Soalan sinopsis modul - papa

 

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1

sinopsis novel papa bab 1 intan julia berbual-bual dengan mak cik noraini yang sedang menggoreng karipap di ruang dapur tiba-tiba dia terlihat ibunya intan maliana dan bapanya jeffri yang sedang berada di kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka sambil memetik kacang panjang jeffri meminta maliana supaya memasak sayur itu dan bukan orang gaji mereka mak cik noraini baginya masakan maliana adalah yang paling sedap jagung yang ditanam oleh mereka pula masih muda dan jeffri juga mahu supaya maliana memasaknya apabila sudah boleh dipetik nanti hubungan yang terlalu mesra antara suami isteri itu kurang disenangi oleh julia dengan alasan julia telah dewasa dan sepatutnya mereka berdua tidak berbuat demikian mak cik noraini mengatakan bahawa kemesraan ibu bapa julia itu adalah disebabkan mereka berdua terlalu saling menyayangi bab 2 dua minggu kemudian julia balik dari sekolah dengan menaiki bas kerana ibunya cikgu intan maliana dijemput oleh bapanya disebabkan maliana pening dan tidak sedap badan petang itu julia ditinggalkan berdua dengan mak cik noraini kerana ibu bapanya ke hospital semasa membuat kerja sekolah julia terkenang akan hubungan kasih sayang antara ibu dengan bapanya yang amat mesra dan berharap dia juga akan mendapat suami yang penyayang seperti bapanya semasa mak cik noraini menghidangkan bubur jagung julia masih mengenangkan hubungan ibu dengan bapanya mak cik noraini kerap menegur perbuatan julia yang suka berangan.menurut mak cik noraini bapanya pernah mencintai seorang bakal doktor tetapi hubungan cinta itu putus bapanya juga pernah mencintai seorang doktor tetapi hubungan mereka juga putus kerana doktor tersebut sudah menjadi tunangan orang akhirnya bapa julia menemui ibunya maliana sehingga cinta mereka semakin erat.ibu dan bapanya balik dari hospital dengan girang apabila diberitahu bahawa maliana mengandung julia berasa amat gembira kerana akan mendapat seorang adik walau bagaimanapun mak cik noraini berasa amat bimbang dengan berita itu kerana maliana pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa mengandung kali pertama dahulu jeffri memberitahu mak 1 bab 2 1.kenapakah julia balik ke sekolah dengan menaiki bas 2 ke manakah ibu dan bapa julia pergi 3 apakah yang dikenangkan oleh julia 4 apakah sikap negatif julia 5 dengan siapakah jeffri bercinta 6.kenapakah ibu bapa julia berasa gembira 7 kenapakah mak cik noraini berasa bimbang 8 apakah nilai murni dalam bab ini latihan pengukuhan bab 1 1 apakah yang dilakukan oleh mak cik norani 2 apakah yang diminta oleh jeffri kepada maliana 3 apakah pandangan jeffri kepada masakan intan maliana 4 kenapakah julia berasa kurang senang 5 apakah yang dikatakan oleh mak cik noraini 6 nyatakan nilai murni dalam bab ini.

[close]

p. 2

cik noraini bahawa semua yang telah dan akan berlaku ialah ketentuan tuhan bab 3 suatu hari julia pulang lewat dan terdengar perbualan antara ibunya maliana dengan mak cik noraini mak cik noraini yang bimbang maliana sedang mengandung menyarankan supaya maliana menggugurkan kandungannya hal ini disebabkan maliana pernah tidak sedarkan diri akibat tumpah darah semasa melahirkan julia anak yang dilahirkannya pula terlalu kecil menghidap demam kuning serta sukar dijaga kerana alah pada susu tepung maliana menegaskan beliau tidak akan menggugurkan kandungannya kerana kandungan itu ialah permintaan jeffri dia amat menyayangi jeffri dan sanggup berkorban untuk suami yang amat disayanginya.julia mengajak bapanya untuk bermain tenis di kelana jaya tetapi jeff menolak dengan alasan terlalu penat julia memberitahu bahawa dia akan mengajak ibunya bermain tenis jika bapanya enggan jeff tidak membenarkannya kerana maliana sedang mengandung akhirnya dia mengalah dan petang itu dia bermain tenis bersama julia semasa bermain tenis julia terkenang akan kehebatan bapanya dalam sukan itu sehingga beliau digilai oleh ramai gadis ibunya juga pernah bercerita bahawa ayahnya selalu ditegur oleh gadis walaupun pada waktu itu ibunya ada di sisi semasa mengelamun muka julia terkena bola yang dipukul oleh bapanya.seorang gadis menegur bapanya lalu berbual julia berasa tidak senang dan akhirnya jeffri memperkenalkan gadis itu iaitu aisyah pelajar kolejnya kepada julia akhirnya mereka bertiga minum di sebuah kedai julia berasa kurang senang apabila ayahnya berbualbual dengan aisyah akhirnya julia bangun dan mengajak bapanya balik dalam perjalanan apabila ditanya oleh julia jeffri menceritakan bahawa aisyah tinggal di jalan ss 7/5 kelana jaya julia bimbang jika ayahnya terpikat dengan gadis cantik yang baru dikenalinya itu bab 3 1 apakah cadangan mak cik noraini 2 kenapakah mak cik rohani berkata demikian 3 apakah keputusan maliana 4 di manakah julia ingin bermain tenis 5 kenapakah jeffri digilai olah banyak gadis 6 siapakah aisyah 7 kenapakah julia berasa kurang senang 8 di manakah aisyah tinggal 9 kenapakah julia berasa bimbang 10 nyatakan nilai murni dalam bab ini 2

