Laporan Tahunan 2007

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan 2007

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

mendepani pentaksiran jitu 2007 kandungan penyata pengerusi maklumat korporat 27 tahun mpm pihak berkuasa jawatankuasa pengurusan urus setia mesyuarat utama pengurusan mesyuarat pengoperasian laporan peperiksaan jaminan kualiti peningkatan profesionalisme modal insan merisik masa hadapan penyata kewangan memori sepanjang tahun 3 7 11 17 29 37 43 49 57 81 89 99 105 123 laporan tahunan 1

[close]

p. 3



[close]

p. 4

penyata pengerusi

[close]

p. 5

penyata pengerusi untuk mengalu-alukan kehadiran y bhg prof dato dr abdul shukor bin haji husin naib canselor universiti sains islam malaysia y bhg dato prof dr alias bin daud naib canselor universiti darul iman malaysia y bhg prof ir dr zainai bin mohamed naib canselor universiti malaysia kelantan y bhg dato prof dr mohamed said bin mat lela naib canselor universiti malaysia pahang y bhg kol dato prof dr kamarudin bin hussin naib canselor universiti malaysia perlis y bhg dato prof dr sulaiman bin md yassin naib canselor universiti malaysia terengganu y bhg lt jen dato ir ismail bin samion naib canselor universiti pertahanan nasional malaysia y bhg datuk prof ir ismail bin hassan naib canselor universiti teknikal malaysia melaka dan y bhg prof dato dr haji ismail bin haji bakar naib canselor universiti tun hussein onn malaysia saya yakin dan percaya bahawa pertambahan ahli majlis ini akan dapat memberikan manafaat kepada mpm dalam menetapkan dasar dan merancang hala tuju mpm untuk meningkatkan mutu sistem pentaksiran negara dalam era globalisasi ini agi pihak majlis saya dengan sukacitanya membentangkan laporan tahunan majlis peperiksaan malaysia mpm bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 disember 2007 terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada y bhg datuk dr muhammad rais bin abdul karim bekas naib canselor universiti pendidikan sultan idris y bhg dato dr haji ahamad bin sipon bekas ketua pengarah pelajaran malaysia dan y bhg datu dr haji adi badiozaman bin tuah bekas pengarah lembaga peperiksaan malaysia atas sumbangan yang telah diberikan semasa menganggotai majlis saya juga mengalu-alukan kehadiran ahli majlis yang baharu iaitu y bhg prof dato dr aminah binti ayob naib canselor universiti pendidikan sultan idris y bhg dato haji alimuddin bin haji mohd dom ketua pengarah pelajaran malaysia dan y bhg kol dato ir mohammed zakaria bin mohd nor pengarah lembaga peperiksaan malaysia di sini juga saya ingin memaklumkan bahawa mengikut akta majlis peperiksaan malaysia 1980 [akta 225 ahli majlis hendaklah antara lainnya terdiri daripada naib canselor universiti awam tempatan justeru dengan pengumuman kerajaan menaik taraf sembilan buah kolej universiti ke taraf universiti pada tahun 2007 maka keahlian majlis pada tahun ini telah bertambah menjadi 28 orang oleh itu saya mengambil kesempatan ini 4 b pengendalian peperiksaan 2007 saya amat bersyukur kepada hadrat ilahi kerana peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm dan malaysian university english test muet bagi tahun 2007 telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya demikian juga peperiksaan yang pengendaliannya dipertanggungjawabkan kepada mpm iaitu peperiksaan penilaian tahap kecekapan sistem saraan malaysia ptk-ssm bagi pihak kementerian pelajaran malaysia dan malaysian information technology professional examination mitpe bagi pihak multimedia technology enhancement operations sdn bhd meteor telah dapat dijalankan dengan jayanya saya juga berasa amat bangga dengan prestasi peperiksaan stpm yang memuaskan pada tahun 2007 justeru saya mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu syabas saya ucapkan kepada pengetua dan guru berkenaan atas kejayaan pelajar mereka kejayaan calon berkenaan adalah kejayaan kita bersama sebenarnya.

