p. 1
generasi muda dan perubahan fathi yakan 1
[close]
p. 2
perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihakpihak yang menggelarkan diri mereka sebagai aliran revolusi marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara uslub yang seharusnya diambil oleh gerakan komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah kapitalisme katanya tidak ada jalan bagi menggantikan kapitalisme dengan sosialisme kecuali dengan revolusi pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai strategi perubahan ini revolusi dan coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu bagaimana pula sikap islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini apakah peranan pemuda dalam perubahan islam yang dicita-citakan apakah ciri-ciri perubahan islam itu kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini generasi muda dan perubahan kenapa mesti pemuda kenapa fokus selalunya kepada pemuda kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda pada logik islam apabila kita bergantung kepada pemuda bukanlah bermakna kita melupakan peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara menurut islam setiap manusia ada peranannya setiap peranan harus diberikan haknya tanpa ada rasa sensitif tanpa ada pertentangan mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut 1 2 3 dirahmati allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang sepatut dilakukannya bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani anak-anak kecil kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai sementara kebatilan itu ditolak walaupun datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas tugas yang tertentu kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua allah swt berfirman ÖÏs ÒsÎ=tæ © ¨Î 4 $ºø
[close]
p. 3
pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula usia yang menabur jasa memberi kesan dan emosional dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian melalui sabdanya ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara usia muda kamu sebelum tua masa sihat sebelum sakit harta kekayaan kamu sebelum papa masa hidup kamu sebelum mati dan masa kosong kamu sebelum sibuk umat manusia dalam tabiat kejadian dan pembentukannya mempunyai masa terhad dalam usia yang mampu memberi sesuatu kemudian ia mula surut kebelakang susut firman allah swt Ĩ$¨9 t÷t $yä9Í#yç ã f y7ù=Ï?u 4 3:140 dan masa kejayaan dan kehancuran itu kami pergilirkan diantara manusia dan benarlah sabda rasulullah `bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya setiap puncak kesungguhan itu ada surutnya maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku maka di telah mendapat petunjuk dan sesiapa yang surut kepada yang lain bererti telah binasalah dia dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun kenapa pemuda islam islam apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip islam iaitu berkehendakkan generasi islam yang tulen para pemuda yang bersifat islam adalah suatu hal dan para pemuda tanpa islam adalah suatu hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu para pemuda dengan islam bererti pemberi iaitu kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa islam ialah celaka dan bala pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong hanyut dan terbiar 3
[close]
p. 4
pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera pemuda yang tiada mempunyai akhlak yang lebih dekat dengan binatang pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim disusun oleh partiparti kufur dan syaitan pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya kenapa perlunya persiapan pemuda islam ada beberapa gambaran yang berbeza di sekitar tugas seorang pemuda islam dan matlamat dari persiapan mereka itu apakah matlamat utama dari persediaan pemuda islam ini adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa nafsu dan dorongan-dorongan fitnah atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu wajib yang ditaklif oleh allah dan meninggalkan segala larangan allah adakah itu sudah mencukupi atau adakah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan islam yang cukup yang membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja dan adakah matlamat persiapan seorang pemuda islam bagi untuk menjalankan amal-amal kebajikan memberikan makan kepada orang miskin merawat orang sakit dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja atau adakah sekadar mempersiapkan pemuda islam supaya boleh menjalankan dakwah islamiah sekadar melepaskan batuk di tangga atau menjadikan mereka itu berada dalam suatu suasana organisasi pemuda islam dan cukup setakat itu tanpa mengira samada dia menjadi da i atau pembimbing sematamata pada hakikatnya kita tidak bebas untuk memilih matlamat-matlamat yang di gariskan itu pada masa dunia islam berada di bawah pemerintahan sistem taghut dan islam berada jauh dari memegang teraju pimpinan sebenarnya matlamat utama persiapan pemuda-pemuda islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah penguasaan islam terhadap masyarakat dan dunia ini memerlukan tugas para pemuda islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan islam dan juga pemikiran perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran perundangan dan akhlak islam amal seperti itu dan apa yang diperlukan olehnya apa yang berhubung dengannya dan apa yang bercabang darinya atau apa yang dituntut olehnya dan juga tujuan terbesar dari persiapan seorang pemuda islam tadi perkara-perkara ini hendaklah dianggap penting oleh para pemuda islam ini adalah wajib dari segi syara dan ianya itu tidak akan gugur dari menjadi tanggungjawab mereka sehinggalah kalimah allah lebih tinggi mengatasi kalimah-kalimah orang kafir tujuan manhaj method islam ialah untuk mengembalikan ubudiyah manusia kepada allah dalam segala urusan hidup mereka dalam bidang akhlak dan urusan hidup dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka ini bererti meruntuhkan asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat jahiliah dan tamaddun materialisme di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya tertegaknya sistem islam 4
[close]
p. 5
ini bermakna bahwa tugas dan peranan pemuda islam ialah melakukan perubahan dan bukannya menempel atau memperbaiki dan inilah yang sewajibnya berlaku tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai malah tugas yang lain ini akan mem-bawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya islam manhaj perubahan satu daripada ciri-ciri islam ialah ianya bersifat merubah la menolak cara menempel atau memperbaiki ia tidak rela dengan penyelesaian separuh-separuh atau sesuku-sesuku atau ia tidak ingin mengharuskan hidup bersama jahiliah firman allah swt ¬ ßÏe tä3tu ×o÷fÏù tä3s y 4©®lym öèè=Ïgs%u 2:193 dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan sehingga ketaatan itu hanya semata-mata untuk allah manhaj rasul adalah perubahan manhaj rasulullah saw dalam menghadapi jahiliah adalah bersifat taghyir merubah tatkala orang-orang quraisy menemuinya untuk berkompromi supaya rasulullah menyembah tuhan mereka selama sebulan dan sebagai balasan mereka akan menyembah tuhan muhammad pula selama sebulan yang lain al-quran secara tegas menurunkan ayat öè $psr ¯t sãÏx6ø9 i ßç6ôãr $t tßç7÷ès iu óçfr tßÎ7tã t ßç7ôãr iu o$tr ÓÎ tæ $¨ ÷nt6tã iu óçfr tßÎ7tã t ßç6ôãr ö/ä3s9 ö/ä3ãÏs u Í
[close]
p. 6
