p. 1
the usrah syllabus name:group no:group members
[close]
p. 2
isi kandungan ohana circle 1 4 1.1pengenalan usrah 1.2pengertian islam 2 1.3dasar-dasar islam 1.4tujuan hidup islam 1.5silap faham mengenai tasawwur islam ohana circle 2 20 2.1 islam sebagai ad deen 2.2 islam sebagai ad-deen para nabi dan rasul 2.3 islam sebagai penyelesai masalah ummah masakini 2.4 kesyumulan islam dari segi sosial politik dan ekonomi ohana circle 3 32 3.1 iman 3.2 perkara-perkara yang membatalkan iman 3.3 ikhlas ohana circle 4 50 4.1 konsep akhlaq dalam islam 4.2 pembentukan akhlak menurut islam ohana circle 5 60 5.1 akidah tauhid tiada ilah melainkan allah ohana circle 6 66 6.1 tauhid asma sifat zat 6.2 manhaj akidah salaf dan khalaf ohana circle 7 79 7.1 perkara-perkara yang membatalkan syahadah ohana circle 8 82 8.1 kufur 8.2 syirik murtad nifaq fasiq
[close]
p. 3
ohana circle 9 90 9.1 ideologi 9.2 nasionalisme 9.3 sekularisme 9.4 kapitalisme 9.5 sosialisme 3 9.6 komunisme ohana circle 10 98 10.1 ibadah ohana circle 11 104 11.1 tarbiyyah 11.2 silap faham mengenai konsep tarbiyyah 11.3 tarbiyyah rasulullah di zaman makiyyah dan madaniyyah ohana circle 12 109 12.1 pengenalan dakwah ohana circle 13 114 13.1 amar maaruf nahi mungkar ohana circle 14 118 14.1 dakwah fardiyyah ohana circle 15 123 15.1 jihad ohana circle 16 140 16.1 konsep pemerintahan islam zaman rasulullah ohana circle 17 146 17.1 amal islami 17.2 pemusatan amal islami 17.3 amal jamaie suatu rumusan 17.4 perlaksanaan amal jamaie
[close]
p. 4
1.0 ohana circle 1 1.1 pengenalan usrah objektif 1 2 3 ahli usrah memahami pengertian dan konsep usrah sebenar ahli usrah memahami keperluan mengikuti usrah dan matlamatnya ahli usrah memahami dan menghayati rukun rukun usrah dan menyedari bahawa ia adalah antara keistimewaan yang didapati daripada pembabitan diri dalam usrah 1.11 pengertian usrah usrah dalam bahasa arab ialah keluarga dari segi istilah usrah bermaksud kumpulan individu muslim afradul muslimin yang beriman dengan allah s.w.t berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati isam usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan islam ukhuwwah islamiyyah usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan islam 1.12 matlamat usrah 1 2 3 4 meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran islam yang syumul mengukuhkan semangat ukhuwwah islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah menambahkan penghayatan islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap islam membentuk satu generasi yang benar-benar memahami islam beramal dengan ajaran islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama allah s.w.t 1.13 sejarah usrah sejarah usrah bermula pada zaman rasulullah s.a.w apabila pemeluk islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita rasulullah s.a.w telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah al-arqam bin abi alarqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran islam tunjuk ajar dan nasihat seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk islam kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat quraisy 1.14 rukun-rukun usrah rukun usrah terdiri daripada 3 perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah dan bersungguhsungguh menjayakannya agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi beban yang tidak membawa sebarang erti tiga rukun tersebut ialah 1 2 3 al ta aruf berkenalan al tafahum bersefahaman al-takaful bantu-membantu/berseimbangan 4 1.141 al-ta aruf berkenalan berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana allah mereka perlu menyedari dan memahami pengertian
[close]
p. 5
ukhuwwah sejati sesama saudara ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut ini boleh dilakukan dengan menjunjung perintah allah s.w.t dan sunnah rasulullah s.a.w bahkan kedua-duanya wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain [al hujurat 100 sabda rasulullah s.a.w [al-imran:103 5 seorang mukmin bagi mukmin yang lain seperi bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain sabda rasulullah s.a.w orang mukmin adalah saudara bagi muslim yang lain tiada menzaliminya dan tidak juga membiarkannya sabda rasulullah s.a.w mereka dan perasaan simpati mereka adalah seperti banda yang satu apabila mana-mana anggota badan mengadukan hal maka seluruh badan akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasa demam 1.142 al-tafahum bersefahaman perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka belas kasihan sesama berpegang kepada kebenaran iaitu dengan mengerjakan suruhan allah s.w.t dan meninggalkan larangannya ahli usrah mesti sentiasa meneliti diri sehalus-halusnya sama ada benar-benar telah menunaikan perintah allah atau menderhakai perintahnya setelah memeriksa diri sendiri maka hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurang pada saudara yang lain dalam memberi nasihat yang diberi nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat dari saudaranya serta berterima kasih atas nasihat tersebut manakala pemberi nasihat pula janganlah berburuk sangka terhadap msaudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan perasaan hati itu sekadara jarak sehelai rambut sekalipun nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati pemberi nasihat janganlah menanggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu selama sebualan dan tidak menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada ketua usrah ia hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua usrah jika merasa tidak berdaya untuk memperbaikinya