Puspawangsa Bil.2/2010

 

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1

issn 2180-3323 berita arkib negara malaysia april-jun bil 2/2010 www.arkib.gov.my asean emergency response and recovery team for records mendapat sambutan penyertaan rantau asean norazme mohd nor k uala lumpur 25 april 2010 arkib negara malaysia telah mengadakan bengkel asean emergency response and recovery team for records di bangunan pusat pendokumentasian dan pemeliharaan audiovisual negara pppav arkib negara malaysia jalan duta bengkel yang berlangsung dari 25 ­ 30 april ini telah dirasmikan oleh ybhg datuk wira kamaruddin siaraf ketua setiausaha kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan malaysia bengkel ini diadakan sebagai usaha awal untuk menubuhkan sebuah pasukan tindakan dan pemuliharaan bencana bagi rekod di asean yang lengkap dengan ilmu dan kepakaran yang diperlukan selain itu bengkel ini turut menyediakan direktori pasukan tindakan dan pemuliharaan bencana bagi rekod di asean membangunkan prosedur operasi piawai bagi pasukan tindakan dan pemuliharaan bencana bagi rekod serta membangunkan pelan tindakan dan pemuliharaan bencana bagi rekod wawancara bersama tkp penyelidikan irama melayu mewadah warisan bangsa mengenang tun tan cheng lock ybhg datuk kamaruddin siaraf ketua setiausaha kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan malaysia kpkk diperkenalkan kepada para peserta bengkel oleh ybhg dato haji sidek haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia paling kiri turut kelihatan ybhg dato mohammad mohd daud timbalan ketua setiausaha kebudayaan kpkk dua dari kiri pelancaran buku braille jalur gemilang dan rukun negara seramai 38 orang peserta dari serata negara asean telah mengikuti bengkel seramai 25 orang terdiri daripada peserta tempatan manakala selebihnya daripada negara-negara asean seperti singapura indonesia filipina myanmar brunei dan thailand secara keseluruhannya peserta-peserta yang hadir merupakan pegawai arkib archivist dan ahli pemulihara conservators bersambung ke ms 4 puspawangsa berita arkib negara malaysia 1

[close]

p. 2

perutusan ketua y ab perdana menteri dato sri mohd najib bin tun haji abdul razak telah menegaskan komitmen bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi serta berpaksikan keutamaan kepada rakyat melalui konsep 1malaysia sehubungan itu setiap warga arkib perlu memastikan konsep tersebut yang menjadi agenda pentadbiran kerajaan masa kini dalam memacu negara mencapai matlamat rmke-10 wawasan 2020 dan misi nasional direalisasikan selari dengan tuntutan globalisasi perkhidmatan awam pada hari ini juga telah mengalami banyak perubahan dan dalam menyesuaikan diri dengan kehendak perubahan tersebut adalah perlu untuk arkib negara sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat selain terus memastikan kewujudannya sentiasa relevan kepada masyarakat serta mampu melaksanakan peranannya sesuai kehendak masyarakat yang sentiasa berubah untuk merealisasikan hasrat tersebut saya sentiasa menyeru kepada setiap warga arkib untuk lebih responsif berani berubah cekap dalam melaksanakan tugas dan sentiasa peka dengan perubahan semasa adalah penting untuk arkib negara bergerak sejajar dengan perkembangan dan hala tuju strategik kerajaan masa kini setiap kita perlu memantapkan daya saing dan keupayaan diri dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan saya percaya melalui sumber manusia yang kompeten segala permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh arkib negara akan dapat ditangani dalam hal ini setiap warga arkib perlu mengamalkan tahap disiplin yang tinggi mempunyai kredibiliti berinovasi dan mempunyai kemantapan nilai dan etika sewaktu menjalankan tugas memasuki separuh tahun bagi tahun 2010 pelbagai program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan melibatkan kerja-kerja ikhtisas jabatan seperti pengurusan rekod kerja-kerja penyelidikan dan pelaksanaan program pengembangan dalam memastikan rekod-rekod kerajaan yang merupakan dokumen bukti dan sumber maklumat dapat diuruskan secara sistematik dan teratur jabatan ini telah memulakan pelaksanaan audit pengurusan rekod melibatkan jabatan dan agensi kerajaan pengauditan rekod ini pengarah dilaksanakan sebagai satu pendekatan dan kaedah baru yang lebih tegas dan strategik dalam memastikan jabatan dan agensi kerajaan menguruskan rekod mereka dengan betul bagi program pengembangan arkib negara telah melaksanakan siri program mengenang tokoh untuk tokoh-tokoh negarawan seperti ytm tunku abdul rahman putra tun abdul razak dan tun tan cheng lock sepanjang program berlangsung pelbagai acara sampingan diadakan seperti kuiz bicara tokoh pelancaran buku pameran jualan buku serta acara-acara sukan melibatkan jabatan dan agensi di bawah kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan kpkk kita merasa bertuah kerana bukan sahaja mendapat sokongan daripada pihak kpkk malah telah berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta mengambil bahagian dan memeriahkan acara yang dianjurkan ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan dan fungsi arkib negara justeru itu adalah perlu untuk arkib negara sentiasa memastikan rakyat dilibatkan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan selaras dengan konsep 1malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan oleh itu untuk meneruskan kesinambungan tugas dan peranan arkib negara saya berharap semua warga arkib dapat terus berganding bahu dan bekerja sama sebagai satu pasukan bagi menjayakan visi dan misi jabatan budaya kerja yang baik dan beretika seperti ketepatan masa ketelitian dalam melaksanakan tugas pantas membuat keputusan dan dalam mengambil tindakan perlu diteruskan dan dijadikan amalan dengan pendekatan kerja seumpama ini saya percaya kita akan dapat menghasilkan outcome dan hasil mutu kerja yang berkualiti dan cemerlang teliti pasti jangka selamat maju jaya dato haji sidek bin haji jamil puspawangsa puspawangsa ialah dua perkataan melayu yang berasal dari bahasa sanskrit yang sangat popular digunakan dalam kesusasteraan melayu lama puspa membawa dua erti berlainan iaitu bunga dan mahkota perkataan wangsa pula bermaksud bangsa kaum masyarakat atau keluarga perkataan puspawangsa kepada jabatan arkib negara malaysia merupakan istilah keramat dan ikon kepada fungsi jabatan bersesuaian dengan maksud perkataan puspawangsa dan falsafahnya ianya boleh dirujuk sebagai bunga mahupun mahkota kepada bangsa perkataan puspawangsa juga digunakan sebagai tajuk lagu rasmi jabatan ini sidang penasihat ybrs pn hjh daresah hj ismail timbalan ketua pengarah penyelidikan dan pengembangan redaksi pihak sidang redaksi mengalu-alukan sebarang bentuk artikel/cadangan/komen dari seluruh warga arkib sila e-mel kepada berita@arkib.gov.my pengarang pn zainab rahmat seksyen penerbitan dan percetakan en nurul azizi shafie seksyen penyelidikan khas negara pn suzana md isa seksyen pelupusan pn saudah ab manaf seksyen inspektorat en mohd ariffin santol seksyen rujukan akses pn noriah mohd nor seksyen perolehan cik shahida mohd salleh seksyen pengurusan arkib negarawan en mohd salleh abdul manaf seksyen teknologi maklumat rekabentuk dan susun atur pn siti kamaliah madil en mohd ridzwan suboh seksyen penerbitan dan percetakan jurufoto en hasnan boslam en suhaimi ramli en mahadir khidir mohamed seksyen arkib pandang dengar ketua pengarang pn nor zahriah md razally pengarah bahagian pengurusan penyelidikan dan dokumentasi 2