kedudukan umat islam mewajibkan perubahan perubahan wajib sebagai suatu kemestian yang dharuri dilakukan oleh para pemuda islam bagi menghadapi cabaran zaman bagi menghadapi gelombang materialisme dan atheisme yang mengancam kewujudan islam pandangan yang mendalam tentang kedudukan umat islam di setiap tempat mengukuhkan lagi keperluan mempersiapkan pemuda islam dengan persiapan yang mencukupi syarat untuk menunaikan tugas perubahan islam yang dicita-citakan malah ia menjadi suatu tanggungjawab agama yang tidak seharusnya diabaikan atau dipermudah-mudahkan falsafah perubahan islam perubahan islam yang dicita-citakan itu bukanlah satu falsafah yang berbelit-belit sebagaimana yang difahami oleh setengah orang ia merupakan falsafah perubahan dalam islam secara ringkas falsafah ini terungkap dalam kata-kata rubi e bin amir kepada rustam ketua angkatan bersenjata parsi apabila ditanya sebab kemaraan orang-orang islam allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba manusia-manusia dari menjadi hamba kepada hamba manusia supaya menjadi hamba kepada allah yang maha esa lagi maha perkasa dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas dari kezaliman beragama kepada keadilan islam maka kami diutus dengan agama allah kepada mahluk nya untuk menyeru mereka kepada allah maka barangsiapa yang menerima kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan allah yang dijanjikan ciri-ciri perubahan islam perubahan islam mempunyai ciri-ciri aqidah dan akhlak yang berbeza dari aliranaliran perubahan lain di dunia tidak pernah mereka yang telah menghirup dan mengecapi islam kemudian enggan dan menolaknya kerana islam mempunyai keunggulannya yang tersendiri dalam konsep pemikiran manhaj haraki dan uslub perubahan antara ciri-cirinya a perubahan menyeluruh perubahan islam bukan setakat perubahan suatu sudut dari sudut-sudut kehidupan manusia baik di segi sosial ekonomi politik atau aqidah tetapi dari segi tabiatnya islam itu adalah merupakan manhaj yang menyeluruh kulli dan syamil ini menjadikan perubahan islam itu unik dari segi manhaj dan uslub method dan cara oleh kerana itu perubahan islam tidak mungkin tercapai dengan cara rekaan sematamata apalagi secara irtijali yakni tanpa program dan tidak juga dengan cara ketenteraan untuk mendapatkan kuasa secepat kilat sebaliknya perubahan islam itu mestilah dengan mempersiapkan faktor-faktor dan sendi-sendi yang membolehkan terbangunnya masyarakat di atas asas-asas itu bperubahan aqidah ideological aqidah islamiah menentukan tabiat dan manhaj perubahan maka garis yang membataskan polisi perubahan itu berkisar dan berpusat kepada dua tonggak asasi:1 betul tujuan/matlamat yang ingin dicapainya betul dalam method atau manhaj 6
[close]
p. 7
perubahannya inilah yang menjadikannya menolak nilai/kriteria perubahan secara parti politik dan ketenteraan 2 betul wasilah dan terjamin tepatnya dari segi syara serta bersesuaian dengan ruh islam sebagaimana terpeliharanya juga perubahan islam itu dari melanggar kaedahkaedah syara islam melihat perubahan itu bukan sahaja dari segi tujuan tetapi juga dari segi wasilah jalan bagi menegakkan perintah allah dan melaksanakan hukumannya apabila perubahan itu tidak mencapai tujuan ianya boleh membawa akibat buruk kepada islam itu sendiri cperubahan berperikemanusiaan ertinya ia tidak akan menuju kepada kebaikan dengan melalui jalan keburukan dan menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kebahagiaan atau ia tidak membina bangunan di atas tengkorak dan darah walaupun tacashoft seorang pemimpin agung komunis telah memberikan amaran untuk menghapuskan semua orang-orang rusia yang melewati usia dua puluh lima tahun kerana mereka tidak mahu mewakili