Laporan Tahunan 2012

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan MPM 2012

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2



[close]

p. 3

ISI KANDUNGAN CONTENTS 3 35 55 81 95 105 149 165 Profil Korporat Corporate Profile Tadbir Urus Korporat Corporate Governance Struktur Organisasi Majlis Organisational Structure of the Council Perutusan Pengerusi Chairman’s Statement Urus Setia Secretariat Kawalan Dalaman dan Jaminan Kualiti Pengurusan Internal Control and Management Quality Assurance Laporan Pencapaian Performance Reports Mesyuarat Utama Pengurusan Top Management Meetings Mesyuarat Peringkat Urus Setia Secretariat Level Meetings Jaminan Kualiti Quality Assurance Sistem Pentaksiran Baharu STPM New STPM Assessment System Laporan Peperiksaan Examination Reports Inisiatif ICT ICT Initiatives Peningkatan Profesionalisme Modal Insan Professional Development of Human Capital Prestasi Kewangan Financial Performance Badan Kebajikan, Kebudayaan, dan Sukan Kakitangan (BKKSK), dan PUSPANITA Staff Welfare, Culture and Sports Body (BKKSK) and PUSPANITA 21 47 63 91 99 1 15 153 185

[close]

p. 4



[close]

p. 5

PROFIL KORPORAT Corporate Profile Visi & Misi Vision & Mission Objektif MPM Objective of MEC Dasar Kualiti Quality Policy Piagam Pelanggan Client's Charter Latar Belakang MPM Background of MEC

[close]

p. 6

LAPORAN TAHUNAN2012ANNUAL REPORT 4 Sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 bagi Pengurusan Peperiksaan STPM dan MUET daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Certificate of Quality Management System ISO 9001:2008 for the Management of STPM and MUET Examinations from SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

[close]

p. 7

LAPORAN TAHUNAN2012ANNUAL REPORT 5 Sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 bagi Pengurusan Peperiksaan STPM dan MUET daripada The International Certification Network (IQNet) Certificate of Quality Management System ISO 9001:2008 for the Management of STPM and MUET Examinations from The International Certification Network (IQNet)

[close]

p. 8

LAPORAN TAHUNAN2012ANNUAL REPORT 6 VISI VISION Visi kami adalah untuk menjadi badan pentaksiran yang menjanakan pentaksiran jitu yang dapat mengukur potensi seseorang insan secara holistik bersesuaian dengan nilai dan norma murni sejagat menjelang tahun 2025. Our vision is is to become an assessment body that generates accurate assessment which can measure the potential of an individual in a holistic manner in line with universal values and norms by the year 2025. MISI MISSION Misi kami adalah untuk membangunkan dan mengurus pelbagai bentuk pentaksiran yang menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berwibawa, versatil, dan berdaya maju. Our mission is to develop and manage various forms of assessment which contribute to the development of credible, versatile and comprehensive human capital.

[close]

p. 9

LAPORAN TAHUNAN2012ANNUAL REPORT 7 Menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan STPM dan spesifikasi ujian MUET yang lengkap dan sesuai. To prepare and publish comprehensive and appropriate examination syllabuses and test specifications for the STPM and MUET. OBJEKTIF MPM OBJECTIVES OF MEC Mentadbirkan peperiksaan STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, dan Shariah RFP Adhoc PNBi dengan cekap dan adil. To administer the STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, and Shariah RFP Adhoc PNBi examinations efficiently and fairly. Menyediakan kertas peperiksaan STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, dan Shariah RFP Adhoc PNBi yang jitu, sah, boleh dipercayai, saksama, dan adil. To prepare examination papers that are accurate, valid, reliable, equitable and fair for the STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, and Shariah RFP Adhoc PNBi examinations. Mengeluarkan keputusan peperiksaan STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, dan Shariah RFP Adhoc PNBi yang standardnya diiktiraf oleh institusi penerima lulusan. To issue the STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, and Shariah RFP Adhoc PNBi examination results of which the standards are recognised by receiving institutions. Mengurus pendaftaran calon bagi peperiksaan STPM dan MUET dengan cekap. To conduct the registration of candidates for the STPM and MUET examinations efficiently.

