Kurikulum Pendidikan Seni

Embed or link this publication

Description

Pengurusan Seni

Popular Pages


p. 1

perkembangan kurikulum pendidikan seni kurikulum pendidikan seni dihasilkan dengan tujuan yang tertentu tujuan tersebut berkait rapat dengan perkara-perkara yang memudahkan ataupun menghalang perubahan kurikulum tersebut faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum boleh dibahagikan kepada tiga iaitu transmisi budaya adaptasi persekitaran dan pembangunan personaliti transmisi budaya dalam kurikulum pendidikan seni sangat berkait rapat sehubungan itu unesco 2006 dalam road map for arts education menggarapkan supaya peranan pendidikan seni adalah untuk mewujudkan kesedaran budaya adaptasi dengan persekitaran pula penting kerana manusia sebagai organisme tidak boleh berkembang melainkan jika ia dapat menyesuaikan diri walau bagaimanapun isu yang kritikal adalah sama ada penyesuaian berlaku dengan kaedah yang betul kaedah yang digunakan akan membantu untuk memperkembangkan personaliti dan potensi pelajar efland freedman dan stuhr 1996 menggariskan tujuh anjakan paradigma dalam kurikulum pendidikan seni iaitu akademik unsur-unsur reka bentuk ekspresi kreatif diri seni dalam kehidupan seharian seni sebagai satu disiplin dan pascamoden dalam bab ini penulis akan hanya membincangkan perkembangan pendidikan seni secara ringkas banyak teori yang pelbagai dan bertindih muncul dari segi kemanusiaan broudy 1985 efland et al 1996 perkembangan erickson 1995 dan kognitif gardner 1999 terdapat juga pandangan supaya pendidikan seni diserapkan dalam pendidikan lain dobbs 1979 melihat perkembangan pendidikan seni dan faktor-faktor yang mempengaruhinya kita perlu juga melihat keperluan-keperluan semasa dan melihat kembali bentuk dan corak kurikulum pada sesuatu masa sehingga pada masa kini kurikulum pendidikan seni untuk menyokong keperluan masyarakat konsep pendidikan seni telah berubah dari semasa ke semasa perubahan ini telah mempengaruhi matlamat dan pendekatan pembelajarannya kurikulum pendidikan seni pada awal tahun 1800 di amerika dan eropah dibentuk untuk membantu membangunkan masyarakat yang sempurna dalam susunan masyarakatnya di amerika umpamanya pendidikan seni telah memfokuskan kepada pembangunan ekonomi amerika pada ketika itu sangat memerlukan pelukis pelan dan pereka bagi memenuhi keperluan industri yang pesat berkembang kesan daripada itu konsep dan matlamat pembelajaran pendidikan seni turut berubah untuk mengisi keperluan-keperluan perkembangan industri di bandar-bandar besar itu kurikulum di sekolah-sekolah terpaksa menyediakan latihan-latihan kemahiran bagi memenuhi keperluan tersebut 3

[close]

p. 2

pendidikan seni ketika itu mempunyai matlamat untuk melahirkan pemudapemuda yang mempunyai kemahiran dalam seni reka perindustrian pelukispelukis pelan dan pereka-pereka yang mahir dalam lukisan teknik yang sangat diperlukan untuk menarik minat pengguna-pengguna dalam arus perdagangan bebas antarabangsa maka corak pembinaan kurikulum pada ketika itu adalah berasaskan keperluan masyarakat ketika itu william bentley fowel william minifie dan walter smith masing-masing telah memberi sumbangan kepada pembinaan kurikulum pendidikan seni yang menjurus kepada keperluan industri di amerika pada tahun-tahun 1842 hingga 1852 fowel telah mempromosi penggunaan kemahiran seni lukisan yang pertama kali diperkenalkan di sekolah tinggi boston pada tahun 1847 william minifie telah memperkenalkan lukisan di sekolah tinggi lelaki baltimore pada tahun 1840-an hingga 1850-an menerusi buku teks lukisan geometrinya beliau mempromosi lukisan sebagai sains bukan sebagaimana kebiasaan lukisan untuk membuat gambar walter smith seorang guru besar daripada leeds england dibawa ke boston sebagai penyelia lukisan bagi sekolah-sekolah di boston dan pengarah negeri dalam pendidikan seni di massachusetts beliau bertanggung jawab membawa pengaruh south kensington yang rigid ke amerika chalmers 2005 smith melihat bahawa pendidikan seni sebagai suatu urutan susunan pelajaran lukisan yang begitu terancang dan terperinci beliau menyediakan kurikulum yang isi kandungannya menumpukan kemahiran dalam melukis dan asas seni reka yang perlu dikuasai menerusi latih-tubi peniruan dan latihan ini jelas dilihat dalam bukunya yang bertajuk teachers manual for freehand drawing and designing smith 1873 dalam bates 2000 smith memperkenalkan konsep seni berasaskan utilitarian dalam tahun 1930-an kurikulum pendidikan seni yang berorientasikan masyarakat ini terus mempengaruhi pembentukan kurikulum pendidikan seni di amerika akibat daripada kemelesetan dunia pada tahun-tahun berkenaan rasional penggubalan kurikulum adalah berasaskan seni untuk kehidupan harian dalam tahun 1930-an satu lagi konsep pembelajaran pendidikan seni diperkenalkan ini adalah daripada hasil kajian yang telah dibuat oleh owatonna art education study project yang ditaja oleh minnesota university projek ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan aras kesedaran estetik dalam kalangan masyarakat dalam tahun 1940-an pula dengan menggunakan slogan art as a way of life pendidikan seni digunakan untuk propaganda peperangan kesan daripada perang dunia ke ii pada kurun ke-19 konsep pendidikan seni berubah pula ke arah penghayatan keindahan dan nadi kreatif pada waktu itu amerika syarikat menumpukan perhatian terhadap perkembangan budayanya untuk menuju ke arah negara yang berbudaya industri lanier 1982 4

