PPPM 2013-2025

Embed or link this publication

Description

Pelan Pendidikan

Popular Pages


p. 1

malaysia education blueprint 2013 2025 foreword 1

[close]

p. 2



[close]

p. 3

pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 2025 pendidikan prasekolah hingga lepas menengah

[close]

p. 4

© kementerian pendidikan malaysia 2013 hak cipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa juga cara sama ada elektronik fotokopi mekanikal rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada kementerian pendidikan malaysia pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 pendidikan prasekolah hingga lepas menengah diterbitkan oleh kementerian pendidikan malaysia blok e8 kompleks e pusat pentadbiran kerajaan persekutuan 62604 putrajaya malaysia www.moe.gov.my

[close]

p. 5

chapter 1 context and

[close]

p. 6

inovas 6 pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya sehubungan dengan itu kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan model baru ekonomi program transformasi ekonomi dan program transformasi kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.

[close]

p. 7

si malaysia education blueprint 2013 2025 foreword 7 sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara sistem ini telah menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara sesungguhnya kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru pengetua pentadbir pegawai dan kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan kementerian pendidikan sejak dahulu hingga kini bakti yang telah dicurahkan oleh mereka tidak dapat disangkal oleh manamana pihak dalam tempoh lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan misalnya kita menyaksikan peningkatan yang ketara dalam pelbagai peringkat pendidikan negara boleh berbangga dengan kejayaan kita menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap hampir sejagat kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang singkat selepas merdeka telah diakui dan diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa seperti unesco dan bank dunia dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit kita tidak boleh lalai oleh itu malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21 oleh yang demikian transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha mencapai hasrat tersebut kerajaan mengambil langkah menggubal pelan pembangunan pendidikan malaysia pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025 bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah bidang keberhasilan utama negara pelan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan antara lain perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid kaedah pemilihan guru latihan guru penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah dan pendekatan pengoperasian kementerian pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui kesemua matlamat ini melambangkan cita-cita kita yang tinggi namun saya yakin kita berupaya mencapainya hal ini termasuklah memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat pendidikan iaitu daripada prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang mengurangkan separuh jurang pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin bandar dengan luar bandar dan antara negeri dalam tempoh yang sama meningkatkan kedudukan pencapaian negara daripada kelompok sepertiga terbawah kepada kelompok sepertiga teratas dalam kalangan negara yang menyertai pentaksiran peringkat antarabangsa seperti pisa dan timss dalam tempoh 15 tahun akan datang dan membina sistem pendidikan yang mengasuh kanak-kanak untuk menghargai keunikan identiti sebagai warganegara malaysia secara keseluruhannya hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang dan teliti dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kementerian pendidikan dan semua pihak yang menyumbang kepada pembinaan pelan pembangunan pendidikan malaysia ini saya akui bahawa bukanlah mudah untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan dan kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pelaksanaannya tetapi percayalah bukan sahaja kerajaan dan kementerian pendidikan yang komited untuk mencapai kesemua matlamat ini malah saya secara peribadi juga komited dengan berganding bahu bersama-sama rakyat saya amat yakin bahawa kita akan terus tabah dan dapat memastikan setiap matlamat berjaya dicapai daripada ibu bapa anggota masyarakat sehinggalah sektor swasta kita semua mempunyai peranan dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih kejayaan anak kita yang dapat kita laksanakan dengan bangganya insya allah marilah kita harungi perjalanan yang menguja mencabar dan amat penting ini secara bersama sebagai satu bangsa dato sri mohd najib bin tun haji abdul razak perdana menteri malaysia

[close]

p. 8

kualiti 8 kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21 dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di dunia sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan mampu berfikir secara kritis dan kreatif mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global tidak kurang pentingnya setiap murid di negara kita perlu diterapkan dengan nilai etika dan rasa tanggungjawab sebagai warganegara agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka keluarga dan negara serta berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran masa depan.

[close]

