Puspawangsa 1_2010

 

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1

puspawangsa berita arkib negara malaysia issn 2180-3323 bil 1/2010 www.arkib.gov.my resipi budaya kerja cemerlang kuala lumpur 7 april 2010 ­ ketua pengarah arkib negara malaysia dato haji sidek bin haji jamil menyarankan agar semua warga arkib mengubah mentaliti dan cara berfikir dengan menjadikan kerja sebagai sesuatu yang menyeronokkan justeru ceramah pengurusan rekod dalam memastikan warga arkib dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin beliau telah memperkenalkan mantera `teliti pasti jangka sejak mula memegang teraju arkib negara malaysia teliti maksudnya kita perlu membuat sesuatu dengan berhati-hati dan cermat untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kesilapan `pasti pula bermaksud kita memastikan dan membuat susulan terhadap sesuatu tindakan yang kita lakukan dan `jangka pula ialah kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang boleh menghalang rancangan kita daripada berjalan lancar supaya kita ada pelan sokongan untuk membantu kita melaksanakan rancangan tersebut ujar beliau ketika ditanya maksud mantera diperkenalkan bersambung ke ms 3 teliti pasti jangka majlis pelancaran pameran bergerak program mengenang tokoh tun abdul razak sesi dialog ketua pengarah puspawangsa 1 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 2

perutusan terlebih dahulu saya mengucapkan syukur dan melahirkan rasa gembira kerana buat julung-julung kalinya arkib negara malaysia mengeluarkan bahan bacaan berkonsepkan berita dengan menggabungkan elemen ilmu dan maklumat yang disampaikan secara santai dalam sebuah terbitan yang diberi nama puspawangsa tentunya saya amat berbangga dan berharap agar puspawangsa ini akan mampu menjadi wadah penyaluran pelbagai maklumat mengenai program aktiviti dan isu terkini mengenai arkib negara malaysia yang boleh dikongsi oleh seluruh warganya dan menjadi sebahagian daripada bahan bacaan yang berfaedah kepada orang ramai dalam menyahut saranan pembinaan negara bangsa yang diilhamkan oleh yab perdana menteri melalui gagasan 1 malaysia arkib negara melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat tentang pentingnya rekod-rekod bernilai disimpan dipelihara dan seterusnya digunakan oleh orang ramai sebagai bahan rujukan dalam memahami pembinaan negara bangsa dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat arkib negara malaysia akan sentiasa mengambil pendekatan proaktif agar sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan adalah lebih efektif sebagaimana yang digariskan di dalam program transformasi kerajaan gtp selari dengan hasrat tersebut saya sentiasa menyarankan kepada setiap warga arkib negara malaysia untuk terus meningkatkan kredibiliti sebagai penjawat awam melalui kepakaran pengetahuan dan keupayaan yang ada di samping mengekalkan nilai-nilai murni sewaktu menjalankan tugas adalah menjadi harapan saya agar penerbitan puspawangsa ini akan menjadi salah satu perantara perkongsian maklumat sejarah yang ada di dalam simpanan di arkib negara malaysia sama ada mengenai negara mahupun tokoh yang telah memainkan peranan dalam sejarah negara semoga puspawangsa ini juga dapat membantu usaha-usaha menyebarluaskan maklumat secara lebih menyeluruh dan berkesan kepada orang ramai selari dengan visi jabatan ini untuk menjadikan arkib negara sebagai pusat arkib dan penyelidikan negara yang unggul akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan sidang redaksi puspawangsa atas segala kesungguhan dan komitmen yang diberikan untuk menjayakan penerbitan sulungnya dengan perancangan untuk diterbitkan secara berkala setiap 3 bulan tentunya ia adalah cabaran kepada ahli pasukan untuk memastikan puspawangsa dapat dikeluarkan sebagaimana dirancang dato haji sidek bin haji jamil penasihat sidang redaksi pengarang i pn zainab rahmat seksyen penerbitan dan percetakan en nurul azizi shafie seksyen penyelidikan khas negara vii en mohd salleh abdul manaf seksyen teknologi maklumat rekabentuk dan susun atur i ii pn siti kamaliah madil en mohd ridzwan suboh seksyen penerbitan dan percetakan ii ybrs pn hjh daresah hj ismail timbalan ketua pengarah penyelidikan dan pengembangan ketua pengarang pn nor zahriah md razally pengarah bahagian pengurusan penyelidikan dan dokumentasi iii en mohd ariffin santol seksyen rujukan akses iv pn noriah mohd nor seksyen perolehan v pn suzana md isa seksyen pelupusan rekod jurufoto i en hasnan boslam ii en suhaimi ramli iii en mahadir khidir mohamed seksyen pemeliharaan dan reprografi vi cik shahida mohd salleh seksyen pengurusan arkib negarawan pihak sidang redaksi mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan/artikel/komen dari seluruh warga arkib sila emel kepada zainab@arkib.gov.my 2 puspawangsa berita arkib negara malaysia