dalam apa keadaan sekalipun janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap saudara yang bersalah tadi malah hendaklah tetap memberi kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang dikehendaki saudara yang diberi nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kepad apemberi nasihat ini kerana martabat `berkasih sayang kerana allah adalah setinggitinggi martabat kasih-sayang sesama manusia nasihat pula merupakan dasar yang amat penting dalam agama islam ini bersesuaian dengan sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud agama itu adalah nasihat 1.143 al-takaful bantu-membantu/berseimbangan al-takaful atau bantu-membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terbiar atau terdampar dasar al-takaful ini hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersamasama memikul bebanan sesama sendiri dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah yang rukun kedua usrah ialah tafahum atau bersefahaman kita dituntut sepanjang masa untuk
[close]
p. 6
sejati untuk mengamalkan rukuan al-takaful ini kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita ziarahmenziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin sabda rasulullah s.a.w yang berbunyi sesungguhnya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya itu adalah 6 lebih baik baginya daripada beri tikaf selama sebulan di masjidku ini kesimpulannya adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan melaksanakan rukun-rukun usrah ini dengan sebaik mungkin kita mesti saling percaya-mempercayai dan menjaga kerahsiaan ahli usrah bagi para naqib/at pula laksanakanlah tugas dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama allah istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwwah islamiyyah di kalangan anggota usrah mudah-mudahan allah sentiasa membantu kita 1.15 pengisian usrah setiap individu mempunyai kewajipan yang banyak berbanding dengan masa yang ada tambahan lagi bagi seorang yang berada dalam perjuangan islam oleh itu pertemuan usrah hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara berikut 1 membentangkan permasalahan dan kesalahan setiap ahli usrah hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan yang dihadapi kemudian saudara lain turut mengambil berat untuk menolong mengatasi masalah tersebut ini hendaklah dilakukan dalam suasana ukhuwwah sejati semata-mata kerana allah s.w.t sabda rasulullah s.a.w orang mukmin itu adalah cermin bagi saudaranya sabda rasulullah s.a.w seterusnya yang bermaksud perbandingan orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang mereka belas kasihan sesama mereka dan rasa simpati mereka adalah seperti badan yang satu apabila manamana anggota mengadukan hal maka seluruh badan yang lain turut menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam 2 bermuzakarah kita digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar pendapat berkaitan urusan umat islam hendaklah menatap risalah-risalah dan taklimat yang diedarkan dalam setiap pertemuan usrah janganlah ada sebaran pertengkaran atau bertikam lidah muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan cara menghargai pendapat yang datang dari semua pihak 3 kajian buku kita juga digalakkan mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan maka hendaklah beralih untuk melaksanakan isi kandungannya dalam menjayakan erti ukhuwwah yang sebenar perkara sebegini tentulah tidak dapat disediakan dalam taklimattaklimat usrah 4 program tambahan 1 dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah maka perkara tersebut perlu diambil berat:
[close]
p. 7
2 3 4 5 mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya mengadakan perkelahan riadhah pada setiap bulan berpuasa dan berbuka bersama sama seminggu atau dua minggu sekali sembahyang berjamaah bersama-sama di surau/masjid berusaha untuk bermalam beramai-ramai dan berqiamullail 7 1.16 adab-adab usrah 1 mengikhlaskan niat semata mata kerana allah s.w.t firman allah s.w.t katakanlah sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanyalah untuk allah tuhan sekelian 2 3 4 5 6 7 alam datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang dijanjikan meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah datang ke majlis urah dalam keadaan berwudhuk dan suci jiwa dan tubuh badan datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti alqur an teks usrah dan buku catitan hadir usrah dengan hasrat mengukuhkan ukhuwwah islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman islam mendahului majlis usrah dengan al-fatihah pujian dan syukur ke hadrat allah s.w.t serta selawat ke atas rasulullah s.a.w menutup majlis dengan bacaan surah al-a sr dan tasbih kaffarah dengan bertadabbur maknanya 8 9 jangan mengangkat sura yang tinggi melebihi keperluan tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan ahli usrah dibangkitkan 10 berada dalam keadaan sopan-santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang 11 bersalaman dan bermaafan selepas selesai majlis bahan rujukan fiqh sirah 1 sa id ramadhan al-buthi 2 usrah dan dakwah al-imam hasan al-banna 1 soalan-soalan perbincangan berikan penjelasan tentang konsep usrah yang sebenar mengapakah kita perlu menyertai usrah 3 huraikan rukun-rukun yang wajib dihayati oleh ahli usrah 1 2 1.2 pengertian islam ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan agama masehi misalnya mengambil namanya daripada a1-masih a.s agama budha di ambil daripada nama pembawanya gautama budha dan agama zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya bernama zarathustra.
