PPPM 2013 Ringkasan

 

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2



[close]

p. 3

ringkasan

[close]

p. 4

e-1 ringkasan eksekutif pada oktober 2011 kementerian pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan pelan pembangunan pendidikan yang baharu kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21 dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari unesco bank dunia oecd dan enam institusi pengajian tinggi awam kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah guru ibu bapa orang ramai dan murid di seluruh negara dokumen awal pelan pembangunan pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan usaha yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya kementerian akan mendapatkan maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komuniti sebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada disember 2012.

[close]

p. 5

pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 2025 ringkasan eksekutif e-2 pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah negara dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa ini kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat oleh itu negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi selain itu pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan melalui pendidikan individu dapat meningkatkan taraf hidup menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan penyumbang aktif kepada pembangunan negara menerusi interaksi individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi agama dan kaum dapat belajar untuk memahami menerima dan menghargai perbezaan seterusnya membina perkongsian pengalaman dan aspirasi untuk masa depan malaysia melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti nasional dan perpaduan negara dapat dipupuk sejak kebelakangan ini sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian dan perbahasan ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berdasarkan hakikat sesuatu sistem pendidikan yang kompleks dan rencam setiap negara memerlukan tempoh yang panjang untuk melihat impak perubahan yang dilaksanakan oleh itu kementerian perlu mengambil tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan dengan segera.

[close]

p. 6

e-3 objektif dan pendekatan kajian semula laporan awal pelan pembangunan pendidikan merupakan hasil penyelidikan yang mendalam dan pelibatan meluas masyarakat yang dijalankan oleh kementerian pelan pembangunan pendidikan dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu pembangunan pendidikan dalam tempoh 2013-2025 tambahan lagi buat pertama kalinya kementerian telah melibatkan penyertaan rakyat secara besar-besaran sepanjang tempoh setahun lebih 50,000 orang pegawai kementerian guru pemimpin sekolah ibu bapa murid dan orang awam di seluruh negara telah dilibatkan melalui temu bual kumpulan fokus tinjauan dewan terbuka dialog nasional dan perbincangan meja bulat kementerian telah melantik panel pakar yang terdiri daripada 12 ahli tempatan dan empat ahli antarabangsa bagi menyediakan input bebas terhadap dapatan kajian semula sistem pendidikan negara 1 memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan meningkatkan standard kualiti merapatkan jurang pencapaian ekuiti mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang dan 2 mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem 3 menggariskan program transformasi sistem pendidikan yang merangkumi perubahan penting dalam kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan awam pendekatan yang digunakan dalam penyediaan pelan pembangunan pendidikan adalah berani dan ulung kali dilaksanakan perspektif daripada pelbagai pakar dan agensi antarabangsa telah digarap untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan malaysia agensi yang terlibat ialah bank dunia united nations educational scientific and cultural organisation unesco organisation for economic co-operation and development oecd serta enam universiti tempatan kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk memastikan jajaran dengan dasar awam yang lain berkaitan pendidikan sebagai contoh kementerian bekerjasama dengan pemandu untuk membangunkan inisiatif pendidikan menerusi program tranformasi kerajaan gtp2.0 bagi mencerminkan pembaharuan utama yang terkandung dalam pelan

[close]

