Puspawangsa Bil.1/2012

 

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1

berita arkib negara malaysia issn 2180-3323 bil 1/2012 jan mac www.arkib.gov.my edisi 9 peristiwa gubir 26 april 1976 sulasteri abdul hamid menarik di dalam 10&11 bekerja dengan ikhlas majlis pengkisahan sejarah darurat `peristiwa gubir pengalaman anggota tudm menentang pengganas komunis dari kiri ketua pengarah anm hajah daresah haji ismail timbalan ketua setiausaha kebudayaan kpkk ybhg datuk haji ab ghaffar a tambi timbalan menteri kpkk yb senator datuk maglin dennis d cruz mejar b nor ibrahim sulaiman haji mohsain haji hashim dan encik mior roslan dato haji mior mohd jaafar 6 ktmb di jb singapura kini tinggal sejarah ada 13 mac 2012 yang lalu arkib negara sekali lagi menganjurkan sesi pendokumentasian lisan dibawah siri pengkisahan sejarah darurat program berlangsung di auditorium memorial tunku abdul rahman putra jalan dato onn kuala lumpur dengan tema peristiwa gubir pengalaman anggota tudm menentang pengganas komunis tema yang dipilih adalah bertepatan dengan susana negara yang sedang hangat memperkatakan tentang isu keganasan komunis majlis kali ini telah dihadiri oleh seramai 287 orang peserta dari pelbagai bidang kajian dan profesion dan dirasmikan oleh timbalan menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan yb senator datuk maglin dennis d cruz gubir ialah satu daerah di negeri kedah merupakan salah satu kawasan yang p menjadi markas pengganas komunis di utara semenjung malaysia semasa darurat disinilah berlakunya peristiwa menyayat hati yang menjadi satu lagi sejarah hitam buat negara khususnya pasukan anggota tudm umum mengetahui `peristiwa bukit kepong dimana serangan komunis terhadap balai polis bukit kepong yang berlaku di subuh hari pada 23 februari 1950 telah mengorbankan 25 orang anggota polis dan orang awam namun tidak ramai yang mengetahui tentang keganasan komunis dalam `peristiwa gubir `peristiwa gubir yang dimaksudkan adalah satu peristiwa yang berlaku pada 26 april 1976 pada tarikh ini satu operasi telah dilancarkan oleh pasukan keselamatan yang dinamakan `operasi kota dalam operasi tersebut sebuah helikopter nuri telah ditembak jatuh di hutan simpan ulu muda bersambung ke mukasurat 5 14 surat menyurat sultan abdul hamid halim shah 4 promosi bahan arkib

[close]

p. 2

perutusan ketua pengarah ahun 2012 merupakan kesinambungan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada saya berikutan kekosongan jawatan ketua pengarah arkib negara malaysia pada 20 september 2011 sesuatu perancangan tidak akan menjadi kenyataan tanpa ketentuan oleh yang maha esa dengan ketentuannya jugalah saya sekali lagi mencoretkan perutusan di buletin ini sebagai ketua pengarah arkib negara yang memegang tanggungjawab yang diamanahkan pada 1 februari 2012 adalah menjadi harapan saya agar semua warga arkib dapat memberi sokongan padu dan berganding bahu untuk melaksanakan amanah yang dipikul tanpa sokongan dan usaha yang bersungguh hasrat dan impian untuk menjadikan arkib negara sebagai pusat penyelidikan yang unggul tidak akan tercapai peranan arkib begitu meluas menjadi rujukan pelbagai agensi dan individu tanpa mengira usia dan bangsa sama ada dari dalam mahupun luar negara justeru setiap warga arkib perlulah bersedia melengkapkan diri supaya lebih berkredibiliti berdaya saing responsif dan memantapkan diri dalam setiap tugasan yang diberikan demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan peranan dan tanggungjawab yang mencabar ini sekali gus mencerminkan ketinggian dan kepentingan profesionalisme kearkiban di negara ini yang memerlukan pegawai dan kakitangan yang benar-benar komited dalam melaksanakan tugas sebagai langkah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan daya saing di kalangan warga arkib portal knowledge management telah diwujudkan sebagai satu platform kepada pegawai dan kakitangan untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat berkaitan pengurusan rekod dan arkib harapan saya agar kerjasama yang terjalin dalam menggerak dan melaksanakan tugas yang dilaksanakan ini akan diteruskan sejajar dengan hasrat menjadikan arkib negara sebagai pusat penyelidikan yang unggul azam dan tekad untuk menjadi warga kerja yang berdedikasi dan mulia perlu ditanam di dalam minda setiap warga arkib negara dan setiap halangan dan kesukaran perlu dianggap sebagai cabaran yang harus dihadapi dengan minda yang terbuka perlulah kita memperbaiki diri dan mensyukuri segala nikmatnya dengan berusaha untuk menjadi yang terbaik dan berjaya akhir kata saya berharap transformasi kepimpinan dengan mengamalkan budaya kerja berilmu berfikir bekerja yang difalsafahkan oleh saya dapat diterima dan bakal menjadikan warga arkib lebih berusaha berintegriti dan bekerja secara berpasukan supaya segala usaha kita untuk jabatan dan negara terus diberkati dan dirahmati berilmu berfikir bekerja sekian wassalam t arkib negara malaysia jalan duta 50568 kuala lumpur tel 03-6209 0600 faks 03-6201 5679 waktu rujukan di dewan penyelidikan hari isnin dan jumaat selasa hingga khamis sabtu ahad cuti umum masa 9.00 pagi 5.00 petang 9.00 pagi 6.00 petang tutup memorial galeria dan pustaka memorial tunku abdul rahman putra jalan dato onn 50480 kuala lumpur tel 03-26937740 faks 03-26937335 memorial tun abdul razak sri taman jalan perdana 50480 kuala lumpur tel 03-26937740 faks 03-26937335 memorial tun hussein onn jalan dato onn 50480 kuala lumpur tel 03-20315540 faks 03-20708364 galeria sri perdana jalan terengganu off jalan damansara 50490 kuala lumpur tel 03-20720032 faks 03-20720035 rumah merdeka jalan putra 05100 alor setar kedah tel 04-7204205 faks 04-7340235 rumah kelahiran p ramlee lot 2180 jalan p ramlee 10460 pulau pinang tel 04-2817484 faks 04-2637210 pustaka peringatan p ramlee no 22 jalan dedap taman p.ramlee setapak 53100 kuala lumpur tel 03-40231131 faks 03-40248632 pustaka perkhidmatan awam jalan cenderawasih 50480 kuala lumpur tel 03-26945284 faks 03-26945280 hari selasa hingga khamis jumaat sabtu ahad isnin kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah masa 10.00 pagi 5.30 petang 10.00 pagi 12.00 tgh 3.00 petang 5.30 petang 10.00 pagi 5.30 petang tutup rumah kelahiran tun dr mahathir mohamad no 18 lorong kilang ais tepi jalan pegawai seberang perak 05000 alor setar kedah darul aman tel 04-7722319 faks 04-7340235 hari selasa hingga khamis jumaat isnin kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah masa 10.00 pagi 5.30 petang 10.00 pagi 12.00 tgh 3.00 petang 5.30 petang tutup memorial tun ghafar baba lot 163 persiaran tun abdul ghafar baba peringgit 75450 melaka tel 06-2844593 faks 06-2829730 memorial pengisytiharan kemerdekaan jalan parameswara 75000 bandar hilir melaka tel 06-2841231 faks 06-2829730 hari selasa hingga khamis jumaat sabtu ahad masa 9.00 pagi 6.00 petang 9.00 pagi 12.00 tgh 3.00 petang 6.00 petang 9.00 pagi 6.00 petang tutup hajah daresah haji ismail isnin kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah masuk adalah percuma puspawangsa ialah dua perkataan melayu yang berasal dari bahasa sanskrit yang sangat popular digunakan dalam kesusasteraan melayu lama puspa membawa dua erti berlainan iaitu bunga dan mahkota perkataan wangsa pula bermaksud bangsa kaum masyarakat atau keluarga perkataan puspawangsa kepada jabatan arkib negara malaysia merupakan istilah keramat dan ikon kepada fungsi jabatan bersesuaian dengan maksud perkataan puspawangsa dan falsafahnya ianya boleh dirujuk sebagai bunga mahupun mahkota kepada bangsa perkataan puspawangsa juga digunakan sebagai tajuk lagu rasmi jabatan ini sidang redaksi penasihat ybrs pn hajah daresah haji ismail ketua pengarang puan hajah yatimah rimun pihak sidang redaksi mengalu-alukan sebarang bentuk artikel/cadangan/komen dari seluruh warga arkib sila e-mel kepada berita@arkib.gov.my pengarang · roseline mapong sabai · nurul azizi shafie · suzana md isa · azizah sapuan · shahida mohamad salleh · · · · · · suhaina abdul manap nor `atikah safri frances muna empari diyana akmal mansor norazrina mohd zin norazwa samsudin rekabentuk dan susun atur siti kamaliah madil jurufoto hasnan boslam 2 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 3