[close]

p. 3

bab 4 bab 4 julia turun menemui ibunya yang sedang menunggu di luar kereta dengan agak lewat dia menceritakan kelewatan itu disebabkan ada rakannya yang meminjam nota geografinya kerana notanya lebih lengkap maliana yang mengajar di sekolah yang sama untuk tingkatan 1 hingga 3 memarahi julia kerana meminjamkan buku itu sedangkan rakannya juga belajar seperti julia maliana meminta julia duduk di kerusi belakang kereta kerana rakannya cikgu suzie hendak menumpang kereta ibunya ke bengkel tempat dia membetulkan keretanya yang rosak.dalam perjalanan suzie menasihati maliana supaya memikirkan dirinya yang sedang mengandung suzie bimbang kerana semasa melahirkan anak pertama maliana pernah pengsan dan bayinya pula hampir maut kerana menghidap demam kuning maliana memberitahu bahawa melahirkan anak itu bukan sesuatu yang memudaratkan malah dia sanggup berkorban untuk suaminya yang tersayang yang ingin akan anak itu apabila terus diasak oleh suzie maliana agak berang dan sebelum turun di bengkel maliana memberitahu bahawa dia amat menyayangi suaminya sedangkan suzie tidak tahu akan nilai kasih sayang itu kerana dia belum berkahwin bab 5 empat bulan lagi maliana akan melahirkan kandungannya semasa di kebun kecilnya lia memberitahu jeffri bahawa dia berasa bimbang sekiranya sesuatu yang buruk akan berlaku semasa dia melahirkan kandungannya nanti jeffri menenangkan isterinya dan berharap maliana akan tabah dan menerima ketentuan daripada tuhan maliana menyatakan bahawa dia sedikit bimbang tetapi tidak pernah menyesali perbuatannya yang ingin memenuhi kehendak suaminya yang amat disayangi jeffri memujuk isterinya lalu memeluknya.perbuatan mereka dilihat oleh julia dengan rasa yang kurang senang dia memberitahu mak cik noraini bahawa ibu bapanya tidak sepatutnya berbuat begitu kerana dia julia telah dewasa julia bertanyakan mak cik noraini keadaan dirinya semasa 3 1 kenapakah julia lewat 2 tingkatan berapakah maliana mengajar 3 kenapakah cikgu suzie menumpang kereta lia 4 apakah nasihat suzie kepada maliana 5 kenapakah sizie berasa bimbang 6.kenapakah maliana sanggup meneruskan kandungan itu 7 nyatakan nilai murni dalam bab ini bab 5 1.kenapakah maliana berasa bimbang 2.apakah nasihat jeffri kepada maliana 3.kenapakah maliana tidak menyesali atas perbuatannya 4.kenapakah maliana tidak bersetuju dengan perbuatan jeffri kepada isterinya 5.kenapakah julia sukar dijaga pada waktu kecil 6 nyatakan nilai murni dalam bab ini?

[close]

p. 4

dilahirkan menurut mak cik noraini saiz julia hanya sebesar anak kucing dan sering pula menangis dan sukar untuk dijaga julia minum susu ibunya yang diperah oleh seorang doktor perempuan kesukaran membesarkan julia itulah yang menyebabkan mak cik noraini terlalu menyayangi julia seperti anaknya sendiri bab 6 di tempat kerja jeffri pelajarnya bernama aisyah sering berjumpa dan bertanya pelajaran daripada jeffri serta menumpang jeffri untuk pulang ke rumahnya di kelana jaya dia juga pernah mengajak jeffri minum tetapi jeffri menolaknya aisyah ialah anak seorang hartawan dalam kereta julia menyindir bapanya supaya berkahwin satu lagi sebagai cara untuk menduga hati bapanya jeffri memberitahu bahawa dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mahu menduakan maliana yang dicintainya dia juga berseloroh tidak mahu tidur di luar rumah kerana maliana marah apabila dia berkahwin lagi bab 7 julia telah masuk ke tingkatan lima dan saat ibunya melahirkan anak kedua yang dijangka lelaki telah pun tiba jeffri sibuk membeli barang keperluan bayi perbuatannya itu ditegur oleh mak cik noraini bahawa perbuatan membeli barang sebelum bayi dilahirkan adalah tidak baik dan boleh membawa bencana jeffri memberitahu bahawa segala yang bakal berlaku ialah takdir tuhan dan bukan disebabkan perbuatannya membeli barang-barang itu kira-kira pada pukul 4.00 pagilm ketika sedang lena tidur julia dan mak cik noraini dikejutkan oleh jeffri dalam keadaan cemas kerana maliana telah sampai waktu untuk bersalin keadaan maliana amat membahayakan dan dia hanya mampu berdiam diri kerana kesakitan dalam keadaan cemas tersebut maliana dibawa ke hospital universiti kebangsaan malaysia cheras sebelum masuk ke wad bersalin maliana meminta ampun kepada jeffri dan meminta dia meredakan apa-apa jua yang bakal berlaku jeffri memujuk isterinya supaya bersabar dan 4 bab 7 1.apakah ramalan buruk mak cik noraini 2.apakah yang dibertitahu oleh jeffri bab 6 1 apakah yang sering ditanya oleh aisyah kepada jeffri 2 bagaimanakah julia menduga hati bapanya 3 apakah reaksi jeffri 4 nyatakan nilai murni dalam bab ini 3.kenapakah julia dan mak cik noraini berasa cemas 4.bagaimanakah keadaan maliana 5.apakah yang diminta oleh maliana ketika dibawa masuk ke wad bersalin 6.nyatakan nilai murni dalam bab ini?

