Sistem Modular STPM : Sukatan Pelajaran Geografi STPM

 

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1

stpm/s942 majlis peperiksaan malaysia peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm geografi sukatan pelajaran dan kertas soalan contoh sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu 1

[close]

p. 2

falsafah pendidikan kebangsaan pendidikan di malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani emosi dan jasmani usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan berakhlak mulia bertanggungjawab berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara 2

[close]

p. 3

prakata sukatan pelajaran geografi yang baharu ini digubal untuk menggantikan sukatan pelajaran geografi sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia pada tahun 2005 sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012 peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini penggubalan semula sukatan pelajaran geografi ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh majlis peperiksaan malaysia terhadap sistem peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia yang sedia ada melalui sistem peperiksaan yang baharu ini pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal tujuan utama majlis peperiksaan malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti dalam mengemaskinikan sukatan pelajaran geografi yang baharu ini tidak banyak berlaku perubahan dalam aspek isi kandungan kerana isi kandungannya telah digubal mengikut keperluan semasa ketika dikemaskinikan pada tahun 2005 perkara utama yang diberi penumpuan ialah daripada aspek penyusunan semula tajuk-tajuk yang sedia ada kepada tiga bahagian iaitu mengikut sistem penggal dalam sukatan pelajaran geografi yang baharu ini pelajar akan belajar dua topik sahaja bagi setiap kertas dalam setiap penggal persekolahan selain itu sukatan pelajaran geografi ini telah mewajibkan pelajar sekolah menjalankan kajian luar aspek ini penting kerana melalui kajian luar calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kajian luar pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan kerana pelajar yang mengikuti bidang geografi di universiti juga perlu menjalankan kajian luar kajian luar geografi stpm ini sangat bersesuaian dengan program geografi di universiti yang mewajibkan pelajar mengikuti kajian luar sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk waktu pengajaran dan hasil pembelajaran mengikut penggal di samping bentuk peperiksaan pemerihalan prestasi dan soalan contoh usaha untuk mengemas kini sukatan pelajaran geografi ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa sukatan pelajaran geografi stpm yang dipengerusikan oleh y bhg profesor dr katiman bin rostam dari universiti kebangsaan malaysia jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan guru yang mengajar di sekolah serta pegawai dari pusat perkembangan kurikulum kementerian pelajaran malaysia bagi pihak majlis peperiksaan malaysia saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan oleh yang demikian adalah menjadi harapan majlis peperiksaan malaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapai matlamatnya omar bin abu bakar ketua eksekutif majlis peperiksaan malaysia 3

[close]

p. 4

kandungan sukatan pelajaran 942 geografi halaman matlamat objektif kandungan penggal pertama penggal kedua penggal ketiga kajian luar skim pentaksiran pemerihalan prestasi senarai rujukan kertas soalan contoh kertas 1 kertas 2 kertas 3 kertas 4 kertas 5 50 ­ 55 56 ­ 63 64 ­ 68 69 ­ 70 71 ­ 76 3 ­ 16 17 ­ 28 29 ­ 40 41 ­ 42 43 ­ 46 47 48 ­ 49 1 1­2 4

[close]