[close]

p. 10

LAPORAN TAHUNAN2012ANNUAL REPORT 8 DASAR KUALITI QUALITY POLICY Pihak pengurusan tertinggi MPM mempunyai komitmen untuk membangunkan dan melaksanakan sistem pengurusan kualiti berdasarkan International Standard ISO 9001 serta senantiasa menambah baik keberkesanan sistem tersebut untuk mencapai objektif MPM dalam reka bentuk dan pembangunan kurikulum serta pengurusan peperiksaan bagi STPM dan MUET. The top management of MEC is committed to developing and implementing a quality management system based on International Standard ISO 9001. It is also continuously improving the effectiveness of the system to achieve the objectives of the MEC, in the design and development of the curriculum, and the management of the STPM and MUET examinations. Merangkum komitmen untuk mematuhi keperluan dan senantiasa menambah baik keberkesanan sistem pengurusan kualiti; Includes the commitment to comply with the requirements and continuously improving the effectiveness of the quality management system; Menyediakan kerangka kerja untuk mewujudkan dan mengkaji semula objektif kualiti; Provides a framework to establish and review the quality objectives; Disampaikan dan difahami oleh warga MPM; Is communicated to and understood by MEC staff ; Dikaji semula supaya senantiasa sesuai dengan objektif MPM. Is revised so that it is continually in line with the objectives of MEC. Bersesuaian dengan objektif MPM; Is in line with the objectives of MEC; Pihak pengurusan tertinggi MPM akan memastikan bahawa dasar kualiti MPM: The top management of MEC shall ensure that the quality policy of MEC:

[close]

p. 11

LAPORAN TAHUNAN2012ANNUAL REPORT 9 PIAGAM PELANGGAN CLIENT’S CHARTER Komitmen kami adalah untuk menyediakan sukatan pelajaran dan mengendalikan peperiksaan dengan cekap dan teratur. Dalam melaksanakan tugas ini, kami akan memastikan yang berikut: Our commitment is to prepare syllabuses and conduct examinations in an efficient and organised manner. In carrying out these tasks, we shall ensure the following: Penyata keputusan peperiksaan STPM dan penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima. STPM and MUET statements of results which are requested by post are sent to applicants within one working day after the applications are received by MEC. Over the-counter applications are processed and ready within 30 minutes upon receipt of applications. Salinan Sijil STPM yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh dua jam selepas permohonan diterima. Copies of STPM certificates which are requested by post will be sent to applicants within one working day after the applications are received by MEC. For over-the counter applications, the copies of the STPM certificates will be ready within two hours after the receipt of applications. Keputusan MUET dikeluarkan dalam tempoh 10 minggu selepas tarikh akhir ujian. MUET results are released within 10 weeks after the last date of the test. Sijil STPM dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Jun. STPM certificates are issued by June. Peraturan dan skema peperiksaan serta sukatan pelajaran peperiksaan STPM dikeluarkan dalam tempoh 18 bulan sebelum peperiksaan. STPM regulations, examination schemes and syllabuses are produced within 18 months before the examination. Peraturan, spesifikasi, dan format ujian bagi MUET dikeluarkan 18 bulan sebelum ujian. MUET regulations, specifications and test format are produced 18 months before the test. Keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan dalam tempoh 15 minggu selepas tarikh akhir peperiksaan. STPM examination results are released within 15 weeks after the last date of the examination.