[close]

p. 3

koleksi surat persendirian dan keunikannya nurul azizi shafie dan suzana md isa sesi wawancara bersama puan hajah daresah haji ismail timbalan ketua pengarah penyelidikan dan pengembangan yang diadakan di pejabat beliau oleh sidang redaksi encik nurul azizi shafie dan puan suzana md isa k uala lumpur 5 julai 2010 ­ kumpulan surat-surat persendirian merupakan sebahagian daripada bahanbahan sejarah negara yang tersimpan di arkib negara malaysia anm menurut timbalan ketua pengarah penyelidikan ybrs hajah daresah bt ismail usaha pengumpulan surat-surat persendirian dilakukan secara berterusan dari tahun ke tahun untuk menambah koleksi bahan di arkib negara aktiviti pengumpulan surat persendirian telah dimulakan oleh anm sejak tahun 1958 bagi melengkapkan bahan-bahan sejarah negara sehingga kini terdapat sebanyak 450 koleksi surat persendirian tersimpan di anm koleksi tokoh yang pertama adalah surat persendirian aminudin baki sp 1 manakala bahan terawal yang terdapat dalam koleksi surat persendirian ialah dari sp sir thomas stamford brigley raffles sp 22 iaitu bertulisan jawi dari sultan ahmad tajudin sultan kedah kepada stamford raffles mengenai permohonan bantuan untuk menghantar ufti kepada kerajaan siam dan juga penyataan kekecewaan sultan kedah kerana tidak dapat bertemu dengan stamford raffles semasa baginda ke pulau pinang ditanya mengenai kaedah perolehan surat-surat persendirian ini beliau menjelaskan bahawa usaha pengesanan dilakukan melalui pelbagai sumber seperti temubual pengesanan atau pemberitahuan daripada orang ramai internet atau surat khabar tujuan pengumpulan surat-surat persendirian ini adalah untuk memudahkan rujukan oleh generasi yang akan datang untuk membuat penyelidikan mengenai ketokohan dan sumbangan seseorang tokoh walau bagaimanapun dalam usaha mendapatkan surat-surat persendirian ini mungkin tidak semua bahan akan dapat diperolehi daripada seseorang tokoh dalam satu-satu masa kerana ianya bergantung kepada kesediaan tokoh atau waris bahan-bahan tersebut untuk menyerahkannya kepada anm arkib negara juga tidak berupaya mengawal atau menghalang sekiranya seseorang tokoh atau waris ingin menyimpan sendiri atau menyerahkan bahan-bahan yang ada di dalam simpanannya kepada manamana pihak sama ada di dalam atau di luar negeri menurut beliau lagi adalah menjadi satu kerugian kepada negara terutama kepada penyelidik tempatan yang ingin mendapatkan bahan-bahan tersebut untuk dirujuk sekiranya surat-surat persendirian tersebut disimpan di luar negara dan alangkah baiknya jika koleksi surat-surat persendirian yang ada kaitan dengan malaysia ini dapat disimpan di mana-mana institusi dalam negara bagi memudahkan rujukan di samping menambah koleksi simpanan surat-surat persendirian sedia ada peranan arkib negara sebagai penyimpan khazanah warisan negara semakin dikenali di dalam dan di luar negara ini terbukti melalui program yang dijalankan oleh british broadcasting corporation bbc yang membuat penggambaran di arkib negara pada 1 julai 2010 untuk siri dokumentari realiti who do you think you are dimana selebriti yang terlibat telah menjalankan penyelidikan di arkib negara untuk menyelidiki dan menjejaki sejarah perkhidmatan dan kematian datuknya di tanah melayu maklumat mengenai datuknya dalam bentuk fail telah dikenalpasti berada dalam simpanan arkib negara malaysia ini jelas menunjukkan bahan-bahan tersebut disimpan dan dipelihara dengan selamat di sini dan dapat dirujuk apabila diperlukan di samping itu arkib negara juga memohon supaya mana-mana individu yang mempunyai koleksi surat-surat persendirian bernilai sejarah untuk menyumbangkan bahan-bahan tersebut bagi menambahkayakan koleksi suratsurat persendirian di arkib negara untuk tatapan generasi yang akan datang puspawangsa berita arkib negara malaysia sebelum mengakhiri perbualan beliau menegaskan bahawa usaha pengumpulan suratsurat persendirian perlu diteruskan dengan lebih giat lagi dan tidak boleh berpuas hati dengan kaedah perolehan yang dijalankan selama ini sahaja arkib negara perlu proaktif peka dan agresif dalam usaha mendapatkan surat-surat persendirian 3