p. 5

sukatan pelajaran 942 geografi matlamat sukatan pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang konsep prinsip proses dan kemahiran terkini dalam bidang geografi serta kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selain itu sukatan ini juga menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran untuk kerjaya mencernakan kepekaan terhadap keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berterusan di samping menanam semangat patriotisme dan nilai-nilai murni objektif objektif sukatan pelajaran ini terbahagi kepada empat domain a domain kognitif iaitu membolehkan pelajar i meningkatkan pengetahuan tentang konsep prinsip dan proses dalam geografi alam sekitat fizikal dan geografi alam sekitar manusia secara bersepadu dan pada pelbagai skala ii meningkatkan kefahaman tentang saling bergantung antara elemen-elemen dan prosesproses alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia sebagai satu sistem dan bukannya berasaskan pembahagian aspek-aspek secara berasingan iii menerangkan peranan manusia sebagai agen perubahan kepada sistem-sistem dalam alam sekitar selain fenomena semula jadi serta meningkatkan kesedaran yang mendalam tentang kedinamikan hubungan sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar iv membuat sintesis dan penilaian dengan bantuan kaedah-kaedah kemahiran geografi yang tepat di dalam dan di luar bilik darjah v berfikir secara kritis dan kreatif dalam mempersembahkan sesuatu penghujahan secara tersusun padat dan jitu dengan menggunakan laras geografi vi memahami kepentingan hubung kait negara malaysia dengan negara-negara lain di dunia b domain psikomotor iaitu membolehkan pelajar i meningkatkan kemahiran menjalankan kajian luar sehingga dapat menghasilkan laporan kajian luar ii meningkatkan kemahiran mempersembah mentafsir dan menganalisis data geografi dalam bentuk jadual gambar rajah graf carta dan peta dan foto iii mencerap dan mengkaji fenomena geografi yang menjadi isu semasa iv mengorganisasi mengurus masa dan mengendalikan aktiviti v meningkatkan kemahiran menggunakan komputer c domain afektif iaitu membolehkan pelajar i menyedari menghayati dan melibatkan diri secara langsung dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara berterusan ii menghargai dan mencintai negara malaysia serta alam sekitarnya iii meningkatkan kesedaran pembelajaran sepanjang hayat iv meningkatkan kesedaran beretika dan rasa bertanggungjawab 1

[close]

p. 6

d domain sosial iaitu membolehkan pelajar i meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan ii meningkatkan kemahiran bekerja berpasukan iii meningkatkan kemahiran kepimpinan dan berkumpulan iv meningkatkan kemahiran silang budaya 2

[close]

p. 7

penggal pertama waktu pengajaran tajuk hasil pembelajaran catatan bahagian a geografi alam sekitar fizikal 1 sistem bumi 1.1 konsep sistem 12 1 calon seharusnya dapat a mentakrifkan konsep sistem b menerangkan konsep sistem dalam konteks persekitaran fizikal 1.2 sistem suria 1 calon seharusnya dapat a menerangkan sistem suria dalam galaksi bima sakti dan sistem bumi sebagai satu planet yang memperoleh tenaga dari matahari menggunakan gambar rajah dan animasi kedudukan dan pergerakan bumi dalam sistem suria menggunakan gambar rajah dan animasi pelbagai sistem 1.3 kedudukan bumi dalam sistem suria 4 calon seharusnya dapat a menyatakan bumi sebagai satu planet berbentuk sfera b menerangkan putaran bumi di atas paksinya yang condong dan peredarannya mengelilingi matahari c menjelaskan kesan putaran dan peredaran bumi d menjelaskan kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap unsur fizikal dan aktiviti manusia 1.4 tenaga 1.4.1 konsep tenaga 1.4.2 punca dan jenis tenaga 2 calon seharusnya dapat a mentakrifkan konsep tenaga b mengenal pasti punca dan jenis tenaga c membezakan tenaga eksogenik dengan tenaga endogenik 3

[close]

p. 8

tajuk waktu pengajaran 4 hasil pembelajaran catatan 1.5 peranan tenaga suria terhadap proses fizikal dan hidupan di bumi calon seharusnya dapat a menghuraikan peranan bahangan suria terhadap tumbuhtumbuhan manusia dan haiwan b menjelaskan kesan bahangan suria terhadap proses fizikal kitaran hidrologi geomorfologi dan atmosfera menggunakan gambar rajah kitaran yang menunjukkan aliran tenaga 2 sistem geomorfologi 2.1 pengenalan kepada proses geomorfologi 48 2 calon seharusnya dapat a menerangkan proses geomorfologi luluhawa hakisan pergerakan jisim pengangkutan dan pemendapan 2 calon seharusnya dapat a menghuraikan struktur dan kandungan lapisan bumi b mengenal pasti taburan daratan dan lautan menggunakan gambar rajah bagi menerangkan proses geomorfologi menggunakan maklumat daripada gambar rajah peta dan gambar foto 2.2 konfigurasi bentuk bumi 2.2.1 batuan 2 c menyatakan jenis batuan igneus enapan dan metamorfosis d menghuraikan proses pembentukan jenis batuan e menjelaskan perkaitan antara jenis batuan dengan konfigurasi bentuk bumi f mengenal pasti kepentingan batuan sebagai sumber alam 2.2.2 proses endogenetik 4 g menyatakan konsep dan proses endogenik h menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi lipatan dan kesannya i menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi gelinciran dan kesannya 4

