Ogos 2013. Taklimat khas disampaikan oleh Puan Zanariah Kadir, Ketua Jabatan Landskap berkenaan dengan kawasan lapang di Taman Bandar, dimana kawasan tersebut telah dijadikan sebagai kawasan kajian serta rekabentuk landskap oleh pelajar-pejalar yang hadir. KARNIVAL BIOTEK JOHOR JabataN laNDSKaP MPPG juga terlibat dengan beberapa agensi luar bagi setiap perlaksanaan dan program-program yang dijalankan di taman-taman awam Pasir Gudang. Antaranya ialah kerjasama dengan pihak J-Biotek bagi menjayakan Program Bersama Hijaukan Bumi Kita dengan pelaksanaan penanaman pokok-pokok hutan di kawasan lapang taman formal, Taman Bandar dimana 70 pokok telah ditanam pada 6 september 2013. Tujuan program adalah bagi memulihara kawasan hijau untuk generasi akan datang agar kualiti hidup dan udara dapat dikekalkan. Penanaman pokok sempena Karnival Biotek Johor TEMPAHAN TAMAN BANDAR taMaN baNDar merupakan taman yang terbesar iaitu berkeluasan 140 ekar di mana di dalamnya terdapat pelbagai fasiliti riadah di sekitar 3 buah tasik, padang layang-layang dan 2 unit astaka dengan dilengkapi kawasan letak kenderaan, tandas dan lot-lot jualan makanan ringan. Ianya sesuai untuk aktiviti yang berskala besar dan boleh memuatkan lebih 200,000 orang pengunjung dalam satu masa. Taman Bandar dan taman-taman awam yang lain boleh disewakan kepada agensi-agensi luar sama ada pihak awam mahupun swasta. Permohonan yang diajukan untuk sebarang aktiviti di dalam kawasan taman awam tersebut, adalah merujuk kepada kategori yang tersenarai sepertimana Jadual 1 berikut: Kategori Aktiviti Kadar Sewa (RM) 300.00 Kadar Deposit (RM) 3,000.00 PAUTAN KHAS JabataN laNDSKaP MPPG dengan kerjasama pihak Masjid Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru telah melaksanakan Program 5S di masjid dan surau. Ahli jawatankuasa masjid telah menetapkan Pegawai Penjaga (Person Incharge) dan Ahli Pelaksana 5S bagi setiap zon yang telah dirancang di dalam kawasan masjid. Pelaksanaan 5S di masjid tersebut dilaksanakan secara berterusan mengikut prinsip-prinsip 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Aktiviti gotong-royong 5S antara warga kerja Jabatan Landskap bersama AJK Masjid Politeknik Ibrahim Sultan Hari Keluarga / / Sukaneka Expo 5,000.00 8,000.00 Perkahwinan 1,000.00 2,000.00 Agensi Hari Keluarga / 150.00 1,000.00 Kerajaan Sukaneka Expo 3,000.00 5,000.00 Sekolah / Hari Keluarga / 150.00 1,000.00 Tadika Sukaneka Expo 500.00 1,000.00 Awam Swasta *Tempahan / permohonan boleh dibuat melalui borang tempahan yang boleh di dapati di kaunter MPPG Aras 1 atau telefon 07-2547777. Permohonan mestilah 2 minggu lebih awal dari tarikh program. 10 BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013

[close]

p. 11

SEGMEN PENYELENGGARAAN MPPG MAJU SETAPAK LAGI BAGI MENAIKTARAF DAN MEMBINA KEMUDAHAN AWAM KEPADA MASYARAKAT PASIR GUDANG MPPG melalui Jabatan Kejuruteraan bertanggungjawab dalam melaksanakan projek pembangunan disekitar kawasan Pasir Gudang. Dari bulan Julai hingga September 2013, sebanyak 3 projek yang telah dilaksanakan bagi mencapai kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat setempat sepertimana berikut : 2. Kerja-kerja membina dan menyiapkan balai Komuniti di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. 1. Membina dan menyiapkan sebuah dewan serbaguna di atas sebahagian Lot 74192, Jalan Pasir Putih, Taman Pasir Putih, Mukim Plentong, Johor. 3. Kerja-kerja membina dan menyiapkan balai Komuniti di Perumahan Desa Rakyat, Pasir Gudang. BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013 11