[close]

p. 4

encik ruslan abd hamid sedang menunjukkan kaedah baik pulih rekod secara tradisional kepada para peserta bengkel di seksyen pemeliharaan dan reprografi arkib negara malaysia emergency response and recovery team for records mendapat sambutan penyertaan rantau asean peserta-peserta malaysia pula terdiri daripada penjawatpenjawat awam yang mewakili sembilan 9 organisasi iaitu arkib negara malaysia jabatan bomba dan penyelamat jabatan pertahanan awam mampu majlis keselamatan negara jabatan muzium malaysia perpustakaan negara malaysia jabatan warisan dan muzium tentera seorang peserta dari universiti teknologi mara uitm telah dilantik sebagai pemerhati fasilitator bengkel terdiri daripada dua 2 orang ahli pemulihara conservator profesional daripada organisasi preservation australia mereka mempunyai kepakaran dalam bidang pemuliharaan bahan-bahan berasaskan kertas dan tekstil sambung dari ms 1 fasilitator pertama ialah puan kay soderland beliau telah bertugas sebagai ahli pemulihara lebih daripada 25 tahun di beberapa buah institusi muzium dan perpustakaan di australia beliau mempunyai kelayakan akademik bachelor of applied science in the conservation of cultural material daripada universiti canberra australia fasilitator kedua ialah cik tegan anthes beliau telah bertugas sebagai ahli pemulihara semenjak tahun 1996 lagi di perpustakaan negeri new south wales australia beliau mempunyai kelayakan akademik bachelor of applied science in the conservation of cultural material daripada universiti canberra australia para peserta menjalani latihan amali menyelamatkan rekod yang rosak sambil ditunjuk ajar oleh fasilitator bengkel puan kay soderland paling kiri dari australia puspawangsa berita arkib negara malaysia para peserta bengkel mengikuti sesi ceramah di bilik latihan pppav arkib negara malaysia pada 26 april 2010 4

[close]

p. 5

lawatan delegasi singapura uala lumpur 6 mei 2010 arkib negara malaysia telah menerima lawatan delegasi dari singapura seramai empat 4 orang lawatan selama 2 hari ini bertujuan untuk melihat mengenai kemudahan yang ada di arkib negara malaysia antara seksyen yang dilawati pada 6 mei 2010 adalah seksyen pemuliharaan dan reprografi prg seksyen pandang dengar apd seksyen reposotori lawatan para delegasi bersambung pada 7 mei 2010 di arkib negarawan seperti pustaka peringatan p.ramlee memorial tun abdul rahman memorial tun hussein onn dan memorial tun abdul razak lawatan delegasi berakhir pada pukul 5.00 petang 7 mei 2010 encik hamdan syed hassan sedang menunjukkan teknik jahitan buku kepada para delegasi dari singapura di seksyen pemeliharaan dan reprografi sempena lawatan mereka ke arkib negara malaysia pada 6 mei 2010 saudah ab manaf k pengurusan rekod di moscow rusia suzana md isa pasukan projek pelupusan rekod sedang tekun menjalankan kerja-kerja penilaian dan penyenaraian rekod sambil dibantu oleh encik jaafar sidek abdul rahman ketua seksyen pelupusan paling kanan dan puan suzana md isa pegawai arkib dari seksyen pelupusan arkib negara malaysia dua dari kiri sewaktu melaksanakan program pengurusan rekod di pejabat kedutaan besar malaysia di moscow rusia pada 15 19 mac 2010 oscow 15 mac 2010 arkib negara malaysia telah mengadakan program pengurusan rekod di pejabat kedutaan besar malaysia di moscow persekutuan rusia program pengurusan rekod yang berlangsung dari 15-19 mac 2010 ini merupakan tindakan susulan kepada permohonan dari duta besar kedutaan besar malaysia di moscow yang memohon agar arkib negara malaysia membuat penilaian ke atas dokumendokumen asal yang terdapat di pejabat mereka m selain menguatkuasakan akta arkib negara 2003 akta 629 program ini juga membantu mengumpul bahan sejarah rekod awam yang bernilai kekal yang terdapat di pejabat-pejabat kedutaan malaysia di luar negara ini secara tidak langsung dapat menambahkayakan koleksi bahan arkib negara malaysia di samping membuka ruang dan menyediakan rangkaian serta `platform bagi kerjasama berterusan dengan kedutaan/suruhanjaya tinggi malaysia di luar negara dari segi perolehan dan pengumpulan rekod-rekod program selama 4 hari ini telah dilaksanakan oleh dua orang pegawai arkib daripada seksyen pelupusan rekod iaitu encik jaafar sidek abdul rahman dan puan suzana md isa dengan kerjasama pihak wisma putra dan kedutaan besar malaysia di moscow persekutuan rusia program yang diadakan meliputi aktiviti taklimat pengurusan rekod pengasingan penyusunan penyenaraian dan penilaian rekod melalui program ini juga arkib negara berjaya mengenalpasti rekod-rekod yang bernilai sejarah dan kebangsaan yang menjadi sumber khazanah warisan negara dan `institutional memory kepada pejabat kedutaan besar malaysia di moscow selain dapat menyelamatkan rekodrekod hubungan awal negara dengan rusia dari era komunis hingga kepada pembentukan persekutuan rusia dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi sejarah dan hubungan diplomatik adalah diharapkan program seperti ini dapat dillaksanakan secara berterusan bagi tujuan memperolehi mengumpul dan menyelamatkan rekod-rekod bernilai sejarah dan kebangsaan yang menjadi khazanah dan warisan negara serta sumber rujukan sejarah kepada agensi kerajaan penyelidik dan generasi masa depan terutama di pejabatpejabat kedutaan yang telah lama awal ditubuhkan di luar negara sekitar tahun 1960-an dan 1970-an seperti di amsterdam london tokyo singapura filipina dan sebagainya rekod-rekod yang telah siap diasingkan disusun dan disenaraikan oleh pasukan projek pelupusan rekod yang dilaksanakan di pejabat kedutaan besar malaysia di moscow rusia pada 15 ­ 19 mac 2010 puspawangsa berita arkib negara malaysia 5