[close]

p. 3

kurikulum pendidikan seni untuk perkembangan individu kanak-kanak perkembangan seni untuk kanak-kanak berlaku sekitar tahun 1920-an pengaruh awal gerakan yang berpusatkan kanak-kanak ini dikesan di eropah tokoh-tokoh seperti john ruskin dan marion richardson banyak memberikan sumbangan di austria franz cizek bertanggung jawab memperkenalkan konsep pendidikan seni berteraskan kanak-kanak lanier 1975 81 memetik apa yang ditulis oleh cizek great creative energy exists in every child this must find an outlet in expression or repression will result children should be allowed to draw what they wish that they see in their minds eyes not that which others think they ought to draw dalam hal ini cizek menegaskan tenaga kreatif yang hebat wujud dalam setiap kanak-kanak tenaga kreatif ini perlu mempunyai saluran untuk diluahkan justeru kanak-kanak sewajarnya dibenarkan untuk melukis apa yang mereka suka dan bukan apa yang orang lain suka hasil daripada kajian panel membuat rumusan tidak seharusnya berlaku perbezaan di antara seni halus dengan seni gunaan kesemuanya adalah merupakan aspek-aspek kehidupan oleh itu untuk mencapai matlamat diskriminasi estetik yang memberi kesan kepada kehidupan harian perlulah diperkembangkan lanier 1975:15 pendekatan penggubalan kurikulum pendidikan seni di eropah adalah sebagai reaksi kepada falsafah pendidikan untuk membantu keperluan masyarakat melalui perkembangan dan pembentukan individu matlamat dan kandungan pendidikan seni ketika itu adalah berasaskan kepada aras perkembangan individu dan keperluan kanak-kanak fungsi pendidikan seni pada ketika itu adalah untuk pernyataan kendiri kanak-kanak digalakkan meneroka secara bebas melalui pelbagai media bagi mengembangkan kualiti dalaman menerusi pengelaman seni yang disediakan secara tidak bersetruktur pada ketika itu tokoh yang berpengaruh adalah john dewey sebagai pemimpin pergerakan progresif antara tahun 1920-an hingga 1940-an dewey berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki kualiti kemanusiaan tersendiri mereka bukanlah manusia dewasa yang kerdil dalam proses untuk menjadi dewasa beliau berpendapat kanak-kanak perlukan pengalaman­pengalaman pengalamanpengalaman tersebut adalah melalui pelbagai pendekatan penghafalan fakta dan 5

[close]

p. 4

panduan daripada guru turut memberi manfaat kepada pengalaman pelajar namun demikian perkara yang lebih penting ialah pengalaman yang diperoleh oleh pelajar dengan cara mengalaminya sendiri kanak-kanak memerlukan persekitaran yang menggalakkan perkembangan kreativiti dan keupayaan mengadaptasi persekitaran secara fleksibel terhadap kehidupan dunia dan persekitaran kanak-kanak itu sekolah adalah tempat yang membolehkan kanakkanak mengalami rasa bebas membuat pilihan bebas bergerak dan bebas untuk menyelesaikan masalah dengan caranya sementara itu pada tahun 1930-an ini juga muncul satu lagi konsep seni untuk ekspresi kendiri para pendidik telah mengakui bahawa kanak-kanak mempunyai cara dan keupayaan tersendiri dalam ekspresi dirinya menerusi kerja-kerja seni kerja-kerja mereka tidaklah berdasarkan keupayaan tradisional yang memaparkan kemahiran namun demikian di sebalik kerja-kerja yang kasar dan spontan itu terdapat makna yang tersendiri berkaitan ekspresi kendiri ini chapman 1978 12 menyatakan seni bukanlah sekadar suatu mod tingkah laku semula jadi kanakkanak tetapi adalah asas kepada matlamat kematangannya menjelang tahun 1940 sebagai perkembangan dari pergerakan pendidikan yang progresif satu lagi konsep yang mustahak telah diperkenalkan idea bahawa ekspresi seni sebagai luahan emosi hasil kerja seni sebagai alat untuk memahami corak psikologi kanak-kanak dan integrasi personaliti menerusi pengajaran seni semuanya ini telah menjadi slogan pengajaran seni di sekolah-sekolah khususnya di amerika syarikat lowenfeld dan brittain 1947 telah memberi sumbangan besar dengan menerbitkan bukunya yang bertajuk creative and mental growth lowenfeld adalah pakar pendidikan seni bangsa austria yang berhijrah ke amerika pada tahun 1939 beliau melihat perkembangan kanakkanak secara holistik mengambil kira perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak dari aspek fizikal emosi mental dan kreativiti seni dilihat sebagai aktiviti pembentukan nilai-nilai kemanusiaan yang mempunyai nilai terapi beliau juga melihat aktiviti seni itu sebagai alat pembangunan kreativiti manusia melalui ekspresi secara bebas pemikiran beliau telah mempengaruhi perkembangan pendidikan sehingga hari ini lowenfeld 1947 berpandangan bahawa dalam perkembangan pemikiran pendidikan semasa seni adalah didefinisikan sebagai asas pengetahuan dan sebagai aktiviti perkembangan kanak-kanak diperkenalkan dengan konsep-konsep asas seni dan ke arah kaedah-kaedah inkuiri yang membolehkan mereka mempelajari berkaitan dengan mata pelajaran seni pada masa yang sama pendidik-pendidik seni menumpukan kepada ekspresi sebagai alat untuk pertumbuhan individu yang matang minat penggubal kurikulum terhadap perhubungan di antara artistik dan kreativiti mencapai puncaknya pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an ini adalah akibat daripada perlumbaan penaklukan angkasa di antara amerika dan rusia yang mana amerika merasakan mereka telah ketinggalan di dalam bidang ini menurut 6

