Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah Jelebu) 1981 – G.N. 562/1981

 

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1

negeri sembilan tambahan perundangan akta kerajaan tempatan 1976 [akta 171 gn 562/1981 undang-undang kecil mengkompaun kesalahan-kesalahan kerajaan tempatan majlis daerah jelebu 1981 tarikh penyiaran tarikh mula kuat kuasa 25 november 1982 25 november 1982 susunan undang-undang kecil mukadimah 1 nama dan pemakaian 2 kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan orang-orang yang boleh mengkompaun 3 wang yang dikehendaki dipungut dan cara pembayaran 4 borang bagi tawaran mengkompaun jadual

[close]

p. 2

mukadimah pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 102 akta kerajaan tempatan 1976 [akta 171 majlis daerah jelebu telah membuat dan mengikut peruntukan seksyen 103 akta tersebut pihak berkuasa negeri telah mengesahkan undang-undang kecil berikut nama dan pemakaian 1 undang-undang kecil ini bolehlah dinamakan undang-undang kecil mengkompaun kesalahan-kesalahan kerajaan tempatan majlis daerah jelebu 1981 dan hendaklah dipakai hanya bagi majlis daerah jelebu kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan orang-orang yang boleh mengkompaun 2 kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 69 70 74 75 76 78 82 5 91,107,109,140 2 a 160 dan 161 akta itu dan di bawah undang-undang kecil ini boleh dikompaun oleh yang di-pertua majlis daerah jelebu atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa olehnya wang yang dikehendaki dipungut dan cara pembayaran 3 1 jumlah wang yang dikehendaki dipungut bagi mengkompaun suatu kesalahan tidak boleh lebih daripada lima ratus ringgit jika kesalahan itu adalah di bawah akta itu atau tidak boleh lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit jika kesalahan itu adalah di bawah suatu undang-undang kecil 2 pembayaran wang itu mestilah dibuat dengan wang tunai atau kiriman wang wang pos pesanan juruwang pesanan bank atau draf bank yang dibuat untuk dibayar kepada yang di-pertua majlis daerah jelebu dan dipalang dengan perkataan akaun penerima sahaja 3 bayaran boleh diserahkan dengan sendiri kepada orang membuat tawaran mengkompaun tetapi jika bayaran dihantar melalui pos ianya mestilah dialamatkan kepada yang di-pertua majlis daerah jelebu 4 tiap-tiap bayaran yang diterima mestilah dikira sebagai wang kepunyaan majlis daerah jelebu dan suatu resit rasmi mestilah dikeluarkan baginya kepada orang yang telah diberi tawaran mengkompaun itu borang bagi tawaran mengkompaun 4 borang dalam jadual ini hendaklah digunakan bagi membuat suatu tawaran mengkompaun tetapi boleh diubahsuai sebagaimana yang perlu.

[close]

p. 3

jadual undang-undang kecil 4 tawaran mengkompaun suatu kesalahan kepada tuan/puan menurut maklumat/aduan yang diterima saya berpendapat bahawa tuan/puan telah melakukan kesalahan yang berikut peruntuk undang-undang yang berkaitan tarikh waktu tempat butir-butir kesalahan 2 tuan/puan adalah dengan ini dimaklumkan bahawa menurut kuasa yang diberi kepada saya oleh undang-undang kecil mengkompaun kesalahan-kesalahan kerajaan tempatan majlis daerah jelebu 1981 saya bersedia dan dengan ini menawarkan untuk mengkompaun kesalahan itu dengan bayaran wang sebanyak ringgit jika tawaran ini diterima pembayaran mestilah dibuat dengan wang tunai atau dengan kiriman wang wang pos pesanan juruwang pesanan bank atau draf bank yang dibuat untuk dibayar kepada yang di-pertua majlis daerah jelebu dan dipalang dengan perkataan akaun penerima sahaja dan boleh diserahkan dengan sendiri kepada saya di alamat yang berikut pembayaran melalui pos mestilah dialamatkan kepada yang di-pertua majlis daerah jelebu suatu resit rasmi akan dikeluarkan apabila dibayar 3 tawaran ini akan habis tempoh pada jika pembayaran penuh jumlah wang yang dinyatakan di atas diterima pada atau sebelum penutupan urusan pada tarikh tersebut tiada apa-apa langkah pembicaraan selanjutnya akan diambil terhadap tuan/puan berhubung dengan kesalahan itu jika tidak langkahlangkah akan diambil bagi menjalankan pendakwaan tanpa notis selanjutnya bertarikh pada haribulan 19 tandatangan orang yang diberikuasa

[close]

p. 4

untuk ditandatangani oleh orang yang diberikuasa mengkompaun dan nama serta nama jawatannya mestilah dinyatakan di bawah tandatangannya yang di-pertua majlis daerah jelebu jelebu saya merujuk kepada tawaran mengkompaun suatu kesalahan di bawah rujukan dan bertarikh saya terima tawaran itu dan sertakan bersama ini wang tunai kiriman wang/wang pos/pesanan juruwang/pesanan bank/draf bank no sebanyak bagi menjelaskan kompaun itu tandatangan nama huruf besar alamat tarikh copyrights reserved © all rights reserved no part of this publication may be reproduced stored in retrieval system or transmitted in any form or by any means electronic mechanical photocopying recording and/or otherwise without the prior permission of lawnet produced by lawnet percetakan nasional malaysia berhad

[close]

Comments

no comments yet