Pemikiran Aras Tinggi

Embed or link this publication

Description

untuk matematik dan sains

Popular Pages


p. 1

draf membudayakan kemahiran berfikir 2012

[close]

p. 2

draf cetakan pertama 2012 © bahagian pembangunan kurikulum kementerian pelajaran malaysia 2012 tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik fotokopi mekanik rakaman atau lain-lain cara sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah bahagian pembangunan kurikulum kementerian pelajaran malaysia aras 4-8 blok e9 kompleks kerajaan parcel e pusat pentadbiran kerajaan persekutuan 62604 putrajaya isdn 2

[close]

p. 3

draf kandungan pendahuluan pengenalan objektif buku bagaimana hendak menggunakan buku ini bahagian 1 kemahiran berfikir bahagian 2 peta pemikiran 2.1 peta bulatan 2.2 peta buih 2.3 peta buih berganda 2.4 peta pokok 2.5 peta dakap 2.6 peta alir 2.7 peta pelbagai alir 2.8 peta titi 2.9 bingkai rujukan bahagian 3 pembudayaan program i-think bahagian 4 kemahiran berfikir aras tinggi bahagian 5 fakta dan mitos panel penggubal rujukan muka surat 3 4 5 5 6 9 10 12 14 16 18 20 22 24 26 25 38 39 45 46 3

[close]

p. 4

draf 80 daripada informasi yang diterima oleh otak adalah dalam bentuk visual 40 daripada saraf gentian dalam badan yang disambung ke bahagian otak adalah dihubungkan dengan retina 36,000 mesej dalam bentuk visual dapat diterima oleh mata dalam masa satu jam -eric jensen brain based learning 4

[close]

p. 5

draf pendahuluan pencapaian malaysia dalam trends in mathematics and science study timss tahun 2007 adalah pada kedudukan ke-20 bagi matematik dan ke-21 bagi sains dalam kalangan 49 buah negara manakala laporan program for international student assessment pisa tahun 2009 menunjukkan prestasi malaysia berada pada kedudukan ke-57 bagi matematik ke-55 bagi sains dan ke-52 bagi kefahaman dalam kalangan 74 negara dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh perunding kestrel education uk dan 21 century schools usa pada 2 november 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di malaysia amat rendah kementerian pelajaran malaysia kpm telah mula memperkenalkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis di dalam program kemahiran berfikir kreatif dan kritis kbkk pada tahun 1994 guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir walau bagaimanapun dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru kurang kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka pengajaran di dalam bilik darjah banyak berpusatkan kepada guru dan menjurus ke arah persediaan peperiksaan kesemua dapatan ini telah mendorong pihak kpm memantapkan lagi usaha ke arah menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif usaha ini adalah bagi menghadapi cabaran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang mampu berfikir pada aras tinggi dengan itu kpm telah bekerjasama dengan agensi inovasi malaysia di bawah jabatan perdana menteri melaksanakan program i-think dengan merintis 10 buah sekolah di malaysia program ini diperluaskan kepada 1,000 buah sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya kesemua sekolah pada tahun 2014 5

[close]

p. 6

draf program i-think adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi abjad `i bermaksud inovasi dan `think pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid program ini telah dilaksanakan secara rintis di 10 buah sekolah 6 sekolah rendah 4 sekolah menengah berikut 1 sekolah kebangsaan kiaramas wilayah persekutuan kuala lumpur 2 sekolah jenis kebangsaan tamil port dickson negeri sembilan 3 sekolah jenis kebangsaan cina wen hua melaka 4 sekolah kebangsaan paya pulai pahang 5 sekolah kebangsaan tan sri datuk haji mohamed padawan kuching sarawak 6 sekolah kebangsaan pusat bukit besar terengganu 7 sekolah menengah kebangsaan kota marudu marudu sabah 8 sekolah menengah kebangsaan convent m muar johor 9 sekolah menengah kebangsaan tun hussein onn pulau pinang 10 sekolah menengah kebangsaan gaal pasir puteh kelantan pelaksanaan program i-think di sekolah rintis telah dilaksanakan selama 6 bulan iaitu pada bulan januari hingga bulan jun 2012 kajian rintis telah dilaksanakan pada bulan julai hingga september 2012 oleh pihak universiti putra malaysia selain daripada pemantauan yang telah dilaksanakan oleh jawatankuasa program i-think kpm bersama jabatan pelajaran negeri jpn 6

[close]

p. 7

draf buku ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid di sekolah sebagai bahan rujukan bagi pelaksanaan program i-think bagaimana menggunakan buku ini kandungan buku ini terdiri daripada lima bahagian bahagian 1 bahagian ini memberi gambaran secara jelas tentang membudayakan kemahiran berfikir agar dapat membantu guru dan murid untuk memahami secara mendalam tentang program i-think bahagian 2 bahagian ini memperkenalkan lapan peta pemikiran yang digunakan dalam program i-think setiap peta disertakan dengan proses pemikiran langkah penggunaannya kata kunci dan dua contoh hasil kerja murid dari sekolah rintis satu penerangan tentang penggunaan bingkai rujukan turut disertakan penerangan mengenai peta pemikiran merujuk kepada hyerle d yeager c 2007 thinking maps a language for learning us thinking maps incorporated dan nota yang dibekalkan oleh kestrel education uk bahagian 3 peranan pentadbir guru dan murid dalam melaksanakan program i-think dihuraikan di dalam bahagian ini bahagian 4 kemahiran berfikir aras tinggi dan menaakul diterangkan dalam bahagian ini dengan menggunakan taksonomi bloom dan nota yang dibekalkan oleh kestrel education uk beberapa contoh penyoalan dan tips penyoalan berkesan juga disertakan bahagian 5 bahagian ini menjelaskan fakta dan mitos perihal program i-think di sekolah 7