[close]

p. 6

mendepani pentaksiran jitu 2007 tanggungjawab pendidikan seiring dengan era globalisasi tahun-tahun kebelakangan ini memperlihatkan ufuk baharu yang diterokai dalam bidang pengukuran dan penilaian pendidikan negara sesuai dengan hala tuju rancangan malaysia kesembilan rmke-9 dan pelan induk pembangunan pendidikan pipp 2006­2010 kementerian pelajaran malaysia mpm telah merangka beberapa rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk meningkatkan kualiti sistem pentaksiran di peringkat pendidikan tingkatan enam dan memperluas fungsi mpm usaha melaksanakan misi ini melibatkan perubahan yang radikal dalam sistem pengukuran dan penilaian pendidikan satu daripadanya ialah merombak sistem peperiksaan stpm daripada sistem terminal kepada sistem modular untuk memenuhi ekspektasi pengguna sesuai dengan keperluan pendidikan semasa dan masa depan sejajar dengan hala tuju ini sukatan pelajaran bagi beberapa mata pelajaran iaitu kesuasteraan melayu syariah usuluddin mathematics computing dan sains sukan telah mula digubal semula untuk disesuaikan dengan sistem modular spesifikasi dan format ujian bagi muet juga telah selesai disemak dan digubal semula dan telah dilancarkan pada tahun ini hal ini merupakan bukti sahih bahawa mpm sentiasa peka terhadap perkembangan dan keperluan pendidikan khususnya dalam bidang pentaksiran dalam jangka panjang pula mpm berhasrat untuk mempelbagaikan fungsinya di samping menjalankan pentaksiran pendidikan iaitu memberikan pelbagai latihan dalam bidang akademik profesional dan kemahiran kepada pelanggannya saya yakin hasrat ini dapat dicapai jika mpm beriltizam untuk melaksanakan segala program yang dirancang itu dengan cekap dan teratur telah mengadakan kursus dan bengkel untuk penjawat yang mengendalikan peperiksaan seperti penggubal soalan dan pemeriksa skrip jawapan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menghasilkan kertas soalan dan menjalankan pemeriksaan skrip jawapan mengikut standard yang ditetapkan laporan tahunan prestasi kewangan pada tahun ini mpm sekali lagi mencatatkan prestasi kewangan yang menggalakkan dengan meningkatnya hasil pendapatan jumlah pendapatan keseluruhan yang diperoleh pada tahun 2007 ialah rm52.20 juta iaitu meningkat sebanyak 12 peratus berbanding dengan rm46.56 juta yang diperoleh pada tahun 2006 jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun ini ialah rm40.41 juta berbanding dengan rm36.51 juta pada tahun 2006 dengan yang demikian lebihan pendapatan mpm pada tahun 2007 berjumlah rm11.79 juta berbanding dengan rm10.05 juta pada tahun 2006 prestasi kewangan yang baik ini adalah hasil daripada pengurusan kewangan dan pengawalan perbelanjaan yang cekap dan berhemat yang diamalkan oleh mpm penghargaan pada keseluruhannya saya amat berbangga dan berpuas hati dengan pencapaian mpm sepanjang tahun 2007 tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan dalam urusan pengendalian peperiksaan stpm muet ptk dan mitpe telah dapat dilaksanakan dengan cemerlang justeru saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada semua ahli majlis peperiksaan malaysia atas kerjasama dan nasihat yang diberikan ucapan penghargaan dan terima kasih saya tujukan juga kepada semua staf mpm yang telah menjalankan tugas dengan penuh iltizam dan dedikasi tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya jabatan pelajaran negeri pejabat pelajaran gabungan pejabat pelajaran daerah dan universiti awam tempatan yang telah memberikan bantuan dan kerjasama kepada majlis peperiksaan malaysia dalam pengurusan peperiksaan pada tahun 2007 sekian terima kasih prof dato dzulkifli bin abdul razak pengerusi majlis peperiksaan malaysia sumber manusia atas kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mpm maka pihak pengurusan berazam untuk memelihara integriti profesionalisme dan mutu perkhidmatannya pada tahap yang tertinggi bagi memenuhi keperluan pendidikan negara untuk mencapai matlamat ini tahun 2007 telah dimanfaatkan oleh mpm dengan pelbagai program pengurusan sumber manusia yang menjurus kepada peningkatan kualiti dan profesionalisme kakitangannya dalam konteks ini mpm telah menghantar kakitangannya mengikuti latihan yang merangkum bidang pengurusan penyeliaan dan kemahiran profesional yang dianjurkan oleh institusi di dalam dan di luar negara selain itu mpm 5