[close]

p. 5

chapman 1978 pada masa-masa ini begitu banyak penerbitan yang berkaitan dengan perkembangan kreativiti menerusi pengajaran seni telah diterbitkan konsep utama penulisan mereka adalah tingkah laku manusia yang kreatif dapat dilahirkan menerusi aktiviti-aktiviti seni kurikulum pendidikan seni untuk kesedaran sosial konsep-konsep terbaharu wujud dalam tahun-tahun 1970-an yang mengaitkan seni sebagai alat untuk memupuk kesedaran sosial dalam kalangan murid-murid sekolah lanier 1975 juga berpendapat bahawa sebahagian besar dari seni-seni tampak seperti seni popular dan perfileman boleh digunakan sebagai alat dalam era baru perhubungan kemanusiaan lantas mcfee dan degge 1993 menyarankan aktiviti seni dapat membentuk tingkah laku manusia dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan alam malahan bukan setakat ini sahaja para pendidik pendidikan seni amerika yang lain juga seperti feldman chapman grisby dan efland mengakui bahawa untuk mengatasi masalah perkauman dalam masyarakat yang berbilang bangsa aktiviti-aktiviti pendidikan seni dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid untuk memahami dan mengenali budaya di antara bangsa dalam kalangan masyarakat majmuk kurikulum pendidikan sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan idea seni sebagai asas pengetahuan sering juga dikaitkan dengan pendidikan estetika dalam hal ini lanier 1975 berpendapat seni adalah satu bentuk pendedahan terhadap pengalaman estetik yang mempunyai nilai-nilai intrinsik dan keperluan-keperluan ke arah membuat sesuatu justifikasi adalah jelas bahawa begitu kerap sekali berlakunya perubahan-perubahan konsep pendidikan seni dalam tempoh masa lebih kurang satu abad yang lalu ini adalah disebabkan oleh tekanan dan keperluan sosial perubahan falsafah di dalam pendidikan umum sesuatu tempat itu dapat juga dilihat pada tahun-tahun sebelum perang dunia kedua pendidik-pendidik seni lebih berminat menumpukan pembelajaran pendidikan seni ini ke arah membentuk dan melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran sebagai pembuat dan kurang menumpukan pada melahirkan peminat seni art appreciator dan perhatian juga tertumpu pada individu yang sedia berbakat seni dan kepada bidang seni kreatif sematamata perhatian sangat kurang diberi kepada pengaruh-pengaruh seni terhadap masyarakat selepas perang dunia kedua khususnya di tahun 1950-an konsep seni lebih menumpukan kepada bidang psikologi menjadikan ia berbentuk lebih akademik sehingga kini pembelajaran pendidikan seni telah menumpukan pada salah satu dari tiga jenis teori yang berkaitan rujuk jadual 1 7

[close]

