Koridor MPK Edisi Disember 2013

 

Embed or link this publication

Description

2013

Popular Pages


p. 1

Dis 2013 Siri 3/2013 Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan E-mel : mpk@mpkemaman.gov.my http://mpk.terengganu.gov.my Program Pembersihan Sungai Kemaman Program Local Agenda 21 dengan Simbolik Pelepasan Burung Merpati 16 Okt. : Majlis Perbandaran Kemaman dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu, agensi awam dan swasta, serta badan bukan kerajaan telah mengadakan Program Pembersihan Sungai Kawasan Kemaman Local Agenda 21. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mustafar b. Khalid, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kemaman. Program yang dijalankan ini menunjukkan kesedaran dan komitmen masyarakat sebagai warga bandar yang sederap bergandingan dalam memelihara alam sekitar serta mencapai hasrat pembangunan mampan. Ini selaras dengan misi Kerajaan Negeri dan Negara untuk mewujudkan persekitaran kehidupan masyarakat yang berkualiti dan mampan, selaras dengan Wawasan Lihat M/S : 5 Menarik Di Dalam : m/s 1 & 5 - LA 21 m/s 11 - Gunung Kinabalu m/s 12 - Asyhura 1435H m/s 16 - 17 - KIK Peringkat Negeri m/s 20 - 23 - Tinta Eksklusif

[close]

p. 2

Penerima Anugerah Cemerlang 2013 Pener g 2013 Berita HARI INOVASI ima A nugera h Cem erlan 1 Majlis Sambutan Hari Inovasi 2013 2 Majlis Pe lancaran B u ku K o d Etika M PK Penerima Anugerah Cemerlang 2013 Penerima Anugerah Cemerlang 2013

[close]

p. 3

Berita HARI INOVASI 3 Bacaan Ikrar Perkhidmat an & Ucapan Merai Pertu k aran Dr. Rosli Mohamad Ke MBKT 3 Sedutan Ucapan YDP : Semasa merasmikan Hari Inovasi Peringkat MPK “Sesungguhnya MPK telah membuat bermacam-macam perkara, telah memberi bermacam-macam keistimewaan dan bersedia menunaikan bermacam-macam permintaan dan harapan, jika difikirkan munasabah dan demi kepentingan warganya”. “Tapi hanya satu MPK harapkan dari warganya, berkerjalah dengan rajin dan patuhilah apa yang terkandung di dalam Buku Kod Etika MPK demi Warga Kemaman yang tercinta”. 9 Okt. 2013 Dipertua MPK arisan oleh Yang Pemeriksaan Perb 4 3

[close]

p. 4

Berita HARI INOVASI epada mb u h a n K r e ijil & I ampaian S K D’Cakna & vCa Peny lan KI hli Kumpu A 5 Info : Setiap ku serama mpulan K serama i 10 orang. IK mempuny Pemba i 8 orang ahBagi kumpu ai anggota seramantu Tadbir. Mlinya adalahlan KIK DeCa k i 7 ora N17 ng ahlianakala vCardari kalanganna e nya ter diri da pula ialah ripada gred Penyampaian Cek Takaful Kematian Kepada Waris Si Mati 9 En. Mohd Fadzli b. Fehasak menerima cek daripada Yang Dipertua, MPK Okt. : Majlis ringkas penyampaian Takaful Kematian dari Syarikat Takaful Etiqa Berhad oleh Tuan Haji Mustafar b. Khalid, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kemaman kepada anak arwah Fehasak b. Mustafa iaitu En. Mohd Fadzli b. Fehasak dan arwan Norosilawati b. Abdullah kepada suami beliau iaitu En. Mohd Nazlin b. Said. Penyampaian ini disaksikan oleh YM Tuan Kechil b. Tuan Tengah, Ahlimajlis, Majlis Perbandaran Kemaman dan Dr. Rosli b. Mohamad, mantan Setiausaha, MPK. Kedua arwah tersebut telah bertugas dengan MPK sejak era MDK lagi. En. Mohd Nazlin b. Said menerima cek daripada Yang Dipertua, MPK 4