p. 7

pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 2025 ringkasan eksekutif e-4 pelaburan yang signifikan dan mapan dalam pendidikan penyediaan sokongan dan sumber yang disediakan sesuatu sistem kepada sekolah memberi kesan penting kepada prestasi sekolah hal ini bertujuan membolehkan guru dan pengetua/guru besar memberikan tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan oleh itu pelaburan dalam sistem pendidikan merupakan ukuran penting kepada kesungguhan dan komitmen kerajaan terhadap pendidikan kerajaan malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi dalam pendidikan sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 55 tahun yang lalu pada awal tahun 1980-an perbelanjaan persekutuan untuk pendidikan rendah dan menengah sebagai peratus keluaran dalam negara kasar kdnk adalah yang tertinggi di asia timur pada tahun 2011 jumlah perbelanjaan pendidikan sebanyak 3.8 daripada kdnk atau 16 daripada jumlah perbelanjaan kerajaan bukan sahaja lebih tinggi daripada purata oecd sebanyak 3.4 daripada kdnk dan 8.7 daripada jumlah perbelanjaan awam malah adalah setara atau lebih tinggi daripada sistem berprestasi tinggi seperti singapura korea selatan dan jepun ekshibit 1 pada tahun 2012 daripada jumlah bajet pendidikan sebanyak rm37 bilion kerajaan terus menyediakan peruntukan yang terbesar iaitu 16 daripada jumlah bajet kepada kementerian pelajaran peruntukan ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pendidikan sebagai satu daripada keutamaan negara ekshibit 1 perbelanjaan pendidikan asas1 sebagai jumlah perbelanjaan kerajaan bagi malaysia dan negara setara2 peratus 2008 18 16 14 12 12 11 11 9 7 purata oecd 8.7 thailand3 malaysia3 mexico chile hong kong3 korea singapore3 indonesia3 japan termasuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan/kapital bagi pendidikan asas rendah dan menengah 2 negara setara berasaskan kategori berikut harimau asia hong kong singapura korea selatan jepun jiran asia tenggara indonesia thailand singapura dan negara yang setanding kndk per kapita mexico dan chile 3 data bagi 2010 nota data daripada 2008 atau 2010 bergantung kepada data terkini yang diperoleh sumber kementerian pelajaran malaysia oecd ­ education at a glance 2011 singstat ministry of finance thailand ministry of finance indonesia education bureau of hong kong data daripada 2008 atau 2010 bergantung kepada data terkini sedia ada lonjakan besar dalam meningkatkan akses kepada pendidikan sistem pendidikan negara menyaksikan lonjakan besar sejak tahun 1957 ketika negara mencapai kemerdekaan lebih separuh daripada populasi tidak menerima pendidikan formal hanya 6 kanak-kanak menerima pendidikan peringkat menengah dan 1 sahaja mendapat pendidikan lepas menengah namun lima setengah dekad kemudian akses kepada pendidikan telah mengalami perubahan yang melangkaui jangkaan pada tahun 2011 enrolmen di peringkat pendidikan rendah telah hampir sejagat iaitu 94 dan peratusan murid yang tercicir daripada pendidikan rendah telah menurun secara signifikan daripada 3 pada tahun 1989 kepada 0.2 pada tahun 2011 kadar enrolmen di peringkat menengah rendah tingkatan 1 hingga 3 telah meningkat kepada 87 peningkatan terbesar berlaku di peringkat menengah atas tingkatan 4 hingga 5 dengan kadar enrolmen meningkat hampir dua kali ganda daripada 45 pada tahun 1980-an kepada 78 pada tahun 2011 kadar enrolmen ini adalah lebih tinggi sekiranya enrolmen di

[close]

p. 8

e-5 sekolah swasta juga diambil kira iaitu 96 peringkat rendah 91 menengah rendah dan 82 menengah atas kadar ini adalah yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan negara membangun yang lain namun masih rendah berbanding sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti singapura dan korea selatan pada masa yang sama peluasan yang cepat berlaku dalam pendidikan prasekolah sekitar 77 murid telah memasuki pendidikan prasekolah sama ada kerajaan atau swasta dan sasaran negara adalah untuk memperoleh penyertaan sejagat menerusi bidang keberhasilan utama negara nkra yang terkandung dalam gtp sistem pendidikan yang komited untuk membangunkan murid secara menyeluruh kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha berterusan bagi membangunkan anak-anak secara menyeluruh merangkum pelbagai dimensi iaitu intelek rohani emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan peningkatan yang signifikan dalam akses disusuli dengan di dalam bilik darjah dan menerusi aktiviti kokurikulum peningkatan dalam pencapaian murid kadar literasi remaja sebagai contoh pendidikan islam dan pendidikan moral telah meningkat daripada 88 pada tahun 1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak 99 masa kini manakala kadar literasi adalah wajib untuk semua murid tahun 1 hingga tingkatan 5 kementerian juga menetapkan setiap murid mengambil dewasa telah meningkat secara mendadak iaitu daripada bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan 1 kelab dan 1 kurang 70 kepada lebih 90 dalam jangka masa yang sama badan beruniform bagi membina bakat dan memupuk minat seterusnya kadar populasi dewasa berusia 15 tahun yang di samping membentuk kemahiran kepimpinan data yang tidak mengikuti persekolahan telah menurun daripada 60 diperoleh menunjukkan kadar penyertaan dalam aktiviti pada tahun 1950 kepada kurang 10 pada tahun 2010 kokurikulum adalah tinggi manakala kadar populasi berusia15 yang menamatkan pendidikan menengah telah meningkat daripada sekitar 7 pada tahun 1950 kepada hampir 75 dalam tempoh yang sama ekshibit 2 pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan negara ekshibit 2 tahap pendidikan populasi berumur 15 tahun dan ke atas 1950-2010 percent of population tertiari menengah rendah tanpa persekolahan 6 1 7 1 2 10 2 13 2 2 3 6 8 19 9 10 13 24 15 33 31 39 39 51 56 59 61 35 38 41 43 41 38 33 39 26 22 12 2000 60 56 50 44 37 32 28 1980 18 10 2005 21 1985 15 9 2010 15 1990 13 1995 1950 1955 1960 1965 1970 1975 sumber barro and lee 2010 eurostat un

