Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Akta 171

 

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1

undang-undang malaysia cetakan semula akta 171 akta kerajaan tempatan 1976 mengandungi segala pindaan hingga 1 januari 2006 diterbitkan oleh pesuruhjaya penyemak undang-undang malaysia di bawah kuasa akta penyemakan undang-undang 1968 secara usaha sama dengan percetakan nasional malaysia bhd 2006

[close]

p. 2

2 undang-undang malaysia akta 171 akta kerajaan tempatan 1976 tarikh perkenan diraja 18 mac 1976 25 mac 1976 tarikh penyiaran dalam warta cetakan semula yang terdahulu cetakan semula yang pertama 1998 cetakan semula yang kedua 2001

[close]

p. 3

kerajaan tempatan undang-undang malaysia akta 171 akta kerajaan tempatan 1976 3 susunan seksyen bahagian i permulaan seksyen 1 2 tajuk ringkas pemakaian dan permulaan kuat kuasa tafsiran bahagian ii pentadbiran pihak berkuasa tempatan 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 pengisytiharan dan penetapan taraf kawasan pihak berkuasa tempatan penukaran nama dan taraf dan pengubahan sempadan percantuman dua atau lebih pihak berkuasa tempatan pewarisan hak tanggungan dan kewajipan akta ini dipeluas ke kawasan bukan pihak berkuasa tempatan pentadbiran kawasan pihak berkuasa tempatan kuasa pihak berkuasa negeri untuk memberi arahan anggota majlis pengakuan oleh anggota majlis sebelum memegang jawatan anggota majlis dikecualikan daripada berkhidmat sebagai pengapit hakim atau anggota juri pihak berkuasa tempatan adalah perbadanan meterai perbadanan peruntukan berhubungan dengan pilihanraya kerajaan tempatan terhenti mempunyai kesan

[close]

p. 4

4 undang-undang malaysia bahagian iii pegawai dan pekerja pihak berkuasa tempatan akta 171 seksyen 16 17 18 senarai jawatan kuasa pihak berkuasa tempatan bagi mengadakan tatatertib dsb bagi pegawainya kumpulan wang bekal tua atau kumpulan wang simpanan bahagian iv penjalanan urusan 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 pejabat pihak berkuasa tempatan mesyuarat biasa mesyuarat khas notis mengenai mesyuarat mesyuarat pihak berkuasa tempatan hendaklah terbuka kepada orang ramai kuorum pengerusi mesyuarat undi lebih suara memutuskan minit hendaklah disimpan mengenai segala perjalanan pelantikan jawatankuasa perintah tetap untuk mengawal selia perjalanan pihak berkuasa tempatan kuasa luar biasa dalam perkara kecemasan keesahan perbuatan pegawai pihak berkuasa tempatan pengesahan dan penyempurnaan dokumen pengecualian anggota majlis dsb daripada tanggungan sendiri hilang upaya anggota majlis bagi mengundi oleh kerana ada mempunyai kepentingan dalam kontrak dsb sekatan kontrak cara menyempurnakan kontrak lebih daripada sepuluh ribu ringgit pekerja tidak boleh mempunyai kepentingan dalam kontrak

[close]

p. 5

kerajaan tempatan bahagian v peruntukan am kewangan seksyen 5 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 hasil pihak berkuasa tempatan kumpulan wang pihak berkuasa tempatan kuasa pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pinjaman kuasa pihak berkuasa tempatan mengeluarkan gadai janji atau stok debentur dan membuat peraturan-peraturan mengenainya notis mengenai amanah gadaian atau kepentingan lain tidak boleh diterima sekuriti hendaklah menjadi pelaburan amanah remedi kerana mungkir kuasa meminjam bagi maksud khas pinjaman oleh kerajaan pinjaman menjadi tanggungan pertama atas hasil dan aset pendahuluan dengan cara overdraf kumpulan wang penjelas pihak berkuasa negeri boleh memberi arahan mengenai kumpulan wang penjelas kumpulan wang pembaharuan dan insurans bahagian vi akaun dan audit 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 akaun hendaklah disimpan tahun kewangan anggaran tahunan hendaklah diluluskan dan dipersetujui anggaran tambahan perbelanjaan tidak boleh dilakukan melainkan jika dimasukkan dalam anggaran pindah peruntukan bentuk anggaran pengauditan akaun kuasa mengambil keterangan saraan juruaudit