[close]

p. 3

mengurus rekod awam tanggungjawab siapa rekod yang kita wujud guna dan selenggara setiap hari menjadi teras kepada akauntabiliti dan integriti perkhidmatan awam sebagai asas kepada akauntabiliti dan integriti serta sumber strategik pengurusan rekod perlu diurus dengan sistematik dan cekap mengikut amalan terbaik pengurusan rekod rekod perlu diuruskan dengan baik kerana rekod penting untuk kesinambungan fungsi aktiviti dan maklumat kerajaan rekod adalah asas akauntabiliti ketelusan dan tadbir urus yang baik sebagai penjawat awam adalah perlu untuk anda mengetahui bagaimana dan di mana rekod anda disimpan melaksanakan kaedah yang betul untuk mewujudkan rekod sebagai bukti untuk menyokong tugas rasmi yang anda lakukan menyimpan rekod yang diwujudkan dalam sistem pengurusan rekod jabatan recordkeeping dari muka hadapan system anda juga perlu memahami kaitan rekod yang diwujudkan dengan rekod-rekod lain yang merupakan sebahagian daripada fungsi dan proses utama agensi seterusnya menyimpan rekod kecuali menerima kelulusan atau arahan sama ada untuk dipindahkan atau dimusnahkan dalam melaksanakan pengurusan rekod penjawat awam tidak dibenarkan untuk memusnahkan rekod tanpa kebenaran bertulis daripada ketua pengarah arkib negara membawa keluar rekod dari jabatan/agensi tanpa kebenaran dan menghilangkan rekod yang berada dalam jagaan anda menurut beliau mantera ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk melatih warga arkib negara agar melaksanakan tugas dengan betul pantas dan menghasilkan impak yang signifikan kepada jabatan dalam memenuhi kehendak stakeholder dan pelanggan untuk merealisasikan mantera ini saya menyeru warga arkib supaya mengamalkan budaya berfikir dengan kreatif dan di luar kotak mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan adalah juga menjadi hasrat saya supaya mantera `teliti pasti jangka ini dapat dihayati dan diamalkan oleh semua warga arkib tegas beliau lagi ditanya berkenaan penerimaan respons dari kalangan warga arkib beliau menjelaskan bahawa pada permulaannya beliau merasakan warga arkib mengambil ringan dan tidak memandang serius terhadap mantera tersebut walaubagaimana pun lama kelamaan ianya sudah diterima dan menjadi satu budaya yang diamalkan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan berdasarkan pemerhatian saya hasil kerja yang diberikan oleh warga arkib menjadi semakin baik dan kesilapan yang berlaku juga semakin minima dan berkurangan ujar beliau menurutnya lagi warga arkib juga perlu berusaha untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam mereka perlu banyak berfikir dan melengkapkan diri dengan menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan melalui pembacaan pengamatan pergaulan dan pengalaman selain sensitif dan peka dengan keperluan dan isu semasa yang berlaku di sekeliling sebagai contoh katanya dalam melaksanakan sesuatu tugas atau projek tertentu perlu difikirkan bagaimana untuk memenuhi kehendak audiens dan bagaimana untuk menarik minat masyarakat terhadap aktiviti yang dianjurkan aktiviti yang dilaksanakan mesti meninggalkan kesan dan dekat di hati masyarakat supaya program yang dilaksanakan itu dikenang sebagai satu momen yang indah dan menjadi sebutan masyarakat untuk memastikan kepantasan speed dapat dilaksanakan dengan jayanya kita perlu bekerja secara matrik dan mengadakan strategic alliance supaya sesuatu kerja yang dihasilkan akan menjadi lebih baik dan dapat dihasilkan tepat pada masanya on time sememangnya kepantasan speed bertindak akan menyebabkan keyakinan pelanggan bertambah terhadap perkhidmatan yang kita sediakan tegas beliau ketika menutup sesi temubual sepanjang perbualan dato haji sidek sangat menekankan tentang perlunya konsep `teliti pasti jangka dijadikan pegangan dalam melaksanakan tugas seharian beliau yakin bahawa mantera tersebut mampu menjadi resepi budaya kerja cemerlang jika setiap warga arkib mengamalkannya secara serius puspawangsa 3 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 4

