Laporan Tahunan 2006

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan 2006 MPM

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

kandungan penyata pengerusi maklumat korporat struktur organisasi urus setia majlis mesyuarat utama pembangunan profesional berterusan cpd jaminan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan laporan peperiksaan penyata kewangan peristiwa sepanjang tahun 3 7 3 3 39 47 55 6 65 93

[close]

p. 3



[close]

p. 4

penyata pengerusi

[close]

p. 5

penyata pengerusi b agi pihak majlis saya dengan sukacitanya membentangkan laporan tahunan majlis peperiksaan malaysia mpm bagi tahun kewangan yang berakhir pada 3 disember 2006 pengendalian peperiksaan 2006 saya amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm dan malaysian university english test muet bagi tahun 2006 telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna begitu juga dengan peperiksaan yang dipertanggungjawabkan kepada mpm untuk mengendalikannya iaitu peperiksaan penilaian tahap kecekapan sistem saraan malaysia ptkssm bagi kementerian pelajaran malaysia dan malaysian information technology professional examination mitpe bagi pihak multimedia technology enhancement operations sdn bhd meteor yang telah dapat dijalankan dengan jayanya justeru saya mengucapkan syabas kepada semua warga mpm atas kejayaan mengendalikan peperiksaan ini selain itu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu mpm dalam urusan pengendalian peperiksaan terutamanya jabatan pelajaran negeri jpn pejabat pelajaran gabungan ppg dan pejabat pelajaran daerah ppd tanpa kerjasama yang erat dan bersepadu daripada semua pihak yang berkenaan tidak mungkin mpm dapat mengendalikan peperiksaan tersebut dengan sempurna saya juga amat berbangga dengan prestasi peperiksaan yang memuaskan bagi tahun 2006 justeru saya mengucapkan tahniah kepada calon peperiksaan yang telah mencapai keputusan yang cemerlang kepada guru dan sekolah yang berkenaan saya juga mengucapkan syabas atas kejayaan mereka kejayaan calon berkenaan merupakan kejayaan kita bersama terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada y bhg prof dato dr mohd zohadie bin bardaie bekas naib canselor universiti putra malaysia y bhg prof dato dr hashim bin yaacob bekas naib canselor universiti malaya y bhg prof dato dr mohd salleh bin mohd yasin bekas naib canselor universiti kebangsaan malaysia y bhg tan sri dato setia haji ambrin bin buang bekas ketua setiausaha kementerian pelajaran malaysia dan y bhg dato dr salleh bin hassan bekas pengarah lembaga peperiksaan malaysia atas sumbangan yang telah diberikan semasa menganggotai majlis saya juga amat mengalu-alukan kehadiran y bhg datuk dr zulkurnain bin haji awang ketua setiausaha kementerian pelajaran malaysia y bhg datuk rafiah binti salim naib canselor universiti malaya y bhg prof dato dr sharifah hapsah binti syed hasan shahabudin naib canselor universiti kebangsaan malaysia y bhg prof dato dr nik mustapha bin r abdullah naib canselor universiti putra malaysia dan y bhg datu dr haji adi badiozaman bin tuah pengarah lembaga peperiksaan malaysia sebagai ahli majlis yang baru saya yakin dan percaya bahawa semua ahli majlis dapat bekerjasama dalam menetapkan dasar dan merancang hala tuju mpm bagi meningkatkan mutu tadbir urus mpm dalam era globalisasi ini 4

[close]