arkib buka klinik konsultansi di town hall ksn d zainab rahmat mendapatkan khidmat konsultansi secara langsung daripada alam usaha menyahut seruan kerajaan supaya semua pegawai arkib yang bertugas tanpa perlu membuat temu janji atau agensi turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat datang ke arkib negara dan menjana transformasi cara kerja yang lebih efisien dan klinik ini dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang efektif maka jabatan ini telah membuat suatu program yang selari pada setiap tarikh lawatan ybhg tan sri ksn klinik ini mendapat dengan hasrat pemimpin negara program ini bukan hanya dapat sambutan yang menggalakkan daripada penjawat awam pada membantu kementerian/jabatan menyelesaikan masalah berkaitan setiap sesi town hall yang disertai khidmat konsultansi tidak hanya pengurusan rekod malah apa yang lebih penting membantu diberi melalui meja rundingan malahan tinjauan ke bilik-bilik rekod memperlihatkan arkib negara sebagai sebuah jabatan yang dinamik dan bilik-bilik registri kementerian juga dibuat sekiranya mendapat dan sentiasa peka kepada kehendak pelanggan permintaan justeru bersempena program town hall oleh ketua antara kementerian yang berpeluang mendapat khidmat setiausaha negara ksn ybhg tan sri sidek hassan ke konsultansi ini adalah kementerian penerangan komunikasi dan kementerian-kementerian arkib negara malaysia melalui unit kebudayaan kpkk yang telah diadakan pada 10 februari 2012 konsultansi seksyen konsultansi dan latihan telah mengambil kementerian kewangan malaysia mof pada 21 februari 2012 inisiatif untuk turut serta dengan membuka booth di setiap kementerian pertanian dan industri asas tani moa pada 23 februari kementerian yang dilawati oleh ybhg tan sri ksn tujuan klinik ini 2012 dan kementerian belia dan sukan kbs pada 6 mac 2012 dibuka adalah untuk memberikan bantuan khidmat nasihat secara lebih dekat kepada kementerian dan agensi di bawahnya berkenaan pengurusan rekod kerajaan selain untuk meningkatkan tahap kesedaran dan juga kefahaman mengenai pengurusan rekod kerajaan dalam kalangan penjawat awam di sesebuah kementerian melihat kepada keperluan kementeriankementerian yang akan menghadapi audit penarafan bintang pada bulan mei 2012 dan pengurusan rekod menjadi salah satu kriteria penting yang akan dinilai maka pendekatan `turun padang ini merupakan tindakan proaktif yang diambil oleh seksyen konsultansi dan latihan dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian perkhidmatannya sesuai dengan golongan sasaran melalui klinik konsultansi ini penjawat awam di sesebuah kementerian jabatan/agensi yang terlibat boleh para penjawat awam yang mendapatkan khidmat konsultansi di town hall ksn kementerian kewangan malaysia 21 febuari 2012 kursus konservasi artifak datu royniehashim datu pindatun p ada 21 mac 2012 yang lalu arkib negara malaysia menerusi seksyen perancangan dan pemuliharaan telah mengadakan kursus pemeliharaan dan pemuliharaan artifak memorial negarawan siri 1/2012 di memorial pengisytiharan kemerdekaan melaka kursus ini dirasmikan oleh pengarah bahagian arkib negarawan encik ihsan haji hassan turut hadir ialah ketua seksyen perancangan dan pemuliharaan encik kamaruddin abdul aziz kursus yang dihadiri oleh 14 orang peserta ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan memorial pengisytiharan kemerdekaan dan memorial tun ghafar baba dan dikendalikan sepenuhnya oleh puan hadijah mohd yunus kurator seksyen perancangan dan pemuliharaan dan dibantu oleh dua orang penolong kurator iaitu cik nik mazielia idura nik mohamed dan encik awangku mohd fadhli ag besar kursus ini dianjurkan secara berterusan bagi memberikan pengetahuan asas mengenai pengendalian artifak bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan yang baik dan selamat empat tajuk utama yang dibentangkan semasa kursus tersebut ialah `konservasi suatu pengenalan ringkas faktor kemusnahan artifak kajian kes di gedung mtarp etika pengendalian objek muzium dan pengurusan artifak menerusi revolusi sistem radio frequency identification rfid di samping itu sesi latih amal turut diadakan bagi memantapkan lagi pengetahuan para peserta terhadap teknikteknik pemeliharaan dan pemuliharaan dengan kaedah yang betul selain berpeluang menggunakan beberapa peralatan yang sesuai tanpa menjejaskan artifak mahupun menyumbang kepada kerosakan yang sedia ada para peserta turut diberikan tunjuk ajar melaksanakan kerjakerja pengurusan artifak yang betul khususnya dalam merekodkan data perolehan bahan baru atau lama agar maklumat yang disediakan boleh membantu kelancaran pelaksanaan sistem rfid yang baru diperkenalkan di jabatan ini yang akan diintegrasikan bersama compass penganjuran kursus ini telah memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk berkongsi maklumat selain bertukar-tukar pendapat dalam meningkatkan lagi kualiti pemeliharaan artifak di semua memorial di bawah kendalian arkib negara malaysia berita arkib negara malaysia 3