pemikiran marx namun islam menunjukkan sifat-sifat rahmat dan berperikemanusiaan dalam banyak peristiwa dan kejadian pada hari pembukaan mekah abu bakar as-siddiq ra telah menemui bapanya yang mana pada masa itu masih lagi seorang musyrik dan dibawanya kepada rasulullah saw tatkala rasulullah saw melihat beliau lalu berkata kepada abu bakar kenapa tidak orang tua ini sahaja yang di rumahnya dan aku sendiri datang menemuinya berkata abu bakar wahai rasulullah dia lebih patut menemui engkau dari engkau menemuinya maka rasulullah pun duduk di hadapannya dan menyapu ke atas dadanya lalu berkata islamlah anda maka beliau pun memeluk agama islam di sini jelas bahawa perubahan islam itu ada mempunyai ciri-ciri berperikemanusiaan tabiatnya berakhlak dan akidah islamiah ialah wasilah serta matlamatnya perubahan dalam kefahaman aliran-aliran lain kalau demikian kefahaman perubahan cara islam bagaimana pula mafhum perubahan aliran-aliran lain a dalam fahaman komunis dalam fahaman komunis perubahan itu bertolak daripada hasad dengki golongan pekerja buruh dan prolitariat golongan kelas bawah ia merupakan hembusan semangat dendam antara kelas-kelas di dalam masyarakat inilah apa yang diucapkan oleh marx kepada golongan pekerja buruh akan datang kepada kamu lima belas atau dua puluh atau lima puluh peperangan saudara di antara bangsa-bangsa untuk kamu menjadi golongan berkuasa dalam bidang politik telah berkata babun sembelihkanlah golongan berkuasa dan elite serta jutawan berkata pula bordon dunia mesti mengetahui bahawa tidak ada jalan lain bagi melawan golongan aristokrat atasan selain daripada menghapuskan mereka puak komunis dalam kefahaman mereka tentang perubahan akan menggunakan 7
[close]
p. 8
segala cara dan jalan wasilah yang menyeleweng semata-mata untuk tercapainya sebuah masyarakat komunis lenin pernah berkata semestinya bagi para pejuang komunis boleh menggunakan semua cara penipuan tipu-helah dan penyesatan perjuangan demi untuk komunisme boleh dengan apa cara sekalipun asalkan dapat menyebabkan tercapainya komunisme mesti difahami bahwa komunisme adalah suatu tujuan tertinggi dan dalam usaha mencapai tujuan tertinggi ini kadang-kala dituntut menggunakan jalan-jalan yang tidak suci oleh itu kominisme memberkati semua cara yang bertentangan dengan akhlak selama cara itu menolong dan membantu tercapainya matlamat kita iaitu komunisme bdalam fahaman revolusi perancis revolusi perancis yang bertujuan menentang kezaliman sosial dan penguasaan politik diktator juga telah mengikuti jalan dan wasilah yang tidak mulia serta menyalahi slogan dan prinsip yang dilaungkannya kata mare apakah kezaliman ini siapakah yang tidak sanggup menyaksikan aku memotong kepala-kepala demi melepaskan manusia ramai luther pula yang menggesa untuk memadamkan revolusi berkata siapa yang mampu hendaklah membunuh mencekik dan menyembelih dengan secara rahsia atau secara terangterangan oleh itu bunuhlah cekiklah dan sembelihlah siapa saja dari para petani yang memberontak cdalam protokol zionis yahudi kefahaman perubahan dalam zionisme pula ialah mengharuskan segala perbuatan kejam dan tindakan merosakkan demi membangunkan kerajaan yahuza dalam protokol zionis pertama politik tidak sedikitpun bersesuaian dengan akhlak dan pemerintah yang terikat dengan akhlak bukanlah politikus yang baik tujuan menghalalkan cara maka kita hendaklah meletakkan perencanaan kita tanpa menoleh apakah ia baik atau berakhlak apa yang penting ialah sejauh mana kepentingan dan faedahnya dalam protokol ketiga kita perlu memerintah beberapa puak dengan mengeksploitasikan perasaan hasad dengan menyalakan permusuhan mereka dengan kesempitan hidup dan kemiskinan perasaan ini