p. 9

ti malaysia education blueprint 2013 2025 foreword 9 untuk menghasilkan anjakan pencapaian seperti yang dihasratkan kita perlu bersandarkan kemajuan yang telah dizahirkan dalam keseluruhan sistem menyebarluaskan manfaat kemajuan tersebut secara lebih menyeluruh terutamanya kepada kumpulan murid yang terpinggir dan membantu semua murid mencapai kejayaan kementerian pendidikan akan menggembeleng segala sumber untuk melakukan perubahan dengan cara yang berbeza terhadap perkara yang paling penting iaitu kemenjadian murid strategi kementerian adalah memberikan keutamaan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran akses kepada maklumat yang boleh dipercayai dan bermakna kebertanggung jawaban dan ketelusan serta persekitaran dan infrastruktur pembelajaran yang sesuai kementerian akan memastikan semua kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan berpeluang mengikuti pendidikan awal tanpa mengira status sosioekonomi mereka kita komited untuk meningkatkan jumlah dan kepelbagaian institusi pendidikan prasekolah demi menjamin penyertaan meluas semua kanak-kanak sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan pendidikan rendah dan menengah dan selanjutnya meningkatkan keberhasilan murid kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan memperkukuh amalan terbaik sedia ada dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka laluan ini mestilah menyokong pembangunan kerjaya guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh itu kementerian juga akan menyemak semula kurikulum pendidikan untuk menerap dan membangunkan kemahiran abad ke-21 seperti berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang sokongan yang diperlukan sementara itu sekolah berprestasi tinggi berpeluang mendapat autonomi dalam membuat keputusan mengurus sekolah agar dapat meningkatkan pencapaian secara berterusan mengikut kemampuan masing-masing langkah mewujudkan jalinan kerjasama perlu pada setiap keadaan sehubungan dengan itu kementerian memberikan tumpuan kepada usaha menyediakan peluang yang luas untuk generasi muda malaysia menguasai pelbagai keupayaan bakat dan minat masing-masing sebagai contoh memperkasa laluan untuk pendidikan vokasional dengan menyediakan kemahiran praktikal yang diperlukan dalam bidang keusahawanan dan bidang lain yang menuntut kepakaran khusus kementerian juga akan terus menyediakan peluang dan laluan terbaik untuk murid sekolah agama sukan seni dan laluan pendidikan lain keterangkuman sistem akan ditambah baik melalui peluang dan sumber yang disediakan untuk murid berkeperluan khusus iaitu murid pintar cerdas berkeperluan khas serta kumpulan peribumi dan minoriti lain dalam usaha melaksanakan transformasi sebesar ini kementerian memainkan peranan utama memimpin menerajui dan menjalin kerjasama dengan semua sektor yang menyediakan perkhidmatan pendidikan dan pihak berkepentingan untuk melonjakkan pencapaian murid saya menghargai dan menyanjung tinggi semua warga kerja kementerian yang berkhidmat dengan dedikasi dan gigih serta berusaha secara berterusan untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan menjaga kebajikan murid kita sepanjang proses pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan malaysia kementerian akan sentiasa memaklumkan kemajuan pelaksanaan dan perjalanan pelan transformasi ini kepada semua rakyat untuk memantapkan dan memastikan segala inisiatif dalam pelan ini dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan kementerian akan mewujudkan unit pelaksanaan dan prestasi pendidikan padu untuk menyokong pelaksanaan program transformasi ini kementerian juga akan berkongsi kemajuan transformasi menerusi laporan tahunan yang memberikan tumpuan kepada pencapaian dan jurang yang masih wujud dengan tindakan pemulihan untuk memastikan peningkatan secara berterusan setiap inisiatif transformasi kecemerlangan kepimpinan profesional merupakan faktor kedua yang mampu meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid sehubungan dengan itu usaha akan dilakukan untuk memperkasa kepimpinan sekolah menerusi pemantapan kaedah pemilihan latihan persediaan dan program pementoran bagi pihak kementerian pendidikan kami komited untuk sokongan merealisasikan wawasan pelan pembangunan pendidikan malaysia dan akan melakukan yang terbaik untuk menyokong kementerian turut menetapkan matlamat menyediakan pelaksanaannya demi kesejahteraan anak malaysia kami pelbagai bantuan dan sokongan kepada setiap sekolah khusus boleh melakukan sesuatu yang lebih baik dan kami pasti akan mengikut konteks dan keperluan yang berbeza misalnya melakukannya membaiki infrastruktur sekolah terutama di sabah dan sarawak untuk menyokong pembelajaran murid langkah ini akan memastikan setiap sekolah menerima pelbagai bentuk tan sri dato haji muhyiddin bin haji mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

[close]

p. 10

keberh kementerian pendidikan malaysia terus bertekad untuk meningkatkan pencapaian murid dengan menyediakan sistem pendidikan yang efisien peningkatan kualiti ekuiti dan akses dalam pendidikan akan terus diperkukuh untuk memastikan kelangsungan kejayaan yang telah dicapai sejak negara mencapai kemerdekaan 10