[close]

p. 12

LAPORAN TAHUNAN2012ANNUAL REPORT 10 LATAR BELAKANG MPM BACKGROUND OF MEC Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu Y. B. Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980. Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES). The Malaysian Examinations Council (MEC), which was established on 1 February 1980 under the Malaysian Examinations Council Act (Act 225), is a statutory body which operates under the aegis of the Ministry of Education. It was officially launched on 22 April 1980 by the then Minister of Education, Dato’ Musa bin Hitam. The objectives of the establishment of MEC are to conduct specified examinations and all other matters necessary or related to such examinations. The examinations gazetted are the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), which was first implemented in 1982 to replace the Higher School Certificate (HSC) and Sijil Tinggi Persekolahan (STP) examinations which were conducted by the University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).

[close]

p. 13

LAPORAN TAHUNAN2012ANNUAL REPORT 11 Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan STPM. Selain itu, penubuhan MPM juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam. Di samping itu, pihak UCLES sendiri yang tidak dapat mengendalikan peperiksaan HSC/STP di Malaysia berikutan dengan perubahan dasar penggunaan bahasa pengantar telah menyebabkan perlunya sebuah badan peperiksaan, iaitu MPM, ditubuhkan untuk mengambil alih fungsi UCLES itu. Selepas beberapa siri rundingan dengan KPM, pihak UCLES telah menyerahkan tanggungjawab kepada KPM untuk mengendalikan peperiksaan tersebut sepenuhnya mulai tahun 1982. Selepas 30 tahun berlalu, MPM masih mengekalkan hubungan kerjasama dengan UCLES, iaitu dalam bentuk khidmat nasihat bagi penetapan standard STPM. After the handover of the STP and HSC examinations to MEC, the names of these examinations were changed to STPM. MEC was also established to realise the aim of conducting the examination wholly in the Malay language. This is in line with the implementation of the policy to use Malay language as the medium of instruction in the national education system from the primary level to the pre-university level, namely the sixth form. In addition, UCLES was unable to conduct the HSC/STP examination in Malaysia following the change in the medium of instruction, thus necessitating the establishment of an examination body, MEC, to take over the functions of UCLES. After a series of negotiations with the Ministry of Education, UCLES handed over the responsibility of conducting the examination to the Ministry of Education with effect from 1982. 30 years have passed and MEC still maintains close relations and co-operation with UCLES in the form of consultancy services for the setting of STPM standards. MPM masih mengekalkan hubungan kerjasama dengan UCLES, iaitu dalam bentuk khidmat nasihat bagi penetapan standard STPM. MEC still maintains close relations and co-operation with UCLES in the form of consultancy services for the setting of STPM standards.

[close]