[close]

p. 4

promosi bahan arkib noriah mohd noor p ketua pengarah arkib negara malaysia puan hajah daresah haji ismail kanan menunjukkan suratkhabar yang dipamerkan kepada wartawan sambil diperhatikan oleh pengarah bahagian pengurusan arkib puan faridah ishak tengah dan ketua seksyen perolehan puan kamariah ismail kiri ada 28 februari 2012 jabatan arkib negara malaysia anm taraf arkib dan sedia untuk dirujuk rujukan boleh dibuat di dewan telah mengadakan promosi bahan arkib yang bertujuan penyelidikan tingkat 1 wisma warisan anm jalan duta kuala untuk menghebahkan bahan-bahan yang diperoleh anm lumpur kepada orang awam supaya dapat digunakan untuk rujukan dan selari dengan kehendak seksyen 8 akta arkib negara penyelidikan kesempatan ini juga diambil untuk memberi kesedaran 2003 yang memberi kuasa kepada anm untuk mengkaji semula kepada orang ramai bahawa anm adalah sebuah institusi yang kumpulan rekod terperingkat yang berada di bawah jagaan dan mengumpul menyimpan dan memelihara bahan-bahan bernilai kawalannya sebanyak 1,417 unit rekod daripada 6 kumpulan rekod sejarah terperingkat bertempat di ibu pejabat telah dipersetujui untuk fokus promosi ialah bahan suratkhabar senarai kumpulan dibuka status terperingkatnya kini ia boleh diakses oleh semua rekod/arkib yang boleh dirujuk di ibu pejabat dan cawangan penyelidik antara kumpulan rekod tersebut ialah pejabat residen negeri serta senarai kumpulan rekod terperingkat yang di turun british pahang 1888-1995 pejabat penasihat british kelantan taraf kepada terbuka tahun 2011 1917-1939 pejabat penasihat british terengganu 1935-1936 koleksi suratkhabar di anm telah mula dikumpul dari awal pejabat setiausaha kerajaan negeri sembilan 1950-1956 jabatan tahun 1960an sehingga kini jumlah suratkhabar dalam koleksi perdana menteri siri pejabat penasihat british kelantan 1946anm adalah sebanyak 281,633 naskah yang meliputi suratkhabar 1949 dan jabatan pertanian malaysia bhg perikanan 1946-1966 melayu 158 jenis inggeris 57 jenis cina 49 jenis dan tamil 29 jenis daripada jumlah tersebut 157,522 naskah terdapat di ibu pejabat anm sementara selebihnya iaitu 124,111 naskah disimpan di cawangan negeri seluruh malaysia antara suratkhabar terawal yang terdapat di anm ialah jawi peranakan 1887 sekolah melayu 1888 bintang timur 1894 jajahan melayu 1896 warta melayu 1898 cahaya pulau pinang 1904 selain suratkhabar yang diterbitkan di tanah melayu terdapat juga suratkhabar terbitan luar negara yang memaparkan artikel berkaitan tanah melayu antara suratkhabar tersebut ialah the illustrated london news ballou s pictorial the penny illustrated paper the graphic dan harper s weekly senarai kumpulan arkib/rekod yang telah mencapai taraf arkib akan dikeluarkan mengikut suku tahun iaitu setiap awal bulan januari april julai dan penolong pegawai arkib seksyen perolehan encik namsivayam martin memberi oktober bagi tahun 2011 sebanyak 347 kumpulan arkib penerangan kepada para pengunjung yang berminat dengan bahan-bahan arkib rekod yang mengandungi 3,878 buah fail telah mencapai yang dipamerkan 4 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 5

sambungan daripada mukasurat 1 tokoh-tokoh majlis pengkisahan sejarah darurat `peristiwa gubir pengalaman anggota tudm menentang pengganas komunis dari kiri mejar b nor ibrahim sulaiman encik mior roslan dato haji mior mohd jaafar pengerusi dan pegawai waran 1 b haji mohsain haji hashim gubir kedah dan mengorbankan kesemua 11 pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang berada di dalamnya peristiwa ini dilaporkan berlaku antara pukul 10.00 pagi hingga 10.30 pagi ketika helikopter tersebut dalam perjalanan ke satu kawasan bagi menghantar bekalan makanan perubatan peralatan serta keperluan penting anggota tentera yang sedang menjalankan operasi `pembersihan jerangkap samar di sebuah kem komunis kem ini telah ditawan oleh angkatan tentera dan telah dikosongkan sehari sebelum kejadian iaitu pada 25 april 1976 seorang anggota tentera telah terkorban dan seorang cedera parah terpijak jerangkap samar berikutan kejadian itu pada keesokan harinya iaitu 26 april 1976 sebuah helikopter nuri telah dihantar bagi membantu anggota tentera yang bertugas di kem komunis ini dengan membawa barang-barang keperluan untuk membolehkan mereka meneruskan tugasan helikopter tersebut juga dijadualkan membawa pegawai tinggi tentera untuk meninjau dan memeriksa bekas kem komunis ini dengan lebih dekat lagi ketibaan helikopter nuri sememangnya dinanti-nantikan kerana nuri adalah penyelamat dan penghubung antara anggota yang berada di hutan dengan kem diluar namun belum sempat mendarat helicopter nuri itu telah ditembak oleh komunis yang telah bersedia lebih awal dikawasan tersebut walaupun telah mengalihkan haluan dan terbang keluar dari kawasan ancaman helicopter nuri ini gagal diselamatkan dan ditemui jatuh terhempas dan terbakar akibat terkena tembakan lebih menyedihkan lagi kesemua 11 orang penumpang yang terdiri dari pegawai dan anggota termasuk juruterbang telah terkorban mayat mereka hangus rentung dan terdapat cebisan-cebisan anggota badan berserakan di sekitar kawasan kejadian mereka yang terkorban ialah mejar haris rejab kapten udara mustaffa kamal md shaffie kapten udara choo yeok boo kapten sulaiman bin abdullah leftenan ibrahim bin zakaria leftenan udara wan munsiff wan salim leftenan udara chung ming teck sarjan udara leong yee heong sarjan khamis bin dolmat koperal kamarulzaman zakaria dan l/kpl suandi bin saim kejadian tersebut menyebabkan bantuan yang sepatutnya tiba kepada anggota di dalam hutan telah dihentikan buat seketika sebagai langkah keselamatan juruterbang nuri merupakan sasaran utama komunis bagi melumpuhkan perhubungan anggota keselamatan di luar dan di dalam hutan selain dari itu ia sebagai langkah keselamatan kepada anggota yang sedia ada di hutan,agar tidak dikesan oleh komunis mereka diarah meneruskan operasi dengan mencari jalan keluar melalui jalan darat dalam keadaan serba kekurangan terutamanya bekalan makanan senjata dan peluru namun dengan keberanian dan semangat juang yang tinggi mereka berjaya menempuhi segala halangan sehinggalah mereka diselamatkan kira-kira seminggu kemudian iaitu pada 3 mei 1976 dimana kumpulan terakhir telah dikeluarkan dari kawasan pendalaman di sempadan malaysia-thailand hasil operasi kota pasukan keselamatan telah berjaya menyekat kemasukan secara besar-besaran unit pengempur pengganas komunis ke semenanjung malaysia selain dari itu pasukan keselamatan juga telah berjaya memusnahkan beberapa kem besar dan tempat simpanan makanan pengganas komunis dalam operasi tersebut seramai 22 orang pengganas komunis telah dibunuh 5 ditawan dan seramai 17 orang menyerah diri peristiwa gubir meninggalkan seribu kenangan suka dan duka kepada setiap anggota yang terlibat dalam suka terpalit duka atas pemergian orang-orang yang tersayang tidak kurang yang tercedera serta yang cacat anggota seumur hidup akibat jerangkap samar pengganas komunis peristiwa ini adalah sebahagian dari beberapa peristiwa menyayat hati yang dilalui anggota tentera terutama dalam peperangan menentang pengganas komunis semasa darurat peristiwa-peristiwa ini diketengahkan agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terutama generasi hari ini tentang bagaimana keganasan ini telah menuntut banyak pengorbanan bukan sahaja oleh anggota keselamatan malah kaum keluarga sanak saudara anggota masyarakat serta rakyat malaysia keseluruhannya tanpa mengira bangsa agama dan keturunan demi menegakkan negara tercinta ini berita arkib negara malaysia 5

