Buletin MPPP Edisi Khas 2006

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPPP Edisi Khas 2006

Popular Pages


p. 1

edisi khas 2006 kandungan yang dipertua majlis perbandaran pulau pinang aangkat sumpah penang international mountain bike challenge 2005 ready 4 more mountain bike cross country and jamboree dinner dhl 2nd national sports challenge penang 2005 lifesaving championship majlis jamuan perpisahan dato hj ahmad phesal b talib perjumpaan yang dipertua bersama kakitangan mppp lawatan yb dato setiausaha kerajaan negeri pulau pinang ke mppp majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang 2005 majlis perasmian hari penguatkuasa 2005 mppp menang anugerah kebangsaan pelancaran sistem e-lams dan kaunter osc pelancaran seranta awal penyediaan rancangan tempatan mppp rumah terbuka mppp sempena hari raya aidilfitri rumah terbuka mppp sempena perayaan deepavali rumah terbuka mppp sempena sambutan tahun baru cina launching ceremony of spiral waste bin launching ceremony of penang trams,trolleybuses railways municipal transport history 1880 s -1963 world toilet day hari penjaja tahun 2005 peringkat majlis perbandaran pulau pinang majlis perasmian projek menaiktaraf tapak penjaja lebuh cecil majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan kebersihan dan pengindahan premis-premis makanan 2005 majlis perasmian lepau taman perbandaran majlis perasmian sepetang di bukit bendera kejohanan badminton piala ydp lawatan pesuruhjaya perbandaran dhaka ke mppp lawatan majlis bandaraya miri dan majlis bandaraya johor baharu lawatan peserta kursus antarabangsa mtcp planning and management of the urban environment hari keluarga mppp majlis perasmian kampung angkat penang 2nd line dancing carnival penang herritage experience on wheels perasmian botanic walk queen s baton relay xviii 06

[close]

p. 2

buletin mppp 06 2 dari meja ketua pengarang terlebih dahulu warga mppp ingin mengucapkan terima kasih kepada dato haji ahmad phesal talib yang telah berkhidmat sebagai yang di pertua dari 7 januari 2004 hingga 13 mac 2006 kami berbangga dengan sumbangan beliau semasa berkhidmat sebagai ydp apabila kita meneliti balik kejayaan dan perubahan yang kita buat maka terasa perlu untuk meletak the feeling of importance and the feeling of belonging kepada semua kakitangan kejayaan ini adalah hasil kerjasama kesatuan tekad dan azam untuk menjadikan mppp sebagai pihakberkuasa tempatan yang berjaya menunaikan tanggungjawabnya perasaan `kekitaan di kalangan kakitangan merupakan titik tolak kepada kerjasama dan persefahaman banyak pandangan dan ulasan diterima daripada pelbagai pihak yang menyatakan bahawa terdapat perubahan dan ia dijalankan melalui perancangan dan tindakan yang dilaksanakan oleh pegawai serta kakitangan mppp mppp telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pihakberkuasa tempatan bagi mengatasi krisis pada masa darurat ini terbukti apabila pekerja-pekerja mppp yang bertungkus-lumus telah berjaya mengembalikan wajah pulau pinang selepas dilanda tsunami pada 26 disember 2004 mppp memenangi hadiah kategori taman perbadanan peringkat kebangsaan ini merupakan pengiktirafan kepada usaha yang berkesan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang sesuai kepada masyarakat pulau pinang taman perbandaran dan taman metropolitan di relau menjadi pusat atau tumpuan rekreasi dan bersukan dan hasil daripada komitmen pegawai serta kakitangannya mppp telah mula meluaskan kemudahan ini ke kawasan-kawasan perumahan umpamanya di taman sri nibong pada tahun 2005 mppp telah memenangi anugerah untuk urban renewal development dan ini bermakna kita telah dapat melaksanakan projek-projek bagi mengubah dan menukar wajah bandaraya george town kepada sebuah bandar yang baik untuk didiami serta menjadi bandar yang sesuai dikunjungi oleh para pelancong mppp juga telah melaksanakan sistem e lams pada 22 disember 2005 dalam usahanya untuk menjadikan perkhidmatannya cekap dan berkesan tahun 2005 adalah tahun yang boleh dibanggakan dan majlis akan terus menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di dalam lingkungan kawasan pentadbirannya sidang pengarang penaung yg bhg dato abu bakar b hassan yang dipertua mppp penasihat ooi chin loo setiausaha perbandaran mppp ketua pengarang patrick khoo poh aik pengarah khidmat pengurusan pengarang riduan merican bin aziz merican sidang pengarang ibrahim bin mohamed mohamed akhbar b mustapha nor rezan bt sulaiman lim chooi ping penerbit roslinawati bt mohd rashid tanwir b misbah sheik osman b sintha madar ramli chin majlis perbandaran pulau pinang tingkat 17 komtar jalan penang 10675 pulau pinang tel 604-2624400 faxs 604-2639575 hotline 604-2637637