[close]

p. 7



[close]

p. 8

maklumat korporat

[close]

p. 9

international no pendaftaran registration no ar3576 qas sirim sijil pendaftaran sistem kualiti quality system registration certificate sirim qas international sdn bhd dengan ini mengesahkan bahawa sirim qas international sdn bhd hereby certifies that majlis peperiksaan malaysia persiaran 1 bandar baru selayang 68100 batu caves selangor darul ehsan malaysia akreditasi malaysia isoiec guide 12 1994 accreditation no qs 02121999 c8 01 telah melaksanakan sistem kualiti yang menepati has implemented a quality system complying with ms iso 9001 2000 quality management system requirements skop pendaftaran scope of registration 074 pengurusan dan pentadbiran peperiksaan stpm menrangkumi pembinaan percetakan dan pengedaran kertas soalan hj ab razak bin salim pengarah eksekutif executive director sirim qas international sdn bhd sirim qas international sdn bhd no syarikat 410334-x 1 persiaran dato menteri seksyen 2 peti surat 7035 40911 shah alam selangor darul ehsan malaysia tel 80-3-5544 8400 faks 80-3-5510 9439 http www.sirim-qas.com.my http www.malaysiancertified.com.my dato dr mohd ariffin bin hj aton pengerusi chairman sirim qas international sdn bhd tarikh persijilan certification date 03 march 2005 sah sehingga expiry date 02 march 2008 no siri serial no 1092 penganugerahan sijil ini tertakluk kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat skim persijilan sistem kualiti seperti ternyata dalam perjanjian persijilan sistem kualiti this certificate is granted subject to the terms and conditions governing the grant of a certificate of registration of quality system as stated in the quality system certification agreement qms/for/04 ­ 4b issue no 8/rev 0 8

[close]

p. 10

mendepani pentaksiran jitu 2007 misi misi kami adalah untuk membangunkan dan mengurus pelbagai bentuk pentaksiran dan memberikan khidmat runding cara dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pembangunan modal insan yang berwibawa versatile dan berdaya maju · kertassoalanpeperiksaan/ujianmemenuhikehendak sukatan pelajaran peperiksaan/spesifikasi ujian · setiap calon boleh memilih mana-mana mata pelajaran stpm yang ditawarkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan · setiap calon yang mendaftar dapat menduduki peperiksaan/ujian seperti yang dijadualkan · keputusan peperiksaan stpm dikeluarkan dalam tempoh 15 minggu selepas tarikh akhir peperiksaan keputusan muet dikeluarkan dalam tempoh 10 minggu selepas tarikh akhir ujian keputusan peperiksaan ptk dikeluarkan dalam tempoh 10 minggu selepas tarikh peperiksaan dan keputusan peperiksaan mitpe dikeluarkan dalam tempoh empat minggu selepas tarikh peperiksaan · sijil stpm dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan julai · salinan sijil stpm penyata keputusan peperiksaan stpm dan penyata keputusan muet yang dipohon melalui pos akan diterima oleh pemohon dalam tempoh satu minggu dari tarikh permohonan diterima oleh mpm dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh satu jam · standard sijil stpm yang dianugerahkan oleh mpm setara dengan sijil a level yang dianugerahkan oleh university of cambridge local examinations syndicate · peperiksaan/ujian yang dikendalikan bagi pihak kementerian pelajaran malaysia kementerian pengajian tinggi dan multimedia technology enhancement operations sdn bhd meteor dilaksanakan oleh mpm mengikut terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian antara mpm dengan pihak berkenaan laporan tahunan visi visi kami adalah untuk menjadi badan pentaksiran yang mendepani pentaksiran jitu yang dapat mengukur potensi seseorang insan secara holistik bersesuaian dengan nilai dan norma murni sejagat menjelang tahun 2025 dasar kualiti dasar kualiti mpm ialah memastikan bahawa kertas soalan adalah sah dan boleh dipercayai mengandung unsur yang diterima masyarakat dan tidak ada kesilapan fakta mpm akan memastikan bahawa sistem pengurusan kualiti mpm adalah cekap dan berkesan melalui pelaksanaan penambahbaikan yang berterusan berasaskan kehendak kepastian kualiti ms iso 9001:2000 objektif mpm objektif majlis peperiksaan malaysia adalah untuk mengendalikan peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm malaysian university english test muet dan peperiksaan lain yang dipersetujui oleh yang berhormat menteri pelajaran bersesuaian dengan akta majlis peperiksaan malaysia 1980 [akta 225 dan falsafah pendidikan kebangsaan serta memastikan bahawa standard sijil yang dianugerahkan diiktiraf di dalam dan atau di luar negara piagam pelanggan komitmen kami adalah untuk menyediakan sukatan pelajaran dan mengendalikan peperiksaan dengan cekap dan teratur dalam melaksanakan tugas ini kami akan memastikan yang berikut · peraturan dan skema peperiksaan serta sukatan pelajaran peperiksaan stpm dikeluarkan 18 bulan sebelum peperiksaan · peraturan spesifikasi dan format ujian bagi muet dikeluarkan 18 bulan sebelum ujian 9