[close]

p. 6

pengerusi dan barisan tokoh pembicara semasa majlis bicara lagu irama melayu mewadah warisan bangsa yang diadakan di auditorium pppav arkib negara malaysia pada 4 mei 2010 dari kiri ybhg datuk ahmad nawab prof madya dr abu hassan hasbullah pensyarah jabatan pengajian media universiti malaya pengerusi ybhg dato a rahman hassan dan ybhg dato yusni hamid para tetamu sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh tokoh-tokoh pembicara semasa majlis bicara lagu irama melayu mewadah warisan bangsa di auditorium pppav arkib negara malaysia pada 4 mei 2010 kelihatan dua dari kiri artis veteran ybhg dato aziz satar dan puan habsah hassan ketiga dari kiri presiden music authors copyright protection macp uala lumpur 4 mei 2010 ­ majlis bicara lagu dengan tema irama melayu mewadah warisan bangsa telah diadakan di auditorium pusat pendokumentasian dan pemeliharaan audiovisual negara pppav majlis yang diadakan dengan kerjasama persatuan penyanyi-pemuzik-penulis lagu tanah air papita ini merupakan manifestasi kepada jalinan kerjasama antara arkib negara malaysia dan penggiat seni tanah air cetusan jalinan kerjasama dengan penggiat seni telah dimulakan dengan mengadakan sesi dialog antara ketua pengarah arkib negara malaysia dengan penggiat seni pada 2 mac 2010 di auditorium pppav k warisan bangsa irama melayu mewadah nor kamisah yusoff prof madya dr abu hassan hasbullah pensyarah jabatan pengajian media universiti malaya kejayaan penganjuran majlis ini turut diserikan dengan acara penyerahan bahan oleh tokoh dan penggiat seni tanah air iaitu dato yusni hamid dato m daud tuan haji mohd wazata mohd zin encik borhan ahmad kumpulan sometimes dan papita sebanyak 181 bahan yang terdiri daripada bahan audiovisual dan bukan audiovisual telah diserahkan untuk disimpan dan dipelihara di arkib negara malaysia orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat yang disampaikan oleh tokoh-tokoh pembicarah tersebut bolehlah membuat rujukan di dewan penyelidikan arkib negara malaysia jalan duta kuala lumpur dewan penyelidikan dibuka isnin ­ jumaat bagi hari isnin dan jumaat dewan dibuka dari pukul 9.00 pagi ­ 5.00 petang manakala hari selasa ­ khamis dewan dibuka dari pukul 9.00 pagi ­ 6.00 petang dewan penyelidikan ditutup pada cuti umum puspawangsa berita arkib negara malaysia objektif utama penganjuran majlis yang dirasmikan oleh ketua pengarah arkib negara malaysia ini adalah untuk memperkukuhkan jalinan hubungan kerjasama antara arkib negara malaysia dan penggiat seni terutamanya persatuan yang berkaitan selain mengumpul menambah dan melengkapkan maklumat berkaitan industri seni hiburan amnya dan lagulagu melayu khasnya untuk simpanan arkib negara malaysia dan seterusnya dibuka kepada para penyelidik untuk rujukan melalui program ini juga maklumat lisan daripada tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkembangan industri hiburan tanah air dapat direkodkan bagi melengkapkan maklumat bertulis berkaitan industri seni hiburan yang sedia ada di arkib negara malaysia di samping memperkenalkan bangunan pppav sebagai pusat pengurusan penyimpanan pemeliharaan dan penyelidikan bahan audiovisual negara tokoh pembicara yang terdiri daripada sn datuk dr ahmad nawab dato a rahman hassan dan dato yusni hamid telah berjaya mengupas definisi lagu melayu asal usul lagu melayu dan impaknya terhadap perkembangan sosiobudaya masyarakat malaysia kehadiran dan penglibatan tokoh-tokoh seni tanah air sebagai peserta seperti datin orkid abdullah puan habsah hassan datuk aziz satar dan ramai lagi telah menambahkan kehangatan perbincangan sesi bicara ini dipengerusikan oleh 6 barisan tetamu kehormat di majlis bicara lagu irama melayu mewadah warisan bangsa dari kiri dr hajah samsiah mohamad timbalan ketua pengarah perancangan arkib negara malaysia ybhg dato haji sidek bin haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia ybhg dato m.daud presiden papita dan ybhg dato malek ridzuan timbalan presiden papita |