[close]

p. 5

Dari M/S : 1 Berita LA21 2020. Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat yang menjadi tunjang utama dalam merancang dan membangunkan negara, turut menekankan kepentingan hubungan manusia dan alam sekitar. Manusia berperanan sebagai pembina, pengindah dan penyelamat alam sekitar dan bukan melakukan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar. Justeru, menyedari akan hakikat kepentingan memelihara alam sekitar, program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan manusia menjaga alam sekitar. Simbolik perasmian iaitu melepaskan burung merpati telah dijayakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Tuan Haji Mustafar bin Khalid, Setiausaha MPK, Tuan Haji Shahidan bin Embok, Ahli Majlis MPK, Ketua Peg. Eksekutif ASM, En. Andi Shah bin A. Rahim, Wakil Resort World, Puan Noor Aisah binti Muda, CHSE Eksekutif Epic, Encik Mohd Anuar bin Ali. Turut tidak ketinggalan hadir sama ialah En. Mohd Izham Bin Ahmad, Yang Dipertua GPMS serta Pn. Noorhaliza Binti Mushatfar, Setiausaha Kelab Belia Malaysia Kawasan Kemaman. Program dimulakan dengan penyertaan Tuan Yang Dipertua serta Ahli Majlis MPK menaiki bot sekitar Sungai Cukai. Bagi program pembersihan yang melibatkan kawasan dalam sungai, bot disediakan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan MPK. Program ini turut disertai oleh penduduk sekitar Dun Chukai di bawah JKKK dan KRT yang mengambil bahagian. Selain itu, seramai 50 orang pelajar dari Ranaco Education & Training Institute turut menjayakan program ini. Kawasan pembersihan meliputi kawasan sungai bermula di hadapan TNB sehingga ke Taman Persiaran Cukai serta kawasan belakang pasar Cukai. Program dimeriahkan lagi dengan pameran kesihatan dan kebersihan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPA), Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kemaman (JPAM) serta tuan rumah sendiri iaitu Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar MPK dan juga acara cabutan bertuah berupa hamper yang disumbangkan oleh ASM Terengganu Sdn. Bhd, Resort World Sdn. Bhd dan EPIC (KSB). 5

[close]

