Undang-undang Kecil Taman (Majlis Daerah Jelebu) 2008 – N.S. P.U. 20/2008

 

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1

negeri sembilan tambahan perundangan akta kerajaan tempatan 1976 [akta 171 n.s p.u 20/2008 undang-undang kecil taman majlis daerah jelebu 2008 tarikh penyiaran tarikh mula kuat kuasa 28 ogos 2008 28 ogos 2008 susunan undang-undang kecil mukadimah bahagian i permulaan 1 tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2 pemakaian 3 tafsiran bahagian ii larangan-larangan di dalam taman 4 kesalahan-kesalahan 5 kemasukan anjing atau binatang lain 6 menjerat atau membunuh binatang dan burung dilarang 7 kenderaan melebihi dua tan dilarang 8 meletak kenderaan sembarangan dilarang bahagian iii penguatkuasaan 9 pengusiran dari taman 10 kuasa menutup taman 11 kuasa penangkapan

[close]

p. 2

12 kuasa menyita bahagian iv am 13 penalti am 14 pendakwaan 15 pengkompaunan kesalahan 16 kuasa pegawai polis di bawah undang-undang kecil ini 17 pemansuhan dan peruntukan peralihan

[close]

p. 3

akta kerajaan tempatan 1976 undang-undang kecil taman majlis daerah jelebu 2008 pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 102f akta kerajaan tempatan 1976 [akta 171 majlis daerah jelebu membuat dan menurut seksyen 103 akta tersebut pihak berkuasa negeri mengesahkan undangundang kecil yang berikut bahagian i permulaan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1 1 undang-undang kecil ini bolehlah dinamakan undang-undang kecil taman majlis daerah jelebu 2008 2 undang-undang kecil ini mula berkuat kuasa pada tarikh ia disiarkan dalam warta pemakaian 2 undang-undang kecil ini hendaklah terpakai hanya bagi kawasan majlis daerah jelebu tafsiran 3 dalam undang-undang kecil ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain kenderaan bermotor ertinya setiap jenis kenderaan yang didorongi oleh jentera mekanisme yang terkandung didalamnya dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan dan termasuklah treler kenderaan tidak bermotor termasuklah basikal basikal beroda tiga kereta sorong beca dan pedati majlis ertinya majlis daerah jelebu pegawai diberi kuasa ertinya mana-mana pegawai yang dilantik oleh majlis dan diberi kuasa secara bertulis oleh majlis bagi maksud undang-undang kecil ini struktur ertinya mana-mana bangunan bangsal gerai papan tanda khemah pondok meja tiang tiang sandar tempat berteduh kepungan beratap manamana sambungan atau mana-mana binaan lain dari apa-apa jua bahan taman termasuklah mana-mana kawasan perumahan taman bunga kawasan lapang siar kaki tasik lorong basikal taman rekreasi atau hiburan atau padang

[close]

p. 4

permainan bulatan lalu lintas batasan tengah sepanjang jalan sisian jalan rizab jalan sungai anak sungai tebing sungai atau sebarang tanah lain yang diselenggara oleh atau di bawah bidang kuasa majlis tumbuh-tumbuhan termasuklah pokok-pokok renik pokok-pokok yang memanjat serta melilit pokok-pokok menjalar pokok-pokok pagar resam bunga-bunga atau rumput halaman yang dipertua ertinya yang dipertua majlis daerah jelebu bahagian ii larangan-larangan di dalam taman kesalahan-kesalahan 4 mana-mana orang di dalam mana-mana taman a mengalih atau mencacatkan apa-apa papan tanda notis atau undangundang kecil yang dipamerkan di dalam taman itu b membawa bersama melekatkan atau menampal sebarang bil pelekat notis sepanduk bendera atau iklan pada atau di atas mana-mana dinding pokok pagar atau struktur c menggunakan apa-apa pelaung pembesar suara sistem yang digunakan untuk bercakap kepada orang ramai atau lampu tumpu d mengalih memindah merosakkan atau mencacatkan mana-mana tempat duduk peralatan tempat permainan kanak-kanak atau peralatanperalatan lain e i menempatkan melonggok atau membuang atau menyebabkan atau membenar ditempatkan dilonggokkan atau dibuangkan apa-apa debu abuk kertas abu bangkai binatang sampah-sarap atau benda buangan ii menjatuhkan menumpahkan atau menaburkan apa-apa abuk pasir tanah batu kelikir tanah gembur batu rumput jerami ketaman abuk papan sampah kebun sampah kandang ternakan sampah perdagangan baja sampah-sarap atau apa-apa benda atau bahan buangan lain atau g menunggang menolak atau membawa masuk kenderaan tidak bermotor atau memandu kenderaan bermotor di atas mana-mana kawasan berumput atau lorong pejalan kaki h berjalan di atas mana-mana batas-batas bunga atau rumpun-rumpun pokok renek f memanjat mana-mana dinding pagar struktur atau pokok iii membuang atau meninggalkan apa-apa botol gelas tin pembalut makanan sisa-sisa makanan atau apa-apa artikel atau benda lain daripada kenderaan bermotor yang bergerak atau tidak bergerak atau dengan apa-apa cara lain;