pelaksanaan program mengenang tokoh p rogram mengenang tokoh merupakan program yang diadakan berkaitan tokoh-tokoh penting negara yang terdiri daripada perdana menteri timbalan perdana menteri atau pemimpin-pemimpin masyarakat pelbagai kaum yang telah memberi sumbangan besar kepada negara program ini diadakan mengikut tarikhtarikh tertentu berkaitan dengan tokoh seperti tarikh lahir tarikh perkahwinan ataupun tarikh pemergian tokoh negarawan pogram ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat mengenali tokoh-tokoh negara di samping mendorong dan menggalakkan pelbagai lapisan rakyat menghargai dan menghayati jasa tokohtokoh negarawan yang diraikan selain itu ia bertujuan untuk meningkatkan perasaan kebersamaan dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat ke arah merealisasikan gagasan 1malaysia bagi memastikan pelaksanaan program ini memberi impak kepada golongan sasaran beberapa aktiviti sampingan diadakan sepanjang program berlangsung seperti bicara tokoh pertandingan melukis pameran kuiz majlis bacaan yasin dan tahlil sepanjang januari hingga mac 2010 bahagian arkib negarawan telah mengadakan program mengenang tokoh berkaitan almarhum tunku abdul rahman putra dan allahyarham tun abdul razak program mengenang tokoh berkaitan almarhum tunku abdul rahman putra diadakan pada 7 februari 2010 di rumah merdeka alor setar kedah serentak itu juga yb dato seri utama dr rais yatim menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan kpkk telah melancarkan pameran bergerak koleksi khas ytm tunku pameran ini memaparkan koleksi berharga ytm tunku yang tersimpan dalam peti besi yang pernah digunakan oleh beliau semasa menjadi perdana menteri malaysia melalui bahan-bahan yang dipamerkan seluruh lapisan masyarakat dapat mengenali ytm tunku sebagai penyerahan koleksi gambar ytm tunku abdul rahman putra oleh haji salahuddin abdul ghani kepada arkib negara malaysia yang diterima oleh menteri kpkk dato seri utama dr rais yatim turut kelihatan ialah ytm tunku dato seri ahmad nerang tunku abdul rahman putra ytm dato tunku mukminah ytm tunku mohd jiwa dan ketua pengarah arkib negara dato haji sidek haji jamil seorang pemimpin yang amat menghargai setiap pemberian yang diterima ini terbukti dengan keadaan artifak yang terpelihara dan dijaga dengan sempurna tanpa menggugat keaslian sifatnya program mengenang tokoh allahyarham tun abdul razak pula telah diadakan pada 27 hingga 28 mac 2010 di universiti perguruan sultan idris upsi perak majlis perasmian telah disempurnakan oleh yb menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan dato seri utama dr rais yatim program yang berlangsung selama dua hari ini berkonsepkan 1malaysia yang menitikberatkan elemen perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama antara aktiviti yang dilaksanakan adalah majlis bicara sejarah yang dipengerusikan oleh ybhg prof madya datuk dr zainal abidin borhan dan tokoh pembicara ybhg datuk zakaria bin dato ahmad serta ym tunku tan sri dato shahriman bin tunku sulaiman aktiviti-aktiviti lain yang diadakan sepanjang program mengenang tokoh ini turut melibatkan lain-lain jabatan agensi di bawah kpkk menteri kpkk dato seri utama dr rais yatim dan isteri datin seri utama masnah rais melihat koleksi khas tunku abdul rahman putra bersempena dengan program mengenang tokoh ytm tunku abdul rahman putra turut sama pengarah arkib negara dato haji sidek haji jamil tengah barisan tokoh pembicara pada program mengenang tokoh tun abdul razak dari kanan datuk zakaria dato ahmad prof madya datuk zainal abidin borhan pengerusi dan ym tunku tan sri dato shahriman tunku sulaiman 4 puspawangsa berita arkib negara malaysia