[close]

p. 8

draf 8

[close]

p. 9

draf bahagian 1 membudayakan kemahiran berfikir k emahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea yang bernas membuat keputusan dan menyelesaikan masalah kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran kritis dan kemahiran kreatif kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi penaakulan membantu dalam membuat pertimbangan secara logik rasional adil dan saksama semasa menggunakan kemahiran kreatif dan kritis ppk 1999 rajah 1 rajah 1 model kbsb dalam sains 9

[close]

p. 10

draf bagaimana hendak membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid proses berfikir menjadi satu budaya apabila guru dan murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menaakul semasa pengajaran dan pembelajaran alat berfikir membantu guru dan murid melaksanakn aktiviti kemahiran berfikir dan menaakul pembudayaan kemahiran berfikir dilaksanakan dengan langkah berikut 1 memberi kesedaran 2 perubahan set minda 3 amalan 1 memberi kesedaran semua pihak termasuk pegawai di kpm perlu diberi pendedahan mengenai program i-think kesedaran dalam mengajar dan belajar berfikir ini diberi melalui taklimat atau kursus dengan itu semua pihak mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama jurulatih kebangsaan program i-think di bahagian kpm jpn ppd ipgk dan sekolah telah dilatih oleh pihak kestrel education united kingdom jurulatih kebangsaan sekolah melatih pasukan pemandu setiap sekolah latihan ini dilaksanakan secara berperingkat seperti rajah 2 berikut kursus pasukan pemandu sekolah ithink dilatih oleh juk kursus dalaman kepada guru-guru sekolah pelaksanaan program i-think di sekolah kursus i-think kepada guru baru/guru ganti/guru pelatih kursus pengukuhan program i-think memperkenalkan peta pemikiran kepada murid pemantauan berkala program ithink laporan dan penilaian program i-think pelaksanaan program i-think berterusan kpm jpn ppd jnjk pentadbir sekolah rajah 2 kesedaran program i-think di sekolah 10

[close]

p. 11

draf program i-think diperkenalkan menggunakan pendekatan seluruh sekolah whole school approach di mana latihan diberi kepada pentadbir guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dengan itu guru dan murid mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama penglibatan ibu bapa juga menyokong kepada pendekatan ini 2 perubahan set minda pentadbir guru dan murid peru bersedia untuk berubah dalam pengajaran dan pembelajaran perubahan memerlukan kerjasama semua pihak perubahan set minda mengenai program i-think dilaksanakan melalui kempen latihan taklimat dan mesyuarat sekolah juga boleh mempamerkan banner carta dan hasil tugasan pengajaran dan pembelajaran i-think di sekeliling sekolah ibubapa juga terlibat secara langsung dalam melaksanakan program i-think melalui pibg 3 amalan pelbagai alat berfikir seperti peta pemikiran peta minda dan 6 thinking hats digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid untuk berfikir dan membuat penaakluan kemahiran berfikir akan menjadi amalan apabila guru dan murid menggunakan dalam bilik darjah melalui aktiviti yang memerlukan penyoalan aras tinggi inkuiri serta berpusatkan murid dengan menggunakan alat berfikir guru sebagai fasilitator menggalakkan murid menyoal semasa aktiviti dalam bilik darjah murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran masing-masing 11

[close]

p. 12

draf adakah satu alat dapat menyelesaikan pelbagai masalah setiap masalah dapat diatasi dengan menggunakan alat yang sesuai senario ini juga berlaku di dalam bilik darjah pengajaran dan pembelajaran memerlukan beberapa pendekatan yang berlainan untuk disesuaikan dengan tajuk dan tahap murid antara alat berfikir yang boleh digunakan adalah 1 edward de bono six thinking hats 2 peta minda tony buzan 3 diagram tulang ikan ishikawa 4 analisis swot 5 carta t 6 carta y 7 diagram lotus 8 peta pemikiran bagi program i-think peta pemikiran diperkenalkan peta pemikiran bukan kurikulum yang baru tetapi merupakan alat berfikir yang membolehkan guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna 12

[close]

p. 13

draf bahagian 2 kenapa peta pemikiran berdasarkan kajian kecerdasan peta pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik 13

[close]

p. 14

draf 14

[close]

p. 15

draf apa itu peta pemikiran program i-think memperkenalkan peta pemikiran peta pemikiran adalah merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri penggunaan peta ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi peta pemikiran seperti dalam jadual 1 berikut jadual 1 peta pemikiran dan proses pemikiran proses pemikiran mendefinisikan mengikut konteks sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks 1 peta bulatan proses pemikiran menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian proses pemikiran banding beza membanding beza sesuatu 2 peta buih 3 peta buih berganda proses pemikiran membuat pengelasan mengklasifikasi bahan atau idea 4 peta pokok 15

[close]

Comments

no comments yet