[close]

p. 3

3 buletin mppp 06 yang dipertua majlis perbandaran pulau pinang angkat sumpah tahniah diucapkansebagai yang dipertua majlisdato abu bakar binpinang pada 20telah kepada yang berbahagia hassan yang mengangkat sumpah perbandaran pulau mac 2006 majlis tersebut telah diadakan di dewan bandaran menurut dato abu bakar beliau akan meneruskan kesinambungan usahausaha yang telah dilaksanakan oleh dato haji ahmad phesal bin haji talib di samping akan merancang dan melaksanakan dasar-dasar dan program-program baru mppp ke mercu kecemerlangan dalam ucapan tersebut beliau turut menyatakan bahawa di antara tanggungjawab dan keutamaan yang mesti dilaksanakan oleh mppp adalah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan cemerlang dalam semua perkhidmatan `core business mppp dan pelaksanaan dasar serta program pembangunan yang menyumbang kepada sektor pelancongan dan industri pembuatan sebagai yang dipertua mppp yang baru dilantik beliau berkata mppp amat komited untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan delivery system agar ia lebih cekap dan berkesan menurut beliau lagi mppp juga akan mempertingkatkan dasar dan program berkaitan urbanization serta perancangan bandar bagaimanapun beliau berharap orang ramai mempunyai kesedaran yang tinggi dan menjadi pembayar kadar yang positif supaya dapat menambahkan lagi hasil kutipan mppp dengan demikian mppp dapat melaksanakan program-program dan projek-projek yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat beliau juga berharap mendapat kerjasama semua ahli majlis ketua-ketua jabatan para pegawai dan seluruh kakitangan majlis supaya dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi membantu melaksanakan mutu perkhidmatan yang cemerlang di mppp.

[close]

p. 4

buletin mppp 06 4 the penang municipal council and the penang mountain bike association jointly organised the penang international mountain bike challenge 2005 which was held on 17 18 september 2005 at the penang municipal park seow hock cheng won the 1.4km downhill race beating 64 other participants including those from indonesia singapore and australia besides the downhill race several categories of cross-country races were also held in the two-day competition the member of parliment for bukit bendera y.b chia participants race on the second day of the event participants of the classic bicycle race took off on a were from north sumatera s medan sepeda antik club the club brought along their collection of classic bicycles for display at the event the municipal council of penang island with the cooperation of municipal park knights of the round tablekotrt organised the ready 4 more mountain bike cross country and the jamboree dinner on 4th december 2005 both functions were held at the municipal park and also present at the function was y.b mr teng chang yeow the state executive councillor tourism development and environment nd the municipal council with the cooperation of the penang branch of the malaysian lifesaving association organised the malaysian lifesaving championship on 24 th september 2005 at the aquatic centre,pisa,penang the tan sri koh tsu koon the chief minister of penang.