[close]

p. 5

memberitahu bahawa tiada apa-apa perkara yang buruk bakal berlaku setelah itu jeff julia dan mak cik noraini menunggu di luar wad bersalin itu bab 8 pada pagi itu seorang doktor keluar dari bilik bersalin dan memberitahu jeffri bahawa maliana menghadapi komplikasi dan perlu dibedah jeffri menandatangani borang persetujuan jeffri hanya mampu berdoa agar maliana selamat selepas menunggu seorang doktor menemui jeffri dan memberitahu bahawa maliana telah selamat melahirkan bayi kembar siam tetapi bayinya mati dalam kandungan isterinya maliana pula dalam keadaan koma julia dan mak cik noraini menangis tetapi sebagai seorang lelaki jeffri tidak mengalirkan air mata walaupun sangat sedih selepas menguruskan mayat anaknya jeffri membawa julia dan mak cik noraini pulang melihat keadaan maliana timbul kekesalan di hati jeffri kerana mahukan maliana mengandungkan anak lagi jeffri memberitahu perkara yang berlaku kepada rakanrakannya di kolej serta rakan maliana di sekolah seri gading mereka datang memberi penghormatan untuk anak jeffri yang diberi nama ahmad dan muhammad sebelum dikebumikan pada pukul 2.00 petang lm mereka juga menasihati jeffri supaya bersabar dan menguatkan imannya aisyah turut datang berziarah dan memberitahu bahawa perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya bab 9 maliana masih lagi koma dan terlantar di hospital julia dihantar oleh bapanya ke sekolah dan meminta supaya julia menunggunya ketika hendak balik nanti walaupun julia memberitahu ingin menaiki bas sebelum meninggalkan sekolah itu jeffri mencium pipi julia dan memberitahu bahawa dia amat menyayangi anaknya itu julia sedar ayahnya sedang dalam keadaan bimbang jika ibunya maliana akan meninggalkan mereka berdua.rasylan seorang pelajar baru yang berwajah pan 5 bab 8 1 apakah yang diberitahu oleh doktor kepada jeffri 2 apakah yang berlaku kepada bayi maliana 3 apakah yang berlaku kepada maliana kenapakah jeffri berasa sesal 5 bilakah anak-anak jefri dikebumikan 6.apakah yang diberitahu oleh aisyah 7 nyatakan nilai murni dalam bab ini bab 9 1 bagaimanakah keadaan maliana 2 apakah yang diberitahu oleh jeffri kepada anaknya 3 siapakah rayslan 4 apakah yang diberitahu oleh cikgu suzie 5 apakah umpatan linda kepada guru sejarahnya 6 apakah tujuan rasylan mengajak julia untuk keluar bersama 7 nyatakan nilai murni dalam bab ini?

[close]

p. 6

asian menegurnya dan memberitahu bahawa julia amat beruntung mempunyai ibu bapa yang penyayang dia menyatakan hasrat untuk berkenalan dengan ibu dan bapa julia di dalam kelas rasylan sentiasa mengerling julia kerana meminati julia semasa kelas matematik cikgu suzie cikgu suzie memberitahu bahawa dia ingin mengikut julia dan ayahnya untuk melawat maliana di hospital.di kelas seorang pelajar bernama linda mengumpat guru sejarahnya cikgu raymond brian yang tidak hadir ke sekolah hari itu dengan mengatakan bahawa cikgu brian menghantar kekasihnya bersalin perbuatan linda ditegur oleh julia kerana bimbang akan diketahui oleh cikgu brian.sebelum balik rasylan menemui julia dan mengajaknya untuk keluar bersama tujuannya hanyalah untuk mengenali julia dengan lebih rapat kerana dia mendengar cerita bahawa julia seorang pelajar yang pintar ju menolaknya dengan alasan dia ingin melawat ibunya di hospital bab 10 julia mengikut bapanya menaiki kereta untuk melawat ibunya cikgu suzie mengikut dengan keretanya di belakang sesampainya di hospital mereka bertiga menemui maliana yang sedang koma jeffri sempat bercakap dengan maliana bahawa dia datang bersama julia dan suzie jeffri juga memberitahu supaya maliana cepat sedar keadaan ini membuatkan hati julia terlalu sayu.pada hari yang lain semasa bapanya lewat pulang kerana ada sesi kaunseling dengan pelajarnya di kolej julia mengulang kaji di bilik bacaan bapanya tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar ibu dan bapanya semasa baru berkahwin wajah ibunya sungguh manis dan bapanya pula sangat kacak julia juga terjumpa album bapanya yang mengandungi surat jeffri kepada maliana surat itu menyebut bahawa jeffri amat berterima kasih kepada maliana yang sanggup menyayangi dan menjadi isterinya julia turut melihat gambar bapanya mendokongnya semasa berusia 3 bulan dan gambar ketika hari jadi julia yang pertama.mak cik noraini mengajaknya makan bersama tetapi julia memberitahu bahawa dia ingin berehat mak cik noraini ialah sepupu bapanya suami dan anaknya meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari johor ke bidor manakala dia terselamat 6 bab 10 1 kenapakah hati julia terlalu sayu 2 kenapakah bapa ju lewat pulang 3 apakah benda yang dijumpai oleh ju di bilik bacaan bapanya 4 apakah kandungan surat yang dijumpai julia 5 siapakah mak cik noraini 6 apakah yang berlaku kepada suami dan anak mak cik noraini 7 kenapakah mak cik noraini amat menyayangi julia 8 apakah perkara yang dihasut oleh murni 9 bagaimanakah rasylan memujuk julia 10 apakah perwatakan julia 11 apakah nasihat jeffri kepada anaknya 12 bilakah jeffri dan julia akan melawat maliana 13 kenapakah julia berasa kurang senang 14 nyatakan nilai murni dalam bab ini?

