Pelan Strategik ICT (ISP) 2011 - 2015

 

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

ringkasan eksekutif bahagian teknologi maklumat jabatan khidmat pengurusan majlis bandaraya johor bahru mbjb mendokumentasikan pelan strategik ict isp selaras dengan pelan strategik mbjb 2011 ­ 2015 ini bagi memastikan pelaksanaan prasarana bagi sistem pentadbiran dan tadbir urus ict pemantauan serta penggubalan dasar dan polisi dapat dilaksanakan dengan teratur cekap dan berkesan seterusnya bahagian teknologi maklumat sebagai penyelaras kepada pembangunan projek ict di mbjb dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya dokumen pelan strategik ict isp ini mengandungi pendekatan pembangunan program-program ict penilaian persekitaran bisnes dan penilaian persekitaran ict yang akhirnya dapat membentuk rangka kerja ict rangka kerja ict ini merupakan asas kepada transformasi yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima 5 tahun perkara-perkara yang terkandung di dalam dalam rangka kerja ini diterjemahkan secara lebih terperinci melalui lima 5 strategik iaitu pelaksanaan ict yang menyeluruh keutamaan tinggi kepada sistem yang berintergrasi dan interaktif penghasilan persembahan grafik multimedia dan portal mbjb yang informatif dan lengkap penyediaan infrastruktur ict yang lengkap dan memberikan perkhidmatan dan sokongan teknikal ict terbaik sebanyak lima 5 teras strategik ict telah dikenalpasti iaitu

[close]

p. 3

untuk menjayakan strategik teras ini isp telah menggariskan strategik dan pelan pelaksanaan yang berasaskan kepada kumpulan teras yang dikenalpasti pelbagai projek ict yang dikenalpasti telah disusun dalam satu pelan komprehensif yang dikenali sebagi pelan tindakan ict pelan ini mengandungi penerangan pelaksanaan program dan aktiviti yang meliputi indikator dan sasaran bagi setiap program aktiviti yang dirancang untuk memastikan tahap pelaksanaannya dapat diukur secara berkesan berdasarkan masa yang telah ditetapkan justeru itu isp ini merupakan dokumen blueprint penting mbjb untuk merancang menyelaras melaksanakan dan memantau pelaksanaan program ict di mbjb bahagian teknologi maklumat bertanggungjawab memastikan isp ini dikemas kini dan dikaji semula dari masa ke semasa berdasarkan keperluan bisnes agar ianya sentiasa relevan dalam memenuhi kehendak pelanggan.

[close]

p. 4

kandungan muka surat sekapur sirih kata-kata aluan pengenalan visi dan misi bisnes mbjb visi dan misi strategik ict rangka kerja pelan strategik ict pelan tindakan mekanisme pemantauan pelaksanaan penutup 1 4 5 6 7 8 16

[close]

p. 5

sekapur sirih assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera salam 1malaysia syukur alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurnianya pelan strategik ict isp majlis bandaraya johor bahru mbjb telah berjaya digubal dokumen isp ini merupakan kesinambungan dari pelan strategik ict mbjb 2006 ­ 2010 yang pertama dan merujuk kepada pelan strategik mbjb 2011 -2015 dewasa ini ekspektasi stakeholders dan pelanggan yang tidak tehad sentiasa memerlukan mbjb melaksanakan tranformasi bagi menjamin sistem penyampaian yang efisien dan efektif justeru itu penggunaan ict secara menyeluruh dan berfungsi sebagai enabler perlu diperkasakan sehubungan itu dengan terhasilnya dokumen isp ini adalah diharapkan ianya dapat dijadikan sebagai garis panduan atau blueprint bagi pembangunan serta pelaksanaan program-program ict mbjb dengan lebih sistematik pengurusan ict yang baik dan efektif seterusnya akan meningkatkan produktiviti serta memberi nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada akhir kata adalah menjadi harapan saya agar semua warga mbjb dapat mengaplikasikan penggunaan ict secara kreatif dan inovatif bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan memenuhi ekspektasi semua pihak seterusnya semua program ict yang telah dirancang dalam isp ini dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi menyokong visi dan misi mbjb secara menyeluruh mesra berkhidmat jujur berbakti sekian terima kasih burhan bin amin datuk bandar majlis bandaraya johor bahru