[close]

p. 6

ktmb di jb singapura kini tinggal sejarah mohd farizal bidin kawasan penghujung di mana keretapi akan berhenti di stesen keretapi tanjong pagar singapura di kiri dan kanan adalah platform penumpang pandangan sisi kiri stesen keretapi tanjong pagar singapura p ada 30 januari 2012 yang lalu arkib negara malaysia telah menjalankan kerja-kerja pendokumentasian gambar dan video bagi mendokumentasikan warisan sejarah keretapi tanah melayu berhad ktmb di johor bahru dan singapura aktiviti pendokumentasian ini adalah di atas jemputan dan tajaan khas dari pihak ktmb sendiri iaitu melalui kurator muzium ktmb kuala lumpur encik hambali parjan perjalanan ke johor bahru ditemani encik hambali dengan menaiki keretapi pada jam 11.00 malam dari stesen keretapi kuala lumpur sentral dan tiba di stesen keretapi johor bahru sentral kira-kira jam 6.30 pagi sebaik tiba di johor bahru destinasi pertama yang dituju ialah stesen keretapi lama johor bahru yang terletak bersebelahan dengan stesen johor bahru sentral bangunan keretapi lama tersebut masih berdiri kukuh walaupun telah berusia hampir 80 tahun dan dicat baru dengan warna kuning biru kini stesen lama tersebut yang dibuka pada tahun 1932 sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan muzium ktmb wilayah selatan banyak bahan-bahan bersejarah berkaitan operasi ktmb di johor bahru dan kawasan sekitarnya telah dikumpulkan di stesen lama ini termasuklah peralatan-peralatan keretapi dari stesen dan depoh keretapi tanjong pagar singapura yang telah ditutup stesen lama tersebut digantikan dengan stesen johor bahru sentral yang dirasmikan oleh dymm sultan johor sultan ibrahim almarhum sultan iskandar pada 26 jun 2010 perjalanan diteruskan ke singapura dan tempat pertama yang dituju ialah satu kawasan di jalan kampung bahru singapura iaitu kawasan yang pernah menempatkan gudang kastam diraja malaysia kawasan tersebut kini kelihatan seperti kawasan tapak pembinaan di mana kerja-kerja perobohon gudang sedang dijalankan setelah berhenti sebentar di situ bagi memaklumkan kehadiran kepada pihak berwajib perjalanan diteruskan ke destinasi yang dirancang iaitu stesen keretapi tanjong pagar stesen keretapi tanjong pagar yang kini ditinggalkan sepi terletak di jalan keppel dan tidak jauh dari kawasan gudang kastam di jalan kampung bahru stesen tersebut kini diletakkan di bawah tanggungjawab singapore land authority sla iaitu sebuah agensi kerajaan singapura yang mengawal selia tanah-tanah kerajaan di singapura pada 8 april 2011 stesen ini telah diwartakan sebagai mercu tanda kebangsaan oleh preservation on monument board pmb iaitu sebuah badan pemeliharaan mercu tanda di singapura stesen keretapi tanjong pagar yang dibina di antara tahun 1929 hingga 1932 telah dibuka dengan rasminya pada 2 mei 1932 oleh sir cecil clementi iaitu gabenor negeri-negeri selat ketika itu stesen keretapi setinggi tiga tingkat ini dibina oleh sebuah firma pembinaan dari perancis iaitu brossard and mopin limited di atas sebuah tanah paya yang telah ditebus guna dan pada awalnya dikenali sebagai singapore railway station lokasinya yang berhadapan dengan pelabuhan tanjong pagar memudahkan urusan pemindahan barang dagangan dari kapal dagang untuk diangkut oleh perkhidmatan keretapi rekabentuk stesen ini adalah hasil ilham arkitek berbangsa serbia bernama d.s petrovich yang bertugas dengan firma arkitek swan and maclaren menggabungkan unsur-unsur senibina seperti art deco neo classical dan rekabentuk tempatan yang terdapat di singapura satu lagi aset ktmb di singapura yang menjadi pelengkap kepada stesen keretapi tanjong pagar ialah depoh keretapi yang terletak tidak jauh dari stesen tersebut di depoh keretapi inilah letaknya ruang pembaikan dan penyelenggaraan keretapi dan di sini jugalah letaknya pemusing atau lebih dikenali sebagai turntable bagi memusingkan kepala keretapi untuk menghala ke utara semula pemusing tersebut digunakan kerana tiada ruang untuk keretapi membuat pusingan bagi perjalanan ke arah yang bertentangan bersebelahan dengan depoh ini ialah gudang kastam diraja malaysia yang pintu masuknya terletak di jalan kampung bahru di kawasan jalan kampung bahru ini jugalah yang menempatkan kuarters kakitangan ktmb kastam dan imigresen yang bekerja di kawasan tanjong pagar suatu ketika dahulu selain stesen keretapi tanjong pagar dan depoh keretapi terdapat satu lagi tempat yang dianggap sebagai mercu tanda ktmb di singapura iaitu stesen keretapi di bukit timah stesen keretapi bukit timah yang terletak di antara stesen keretapi woodlands di utara dan tanjong pagar di selatan berfungsi sebagai persimpangan dan pusat kawalan bagi keretapi yang menghala ke utara atau selatan ini kerana landasan keretapi yang dibina adalah 6 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 7