[close]

p. 7

mak cik noraini diambil bekerja dengan jeffri dan apabila julia dilahirkan dialah yang menjaga julia sehingga dewasa akibatnya mak cik noraini terlalu menyayangi julia seperti anaknya sendiri.julia terkenang akan rakannya murni yang memusuhinya sejak ibunya koma dan tidak datang mengajar murni juga menghasut rakanrakan lain supaya membenci julia puncanya ialah murni pernah dimarahi oleh maliana kerana tidak menyiapkan tugas yang diberinya rasylan memujuk julia supaya bersabar dengan perkara yang berlaku julia menangis kerana sifatnya sebagai anak yang dimanjakan oleh ayah dan ibunya rasylan menjelaskan bahawa julia masih belum matang dan pengalaman akan mengajar julia menjadi tabah apabila dewasa kelak.mak cik noraini masuk dan mengajak ju makan julia menjelaskan bahawa dia amat merindui ibunya mak cik noraini sedih dan memeluk julia apabila bapanya balik bapa julia menasihati julia supaya tabah dan tidak mengikutkan perasaan jeffri memberitahu anaknya itu bahawa dia lebih merindui maliana dan terasa kehilangan kawan yang paling rapat dalam hidupnya petang itu julia mengajak bapanya jeffri untuk melawat ibunya di hospital jeffri memberitahu bahawa dia telah melawat ibunya kerana sesi kaunseling telah dibatalkan.semasa sedang makan bersama aisyah menelefon jeffri dan bertanyakan keadaan maliana keadaan ini menyebabkan julia berasa kurang senang tetapi hanya memendamkan perasaannya bab 11 ketika baru balik dari menduduki peperiksaan julia terdengar perbualan jeffri dengan mak cik noraini mak cin noraini mengesyorkan supaya jeffri berkahwin lain kerana maliana koma dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi jeffri menolak cadangan itu kerana baginya maliana tiada penggantinya di samping hendak menjaga hati julia.ketika duduk di sofa julia dan bapanya berbual tentang peperiksaan yang telah diduduki oleh julia jeffri percaya anaknya akan lulus dengan cemerlang julia juga meminta kebenaran bapanya untuk mengikut rasylan ke rumahnya yang terletak di andalas kelang jeffri agak keberatan kerana berasakan julia masih terlalu mentah tentang pasangannya sebaliknya jeffri mencadangkan supaya julia mengajak rasylan datang ke rumahnya untuk 7 bab 11 1 apakah perkara yang dibualkan antara jeffri dengan mak cik noraini 2 kenapakah jeffri menolak cadangan daripada mak cik noraini 3 apakah perkara yang dibualkan antara jeffri dengan anaknya 4 apakah cadangan jeffri kepada anaknya 5 nyatakan nilai murni dalam bab ini?

[close]