[close]

p. 5

5 buletin mppp 06 pada 13 mac 2006 majlis perbandaran pulau pinang mppp telah menganjurkan majlis jamuan perpisahan dato hj ahmad phesal b talib yang dipertua mppp bertempat di hotel shangri-la pulau pinang upacara itu dihadiri oleh ahli majlis-ahli majlis setiausaha perbandaran ketuaketua jabatan dan para pegawai acara bermula dengan ucapan penghargaan oleh yg berusaha setiausaha perbandaran kemudian majlis disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada yg bhg dato hj ahmad phesal bin talib majlis mengucapkan tahniah kepada y bhg dato ahmad phesal atas kenaikan pangkat beliau sebagai timbalan ketua pengarah unit penyelar satu perjumpaan antara yang dipertua bersama kakitangan mppp telah diadakan pada 24 januari 2006 di geodesic dome komtar dalam perjumpaan tersebut yang dipertua telah menyampaikan amanat kepada kakitangan majlis agar bekerja lebih bersungguh-sungguh untuk menjadikan majlis perbandaran pulau pinang lebih maju pada masa hadapan mppp menerima lawatan kerja setiausaha kerajaan negeri pulau pinang dato jamaludin b hasan pada 17 februari 2006 tujuan lawatan adalah untuk meninjau program kerja mppp prestasi kewangan projek pembangunan serta pelan tindakan integriti mppp.

[close]

p. 6

buletin mppp 06 6 seramai 213 orang kakitangan majlis telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang hasil kegigihan dan komitmen yang diberikan majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan pada 29 disember 2005 bertempat di dewan bandaran penerima anugerah khidmat cemerlang telah menerima sijil perkhidmatan cemerlang hadiah prestasi sebanyak rm1000 peluang atau keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus seminar atau lawatan serta peluang atau keutamaan untuk menerima pingat atau darjah kebesaran persekutuan atau negeri hari penguatkuasa merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh bahagian penguatkuasa pada 1 september 2005 hari penguatkuasa yang ke-8 telah dirasmikan oleh yg bhg dato hj ahmad phesal bin talib yang dipertua mppp bertempat di geodesic dome komtar jam 9.00 pagi dalam majlis tersebut dato yang dipertua telah melakukan kawalan kehormat serta pemeriksaan perbarisan aturcara majlis disusuli dengan persembahan aikido oleh anggota bahagian penguatkuasa mppp menang anugerah kebangsaan di atas hasil usaha dan kesungguhan mppp dalam pemuliharaan warisan bandar di pulau pinang majlis telah menerima anugerah kecemerlangan perancangan kategori 3-pembangunan semula pemeliharaan dan pemuliharan dari pertubuhan perancangan malaysia pada hari perancangan bandar sedunia yang diadakan pada 17 november 2005 selain itu taman perbandaran turut dipilih sebagai naib johan dalam pertandingan lanskap antara juara-juara 2005 yang diadakan pada 4 mac 2006 bertempat di taman tasik cempaka bandar baru bangi selangor pengiktirafan itu telah menyuntik semangat pihak majlis perbandaran pulau pinang untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada penduduk pulau pinang.

[close]

p. 7

7 buletin mppp 06 22 disember 2005 mencatat sejarah kerana mppp telah menjadi perintis pelaksanaan sistem pengurusan pihak berkuasa tempatan secara elektronik e-lams yang pertama di malaysia majlis pelancaran sistem e-lams dan kaunter osc ini telah dirasmikan oleh yang amat berhormat tan sri dr koh tsu koon ketua menteri pulau pinang di perkarangan bilik perdana tingkat 4 komtar jam 9.00 pagi dengan adanya sistem e-lams masa pemprosesan permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan bagi sesebuah projek pembangunan tanah dapat dipendekkan manakala kaunter osc merupakan pusat setempat untuk memproses pelan bangunan dan sijil penghunian kedua-dua kemudahan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan orang awam boleh melayari laman web e-lams di alamat www.mppp.my/elams pelancaran seranta awal penyediaan rancangan tempatan mppp telah disediakan pada 22 disember 2005 bertempat di dewan bandaran jalan padang kota lama penyediaan rancangan tempatan ini adalah berasaskan rancangan fizikal negara dan draf rancangan struktur negeri ia mengandungi cadangan terperinci terhadap guna tanah di mppp dan garis panduan yang terkini untuk memudahkan `stakeholders dan orang ramai merancang pembangunan tanah mppp telah mengatur dua sesi penerangan untuk memberi kefahaman terhadap seranta awal draf rancangan tempatan orang ramai yang hadir diberi penerangan dan mereka berpeluang memberi pandangan ulasan serta maklum balas kepada majlis melalui laman web rancangan tempatan mppp http:www.mppp.gov.my dalam tempoh penyediaan rancangan tempatan ini selama 18 bulan bermula oktober 2005.