berasaskan sistem satu landasan dan salah satu keretapi perlu berhenti terlebih dahulu di kawasan stesen ini untuk memberi laluan kepada keretapi yang ingin menuju ke arah yang bertentangan stesen ini telah diwartakan sebagai bangunan warisan pada 27 mei 2011 dan sebahagian landasan di sepanjang stesen ini dikekalkan untuk tatapan umum setelah selesai proses pendokumentasian warisan sejarah keretapi di singapura perjalanan keluar dari negara tersebut diselubungi oleh perasaan sayu mengenangkan sejarah panjang operasi ktmb di sana stesen keretapi tanjung pagar telah ditutup pada 1 julai 2011 dan ia kini hanya tinggal sejarah namun banyak perkara boleh dipelajari dan dijadikan pengajaran dalam mengenali kepentingan sistem pengangkutan keretapi yang mewarnai sejarah hubungan dua negara malaysia dan singapura sejak sekian lama kepala keretapi berkuasa wap yang akan dipamerkan di stesen keretapi lama johor bahru pendigitalan bahan arkib ­ era baru bahan bersejarah negara afham jauhari aldi contoh paparan bahan arkib yang telah didigitalkan projek my creative content mycc telah pun bermula di arkib negara malaysia projek ini menjalankan empat skop utama iaitu pendigitalan bahan arkib dokumen pendigitalan bahan arkib audio visual naiktaraf pusat data dan pembangunan sistem panducari atas talian atau lebih dikenali sebagai online finding aids ofa keempat-empat skop projek yang berjalan serentak ini akan tamat pada mac 2013 hasil daripada projek yang dijalankan ini akan menghasilkan output yang sangat signifikan kepada arkib negara malaysia sebagai sebuah institusi yang menyimpan dan memelihara khazanah negara projek ini mensasarkan sebanyak 3,400,000 mukasurat bahan arkib yang terdiri daripada fail dan bahan terbitan manakala 2,242 jam bahan arkib audio visual yang terdiri daripada dokumentasi sejarah lisan dan pengkisahan sejarah yang masih dalam bentuk open-reel kaset vhs mini-dv cd dan dvd untuk didigitalkan bahan-bahan arkib yang didigitalkan pula adalah bahanbahan yang terpilih daripada kumpulan-kumpulan bahan yang tersimpan di anm hanya rekod-rekod terbuka dan yang didokumentasikan oleh anm sahaja akan didigitalkan kriteria utama pemilihan bahan arkib tersebut pula adalah bahan arkib yang kerap dirujuk bahan arkib adalah terhad untuk dirujuk secara serentak kekerapan rujukan bahan arkib yang sama boleh meningkatkan risiko kerosakan kriteria kedua ialah bahan arkib nadir unik koleksi khas bernilai tinggi iaitu bahan arkib nadir merupakan aset bernilai yang perlu dijaga dengan baik disamping berpotensi untuk ditonjolkan dan kriteria ketiga ialah bahan arkib yang lama dan uzur yang memerlukan strategi khusus supaya masih dapat diakses secara berterusan bahan-bahan arkib yang tersedia dalam bentuk digital akan menjadi aset penting kepada anm apabila capaian bahan bersambung ke mukasurat 17 berita arkib negara malaysia 7

[close]

p. 8

kembara memorial 1malaysia beri penghormatan kepada tokoh-tokoh negarawan frances muna empari kembara memorial 1malaysia diadakan oleh arkib negara malaysia untuk memberi penghormatan kepada tokoh-tokoh negarawan dan mendidik generasi muda menyayangi dan mengenali tokoh-tokoh negarawan p rogram kembara memorial 1malaysia diadakan untuk memberi penghormatan kepada tokoh-tokoh negarawan yang telah memberi sumbangan dan jasa yang tidak ternilai kepada negara melalui program ini masyarakat malaysia terutamanya generasi muda akan dapat mengenali dengan lebih dekat tokoh negarawan negara kita mulai januari hingga mac 2012 bahagian arkib negarawan telah menganjurkan beberapa siri program kembara memorial 1malaysia pelaksanaan program kembara memorial 1malaysia pada tahun ini bermula di memorial tunku abdul rahman putra dan memorial tun hussein onn dengan penganjuran program kembara memorial 1malaysia bersama kolej ptpl sentral dan kolej ptpl ampang yang diadakan pada 16 februari 2012 ini diikuti dengan program kembara memorial 1malaysia bersama yayasan tunku abdul rahman yang diadakan pada 21 februari 2012 di memorial tunku abdul rahman putra seterusnya ialah program kembara memorial 1malaysia bersama plkn masjid tanah alor gajah melaka yang diadakan di memorial pengisytiharan kemerdekaan dan memorial tun ghafar baba pada 25 februari 2012 pada 1 mac 2012 pula diadakan program kembara memorial 1malaysia memperingati tarikh pengisytiharan kemerdekaan ke-56 tahun di kolej antarabangsa yayasan melaka program ini dirasmikan oleh yb datuk wira hj othman bin muhamad speaker dewan undangan negeri melaka program dianjurkan bersama arkib negara dan kolej antarabangsa yayasan melaka pada 3 mac 2012 menyusul pula program kembara memorial 1malaysia bersama plkn jasin melaka program ini diadakan di memorial pengisytiharan kemerdekaan dan memorial tun ghafar baba program kembara memorial 1malaysia bersama jasa pula diadakan pada 17 mac 2012 bertempat di memorial tunku abdul rahman putra dan memorial tun hussein onn pada 24 mac 2012 memorial tunku abdul rahman putra dan memorial tun hussein onn sekali lagi menjadi destinasi kepada penganjuran program kembara memorial 1malaysia bersama mrsm jika pada tahun 2010 memorial tunku abdul rahman putra dipilih sebagai lokasi program namun pada kali ini program kembara memorial 1malaysia bersama pejabat pelajaran wilayah bangsar dan pudu serta majlis guru cemerlang sejarah kuala lumpur menjadikan memorial tun abdul razak dan memorial tun hussein onn sebagai lokasi pelaksanaan program program tersebut telah dilaksanakan pada 29 mac 2012 8 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 9

perhimpunan jabatan pertama bersama kp anm ke-11 diyana akmal mansor puan hajah daresah haji ismail memotong kek sempena pelantikannya sebagai ketua pengarah anm sambil diperhatikan oleh pengarah-pengarah bahagian anm dari kiri puan azimah ali puan faridah ismail encik ihsan p haji hassan encik savumthararaj dan puan hajah yatimah rimun ada 5 mac 2012 perhimpunan jabatan yang pertama bersama ketua pengarah yang baru iaitu puan hajah daresah binti haji ismail telah diadakan perhimpunan bermula pada jam 8.30 pagi dihadiri oleh warga arkib di ibu pejabat pengarah-pengarah cawangan negeri serta dapat diikuti melalui `video streaming di semua cawangan negeri anm berucap dalam majlis tersebut puan hajah daresah melahirkan ucapan penghargaan kepada semua warga arkib di atas ucapan tahniah sempena pelantikan beliau sebagai ketua pengarah beliau akan berusaha untuk memimpin anm ke arah yang terbaik dengan sokongan dan kerjasama daripada semua warga arkib selain daripada memantapkan perancangan aktiviti dan program anm yang akan memberi impak kepada masyarakat sejagat beliau juga berazam untuk membawa transformasi minda cara berfikir dan cara bekerja di anm ini seiring dengan pelan transformasi yang sering diwar-warkan kerajaan beliau berharap supaya budaya kerja secara kerjasama di antara semua bahagian dan seksyen dapat diwujudkan bagi memantapkan lagi anm pegawai arkib diseru agar meningkatkan lagi profesionalisme sebagai mana yang tercatat dalam pelan strategik transformasi pegawai arkib beliau juga menekankan perlunya menghidupkan kembali kelab arkib badan kebajikan islam arkib negara bais dan lain-lain agar aktiviti jabatan seperti sukan keagamaan kebudayaan dan kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan aktiviti tersebut penting dalam mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan anm beliau juga menasihatkan supaya warga arkib perlu sentiasa bersikap terbuka untuk menerima perubahan dan memberikan komitmen yang tinggi untuk menjadikan anm lebih cemerlang gemilang dan terbilang ketua pengarah anm mengakhiri ucapannya dengan kata-kata azimat iaitu berilmu berfikir dan bekerja pegawai dan kakitangan arkib negara malaysia membaca ikrar perkhidmatan awam di perhimpunan bulanan jabatan pada 5 mac 2012 perhimpunan ini merupakan perhimpunan pertama puan hajah daresah ismail sebagai ketua pengarah arkib negara malaysia berita arkib negara malaysia 9