[close]

p. 7

sejarah institut pendidikan guru ipg kampus keningau sabah shahlin ali duduk dari kiri encik mohd firdaus bin abdul salam pengerusi encik shahlin bin ali pengarah arkib negara malaysia cawangan sabah tuan haji jikal bin gabie tokoh pengisah puan lim sai kiow@penny lim pengarah ipg kampus keningau ybhg dato haji sidek bin haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia ybhg tan sri suffian bin koroh mantan timbalan ketua menteri sabah dan isteri ybhg puan sri mariaty koroh puan hajah aminah binti haji musally tokoh pengisah dan tuan haji mohd darus bin jamian tokoh pengisah eningau 20 april 2010 ­ arkib negara malaysia cawangan sabah dengan kerjasama institut pendidikan guru ipg kampus keningau telah mengadakan majlis pengisahan sejarah institut pendidikan guru ipg keningau sabah pengisahan sejarah merupakan antara aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk mengesan dan mengumpul bahan-bahan berkaitan seseorang tokoh sesuatu peristiwa mahupun tempat-tempat bersejarah program ini merupakan salah satu cara untuk mengumpul melengkap dan menambahkan maklumat sejarah bagi mengisi jurang maklumat rekod-rekod bertulis yang terdapat di arkib negara segala maklumat yang diperoleh akan disimpan dan dipelihara untuk dijadikan sumber rujukan kepada para pelajar penyelidik dan pencinta sejarah yang berminat mengenali dan mengkaji tentang seseorang tokoh sesuatu peristiwa mahupun tempat-tempat bersejarah selaras dengan visi arkib negara malaysia menjadi pusat arkib dan penyelidikan negara yang unggul sesuai dengan tujuan tersebut satu majlis pengisahan sejarah institut pendidikan guru ipg kampus keningau telah diadakan pada 20 april 2010 bertempat di dewan besar ipg k kampus keningau ia diadakan sempena sambutan jubli perak ipg kampus keningau pengisahan ini melibatkan tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung dalam rentetan sejarah penubuhan dan perkembangan ipg kampus keningau majlis anjuran bersama arkib negara malaysia cawangan sabah dan ipg kampus keningau ini telah disempurnakan perasmiannya oleh ybhg dato haji sidek bin haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia sesi pengisahan telah dipengerusikan oleh encik mohd firdaus abdul salam ketua jabatan pengajian melayu dan menampilkan 3 orang tokoh pengisah yang terdiri daripada tuan haji jikal bin gabie mantan pengetua pertama ipg kampus keningau puan hajah aminah binti haji musally merupakan mantan pengetua kedua ipg kampus keningau dan tuan haji mohd darus bin jamian mantan ketua jabatan hep pertama ipg kampus keningau selain pengisahan pameran tentang ipg kampus keningau dan arkib negara malaysia turut diadakan bagi mengetengahkan maklumat dan fungsi yang dimainkan oleh kedua-dua buah institusi tersebut khususnya dalam membina dan membentuk masyarakat ybhg dato haji sidek bin haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia melawat pameran ipg kampus keningau dan arkib negara malaysia selepas majlis pengisahan sejarah di pusat sumber ipg kampus keningau yang berilmu dan cintakan negara majlis ini telah dihadiri seramai 600 orang tetamu undangan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri sabah pensyarah kakitangan dan pelajar ipg kampus keningau orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat yang disampaikan oleh tokoh-tokoh pengisah tersebut bolehlah membuat rujukan di dewan penyelidikan arkib negara malaysia cawangan sabah yang terletak di km 4 jalan penampang kota kinabalu dewan penyelidikan dibuka isnin ­ khamis bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang manakala hari jumaat dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 hingga 4.30 petang tan sri dr p.ramlee terus dikenang nazrim syah nazari puspawangsa berita arkib negara malaysia p ulau pinang 29 mei 2010 arkib negara malaysia cawangan pulau pinang dengan kerjasama gabungan persatuan kebudayaan dan kesenian melayu negeri pulau pinang pemenang telah mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil untuk seniman agung allahyarham tan sri dr p ramlee bertempat di masjid jamek jalan hatin pulau pinang majlis ini diadakan bertujuan untuk memperingati seniman agung allahyarham tan sri dr p ramlee yang telah kembali pada 29 mei 1973 seramai 150 orang tetamu terdiri daripada ahli-ahli pemenang pegawai dan kakitangan kerajaan anak-anak yatim serta orang ramai telah hadir ke majlis ini antara tetamu kehormat yang hadir adalah ybhg dato seri haji mohd yussof latiff presiden pemenang ybhg dato abdul rashid ismail timbalan presiden pemenang encik ihsan haji hassan pemangku pengarah bahagian arkib negarawan mewakili ketua pengarah arkib negara dan encik nasser malim pengarah arkib negara malaysia cawangan pulau pinang para hadirin mengaminkan doa di majlis bacaan yassin dan tahlil seniman agung allahyarham tan sri dr p ramlee yang diadakan di masjid jamek jalan hatin pulau pinang pada 29 mei 2010 7