[close]

p. 6

katakata-kata aluan dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang alhamdulillah syukur ke hadrat allah swt kerana dengan limpah kurnianya dan izinnya pelan strategik ict isp mbjb bagi tempoh lima 5 tahun 2011 2015 dapat dihasilkan dan diterbitkan dengan jayanya isp merupakan hala tuju perkhidmatan ict untuk mencapai visi dan misi ict dan seterusnya visi dan misi mbjb serta berdasarkan pelan strategik mbjb 2011 2015 rangka kerja strategik ict dijadikan platform untuk merencanakan pelaksanaan program-program ict bagi tranformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien dan efektif serta menzahirkan gagasan satu malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan sehubungan dengan itu usaha-usaha untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan berkualiti menerusi teknologi maklumat dan komunikasi ict wajar dilipat gandakan akhir kata saya berharap semua pihak yang terlibat dapat menghayati hala tuju ict yang ditetapkan memberikan komitmen penuh serta sama-sama berusaha dengan gigih bagi memastikan program ict yang dirancang dapat direalisasikan abdul ghazali bin karim pengarah jabatan khidmat pengurusan jabatan khidmat pengurusan majlis bandaraya johor bahru

[close]

p. 7

1 pengenalan pelan strategik ict isp 2011 ­2015 pelan strategik ict isp merupakan pelan tindakan atau blueprint yang mengandungi garis panduan pelaksanaan program ict yang terancang dan selaras dengan keutamaan keperluan pengurusan dan operasi sesebuah organisasi isp juga berperanan dalam mengenalpasti inisiatif -inisiatif strategik yang disokong oleh sistem aplikasi teknologi pembangunan sumber manusia dan tadbir urus ict bahagian teknologi maklumat jabatan khidmat pengurusan majlis bandaraya johor bahru mbjb telah mendokumentasikan satu pelan tindakan atau blueprint pelan strategik teknologi maklumat dan komunikasi ict strategic pelan isp 2011-2015 selaras dengan pelan strategik mbjb 2011-2015 penyediaan dokumen isp adalah bertujuan untuk :· · · · menentukan hala tuju strategik dan rangka kerja ict untuk mbjb menentukan teras strategik ict mbjb menentukan strategik pelaksanaan dan rancangan tindakan mencadangkan carta pelaksanaan pelan strategik ict mbjb bagi tahun 2006 ­ 2012 terdahulu telah dibangunkan dan merupakan isp yang pertama yang telah diterbitkan pelaksanaan dan pencapaian pelan tindakan yang telah digariskan telah mengikut sasaran yang telah ditetapkan dan telah menepati garis panduan isp yang telah digariskan bagi mencapai hala tuju pembangunan ict untuk mencapai visi dan misi ict dan mbjb di sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.

[close]

p. 8

2 pelan strategik ict isp 2011 ­2015 penyediaan isp bagi lima 5 tahun akan datang 2011 2015 ini juga meneruskan strategi isp terdahulu iaitu mengambil kira strategi bisnes utama kerajaan tempatan khususnya di mbjb dan seluruh negara serta inisiatif ict di pelbagai peringkat setelah analisis sistem bisnes dan ict dikaji isu dan jurang ict di kenalpasti ini termasuk tahap penggunaan isp capaian maklumat maklumat untuk membuat keputusan kos permintaan khidmat pelanggan/pembayar cukai jangkaan terhadap perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan penyelenggaraan perkhidmatan ict dengan wujudnya program ini terdapat peluang-peluang ict yang dapat membantu merapatkan jurang tersebut antara peluang-peluang yang dikenalpasti ialah penggunaan ict yang menyeluruh dalam aspek strategik dan penyemapaian perkhidmatan pengintegrasian sistem melalui ict penggunaan isp supaya terdapat allignment dengan perkhidmatan teras kerajaan temapatan sistem maklumat knowledge management system business intelligence data warehousing portal pembangunan isp mbjb menggunakan metodologi analisa strategi dan formulasi asf bagi mengenalpasti keperluan bisnes agensi dan seterusnya menetapkan visi misi dan teras strategi serta penghasilan inisiatif dan pelan tindakan ict mbjb bagi tempoh lima 5 tahun iaitu 2011-2015.