[close]
p. 8
demikian juga agama yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah yahuda maka agama itupun dinamai yahudi demikian seterusnya berlainan dengan agama islam ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu nama islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan islam itu sendiri nyatanya nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat islam siapa saja yang bersifat dengan sifat ini baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini ia adalah muslim juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang muslim perkataan islam berasal dari perkataan `salima 1 yang membawa makna 1 2 3 tulus dan suci dari kecacatan zahir dan batin damai dan aman sejahtera taat dan menyerah 8 daripada perkataan `salima lahir pula perkataan aslama islam islami islamiyah muslim istaslam yang memberi maksud ketundukan penyerahan diri dan kepatuhan kepada allah tuhan semesta alam lihat maan z madina arabic english dictionary new york pocket book 1973 perkataan islam itu sendiri sudah lumrah diketahui umum sama ada muslim atau bukan muslim namun tidak dinafikan kebanyakan mereka hanya mengenalinya di segi nama sahaja sebenarnya islam itu adalah nama khusus bagi agama ciptaan allah swt hal ini telah dijelaskan oleh allah taala di dalam al-quran dengan firmannya yang bermaksud [ali-imran 19 ramai dari manusia menjadi muslim kerana hobi atau dilahirkan oleh kedua ibu bapanya yang memang beragama islam mereka ini pada hakikatnya memang tidak memahami makna menggabungkan diri dengan islam penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran islam di segenap kehidupan dengan penuh kerelaan di sini dikemukakan definisi islam sebagaimana yang pernah dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan kepada al-quran dan al-sunnah di antaranya ialah 1 tunduk dan menyerah diri kepada allah serta mentaatinya yang lahir dari kesedaran dengan tanpa dipaksa kerana ketundukan yang dipaksa tanpa perhitungan pahala dan dosa [ali-imran 83 2 [luqman 22 islam ialah nidzam peraturan perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh nabi muhammad saw dari allah swt untuk disampaikan kepada manusia bagi orang yang mentaatinya diberikan pahala dan bagi orang yang mengingkarinya dikenakan siksa [ali-imran 85]
[close]
p. 9
3 islam itu ialah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh allah swt kepada rasulnya nabi muhammad saw yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan berbentuk akidah akhlak mu amalat dan segala berita yang disebut di dalam al-quran dan al-sunnah adalah perintah agar disampaikan kepada manusia [al-maidah 67 9 4 islam ialah keseluruhan ad-deen yang dibawa oleh nabi muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan akidah amalan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan [al-baqarah 112 [al-bayyinah 5 5 islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tiada iman di dalam hati tidak mendatangkan apa-apa faedah [al-hujurat 14 6 1 2 3 islam merupakan jawapan yang tepat kepada 3 pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia sama ada dahulu atau sekarang iaitu dari mana ia datang mengapa ia dijadikan kemanakah dia dikembalikan jawapan kepada 3 pertanyaan di atas akan terjawab dalam ajaran islam baik secara global ataupun secara terperinci di dalam ajaran islam pertanyaan a dijawab oleh allah swt di dalam firmannya [al-haj 5 [al-mukminun 12-14 [ath-thariq 5-7 pertanyaan b dijawab oleh allah swt di dalam firmannya [ad-dzariyat 56 pertanyaan c dijawab oleh allah swt di dalam firmannya [ar-rum 11 7 islam adalah pedoman hidup yang sebenarnya petunjuk dalam semua aspek kehidupan merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat ke arah membawa manusia ke jalan yang sebenar [asy-syura 52-53 [al-isra 82]
[close]
p. 10