[close]

p. 11



[close]

p. 12

majlis peperiksaan malaysia

[close]

p. 13

sejarah penubuhan mpm ajlis peperiksaan malaysia mpm yang ditubuhkan pada 1 februari 1980 di bawah akta majlis peperiksaan malaysia [akta 225 ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan kementerian pelajaran malaysia majlis perasmian penubuhan mpm telah disempurnakan oleh menteri pelajaran malaysia pada ketika itu iaitu y b dato musa bin hitam pada 22 april 1980 matlamat penubuhan mpm adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan higher school certificate hsc dan sijil tinggi persekolahan stp yang dikendalikan oleh university of cambridge local examinations syndicate ucles setelah pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut nama peperiksaan stp dan hsc telah ditukar kepada peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm selain itu penubuhan mpm juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam bahasa malaysia sepenuhnya hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan menengah atas iaitu tingkatan enam di samping itu pihak ucles sendiri yang tidak sanggup lagi mengendalikan peperiksaan hsc/stp di malaysia berikutan perubahan dasar penggunaan bahasa pengantar telah menyebabkan perlunya sebuah badan peperiksaan iaitu majlis peperiksaan malaysia mpm ditubuhkan untuk mengambil alih fungsi ucles itu justeru selepas beberapa siri rundingan dengan kementerian pelajaran malaysia maka pihak ucles telah menyerahkan tanggungjawab kepada kementerian pelajaran malaysia untuk mengendalikan peperiksaan m 12

[close]