[close]

p. 8

buletin mppp 06 8 bertempat di balai rakyat mppp telok bahang pulau pinang majlis dimulakan dengan ketibaan dif-dif kehormat sambil diiringi paluan kompang tiupan serunai pelbagai makanan telah dihidangkan kepada para tetamu seperti ketupat rendang lemang satay laksa mee kari char koey teow dan banyak lagi dalam majlis tersebut juga dato yang dipertua telah menyampaikan cenderahati duit raya kepada warga emas di kawasan telok bahang rumah terbuka mppp sempena perayaan deepavali rumah terbuka mppp sempena perayaan deepavali telah diadakan pada 15 november 2005 bertempat di balai rakyat jalan patani pulau pinang.dalam majlis ini juga seramai 230 tetamu jemputan daripada tujuh badan kebajikan telah dijemput menghadiri majlis rumah terbuka ini.tetamu kehormat yang menghadiri majlis ini adalah tyt tun dato seri dr haji abdul rahman abbas dan toh puan majimor shariff dalam majlis tersebut tuan yang terutama yang dipertua negeri bersama-sama ydp mppp telah menyampaikan duit raya beserta hamper kepada 230 tetamu khas dari badan amal dan kebajikan pelbagai jenis hidangan tradisi masyarakat india telah disajikan kepada para tetamu lebih 500 orang telah menghadiri majlis rumah terbuka sempena sambutan tahun baru cina yang diadakan pada 3 februari 2006 bertempat di arena sukan antarabangsa pulau pinang pisa majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat tyt tun dato seri dr haji abdul rahman abbas dan toh puan majimor shariff tyt yang dipertua negeri dan yab ketua menteri menyampaikan ang-pow dan cenderamata kepada tetamu khas dari rumah orang tua dan rumah kanak-kanak yatim.

[close]

p. 9

9 buletin mppp 06 the municipal council of penang island launched the spiral waste bin on 13 feb 2006 at the bayan baru market complex in its effort to improve solid waste management the machine costing rm185,000 is able to contain some of the problems related to solid waste disposal such as leachate treatment reducing smell nuisanse and control of complex this book gives an overview of the varoius forms of public transport used in george town from 1880 s to 1963 and the role this transport played in the development of the growth of george town and penang present at the launching of the book by the municipal secretary were dato anwar fazal mr ric james author of the book mr james tait mdm khoo salma nasution publisher mr chan chiak poay mr james tait former workshop superintendent,electricity supply department city council of george town and mr.chan chiak poay former maintenace supervisor,transport department,city council of george town were presented a copy of the book in appreciation of their services during the early public transport days the municipal council of penang island has allocated rm 1 million this year to upgrade its 27 public toilets and another rm 45,000 for maintenance works infuture cleaning contracts will only be awarded to professional contractors who

[close]