[close]

p. 6

6 undang-undang malaysia bahagian vii tempat awam akta 171 seksyen 63 64 65 66 67 68 pengawalan tempat awam dsb kuasa untuk mengadakan tempat awam dsb yang baru dan membesarkannya kuasa sementara untuk menutup tempat awam kuasa untuk mendirikan bangunan awam di tempat awam terbuka syarat dan sekatan mengenai penutupan lebuh dsb menamakan tempat awam dsb bahagian viii pencemaran anak sungai 69 70 71 melakukan kacau ganggu dalam anak sungai dsb pencemaran anak sungai dengan sampah perdagangan dsb pihak berkuasa tempatan boleh menuntut belanja bagi kerja yang dilakukan bahagian ix makanan pasar kebersihan dan kacau ganggu 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 kuasa undang-undang kecil rumah dsb kotor kuasa untuk memasuki dan mencuci rumah atau bangunan memusnahkan tikus menutup dan meruntuhkan dsb tempat kediaman yang tidak bersih rumah yang diduduki dengan penuh sesak bila rumah disifatkan sebagai penuh sesak kacau ganggu hendaklah dihapuskan kacau ganggu yang tindakan secara terus boleh diambil atasnya di bawah akta ini notis menghendaki kacau ganggu dihapuskan perintah untuk meruntuhkan rumah yang tidak layak untuk kediaman kuasa untuk mengambil tindakan jika sebab kacau ganggu terbit di luar kawasan pihak berkuasa tempatan

[close]

p. 7

kerajaan tempatan bahagian x perkhidmatan bomba seksyen 7 85­93 dipotong bahagian xi tempat perkuburan membakar mayat dan mengeluarkan mayat dari kubur 94 95 96 97 98 99 100 pihak berkuasa tempatan boleh mengadakan tanah perkuburan dan tempat membakar mayat dan mengeluarkan lesen untuknya penalti bagi pengkebumian yang menyalahi undang-undang kuasa untuk menutup tanah perkuburan dan tempat membakar mayat penggalian mayat kuasa untuk membuat undang-undang kecil menyimpan daftar undang-undang bertulis lain tidak dipakai bahagian xii kuasa tambahan pihak berkuasa tempatan 101 kuasa tambahan pihak berkuasa tempatan bahagian xiii undang-undang kecil 102 kuasa am untuk membuat undang-undang kecil 102a undang-undang kecil dll boleh menetapkan bayaran dan caj 103 104 105 106 undang-undang kecil hendaklah disahkan oleh pihak berkuasa negeri penalti kerana melanggar undang-undang kecil kuasa untuk meminta pemohon permit membayar wang deposit penyiaran undang-undang kecil kaedah atau peraturan dalam warta adalah menjadi notis

[close]

p. 8

8 undang-undang malaysia bahagian xiv pelbagai akta 171 seksyen 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 lesen notis dsb kemungkiran mematuhi notis atau perintah kuasa untuk memasuki premis pegawai boleh meminta nama dan alamat diberikan penalti kerana menghalang anggota majlis dan lain-lain mendapatkan belanja belanja dan kos kena dibayar oleh pemunya mendapatkan belanja atau kos daripada orang yang tidak menjalankan kerja mendapatkan caj bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan mendapatkan wang secara ansuran pampasan ganti rugi dan kos hendaklah diputuskan oleh mahkamah yang berbidang kuasa layak penalti am pihak berkuasa tempatan boleh mengarahkan pendakwaan kuasa menangkap buku pihak berkuasa tempatan adalah keterangan prima facie mengenai jumlah wang yang kena dibayar tanggungan terhadap perbuatan dan ketinggalan akta perlindungan pihak berkuasa awam 1948 perlindungan bagi anggota majlis pegawai dan pekerja daripada tanggungan sendiri pegawai adalah pekhidmat awam bahagian xv kadar dan nilaian 127 128 129 130 kuasa untuk mengenakan kadar kadar tambahan membahagikan kawasan dan pegangan bagi maksud kadar asas taksiran kadar

[close]

p. 9

kerajaan tempatan seksyen 9 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162 163 164 dipotong kadar perparitan lamanya tempoh kadar pengecualian dari kadar pengecualian atau pengurangan kadar kadar minimum yang kena dibayar menyediakan senarai nilaian perihal jika nama pemunya tidak diketahui nilaian bersama atau berasingan penyata boleh dikehendaki notis mengenai senarai nilaian baru hendaklah disiarkan bantahan mengesahkan senarai nilaian baru pindaan kepada senarai nilaian rayuan kadar hendaklah menjadi tanggungan pertama tindakan jika kadar tidak dibayar tindakan untuk menuntut tunggakan jualan harta yang ditahan menggunakan hasil jualan menahan dan menjual pegangan menuntut kos kuasa untuk memberhentikan jualan bantahan terhadap tahanan menuntut kadar yang telah dibayar oleh penduduk tunggakan boleh didakwa sebagai hutang keterangan mengenai kadar taksiran dsb yang tidak mengikut bentuk cara tidak boleh dicabar tanggungan pemunya atas pemecah bahagian atau penyatuan pegangan notis mengenai pindah milik pegangan berkadar notis mengenai bangunan baru pulangan balik mengenai bangunan yang tidak diduduki peruntukan bagi mengkadar bangunan di atas tanah kerajaan negeri atau tanah yang dirizabkan kecualian