p. 8

berkenalan dengannya dahulu julia setuju dengan cadangan bapanya bab 12 sudah 8 bulan maliana koma semasa aisyah menelefon jeffri yang sedang sembahyang julia sempat berbual dengan aisyah tentang keadaan ibunya aisyah mengajak jeffri bermain tenis tetapi ditolak oleh jeffri dengan alasan terlalu sibuk jeffri mengesyorkan aisyah bermain tenis dengan julia balik daripada menduduki peperiksaan terakhir julia terperanjat melihat ambulans di depan rumah ibunya telah dibawa balik dan ditempatkan di bilik khas yang serba lengkap dan baru walaupun masih koma tujuan jeffri adalah supaya mereka dapat menjaga maliana dengan lebih baik dan menemani maliana dengan lebih kerap aisyah datang mengajak julia bermain tenis tetapi ditolak oleh julia dengan alasan ingin menjaga ibunya jeffri menasihati julia agar tidak mungkir janji akhirnya julia pergi juga dalam perjalanan julia serta aisyah berbual tentang perancangan masa depan julia aisyah menasihati julia supaya belajar manakala tugas menjaga ibunya akan dibuat oleh bapanya jeffri selepas bermain tenis julia mengikut aisyah ke rumah aisyah kerana aisyah ingin mandi dan menukar pakaian julia sempat berkenalan dengan ibu dan bapa aisyah yang merupakan orang kaya.julia dan aisyah sampai ke rumah pada waktu malam julia telah dimarahi oleh bapanya kerana tidak menepati masa yang dijanjikan malam itu jeff berbicara lagi dengan maliana yang masih koma tentang tujuan dia membawa lia balik ke rumah dia juga berbual tentang harapannya melihat julia berjaya mendapat ijazah seperti yang diimpikan oleh maliana dahulu bab 13 malam itu jeffri dan keluarganya hanya makan bubur dengan alasan agar mereka dapat merasakan kehidupan golongan yang hidup susah julia pula memberitahu bapanya bahawa makanan itu hanya sesuai untuk orang 8 bab 12 1.berapakah lama maliana koma 2.kenapakah jeffri menolak permintaan aisyah untuk bermain tenis 3.kenapakah julia terperanjat 4.di manakah lia ditempatkan 5.kenapakah julia menolak ajakan aisyah 6 apakah nasihat aisyah kepada ju 7.kenapakah julia ke rumah aisyah 8.bilakah julia sampai ke rumah 9 nyatakan nilai murni dalam bab ini bab 13 1 kenapakah keluarga jeffri hanya makan bubur 2 apakah pandangan julia tentang makanan itu 3 kenapakah ju berasa kagum kepada bapanya 4 siapakah rasylan 5 apakah yang berlaku kepada ibu bapa jefrri 6 apakah sumbangan datuk mustakim kepada jeffri?

[close]

p. 9

sakit seperti ibunya julia juga hairan bagaimana ibunya akan sembuh jika tidak diberi sebarang makanan jeffri menjelaskan bahawa segala-galanya adalah bergantung kepada tuhan malam itu sekali lagi jeffri berbicara dengan maliana seolah-olah maliana dalam keadaan sedar julia dapat merasakan bapanya sedang menghadapi tekanan yang amat hebat tetapi kagum dengan sikap bapanya yang terlalu menyayangi ibunya dan mengambil berat rasylan datang dan memperkenalkan diri sebagai anak datuk mustakim bahadur jeffri mengungkit bahawa jeff ialah anak angkat datuk mustakim dan sebelum itu telah menjadi anak angkat jabatan kebajikan masyarakat jeffri juga menceritakan bahawa datuk mustakim telah melanggar ibu dan bapanya semasa dalam perjalanan balik daripada sembahyang terawih bapanya meninggal dunia dan ibunya lumpuh datuk mustakim takut untuk bertemu dengan jeffri tetapi ada memberi wang perubatan ibunya sehinggalah ibunya meninggal dunia rasylan mencadangkan untuk mempertemukan datuk mustakim dengan jeffri tetapi ditolak oleh jeffri dengan alasan bahawa segala-galanya telah terlambat bab 14 hubungan julia dengan rasylan kian bertambah intim dan mesra nyatalah julia menaruh hati terhadap rasylan setelah pulang ke rumah julia ditegur oleh papa kerana pulang lewat papa tidak senang hati apabila julia bersahabat dengan rasylan pendirian papa itu amat mengejutkan dan menyedihkan julia julia sendiri berasa keliru dan kecewa dengan perasaan papa itu.petang itu julia sempat bertanya kepada papa tentang sebab-sebab papa tidak merestui hubungan persahabatannya dengan rasylan menurut papa latar belakang rasylan tidak begitu jelas malahan ibu bapa angkat rasylan juga tidak memperlihatkan ciri-ciri yang mulia namun bagi julia rasylan baik orangnya rasylan bukan sahaja memiliki nilai-nilai kemanusiaan yang murni malahan bijak dan pandai menyesuaikan diri walau bagaimanapun demi mengekalkan hubungan baiknya dengan papa julia 9 7.nyatakan nilai murni dalam bab ini bab 14 1.bagaimanakah hubungan antara julia dengan rasylan 2.kenapakah papa tidak senang hati 3.nyatakan sebab papa tidak merestui perhubungan julia dengan rasylan 4 apakah pandangan julia terhadap rasylan 5 apakah janji julia kepada papa 6.nyatakan nilai murni dalam bab ini.