[close]

p. 9

3 pelan strategik ict isp 2011 ­2015 metodologi asf yang menggambarkan aliran proses pembangunan isp mbjb adalah seperti rajah berikut dalam

[close]

p. 10

4 pelan strategik ict isp 2011 ­2015 visi dan misi bisnes mbjb misi bisnes mbjb objektif strategik

[close]

p. 11

5 pelan strategik ict isp 2011 ­2015 visi misi dan teras strategik ict visi ict peneraju transformasi penggunaan ict secara menyeluruh di dalam penyampaian perkhidmatan mbjb misi ict memperkasa perkhidmatan dan pembudayaan ict bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan perkongsian maklumat secara inovatif lima 5 teras strategik telah dikenalpasti melalui visi dan misi ict untuk membolehkan pelaksanaan strategik iaitu 1 2 3 4 5

[close]

p. 12

6 pelan strategik ict isp 2011 ­2015 rangka kerja isp mbjb kerajaan telah memperkenalkan satu rangka kerja ict yang menjadi panduan kepada agensi-agensi kerajaan membangunkan blueprint ict rangka kerja ict sektor awam ini diguna pakai untuk pembangunan program ict mbjb seperti di bawah :

[close]

p. 13

7 pelan strategik ict isp 2011 ­2015 pelan tindakan hasil daripada teras strategik dan peluang ict telah dikenalpasti tujuh 7 program ict seperti berikut 1 mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini 2 merangka pelan integrasi rangkaian dan keselamatan maklumat antara jabatan 3 meningkatkan kadar literasi terhadap penggunaan ict di kalangan warga kerja 4 program penyenggaraan dan perkhidmatan bantuan berterusan 5 program pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi ­aplikasi baru secara dalaman dan luaran 6 pembangunan laman web persembahan grafik dan multimedia berinteraktif dan berinformatif 7 pembangunan disaster recovery plan drp ­ pelan pemulihan bencana.

[close]

p. 14

8 pelan strategik ict isp 2011 ­2015 tujuh 7 proram ict berdasarkan 5 teras strategik teras 1 pelaksanaan ict yang menyeluruh mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini meningkatkan kadar literasi terhadap penggunaan ict di kalangan warga kerja teras 2 keutamaan tinggi kepada sistem yang berintergrasi dan interaktif program pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi ­aplikasi baru secara dalaman dan luaran teras 3 penghasilan persembahan grafik multimedia dan portal mbjb yang informatif dan interaktif pembangunan laman web persembahan grafik dan multimedia berinteraktif dan berinformatif

[close]

p. 15

9 pelan strategik ict isp 2011 ­2015 teras 4 penyediaan infrastruktur ict yang lengkap merangka pelan intergrasi rangkaian dan keselamatan maklumat antara jabatan teras 5 memberikan perkhidmatan dan sokongan teknikal ict terbaik program penyenggaraan dan perkhidmatan bantuan berterusan pembangunan disaster recovery plan drp ­ pelan pemulihan bencana untuk kesemua tujuh 7 program yang telah dirancangkan bagi tempoh 2011 ­ 2015 seterusnya sasaran tahap tinggi ditetapkan bagi setiap program dimana ia meliputi semua peringkat iaitu khidmat penyampaian perkhidmatan device saluran/gateway sistem/aplikasi data dan prasana pemangkin enabling environment seperti infrastruktur rangkaian ict kepimpinan polisi pengurusan perubahan manusia budaya dan standard sasaran yang ditetapkan adalah berdasarkan pelan tindakan pelan strategik mbjb 2011-2015 khususnya objektif strategik untuk meningkatkan penggunaan teknologi secara menyeluruh.

[close]

Comments

no comments yet