difinisi diatas merupakan contoh dan boleh ditambah dengan difinisi lain asalkan pengertian difinisi itu sesuai dengan pengertian islam dan sifat-sifatnya perlu kita perhatikan juga bahawa difinisi yang dikemukakan tidak bertentangan malahan ianya melengkapi diantara satu sama lain perbezaan yang timbul hanyalah dari segi kalimat semata-mata namun dari segi pengertian ianya tidak membawa apa-apa perbezaan tujuan dikemukakan beberapa buah difinisi ialah agar para pendakwah dapat memilih satu difinisi yang dirasakan paling sesuai dengan pelbagai bentuk masyarakat atau individu yang dihadapi 1.21 rukun islam dasar rukun islam adalah daripada sebuah hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim islam dibangunkan atas lima dasar iaitu 1 bersaksi bahawa tiada ilah melainkan allah dan bahawasanya 10 muhammad adalah rasulullah 2 menegakkan solat 3 menunaikan zakat 4 berhaji ke baitullah 5 berpuasa di bulan ramadhan demikian pula dengan hadis umar yang bertanya tentang hakikat islam iman dan ihsan kepada rasulullah saw daripada umar bin khatab ra telah berkata ketika kami duduk bersama rasulullah saw pada suatu hari maka terlihat oleh kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam tak tampak padanya tanda-tanda habis pergi jauh dari safar dan tidak seorangpun dari kami yang mengenalnya kemudian ia duduk dihadapan nabi saw lalu ia sandarkan lututnya pada lutut nabi dan ia letakkan tangannya diatas paha nabi saw dan berkata wahai muhammad beritahu padaku tentang islam rasulullah saw menjawab islam adalah bersyahadat bahawa tidak ada ilah kecuali allah dan muhammad adalah utusan allah engkau dirikan solat engkau tunaikan zakat engkau berpuasa di bulan ramadhan serta engkau berhaji ke baitullah jika engkau mampu menjalaninya ia berkata engkau benar kami hairan ia bertanya dan ia juga yang membenarkannya lalu ia bertanya lagi beritahu padaku tentang iman rasulullah menjawab iaitu engkau beriman kepada allah para malaikat nya kitab-kitab nya para rasul nya dan hari qiamat serta iman kepada qadar yang baik mahupun yang buruk ia berkata engkau benar ia bertanya kembali beritahu tentang ihsan rasulullah menjawab iaitu engkau beribadah kepada allah seakan-akan engkau melihat nya namun jika engkau tidak melihat nya maka sungguh ia melihatmu ia bertanya kembali beritahu kepadaku tentang hari kiamat rasulullah menjawab orang yang ditanya tentangnya tidak lebih tahu dari si penanya sendiri ia berkata beritahu aku akan tanda-tandanya rasulullah menjawab diantaranya jika seorang hamba sahaya melahirkan anak tuannya dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin papa berbaju compang-camping sebagai penggembala kambing sudah mampu bermegah-megahan dalam mendirikan bangunan kemudian dia pergi aku terdiam sejenak kemudian rasululullah bertanya wahai umar tahukah engkau siapa yang bertanya tadi aku menjawab allah dan rasul nya yang lebih mengetahui rasulullah menjawab ia adalah jibril datang kepada kalian untuk mengajarkan kepada kalian tentang dien kalian hadis riwayat muslim
[close]
p. 11
terdapat lima perkara yang menjadi asas dalam agama islam yang dikenali sebagai rukun islam 1 mengucap dua kalimah syahadah o dikenali sebagai dua kalimah syahadah kerana mengandungi dua syahadah pertama syahadah tauhid namanya ertinya aku menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah 11 melainkan allah dan kedua syahadah rasul namanya ertinya dan aku menyaksikan bahawa nabi muhammad itu pesuruh allah 2 mendirikan solat lima waktu sehari semalam oooo 3 sebagai fungsi untuk mengingati allah swt jika dikerjakan dengan betul-betul khusyuk maka kita akan terlarang dari melakukan perkara mungkar perlu menjaga solat bermula dari wuduk dimulakan dengan doa dan diakhiri dengan doa mengeluarkan zakat bagi yang mampu o o o harta di dalam islam adalah hak milik allah swt sebagai hamba kita perlu melaksanakan tanggungjawab untuk mengagih-agihkannya sejarah mengenai pembalasan terhadap hamba allah yang engkar disebutkan di dalam alquran contohnya allah turunkan bala kepada qarun kerana tidak menginfakkan hartanya 4 berpuasa pada bulan ramadhan o o untuk mengawal nafsu apabila tidak berpuasa mungkin nafsu akan bertambah untuk merasai perasaan orang-orang yang kurang berkemampuan yang terpaksa menahan kelaparan 5 mengerjakan ibadah haji bagi yang mampu o o o dasar pengorbanan segala harta ke jalan allah atau berjihad sebaik-baik jihad ialah haji yang mabrur sebagai simbol kesatuan ummah 1.3 dasar dasar islam ciri-ciri islam menjadikan islam berbeza daripada agama-agama lain yang ada di seluruh dunia 1 rabbaniyyah membawa erti bahawa islam datangnya daripada allah manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan seorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan allah sudut rabbani terbahagi kepada 2 bahagian rabbani dari sudut matlamat dan tujuan ia bererti islam menjadikan hubungan yang baik dengan allah dan mendapat keredhaannya sebagai matlamat terakhir kehidupan inilah matlamat hidup insan di dunia ini kesemua ajaran islam baik