[close]

p. 5

pelaksanaan audit pengurusan rekod di jabatan dan agensi kerajaan d i alam usaha memastikan rekod-rekod di jabatan dan agensi kerajaan diuruskan dengan baik maka sepanjang bulan januari hingga mac 2010 seksyen inspektorat telah mula melaksanakan audit pengurusan rekod ke atas empat jabatan dan agensi kerajaan serta pembekal perkhidmatan pengurusan rekod swasta seperti berikut:6 januari 2010 regalia management sdn bhd subalipack m sdn bhd bahagian khidmat pengurusan dan pusat rekod kementerian kesihatan malaysia bahagian kabinet perlembagaan dan perhubungan antara kerajaan jabatan perdana menteri sumber maklumat dapat diurus dengan sistematik dan teratur setakat ini sambutan yang diterima dari jabatan dan agensi kerajaan serta pembekal perkhidmatan pengurusan rekod swasta sangatlah baik dan menggalakkan semoga usaha yang dilaksanakan oleh pihak arkib negara malaysia melalui seksyen inspektorat akan meningkatkan kecekapan dan memantapkan lagi jentera pentadbiran kerajaan dalam pengurusan rekod ii 23 februari 2010 iii 4 5 mac 2010 iv 29 mac 2010 pelaksanaan pengauditan ini telah diketuai oleh ketua seksyen inspektorat puan hanizah bt jonoh bersama dua orang pegawai arkib dari seksyen tersebut pengauditan ini adalah satu pendekatan dan kaedah baru yang lebih tegas dan strategik bagi memastikan rekod kerajaan yang merupakan dokumen bukti dan kelonggaran peraturan bagi penyelidik dari luar negara mulai 11 november 2009 pihak unit perancang ekonomi epu jabatan perdana menteri telah memberikan kelonggaran sepenuhnya kepada semua penyelidik luar negara supaya mereka boleh terus mendapat akses koleksi arkib tanpa perlu mendapat kebenaran rasmi daripada epu terlebih dahulu yang akan mengambil masa lebih kuran enam 6 bulan untuk mendapat kelulusan mereka masih tertakluk kepada peraturanperaturan penyelidikan di arkib negara walau bagaimanapun pengecualian ini hanya melibatkan penyelidik yang menjalankan penyelidikan di arkib negara sahaja sekiranya mereka berminat untuk menjalankan kajian di jabatan-jabatan/agensi kerajaan lain mereka masih tertakluk kepada kepada kelulusan dan kebenaran pihak epu terlebih dahulu info ict bagaimana spammer mendapatkan e-mel anda · spammer akan membeli secara haram senarai email pengguna mungkin mereka akan membelinya dari suatu laman web yang anda mendaftarkan email padanya maka jangan percaya semua laman web untuk mendaftarkan email anda · pekerja-pekerja di isp internet service provider yang tidak jujur juga kadangkala menjual maklumat yang mereka ambil dari server kerja ini boleh berlaku seperti dalam ebay atau pasaran gelap penggodam hackers juga boleh menceroboh dan mencuri senarai isp pelanggan · spammer akan menggunakan program `penuaian yang menjelajah internet seperti google dan yahoo dan menyalin teks yang mengandungi aksara mereka juga mengekstrak alamat email dari chat room forum ruangan komen pada blog dan posting di usenet · spammer akan menggunakan `kamus brute force program-program seperti hackers · anda akan secara tidak sedar sukarela memberikan email anda kepada servis-servis online yang tidak jujur yang mempelawa anda untuk subscribe/unsubscribe mereka akan menjual email anda untuk mendapatkan komisyen ada link unsubscribe sebenarnya bukan untuk berhenti melanggan unsubscribe tetapi untuk mengesahkan bahawa ada pengguna sebenar terhadap email tersebut puspawangsa 5 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 6