[close]

p. 8

warisan agung negara ke korea saemah mokhtar the world pada tahun 2001 serta ekoran daripada pengiktirafan sebagai pemenang anugerah peringatan jikji dunia jikji memory of the world prize yang telah diumumkan oleh unesco pada september 2009 penglibatan dalam pameran ini juga sebagai mengambil sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara malaysia dan korea sebanyak 18 negara termasuk malaysia telah menyertai pameran iace 2010 yang memberi tumpuan untuk mengenengahkan bahan yang telah berjaya mendapat pengiktirafan dan didaftarkan dalam senarai daftar warisaan dunia oleh unesco serta mempromosi bahan terpilih yang terdapat dalam simpanan di beberapa institusi arkib di negara peserta termasuk bahan yang ada hubungan dengan negara korea pameran ini juga memperkenalkan teknologi dan peralatan baru dalam pengurusan arkib bersempena pameran tersebut juga turut diadakan seminar international archival culture dan juga seminar eastica serta mesyuarat majlis arkib antarabangsa yang membuka peluang pertukaran maklumat berkaitan isu semasa dalam pentadbiran arkib arkib negara malaysia telah diwakili oleh ybhg dato haji sidek jamil ketua pengarah arkib negara hajah daresah ismail timbalan ketua pengarah penyelidikan encik kamarudin aziz ketua seksyen perkhidmatan arkib negarawan dan hajah saemah mokhtar -ketua seksyen pameran dan arkib pendidikan ybhg dato haji sidek jamil ketua pengarah arkib negara malaysia melayani wakil majlis arkib antarabangsa yang melawat ke lokasi bahan pameran arkib negara malaysia eoul 1 jun 2010 arkib negara malaysia telah mempamerkan koleksi surat menyurat sultan abdul hamid 1882-1943 yang telah mendapat pengiktirafan unesco dan didaftarkan sebagai warisan dunia pada tahun 2001 beserta 20 koleksi bahan terpilih dari koleksi gedung arkib negara dan 10 koleksi bahan yang mempunyai kaitan dengan korea di international archival culture exhibition iace 2010 anjuran arkib negara korea dan pertubuhan pengurusan arkib korea yang berlangsung di bangunan coex bandaraya seoul korea selatan pada 1 hingga 6 jun 2010 penyertaan pameran yang berprestij ini merupakan satu penghormatan dan menjadi kebanggaan kepada arkib negara malaysia khususnya dalam penglibatan aktiviti antarabangsa dan negara malaysia amnya kerana dijemput khas untuk mempamerkan surat-surat sultan abdul hamid dari kedah 1882 ­ 1943 yang telah diiktiraf oleh pertubuhan pendidikan saintifik dan kebudayaan bangsa-bangsa bersatu unesco sebagai dokumen warisan dunia menerusi program memory of puspawangsa berita arkib negara malaysia s peserta seminar iace 2010 melawat pameran koleksi surat menyurat sultan abdul hamid 1882-1943 8 koleksi surat menyurat sultan abdul hamid dan maklumat organisasi yang di pamerkan sempena iace 2010 di seoul korea.

[close]

p. 9

projek pembangunan zam zarina ishak erms sektor awam siri 2 esyuarat jitik bil 3/2009 pada 30 november 2009 yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha negara ksn telah memutuskan supaya mampu membangunkan sistem pengurusan rekod elektronik erms dengan kerjasama arkib negara malaysia anm kajian keperluan pembangunan erms sektor awam telah diadakan mulai 12 april sehingga 25 jun 2010 pasukan subject matter expert sme dari anm telah memberikan input dari aspek pengurusan rekod semasa kajian tersebut fasa seterusnya bagi projek ini ialah merekabentuk use cases bagi modul pewujudan dan penawanan rekod serta menghasilkan laporan system requirement specification srs aplikasi erms yang lengkap dengan keupayaan menguruskan rekod di sepanjang kitaran hayat rekod dijangka akan siap pada tahun 2015 fasa 1 pelaksanaan penggunaan erms sektor awam akan dimulakan di peringkat kementerian di samping itu sebanyak enam 6 pasukan penyediaan pra-syarat klasifikasi dan jadual pelupusan rekod telah dibentuk untuk menyediakan tesaurus sektor awam serta klasifikasi fail dan jadual pelupusan rekod bagi semua kementerian untuk tujuan penyeragaman penyediaan pra-syarat ini amat penting bagi m memastikan rekod yang diwujudkan dapat ditawan dalam failfail yang betul supaya ia mudah dikesan dan diakses apabila dikehendaki penyediaan pra syarat ini juga dapat memastikan supaya semua rekod diselenggara selama tempoh pengekalan yang ditetapkan serta membolehkan pemindahan rekod yang bernilai kekal ke repositori digital ams di anm selain itu seramai tiga pegawai dari anm dan seorang pegawai dari mampu telah menjalani program latihan penempatan di kanada serta menghadiri persidangan managing information in the public sector ­ shaping the new information space dari 24 april sehingga 10 mei 2010 tujuan latihan penempatan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pegawai mengenai kaedah pelaksanaan erms secara statewide di seluruh sektor awam di ontario dan british columbia kanada serta menambah pengetahuan dan mengumpul maklumat mengenai amalan-amalan baru dalam bidang pengurusan dan pemeliharaan rekod elektronik adalah diharapkan kerjasama yang dijalinkan antara anm dan mampu dapat memberikan impak positif dan transformasi pengurusan rekod di seluruh sektor awam info rekod rekod terkini yang boleh dirujuk bagi suku kedua 2010 mohd ariffin santol b ermula pada tahun 2010 senarai kumpulan arkib/rekod yang telah mencapai taraf arkib ini akan dikeluarkan mengikut suku tahun iaitu pada setiap awal bulan januari april julai dan oktober bagi suku kedua 2010 sebanyak 190 kumpulan arkib/rekod yang mengandungi 648 buah fail telah mencapai taraf arkib dan sedia untuk dirujuk segala maklumat lanjut berkaitan fail-fail di atas bolehlah melayari portal arkib di www.arkib.gov.my pada capaian carian bahan arkib atau datang terus ke dewan penyelidikan arkib negara malaysia yang teletak di jalan duta kuala lumpur bagi fail yang terdapat di ibu pejabat dan ke arkib negara cawangan negeri yang berkenaan bagi fail yang terdapat di cawangan negeri puspawangsa berita arkib negara malaysia 9