[close]

p. 10

10 undang-undang malaysia bahagian xvi peruntukan khas akta 171 seksyen 165 166 pemindahan tugas pemansuhan j adual pertama j adual k edua

[close]

p. 11

kerajaan tempatan undang-undang malaysia akta 171 akta kerajaan tempatan 1976 11 suatu akta bagi menyusun semula dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan [lihat lampiran bahawasanya adalah suai manfaat dibuat suatu undang-undang berkenaan dengan kerajaan tempatan bagi maksud hanya untuk menentukan persamaan undang-undang dan dasar oleh y ang d emikian menurut peruntukan-peruntukan fasal 4 perkara 76 perlembagaan maka inilah diperbuat undang-undang oleh seri paduka baginda yang di-pertuan agong dengan nasihat dan persetujuan dewan negara dan dewan rakyat yang bersidang dalam parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti yang berikut bahagian i permulaan tajuk ringkas pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1 1 akta ini bolehlah dinamakan akta kerajaan tempatan 1976 dan hendaklah terpakai hanya bagi semenanjung malaysia sahaja 2 akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di sesuatu negeri pada tarikh yang ditetapkan berhubungan dengan negeri itu oleh pihak berkuasa negeri selepas berunding dengan menteri melalui pemberitahuan dalam warta dan pihak berkuasa negeri boleh selepas berunding dengan menteri menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan akta ini yang berlainan dan boleh menguatkuasakan semua atau mana-mana daripada peruntukan akta ini sama ada di seluruh negeri itu atau di manamana bahagian atau bahagian-bahagian negeri itu sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.

[close]

p. 12

12 undang-undang malaysia akta 171 3 walau apa pun peruntukan subseksyen 2 berhubungan dengan wilayah persekutuan akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta 4 pihak berkuasa negeri boleh walau apa pun subseksyen 2 melalui pemberitahuan dalam warta mengecualikan sesuatu kawasan dalam mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada semua atau mana-mana peruntukan akta ini atau daripada mana-mana undang-undang kecil 5 jika dalam sesuatu pemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen 2 adalah dinyatakan bahawa bahagian atau bahagianbahagian daripada akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pihak berkuasa negeri boleh menyatakan dalam pemberitahuan itu juga peruntukan manakah daripada undang-undang yang disebutkan dalam seksyen 166 yang hendak dimansuhkan tafsiran 2 dalam akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain ahli majlis berhubungan dengan sesuatu pihak berkuasa tempatan ertinya seseorang yang dilantik di bawah akta ini untuk berkhidmat dalam pihak berkuasa tempatan itu dan termasuklah datuk bandar atau yang dipertuanya bangunan termasuklah sesebuah rumah pondok syed atau kepungan beratap sama ada digunakan bagi maksud kediaman manusia atau selainnya dan juga sesuatu tembok pagar pelantar tangki bawah tanah pementasan get tiang pilar paling bingkai papan dendeng pelancar limbungan dermaga tembok sambut jeti pentas pengkalan kolam renang jambatan landasan keretapi talian penghantaran kabel talian redifusyen talian paip atas atau bawah tanah atau apa-apa lain rangka bina tupang atau asas bangunan sementara ertinya bangunan yang dikelaskan sebagai bangunan sementara di bawah undang-undang kecil bangunan;

[close]

p. 13

kerajaan tempatan 13 datuk bandar ertinya orang yang pada masa ini menjalankan kewajipan jawatan datuk bandar sesuatu majlis bandaraya dengan sah di sisi undang-undang dan termasuklah timbalan datuk bandar dokumen hakmilik ertinya geran pajakan tanah kerajaan sijil hakmilik hakmilik bersyarat catatan dalam daftar mukim pajakan lombong atau sijil perlombongan dan dokumen lain yang membuktikan hakmilik atau pendaftaran tanah yang disimpan oleh pendaftar hakmilik atau pemungut hasil tanah kacau ganggu ertinya sesuatu perbuatan peninggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana kegusaran kesalahan kerosakan bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan bau atau pendengaran atau yang membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejas keselamatan atau hak penduduk umumnya kemajuan berhubungan dengan sesuatu pegangan ertinya segala kerja yang dibuat atau segala bahan yang digunakan pada bila-bila masa pada atau untuk faedah pegangan itu oleh pemunya atau penduduknya dengan menggunakan modal atau tenaga diri setakat mana kerja yang dibuat atau bahan yang digunakan itu berkesan untuk menambah nilai pegangan itu kumbahan mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah akta perkhidmatan pembetungan 1993 [akta 508 lebuh termasuklah sesuatu jalan medan siar kaki jalan lalu atau jalan susur sama ada jalan tembus atau tidak di atas mana orang ramai berhak lalu dan juga jalan di atas sesuatu jambatan dan juga termasuklah sesuatu jalan siar kaki atau jalan lalu halaman terbuka atau jalan kecil terbuka yang digunakan atau dicadang untuk digunakan sebagai suatu jalan masuk kepada dua buah pegangan atau lebih sama ada orang ramai berhak lalu di atasnya atau tidak dan semua saluran parit dan longkang di sisi mana-mana lebuh hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada lebuh itu majlis bandaraya ertinya majlis mana-mana perbandaran yang telah diberi taraf bandaraya;