p. 10

buletin mppp 06 10 yb dato dr teng hock nan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri telah merasmikan majlis makan malam sempena sambutan hari penjaja 2005 peringkat majlis perbandaran pulau pinang pada 18 november 2005 bertempat di balai rakyat bayan baru pulau pinang sambutan hari penjaja ini dianjurkan oleh mppp dan persatuan-persatuan penjaja pulau pinang yang terdiri daripada pelbagai kaum sambutan yang ke-10 ini telah diadakan secara berturut-turut sejak tahun 1995 para jemputan telah dihiburkan oleh persembahan nyanyian daripada kumpulan les cantores sambil menikmati hidangan yang disediakan wakil-wakil persatuan penjaja menerima sijil penghargaan pada malam tersebut pada 25 januari 2006 tapak penjaja lebuh cecil yang telah dinaiktaraf dibuka dengan rasminya oleh yang dipertua majlis perbandaran pulau pinang tapak penjaja lebuh cecil mula beroperasi pada 1991 di lebuh cecil dan telah dinaiktaraf kali pertama pada tahun 1998 kepada tapak yang ada sekarang bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi peniaga kecil dan meningkatkan kebersihan serta keselesaan majlis sekali lagi melaksanakan program menaiktaraf tapak penjaja ini dengan meninggikan bumbung serta membaikpulih tapak dengan kos perbelanjaan sebanyak rm 699,000.00 kerja-kerja menaiktaraf telah bermula pada pertengahan tahun 2005 dan telah siap pada awal tahun 2006 dalam usaha mengekalkan kebersihan dan keindahan premis makanan mppp telah menganjurkan pertandingan kebersihan dan pengindahan premis makanan 2005 pertandingan yang diadakan dari 15 julai 2005 hingga 15 november 2005 telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori kedai kopi kedai makan kategori restoran nasi kandar dan yang dilesenkan oleh mppp sebanyak 68 penyertaan yang diterima bagi ketiga-tiga kategori tersebut dan pertandingan ini diadili oleh beberapa orang ahli majlis dan inspektor kesihatan mppp majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan di dewan bandaran padang kota lama pada 29 disember 2005 berikut merupakan senarai para pemenang:kategori kedai kopi kedai makan pertama kedua ketiga sunsmiles 600 cute cute jambul café kedai kopi sin hoe peng rm 2000 rm 1500 rm 1000 kategori restoran nasi kandar pertama kedua ketiga pelita samudera pertama pelita nasi kandar restoran makbul rm 2000 rm 1500 rm 1000 kategori restoran pertama kedua ketiga feringghi garden restaurant edelweiss café restoran fisherman s grill rm 2000 rm 1500 rm 1000

[close]

p. 11

11 buletin mppp 06 bagi pencinta alam persekitaran taman perbandaran yang terletak kira-kira 10km dari pusat bandar cukup mempesonakan pada 19 november 2005 majlis perbandaran pulau pinang dengan kerjasama ahli-ahli kelab sukan dan rekreasi telah mengadakan majlis perasmian lepau taman perbandaran dan jamuan hari raya bersama-sama ahli-ahli kelab sukan dan rekreasi majlis perasmian yang diadakan di sudut lepau taman perbandaran ini telah dirasmikan oleh yang dipertua mppp lepau taman perbandaran yang bernilai rm 65,000 ini memberi tempat kepada pengunjung berehat bersama keluarga teman-teman mppp berhasrat menjadikan taman perbandaran setanding dengan taman awam di melbourne australia yang lengkap dengan kemudahan sukan rekreasi majlis perasmian sepetang di bukit bendera telah dilancarkan pada 5 mac 2006 bertempat di stesen atas bukit bendera program sepetang di bukit bendera ini telah direncanakan bersama majlis tindakan pelancongan pulau pinang akan berlangsung setiap sabtu ahad dan cuti umum program ini diadakan untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing ke bukit bendera pelbagai persembahan kebudayaan telah dipertontonkan kepada pengunjung di puncak bukit setinggi 830 meter ini antaranya ialah tarian kebudayaan dan muzik etnik seperti boria chingay tarian singa dan dondang sayang dato haji ahmad phesal bin talib,yang dipertua majlis perbandaran pulau pinang bersama kakitangan semua jabatan mppp telah mengambil bahagian di dalam kejohanan badminton yang dianjurkan oleh majlis di balai rakyat `turnkey jalan patani pada 2 september 2005 peserta bersaing untuk merebut piala pusingan yang dipertua majlis seramai 112 orang mengambil bahagian di dalam kejohanan yang diadakan selama tiga hari.