[close]

p. 11

hasilan pelan pembangunan pendidikan malaysia 20132025 telah menetapkan dengan jelas sasaran yang perlu dicapai dari segi kualiti ekuiti dan akses dalam tempoh 13 tahun perancangan yang teliti dalam jangka masa ini perlu dilakukan melibatkan transformasi pengurusan sumber manusia dan kewangan serta penetapan inisiatif utama yang menjurus kepada keberhasilan murid mentransformasi struktur di kementerian pendidikan secara keseluruhan perubahan ini membolehkan sistem penyampaian di kementerian lebih telus responsif dan berfokuskan kepada keberhasilan penstrukturan kementerian melibatkan usaha mengupaya kebolehan kepimpinan di peringkat kementerian jabatan pendidikan negeri jpn keutamaan kementerian adalah bagi memastikan pejabat pendidikan daerah ppd dan sekolah wujudnya keselarian dasar pendidikan dan pemberian autonomi yang lebih luas kepada jpn pelaksanaan kefahaman jelas dalam kalangan dan ppd dilaksanakan dengan diimbangi oleh warga kementerian dan para pendidik tentang pelan kebertanggungjawaban yang tinggi di pihak ini adalah amat perlu agar pelaksanaan program jpn dan ppd langkah ini diharapkan memberi berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan impak kepada jpn dan ppd dalam menggerakkan jaringan konstruktif bersama pihak berkepentingan produktiviti sumber menjadi keutamaan kedua merentas agensi kerajaan ibu bapa kumpulan kementerian hal ini boleh dicapai dengan komuniti dan pihak swasta meningkatkan kecekapan agihan sumber dan pelaksanaan terhadap program yang memberi sekalung penghargaan kepada semua warga impak yang besar kepada peningkatan sistem kementerian pendidikan di atas sumbangan pendidikan gigih dan dedikasi dalam melaksanakan pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 peningkatan kecekapan dan pengurusan sumber saya percaya pelan ini dapat dijayakan dengan usaha akan dapat dilaksanakan secara berkesan dengan bersepadu kita sebagai satu pasukan datuk dr madinah binti mohamad malaysia education blueprint 2013 2025 foreword 11 ketua setiausaha kementerian pendidikan malaysia

[close]

p. 12

inklusif pendidikan merupakan perkara utama yang berupaya mempengaruhi pembangunan diri individu dan menyediakan pelbagai peluang dalam mencorakkan kehidupan masa depan pendidikan juga mendasari proses pembangunan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi yang merupakan faktor kritikal bagi menyokong pertumbuhan sosial budaya dan ekonomi sesebuah negara komitmen dan usaha mempertingkat kualiti pendidikan merupakan sebahagian daripada pelaburan utama kementerian ke arah menjamin kesejahteraan rakyat malaysia pada masa depan sehubungan itu pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mengenal pasti cabaran dan jurang dalam sistem pendidikan kebangsaan dan seterusnya merangka kaedah penyelesaian terbaik bagi menanganinya bersandarkan input ini kementerian telah berjaya menghasilkan pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 yang menggariskan strategi dan inisiatif bagi mengupayakan peningkatan kualiti sistem pendidikan kebangsaan 12

[close]

p. 13

if malaysia education blueprint 2013 2025 foreword 13 pelan pembangunan pendidikan malaysia 20132025 dibangunkan dengan mengambil kira analisis temu bual tinjauan dan kajian yang melibatkan panel pakar pendidikan negara dan antarabangsa selain turut melibatkan pegawai di kementerian guru pemimpin sekolah dan ibu bapa selain itu pelaksanaan beberapa siri dialog nasional pendidikan negara yang dijalankan sejak awal tahun lalu telah berjaya mengumpul input berupa pandangan idea dan maklum balas daripada hampir 12 ribu orang yang mewakili kumpulan orang awam dan pelbagai pihak berkepentingan pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 ­ 2025 bakal mengupayakan pelaksanaan berkesan inisiatif yang mendokong usaha transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh perancangan dan inisiatif strategik disusun ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan yang menekankan kekuatan kecekapan kualiti kelestarian serta kejayaan yang dapat dilihat dalam tempoh terdekat sistem pendidikan di malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya berupaya mencapai penyertaan menyeluruh pendidikan peringkat menengah menempatkan diri pada kedudukan kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa memastikan semua murid menikmati peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti dan seterusnya menyemai identiti nasional dalam kalangan murid strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap merangkum sistem penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan berkesan adalah kritikal bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid sebagai ketua pengarah pelajaran malaysia saya amat yakin melalui sokongan semua pihak berkepentingan dalam dan luar kpm pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 akan merangsang dan melestarikan usaha transformasi sistem pendidikan malaysia tan sri abd ghafar bin mahmud ketua pengarah pelajaran malaysia

[close]

p. 14

ringkasan eksekutif bab 1 konteks dan pendekatan bab 2 visi dan aspirasi bab 3 prestasi semasa bab 4 pembelajaran murid

[close]

p. 15

bab 5 guru dan pemimpin sekolah bab 6 transformasi kementerian bab 7 struktur sistem bab 8 pelaksanaan pelan tindakan lampiran

[close]

Comments

no comments yet