p. 6

1 membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui kerja-kerja seni secara laissez-faire dan berpusatkan kanak-kanak 2 meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dan penghayatan seni yang berpusatkan subjek seni 3 meningkatkan kesedaran terhadap perhubungan seni dengan masyarakat dan kehidupan seharian menumpukan aspek-aspek estetika dalam kehidupan yang berkaitan dengan pembentukan individu dan sosial walau bagaimanapun dengan perkembangan dan perubahan konsep seni ini telah menimbulkan banyak masalah di dalam perlaksanaan pembelajarannya teori-teori yang membentuk konsep itu ada yang sukar diterjemahkan ke dalam bentuk praktikal walau bagaimanapun banyak lagi pendekatan yang boleh kita jadikan panduan untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kita agar lebih mantap umpamanya kita bolah rujuk kepada cadangan-cadangan tokoh seni yang menggunakan pendekatan humanistik seperti feldman manakala lansing memfokuskan perkembangan tiga domain utama iaitu kognitif afektif dan psikomotor dalam melahirkan penggiat dan penggemar seni mcfee pula menggunakan pendekatan antropologi dan sosiologi yang menjadi struktur kurikulumnya dalam perkembangan terakhir ini dunia telah diperkenalkan dengan konsep pendidikan seni sebagai satu disiplin dbae secara perbandingannya dbae bolehlah kita samakan dengan struktur kurikulum pendidikan seni di malaysia struktur dbae ini menekankan kepada empat bidang tumpuan iaitu sejarah seni kritikan seni estetik dan produk seni sila lihat jadual 2 yang menunjukkan perbandingan di antara dbae dengan kurikulum yang berasaskan ekspresi kendiri secara kreatif seni merentas kurikulum hasrat untuk melihat seni lebih berkembang diterima ramai dan dihayati dengan lebih baik didokong oleh para sarjana seperti stephen dobbs elliot eisner edmund feldman harry broudy john goodlad dan graham down mereka menegaskan bahawa seni berkait rapat dengan kepentingan pendidikan asas dalam hal ini engel menggambarkan seni sebagai asas kepada pendidikan berdasarkan perkembangan kehidupan manusia harry broudy pula mengaitkan pengalaman estetik yang dapat membantu seseorang pelajar membuat justifikasi dan pertimbangan serta tindakan yang rasional elliot eisner membincangkan pengaruh konservatif pada seni dalam pendidikan edmund feldman membentangkan kesnya bagi keutamaan modaliti visual di sekolah yang menggunakan idea daripada antropologi dan linguistik vincent lanier membentangkan seni dan kehidupan sosial dan budaya kathryn bloom membincangkan pendidikan seni sebagai pemangkin untuk motivasi dan prestasi 8

[close]

p. 7

pelajar irving kaufman menyatakan bahawa pendidikan seni harus menjadi disiplin diri yang mencukupi diana korzenik meneliti persediaan ideal guru seni dan rogena degge menerangkan kesusahan yang menimpa akibat daripada tanggapan yang sempit tentang apa yang menjadi satu pengalaman seni yang baik thomas hatfield menggalakkan pendidik seni untuk memeriksa potensi ekonomi mereka yang berpotensi dan politik manakala virginia brouch dan judith kula mengenal pasti kemahiran khusus yang diperlukan dalam program-program seni asas yang telah digunakan menjadikan seni merentas kurikulum dan asas kepada pendidikan bertitik tolak daripada keinginan untuk mengiktiraf seni kajian yang menunjukkan seni sebagai asas kepada pendidikan selain daripada menulis membaca dan mengira dilihat daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi seperti lowenfeld 1947 dan piaget 1950 kajian-kajian mereka mengiktiraf contengan sebagai perkara pertama yang kanak-kanak lakukan sebelum menulis membaca dan mengira gerakan ini telah mendorong masyarakat melalui penglibatan pakar-pakar dan ahli profesional dan membangunkan satu rangkaian komuniti rangkaian komuniti ini bersama-sama membangun dan melaksanakan program-program yang bertujuan untuk menangani masalah sosial dan kebajikan yang runcing ini termasuklah isu-isu pengangguran dadah dan jenayah sosial seni berperanan dari aspek penghasilan poster karya-karya seni 2-dimensi dan 3-dimensi yang mempunyai mesej yang tersurat dan tersirat seni juga berperanan dalam meningkatkan pencapaian pendidikan misalnya penggunaan model-model dan pembangunan koswer dapat memudahkan kefahaman dan minat pelajar terhadap pelajaran melalui seminar bengkel seni dan sesi pengajaran seni akan membolehkan peserta meluahkan perasaan dan pandangan mereka sendiri landasan ini juga boleh digunakan untuk menarik perhatian pihak-pihak tertentu melalui aktiviti tersebut kepentingan mata pelajaran pendidikan seni dapat ditonjolkan dan isuisu penting dapat diketengahkan seni dapat meningkatkan deria pengamatan dan daya imaginasi untuk membolehkan seseorang menghayati kehidupan dengan penuh kesedaran aplikasi seni dalam kehidupan seharian merupakan salah satu perkara yang positif dan boleh membuka meningkatkan kesedaran mereka dan minat terhadap seni proses penghasilan seni yang kreatif secara semula jadi membentuk imaginasi dan inovasi dalam diri seseorang ini akan menjadi norma dan cara hidup sebagai mekanisme survival perkara yang menarik ialah seseorang itu tidak memerlukan kemahiran yang tinggi tetapi sekadar minat dan kemahiran sedia ada pembelajaran lebih menjurus kepada penggunaan sumbersumber yang sesuai seperti teknologi moden dan peralatan moden untuk mengurangkan penggunaan masa peluang untuk setiap orang melibatkan diri dalam seni sangat penting sebagai pendedahan dan cara untuk memupuk minat kemahiran dan pengetahuan tentang seni 9