p. 6

Sidang Re daksi 2013 - 2015 PENASIHAT Y. Bhg. Tuan Haji Mustafar b. Khalid ydp@mpkemaman.gov.my KETUA EDITOR Y. Berusaha Tuan Haji Shahidan b. Embok Setiausaha, Majlis Perbandaran Kemaman su@mpkemaman.gov.my PEN. KETUA EDITOR En. Abdul Hadi b. Haji Wahab Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat ahadi@mpkemaman.gov.my SIDANG EDITOR En. Mohd Khairul Maswan b. Mohd Redzuan khairul@mpkemaman.gov.my En. Zulkifli b. Tahar ztahar@mpkemaman.gov.my En. Muhammad Hilmi b. Awang hilmi@mpkemaman.gov.my Tuan Haji C.W Zahari b. C.W Ahmad cwzahari@mpkemaman.gov.my En. Mohd Noor b. Ali mnoor@mpkemaman.gov.my Puan Nor Rasyidah bt. Awang nrasyidah@mpkemaman.gov.my Puan Siti Rahayu bt. Mamat rahayu@mpkemaman.gov.my En. Roslan b. Abdullah roslan@mpkemaman.gov.my URUSETIA/EDITOR Puan Suraida bt. Mohd Ghazali suraida@mpkemaman.gov.my Puan Wan Zaridah bt. Wan Hamdan wzaridah@mpkemaman.gov.my REKABENTUK GRAFIK, PERUNDING/PENULIS BERITA & JURUFOTO En. Nor Saeran b. Abd. Wahab saeran@mpkemaman.gov.my KoridorMPK merupakan buletin yang diuruskan oleh Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat untuk Majlis Perbandaran Kemaman. Sumbangan artikel amat dialu-alukan. Sila hantarkan sumbangan kepada:KoridorMPK d/a:Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kemaman, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman. atau sila emel kepada nsaeran@gmail.com.my Minda Ketua Editor Tirai 2013 dilabuhkan sekaligus ucapan sayonara buatnya. Kita mula mendetik masa menuju 2014 dengan harapan agar tahun baru ini memberi makna yang lebih baik kepada kehidupan warga Kemaman seluruhnya. Harapan dari Fenomena Bah 100 tahun sekali yang menimpa Kemaman baru-baru ini, marilah kita mengorak langkah membina kehidupan baru selepas apa yang kita miliki (keperluan rumah dan hartabenda) terkumpul selama ini sehingga 20 tahun atau kurang, lenyap tanpa dapat kita selamatkan. Itu ketentuan Allah dan ucapan yang paling layak disebut ialah redha atas musibah yang menimpa Warga Kemaman seluruhnya. Sepantas itu ia datang dan pergi, maka sepantas itulah kita diajar membina kehidupan baru tanpa menoleh kebelakang. Sebagai Warga MPK pula, kita berharap mereka bersiapsiaga dalam sebarang gerakkerja dan berprodukviti pada tahun 2014 nanti. Kita akan terus merebut kecemerlangan, sehingga apa yang kita impikan tercapai. Kita juga diajar untuk tidak menyerah kalah dan tidak menyalahkan sesiapa, sebaliknya mesti ada usaha mencipta kecemerlangan yang mana ia berada begitu hampir dengan kita. Tuan Haji Shahidan b. Embok Setiausaha, Majlis Perbandaran Kemaman su@mpkemaman.gov.my AL-FATIHAH BUAT ARWAH 4 Nov. : Allahyarham Maliki b. Mohamad, mula berkhidmat pada 1 Nov. 1996 (Majlis Daerah Kemaman) sehingga 4 Nov. 2013 (Majlis Perbandaran Kemaman), bermakna arwah telah berkhidmat selama lebih kurang 17 tahun. Tarikh 4 Nov. 2013 arwah telah dipanggil kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 6.00 pagi berpunca dari masalah jantung, ketika itu arwah masih berkhidmat di Bahagian Kemudahan Awam, MPK. Meninggalkan Isteri tercinta Puan Khadtijah bt. Abd. Karim dan 2 orang anak, masing-masing berumur 7 dan 9 tahun. Bacaan Al-Fatihah buat arwah. Moga perjalanan arwah di alam sana diredhai Allahsubhanahuwataala. Arwah mengikut jejak Allahyarham Ayahandanya yang telah meninggaldunia setahun yang lalu. Gambar terbaru beliau : Tergambar kegembiraan beliau apabila diumumkan memenangi cabutan bertuah hadiah ‘Grand’ sebuah Peti TV 32” di Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Pelancaran Buku Kod Etika (Anugerah Perkhidmatran Cemerlang 2013) pada 9 Oktober yang baru lalu. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua, MPK sendiri. Allahyarham Maliki b. Mohamad Ahlimajlis YM Tuan Kecil Tuan Tengah, Setiausaha MPK, Tuan Haji Shahidan Embok dan kakitangan MPK turut hadir menziarah jenazah arwah sebelum pengkebumian. Gambar beliau semasa bersama kawan-kawan dan adik tercinta di Hari Inovasi Peringkat MPK 2012 pd 10 Okt 2012 6

[close]

p. 7

Sudut AGAMA MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIIN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI 2013 En. Ahmad Nazwawi b. Pengarah Jab. Khid. Pengurusan - N 44 En. Abd Aziz b. Che Mat. Juruteknik Kanan - J 22 En. Jantan b. Omar. Ketua Pembantu Tadbir Kanan - N26 19 Sept. 2013 : YBerbahagia Tuan Haji Mustafar b. Khalid turut hadir bagi meraikan bakal-bakal haji tahun 2013 bersama lebih kurang 60 orang kakitangan MPK dan Pelajar-pelajar Pondok Inspi Binjai Kemaman. 7

[close]

p. 8

Sudut AGAMA Majlis Ibadah Korban IdulAdha 1434H Ibadah Korban Anjuran Kelab Kebajikan & Sukan, MPK 16 Okt. : Ibadah Qurban & Aqiqah bagi kakitangan Majlis Perbandaran Kemaman diadakan di Tapak Semaian, Kg Mak Chili, Kemaman. Program yang julung kali ini diadakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kemaman sempena Hari Raya Idul Adha 1434 hijrah. MPK telah menyumbang sebanyak 2 ekor lembu untuk masakan kepada petugas-petugas bagi program ini manakala 2 ekor lembu lagi adalah penyertaan daripada kakitangan MPK. Seramai 50 ahli KESUMA yang terlibat dalam program ini bergotong-royong dalam kerjakerja melapah daging lembu dan memasak untuk para tetamu yang hadir di program tersebut. Turut hadir pada majlis ini ialah Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Tuan Haji Mustaffar b. Khalid serta mengagihagihkan daging korban kepada kakitangan MPK. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengarahpengarah Jabatan di Majlis Perbandaran Kemaman. 8