p. 14

mendepani pentaksiran jitu 2007 tersebut sepenuhnya mulai tahun 1982 namun begitu mpm masih terus mengekalkan hubungan kerjasama dengan ucles kerjasama yang wujud adalah dalam bentuk khidmat nasihat bagi penetapan standard stpm canselor universiti kebangsaan malaysia 1 oktober 1995 hingga 25 mac 1998 pengerusi majlis yang kelima ialah y bhg prof tan sri dato dr syed jalaludin bin syed salim naib canselor universiti putra malaysia 26 mac 1998 hingga 25 mac 2001 pengerusi majlis yang keenam ialah y bhg prof datuk dr anuwar bin ali naib canselor universiti kebangsaan malaysia 26 mac 2001 hingga 31 mei 2003 pengerusi majlis yang ketujuh ialah y bhg tan sri datuk seri panglima prof dr abu hassan bin othman naib canselor universiti malaysia sabah 1 jun 2003 hingga 17 mac 2005 dan pengerusi majlis yang kelapan ialah y bhg prof dato dzulkifli bin abdul razak naib canselor universiti sains malaysia 17 mac 2005 hingga kini laporan tahunan keanggotaan majlis majlis peperiksaan malaysia mpm diurus oleh lembaga pengelola yang disebut majlis keahlian majlis terdiri daripada semua naib canselor universiti awam tempatan ketua setiausaha kementerian pelajaran ketua pengarah pelajaran pengarah peperiksaan ketua eksekutif majlis peperiksaan malaysia dan lima orang ahli yang dilantik oleh seri paduka baginda yang di-pertuan agong pengerusi majlis dilantik oleh seri paduka baginda yang di-pertuan agong daripada kalangan naib canselor keanggotaan majlis kini berjumlah 28 orang pada tahun 1980 terdapat lima buah universiti yang naib canselornya dilantik sebagai ahli majlis iaitu naib canselor universiti malaya y m prof diraja ungku abdul aziz bin ungku abdul hamid naib canselor universiti sains malaysia usm y bhg tan sri dato hj hamdan bin sheikh tahir naib canselor universiti kebangsaan malaysia ukm y bhg dato prof awang had bin salleh naib canselor universiti pertanian malaysia kini universiti putra malaysia upm y bhg tan sri prof dr mohd rashdan bin hj baba dan naib canselor universiti teknologi malaysia utm y bhg tan sri ainuddin bin abdul wahid selain naib canselor universiti tempatan terdapat tiga orang lagi ahli ex-officio yang lain iaitu ketua setiausaha kementerian pelajaran y bhg dato hj othman bin abdul malik ketua pengarah pelajaran y bhg tan sri dato hj murad bin mohd noor dan pengarah peperiksaan encik omar bin mohd hashim untuk memenuhi kehendak akta majlis peperiksaan malaysia 1980 seri paduka baginda yang di-pertuan agong telah berkenan melantik y m prof diraja ungku abdul aziz bin ungku abdul hamid naib canselor universiti malaya sebagai pengerusi majlis yang pertama pada 1 februari 1980 beliau memimpin mpm hingga 27 februari 1988 jawatan pengerusi mpm seterusnya disandang oleh y bhg prof tan sri dato dr nayan bin ariffin naib canselor universiti pertanian malaysia sebagai pengerusi majlis yang kedua dari 28 februari 1988 hingga 4 jun 1994 pengerusi majlis yang ketiga ialah y bhg tan sri dato musa bin mohamad naib canselor universiti sains malaysia 5 jun 1994 hingga 30 september 1995 pengerusi majlis yang keempat ialah y bhg prof dato dr mohd sham bin mohd sani naib urus setia majlis operasi majlis peperiksaan malaysia dilaksanakan oleh urus setia majlis yang bertanggungjawab kepada majlis urus setia majlis diketuai oleh ketua eksekutif sebelum 9 jun 1999 digelar setiausaha agung yang menjadi ketua pegawai eksekutif ketua pegawai pentadbir dan ketua pegawai akademik setiausaha agung mpm yang pertama telah disandang oleh y bhg dato syed abu bakar bin dato syed ahmad barakbah dari 1 ogos 1980 hingga 3 april 1995 beliau telah digantikan oleh tuan hj abdul rahman bin mohd ali sebagai setiausaha agung mpm yang kedua dari 12 jun 1995 hingga 11 jun 1997 y bhg dato hj termuzi bin hj abdul aziz telah menjadi setiausaha agung ketua eksekutif mpm yang ketiga dari 15 jun 1998 hingga 31 mac 2005 mulai 1 april 2005 hingga kini ketua eksekutif mpm ialah encik omar bin abu bakar premis mpm pada tahun 1980 mpm telah memulakan operasinya di tingkat 9 bangunan lembaga peperiksaan malaysia di jalan duta apabila mpm semakin berkembang premis mpm berpindah ke bangunan kuwasa di jalan raja laut pada bulan disember 1984 dan kemudian berpindah ke wisma mirama di jalan wisma putra pada bulan mei 1995 hasrat mpm untuk mempunyai bangunan sendiri sejak akhir tahun 1980-an tercapai apabila bangunan mpm di atas sebidang tanah seluas 6.0 ekar di bandar baru selayang siap dibina pada bulan julai 1998 dan mula diduduki pada bulan ogos 1998 bangunan mpm telah disempurnakan perasmiannya oleh y b dato hishammuddin bin tun hussein pada 14 september 2004 13