[close]

p. 10

berjanji bahawa dia akan merenggangkan hubungannya dengan rasylan bab 15 keputusan peperiksaan spm diumumkan julia dan rasylan telah memperoleh keputusan yang cemerlang papa berasa amat gembira dengan keputusan julia yang begitu cemerlang selepas mendapat keputusan julia mempelawa rasylan meraikan kejayaan itu bersamasama.di starbucks coffee julia terserempak papa bersama dengan seorang perempuan sedang menikmati pizza sambil berbual mesra keadaan itu menyebabkan julia berasa kurang selesa sekembalinya ke rumah papa menyambut kepulangan julia dengan mesra papa turut bertanya kepada julia tentang perancangannya selepas itu julia memberitahu papa bahawa dia ingin melanjutkan pelajarannya di universiti islam antarabangsa uia dalam jurusan ekonomi bagi julia uia menitikberatkan ajaran dan didikan agama yang dapat mendorong dirinya menjadi insan yang mulia di samping itu dia ingin menjadi seorang ahli ekonomi yang disegani ramai bab 16 permohonan julia untuk menyambung pelajaran di kolej matrikulasi universiti islam antarabangsa telah diluluskan sebelum meninggalkan rumah julia ingin memaklumkan perkara itu kepada mama di luar bilik mama julia sempat melihat papa sedang berbual-bual dengan mama papa memberitahu mama tentang keputusan julia untuk menyambung pelajaran di matrikulasi uia papa akan berasa kehilangan tanpa julia di sisinya dia turut menyuarakan harapannya agar mama cepat sedar dan dapat menemani papa seperti dahulu papa menghantar julia ke uia untuk pendaftaran pada hari pertama julia telah ditempatkan di asrama siti khadijah rasylan turut diterima masuk ke universiti yang sama dan dia ditempatkan di asrama usman bin affan.selepas sesi pendaftaran julia dan rasylan bertemu dan berbual-bual rasylan menyatakan rasa cemburunya terhadap hubungan 10 bab 15 1.kenapakah papa berasa gembira 2.di manakah julia terserempak dengan papa dan aisyah 3.apakah perancangan julia 4.kenapakah julia memilih uia 5 nyatakan nilai murni dalam bab 15 bab 16 1.apakah yang dilihat oleh julia di luar bilik mama 2.apakah yang diberitahu papa kepada mama 3.apakah harapan papa kepada mama 4.di manakah julia telah ditempatkan 5 kenapakah rasylan berasa cemburu 6 kenapakah rasylan berasa kesal 7 ke manakah julia dan rasylan pergi 8.nyakan nilai murni dalam bab ini?

[close]

p. 11

mesra antara julia dengan papa dia sendiri tidak akan menikmati hubungan semesra itu bersama-sama ibu dan bapa angkatnya malahan hubungan antara mereka kini bertambah renggang mereka tidak menemani rasylan pada hari pendaftaran kerana pergi ke kuala kangsar rasylan berasa kesal terhadap sikap mereka itu.pada keesokan hari julia dan rasylan telah pergi ke kedai buku mph di mid valley untuk membeli buku selepas itu julia dan rasylan pergi ke starbucks coffee untuk menikmati kopi dan muffin kesukaan julia secara kebetulan julia terserempak papa dan kak aisyah lagi mereka begitu mesra berbual-bual inilah kali kedua julia terserempak dengan mereka berdua bab 17 peristiwa julia terserempak papa bersama-sama kak aisyah tempoh hari merunsingkan julia dia ingin bertanya kepada papa tentang hubungan sebenar antara papa dengan kak aisyah apabila dia pulang ke rumah pada hari sabtu nanti pada petang sabtu julia pulang ke rumah papa sedang duduk di ruang tamu ketika julia masuk ke dalam rumah julia bertanyakan keadaan mama papa memberitahu julia bahawa keadaan mama sama sahaja ketika berada di dalam bilik julia memikirkan hubungan antara papa dengan kak aisyah dia sendiri agak keliru tentang hubungan antara mereka baginya ada kemungkinan papa memerlukan seorang pengganti untuk berkongsi perasaan dan fikirannya akhirnya julia membuat keputusan bahawa apa yang dilihatnya dan disangkanya itu adalah tidak benar pada keesokan hari papa menghantar julia untuk pulang ke kolej matrikulasi uia papa turut memberikan julia wang saku yang agak banyak kerana julia tidak akan pulang ke rumah pada minggu yang berikutnya memandangkan dia perlu membereskan tugasan kursusnya pada hari minggu papa menelefon julia pada mulanya julia keberatan untuk menjawab panggilan papa itu namun selepas memikirkan kalau-kalau papa membawa berita tentang mama julia terus menjawab panggilan papa itu setelah diberitahu papa bahawa mama tidak menunjukkan sebarang tindak 11 bab 17 1.kenapakah julia berasa runsing 2.apakah yang ingin ditanya oleh julia kepada papa 3.bagaimanakah keadaan mama 4.apakah kemungkinan yang diperlukan oleh papa 5.kenapakah papa memberikan wang saku yang lebih kepada julia 6.kenapakah julia berasa sia-sia sahaja dia menjawab telefon itu?