[close]

p. 9

Seminar Kesihatan Awam Seminar & LATIHAN KESIHATAN Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Tahun 2013 13 Nov. : Seminar Kesihatan Awam Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Tahun 2013 di Melaka ini dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Seminar 2 hari yang diadakan pada 13 - 14hb. Nov. 2013 terdiri daripada peserta-peserta seramai 5 hingga 10 orang daripada 7 PBT di Negeri Terengganu. Seramai 3 orang penceramah dengan 6 slot seminar yang telah dibincangkan, antara penceramah-penceramah yang memberi ucapan ialah, YBhg. Dr. Rosli. b. Mohamad, Setiausaha, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, En. Zulkifli b. Tahar, Pengarah Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar. 9

[close]

p. 10

Berita KERAIAN Majlis Ramah Mesra PNMB Terengganu 19 Sept. : Kerjasama MPK dan PNMB termeterai menerusi MOU bagi perlaksanaan pendigitalan dokumen. Program menyisih, mengimej dan memuatnaik dokumen ke dalam sistem telah berjaya disempurnakan pada Jun 2013. Sebagai penghargaan di atas kerjasama tersebut, PNMB mengundang semua pegawai dan kakitangan yang terlibat untuk makan tengahari di Resort World Kijal, Kemaman, Terengganu. Hari Terakhir disaksikan oleh Tuan Haji Mustafar b. Khalid, Yang MPK Sebagai Setiausaha, Dr. Rosli Mohamad mengetip eJARI Dipertua, MPK dan sebahagian Pengarah dan Kakitangan MPK. 10 Okt. : Hari terakhir Dr. Rosli b. Mohamad, Setiausaha MPK yang sebelumnya bekas Pengarah Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Kemaman, telah mengambil alih jawatan Setiausaha MPK yang dikosongkan oleh Tuan Haji Shahidan b. Embok pada 7 Ogos 2012. Beliau memegang jawatan ini sehingga ke tarikh 10 Okt. 2013, setelah dipanggil bertugas sebagai Setiausaha, Majlis Bandararaya Kuala Terenggganu yang baru menggantikan En. Samiun b. Salleh, yang juga bekas Setiausaha MPK suatu masa dahulu. Majlis Perpisahan ini dihadiri sama oleh Tuan Haji Mustafar b. Khalid, Yang Dipertua, MPK. 10

[close]

p. 11

Aktiviti LASAK Cabaran Pendakian Puncak Kinabalu 19 Sept. : Pendakian Puncak Gunung Kinabalu. Itulah yang berlegar-legar di fikiran setiap hulubalang MPK. Sebelum memulakan pendakian yang sebenar, mereka ini telah melalui pelbagai sesi latihan, samada secara individu mahupun berkumpulan. Untuk mendapatkan ‘stamina’ yang cukup, mereka ini pernah menawan puncak Bukit Mak Dayang dan puncak Bukit Teruna, tidak cukup dengan itu, mereka juga telah sekali lagi menawan puncak Cameron Highland. Berbekal dengan usaha-usaha fizikal dan mental, mereka mula bertolak ke Sabah, untuk menghadapi cabaran sebenar, dengan menawan Puncak Gunung Kinabalu dan menjejaki puncak pada jam 3.00 petang. Kejayaan 12 orang termasuk jurugambar khas, sukar digambarkan oleh mereka betapa impian yang selama ini akhirnya menjadi milik bersama dan kebanggaan MPK. Tahniah. Penyampaian Sijil & Penghargaan 9 Okt. : Majlis Penyampaian Sijil & Penghargaan kepada para pendaki yang berjaya menamatkan misi mereka telah diadakan serentak dengan program APC 2013. YBhg. Tuan Haji Mustafar b. Khalid, Yang Dipertua, MPK berkenan menyampaikan sijil-sijil dan penghargaan kepada para pendaki yang seramai 12 orang. Angka 12 merujuk kepada pendaki pada misi menawan Gunung Kinabalu, memberi makna MPK sedang menyambut ulangtahunnya yang ke 12 pada 2013. 11