p. 14

LAPORAN TAHUNAN2012ANNUAL REPORT 12 KEANGGOTAAN MAJLIS MPM diurus oleh lembaga pengelola yang disebut “Majlis”. Keahlian Majlis terdiri daripada semua naib canselor universiti awam tempatan, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah Peperiksaan, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, dan lima orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pengerusi Majlis dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan naib canselor. Keanggotaan Majlis kini berjumlah 28 orang. Pada tahun 1980, terdapat lima buah universiti yang naib canselornya dilantik sebagai ahli Majlis, iaitu Naib Canselor Universiti Malaya, Y. M. Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid; Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Hamdan bin Sheikh Tahir; Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Y. Bhg. Dato’ Prof. Awang Had bin Salleh; Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia (UPM), Y. Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Rashdan bin Haji Baba; dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Y. Bhg. Tan Sri Ainuddin bin Abdul Wahid. Selain naib canselor universiti tempatan, terdapat tiga orang lagi ahli ex-officio yang lain, iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Haji Othman bin Abdul Malik; Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Murad bin Mohd. Noor; dan Pengarah Peperiksaan, Encik Omar bin Mohd. Hashim. Untuk memenuhi kehendak Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Y. M. Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid, Naib Canselor Universiti Malaya, sebagai Pengerusi Majlis yang pertama pada 1 Februari 1980. Beliau memimpin MPM hingga 27 Februari 1988. Jawatan Pengerusi seterusnya disandang oleh Y. Bhg. Prof. MEMBERSHIP OF THE COUNCIL MEC is managed by a board of governors called “the Council”. Members of the Council consist of the vice chancellors of all local public universities, the Secretary-General of the Ministry of Education, the Director-General of Education, the Director of Examinations, the Chief Executive of MEC and five members appointed by the Yang di-Pertuan Agong. The chairman of the Council is appointed by the Yang di-Pertuan Agong from among the vice-chancellors. At present the membership of the Council totals 28. In 1980, vice-chancellors from five universities were appointed as members of the Council, namely the Vice-Chancellor of Universiti Malaya, Royal Prof. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid; the Vice Chancellor of Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dato’ Haji Hamdan bin Sheikh Tahir; the Vice-Chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato’ Prof. Awang Had bin Salleh; the ViceChancellor of Universiti Pertanian Malaysia (now Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Prof. Dr. Mohd Rashdan bin Hj Baba; and the Vice-Chancellor of Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Sri Ainuddin bin Abdul Wahid. Apart from the vice-chancellors from local universities, there were three other exofficio members, i.e. the Secretary-General of the Ministry of Education, Dato’ Hj Othman bin Abdul Malik; the Director-General of Education, Tan Sri Dato’ Haji Murad bin Mohd Noor; and the Director of Examinations, Encik Omar bin Mohd Hashim. To fulfill the requirements of the Malaysian Examinations Council Act 1980, the Yang di-Pertuan Agong gave his consent to appoint Royal Prof. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid, ViceChancellor of Universiti Malaya, as the first Chairman of the Council on 1 February 1980. He led MEC until 27 February 1988. The position was later held by Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin, Vice-Chancellor of Universiti Pertanian Malaysia, from 28 February 1988 until 4 June 1994. The third Chairman was Tan Sri Dato’ Musa bin Mohamad, Vice-Chancellor of Universiti

[close]

p. 15

LAPORAN TAHUNAN2012ANNUAL REPORT 13 Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia, sebagai Pengerusi Majlis yang kedua dari 28 Februari 1988 hingga 4 Jun 1994. Pengerusi yang ketiga ialah Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Musa bin Mohamad, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (5 Jun 1994 hingga 30 September 1995), Pengerusi yang keempat ialah Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Sham bin Mohd. Sani, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (1 Oktober 1995 hingga 25 Mac 1998), Pengerusi yang kelima ialah Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (26 Mac 1998 hingga 25 Mac 2001), Pengerusi yang keenam ialah Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Anuwar bin Ali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (26 Mac 2001 hingga 31 Mei 2003), Pengerusi yang ketujuh ialah Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Prof. Dr. Abu Hassan bin Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (1 Jun 2003 hingga 17 Mac 2005), Pengerusi yang kelapan ialah Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (17 Mac 2005 hingga 27 September 2011), dan Pengerusi Majlis yang kesembilan ialah Y. Bhg. Prof. Dato' Mohd. Noh bin Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (mulai 9 Disember 2011). Sains Malaysia (5 June 1994 until 30 September 1995). The fourth Chairman was Prof. Dato’ Dr. Mohd Sham bin Mohd Sani, Vice-Chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia (1 October 1995 until 25 March 1998). The fifth Chairman was Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Vice-Chancellor of Universiti Putra Malaysia (26 March 1998 until 25 March 2001). The sixth Chairman was Prof. Datuk Dr. Anuwar bin Ali, Vice-Chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia (26 March 2001 until 31 May 2003). The seventh Chairman was Tan Sri Datuk Seri Panglima Prof. Dr. Abu Hassan bin Othman, ViceChancellor of Universiti Malaysia Sabah (1 June 2003 until 17 March 2005). The eighth Chairman was Prof Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak, ViceChancellor of Universiti Sains Malaysia (17 March 2005 until 27 September 2011) and the ninth Chairman is Y. Bhg. Prof. Dato' Mohd. Noh bin Dalimin, ViceChancellor of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (since 9 December 2011).

[close]

Comments

no comments yet