[close]

p. 15

fungsi mpm sejak mpm ditubuhkan bidang tugas mpm yang pada mulanya hanya mengendalikan peperiksaan stpm telah diperluas pada tahun 1999 mpm telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan malaysian university english test muet yang diadakan dua kali setahun ujian ini wajib diduduki oleh semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam ipta mulai tahun 2003 pula mpm telah diamanahkan untuk mengendalikan peperiksaan penilaian tahap kecekapan ptk bagi anggota perkhidmatan pelajaran kementerian pelajaran malaysia di bawah sistem saraan malaysia ssm di samping itu mpm juga menjalinkan kerjasama dengan pihak multimedia technology enhancement operations sdn bhd meteor untuk mengendalikan peperiksaan malaysian information technology professional examination mitpe iaitu peperiksaan yang membolehkan para graduan dan golongan profesional it mendapat pengiktirafan dalam kemahiran it di seluruh dunia fungsi ini amat bersesuaian dengan visi dan misi mpm aktiviti yang dilaksanakan oleh mpm dalam mengendalikan peperiksaan adalah seperti yang berikut · menyediakanperaturandanskemapeperiksaan · mengkaji,mengemaskinikan,danmenggubalsukatan pelajaran peperiksaan · menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan · menyelaraskanpendaftarancalonpeperiksaan · menyelaraskan pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon · memprosesdanmenyemakkeputusanpeperiksaan · menetapkanstandardkertasdanmatapelajaranserta menganugerahkan keputusan peperiksaan · mentafahus rayuan calon tentang keputusan peperiksaan · melatih kakitangan urus setia dan penjawat yang dilantik oleh majlis peperiksaan malaysia · mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan pengiktirafan dan usaha pemantapan mpm untuk memastikan supaya perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggannya berkualiti mpm telah memperoleh sijil pendaftaran sistem kualiti ms iso 9001:1994 perkhidmatan awam malaysia pada 31 disember 2000 dan sijil pendaftaran sistem kualiti ms iso 9001:2000 bagi peperiksaan stpm pada 3 mac 2005 daripada sirim qas international sdn bhd skop pendaftaran sistem kualiti ini ialah pengurusan dan pentadbiran peperiksaan stpm yang merangkum pembinaan pencetakan dan pengedaran kertas soalan untuk melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang lebih menyeluruh di mpm skop pendaftarannya telah diperluas mpm telah menyediakan dua prosedur kualiti yang berasingan bagi peperiksaan stpm dan muet skop yang diperluas bagi prosedur kualiti peperiksaan stpm meliputi penggubalan sukatan pelajaran pembinaan pencetakan dan pengedaran kertas soalan penyediaan peraturan dan skema peperiksaan pendaftaran calon pembekalan alat tulis pentadbiran peperiksaan pemeriksaan skrip jawapan pemprosesan markah penetapan standard pengeluaran keputusan dan pengeluaran sijil skop bagi prosedur kualiti muet pula meliputi penggubalan spesifikasi ujian pembinaan pencetakan dan pengedaran kertas soalan pendaftaran calon pembekalan alat tulis pentadbiran peperiksaan pemeriksaan skrip jawapan pemprosesan markah pengesahan keputusan dan pengeluaran slip keputusan sistem pengurusan kualiti yang diperluas bagi peperiksaan stpm dan muet ini mula dilaksanakan pada 11 september 2007 usaha memantapkan pengendalian peperiksaan stpm dimulakan sebaik sahaja mpm mengambil alih peperiksaan hsc/stp daripada ucles pada tahun 1982 dalam hal ini mpm senantiasa mengenal pasti sistem pemprosesan pendaftaran dan pemprosesan keputusan peperiksaan yang inovatif dari semasa ke semasa pangkalan data stpm mula dibina sejak tahun 1982 oleh sekumpulan pakar dari universiti teknologi malaysia utm yang diketuai oleh prof madya anuar bin maarof dengan menggunakan kemudahan perkakasan komputer di utm mpm telah membeli perkakasan komputer jenis mainframe ibm model 4361 pada tahun 1986 dengan pembelian perkakasan komputer ini mpm telah dapat melaksanakan kerja pemprosesan data dengan lebih cekap dan berkesan dari segi masa dan kos 14

[close]

Comments

no comments yet