DSP Pend. Sivik & Kewarganegaraan Tingkatan 3

Embed or link this publication

Description

Rujukan DSP PSK Tingkatan 3

Popular Pages


p. 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 1 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “PendidikanFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” 2 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 3

PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 3 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 4

TAFSIRAN o o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. Evidens : Murid Instrumen Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain. o o o o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain . 4 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 5

KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND 1 2 3 4 5 6 Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali STANDARD 5 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 6

TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 1 TAHU 2 TAHU DAN FAHAM 3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT 4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB 5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. 6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI 6 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 7

MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN “Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia”. OBJEKTIF KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Objektif Pengetahuan i. ii. iii. iv. v. vi. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara. 7 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 8

Objektif Kemahiran i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. Objektif Nilai i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat. 8 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 9

BAND 1 2 3 4 PERNYATAAN STANDARD Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan. Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan. Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan serta boleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik. Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yang berakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkan warganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi cabaran. Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegara yang, berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani. 5 6 9 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 10

BAND PERNYATAAN STANDARD B1 DESKRIPTOR EVIDENS B1D1E1 Menyatakan pelbagai peluang kerjaya di negara kita. - Doktor - Polis - Guru - Atlet - Peguam B1D2E1 Menyatakan tanggungjawab terhadap keluarga dalam empat aspek berikut: • kasih sayang • kepekaan terhadap keperluan fizikal, mental, emosi, dan rohani • keselamatan dan perlindungan • menjaga maruah keluarga B1D3E1 Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. - mengekalkan flora dan fauna - mengelakkan kepupusan - mengurangkan pencemaran - melindungi ekosistem - mengelakkan bencana alam B1D4E1 Menyatakan pengertian adat resam dan pantang larang pelbagai kaum. B1D1 Mengetahui peluang-peluang kerjaya Mengetahui asas identiti diri, yang ada di dalam negara. keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan. B1D2 Mengetahui tanggungjawab anggota keluarga dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. 1 Tahu B1D3 Mengetahui kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. B1D4 Mengetahui maksud adat resam dan pantang larang pelbagai kaum. 10 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 11

B1D5 Mengetahui struktur jentera pentadbiran negara. B1D5E1 Menyatakan struktur jentera pentadbiran negara. • Yang di- Pertuan Agong • Suruhanjaya Diraja • Badan-badan kerajaan (Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman) B1D6E1 Menyatakan maksud keamanan negara. B1D6 Mengetahui maksud keamanan dalam sebuah negara. 11 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 12

BAND PERNYATAAN STANDARD B2 DESKRIPTOR EVIDENS B2D1E1 Menyenaraikan kelayakan akademik / ikhtisas / kemahiran yang sesuai dengan pelbagai kerjaya. - Akademik / Ikhtisas: SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA / SARJANA / DOKTOR FALSAFAH - Kemahiran : SIJIL KEMAHIRAN / SIJIL VOKASIONAL B2D2E1 Menyenaraikan cara menunjukkan kasih sayang dalam keluarga. - meraikan hari istimewa - melaksanakan tanggungjawab - hormat-menghormati - sanggup berkorban - sentuhan dan belaian B2D3E1 Mengenal pasti tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. - kitar semula - tanam semula - guna semula - kurangkan penggunaan 5R (rethink, reduce, reuse, recycle, Repair) B2D4E1 Menyenaraikan adat resam dan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. B2D1 Mengetahui dan memahami kelayakan Mengetahui dan memahami akademik / ikhtisas / kemahiran yang identiti diri, keluarga, masyarakat, sesuai dengan pelbagai kerjaya. budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan. 2 Tahu dan Faham B2D2 Mengetahui dan memahami nilai kasih sayang dalam sesebuah keluarga. B2D3 Memahami tanggungjawab bersama untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. B2D4 Mengetahui dan memahami amalan adat resam dan pantang larang pelbagai kaum. 12 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 13

B2D5 Memahami peranan badan-badan kerajaan. B2D6 Mengetahui dan memahami kepentingan keamanan negara dan sejagat. B2D5E1 Menyenaraikan peranan badan-badan kerajaan yang terdiri daripada Legislatif (Perundangan), Eksekutif (Pentadbiran) dan Judisiari (Kehakiman). B2D6E1 Menyenaraikan kepentingan keamanan negara dan sejagat. 13 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 14

BAND PERNYATAAN STANDARD B3 DESKRIPTOR EVIDENS B3D1E1 Mengenal pasti potensi dan kemahiran diri yang sesuai dengan bidang kerjaya yang dipilih. B3D2E1 Mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi ibu bapa dan adik beradik. B3D3E1 Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. - Alam Flora - Indah Water - Jabatan Alam Sekitar - Persatuan Pencinta Alam (WWF) - Sahabat Alam Malaysia B3D4E1 Mengenal pasti perbezaan adat resam dan pantang larang antara pelbagai kaum dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian. B3D5E1 Mengumpul maklumat tentang peranan Suruhanjaya Diraja. B3D6E1 Menjelaskan jenis-jenis ancaman dalaman dan luaran. B3D1 Berupaya memilih bidang kerjaya yang Mengetahui dan memahami terbaik untuk diri. identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan B3D2 cabaran masa depan serta boleh Peka terhadap keperluan ahli keluarga. melaksanakan kemahiran sivik dengan baik. B3D3 Memahami peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat B3D4 Menerima dan menghormati adat resam dan pantang larang masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. B3D5 Mengenal pasti peranan Suruhanjaya Diraja. B3D6 Memahami dan mengenal pasti ancaman dalaman dan luaran terhadap negara. 14 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

p. 15

BAND PERNYATAAN STANDARD B4 Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yang berakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. DESKRIPTOR B4D1 Membuat keputusan untuk memilih kerjaya dengan bijak dan adil serta bertanggungjawab. B4D2 Bertanggungjawab menjaga keselamatan anggota keluarga. B4D3 Peka dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. EVIDENS B4D1E1 Menjelaskan kesan positif dan kesan negatif dalam memilih kerjaya terhadap diri dan keluarga. B4D2E1 Menghuraikan cara menjaga keselamatan anggota keluarga ketika berada di dalam dan di luar rumah. B4D3E1 Merancang projek untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. - 5R (rethink, reduce, reuse, recycle, repair) B4D4E1 Menghuraikan tujuan amalan adat resam dan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. B4D5E1 Membuat carta organisasi tentang kementerian di Malaysia. B4D6E1 Menghasilkan karya yang menunjukkan sokongan terhadap keamanan. - Kain rentang - Poster - Karya kreatif - Kad ucapan / surat penghargaan 4 Tahu, Faham, Boleh Buat Dengan Beradab B4D4 Menyesuaikan diri dengan kepelbagaian adat resam dan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. B4D5 Menghargai peranan kementeriankementerian dalam negara. B4D6 Menghargai dan mengekalkan keamanan negara dan sejagat. 15 DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 28 Jun 2013

[close]

Comments

no comments yet