[close]
p. 12
yang bersangkutan dengan aqidah muamalah akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyipakan manusia supaya menjadi hamba kepada allah semata-mata kesan rabbani dari sudut matlamat dan tujuan 1 2 3 4 mengetahui matlamat hidup manusia di dunia mengenal fitrah selamat dari pertentangan dengan diri sendiri bebas dari sifat perhambaan ananiyah keakuan dan runtunan hawa nafsu 12 rabbani dari sudut manhaj dan sumber rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu ilahi kepada nabi muhammad sallallahu alaihi wasallam sumber ajaran islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesarbesar perkara kesan rabbani dari sudut manhaj dan sumber 1 2 3 4 islam terhindar dari segala bentuk kekurangan terhindar dari pengaruh kekayaan islam sesuai untuk semua manusia mendapat penghormatan dan kehebatan oleh itu agama islam sukar hendak dicabar oleh mana-mana pihak bagi mengganggu gugat dan merubah ajarannya kerana ajarannya dari allah swt dan bukan lahir dari pemikiran dan falsafah karut manusia yang serba kelemahan [al-saf 8 2 syumuliyyah ajaran islam adalah lengkap dan menyeluruh ia bererti ajaran islam lengkap dan meyeluruh ruang lingkup ajaran islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara tidak ada ajaran yang lebih lengkap selain dari ajaran islam sifat inilah menjadi ciri khas prinsip dan peraturan islam sehingga berbeza dengan peraturan-peraturan yang diperbuat oleh manusia yang hanya mengatur sebahagian atau suatu aspek tertentu sahaja yang tidak melengkapi aspek-aspek yang lain sekiranya ada tanggapan yang mengatakan bahawa wujudnya pemisahan antara satu dengan yang lain dari ajaran islam maka ini adalah disebabkan kejahilan mereka sendiri dan akan mendapat kemurkaan yang besar di akhirat kelak [al-baqarah 85]
[close]
p. 13
sudut kesyumulan islam undang-undang islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas bunuh balas hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan allah seperti solat haji puasa dan ibadah lain hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah muamalah kehakiman hukum berkait dengan pemerintahan negara harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan keadilan islam telah memeperjuangkan keadilan keadilan dalam islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim musuh islam atau kawan ahli keluarga atau bukan ahli keluarga bagaimana rasulullah saw menunjukkan keadilan dalam ajaran islam tanpa memilih siapa yang melakukan kesalahan sabda rasulullah saw yang bermaksud sekiranya fatimah anak muhammad mencuri nescaya ku potong juga tangannya saidina umar telah mengambil tindakan terhadap anak amru ibnu asr bapanya menjadi gabenor mesir telah kalah dalam perlawanan kuda dengan seorang qibti kristian oleh sebab itu anak amru telah memukul orang qibti dan telah sampai kepengaduan saidina umar maka anaknya telah dihukum oleh saidina umar kehakiman islam mengemukakan sistem kehakiman ini bermaksud bahawa islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu di mana setiap hakim muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh allah negara dalam soal bernegara islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan allah sahaja malah menyusun hubungan manusia sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain ketua negara dipilih di kalangan orang-orang islam sesuai dengan syarat-syarat seperti sifat quwwah dan amanah peranan ketua negara islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya akhlak islam mengambil berat soal akhlak pengambilan berat islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh al-quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman 13
[close]
p. 14