[close]

p. 5

i memotong mengalih merosak atau memusnahkan mana-mana pokok bunga tempat duduk tumbuh-tumbuhan atau pokok j memindah mana-mana tanah berumput atau mengorek mana-mana tanah k membaling atau membuang mana-mana batu atau pelempar lain l mandi di dalam mana-mana kolam tasik atau anak sungai kecuali di mana-mana tempat mandi yang telah ditetapkan oleh majlis bagi tujuan sedemikian m mengalir atau menyebabkan dialir apa-apa benda buangan atau cecair buangan daripada mana-mana premis ke dalam sesebuah kolam tasik atau anak sungai di dalam taman dan yang mencemar atau mungkin mencemarkan kolam tasik atau anak sungai itu n menggunakan sampan atau kenderaan air yang lain atau memancing atau mengadakan sebarang jenis sukan air di dalam mana-mana kolam tasik atau anak sungai kecuali dengan kebenaran bertulis majlis atau mengganggu dengan apa-apa cara pun akan aliran air daripada mana-mana kolam tasik atau anak sungai yang melimpahi alur air o menyalakan api atau membakar bunga api atau mercun atau melepaskan tembakan tanpa kebenaran yang sah mana-mana senjata api atau senapang angin tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada majlis terlebih dahulu p menerbangkan mana-mana layang-layang atau bermain mana-mana permainan bola kecuali di tempat-tempat yang diperuntukkan dengan nyata bagi permainan itu q berumur melebihi 12 tahun menggunakan peralatan permainan kanakkanak r membasuh atau mengeringkan apa-apa benda atau memukul manamana hamparan atau tikar s mendirikan apa-apa struktur tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada majlis terlebih dahulu t mempamerkan mendedahkan untuk jualan atau menjual atau menjaja apa-apa barang benda atau makanan atau minuman kecuali di tempattempat tertentu dan di upacara tertentu yang boleh diluluskan oleh majlis u berkhutbah bersyarah atau menyampaikan apa-apa ucapan di hadapan khalayak ramai atau berkumpul di dalam taman bagi maksud mengadakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa perjumpaan agama politik atau mana-mana perjumpaan lain atau membuat manamana demonstrasi tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada majlis terlebih dahulu v menghalang mana-mana pegawai diberi kuasa atau pekerja majlis dalam menjalankan dan melaksanakan tugasnya;

[close]

p. 6

w melibatkan diri dalam menjaga atau membasuh mana-mana kenderaan bermotor tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada majlis terlebih dahulu atau x bermain bola sepak golf hoki atau ragbi di tempat yang bukan ditetapkan oleh majlis untuk permainan itu adalah melakukan suatu kesalahan kemasukan anjing atau binatang lain 5 tiada seorang pun boleh menyebabkan atau membiarkan mana-mana anjing atau binatang lain kepunyaannya atau di bawah jagaannya masuk atau berada di mana-mana taman kecuali anjing itu dirantai atau dikawal dengan sesuai olehnya menjerat atau membunuh binatang dan burung adalah dilarang 6 1 tiada seorang pun di dalam mana-mana taman a boleh menjerat atau membunuh binatang serangga ikan atau burung dalam sesuatu taman atau b boleh memiliki apa-apa alat atau perkakas bagi memerangkap binatang serangga ikan atau burung 2 mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh merampas alat atau perkakas seperti itu daripada mana-mana orang yang berada atau dijumpai di dalam taman kenderaan melebihi dua tan dilarang 7 1 tiada kenderaan bermotor selain kepunyaan kerajaan atau badan-badan berkanun yang mempunyai berat muatan lebih daripada dua tan metrik boleh di bawa masuk ke dalam mana-mana taman tanpa kebenaran bertulis daripada majlis 2 mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh mengalihkan mana-mana kenderaan bermotor yang melanggar peruntukan perenggan 1 dan menahan kenderaan bermotor itu di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh majlis 3 tiap-tiap kenderaan bermotor yang ditahan adalah di bawah risiko pemunya kenderaan tersebut meletak kenderaan sembarangan dilarang 8 1 tiada kenderaan bermotor atau kenderaan tidak bermotor boleh diletakkan di mana-mana tempat di dalam mana-mana taman kecuali di tempat yang disediakan oleh majlis bagi meletak kenderaan bermotor atau tidak bermotor itu.