b e r i ta b e ketua pengarah arkib negara malaysia dato hj sidek hj jamil sedang menyampaikan taklimat kepada pegawai perpustakaan negara indonesia sempena lawatan kerja ke arkib negara malaysia 4 hingga 8 januari 2010 lawatan setiausaha bahagian kanan pengurusan kpkk dato dr rothiah omar tiga dari kanan ke tapak bangunan arkib negeri pahang pada 22 januari 2010 turut serta ketua pengarah arkib negara malaysia dato hj sidek hj jamil dua dari kiri ketua pengarah arkib negara dato hj sidek hj jamil sedang menyampaikan taklimat kepada pegawai arkib singapura di arkib negara singapura sempena penerbitan buku tambak johor pada 29 januari 2010 turut kelihatan ketua pengarah arkib negara singapura en pitt kuan wah duduk depan tengah dan timbalan ketua pengarah penyelidikan anm pn hjh daresah hj ismail duduk kiri ketua pengarah arkib negara dato hj sidek hj jamil sedang menandatangani mou jadual pelupusan rekod mahkamah persekutuan malaysia sambil diperhatikan oleh ketua pendaftar datuk hasnah dato mohammed hashim di istana kehakiman putrajaya pada 11 februari 2010 lawatan dari unit penyelarasan dan pelaksanaan icu jabatan perdana menteri ke bangunan pusat pendokumentasian dan pemeliharaan audiovisual negara pada 12 februari 2010 taklimat sempena lawatan ketua setiausaha kpkk datuk kamaruddin siaraf ke bangunan pusat pendokumentasian dan pemeliharaan audiovisual negara pada 18 februari 2010 turut kelihatan ketua pengarah arkib negara malaysia dato hj sidek hj jamil dan timbalan ketua pengarah perancangan anm dr hjh samsiah mohamad lawatan daripada perbadanan hal ehwal bekas angkatan tentera ke memorial tunku abdul rahman putra pada 3 mac 2010 bengkel perlaksanaan program arkib pendidikan di memorial tun abdul razak pada 4 mac 2010 majlis sambutan maulidur rasul di auditorium wisma warisan arkib negara malaysia pada 5 mac 2010 6 puspawangsa berita arkib negara malaysia

[close]