[close]

p. 9

tajuk waktu pengajaran j hasil pembelajaran catatan menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi gunung berapi dan kesannya 2.2.3 hanyutan benua 4 k menyatakan teori hanyutan benua teori awal teori peluasan dasar lautan dan teori tektonik plat l menghuraikan teori tektonik plat m menghuraikan taburan dan bukti kejadian hanyutan benua 2.3 pembentukan landskap di kawasan tropika lembap 2.3.1 luluhawa 4 calon seharusnya dapat a menghuraikan jenis serta proses luluhawa fizikal mekanikal kimia dan biologi b menghuraikan faktor yang mempengaruhi luluhawa iklim tumbuh-tumbuhan jenis batuan mikroorganisma aktiviti manusia dan masa c menjelaskan kesan luluhawa terhadap pembentukan landskap dan aktiviti manusia pengenalan kepada skala dunia dan penekanan kepada proses geomorfologi yang dominan di kawasan tropika lembap 2.3.2 pergerakan jisim 4 d menyatakan jenis pergerakan jisim aliran cepat dan aliran perlahan e menghuraikan proses pergerakan jisim f menjelaskan faktor yang mempengaruhi pergerakan jisim kecerunan jenis batuan hujan litupan tumbuhan gerakan tektonik dan tindakan manusia 2.3.3 lembangan saliran 10 g menjelaskan kesan pergerakan jisim terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia h menyatakan konsep lembangan saliran 5

[close]

p. 10

tajuk waktu pengajaran hasil pembelajaran catatan i menghuraikan proses hakisan permukaan hakisan percikan kepingan galir dan galur j menghuraikan jenis hakisan sungai melebar mendalam dan mengundur k menghuraikan cara hakisan sungai hidraul lelasan/geselan lagaan dan larutan l menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan sungai isi padu dan halaju air kecerunan bentuk alur jenis batuan dan bahan muatan m mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi hakisan sungai air terjun jeram lubuk gaung dan lurah n menghuraikan cara pengangkutan sungai golekan loncatan ampaian larutan dan apungan o menghuraikan faktor yang mempengaruhi pengangkutan sungai tenaga cerun kekasaran alur halangan bentuk alur saiz dan jenis bahan p menghuraikan faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai isi padu air halaju air kecerunan bentuk alur jenis batuan bahan muatan dan halangan q mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi pemendapan sungai dataran banjir delta tasik ladam dan tetambak r menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia 6

[close]

p. 11

tajuk waktu pengajaran 8 hasil pembelajaran catatan 2.3.4 pinggir pantai s menyatakan konsep pinggir pantai dan pantai seimbang t menghuraikan cara hakisan pantai hidraul lelasan geseran larutan dan lagaan u menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan pantai ombak pantai arus bahan mendak batuan dan cerun pantai v mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan muka bumi pinggir pantai tebing tinggi batu bonjol tanjung dan teluk w menghuraikan cara pengangkutan bahan pantai hanyutan pesisir pantai golekan dan seretan x menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan di pinggir pantai tenaga arus ombak pasang surut cerun halangan orientasi pantai saiz bahan dan jenis bahan y menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pemendapan tenaga arus dan ombak kecerunan angin pasang surut tumbuhan orientasi pantai jenis dan saiz bahan mendak dan tindakan manusia z menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan pantai terhadap aktiviti manusia 2.4 kaitan sistem geomorfologi dengan manusia 2 calon seharusnya dapat a menjelaskan kaitan sistem geomorfologi dengan aktiviti manusia pertanian petempatan pelancongan perlombongan pengangkutan dan perindustrian kepentingan sistem geomorfologi kepada kehidupan manusia tanah tinggi tanah pamah pantai sungai dan gunung berapi mempengaruhi aktiviti manusia 7