p. 6

tanggungjawab pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang memberikan fokus kepada kualiti dan keterampilan pelajar maka mpm terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatannya dalam bidang penilaian dan pengukuran pendidikan dalam hal ini mpm sentiasa mencari kaedah dan amalan yang terbaik untuk menjalankan tugas yang diamanahkan hasrat ini dapat dicapai melalui penyemakan semula sukatan pelajaran stpm yang sedia ada dari semasa ke semasa dan penggubalan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran baru justeru pada tahun ini mpm telah berjaya melancarkan sukatan pelajaran geografi yang baru untuk peperiksaan stpm tahun 2007 dengan sukatan pelajaran yang baru ini diharapkan para guru dan pelajar dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terfokus dan berkesan bersesuaian dengan era pendidikan global yang dinamik maka sistem peperiksaan stpm harus mengalami anjakan paradigma justeru mpm mula mengorak langkah untuk mengubah sistem peperiksaan stpm supaya peperiksaan yang dijalankan adalah relevan dan memenuhi kehendak semasa dan akan datang usaha ini dirasakan amat penting supaya pendidikan peringkat prauniversiti selaras dengan keperluan negara bagi menyediakan modal insan yang berkemahiran inovatif dan berdaya saing dalam menghadapi perubahan dan cabaran kemajuan teknologi dan globalisasi dipertanggungjawabkan semoga usaha ini akan dapat menghasilkan kualiti dan kuantiti kerja yang diingini prestasi kewangan pada tahun ini mpm sekali lagi mencatatkan prestasi yang baik dengan meningkatnya jumlah pendapatan pendapatan yang diperoleh pada tahun 2006 berjumlah rm46.56 juta berbanding dengan rm4.03 juta pada tahun 2005 pertambahan pendapatan ini disebabkan meningkatnya bilangan calon yang menduduki peperiksaan iaitu sebanyak kira-kira 3 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya jumlah perbelanjaan mengurus tahun ini ialah rm36.5 juta berbanding dengan rm30.79 juta pada tahun 2005 dengan yang demikian lebihan pendapatan mpm tahun ini ialah sebanyak rm0.05 juta saya berasa bangga dengan pengurusan kewangan mpm yang dipacu berlandaskan perbelanjaan berhemah dan telus penghargaan pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan pencapaian mpm sepanjang tahun 2006 tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan dalam urusan pengendalian peperiksaan stpm muet ptk dan mitpe telah dapat dilaksanakan dengan sempurna justeru saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli majlis peperiksaan malaysia khususnya kepada ketua eksekutif mpm atas pelaksanaan dasar dan aktiviti serta komitmen yang diberikan ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada semua warga mpm yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama kepada mpm terutamanya kementerian pelajaran malaysia jabatan pelajaran negeri pejabat pelajaran gabungan pejabat pelajaran daerah dan institusi pengajian tinggi awam atas sumbangan dan sokongan yang diberikan sepanjang tahun 2006 sekian terima kasih sumber manusia menyedari peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mpm pihak pengurusan berazam untuk meningkatkan integriti profesionalisme dan mutu perkhidmatan bagi mencapai matlamat ini tahun 2006 telah dimanfaatkan dengan pelbagai program pengurusan sumber manusia yang menjurus kepada peningkatan kualiti dan profesionalisme kakitangannya mpm telah menghantar kakitangannya untuk mengikuti latihan yang merangkumi pengurusan kemahiran penyeliaan dan kemahiran khusus yang dianjurkan oleh institusi di dalam dan di luar negara selain itu mpm juga telah mengadakan bengkel dan latihan untuk penjawat yang dilantik bagi mengendalikan peperiksaan seperti penggubal dan pemeriksa dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran mereka dalam melaksanakan amanah yang prof dato dzulkifli bin abdul razak pengerusi majlis peperiksaan malaysia 5

[close]

p. 7



[close]

p. 8

maklumat korporat

[close]

p. 9

maklumat korporat mpm ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada februari 90 melalui akta majlis peperiksaan malaysia 90 [akta 225 objektif penubuhan mpm adalah seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 7 akta tersebut iaitu untuk mengelolakan peperiksaan tertentu seperti yang dipersetujui oleh menteri dan semua perkara yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan stpm bermula dengan peperiksaan tahun 92 dan muet bermula dengan ujian sesi disember tahun 999 muet wajib diambil oleh semua pelajar stpm diploma matrikulasi atau program prauniversiti lain yang ingin memasuki institusi pengajian tinggi awam ipta tempatan untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama dengan pindaan peruntukan dalam akta 225 mpm telah membantu kementerian pelajaran malaysia untuk mengurus peperiksaan penilaian tahap kecekapan ptk iaitu peperiksaan yang diperkenalkan di bawah sistem saraan malaysia ssm mulai tahun 2003 peperiksaan ini adalah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan dan kumpulan sokongannya mpm juga menjalinkan kerjasama dengan pihak meteor untuk mengendalikan peperiksaan malaysian information technology professional examination mitpe mulai tahun 2005 peperiksaan ini adalah satu instrumen untuk mengukur kemahiran individu dalam bidang teknologi maklumat aktiviti yang dilaksanakan oleh mpm dalam mengendalikan peperiksaan dan ujian adalah seperti yang berikut · menyediakan peraturan dan skema peperiksaan · mengkaji mengemaskinikan dan menggubal sukatan pelajaran peperiksaan · menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan · menyelaraskan pendaftaran calon peperiksaan · menyelaraskan pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon · memproses dan menyemak keputusan peperiksaan · menetapkan standard kertas dan mata pelajaran serta menganugerahkan keputusan peperiksaan · mentafahus rayuan calon tentang keputusan peperiksaan · melatih kakitangan urus setia dan penjawat yang dilantik oleh majlis peperiksaan malaysia · mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan

[close]