[close]

p. 10

bekerja dengan ikhlas nurul azizi shafie dan suzana md isa sesi wawancara bersama ketua pengarah arkib negara malaysia puan hajah daresah haji ismail yang diadakan di pejabat beliau oleh sidang redaksi puspawangsa encik nurul azizi shafie dan puan suzana md isa februari 2012 menjadi tanggal yang bersejarah kepada arkib negara malaysia apabila sekali lagi mengalami perubahan dalam pucuk pimpinan tertingginya hajah daresah haji ismail telah dilantik menjadi ketua pengarah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh dr hajah samsiah yang bersara wajib pada 19 september 2011 yang lalu sejak mula berkhidmat di arkib negara malaysia pada tahun 1978 tidak pernah terlintas di fikiran hajah daresah untuk menjawat jawatan tertinggi di jabatan ini malah beliau telah bersedia untuk bersara wajib pada bulan januari 2012 kita hanya mampu merancang tetapi tuhan juga yang menentukan segalanya perubahan dasar kerajaan yang menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun telah memberikan peluang kepada beliau untuk meneruskan khidmatnya di jabatan yang dicintainya ini tanggungjawab sebagai ketua pengarah yang diamanahkan kepada beliau digalas dengan hati yang terbuka mengimbas kembali sejarah perkhidmatannya di arkib negara malaysia hajah daresah merupakan di antara pegawai yang terawal berkhidmat di jabatan ini pada ketika itu jumlah pegawai tidak begitu ramai dan hubungan antara satu sama lain begitu akrab beliau juga turut berkongsi pengalaman yang dirasai selama berada di arkib negara iaitu kemajuan yang telah dicapai oleh jabatan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dari sebuah jabatan yang ditempatkan di kompleks pejabat persekutuan di petaling jaya hinggalah berpindah ke bangunan yang dibina mengikut spesifikasi kearkiban di jalan duta dari hanya menjalankan kerja rekod dan arkib kepada menubuhkan arkib memorial yang membuka ruang kepada generasi kita mengenali dengan lebih dekat pemimpin negara dari hanya menjalankan aktiviti pameran untuk memperkenalkan jabatan kepada orang ramai kepada menjalankan aktiviti-aktiviti pengembangan seperti pengkisahan sejarah hari ini dalam sejarah dan sebagainya untuk 1 memperkayakan lagi sumber maklumat negara kini agensi kerajaan dan orang awam sering mengunjungi arkib negara untuk menyerahkan bahan setelah mengetahui dan memahami dengan lebih dalam akan fungsi dan peranan arkib negara sekitar tahun 80-an fungsi jabatan berkembang lagi apabila komputer mula digunakan di pejabat-pejabat kerajaan ini memberikan cabaran kepada arkib negara untuk menguruskan pula rekod elektronik dahulu arkib negara hanya mempunyai beberapa cawangan sahaja yang dibahagikan mengikut zon tetapi kini ia mempunyai cawangan hampir di setiap negeri walaupun telah banyak kejayaan ditempa kita tidak seharusnya berasa selesa dan perlu lebih berusaha untuk melakar kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang ditanya mengenai halatuju beliau dalam memimpin jabatan hajah daresah menjelaskan bahawa hasrat beliau adalah supaya bahan-bahan arkib menjadi sumber rujukan utama di dalam penyelidikan yang dijalankan oleh orang ramai dan juga untuk menjadikan arkib negara malaysia sentiasa dekat di hati rakyat yang mencintai sejarah dan warisan bangsa pada masa ini penggunaan bahan arkib tidak begitu menyeluruh dan hanya digunakan oleh kelompok tertentu yang sudah biasa dengan arkib negara sahaja oleh itu untuk membolehkan bahan-bahan arkib dapat dirujuk di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa beliau yakin melalui projek pendigitalan bahan arkib yang sedang dijalankan dilaksanakan di jabatan ini akan dapat meningkatkan lagi penggunaan bahan arkib oleh masyarakat melalui penggunaan teknologi dan aplikasi teknologi maklumat ict media komunikasi yang popular seperti facebook dan twitter juga mungkin boleh digunakan dalam mempromosikan bahan-bahan arkib sebagai ketua pengarah banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh hajah daresah dalam melaksanakan tugasnya malah cabaran tersebut telah dirasai sejurus selepas menanggung jawatan 10 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 11

berilmu berfikir dan bekerja ­ mantra yang dijadikan azimat amanat dan mandat oleh puan hajah daresah haji ismail untuk dihayati dan diamalkan oleh pegawai dan kakitangan di jabatannya ketua pengarah selama tiga bulan sebelum ini namun berkat pengalaman bekerja selama lebih daripada 30 tahun di arkib negara memberikan kekuatan kepada beliau untuk mengatasi segala cabaran antara cabaran yang paling besar ialah untuk mengubah sikap pegawai dan kakitangan jabatan supaya berfikir di luar kotak kebiasaan dan lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas bagi mengatasi cabaran ini beliau memperkenalkan mantra berilmu berfikir dan bekerja sebagai azimat amanat dan mandat untuk dihayati dan diamalkan oleh pegawai dan kakitangan jabatan mantra ini telah diperjelaskan dalam perhimpunan bulanan pertama beliau selaku ketua pengarah arkib negara yang baharu ketiga-tiga elemen ini amat penting dan saling berkait dalam memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan menjadi impian beliau untuk memberikan anugerah dan pengiktirafan kepada mana-mana seksyen atau individu di jabatannya yang menunjukkan prestasi kerja yang terbaik dan membawa pembaharuan dalam melaksanakan tugas anugerah ini akan disumbangkan oleh beliau sendiri selaku ketua pengarah arkib negara dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua pengarah hajah daresah akan terus berpegang kepada falsafah hidupnya selama ini iaitu bekerja dengan ikhlas tanpa mempunyai niat tersembunyi walaupun ada kalanya kita diarahkan untuk melakukan tugas yang tidak selari dengan minat dan kecenderungan kita tugas tersebut perlu juga dilaksanakan dengan sepenuh hati setiap kerja yang dipertanggungjawabkan adalah satu amanah dan perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan hajah daresah juga sangat menggalakkan budaya ilmu di kalangan pegawai dan kakitangan arkib negara beliau berpendapat ilmu yang dipelajari di peringkat universiti atau sekolah masih tidak mencukupi oleh itu pegawai dan kakitangan digalakkan mengambil inisiatif untuk menambah ilmu pengetahuan sama ada dengan cara melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau melalui pengalaman dan pembacaan beliau amat berharap agar semua pegawai jabatan dapat meningkatkan dan mendalami ilmu kearkiban supaya profesyen ini akan lebih dihormati dan dipandang tinggi pegawai jabatan juga dinasihatkan supaya mendekatkan diri dengan bahan-bahan arkib yang terdapat dalam simpanan arkib negara bagi meningkatkan lagi rasa sayang tanggungjawab dan amanah kepada jabatan dan negara dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua pengarah hajah daresah akan terus berpegang kepada falsafah hidupnya selama ini iaitu bekerja dengan ikhlas tanpa mempunyai niat tersembunyi walaupun ada kalanya kita diarahkan untuk melakukan tugas yang tidak selari dengan minat dan kecenderungan kita tugas tersebut perlu juga dilaksanakan dengan sepenuh hati berita arkib negara malaysia 11