ialah wasilah kita yang membolehkan kita menyapu menghapuskan setiap mereka yang menyekat tujuan kita ddalam dunia arab negara-negara arab di dalam empat kurun lepas telah memperlihatkan usahausaha dan gerakan-gerakan perubahan paling tidak ianya tidak berasaskan aqidah tidak berasaskan akhlak dan tidak juga berperikemanusiaan usaha-usaha dan gerakan itu lebih bersifat kepada patriotisme nasionalisme kepuakan sosialisme komunisme dan lain-lain yang dahagakan darah dengan pembunuhan atau mencabul kehormatan dengan mencincang mayat dan segala bentuk balas dendam aliran-aliran ini ialah aliran perubahan yang telah menyimpang dan menyeleweng ianya berkisar pada pembunuhan beramai-ramai yang menggerunkan sedangkan umat dan dunia memerlukan kepada suatu manhaj perubahan yang menjamin kemantapan dan kestabilan manhaj yang menghilangkan kepulan asap kecelakaan kegelisahan dan ketakutan ini semua tidak mungkin didapati dalam perubahan islam 8
[close]
p. 9
pemahaman tentang perubahan islam berbagai pendapat dan pandangan tentang pemahaman perubahan islam sehingga ia menjadi suatu keperluan bagi kita menentukan pemahaman yang sebenar yang tidak menjadikannya suatu konsep yang salah perubahan islam bukanlah suatu fenomena politik bagi sebuah negara ia juga bukanlah satu ketetapan yang lahir dari sebuah negara yang mengharamkan hanya sebahagian apa yang diharamkan allah atau melaksanakan sebahagian dari syariat allah ia bukanlah merupakan nas dalam perlembagaan di sebuah negara yang menyatakan agama rasminya ialah agama islam atau ketua negaranya semesti seorang yang beragama islam dalam perubahan islam tidak tergambar hukuman gantung atau hukuman bunuh sebilangan kecil atau sebilangan besar mereka yang menyeleweng samada dari segi politik mahupun akhlak perubahan islam tidak berlaku dengan hanya menghapuskan kebatilan tanpa menelurkan hak perubahan islam tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau bertentangan dengan kemajuan teknik sesungguhnya perubahan islam itu adalah dengan meruntuhkan asas masyarakat jahiliah pada sudut pemikiran perundangan dan juga prinsip-prinsip dan menggantikannya dengan pemikiran perundangan dan prinsip-prinsip islam di tempat itu perubahan islam bererti melaksanakan ubudiyah manusia kepada allah di dalam semua urusan kehidupan individu dan awam perubahan islam bererti kesetiaan dan kepatuhan masyarakat bangsa dan pemerintah hanya bagi allah rabb al-alamin perubahan islam ialah perubahan dari akar umbi secara menyeluruh dan mencabut segala bentuk kayan jahiliah dan bukannya usaha tempelan atau memperbaiki beberapa sudut sahaja dengan celupan islam kenapa perubahan islam sesungguhnya perubahan yang mengikut ciri-ciri yang telah disebutkan itu merupakan suatu kefardhuan dari segi syara dan penting dari segi kemanusiaan adapun dari segi syara dengan sebabkan terbengkalainya hakimiyah allah di muka bumi dan berkuatkuasanya sistem dan perundangan ciptaan manusia ke atas masyarakat umat manusia wajib setiap orang islam mengambil inisiatif melakukan perubahan dan memulakan cara hidup islam sebagai memenuhi tuntutan islam firman allah swt Î $£Ïi tym öÅ¡àr þ Îû ßÅgs y §èo óßo÷t tyfx© $ysÏù x8ßÅj3ysã 4©®lym sãÏ÷ã y y7În/u`u ysù $vsÎ=ó¡n ßÏk ¡ç u |møsyÒs 9
[close]
p. 10
4:65 maka demi tuhanmu mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya Ü=sÏé ϵø
[close]
p. 11