[close]

p. 9

pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 2025 ringkasan eksekutif e-6 prestasi akademik murid berbanding standard antarabangsa objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan sejarah sistem pendidikan malaysia seperti negara lain di dunia memberi penekanan terhadap pembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran sains matematik dan bahasa walau bagaimanapun dari segi pengiktirafan di peringkat global kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar menguasai 3m membaca menulis dan mengira sahaja apabila mereka meninggalkan persekolahan tumpuan bukan hanya kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi juga pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi falsafah pendidikan kebangsaan falsafah pendidikan kebangsaan untuk malaysia telah digubal pada tahun 1988 dan disemak semula pada tahun 1996 termaktub dalam visi kementerian dan kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik dari segi intelektual kerohanian emosi dan jasmani pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan berketerampilan berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara prestasi murid malaysia telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu namun pencapaian yang membanggakan itu menghendapi risiko dari segi relatif dan mutlak hal ini disebabkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan lebih cepat dan mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan jurang pencapaian antara sistem pendidikan malaysia dan negara lain semakin melebar keduanya pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid malaysia semakin merosot dari segi mutlak sepanjang dua dekad yang lalu pentaksiran antarabangsa murid seperti programme for international students assessment pisa dan trends in international mathematics and science study timss telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan ketika malaysia mengambil bahagian dalam timss buat pertama kalinya pada tahun 1999 skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam matematik dan sains penyertaan dalam pusingan yang terkini pada tahun 2007 menunjukkan prestasi murid malaysia telah menurun bawah

[close]

p. 10

e-7 purata antarabangsa bagi mata pelajaran matematik dan sains disusuli penurunan dari segi kedudukan negara lebih kritikal lagi 18 dan 20 murid malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik dan sains pada tahun 2007 iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7 dan 5 masing-masing pada tahun 2003 keputusan pisa 2009 penyertaan kali pertama malaysia juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta pencapaian ini juga meletakkan malaysia bawah pencapaian purata antarabangsa dan oecd ekshibit 3 hampir 60 murid berumur 15 tahun yang menyertai pisa gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik manakala 44 dalam bacaan dan 43 dalam sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam pisa adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan secara perbandingan pencapaian murid berumur 15 tahun di singapura di korea selatan di hong kong dan di shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di malaysia contoh kecemerlangan wujud dalam sistem pendidikan negara walaupun keputusan terkini timss dan pisa telah mencetus kebimbangan namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah di seluruh negara yang telah mencapai standard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukan akademik ekshibit 4 menunjukkan sepintas lalu sebahagian daripada pencapaian murid dan sekolah malaysia di peringkat antarabangsa di samping itu kementerian telah mengiktiraf 66 sekolah di bawah program sekolah berprestasi tinggi sbt sekolah berkenaan merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik menghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik murid secara tekal dan berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa sistem pendidikan negara juga berjaya mewujudkan sekolah daerah dan negeri yang menunjukkan peningkatan di luar jangkaan yang membanggakan misalnya sejak lima tahun yang lalu johor merupakan salah sebuah negeri yang berada pada kedudukan lima terbawah berdasarkan prestasi murid dalam upsr johor telah melaksanakan program peningkatan kemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkan pencapaiannya hanya dalam tempoh lima tahun johor kini berada dalam kelompok tiga teratas diukur berdasarkan pencapaian murid begitu juga terdapat sekolah di kawasan pedalaman seperti sk ulu lubai dan sk bakalalan di sarawak kedua-dua sekolah ini berada dalam komuniti yang berpendapatan rendah namun berjaya merangkul anugerah amalan terbaik peringkat komanwel pada tahun 2009 kerana berjaya melaksanakan perubahan yang mengagumkan kejayaan ini menunjukkan wujudnya peluang yang boleh dipelajari dan meningkatkan lagi amalan terbaik untuk diamalkan dalam sistem pendidikan secara keseluruhan.