[close]

p. 12

SEGMEN KESIHATAN Pemantauan yang dilakukan oleh anggota Bahagian Alam Sekitar INDEKS PENCEMARAN UDARA Keadaan Jerebu di Pasir Gudang bacaaN iNDeKS PeNceMaraN uDara (iPu) 0-50 51-100 StatuS tahaP PeNceMaraN NASIHAT KESIHATAN UNTUK PEKERJA SEKTOR PERKHIDMATAN SEMASA JEREBU tiNDaKaN uNtuK DiaMbil oleh orGaNiSaSi 1. Mengenalpasti keperluan anggota yang minima untuk melaksanakan tugas semasa keadaan persekitaran tidak sihat. 2. Mengenalpasti anggota berisiko tinggi iaitu dengan masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung yang tidak boleh melakukan tugas luaran dan memberi mereka tugas dalaman untuk sementara waktu. 3. Menyediakan jadual giliran tugas supaya anggota tidak terdedah untuk tempoh masa yang lama. 4. Menyediakan alat pelindung diri (topeng muka) yang mencukupi untuk di gunakan oleh anggota semasa menjalankan tugas. Latihan dan fit testing perlu dilakukan di mana perlu. 5. Memberi nasihat kesihatan kepada anggota mengenai langkahlangkah pencegahan untuk diambil semasa melaksanakan tugas semasa jerebu Baik Sederhana Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi. Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan. 101-200 201-300 Tidak sihat Sangat tidak menyihatkan 301-400 Berbahaya 401-500 Berbahaya 500 ke atas Darurat INDEK IPU JEREBU PASIR GUDANG tariKh/Date 18 Jun 2013 19 Jun 2013 20 Jun 2013 21 Jun 2013 22 Jun 2013 23 Jun 2013 24 Jun 2013 25 Jun 2013 tiNDaKaN uNtuK DiaMbil oleh PeKerJa 1. Memastikan kebersihan diri. Mencuci tangan setelah masuk dari luar bangunan. 2. Memberitahu status kesihatan kepada majikan jika mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung. 3. Mengambil rawatan seperti dinasihati doktor jika mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung. 4. Menggunakan alat pelindung diri semasa menjalankan tugas di luar. 5. Menjaga kesihatan dengan meminum air yang banyak, makan makanan berkhasiat terutamanya buah-buahan. 6. Mengelakkan daripada merokok, minum kopi atau alkohol. 7. Melakukan senaman dalaman. MaSa/ tiMe 7:00aM 142* 148* 190* 310* 192* 127* 85* 68* MaSa/tiMe 11:00aM 153* 149* 199* 323* 190* 110* 75* 66* MaSa/tiMe 5:00PM 155* 153* 333* 189* 187* 96* 74* 65* Penyerahan topeng muka dan taklimat kepada orang awam 12 BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013

[close]

p. 13

SEGMEN DUNIA IT MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG OSC ONLINE Pelancaran OSC Online di Menara Aqabah, MPPG oSc oNliNe adalah sebuah platform dalam talian untuk menerima dan memproses permohonan cadangan pemajuan. Sistem ini akan melibatkan 2 modul utama iaitu e- penyerahan dan e-pemprosesan di samping 7 modul berkaitan yang lain. Sistem ini membolehkan PSP/SP mengemukakan cadangan pemajuan secara dalam talian terus kepada PBT pada bila-bila masa dari mana-mana tempat. BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013 13

[close]