p. 10

visi visi mpm adalah untuk menjadi sebuah badan peperiksaan yang mewujudkan suatu sistem pengukuran dan penilaian pendidikan yang unggul misi misi mpm adalah untuk melaksanakan sistem peperiksaan prauniversiti yang terbaik dan bermutu berasaskan teras penilaian yang berikut · kejituan · kebolehpercayaan · kesahan · kesaksamaan · keadilan piagam pelanggan komitmen mpm adalah untuk menyediakan sukatan pelajaran dan mengendalikan peperiksaan dengan cekap dan teratur dalam melaksanakan tugas ini mpm akan memastikan yang berikut · peraturan dan skema peperiksaan serta sukatan pelajaran dikeluarkan bulan sebelum peperiksaan · kertas soalan peperiksaan memenuhi kehendak sukatan pelajaran · setiap calon boleh memilih mana-mana mata pelajaran yang ditawarkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan · setiap calon yang mendaftar dapat menduduki peperiksaan seperti yang dijadualkan · keputusan peperiksaan stpm dikeluarkan dalam tempoh 5 minggu selepas tarikh akhir peperiksaan dan keputusan muet dikeluarkan dalam tempoh 0 minggu selepas tarikh akhir ujian · sijil stpm dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan julai tahun berikutnya · penyata keputusan peperiksaan yang dipohon melalui pos akan diterima oleh pemohon dalam tempoh satu minggu dari tarikh permohonan diterima dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh satu jam · standard sijil stpm yang dianugerahkan oleh mpm setara dengan sijil a level yang dianugerahkan oleh university of cambridge local examinations syndicate dasar kualiti dasar kualiti mpm ialah memastikan bahawa kertas soalan adalah sah dan boleh dipercayai mengandungi unsur yang diterima masyarakat dan tidak ada kesilapan fakta mpm akan memastikan bahawa sistem kualiti mpm adalah cekap dan berkesan melalui pelaksanaan penambahbaikan yang berterusan berasaskan kehendak kepastian kualiti ms iso 900:2000 9

[close]

p. 11

hubungan kerjasama antara mpm dengan ucles kerjasama antara mpm dengan university of cambridge local examinations syndicate ucles yang terjalin sejak pengambilalihan peperiksaan stpm pada tahun 92 masih diteruskan kerjasama yang wujud adalah berbentuk khidmat nasihat dalam penetapan standard stpm bagi peperiksaan stpm 2006 ucles telah menghantar dr ursula underhill untuk menyertai mesyuarat jawatankuasa pensijilan dalam menetapkan standard stpm prospek masa depan selaras dengan era globalisasi mpm sedang berusaha untuk memperkasakan program pengajian tingkatan enam agar lebih menarik dengan membuat beberapa perancangan untuk itu mpm mula mengorak langkah untuk mengubah sistem peperiksaan stpm supaya peperiksaan yang dijalankan adalah relevan dan memenuhi kehendak semasa dan masa depan selama ini kelulusan stpm telah diterima untuk memasuki universiti di luar negara seperti united kingdom india australia new zealand kanada indonesia singapura dan amerika syarikat walaupun peperiksaan ini dijalankan dalam bahasa malaysia dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris mulai tahun 2004 mata pelajaran biology physics chemistry mathematics s mathematics t further mathematics t dan computing pada peringkat stpm telah diajarkan dan peperiksaannya ditawarkan dalam bahasa inggeris ini bermakna bahawa pelajar luar negara boleh mengambil stpm dalam bahasa inggeris bagi mata pelajaran tersebut justeru mpm amat optimis bahawa peperiksaan stpm akan dapat dipasarkan pada peringkat antarabangsa 0

[close]

p. 12

international no pendaftaran registration no ar3576 qas sirim sijil pendaftaran sistem kualiti quality system registration certificate sirim qas international sdn bhd dengan ini mengesahkan bahawa sirim qas international sdn bhd hereby certifies that majlis peperiksaan malaysia persiaran 1 bandar baru selayang 68100 batu caves selangor darul ehsan malaysia akreditasi malaysia isoiec guide 12 1994 accreditation no qs 02121999 c8 01 telah melaksanakan sistem kualiti yang menepati has implemented a quality system complying with ms iso 9001 2000 quality management system requirements skop pendaftaran scope of registration 074 pengurusan dan pentadbiran peperiksaan stpm menrangkumi pembinaan percetakan dan pengedaran kertas soalan hj ab razak bin salim pengarah eksekutif executive director sirim qas international sdn bhd sirim qas international sdn bhd no syarikat 410334-x 1 persiaran dato menteri seksyen 2 peti surat 7035 40911 shah alam selangor darul ehsan malaysia tel 80-3-5544 8400 faks 80-3-5510 9439 http www.sirim-qas.com.my http www.malaysiancertified.com.my dato dr mohd ariffin bin hj aton pengerusi chairman sirim qas international sdn bhd tarikh persijilan certification date 03 march 2005 sah sehingga expiry date 02 march 2008 no siri serial no 1092 penganugerahan sijil ini tertakluk kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat skim persijilan sistem kualiti seperti ternyata dalam perjanjian persijilan sistem kualiti this certificate is granted subject to the terms and conditions governing the grant of a certificate of registration of quality system as stated in the quality system certification agreement qms/for/04 ­ 4b issue no 8/rev 0

[close]

p. 13



[close]

p. 14

struktur organisasi

[close]

p. 15

struktur organisasi majlis peperiksaan malaysia majlis jawatankuasa tetap pengurusan dan kewangan jawatankuasa pensijilan jawatankuasa tender jawatankuasa siasatan jawatankuasa naik pangkat jawatankuasa sukatan pelajaran jawatankuasa tatatertib jawatankuasa pengambilan kakitangan jawatankuasa audit urus setia majlis 4

[close]

Comments

no comments yet