[close]

p. 11

pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 2025 ringkasan eksekutif e-8 ekshibit 3 perbandingan kedudukan pisa 2009 bagi malaysia dengan negara lain negara serantau yang setara 1 bacaan kedudukan 1 2 3 4 5 18 19 42 43 53 negara shanghai-china korea finland hong kong singapura united kingdom purata oecd germany skor min 556 539 536 533 526 494 497 459 449 421 2 matematik kedudukan 1 2 33 4 5 20 21 41 42 52 negara shanghai-china singapura hong kong korea taiwan austria purata oecd slovak republic croatia purata antarabangsa israel thailand skor min 600 562 555 546 543 3 sains kedudukan 1 2 3 4 5 20 21 40 41 51 negara shanghai-china finland hong kong singapura jepun skor min 575 554 549 542 539 russian fed chile thailand purata antarabangsa 496 497 460 447 ireland purata oecd czech republic 508 500 470 461 425 greece purata antarabangsa malta thailand 419 55 62 malaysia indonesia 414 402 57 68 malaysia indonesia 404 371 52 66 malaysia indonesia 422 383 nota kedudukan negara dengan susunan menurun berdasarkan peratus yang mencapai prestasi teratas tahap 5 atau 6 sumber pisa 2009

[close]

p. 12

e-9 cabaran kekal wujud dalam mencapai keberhasilan murid secara saksama objektif yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah memastikan kesaksamaan dalam keberhasilan murid malangnya sehingga kini keberhasilan murid masih tidak saksama negeri yang mempunyai populasi sekolah luar bandar yang banyak seperti sabah dan sarawak secara purata menunjukkan prestasi yang rendah berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang sedikit dalam upsr peratus jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar ialah 4 mata dan bagi sijil pelajaran malaysia spm jurang pencapaian meningkat kepada 8 mata walau bagaimanapun kedua-dua jurang pencapaian ini telah menurun masing-masing sebanyak 5 mata dan 2 mata sejak enam tahun kebelakangan ini jurang pencapaian antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan juga semakin mengecil tidak wujud perbezaan yang ketara antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina dari segi pencapaian dalam upsr sejak lima tahun yang lalu jurang pencapaian dalam kalangan sekolah jenis kebangsaan tamil telah berjaya dikurangkan sebanyak 50 dan jurang pencapaian antara sekolah jenis kebangsaan tamil dengan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina telah kurang kepada 4 mata sebaliknya jurang pencapaian antara jantina adalah signifikan dan terus meningkat malah semakin melebar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini murid perempuan sentiasa mengatasi pencapaian murid lelaki pada semua peringkat jurang pencapaian antara gender mula kelihatan di peringkat upsr dan berterusan sehingga ke peringkat universiti iaitu 70 daripada kohort peringkat universiti terdiri daripada pelajar perempuan walaupun fenomena ini bukan unik bagi malaysia namun ia memerlukan perhatian bagi memastikan negara tidak pentaksiran antarabangsa timss dan pisa timss merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran matematik dan sains di seluruh dunia pentaksiran dibuat bagi mengukur prestasi murid pada gred 4 tahun 4 dan gred 8 bersamaan dengan tingkatan 2 yang merangkum dua aspek iaitu pengetahuan kandungan seperti algebra dan kemahiran kognitif seperti proses pemikiran penguasaan pengetahuan aplikasi dan penaakulan ujian pertama kali ditadbir pada tahun 1995 pada masa ini lebih 50 buah negara menyertai pentaksiran ini yang dikendalikan pada setiap empat tahun malaysia telah menyertai timss sejak 1999 dan melibatkan murid tingkatan 2 sahaja pisa yang diselaraskan oleh oecd juga merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dikendalikan setiap tiga tahun pisa bertujuan untuk menilai kecekapan dalam bacaan matematik dan sains dalam kalangan murid berumur 15 tahun tumpuan pentaksiran bukan pada kandungan kurikulum tetapi keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar penyertaan juga meliputi negara di luar keanggotaan oecd dengan pelibatan 74 buah negara pada tahun 2009 kali pertama malaysia menyertai pisa ialah pada tahun 2010 sebagai kitaran pentaksiran untuk tahun 2009.