[close]

p. 8

jadual 1 perkembangan dan perubahan konsep dan tiga orientasi kurikulum pendidikan seni di amerika dari tahun 1870-an hingga 1990-an dan faktor-faktor yang mempengaruhinya sumber bates jane k 2000 becoming an art teacher singapore waadsworth/thomson learning ms 10 &11 masa 1870-an peristiwa dan faktor-faktor yang mempengaruhi pendidikan global revolusi industri persaingan ekonomi di eropah pendidikan seni berorientasi masyarakat lukisan teknikal diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni untuk melatih pereka dan draftmen bagi keperluan industri kraf kayu logam jahitan anyaman diperkenalkan dalam latihan bagi tujuan perdagangan melalui apresiasi seni perbincangan melibatkan aspek moral terhadap catan-catan yang terkenal bagi menyuntik nilai moral pendidikan seni berorientasi pemusatan kanak-kanak pendidikan seni berorientasi pemusatan subjek 1890-an latihan vokasional diperkenalkan untuk memberi kemahiran kepada anak-anak pendatang moral dan nilai dalam pendidikan 1900-an 1920-an pergerakan progresif membahaskan pandangan dewey bahawa pendidikan perlu menggalakkan pembelajaran pengalaman dan ekspresi kendiri seni ada hubungan dengan subjek lain untuk menggalakkan pembelajaran pengalamian fokus terhadap ekspresi perasaan dan pembelajaran melalui kaedah eksperimen dan penemuan seni untuk kehidupan menjadi slogan kanakkanak diajar menghasilkan bentuk praktikal dan hiasan untuk 1930-an dunia menghadapi kemelesetan kesan terhadap kewangan dan tekanan emosi 10

[close]

p. 9

1940-an perang dunia kedua perang tamat pendidikan menyahut slogan keselamatan untuk keamanan melalui kapasiti perkembangan kreativiti menghiasi persekitaran mereka pendidikan seni sebagai alat menyokong perjuangan dan tumpuan kepada pembuatan poster patriotik seni sebagai aktiviti menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan hidup kerja-kerja penerokaan terhadap bahan digalakkan untuk tujuan ekspresi kreatif kendiri seni untuk ekspresi kendiri secara kreatif dan pembelajaran pengalamian menerusi manipulasi bahan terus menjadi ikutan seni untuk ekspresi kendiri secara kreatif dan pembelajaran eksperiential menerusi manipulasi bahan terus menjadi ikutan pendidikan seni dianggap sebagai asas ilmu pengetahuan tumpuan beranjak daripada belajar seni kepada belajar kandungan seni pendidikan seni berorientasikan akademik dalam sistem pendidikan awam 1950-an negara soviet union berjaya melancarkan sputnik di angkasa lepas kekalahan amerika seni untuk kreativiti menjadi pegangan bagi tujuan mempromosi perkembangan kreativiti kemahiran menyelesaikan masalah untuk menawan angkasa 1960-an reaksi kepada kejayaan soviet union di angkasa di usa memegang prinsip balik kepada asas back ­to ­basic movement pendidikan untuk kecemerlangan akademik pergerakan hak awam the civil right dan pergerakan perjuangan hak wanita merangsang kesedaran pelbagai budaya seni untuk social order menjadi keutamaan kursuskursus berkaitan seni kaum kulit hitam dan kaum hispanic diperkenalkan kerjakerja seniman wanita mula diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni kraf sebagai ekspresi kreatif individu dan sebagai protes kepada pengeluaran secara besar-besaran dan social conor pendidikan seni memperlihatkan ke arah orientasi akademik dan semakin berkembang hingga mempengaruhi pengajaran konsepkonsep seni kemahiran pengamatan dan kandungan persejarahan 1970-an perkembangan gerakan anti budaya bantahan terhadap nilai-nilai pembangunan dan perang vietnam 11

[close]

p. 10

1980-an negara dalam bahaya perlu reformasi pendidikan arts propel memperkenalkan pendekatan berpusatkan studio untuk mempromosi fungsi kognitif pendidikan seni berasaskan komuniti tumpuan kurikulum kepada pemusatan studio berasaskan kepada keperluan dan minat kanak-kanak dbae secara formalnya memperkenalkan seni sebagai kandungan ilmu pengetahuan dengan ada empat disiplin seni iaitu kritikan seni estetika sejarah seni dan produk seni 1990-an penekanan kepada piawai penilaian dan pertanggungjawaban kepada matlamat 2000 education american act pendidikan seni diberi mandat melalui perundangan wajib dilaksanakan di sekolah dbae untuk tahap k12 secara sekuen diajar empat disiplinnya menekankan aspek kandungan kepelbagaian budaya hubungan intradisiplin gabung jalin penggunaan teknologi piawai dan penilaian era teknologi maklumat ict dan perkembangan masyarakat global pendidikan seni mengambil kira keupayaan pencapaian teknologi maklumat dalam konteks skala globalisasi pendidikan seni dalam konteks perkembangan pendidikan di malaysia karya seni visual adalah merupakan rekod pencapaian manusia kerana ia merupakan manifestasi nilai dan kepercayaan manusia yang diilhamkan dan dijelmakan melalui karya seni atau pun bentuk-bentuk seni penelitian yang kritikal terhadap bentuk-bentuk seni yang ada di sekeliling kita boleh mendorong kita untuk lebih memahami budaya silam budaya kini dan akan datang dengan lain perkataan ia membuat kita menilai atau mendorong untuk membuat refleksi tentang nilai dan kepercayaan yang bertali arus dengan perkembangan dan kemajuan sesuatu masa kita harus bertanya melalui kesedaran itu ke manakah arah hidup kita inilah sebahagian daripada contoh nilai pendidikan yang boleh disumbangkan oleh pendidikan seni 12