[close]

p. 12

buletin mppp 06 lawatan pesuruhjaya perbandaran dhaka ke mppp seramai 10 orang pesuruhjaya ward commissioners perbandaran bandar dhaka telah mengadakan lawatan ke majlis perbandaran pulau pinang dari 28 september 2005 hingga 30 september 2005 tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari daripada majlis tentang pengurusan sisa hasil pembinaan jalan dan lampu jalan serta kebajikan peserta lawatan telah dibawa melawat ke tapak pelupusan sampah di batu maung untuk mempelajari mengenai pengurusan sisa pepejal selain itu mereka turut dibawa melawat ke taman metropolitan taman perbandaran dan stadium bandaraya 12 majlis bandaraya miri dan majlis bandaraya johor baharu telah melawat ke mppp pada 20 disember 2005 rombongan terdiri daripada ahli majlis dan pegawai kanan majlis objektif lawatan adalah untuk mempelajari tentang pengurusan kesihatan awam dan kebersihan rombongan turut dibawa melawat sekitar taman perbandaran persiaran kuari institut pentadbiran awam negara intan dengan kerjasama malaysian technical cooperation programme mtcp telah mengadakan lawatan ke mppp pada 6 disember 2005 lawatan tersebut adalah sebahagian daripada modul kursus antarabangsa mtcp planning and management of the urban environment seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 19 peserta antarabangsa seorang peserta tempatan dan 3 orang fasilitator intan telah mengikuti lawatan ini mppp telah menyampaikan dua taklimat yang bertajuk good urban governance and participatory urban management dan steps to improve the delivery system kepada peserta lawatan tersebut.

[close]

p. 13

13 buletin mppp 06

[close]

p. 14

buletin mppp 06 14 majlis perbandaran pulau pinang telah menjadikan kampung jalan bahru balik pulau sebagai kampung angkat sebanyak rm60,000 telah disumbangkan oleh majlis bagi tujuan pembangunan pengindahan lanskap kampung tersebut majlis perasmian kampung angkat ini telah berlangsung dengan jayanya pada 16 mac 2006 nd mppp dengan kerjasama majlis pembangunan wanita kawasan bukit bendera dan penang united line dancers telah mengadakan pertunjukan penang 2nd international sports arena pisa satu sidang akhbar mengenainya telah diadakan pada 1 disember 2005 jam 11 pagi di foyer stadium bandaraya dan dihadiri oleh dato haji ahmad phesal b haji talib yang dipertua mppp puan lee ean kee pengerusi pembangunan wanita kawasan bukit bendera mppp dengan kerjasama kelab taman perbandaran kotrt telah berjaya menganjurkan the penang heritage experience on wheels pada 3 disember 2005 lalu majlis yang telah dimulakan pada pukul 8.00 pagi itu berlangsung di taman perbandaran persiaran kuari pulau pinang ia bermula dengan ketibaan peserta tetamu-tetamu jemputan kakitangan mppp ahli-ahli kelab kotrt yang dipertua mppp dato hj ahmad phesal hj talib turut hadir di majlis tersebut dan melepaskan peserta-peserta yang menyertai program the penang heritage experience on wheels kali ini.

[close]

p. 15

15 buletin mppp 06 projek pembinaan botanic walk yang menyambungkan taman perbandaran dengan kebun bunga telah dirasmikan pada 4 september 2005 majlis perasmian itu dihadiri oleh yb en chia kwang chye timbalan menteri penerangan malaysia merangkap ahli parlimen bukit bendera sempena sukan komenwel ke-18 di melbourne australia 2006 kerajaan negeri pulau pinang dengan kerjasama majlis olimpik malaysia dan majlis sukan negeri pulau pinang telah mengadakan larian queen s baton relay bagi peringkat negeri pulau pinang dan kedah ia diadakan pada 28 dan 29 september 2005 bermula di jambatan merdeka sempadan negeri kedah dan pulau pinang melalui kepala batas dan berakhir di dataran pemuda merdeka butterworth sambutan kali ini sangat meriah dengan disertai konvoi motosikal dari pulau pinang untuk menyambut ketibaan queen s baton yang dibawa dari negeri kedah pada 28 september 2005.

[close]

Other Publications

Comments

no comments yet

YOUBLISHER
About
What Others Say
Sitemap
Impressum

PUBLISHERS
Login
Signup
Tutorials
FAQ
Support

BUSINESS
Overview
Advertising
Support

DEVELOPERS
API

LEGAL
Report a Copyright Violation
Copyright FAQ
Terms of Use
Privacy Policy