[close]

p. 13

pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 2025 ringkasan eksekutif e-10 ekshibit 4 contoh terkini pencapaian murid malaysia di peringkat antarabangsa julai 2012 8th international exhibition for young inventors thailand genius olympiad 2012 international high school project fair on environment new york 2nd international folk song and dance festival georgia 5th asian schools badminton championship hong kong jun 2012 the invention and new product exposition amerika syarikat 4th asean school games indonesia mei 2012 okt 2011 julai 2011 english speaking union international public speaking competition london asean primary school sports olympiad indonesia 52nd international mathematical olympiad belanda 42nd international physics olympiad thailand dis 2010 nov 2009 international competitions and assessments for schools icas1 world robot olympiad wro korea selatan pasukan malaysia memperoleh pingat emas bagi rekacipta mereka dua orang murid berumur 14 tahun berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini pasukan malaysia seramai 15 orang memenangi diploma emas dan perak pasukan malaysia seramai 16 orang pemain memenangi 3 pingat emas 4 perak dan 9 gangsa pasukan malaysia memenangi pingat emas dalam kategori reka cipta pendidikan pasukan malaysia seramai 200 orang atlit memenangi sejumlah 100 pingat menduduki tempat ketiga keseluruhan seorang murid berumur 17 tahun muncul sebagai pemenang terbaik malaysia yang pertama sekumpulan 36 orang murid memperoleh tempat kedua keseluruhannya memenangi 6 pingat emas 2 perak dan 3 gangsa pencapaian cemerlang murid tingkatan 4 dengan mendapat pingat emas pertama malaysia 4 orang murid lain memperoleh keputusan yang turut membanggakan seorang murid malaysia memperoleh pingat emas dan anugerah khas daripada european physical society 68 orang murid malaysia memperoleh 94 pingat emas dan menerima pujian pada peringkat antarabangsa malaysia diwakili oleh 3 sekolah memperoleh pencapaian yang cemerlang keseluruhan di korea selatan ­ memenangi tempat kedua selama dua tahun berturut-turut 1 pentaksiran diagnostik bebas yang berpusat di australia yang dilaksanakan setiap tahun sumber bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan bahagian sukan

[close]

p. 14

e-11 mempunyai kohot murid lelaki yang `tercicir yang lebih awal meninggalkan sistem persekolahan atau merupakan kumpulan berpencapaian rendah akhirnya jurang ekuiti yang paling besar disebabkan oleh latar belakang sosioekonomi murid jurang ini dilihat berdasarkan tiga aspek pencapaian pendidikan tertinggi ibu bapa purata pendapatan isi rumah bagi negeri dan peratus murid menerima bantuan asas kewangan bawah kumpulan wang amanah pelajar miskin kwapm ketiga-tiga aspek ini merupakan bukti yang tekal bahawa murid daripada keluarga miskin adalah kurang cemerlang berbanding murid daripada keluarga berpendapatan sederhana dan tinggi seperti yang ditunjukkan dalam ekshibit 5 hanya 7 sekolah band 1 dan 2 mempunyai populasi lebih sepertiga daripada jumlah muridnya mendapat kwapm berbanding 69 sekolah band 6 dan 7 yang menerima bantuan kwapm ekshibit 5 taburan populasi murid yang menerima kwapm1 mengikut band sekolah peratus sekolah 2011 kepelbagaian pilihan persekolahan mewujudkan persekitaran etnik yang homogen kewujudan pelbagai jenis sekolah kebangsaan dan swasta di peringkat rendah dan menengah dalam sistem pendidikan menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk memilih jenis sekolah bagi anak-anak mereka walau bagaimanapun kewujudan persekitaran etnik yang homogen di sekolah menimbulkan kebimbangan tentang kurangnya peluang untuk berinteraksi dalam kalangan murid demi pengukuhan identiti dan perpaduan nasional interaksi dalam kalangan murid perlu dipertingkatkan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan aspirasi masa depan malaysia situasi kepelbagaian jenis sekolah yang wujud dalam sistem pendidikan pada masa ini tidak menyumbang kepada interaksi yang dihasratkan data yang diperoleh menunjukkan bahawa lebih banyak murid cina dan india berdaftar di sjk pada tahun 2011 berbanding 10 tahun yang lalu bilangan murid cina yang berdaftar di sjkc telah meningkat daripada 92 pada tahun 2000 kepada 96 pada tahun 2011 peningkatan bagi murid india 100 2,296 3,858 42 31 56 75 17 sekolah dengan <1/3 murid menerima kwapm sekolah dengan 1/32/3 murid menerima kwapm sekolah dengan >2/3 murid menerima kwapm 25 18 52 7 sekolah baik band 1&2 19 sekolah sederhana band 3,4,5 sekolah lemah band 6&7 1 hanya meliputi sekolah rendah kecuali 1,060 sekolah di sabah dan 418 sekolah di negeri lain kerana data tidak lengkap sumber bahagian kewangan bidang keberhasilan utama negara pangkalan data emis