p. 14

SEGMEN DUNIA KEUSAHAWANAN KEDAI MAKAN RAHMAT Selera Bayu di Pasir Gudang KePaDa penggemar masakan makanan Melayu, mereka pasti pernah terdengar mengenai Kedai Makan Rahmat yang terletak di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang. Restoran ini amat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong kerana hidangannya yang enak dan segar. Tambahan pula, kedudukan restoran ini di atas laut memberi keunikan tersendiri kepada pelanggan yang hadir untuk menikmati masakan melayu sambil menghayati pemandangan yang menenangkan. Menurut pemilik restoran, Encik Rohaizat bin Rahmat, perniagaan ini telah berusia 39 tahun. Pengasas restoran ini ialah bapa beliau, Encik Rahmat bin Said yang kini berusia 63 tahun. Manakala beliau ialah generasi kedua yang meneruskan perniagaan ini. Lebih istimewa, Kedai Makan Rahmat telah dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar yang pada waktu itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor pada 2 November 1986. Kebiasaannya, pelanggan-pelanggan yang hadir pasti mencuba hidangan masakan Melayu dengan menu utama masakan Ikan Siakap Goreng, Udang Goreng, Udang Sambal, Tempe Sambal dan sebagainya. Selain itu, restoran ini juga menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan mereka disamping perkhidmatan yang cepat. Sikap keramahan pemilik restoran dan pekerja-pekerjanya menyebabkan pelanggan berasa selesa untuk berkunjung. Tidak hairanlah jika restoran yang boleh memuatkan 300 orang pada satu masa ini sentiasa penuh. Kepada pelanggan yang berminat untuk berkunjung ke Kedai Makan Rahmat ini, waktu operasinya bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 3.30 petang setiap hari. Bagi memudahkan pelanggan yang datang secara berkumpulan, mereka boleh membuat tempahan awal melalui Encik Rohaizat di talian 019-7408847/ 07-2711770 atau melalui email siakap@ymail.com. Pengunjung akan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan disamping harga yang berpatutan. Apa tunggu lagi, mari kita ke Kedai Makan Rahmat..... 14 Encik Rohaizat bin Rahmat, Pengusaha Restoran Papan tanda Perasmian “Rahmat Kedai Makan” Para pelanggan di waktu puncak. BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013

[close]

p. 15

SEGMEN SUKAN KARNIVAL SUKAN PASIR GUDANG 2013 ACARA BOLING MPPG sekali lagi telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan Pasir Gudang bagi acara Boling Perseorangan. Pertandingan yang sentiasa mendapat sambutan di kalangan peminat boling telah dilangsungkan pada 8 September 2013 bertempat di Pasir Gudang Bowl. Menariknya pada kali ini, pertandingan yang dilangsungkan di Pasir Gudang Bowl yang terletak di Kompleks Pusat Bandar telah menerima suntikan yang baru oleh penguasanya dari Syarikat NQS Global Enterprise yang telah menjadikan tempatnya lebih menarik, selesa dan sesuai untuk acaraacara pertandingan. Sebanyak 2 blok pertandingan dilangsungkan pada sebelah pagi dan petang yang melibatkan seramai 70 orang bowlers yang begitu hebat dan sentiasa memberi persaingan. Kebanyakan bowlers yang hadir adalah dari pekerja kilang, penduduk dan juga dari jabatan kerajaan dan swasta di sekitar Pasir Gudang. Pertandingan berakhir sekitar jam 5.00 petang dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Encik Abd Majid Bin Sapihe, Ketua Jabatan Kejuruteraan selaku wakil rasmi Yang Dipertua MPPG. Berikut adalah keputusan pertandingan : Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuh Kelapan Kesembilan Kesepuluh Kesebelas Kedua belas Ketiga belas Keempat belas Kelima belas Mohd Syauqi Irfan Bin Abdullah Azman Bin Mustapa Imran Bin Mazlan Johari Bin Sulaiman Mohd Afham Bin Samsudin Mohd Afif Ashraf Bin Ali Khamis Bin Yunus Salleh Bin Majid Manzor Bin Tukiman Haikal Downs Rashid Saphian Raymie Abdul Karim Bin Omar Yusri Bin Abu Hambali Bin Hanafi JOHAN NAIB JOHAN RM 800.00 + Cenderahati RM 500.00 + Cenderahati RM 400.00 + Cenderahati RM 300.00 + Cenderahati RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 Bagi pemenang Kategori Jatuhan Pin Tertinggi : Kategori Lelaki Kategori Perempuan Imran Bin Mazlan Nurul Shafika Binti Mohd Aini RM 80.00 + Cenderahati RM 80.00 + Cenderahati Sekitar suasana Karnival Sukan Pasir Gudang 2013 dalam acara Boling Perseorangan TEMPAT KETIGA TEMPAT KEEMPAT BERITA PASIR GUDANG - EDISI JULAI-SEPTEMBER 2013 Pemenang Jatuhan Pin Tertinggi Kategori Lelaki 15

[close]

Comments

no comments yet