siksaannya tanpa menafikan pentingnya sudut akhirat perubahan islam memberi keuntungan di dunia sebelum di akhirat antara lainnya tercapainya keimanan kaum muslimin kewujudan mereka aqidah dan juga akhlak mereka tercapainya wahdah penyatuan muslim dan kekuatan mereka yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah politik dan ketenteraan mereka tercapainya keadilan dan kecukupan dalam kehidupan berekonomi tercapainya kewujudan individu soleh usrah solehah masyarakat baik dan negara yang baik tercapainya gambaran dari prinsip perundangan dan sistem islam dalam realiti bukan sahaja sebagai suatu ideal terbangunnya suatu kuasa ketiga antara dua blok yang sering bertentangan timur/barat ini mengujudkan perimbangan di dunia dan menghentikan pertentangan antara kuasa timur dan kuasa barat serta pencabulan mereka yang berterusan ke atas keselamatan dan keamanan bangsa-bangsa yang lemah serta hak mereka untuk hidup merdeka sepenuhnya tercapainya kepimpinan pemikiran islam dan penguasaan manhaj islam selepas bankrapnya tamadun barat dan runtuhnya ideologi-ideologi taghut di dunia apakah ertinya tercapai perubahan islam apabila kita menyeru ke arah perubahan islam kita mestilah mengetahui apakah yang diertikan dengannya dan apa pula implikasi darinya perubahan islam bukanlah perkara biasa juga bukannya kerja yang mudah ia bukanlah seperti revolusi-revolusi lain tidak juga seperti lain-lain pemberontakan perubahan islam ialah yang berdasarkan aqidah islam dan tidak dapat berdiri atas asas aqidah lain ia melalui manhaj dan sistem yang tidak ada tandingannya di alam ini ia merupakan kuasa ketiga yang tidak dapat ditandingi oleh kuasa lain oleh itu ia akan menggerakkan semua kuasa-kuasa dunia untuk berusaha menghentikan perjalanannya kerana itu kuasa yahudi antarabangsa serta misionary antarabangsa juga komunis antarabangsa akan menentang gerakan perubahan islam kerana itu juga banyak institusi dan pertubuhan arab dan islam akan menentang perubahan islam ini kerana itu setiap parti di kalangan umat kita akan menentang perubahan islam ini.sesungguhnya jalan ke arah perubahan islam adalah jalan yang sukar dan berlumpur tetapi ia merupakan satu-satunya jalan yang hak dan yang hak itu lebih berhak untuk diikuti firman allah swt 4 Ï&Î Î7ytm tã öä3Î s-§xtgsù yç6¡9 ãèÎ7-fs yu çãèÎ7¨ sù $vsÉtgó¡ã `ÏÛuÅÀ #x
[close]
p. 12
pemilihan mereka yang berkeahlian tugas perubahan yang sukar itu dituntut oleh islam untuk melepaskan manusia dari kerendahan jahiliah dan ianya memerlukan kepada para pemuda sebagai pihak yang berkeahlian dan mempunyai persediaan ini memerlukan adanya pemilihan yang baik logik pemilihan ini bukanlah satu perkara baru atau yang diada-adakan ia suatu logik yang telah berlaku dalam sejarah bagi melaksanakan perubahan di mana penerimaan umat manusia persiapan dan kebolehan berbeza dari segi kualiti dan kuantiti apa yang mampu dilakukan oleh seseorang itu mungkin tidak mampu dilakukan oleh yang lain begitu pula sebaliknya memang benarlah apa yang disabdakan oleh rasulullah saw dalam menggambarkan perbezaan manusia dalam memberi dan menerima sabdanya bandingan apa yang diutuskan oleh allah kepada aku yang berupa petunjuk dan ilmu adalah bagaikan hujan yang banyak yang menimpa bumi bumi itu sebahagiannya baik ia menerima hujan dan dengan itu menumbuhkan rumput tumbuhan yang banyak sebahagiannya tidak menumbuhkan tanaman tetapi ia menakung air lalu allah jadikan manusia mendapat manfaat dengannya untuk minuman dan menyiram tanaman dan sebahagian yang lain tidak menakung air serta tidak menumbuhkan tumbuhan maka begitulah bandingan mereka yang faham agama allah apabila diberi manfaat yang diutus oleh allah maka dia belajar dan mengajar bandingannya ialah mereka yang tidak diangkat dan tidak menerima petunjuk allah yang telah diutuskan itu pemilihan ini digunakan oleh rasulullah apabila baginda memilih mereka yang mempunyai persediaan dan keupayaan untuk berdakwah sebelum dihantar untuk menyeru kaum qabilah arab dan manusia umumnya prinsip pemilihan ini telahpun berlaku dalam tugas-tugas yang penting pada hari peperangan khaibar telah bersabda rasulullah saw akan aku berikan bendera ini kepada lelaki yang allah akan membuka khaibar di tangannya dia kasih kepada allah dan rasulnya dan dia pula dikasihi allah dan rasulnya s20.13 besok paginya semua menemui rasulullah dengan harapan bendera tersebut akan diserah kepada masing-masing bersabda rasulullah di mana ali bin abu talib maka dijawab dia mengadu kesakitan mata bersabda rasulullah jemputkan dia 12