[close]

p. 12

Sudut AGAMA MPK Johan Pertandingan Memasak Asyura 1435H Mengalahkan 188 Kumpulan Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman 2013 16 Okt. : MPK telah diumumkan sebagai pemenang dalam program memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman 1435 Hijrah, kumpulan ini mengalah 188 kumpulan lain dan memperolehi Johan pada program tersebut. Penyampaian hadiah oleh YAB Dato Seri Haji Ahmad b. Said, Menteri Besar Terengganu. Hadir sama ialah YB Ir. Rosli b. Othman, ADUN Kertih merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamad Kamil b. Othman, Pegawai Daerah Kemaman serta Tuan Haji Mustafar b. Khalid, Yang Dipertua, MPK. Resepi pembuatan Asyura MPK mendapat perhatian YAB Menteri Besar dan Toh Puan Seri, semasa lawatan dari tapak ke tapak. 12

[close]

p. 13

Berita ANULAE WILAYAH BENGKEL PEMANTAPAN KERJAYA ANULAE KAW. KEMAMAN 3 Sept. : Anulae Kawasan Kemaman dengan kerjasama Jab. Khidmat Pengurusan, MPK telah berjaya mengadakan satu “ Bengkel Pemantapam Kerjaya “ kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil Anulae seramai 40 orang termasuk urusetia di Hotel Heritage di Cameron Highland pada 3 - 5 September 2013. Kumpulan AJK Kecil Anulae ini terdiri daripada Perkeranian dan Pentadbiran, Kesihatan dan Perubatan, Teknikal, Penguatkuasa dan lain-lain, Laman Web/Portal dan Pekerja awam bagi mengadakan bengkel untuk penyediaan kertas kerja bagi membawa isu-isu dari kumpulan masing-masing untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Bersama Jabatan diperingkat jabatan Majlis Perbandaran Kemaman. Tiga orang penceramah dijemput hadir pada bengkel tersebut iaitu En. Azih Bin Muda, Timbalan Presiden Cuepacs, merangkap Presiden Anulae Anulae Semenanjung Malaysia, En. Adnan Bin Mat, Tim. Presiden Anulae Semenanjung Malaysia dan Yang Berbahagia, Dr. Rosli Bin Mohammad, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman. Kumpulan Kesihatan dan Perubatan muncul sebagai kumpulan terbaik bagi penyediaan kertas kerja, diikuti kumpulan Teknikal tempat kedua dan Kumpulan Penguatkuasa tempat ketiga, hadiah-hadiah dan sijil-sijil peyertaan disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Rosli Bin Mohamad, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman. 13

[close]

p. 14

Berita BAH & KESIHATAN KEMAMAN TERJEJAS TERUK AKIBAT BANJIR Warga Kemaman dilanda musibah yang dikatakan fenomena 100 tahun sekali NJIR ASA BA SEM OMENA FEN 14

[close]

p. 15

Berita BAH & KESIHATAN 17 Dis. : MPK telah menerima bantuan daripada PBT di Negeri Terengganu, PIhak Swasta dan Majlis Perbandaran Kuantan untuk menjalankan operasi pembersihan kawasan yang dilanda banjir pada 3 - 6 Dis. 2013 yang lalu. En. Zulkfli b. Tahar, Pengarah, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, menyatakan MPK telah membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi memastikan kawasan-kawasan yang dilanda banjir pulih sepenuhnya dan bebas dari sampah sarap yang semakin membusuk. Menurut beliau lagi sejumlah 10,000 tan sampah telah dikutip dan dilupuskan di tempat pelupusan sampah Bukit Takal, Kemaman dalam jangka masa 15 hari dengan melibatkan 50 buah lori berkapasiti 20 tan. Untuk memudahkan kerja-kerja pelupusan, pihak Majlis telah membahagikan kawasan kepada 8 zon dengan setiap seorang Pembantu Kesihatan Awam untuk menyelia kawasan tersebut. Antara kawasan yang terjejas teruk ialah, Kg. Mak Chili, Kg. Gong Pauh, Kg. Pengkalan Pandan, Kg. Tempurong, Kg. Fikri, Geliga Che Akob, Kg. Paya Berenjut, Kg. Mak Lagam serta sebahagian kawasan bandar Cukai. FENOMENA SELEPAS B ANJIR 15

[close]

Comments

no comments yet