ilmu ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh allah mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali allah 14 3 alamiyyah islam adalah din yang universal alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat islam sesuai untuk orang arab melayu cina india dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja ia juga sesuai di semua tempat sama ada di kutub selatan khatulistiwa dan sebagainya ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini sesuai sampai ke hari qiamat [saba 28 sifat universal ini bukan hanya terbatas untuk waktu tertentu atau generasi tertentu tetapi berlaku untuk sepanjang masa dan tempat kerahmatan islam meliputi kepada semua makhluk sama ada binatang manusia dan juga tumbuhan oleh kerana itu ketika di dalam peperangan tentera-tentera islam dipesan supaya jangan memusnahkan tanaman orang-orang perempuan yang tidak menyertai peperangan orang-orang tua yang uzur mereka yang berada di dalam rumah berhala dan kanak-kanak kecil sehinggakan binatang yang hendak disembelih juga islam meletakkan cara yang sesuai supaya penyembelihan terhadapnya bukan satu penyiksaan seperti sabda rasulullah saw yang bermaksud apabila kamu menyembelih maka hendaklah dengan sembelihan yang baik islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti dharuriyyat iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal agama jiwa keturunan dan harta hajiyyat iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup namun manusia hidup tanpa kewujudannya tahsiniyyat iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan 4 waqieyyah mengikut susunan dan tempat islam adalah mengikut suasana dan tempat contohnya islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang muslim itu berada ajarannya yang sesuai sepanjang masa dan keadaan sehingga islam selalu dapat memenuhi hajat manusia sehingga manusia tidak akan merasa sempit semasa menghadapi cabaran hidup di dunia ini.
[close]
p. 15
kemajuan yang dicapai oleh generasi rasulullah adalah sesuai dengan tahap kehidupan masyarakat di waktu itu seperti kenderaan yang ada hanyalah unta dan kuda yang dianggap sebagai kenaikan orang yang berada namun begitu tidak ada satu nas pun yang melarang umatnya daripada memikirkan bagaimanakah teknologi yang canggih perlu ada dalam masyarakat yang terkemudian kemajuan dan rekaan yang ditemui manusia tidak dipandang sebagai perkara yang luar dari ajaran islam islam sangat menyukai kepada orang yang mencipta kemajuan yang selari dengan kemaslahatan manusia namun bukannya membawa kerosakan di atas muka bumi ini malahan sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan teknologi pernah dicetuskan oleh orang-orang islam seperti al-biruni perubatan ibnu sina perubatan al-khwarizmi ilmu fizik dan beberapa tokoh islam yang lain 5 inqilabiyyah menegakkan islam atas keruntuhan jahiliyyah islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah 6 thabat dan murunah tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya sebagai contohnya solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir begitu juga ketika seseorang muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk baring atau bertelentang mengikut kemampuannya 7 tidak ada paksaan islam tidak memaksa sesiapa pun menganut ajarannya mereka yang memilih islam mesti di atas kesedaran bukan di atas paksaan firman allah swt yang bermaksud [al-baqarah 262 kerana itu di dalam sejarah islam sejak daripada mula lagi tidak ada kes yang cuba untuk memaksa orang kafir menganut islam walaupun mereka berada di dalam negeri yang diperintah oleh orang islam keadaan ini berlainan dengan apa yang kita lihat pada agama lain yang cuba memperdayakan dengan tipu helah dan janji manis supaya memeluk agama mereka malahan ada yang menggunakan kekerasan untuk memaksa orang lain menukar agama seperti yang pernah berlaku kepada umat islam di sepanyol sekiranya islam berkembang dengan cara paksaan maka ramailah golongan munafiq yang berpura-pura bersama dengan islam tetapi mempunyai niat jahat kepada islam walaubagaimanapun mereka yang telah menganut islam tidak boleh bertindak dengan sewenangwenangnya untuk keluar daripada ajaran islam atau tidak mahu mengikut ajaran islam penganut islam tidak boleh menggunakan alasan tidak ada paksaan dalam agama kerana alasan ini adalah untuk mereka yang belum menganuti islam 15
[close]