[close]

p. 12

balas julia berasa sia-sia sahaja dia menjawab panggilan telefon papa itu tanpa disedarinya dia telah menyinggung perasaan papa dengan melemparkan pertanyaan yang tidak patut ditanya julia sempat memohon maaf kepada papa atas sikapnya itu rasylan mempelawa julia untuk menjamu selera di restoran a&w yang terletak di amcorp mall dalam perjalanan rasylan sempat memberitahu julia tentang encik muaz al-khalibi yang memintanya untuk menjalankan pemeriksaan dna kerana beliau mengesyaki bahawa rasylan ialah anak kandungnya julia pula terpaksa merahsiakan hubungannya dengan rasylan kerana papa tidak merestui hubungan mereka dan tidak ingin mempunyai hubungan persaudaraan dengan datuk mustakim.ketika mereka tiba di pusat beli-belah tersebut julia terlihat kereta papa di suatu sudut dalam restoran a&w julia mendapati papa sedang berbual-bual dengan kak aisyah hatinya kecewa dan sedih melihat telatah mereka berdua itu kemudian julia meminta rasylan agar meninggalkan restoran itu kerana dia tidak ingin kehadirannya itu diketahui oleh papa bab 18 julia pulang ke rumahnya semasa di pintu masuk julia sempat mendengar perbualan antara papa dengan mak cik noraini yang menyokong penuh keputusan papa untuk berkahwin lagi ketika julia masuk ke dalam rumah papa yang sedang membaca majalah menyambut kepulangan julia dengan senyuman kemudian julia duduk di ruang tamu dan cuba membangkitkan isu tentang niat papa untuk berkahwin lagi julia memberitahu papa bahawa dia telah terserempak dengan papa dan kak aisyah sebanyak tiga kali iaitu pertama di restoran pizza hut kedua di restoran starbucks coffee mid valley dan kali ketiga pada minggu lepas di restoran pandu lalu a&w seksyen 17.julia cuba menyedarkan papa bahawa mama masih hidup lagi dia tidak sanggup melihat papa menjadi suami yang tidak setia kepada isterinya dia menganggap bahawa papa sebagai seorang pengkhianat dan suami yang curang dakwaan julia itu benar-benar menimbulkan 12 7.kenapakah julia memohon maaf kepada papa 8.apakah yang diminta oleh encik muaz 9.kenapakah julia merahsiakan hubungannya dengan rasylan 10.kenapakah hati julia berasa kecewa 11.kenapakah julia meminta rasylan meninggalkan restoran itu 12 nyatakan nilai murni dalam bab ini bab 18 1.nyatakan isi perbualan antara papa dengan mak cik noraini 2 namakan tempat julia terserempak papa dengan aisyah 3.apakah yang tidak sanggup dilihat oleh julia 4.nyatakan kesan yang diterima oleh aisyah apabila menyatakan papa seorang suami yang curang 5.kenapakah aisyah berasa terkejut dan sedih?

[close]

p. 13

kemarahan papa papa telah menampar muka julia julia berasa terkejut dan sedih dengan tindakan papa itu kerana papa tidak pernah melayannya sedemikian pagi keesokan hari julia pulang ke kampusnya pelawaan papa agar bersarapan pagi bersama-samanya ditolak oleh julia ketika melangkah keluar julia sempat melihat wajah papa yang jelas memperlihatkan kekesalannya terhadap perkara yang berlaku bab 19 rasylan cuba menasihati julia agar menerima kenyataan bahawa papa ingin berkahwin lagi bagi rasylan papa seperti manusia biasa yang lain ingin mempunyai seorang teman yang dapat berkongsi pengalaman hidup dengannya namun julia tetap tegas dengan pendiriannya kerana dia tidak sanggup berkongsi papanya dengan perempuan lain.kemudian julia bertanya kepada rasylan sama ada dia telah menjalani pemeriksaan dnanya sebagaimana yang diminta oleh encik muaz al-khalibi rasylan memberitahu julia bahawa dia sudah menjalani pemeriksaan itu dan keputusannya positif rasylan ialah anak kandung encik muaz namun rasylan tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya ialah anak luar nikah dia juga keliru terhadap keputusan encik muaz untuk menghantarnya ke jabatan kebajikan masyarakat ketika dia masih kecil lagi dia langsung tidak menduga semua peristiwa itu akan berlaku pada dirinya julia bertemu dengan rasylan di laman budaya rasylan pula ketika itu sedang berbual-bual dengan encik muaz al-khalibi kemudian rasylan memberitahu julia bahawa papa sedang menunggunya di luar kampus dengan perasaan serba salah dan berat hati julia melangkah menuju ke luar kampus untuk bertemu dengan papa papa mempelawa julia minum bersama dengannya kerana ada hal penting yang hendak dibincangkan oleh papa dengan julia.papa membawa julia ke hotel paya sergi yang terletak di pj new town iaitu tempat kebiasaan di mana julia papa dan mama sering menjamu selera pada suatu ketika dahulu mereka menjamu selera di coffee house hotel itu.papa cuba menerangkan situasi yang sedang 13 6 nyatakan nilai murni dalam bab ini bab 19 1.apakah yang dinasihati rasylan kepada julia 2.apakah pandangan rasyalan terhadap papa 3.nyatakan pendirian aisyah 4.siapakah rasylan yang sebenarnya 5.bagaimanakah rasylan mendapat tahu keturunannya yang sebenar 6.apakah keputusan yang dibuat oleh encik muaz 7.di mana papa sedang menunggu julia 8.di mana mereka menjamu selera 9.apakah yang diterangkan oleh papa kepada julia 10.apakah dakwaan aisyah kepada papa?