p. 7

rga m bar taklimat sempena lawatan dato ketua pengarah dan pegawai kanan anm ke new straits times press pada 2 februari 2010 pelaksanaan projek urus rekod untuk simpan urus di bilik penyimpanan rekod istana negara pada 9 februari 2010 lawatan peserta program latihan khidmat negara beranang selangor di memorial tun abdul razak pada 10 februari 2010 ceramah khas pengurusan rekod di pejabat setiausaha kerajaan negeri perak pada 19 februari 2010 lawatan pelajar malaysian institute of baking ke pustaka perkhidmatan awam pada 23 februari 2010 pengarah filem en othman hafsham sedang bertanyakan soalan ketika sesi dialog ketua pengarah arkib negara malaysia bersama penggiat seni tanahair di auditorium pusat pendokumentasian dan pemeliharaan audiovisual negara pada 2 mac 2010 timbalan ketua pengarah perancangan dan pengurusan anm dr hjh samsiah muhamad sedang menyampaikan buku archives exclusive heritage kepada john mc donald perunding pengurusan rekod khususnya rekod elektronik dari kanada sempena lawatan beliau ke arkib negara malaysia pada 8 mac 2010 kursus mencegah kebakaran oleh jabatan bomba kepada kakitangan arkib negara malaysia 10-11 mac 2010 pn sukana suadi sedang memberi taklimat kepada pelawat dari universiti riau indonesia di dewan penyelidikan arkib negara malaysia pada 16 mac 2010 puspawangsa 7 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 8

projek pembangunan erms sektor awam erms electronic records management system merupakan sistem pengurusan rekod elektronik sebagaimana rekod diuruskan secara konvensional agensi kerajaan juga perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pemeliharaan rekod elektronik dari peringkat pewujudan sehingga pelupusan adalah menjadi tanggungjawab agensi kerajaan untuk menguruskan rekod-rekod elektronik bagi membantu menyediakan akses yang setara membina kepercayaan masyarakat dan mengoptimumkan perkongsian maklumat supaya lebih kos efektif pengurusan rekod yang sistematik adalah penting dalam mencapai akauntabiliti dan tadbir urus good governance yang berkesan bagi tujuan melaksanakan program pembangunan rekod elektronik satu mesyuarat kick off projek pembangunan erms sektor awam yang dipengerusikan oleh ybhg datuk normah yusuf ketua pengarah unit pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan malaysia mampu telah diadakan pada 6 april 2010 bertempat di bilik mesyuarat utama mampu projek ini dibangunkan hasil daripada keputusan mesyuarat jawatankuasa it dan internet kerajaan jitik yang diadakan pada 30 november 2009 iaitu mampu membangunkan erms dengan kerjasama arkib negara malaysia anm antara skop projek ialah membangunkan erms yang berupaya menguruskan rekod di sepanjang kitaran hayatnya selaras dengan akta arkib negara 2003 projek ini dibangunkan berasaskan sumber terbuka open source tempoh masa bagi pembangunan aplikasi erms ini adalah selama 36 bulan iaitu dijangka siap pada 2012 peringkat pertama yang melibatkan modul create and capture telah bermula pada 15 mac 2010 pembangunan projek pada peringkat pertama ini tertumpu kepada kajian sistem secara menyeluruh projek ini juga secara tidak langsung dapat memberi faedah kepada kerajaan antaranya dapat membangunkan kepakaran di kalangan penjawat awam serta menjimatkan kos kerjasama dan komitmen dari anm dan mampu adalah amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek pembangunan erms ini adalah diharapkan hasil daripada projek ini akan membolehkan pengurusan dan pemeliharaan rekod elektronik dihayati dan diamalkan sepenuhnya di dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang menjadi asas dan pemangkin kepada ketelusan dan kecekapan jentera kerajaan bengkel program arkib pendidikan eksyen pameran dan arkib pendidikan telah mengadakan bengkel pelaksanaan program arkib pendidikan di memorial tun abdul razak mtar kuala lumpur pada 4 mac 2010 bengkel sehari ini telah dirasmikan oleh ybhg dato haji sidek haji jamil ketua pengarah arkib negara malaysia bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan sumbang saran fikiran antara pegawai arkib negara dan pegawai dari kementerian pelajaran agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan memberi kesan menang menang kepada kedua-dua pihak seramai 28 orang peserta yang mewakili jabatan/agensi masing-masing telah mengikuti bengkel ini pelaksanaan bengkel ini merupakan usaha arkib negara untuk memastikan setiap peringkat umur meliputi pelajar sekolah rendah menengah dan institusi perguruan di malaysia mendapat pendedahan mengenai fungsi dan peranan arkib negara dengan lebih jelas melalui setiap program yang akan dilaksanakan melalui bengkel tersebut beberapa program telah dipersetujui untuk dilaksanakan seperti pameran arkib warisan negara pameran sejarah sekolah ceramah arkib pendidikan bengkel asas pengawetan dan penjilidan kelab arkib dan arkivis muda bengkel sejarah lisan pengedaran bahan arkib sebagai sumber s pembelajaran dan pengajaran lawatan berpandu ke arkib memorial pustaka dan projek kem 1malaysia di samping itu peserta bengkel juga telah bersetuju mengenai perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian seperti melibatkan sekolah secara menyeluruh meliputi sekolah rendah dan menengah serta mengambilkira peraturan atau pekeliling yang digunapakai oleh kementerian pelajaran dari semasa ke semasa arkib negara juga akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk untuk mengadakan majlis perasmian program arkib pendidikan yang dicadangkan sehari sebelum hari guru peringkat kebangsaan pada 15 mei 2010 8 puspawangsa berita arkib negara malaysia