[close]
p. 13
ke mari ali datang menemui rasuluilah maka rasulullah pun meludahkan ke dua mata ali dan berdoa supaya sembuh lalu ia segera sembuh seperti tidak pernah mengalami kesakitan maka rasulullah saw pun memberikan bendera itu kepadanya al-quran telah menunjukkan kepada kita akan prinsip pemilihan dalam banyak ayat dan tempat dalam membentangkan tentang para anbiya dan mursalin tentang pemilihan musa a.s allah berfirman tÌÅ3¤±9 sÏi ä.u y7çg÷s utm t õ<äsù `Ïn=s3Î/u ©Éln=ytmÍΠĨ$¨9 n?tã y7çgøsxsÜô¹ ÎoÎ 7:144 sesungguhnya aku memilih melebihkan kamu dan manusia yang lain di masamu untuk membawa risalah-ku dan untuk berbicara langsung dengan-ku sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur #©yrã $yÏ9 ôìÏtgótm sù y7è?÷ti÷z $tr&u 20:13 dan aku telah memilih kamu maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan kepadamu tentang pemilihan maryam allah swt berfirman sÏn=yèø9 Ïtm ¡Î 4 n?tã Å79xsÜô¹ u Ï8t£sÛu Å79xsÜô¹ © ¨Î ãtöyt èx6Íׯn=yø9 Ïms9$s øoeÎu 3:42 dan ingatlah ketika malaikat jibril berkata hai maryam sesungguhnya allah telah memilih kamu mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia yang semasa dengan kamu dalam pemilihan nabi adam nuh dan ibrahim pula allah swt berfirman © <Ù÷èt .Ï $pÝÕ÷èt o-Íh`èoe tÏn=yèø9 n?tã ttôÏã t#utmu zsÏtö/Î t#utmu nçu tys#utm ssÜô¹ ¨Î 3 3:33 sesungguhnya allah telah memilih adam nuh keluarga ibrahim dan keluarga imran melebihi segala umat di masa mereka masing-masing mewarisi zuriat sebahagiannya dari sebahagian yang lain tentang pemilihan rasulullah saw pula nabi muhammad saw sendiri bersabda allah telah memilih kaum kananah dari keturunan ismail dia memilih quraisy dari kananah dia memilih bani hasyim dari kalangan quraisy dan memilih aku dari bani hasyim riwayat muslim dalam sahihnya asas keahlian yang dipilih perbezaan kemampuan dan persiapan di antara individu-individu yang berlainan adalah suatu tabi i dan realiti maka di sana terdapat faktor yang banyak menjadikan 13
[close]
p. 14
perbezaan ini samada merupakan fitrah asal kejadian warisan atau juga faktor yang boleh diusaha iktisabi di antara faktor ini ada yang merupakan asas yang tumbuh dari peribadi individu itu atau yang baru muncul operasi pemilihan perlulah berpegang kepada faktor sifat-sifat asas yang antara lain ialah:1 persiapan indhibati boleh disusun-atur suatu sifat yang membolehkan seorang itu dicalonkan untuk berperanan mengubah tamadun ini ialah persediannya menurut arahan penerimaan arahan adalah suatu persediaan kejiwaan dan fikiran untuk terikat dan berpegang teguh iltizam tanpa adanya persediaan ini unsur taat akan hilang dan turut hilang pula unsur bersedia menerima untuk melaksanakan maka tidak ada nilai kemampuan rohaniah fikriyah dan jasmaniah yang boleh dimanfaatkan daripadanya dan ia tidak dapat dikawal atau diarahkan ia kadangkala menjadi unsur yang menghancurkan menyekat dan menghalang 2-persedian ibdai i memberi/produktif suatu lagi sifat yang wajib ada pada seorang calon untuk berperanan mengubah ialah sifat ibda ertinya memberi dan melahirkan natijah inilah sifat yang menjadikan seorang pemuda islam itu dalam suasana masyarakat sekitarnya menjadi