[close]

p. 10

mengenang shahida mohamad salleh tun tan cheng lock bagi meneruskan siri program tersebut pada 22 ­ 23 mei 2010 program mengenang tokoh negarawan tun tan cheng lock telah diadakan di memorial pengisytiharan kemerdekaan banda hilir melaka di majlis ini juga yb timbalan menteri telah berkesempatan untuk melancarkan buku braille jalur gemilang dan rukun negara selain itu pameran yang memaparkan sejarah berkaitan tun tan cheng lock turut diadakan bagi mengenengahkan maklumat mengenai sejarah perjuangan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh tokoh sepanjang hayatnya pameran ini telah dibuka kepada orang ramai mulai 22 mei hingga 20 jun 2010 bersempena dengan majlis ini juga arkib negara melalui yb timbalan menteri telah berbesar hati menerima koleksi bahan-bahan tun tan cheng lock yang diserahkan oleh ahli keluarga mendiang untuk disimpan di arkib negara anda hilir 23 mei 2010 ­ arkib negara malaysia telah mengadakan program mengenang tokoh negarawan tun tan cheng lock perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh yb senator heng seai kei timbalan menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan malaysia program mengenang tokoh merupakan aktiviti yang diadakan berkonsepkan penghayatan tokoh yang menitikberatkan elemen perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama program ini merupakan salah satu cara untuk mendekatkan semua lapisan masyarakat supaya menghayati pengorbanan dan sumbangan tokoh-tokoh negawaran program ini dibuat secara berterusan melibatkan semua tokoh utama negara ianya diadakan mengikut tarikh-tarikh tertentu berkaitan dengan tokoh seperti tarikh lahir tarikh perkahwinan ataupun tarikh kematian sehingga kini arkib negara telah mengadakan program mengenang tokoh melibatkan allahyarham yang teramat mulia tunku abdul rahman putra dan allahyarham tun abdul razak b puspawangsa berita arkib negara malaysia tetamu kehormat dan para tetamu yang hadir ke majlis mengenang tokoh tun tan cheng lock yang diadakan pada 23 mei 2010 di memorial pengisytiharan kemerdekaan melaka barisan tetamu kehormat dari kiri ybhg dato mohammad mohd daud timbalan ketua setiausaha kebudayaan kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan kpkk ybhg dato haji sidek bin haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia yb senator heng seai kei timbalan menteri kpkk perasmi majlis yb datuk seet har cheow pengerusi jawatankuasa negeri pelancongan kebudayaan dan warisan negeri melaka dan cik tan siok choo cucu tun tan cheng lock bersambungkems 11 10

[close]