[close]

p. 11

pendidikan seni dalam konteks sistem pendidikan kebangsaan mata pelajaran pendidikan seni bukanlah semata-mata bermatlamat untuk melahirkan semua pelajar sebagai pelukis atau pereka keyakinan untuk mewujudkan warga negara yang berbudaya khususnya individu yang imaginatif kreatif berdaya reka berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetika dijadikan landasan pembentukan dan perlaksanaan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah dalam konteks bersepadu mata pelajaran pendidikan seni bertujuan membolehkan pelajar menyedari memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam urusan hidup hubungannya dengan kejadian alam kaitannya dengan perkembangan sains dan teknologi aplikasi seni dalam industri rekaan dan pembuatan sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi negara peluangnya dalam kerjaya serta kesannya terhadap budaya kebangsaan bidang komunikasi rekreasi alam persekitaran dan kehidupan sehari-hari satu sukatan pelajaran pendidikan seni visual yang mantap dan bersifat global telah sedia untuk mencanai pelajar-pelajar menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan rujuk sukatan pelajaran pendidikan seni visual untuk sekolah menengah 2000 dan sukatan pelajaran pendidikan seni visual stpm 2000 walaupun pada hakikatnya banyak lagi yang boleh diperbaiki selaras dengan perkembangan dan isu-isu semasa contohnya seperti kurikulum berlandaskan kepada budaya tempatan yang kaya dengan nilai-nilai seni yang lahir daripada kepelbagaian budaya yang terdapat di malaysia falsafah pendidikan kebangsaan ada menyebut tentang usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan bakat dan potensi individu secara menyeluruh segala kebolehan pelajar yang ada tidak patut disia-siakan ini bermakna peranan pendidikan seni untuk pembentukan individu yang seimbang dan bersepadu perlu menjadi fokus ini adalah kerana penglibatan di dalam kegiatan seni bukan sahaja menyentuh perasaan estetika dan daya kreatif seseorang melalui penajaman daya intuisi persepsi dan konsepsinya malah boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat dan kemampuan diri di dalam bidang seni sifatsifat tersebut akan menjadikan individu lebih sensitif bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupannya dasar pendidikan negara dpn dan perancangan kurikulum dasar pendidikan negara dpn menggariskan tujahan-tujahan yang dapat dijadikan landasan bagi meletakkan pendidikan sebagai wadah untuk pembangunan insan mengikut akta pelajaran 1961 dasar pelajaran persekutuan yang asasnya diisytiharkan dalam ordinan 1957 adalah untuk 13

[close]

p. 12

membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan yang akan memenuhi keperluan-keperluan negara dan menggalakkan pertumbuhan kebudayaan sosial ekonomi dan politik dalam konteks negara malaysia yang berbagai kaum dan agama dpn merupakan suatu yang dapat menggerakkan semua golongan masyarakat ke arah perpaduan melalui sistem pendidikan yang sama dan hala tuju yang seiring pendemokrasian pendidikan memastikan hak setiap individu dalam masyarakat terjamin dengan menerima nilai dan ilmu yang sama dan semangat perpaduan boleh dipupuk dasar pendidikan negara juga menggariskan keperluan guna tenaga yang tinggi dalam era teknologi dan maklumat selari dengan perkembangan semasa dalam jangka panjang juga dpk memegang hasrat untuk melahirkan warganegara yang berdisiplin kesemua kehendak dpk ini didokong oleh falsafah pendidikan kebangsaan fpk yang digarap dengan begitu kemas untuk memperjelas setiap aspek yang perlu dipraktikkan oleh pendidik dalam konteks perkembangan universal setiap individu mewakili budaya adat etnik latar belakang keluarga kepercayaan dan kelas sosioekonomi yang berbeza membentuk suatu adunan yang menarik sekiranya dapat dilakukan dengan teliti peri pentingnya budaya dalam konteks menyatupadukan masyarakat memberi kita suatu pandangan yang luas dan menarik mengenali fungsi budaya dalam pendidikan matlamat global pendidikan adalah untuk mempertingkat pengetahuan kemahiran dan sikap yang membenarkan seseorang individu melihat dunia sebagai sebuah komuniti di samping menghargai dan mengapresiasi budaya dan warisan bangsa hubungan antara pendidikan dan kehidupan melibatkan penggubalan kurikulum yang dapat menyediakan pengalaman secara amnya pendidikan didokong oleh 10 prinsip iaitu sebagai asas pengetahuan pembelajaran sepanjang hayat pembelajaran koperatif pembelajaran kajian sosial ekonomi teknologi pembelajaran kritikal dan kreatif pembelajaran pelbagai adat dan budaya dan pembelajaran moral justeru penyediaan perancangan kurikulum yang komprehensif harus digubal ke arah merealisasi pendidikan yang dapat menjamin pembentukan individu yang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara dan bangsa pendidikan seni di malaysia negara kita sangat kaya dengan kesenian ini jelas dapat dilihat menerusi artifakartifak yang diperturunkan oleh nenek moyang kita sejak dari zaman keagungan kerajaan melayu melaka dahulu lihatlah betapa indahnya pakaian tradisional kita bukannya sejenis malahan terdapat kepelbagaiannya yang disesuaikan dengan taraf dan kedudukan pemakainya keindahan dan kehalusan yang terdapat pada 14