[close]

p. 14

dihadapinya ketika itu kepada julia sebagai seorang lelaki dia memerlukan seorang teman sejati untuk berkongsi pengalaman hidupnya dia turut berasa sunyi sejak mama koma kesihatan papa juga kian merosot dia memerlukan seorang teman untuk mengingatkannya masa makan ubat 11.apakah reaksi papa terhadap dakwaan itu dan menemaninya berjumpa dengan doktor namun julia mendakwa bahawa papalah punca penyakit mama itu dakwaan julia itu mengejutkan papa namun papa tetap 12.apakah yang dikhuatiri oleh julia bersabar menghadapi karenah julia itu dengan memberitahu julia bahawa dirinya tetap bersabar sekian lama kerana berasa terhutang budi kepada mama 13.nyatakan nilai murni dalam bab ini penjelasan papa itu benar-benar membimbangkan julia dia berasa khuatir akan kesihatan papa akhirnya julia merestui keinginan papanya berkahwin lagi dia ingin melihat papa bahagia bukan sebaliknya bab 20 rasylan memberitahu julia tentang nasib dirinya sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan encik muaz alkhalibi dengan seorang warga indonesia namun semasa ibunya mengandungkannya encik muaz meninggalkan malaysia selepas dilahirkan dia ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang besar di bandar kiang kerana tidak sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa suami rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan encik muaz baginya bapa tunggalnya ialah datuk mustakim.emosi rasylan itu menyebabkan julia terfikir tentang keikhlasan hatinya mengizinkan papa untuk berkahwin dengan kak aisyah yang dikhuatiri ialah kasih sayang papa terhadapnya akan berkurangan dalam hatinya julia benar-benar mengharapkan agar mama cepat sembuh dan keluarganya dapat kembali bahagia dengan kehadiran mama.hari itu papa menelefon julia dan mempelawanya minum di luar untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada julia julia terpaksa akur demi menjaga perasaan papa.papa meminta julia agar memanggil kak aisyah mak cik julia sudah lama berkenalan dengan kak aisyah dan pertemuan itu sebenarnya bukan kali pertama mereka bertemu.pada hujung minggu itu papa meminta julia pulang ke rumah 14 bab 20 1.siapakah ibu rasylan 2.di manakah rasylan ditinggalkan oleh ibunya 3.apakah yang dikhuatiri oleh aisyah 4.apakah harapan aisyah 5.apakah tujuan papa mempelawa julia minum di luar 6.kenapa aisyah perlu pulang ke rumah pada hujung minggu 7.apakah tindakan papa apabila melihat julia menangis 8 nyatakan nilai murni dalam bab ini?

[close]

p. 15

untuk menghadiri upacara pernikahannya dengan kak aisyah namun julia enggan dan memberi alasan bahawa dirinya ingin tinggal di rumah menjaga mama.ketika melihat julia menangis papa bertindak mahu membatalkan upacara pernikahan itu namun julia meminta papa agar meneruskannya kerana upacara itu telah lama dirancang dan banyak orang pula sedang menunggu papa melihatkan pemergian papa fikiran julia berkecamuk bab 21 julia mengalami demam panas yang agak serius dan dihantar oleh papa ke hospital ketika terlantar di katil hospital julia telah bermimpi seorang lelaki yang wajahnya mirip papa dan bernama jeffri wajah jeffri lebih muda daripada papa dalam mimpi itu jeffri cuba memujuk julia agar merelakan keputusan papa untuk berkahwin lagi itulah satu-satunya cara untuk membahagiakan papa.walau bagaimanapun julia tetap berat hati untuk menerima mak cik aisyah sebagai ibu tirinya menggantikan tempat mama dia enggan berkongsi kasih sayang papa dengan perempuan lain julia ingin terus memonopoli kasih sayang papa seperti dahulu kala.ketika julia sedar dia mendapati papa dan mak cik aisyah sedang duduk memandangnya sambil melemparkan senyuman kemudian doktor menyuntik ubat ke dalam badan julia sejurus selepas itu julia tidak sedarkan diri bab 22 tiga hari julia terlantar di hospital pada hari yang ketiga julia didatangi oleh doktor razif doktor yang merawatnya sepanjang dia terlantar di hospital beliau cuba bertanyakan sebab-sebab julia jatuh sakit namun julia tidak memberitahu hal yang sebenar beliau mengatakan bahawa julia mengalami masalah jiwa dan emosi sehingga mengganggu kesihatannya beliau meminta julia agar tabah dan sabar menghadapi segala cabaran hidup yang 15 bab 21 1.apakah yang berlaku kepada julia 2.apakah yang dimimpikan oleh julia 3.bagaimanakah julia dapat membahagiakan papa 4.kenapakah aisyah tetap berat hati 5.nyatakan nilai murni dalam bab ini bab 22 1.berapa lamakah julia terlantar di hospital 2.apakah yang diberitahu oleh julia kepada doktor razif 3.apakah nasihat doktor razzif kepada julia 4.apakah yang diminta oleh aisyah kepada julia 5.apakah soalan yang ditanya oleh julia kepada papa 6.kenapakah peperiksaan akhir semester itu begitu penting buat julia?

[close]

Comments

no comments yet

YOUBLISHER
About
What Others Say
Sitemap
Impressum

PUBLISHERS
Login
Signup
Tutorials
FAQ
Support

BUSINESS
Overview
Advertising
Support

DEVELOPERS
API

LEGAL
Report a Copyright Violation
Copyright FAQ
Terms of Use
Privacy Policy