[close]

p. 12

i love sejarah tak kenal maka tak cinta mohd nasser bin malim tetamu-tetamu kehormat bergambar bersama guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah yang dipilih sebagai rakan sejarah duduk dari kiri tokoh bicara sejarah tuan haji yusof azmi marican pengetua smk st george encik izemar p jamaluddin dan pengarah arkib negara malaysia cawangan pulau pinang encik mohd nasser malim rogram i love sejarah tak kenal maka tak cinta telah dianjurkan oleh sekolah menengah kebangsaan st george m balik pulau pulau pinang dengan kerjasama arkib negara malaysia cawangan pulau pinang pelancarannya disempurnakan oleh pengarah arkib negara malaysia cawangan pulau pinang encik mohd nasser bin malim pada 1 mac 2012 bertempat di pekarangan sekolah tersebut objektif utama program ini ialah untuk memupuk dan memperkukuhkan semangat cintakan negara dan jati diri dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah selain daripada itu program tersebut juga bertujuan untuk mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan program tersebut juga diharap dapat membantu pelajar mencungkil bakat dan membina keyakinan diri dengan mempamerkan kreativiti serta berfikir secara kreatif ia juga sebagai menyahut seruan kementerian pelajaran malaysia yang berhasrat untuk menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi peperiksaan peringkat sijil pelajaran malaysia mulai tahun 2013 ke arah itu pihak panitia sejarah smk st george balik pulau telah mengambil inisiatif awal dalam memupuk minat pelajar terhadap subjek sejarah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah pameran sejarah negeri pulau pinang oleh arkib negara malaysia cawangan pulau pinang yang bermula pada 1 5 mac 2012 selain dari pameran arkib negara malaysia cawangan pulau pinang juga mengadakan sesi bicara sejarah mengenai pendidikan di pulau pinang sebelum merdeka yang menampilkan seorang sahabat arkib iaitu tuan haji yusof azmi merican yang membicarakan pengalaman beliau ketika belajar di zaman pemerintahan jepun dan british selain dari itu pihak sekolah juga merancang beberapa aktiviti yang akan diadakan sehingga oktober 2012 pameran cintakan negara nor suriaty awang hassim s pengarah arkib cawangan negeri sarawak puan norsuriaty awang hassim menyampaikan cenderamata kepada menteri kebajikan wanita dan pembangunan keluarga sarawak yb datuk hajah fatimah abdullah di pameran cintakan negara mukah sarawak arawak yang juga dikenali sebagai negeri bumi kenyalang mempunyai pelbagai etnik kaum ia menggambarkan kekayaan seni dan budaya serta perpaduan erat rakyatnya justeru program komuniti 1malaysia anjuran jabatan penerangan sarawak merupakan salah satu platform terkini dalam memperkasakan perpaduan rakyat berbilang bangsa sempena dengan program komuniti 1malaysia yang telah diadakan di mukah sarawak pada 30 mac ­ 1 april 2012 yang lalu arkib negara malaysia cawangan sarawak telah bersama-sama memeriahkan program tersebut dengan berkongsi maklumat sejarah negara melalui pameran cintakan negara antara pengisian pameran sempena program tersebut adalah pameran dokumen-dokumen asas 1malaysia arkib negara malaysia dan juga perjuangan penentangan penjajahan di negeri sarawak yb datuk hajah fatimah abdullah menteri kebajikan wanita dan pembangunan keluarga sarawak yang mewakili yab bersambung ke mukasurat 13 12 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 13

sambungan daripada mukasurat 12 pehin sri haji abdul taib mahmud ketua menteri sarawak selaku perasmi program turut melawat ke gerai pameran arkib negara malaysia cawangan sarawak dan diberi penerangan mengenai maklumat yang dipamerkan untuk tontonan masyarakat setempat seramai 1126 pelawat dari pelbagai peringkat umur telah berkunjung ke gerai pameran arkib negara malaysia cawangan sarawak sepanjang tempoh tiga hari tersebut 71 pelawat pula telah mendaftar sebagai penyelidik bukar sekadar mempamerkan bahan sejarah aktiviti-aktiviti melibatkan pelawat turut diadakan seperti kuiz sejarah jualan cenderamata serta terbitan arkib negara malaysia selain daripada itu arkib negara malaysia cawangan sarawak turut merakam tempat-tempat menarik sekitar daerah mukah yang juga terkenal dengan pesta kaul dan makanan lautnya tarikh kelahiran p ramlee ke-83 anm perwalee anjur program frances muna empari ketua pengarah anm puan hajah daresah haji ismail tengah ybhg dato aziz satar kanan dan encik sazali p.ramlee anak allahyarham tan sri p.ramlee kiri memotong pulut kuning di program memperingati tarikh kelahiran allahyarham tan sri p.ramlee s eniman agung allahyarham tan sri p.ramlee atau nama sebenarnya teuku zakaria bin teuku nyak puteh bukan sahaja berbakat tetapi juga sebagai ikon seniman sepanjang zaman siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau apatah lagi untuk mencari mereka yang boleh menggantikan p.ramlee sehingga kini tiada siapa yang mampu menggantikan tempat beliau sebagai seniman yang serba boleh sempena tarikh kelahiran allahyarham tan sri p.ramlee pada 22 mac 1929 program memperingati tarikh kelahiran allahyarham tan sri p.ramlee yang ke-83 telah diadakan di pustaka peringatan p.ramlee pada 31 mac 2012 program berkenaan merupakan anjuran arkib negara malaysia melalui pustaka peringatan p.ramlee dengan kerjasama persatuan peminat seni warisan tan sri dr p.ramlee malaysia perwalee majlis perasmian program telah disempurnakan oleh ketua pengarah arkib negara malaysia anm ybhg puan hajah daresah haji ismail antara aktiviti menarik yang dijalankan semasa program tersebut ialah pertandingan nyanyian lagu p.ramlee/saloma dan bual bicara bersama sahabat allahyarham p.ramlee selain itu sempena dengan program berkenaan juga arkib negara malaysia turut menyampaikan sumbangan kepada anak allahyarham iaitu sazali biarpun telah lama p.ramlee meninggalkan kita namun segala jasa bakti serta khazanah seni berharga yang ditinggalkannya masih segar dalam ingatan p.ramlee meninggalkan acuan yang baik untuk anak seni mencontohi cara perjuangannya dalam berkarya pada 29 mei 1973 seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian p.ramlee allahyarham meninggal dunia di kuala lumpur akibat serangan jantung pada usia 44 tahun jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan ampang kuala lumpur berita arkib negara malaysia 13