[close]

p. 15

pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 2025 ringkasan eksekutif e-12 yang berada di sjkt adalah lebih ketara iaitu daripada 47 kepada 56 keadaan yang sama wujud di sk kerana 90 enrolmen murid ialah bumiputera di peringkat menengah pula walaupun laluan persekolahan adalah satu sahaja iaitu sekolah menengah kebangsaan smk namun keadaan terpisah dan homogen masih wujud hal ini berasaskan pemerhatian bahawa terdapat murid yang masih terbatas untuk terdedah kepada kepelbagaian misalnya murid sjkc cenderung untuk ke sekolah menengah persendirian cina smpc sementara itu terdapat murid sk menyambung pelajaran di sekolah menengah kebangsaan agama smka dalam usaha mencapai perpaduan penting bagi setiap murid berinteraksi dan belajar bersama-sama rakan sebaya dan guru daripada pelbagai etnik agama budaya dan latar belakang sosioekonomi kementerian telah menyediakan program rancangan integrasi murid untuk perpaduan rimup menerusi aktiviti kokurikulum bagi mengukuhkan interaksi dalam kalangan murid di pelbagai jenis sekolah kajian semula yang dijalankan oleh jemaah nazir dan jaminan kualiti jnjk mendapati program rimup berjaya mewujudkan pergaulan antara etnik di dalam dan di luar bilik darjah oleh sebab kekurangan peruntukan telah berlaku penurunan yang ketara dari sudut pengisian dan bilangan aktiviti untuk program rimup pulangan atas pelaburan tidak memenuhi hasrat malaysia terus memperuntukkan bajet yang tinggi untuk pendidikan usaha ini telah meningkatkan akses yang hampir sejagat di peringkat pendidikan rendah pada masa yang sama akses di peringkat menengah telah meningkat dengan ketara walau bagaimanapun masih terdapat ruang untuk menambah baik dari aspek kualiti ekuiti dan perpaduan ekshibit 6 membandingkan perbezaan prestasi pelbagai negara yang menyertai pentaksiran antarabangsa berdasarkan perbelanjaan pendidikan per murid perbezaan setiap band prestasi lemah sederhana baik sangat baik cemerlang adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan data yang diperoleh pada tahun 2010 menunjukkan prestasi malaysia berada pada kedudukan di belakang negara-negara yang menyediakan jumlah peruntukan yang hampir sama atau lebih rendah seperti thailand chile dan armenia keadaan ini mungkin disebabkan peruntukan untuk pendidikan di malaysia tidak disalurkan kepada faktor yang memberi impak tinggi terhadap keberhasilan murid seperti latihan untuk meningkatkan kemahiran guru secara berterusan sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti di singapura di korea selatan dan di shanghai sememangnya memperuntukkan jumlah bajet yang lebih tinggi berbanding malaysia sistem pendidikan negara juga mampu melonjak dengan adanya usaha transformasi yang utama seperti ini oleh itu tahap perbelanjaan untuk pendidikan di malaysia patut dikekalkan namun kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan dan perbelanjaan bajet perlu dikaji semula imej oleh yiie flickr cc 2.0

[close]

Comments

no comments yet