[close]

p. 9

bengkel `asean emergency response and recovery team for records rkib negara malaysia akan menganjurkan sebuah bengkel di peringkat asean pada 25 30 april 2010 bengkel yang bertajuk `asean emergency response and recovery team for records ini merupakan inisiatif yang diambil oleh arkib negara malaysia bagi menubuhkan sebuah pasukan tindakan dan penyelamatan bencana yang khusus untuk menyelamatkan rekod di rantau asia tenggara pasukan ini akan bertanggungjawab untuk memberikan bantuan menyelamat ke atas rekod-rekod yang rosak akibat bencana alam yang sering berlaku di rantau ini dua orang pakar dari luar negara akan dijemput untuk menjadi tenaga pengajar kepada peserta bengkel pakar yang dimaksudkan ialah ms kay soderlund dan ms tegan anthes yang banyak terlibat dengan kerja-kerja pengurusan risiko dan bencana di australia mereka akan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta bengkel melalui taklimat kajian kes demonstrasi dan kerja berkumpulan yang akan dilakukan sepanjang bengkel berlangsung dari segi penyertaan seramai 40 orang peserta telah dijemput untuk menghadiri bengkel ini mereka terdiri daripada pengurus rekod dan konservator yang mewakili negara-negara anggota asean dan tiga negara rakan dialog iaitu china korea selatan dan jepun asean 3 daripada jumlah tersebut seramai 18 peserta adalah daripada malaysia yang meliputi pelbagai jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan perkara-perkara berkaitan rekod dan bencana antaranya ialah arkib negara malaysia perpustakaan negara mampu dan jabatan bomba dan penyelamat bengkel yang akan berlangsung selama lima hari di bilik latihan pusat pendokumentasian dan pemeliharaan audiovisual negara arkib negara malaysia ini dijangka dapat memberikan faedah yang besar kepada asean dan juga malaysia bengkel ini bakal menghasilkan standard operasi piawai bagi pasukan tindakan dan pemulihan bencana direktori pasukan tindakan dan pemulihan bencana asean dan template untuk pelan tindakan dan pemulihan bencana yang boleh dijadikan panduan oleh setiap negara anggota asean 3 dalam membangunkan pelan tindakan bencana masing-masing ainfo jejak-jejak pembangunan buku 1957 2007 buku ini mengandungi 12 bahagian utama setiap bahagian memaparkan rancangan pembangunan negara yang dilaksanakan menerusi program jangka panjang lima tahun bermula daripada draf rancangan pembangunan 1950-1955 rancangan malaya pertama 1956-1960 rancangan malaya kedua 1971-1975 rancangan malaysia ketiga hingga rancangan malaysia kesembilan buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap individu yang ingin mengetahui bagaimana pembangunan malaysia dirancang dan dilaksanakan keterangan lanjut untuk memiliki buku ini sila layari www.arkib.gov.my tahun diterbitkan 2007 harga rm 200.00 isbn 978 ­ 967 ­ 61 ­ 2100 2 terbitan arkib negara malaysia puspawangsa 9 berita arkib negara malaysia