[close]

p. 13

kraf tradisional jelas memaparkan kepakaran serta ketinggian aras pemikiran tukang-tukang atau pandai melayu di dalam arus kemodenan dan akibat dibelenggu oleh penjajah kadang kala kita lupa akan warisan pusaka kita sebenarnya pembelajaran pendidikan seni secara formal seharusnya mempunyai falsafah dan identiti kebangsaan sesuai dengan aspirasi negara bangsa dan nilainilai tempatan akta pelajaran tahun 1961 juga mempunyai inspirasi untuk menggalakkan pertumbuhan budaya dan sosial memanglah akta ini kurang jelas memperkatakan tentang keperluan dan peranan seni tampak tetapi sekali gus secara am ianya merangkumi semua bidang yang tergolong dalam erti kata kebudayaan seni tampak adalah merupakan jiwa dan rupa sesuatu budaya dan bangsa syed ahmad jamal 1992 mungkin kerana konsep dan falsafahnya tidak begitu jelas unsur-unsur yang berkaitan dengan budaya khususnya yang berkait dengan seni tampak ini kurang mendapat perhatian khusus ini meninggalkan kesan kepada pembentuk kurikulum pendidikan seni pada masa itu kurikulum yang sama digunakan sehingga penghujung tahun 1970-an kurikulum sekolah rendah yang telah diperbaharui konsep dan falsafahnya sementara untuk sekolah menengah kurikulum baru telah digubal dan pendidikan seni telah banyak menerima perubahan khususnya dari segi isi kandungan struktur pelajarannya apa yang jelas pada saya ialah kaedah yang diamalkan di dalam pembelajaran pendidikan seni di sekolah-sekolah sejak merdeka ialah mengamalkan kaedah yang tidak berstruktur yang dikenali sebagai the laissez-faire method dan kaedah autokratik michael 1983 matlamat guru menggunakan kaedah laissezfaire ini ialah menggalakkan pembelajaran dan perkembangan secara semula jadi menerusi pengetahuan seni media kemahiran pertukangan ekspresi individu kepekaan pengamatan dan estetik dan mengamalkan sikap yang baik muridmurid diandaikan mempunyai motivasi kendiri dan mempunyai kebebasan total dalam menentukan segalanya guru hanya sekadar membimbing kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu arah pembelajaran tidak dapat ditentukan dan banyak lagi metodologi-metodologi di bilik darjah seperti rangsangan had masa kepimpinan dan lain-lain lagi diketepikan sementara kaedah autokratik lebih menunjukkan pengajaran secara memberi penerangan dan maklumat perancangan setiap langkah yang perlu murid-murid lakukan guru lebih menumpukan aspek-aspek formalistik yang berkaitan dengan konsep-konsep asas seni biasanya idea-idea dikawal begitu juga dengan penggunaan media pengurusan kerja-kerja seni dan tahap-tahap perkembangan dikawal oleh guru pada murid-murid motivasinya adalah kerana bimbang dengan kegagalan atau takut tidak mencapai tahap yang guru kehendaki kaedah ini sebenarnya berkesan pada kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran seperti proses serta prosedur penggunaan alat dan bahan tetapi adalah lebih berkesan jika proses pembelajaran untuk pendidikan seni ini 15

[close]