[close]

p. 7

2 jika sebuah kenderaan bermotor diletakkan di mana-mana tempat di dalam taman selain tempat yang disediakan untuk meletak kenderaan bermotor dan pemandu atau orang yang berkuasa menjaga atau mengawal kenderaan bermotor itu tidak diketahui atau tidak dapat dipastikan tuan punya berdaftar kenderaan bermotor itu hendaklah dianggap melainkan jika dibuktikan sebaliknya sebagai melanggar perenggan 1 bahagian iii penguatkuasaan pengusiran dari taman 9 1 mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang kecil ini boleh diperintahkan keluar dari mana-mana taman oleh mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor dan tidak boleh dibenarkan masuk kemudiannya 2 mana-mana orang yang enggan mematuhi perintah itu bolehlah dikeluarkan dengan cara paksa oleh mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor kuasa menutup taman 10 majlis boleh menutup mana-mana taman atau mana-mana bahagian taman itu pada bila-bila masa kuasa penangkapan 11 1 mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang a yang semunasabahnya dipercayai olehnya telah melakukan suatu kesalahan di bawah undang-undang kecil ini atau b yang enggan memberikan nama dan alamatnya apabila diminta atau jika ada sebab untuk meragui ketepatan nama dan alamat yang diberikan 2 seseorang yang ditangkap di bawah undang-undang kecil ini hendaklah dibawa ke balai polis dan hendaklah dibawa ke hadapan seorang majistret dalam masa dua puluh empat jam melainkan jika sebelum dari masa itu nama dan kediamannya yang sebenarnya telah dapat ditentukan dan dalam hal yang sedemikian orang itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk hadir di hadapan seorang majistret jika dikehendaki sedemikian.

[close]

p. 8

3 apabila mana-mana orang sedemikian dibawa ke hadapan seorang majistret majistret itu boleh sama ada menghendaki dia menyempurnakan suatu bon dengan atau tanpa penjamin untuk hadir di hadapan seorang majistret sekiranya dikehendaki atau boleh memerintahkan supaya dia ditahan dalam jagaan sehingga dia dapat dibicarakan kuasa menyita 12 1 mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menyita atau mengalihkan apa-apa barang atau benda yang menyalahi undang-undang kecil ini dengan risiko ditanggung oleh pemunya 2 jika apa-apa benda atau barang yang disita di bawah perenggan 1 adalah daripada jenis yang mudah rosak atau yang mengikut sifatnya lekas rosak atau jika penjagaan benda atau barang itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah atau dipercayai akan menghalang atau membahayakan orang ramai pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan supaya benda atau barang itu dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh majlis 3 seseorang yang ada apa-apa tuntutan ke atas mana-mana benda atau barang disita di bawah perenggan 1 selain benda atau barang yang dilupuskan di bawah perenggan 2 boleh menuntut benda atau barang itu daripada majlis dalam tempoh minima tujuh hari bekerja atau maksima satu bulan dari tarikh benda atau barang itu disita tertakluk kepada apa-apa syarat dan pembayaran yang dikenakan oleh majlis dengan syarat bahawa jika sekiranya tiada apa-apa tuntutan dibuat ke atas mana-mana barang atau benda yang telah disita atau dipindahkan dalam tempoh satu bulan majlis boleh melupuskan barang-barang atau benda itu mengikut cara yang difikirkan patut oleh majlis 4 majlis atau mana-mana pegawai diberi kuasa itu tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan walau apa pun sebabnya dalam kualiti apa-apa benda atau barang yang disita di bawah undang-undang kecil ini bahagian iv am penalti am 13 seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah undang-undang kecil ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau di penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

[close]

p. 9

pendakwaan 14 tiada pendakwaan boleh dimulakan terhadap kesalahan di bawah undangundang kecil ini kecuali oleh atau dengan keizinan pendakwa raya pengkompaunan kesalahan 15 1 yang dipertua boleh mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah undang-undang kecil ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu kepada yang dipertua 2 sesuatu tawaran di bawah perenggan 1 boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang boleh dibenarkan oleh yang dipertua pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat 3 jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah perenggan 1 a tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan b apa-apa barang atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan segera tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut 4 apa-apa wang yang telah dibayar kepada yang dipertua hendaklah dibayar ke dalam dan merupakan sebahagian daripada kumpulan wang yang diwujudkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan kerajaan tempatan kuasa pegawai polis di bawah undang-undang kecil ini 16 tiada apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang kecil ini boleh mengurangkan kuasa seseorang pegawai polis untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah undang-undang kecil ini pemansuhan dan peruntukan peralihan 17 1 undang-undang kecil taman pihak berkuasa tempatan negeri sembilan 1997 [n.s p.u 13/1997 adalah dimansuhkan.

[close]

p. 10

2 apa-apa notis perintah kompaun lesen atau dokumen yang dibuat atau dikeluarkan di bawah undang-undang kecil yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibuat atau dikeluarkan di bawah undang-undang kecil ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan dibuat 18 julai 2008 [sukns.200058/5/2 klt.6 puns 100/3/9 ibrahim bin hassan yang dipertua majlis daerah jelebu disahkan 29 julai 2008 zaidi bin johari setiausaha majlis mesyuarat kerajaan negeri sembilan copyrights reserved © all rights reserved no part of this publication may be reproduced stored in retrieval system or transmitted in any form or by any means electronic mechanical photocopying recording and/or otherwise without the prior permission of lawnet produced by lawnet percetakan nasional malaysia berhad

[close]

Comments

no comments yet