sebagai pelopor dan bukannya pengekor yang cergas bergiat dan bukannya malas dan menjemukan yakni sifat inisiatif sendiri dalam skop peranan yang diwakilkan kepadanya adapun mereka yang hanya bergerak apabila diketuk atau ditekan maka yang seumpama itu tidak diperlukan sangat oleh islam dewasa ini keperluan hari ini amatlah mendesak kepada mereka yang sanggup memikul islam bukannya islam memikul mereka 3persediaan jihad sifat yang berikutnya bagi pemuda islam sebagai calon berperanan mengubah ialah sifat jihad ertinya persediaan kejiwaan untuk berjihad dan tuntutan jihad seperti berkorban jiwa dan harta malah segala sesuatu sifat jihad yang menjadikan pemuda islam itu mempunyai persediaan cukup bagi memenuhi bai ah dengan allah menurut firmannya 4 s¨yfø9 Þßs9 r Î çm;uør&u óß|¡àr sÏÏ÷ßø9 sÏ 3 utiô© Ï1u`ö-g9 ¨Î Îû $yym ϵø
[close]
p. 15
gambaran buruk yang ingin diubati persediaan untuk pemuda islam bagi menghadapi cabaran dan melakukan perubahan islam yang dicita -citakan itu sewajibnya menepati segala jaminan untuk menjadikannya mampu membentuk sahsiah island yah yang sejajar dengan peranan-yang telah diamanahkan kepadanya sesungguhnya `sahsiah islamiyyah kini telah ditimpa gambaran buruk yang mengakibatkan kepada terbantutnya peranan yang sejati ini juga membawa kepada penggunaan tenaga pada perkara-perkara ranting juz i yang membawa kepada hilangnya kemampuan untuk mengikuti jalan hingga ke hujung perjuangan atau boleh membawa kepada natijah-natijah buruk antara rencana persediaan yang mesti diberikan perhatian yang kebiasaannya telah menyebabkan wajah buruk kepada sahsiah islamiyyah dan dikhususkan kepada pemuda islam ialah:1 penguasaan idealisme negatif terhadap harakah ianya adalah pemisahan yang berlaku terhadap sebahagian pemuda islam di antara idealisme yang berbentuk teori yang menjadikan mereka abai dari beriltizam secara amali akibatnya tidak ada kesan langsung di bidang penghasilan haraki sebahagian yang lain pula menyepikan diri mereka ke dalam ruangan yang sempit di dalam idealisme yang menyebabkan mereka tidak akan sampai kepada kenyataan atau menuju kepada ideal itu mereka ini tidak menggunakan tenaga mereka yang sepatutnya mereka gunakan untuk bergerak dan menghasilkan sesuatu sesungguhnya ada seorang muslim pada zaman nubuwah telah mengasingkan dirinya di atas sebuah bukit maka dia berjumpa dengan rasulullah saw lalu baginda bersabda kesabaran seseorang dari kamu satu saat di suatu tempat jihad lebih baik daripada beribadat enam puluh tahun rasulullah saw tidak akan memilih antara dua kecuali jalan tengah selagi ia tidak bertentangan dengan syariat allah antara wasiat rasulullah saw yang masyhur `sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak yang berputus-putus keimanan mewajibkan bergerak harakah dan mengeluarkan hasil intaj jika tidak maka ia menjadi iman yang kurang dan disyaki ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat di dalam kitab allah yang mana setiap ayat mengenai iman disyaratkan dengan amal cukuplah sebagai bukti firman allah tidak ada kebaikan pada banyaknya doa munajat mereka itu kecuali mereka yang diperintahkan dengan bersedekah 2 penguasaan teori ke atas realiti daripada gambaran buruk `sahsiah islamiyyah juga ialah berfikir pada bekas yang jumud yang sesuai dengan waqi realiti atau tidak atau sesuai dengan realiti lain ini membawa terpisahnya para teoris itu dari realiti kehidupan atau mereka gagal dalam mengubah realiti waqi kerana mereka tidak memahami atau mengkaji realiti yang sebenar perubahan islam tidak mungkin tercapai melalui teori yang jahil dengan realiti dan juga latar belakang serta kekuatan-kekuatan power yang menguasai suasana itu 15
[close]