[close]

p. 14

14 undang-undang malaysia akta 171 nilai tahunan ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan insurans penyenggaraan atau pemeliharaan dan segala kadar dan cukai awam dengan syarat bahawa a pada menganggar nilai tahunan tiada apa-apa perkiraan boleh diambil tentang apa-apa sekatan atau kawalan ke atas sewa setakat mana sekatan atau kawalan itu menghadkan sewa yang mungkin dikehendaki oleh seseorang tuan tanah atau dituntut daripada seseorang penyewa sesuatu pegangan b pada menganggar nilai tahunan sesuatu pegangan yang ada pada atau di atasnya apa-apa jentera yang digunakan bagi mana-mana atau semua daripada maksud yang berikut i membuat apa-apa benda atau sebahagian daripada sesuatu benda ii mengubah membaiki menghiasi atau menyiapkan apa-apa benda iii menyesuaikan apa-apa benda untuk jualan nilai tambahan yang diberi kepada pegangan itu oleh sebab adanya jentera itu tidak boleh diambil kira dan bagi maksud perenggan ini jentera termasuklah enjin stim dandang atau lain-lain kuasa gerak yang berkaitan dengan jentera itu c mengenai mana-mana tanah i yang sebahagiannya diduduki atau sebahagiannya ada apa-apa binaan di atasnya ii yang kosong tidak diduduki atau tidak ada apa-apa binaan di atasnya iii yang ada di atasnya suatu bangunan yang belum siap atau iv yang ada di atasnya suatu bangunan yang telah diperakui oleh pihak berkuasa tempatan sebagai ditinggalkan atau buruk atau tidak layak untuk kediaman manusia nilai tahunan mengenai subperenggan i ialah sama ada nilai tahunan sebagaimana ditakrifkan di dalam ini sebelum

[close]

p. 15

kerajaan tempatan 15 daripada ini atau sepuluh peratus dari nilainya dalam pasaran terbuka mengikut budi bicara mutlak pegawai penilai dan mengenai subperenggan ii iii dan iv nilai tahunan ialah sepuluh peratus dari nilainya dalam pasaran terbuka seolah-olah berhubungan dengan subperenggan iii dan iv ia adalah tanah kosong tanpa apa-apa bangunan di atasnya dan dalam segala hal pihak berkuasa tempatan boleh dengan kelulusan pihak berkuasa negeri mengurangkan peratus itu hingga minimum lima peratus d jika berkenaan dengan sesuatu pegangan tertentu pegawai penilai berpendapat bahawa tidak ada keterangan yang cukup untuk membolehkan suatu penilaian dibuat berasaskan keterangan itu tentang nilai tahunan pegawai penilai boleh menggunakan apa-apa cara penilaian yang pada pendapatnya sesuai untuk menentukan nilai tahunan nilai tambah pegangan ertinya harga yang seorang pemunya sanggup dan tidak berkewajipan untuk menjual boleh mengharap secara berpatutan mendapat daripada seorang pembeli yang sanggup membeli dengannya pemunya itu sedang berunding tentang penjualan dan pembelian pegangan itu pasar ertinya sesuatu tempat awam yang biasanya digunakan untuk menjual haiwan atau daging ikan buah-buahan sayur-sayuran atau lain-lain barang makanan manusia yang mudah musnah dan untuk menjual apa-apa pakaian atau lain-lain barang dagangan dan termasuklah semua tanah dan premis yang digunakan dengan apaapa cara bersama-sama berkenaan atau bersangkutan dengannya pegangan ertinya mana-mana tanah yang ada atau tidak ada bangunan di atasnya yang dipegang di bawah suatu dokumen hakmilik yang berasingan dan mengenai bangunan yang dipecah bahagi ertinya harta bersama dan mana-mana petaknya dan mengenai pulau pinang dan melaka pegangan termasuklah mesuaj bangunan isemen dan hereditamen dari apa-apa pemegangan sama ada terdedah atau terkepung sama ada bangunan ada di atasnya atau tidak sama ada awam atau persendirian dan sama ada disenggara di bawah pihak berkuasa berkanun atau tidak;

[close]

Comments

no comments yet