[close]

p. 14

surat menyurat sultan abdul hamid halim shah 1882-1943 shaffie awang/mohd asri bin daud urat menyurat sultan abdul hamid merupakan sekumpulan bahan arkib yang tersimpan dalam koleksi arkib negara malaysia cawangan kedah dan perlis koleksi ini merupakan sebahagian daripada himpunan salinan surat menyurat di zaman pemerintahan almarhum sultan abdul hamid halim shah sultan kedah ke-26 yang memerintah antara tahun 1882 hingga tahun 1943 mengimbas kembali sejarah latar belakang sultan abdul hamid baginda telah diputerakan pada 4 jun 1864 dan menaiki takhta kerajaan negeri kedah setelah ditabalkan menjadi sultan pada 21 januari 1882 pada usia 19 tahun semasa pentadbiran sultan abdul hamid negeri kedah telah berubah kepada sebuah negeri yang membangun dalam membangun dan memodenkan kedah baginda dibantu oleh adinda-adindanya seperti tunku abdul aziz raja muda tunku mahmud reagent dan putera-puteranya seperti tunku ibrahim tunku muhammad tunku badlishah tunku muhammad jiwa tunku yaakob dan tunku abdul rahman di samping para pembesar dan ulama termasuk wan muhammad saman wan ismail mohamed shariff osman dan haji wan sulaiman wan sidik ketika lawatannya ke bangkok pada tahun 1892 baginda dianugerahkan bintang kebesaran gajah putih kelas pertama oleh king chulalongkorn pada tahun 1911 baginda telah berangkat ke london menghadiri upacara pertabalan king george v dan baginda dianugerahkan bintang kebesaran knight commander of the most distinguished order of st micheal and st george kcmg mengenangkan kebolehan dan jasanya dalam membangun dan mentadbir negeri baginda telah digelarkan sebagai bapa kedah moden seiring dan sezaman dengan sultan abu bakar di johor dan king chulalongkorn di thailand yang diberi gelaran yang sama kerana jasa mereka dalam membangun dan memodenkan negeri masing-masing pemerintahan baginda berlangsung selama 61 tahun dengan melalui tiga zaman penjajahan kuasa asing iaitu siam inggeris dan jepun baginda mangkat pada 13 mei 1943 dalam usia 79 tahun dan dimakamkan di makam diraja langgar alor setar koleksi surat menyurat sultan abdul hamid halim shah merupakan salah satu koleksi surat menyurat melayu yang penting di malaysia dan mendapat pengiktirafan dunia ianya mengandungi sejumlah 2,951 halaman bertulisan tangan dalam huruf jawi yang terkandung dalam 14 jilid buku dan meliputi tahun-tahun sekitar 1882 hingga 1943 pada september 2001 pihak united nations educational scientific and cultural unesco atas hasil usaha arkib negara malaysia dengan kerjasama para penyelidik tempatan telah mewartakan surat menyurat sultan abdul hamid sebagai warisan dunia atau the memory of the world register koleksi surat menyurat sultan abdul hamid telah diiktiraf sebaris dengan koleksi warisan dunia yang lain seperti hikayat hang tuah dan sulalatus salatin sejarah melayu 14 berita arkib negara malaysia s pemilihan surat menyurat sultan abdul hamid sebagai warisan dunia berdasarkan keunikan koleksi surat menyurat tersebut yang merupakan satu-satunya bukti rekod bertulis mengenai kesultanan melayu semasa zaman penjajahan kuasa asing yang masih terpelihara koleksi ini mengandungi banyak maklumat penting mengenai sejarah kedah sewaktu peralihan kuasa siam dan kemasukan british dalam pentadbirannya kandungannya terdiri daripada surat-surat kiriman dalam bentuk beradat dan biasa termasuklah sifat-sifat khusus tentang penulisannya yang menggunakan pelbagai tarikh berdasarkan takwim hijrah masihi thai dan jepun minit mesyuarat majlis negeri yang tertubuh dan bersidang seawal tahun 1905 surat perjanjian pajak memajak hasil mahsul negeri terutama pertanian dan perhutanan penyata belanjawan negeri yang dicatatkan begitu terperinci mengenai perolehan dan pendapatan kerajaan catatan harian istana yang memuatkan catatan bersifat kronologi khususnya peristiwa lawatan king chulalongkorn ke negeri kedah dan negeri-negeri melayu dalam tahun 1890 dan pelbagai perkara penting lain yang mampu menyoroti sejarah kedah dari pelbagai bidang semasa zaman pemerintahan sultan abdul hamid koleksi surat menyurat sultan abdul hamid juga mengandungi rekod tahun-tahun akhir pemerintahan siam di negeri-negeri utara dan tahun-tahun yang sangat penting sebelum dan selepas kuasa british mengambil alih daripada siam contohnya surat-surat yang ditujukan kepada king chulalongkorn atau pegawai atasannya termasuk gabenor di wilayah selatan siam seperti phuket yang mengendalikan pinjaman wang dari bangkok kepada kedah dan singgora yang berkaitan dengan penghantaran bunga emas dan bunga perak ke bangkok ini kerana sehingga tahun 1909 kedah masih lagi di bawah naungan kerajaan siam sebahagiannya pula ditujukan kepada pegawai inggeris termasuk residen inggeris di pulau pinang perak selangor dan gabenor negeri-negeri selat pemilihan surat menyurat sultan abdul hamid sebagai warisan dunia berdasarkan keunikan koleksi surat menyurat tersebut yang merupakan satu-satunya bukti rekod bertulis mengenai kesultanan melayu semasa zaman penjajahan kuasa asing yang masih terpelihara di arkib negara

[close]

p. 15

selain itu dalam kumpulan surat menyurat ini juga terdapat sebuah catatan bertarikh 1307 hijrah 1890 masihi yang dapat menambahkan pengetahuan kita dari sudut sejarah dan geografi mengenai keluasan wilayah kedah di masa silam dicatatkan kedah memiliki sejumlah 15 buah pulau dan 76 buah pulau-pulau kecil sekitarnya di laut andaman utara pulau langkawi khususnya di perairan setol dan terang selatan siam kebanyakan pulaupulau itu terutamanya pulau telibong amat banyak menghasilkan `sarang burung layang-layang laut sebagai salah satu sumber perolehan kedah yang penting di waktu itu sebenarnya masih banyak lagi surat-surat sultan abdul hamid dalam koleksi ini yang merupakan sebahagian daripada kumpulan salinan surat menyurat di zaman pemerintahan sultan abdul hamid halim shah bagaimana pun sebahagian daripadanya masih tidak dapat dikesan dan telah hilang pada zaman pendudukan jepun di kedah sekitar tahun 1941 hingga 1945 dan ketika proses perpindahan pejabat setiausaha kerajaan dan majlis negeri dari balai besar ke kota tengah 1911 ke opis dalam/sekretariat 1929 dan akhir sekali ke wisma negeri sekarang pada tahun 1973 rekod yang berasal dari istana ini memaparkan kewibawaan istana sebagai pemerintah tertinggi dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri kedah pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ianya mempunyai daya tarikan sejagat sebagai rekod unik yang menggambarkan keadaan sosio-ekonomi-politik kesultanan melayu sebelum kedatangan penjajah dengan itu rekod-rekod yang terkandung dalam koleksi surat menyurat sultan abdul hamid amat penting sebagai bahan penyelidikan dari pelbagai perspektif termasuk perubahan sosial ekonomi politik perhubungan luar pendidikan agama dan adat antara surat menyurat sultan abdul hamid halim shah yang terdapat dalam simpanan arkib negara malaysia berita arkib negara malaysia 15

[close]

Comments

no comments yet