[close]

p. 10

senarai kumpulan arkib/rekod yang boleh dirujuk bagi suku pertama 2010 di ibu pejabat dan cawangan negeri arkib negara malaysia abatan arkib negara bertanggungjawab menyediakan kemudahan perkhidmatan penyelidikan kepada orang ramai umumnya dan penyelidik khususnya pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyebarkan maklumat yang terdapat di dalam simpanan arkib negara antaranya dengan menyediakan senarai kumpulan arkib/rekod yang telah mencapai taraf arkib iaitu berusia 25 tahun senarai ini mengandungi maklumat mengenai bahan yang baru dibuka untuk rujukan para penyelidik bermula pada tahun 2010 senarai kumpulan arkib/rekod yang telah mencapai taraf arkib ini akan dikeluarkan mengikut suku tahun iaitu pada setiap awal bulan januari april julai dan oktober bagi suku pertama 2010 sebanyak 142 kumpulan arkib/rekod yang mengandungi 534 buah fail telah mencapai taraf arkib dan sedia untuk dirujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan fail-fail yang telah boleh dirujuk sila layari portal arkib di www.arkib.gov.my atau datang terus ke dewan penyelidikan arkib negara malaysia yang terletak di jalan duta kuala lumpur bagi fail yang terdapat di ibu pejabat dan ke arkib negara cawangan negeri yang berkenaan j penerbitan buku tambak johor s ebuah buku mengenai tambak johor akan diterbitkan secara kerjasama antara arkib negara malaysia dengan arkib negara singapura cadangan penerbitan buku ini telah diutarakan oleh yb dato seri utama dr rais yatim ketika beliau menjadi menteri luar negeri bersama rakan sejawatnya encik george yeo menteri luar singapura pada november 2008 berikutan pertukaran kabinet malaysia pada april 2009 satu perbincangan telah diadakan pada 22 disember 2009 antara arkib negara malaysia dengan arkib negara singapura bagi menyambung semula projek penerbitan buku ini objektif penerbitan buku tambak johor ini adalah bagi merakamkan perkembangan sosial ekonomi dan perdagangan serta kepentingan tambak johor kepada kedua-dua negara selain itu penerbitan buku ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara malaysia dengan singapura yang telah lama terjalin buku tambak johor ini akan diterbitkan dalam bentuk mewah coffee table yang akan mengenengahkan bahanbahan dalam bentuk gambar berkaitan tambak johor skop penulisan buku ini adalah merangkumi tahun-tahun antara 1989 sehingga 2009 bagi fasa pertama buku ini akan diterbitkan dalam bahasa inggeris bagi menjayakan projek terbitan bersama ini menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan malaysia dan menteri penerangan singapura akan membuat kenyataan bersama bagi menyeru dan menarik perhatian masyarakat malaysia mahupun masyarakat singapura agar dapat menyumbangkan bahan-bahan terutama dalam bentuk gambar berkaitan tambak johor yang ada dalam koleksi mereka kepada arkib negara masingmasing dengan adanya sumbangan bahan-bahan tersebut ia sekaligus dapat memperkayakan lagi koleksi berkaitan tambak johor untuk disimpan di arkib negara malaysia dan arkib negara singapura buku tambak johor ini dijangka akan siap dicetak pada akhir jun 2010 dan akan dilancarkan secara bersama oleh yb menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan malaysia dan menteri penerangan singapura mesyuarat berkaitan penerbitan buku tambak johor yang diadakan di arkib negara singapura kelihatan ketua pengarah arkib negara malaysia dato haji sidek haji jamil kanan ketua pengarah arkib negara singapura en pitt kuan wah kiri dan pegawaipegawai arkib negara malaysia dan arkib negara singapura 10 puspawangsa berita arkib negara malaysia

[close]

Comments

no comments yet