p. 14

dilakukan dengan kaedah kreatif yang bercapah kerana dengan cara ini pembentukan konsep-kendiri murid-murid lebih baik stanly madeja,1967 dalam micheal 1983 apakah konsep dan matlamat pendidikan seni untuk sekolah menengah pada waktu ini ke manakah arah tujuan pembelajarannya agak sukar untuk menjawab soalan-soalan ini kerana apa yang tertera secara bertulis dalam bentuk dokumen rasmi dari sejak merdeka hingga kini hanyalah sukatan pelajaran seni lukis dan pertukangan dokumen-dokumen lain jika ada pun sangat sukar untuk dimiliki oleh seseorang pendidik sukatan pelajarannya begitu fleksibel dan memberi peluang kepada guru-guru memilih arah manakah yang sesuai dengan alam persekitarannya jenis kraf dan perusahaan dan keupayaan serta minat murid-muridnya ke manakah arah dan tujuan pembelajaran dan apakah bentuk dan kandungan pembelajaran adalah tertakluk kepada guru yang mengajarnya yang nyata adalah kebanyakan guru lebih menumpukan jenis-jenis kegiatan melukis menggambar mereka dan mencorak untuk tujuan lulus peperiksaan sementara meniru adalah suatu kesalahan kerja-kerja kraf jarang-jarang diamalkan itu pun bergantung kepada keupayaan guru walaupun banyak tajuktajuk kegiatan kraf terdapat di dalam sukatan pelajaran tersebut berdasarkan sukatan pelajaran yang ada itu sejauh manakah tercapainya matlamat untuk pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan seperti yang digariskan di dalam akta pelajaran 1961 isu inilah yang perlu dipertikai persoalan tentang apakah matlamat pembelajaran pendidikan seni dan adakah ianya penting dalam arus pembangunan negara sekarang serta jika ia penting mampukah ia berfungsi untuk memberi erti akan keperluannya itu ini semua perlu diperjelas meninjau laporan kabinet 1979 sekali lagi pendidikan seni diletakkan sebagai satu mata pelajaran tidak dijelaskan secara eksplisit tetapi pendidikan seni telah diterima sebagai salah satu daripada mata pelajaran di sekolah-sekolah perlulah bergerak selari ke arah matlamat pendidikan kebangsaan kini setelah beberapa pindaan dilakukan sukatan pelajaran pendidikan seni kssm telah pun memperlihatkan kemantapannya arah dan konsepnya juga begitu jelas ini adalah bersesuaian dengan keperluan semasa sebagai sebuah negara yang membangun dengan kemajuan sosioekonomi yang semakin pesat dan kehidupan yang semakin kompleks pendidikan seni boleh memberi sumbangan yang besar pendidikan seni kini bukanlah sekadar untuk pengayaan ia juga perlu dianggap sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis membaca dan mengira peri mustahaknya tiga kemahiran itu kerana ianya melambangkan sistem yang membolehkan manusia berkongsi pengalaman dengan menguasai lambang-lambang tersebut segala bentuk ilmu dapat dinikmati bersama masyarakat kita mengambil berat kanak-kanak yang gagal menguasai sistem ini 16

[close]

p. 15

kegagalan menguasainya bererti ketinggalanlah mereka di dalam menikmati bersama arus perkembangan budaya kita pendidikan seni juga adalah lambang sistem dengannya membolehkan manusia berkongsi pengalaman kegagalan menguasainya samalah seperti gagal menguasai kemahiran membaca dan mengira kegagalan menguasai kemahiran seni tampak ini tersekatlah satu keupayaan seseorang itu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya jika kita yakin akan sumbangan pendidikan seni ini boleh membantu perkembangan seseorang kanak-kanak itu seharusnyalah berupaya meningkatkan potensi kanak-kanak untuk mentafsir dan berkongsi pengalaman serta saling memahami di antara satu dengan yang lain sumbangan pendidikan seni kepada masyarakat di abad ke-21 sebagai sebuah wadah untuk menjana ilmu pendidikan seni khusus dalam aspek yang berkaitan dengan ilmu dan kemahiran ia mampu menyediakan ruang untuk meningkatkan kualiti insan lansing 1969 berpendapat bahawa menerusi pelajaran pendidikan seni ketiga-tiga domain pelajar perlu dipenuhi iaitu domain kognitif afektif dan psikomotor pelajaran ini perlu memberikan ilmu yang berkaitan dengan prosedur ilmu sejarah seni ilmu tentang estetika ilmu tentang gubahan dan ilmu yang berkaitan dengan seni dalam kehidupan sementara itu dalam domain afektif pula guru perlu membangunkan nilai dan peribadi insan yang menyentuh aspek-aspek pengukuhan keyakinan diri dalam kalangan pelajar di samping itu pelajar perlu diberi latihan untuk meningkatkan kemahirannya psikomotor dalam penggunaan peralatan dan bahan sementara laura chapman 1978 dan efland 1989 pula mencadangkan pelajaran pendidikan seni harus boleh memberi latihan kepada pelajar untuk membuat ekspresi seni dan bertindak balas dengan meningkatkan keupayaan individu sebagai seorang penggiat atau sebagai seorang peminat seni peka kepada warisan seni yang ditinggalkan dan berupaya melihat hubungan dan peranan seni dalam masyarakatnya hasil daripada kajian sekumpulan pakar pendidikan seni yang dibantu oleh yayasan getty kurikulum pendidikan seni berasaskan disiplin dbae telah diperkenalkan dbae menekankan kepada empat disiplin ilmu iaitu disiplin yang berkaitan sejarah seni estetika kritikan dan menghasilkan produk seni keempat-empat disiplin itu diajar secara bersepadu dalam konteks perkembangan kurikulum pendidikan seni di negara kita pembentukan kurikulum sejak kurikulum baru sekolah menengah kssm diperkenalkan pada tahun 1988 sepanjang tempoh diperkenalkan perubahan yang berlaku pada tahun 2001 pada sukatan pelajaran kssm dan stpm sedikit sebanyak terpengaruh dengan perubahan-perubahan yang berlaku di arena antarabangsa dari segi struktur kandungannya perubahan yang dilakukan adalah bertujuan untuk peningkatan mutu kandungan kurikulum yang sedia ada bagi 17

[close]

Comments

no comments yet