p. 11

mengenang tun tan cheng lock sambungandarims 10 bagi mengimbau sejarah dan kenangan bersama tun tan cheng lock majlis bicara tokoh diadakan pada petang 23 mei 2010 di dewan merdeka memorial pengisytiharan kemerdekaan puan tan siok choo yang merupakan cucu kepada mendiang telah diundang sebagai tokoh pembicara manakala dr oong hak ching bekas pensyarah di pusat pengajian sejarah univerisiti kebangsaan malaysia telah bertindak sebagai pengerusikan majlis majlis didahului dengan kata alu-aluan oleh ybhg dato haji sidek haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia turut memeriahkan majlis adalah persembahan lapangan yang diadakan selama 2 hari bermula 22 mei persembahan lapangan ini diadakan dengan kerjasama dan penglibatan daripada agensi-agensi di bawah kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan dan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri melaka serta agensi swasta negeri melaka dengan masing-masing agensi mengadakan pameran jualan produk daripada agensi masing-masing yb senator heng seai kei timbalan menteri kpkk dua dari kanan menerima koleksi bahan tun tan cheng lock berupa album gambar yang diserahkan oleh cik tan siok choo cucu mendiang tun tan cheng lock untuk disimpan di arkib negara malaysia turut kelihatan yb datuk gan tian loo pengerusi jawatankuasa negeri kerja raya dan kemudahan awam negeri melaka kiri ybhg dato haji sidek bin haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia dua dari kiri dan yb datuk seet har cheow pengerusi jawatankuasa negeri pelancongan kebudayaan dan warisan negeri melaka paling kanan hadirin dan tetamu kehormat yang hadir ke majlis bicara tokoh yang diadakan pada sebelah petang 23 mei 2010 di dewan merdeka memorial pengisytiharan kemerdekaan melaka dari kiri cik tan siok choo cucu tun tan cheng lock tokoh pembicara ybhg dato haji sidek bin haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia perasmi majlis dan dr oong hak ching bekas pensyarah pusat pengajian sejarah univerisiti kebangsaan malaysia pengerusi majlis info siti kamaliah madil buku arkib warisan eksklusif buku ini merangkumkan bahanbahan terpilih daripada koleksi arkib maklumat bahan arkib yang terkandung dalam buku ini adalah merupakan rekod-rekod awam yang mencakupi pelbagai bidang berkaitan perundangan pentadbiran sejarah dan hak individu buku ini diterbitkan dalam dua versi iaitu bahasa malaysia dan bahasa inggeris tahun diterbitkan:2005 harga:rm220.00 isbn 967 ­ 61 ­ 1813 ­ 3 terbitan arkib negara malaysia puspawangsa berita arkib negara malaysia archives exclusive heritage synopsis the documents contained in this book provide a comprehensive view of the nation s history and include law and administration socio-economic matters history and royal archives collections date published 2008 price rm130.00 isbn 978 ­ 967 ­ 61 ­ 2149 5 sinopsis buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap individu yang ingin mengetahui koleksi bahan yang tersimpan di arkib negara malaysia keterangan lanjut untuk memiliki buku ini sila layari www.arkib.gov.my 11

[close]

p. 12

pelancaran buku m braille jalur gemilang rukun negara zainab rahmat elaka 23 mei 2010 ­ arkib negara malaysia telah melancarkan buku jalur gemilang dan rukun negara yang dicetak dalam bentuk braille pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh yb senator heng seai kei timbalan menteri di kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan malaysia bersempana majlis mengenang tokoh negarawan tun tan cheng lock majlis pelancaran telah diadakan di memorial pengisytiharan kemerdekaan banda hilir melaka buku jalur gemilang dan rukun negara yang dibuat dalam bentuk braille ini disediakan sebagai bahan rujukan kepada orang kurang upaya oku penglihatan ianya bertujuan untuk memasyarakatkan arkib kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan oku penglihatan sekaligus meningkatkan penggunaan bahan arkib bagi melahirkan golongan oku yang berilmu pengetahuan ke arah merealisasikan gagasan 1malaysia tindakan ini juga dilihat sebagai usaha arkib negara dalam melaksanakan tanggungjawab sosial bagi membantu golongan oku khususnya oku penglihatan sempena majlis yang diadakan ini sebanyak 7 buah sekolah terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah yang mempunyai pelajar-pelajar oku penglihatan sekitar melaka johor dan selangor telah hadir bagi menerima sumbangan buku-buku tersebut untuk ditempatkan di pusat sumber sekolah masing-masing bagi memenuhi objektif yang diharapkan buku-buku braille jalur gemilang dan rukun negara ini telah diedarkan ke semua sekolah rendah dan menengah yang mempunyai pelajar oku penglihatan serta persatuan-persatuan berkaitan oku penglihatan di seluruh negara melengkapkan acara pelancaran pelajar-pelajar oku penglihatan dari sekolah menengah kebangsaan padang temu dan sekolah kebangsaan ayer keroh melaka telah menunjukkan kebolehan mereka membacakan ikrar rukun negara yang dipetik daripada buku braille tersebut selain gerai jualan yang disediakan untuk oku penglihatan membuat demonstrasi penggunaan mesin braille serta menjual barangan kraftangan dan urutan refleksologi tetamu kehormat menunjukkan buku braille jalur gemilang dan rukun negara yang dilancarkan oleh yb senator heng seai kei timbalan menteri kpkk tengah di majlis mengenang tokoh tun tan cheng lock dari kiri cik tan siok choo cucu tun tan cheng lock yb datuk seet har cheow pengerusi jawatankuasa negeri pelancongan kebudayaan dan warisan negeri melaka ybhg dato mohammad mohd daud timbalan ketua setiausaha kebudayaan kpkk dan ybhg dato haji sidek bin haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia puspawangsa berita arkib negara malaysia encik abu saim daud pengerusi dewan muda publications sedang menunjukkan cara menggunakan mesin braille kepada yb senator heng seai kei timbalan menteri kpkk sambil diperhatikan ybhg dato haji sidek bin haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia paling kiri semasa lawatan ke gerai jualan yang diadakan sempena majlis mengenang tokoh tun tan cheng lock pada 23 mei 2010 di memorial pengisytiharan kemerdekaan melaka para pelajar kurang upaya oku penglihatan dari sekolah menengah kebangsaan padang temu dan sekolah kebangsaan ayer keroh melaka sedang membaca ikrar rukun negara selepas acara pelancaran buku braille rukun negara dan jalur gemilang di majlis mengenang tokoh tun tan cheng lock di memorial pengisytiharan kemerdekaan melaka pada 23 mei 2010 12

[close]

Comments

no comments yet