[close]

p. 12

tajuk waktu pengajaran 6 hasil pembelajaran catatan 2.5 kemahiran amali sistem geomorfologi calon seharusnya dapat a mentafsir peta topografi peta lakar dan gambar foto b mengira keluasan lampauan tegak kecerunan dan relief bandingan c melukis profil rentas dan profil panjang sungai dan keratan rentas bentuk muka bumi d menginterpolasi memplot dan mentafsir garisan kontur e mentafsir ciri muka bumi dan saliran f menjelaskan kaitan sistem geomorfologi dengan guna tanah bahagian b geografi alam sekitar manusia 1 penduduk 1.1 konsep penduduk 1.1.1 penduduk sebagai sumber 30 2 calon seharusnya dapat a menyatakan konsep penduduk sebagai sumber manusia yang diukur secara i kuantiti bilangan/saiz ii umur dan jantina iii kualiti 1.1.2 penduduk sebagai agen perubahan b menjelaskan peranan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti sosioekonomi i perubahan sosioekonomi ii perubahan landskap fizikal dan empat sistem fizikal geomorfologi atmosfera hidrologi dan ekologi iii perubahan landskap budaya petempatan guna tanah pengangkutan dan lain-lain hasil gubahan manusia 8 kualiti penduduk menentukan tahap pembangunan sesebuah negara wilayah dunia merujuk kepada asia afrika eropah amerika utara amerika selatan dan oceania kualiti penduduk merujuk kepada taraf pendidikan kemahiran kesihatan dan sikap.

[close]

p. 13

tajuk waktu pengajaran 6 hasil pembelajaran catatan 1.2 taburan penduduk 1.2.1 taburan penduduk dunia mengikut wilayah 1.2.2 kemahiran amali calon seharusnya dapat a mengenal pasti pola taburan dan kepadatan penduduk mengikut wilayah dunia dan negara malaysia penekanan kepada ketakseimbangan taburan penduduk negara malaysia b menerangkan faktor yang mempengaruhi ketakseimbangan taburan penduduk wilayah dunia dan negara malaysia c mengira kepadatan penduduk mengikut wilayah dunia asia tenggara dan negeri-negeri di malaysia d melukis melabel dan mempersembahkan data taburan penduduk dalam bentuk jadual gambar rajah dan peta tematik e mentafsir peta dan menganalisis data taburan penduduk dari segi sebab dan kesan perbezaan taburan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan penekanan kepada data taburan penduduk malaysia gambar rajah meliputi graf carta dan rajah peta tematik ialah peta koroplet/lorek dan peta titik 1.3 pertumbuhan penduduk 1.3.1 pertumbuhan penduduk dunia 10 calon seharusnya dapat a membandingkan trend pertumbuhan penduduk mengikut wilayah dunia dan negara malaysia i pertambahan/perubahan ii kadar pertumbuhan tahunan perbandingan merujuk kepada persamaan dan perbezaan 9

[close]

p. 14

tajuk waktu pengajaran b hasil pembelajaran catatan menghitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk wilayah dunia dan negara malaysia dengan formula berikut r 1/n log e pn po 10 membezakan konsep pertambahan perubahan dan pertumbuhan penduduk r n pn kadar pertumbuhan bilangan tahun penduduk tahun semasa penduduk tahun asas c menganggarkan dan meramalkan jumlah penduduk di sesebuah kawasan po 1.3.2 faktor pertumbuhan penduduk d menghuraikan bagaimana proses pertumbuhan penduduk berlaku iaitu i pertumbuhan semula jadi kelahiran ­ kematian ii pertumbuhan penduduk kelahiran ­ kematian migrasi bersih e menilaikan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk iaitu i kadar kelahiran ii kadar kematian iii migrasi faktor yang mempengaruhi sosial ekonomi dan dasar kerajaan menilai faktor merujuk kepada kepentingan sesuatu faktor berbanding faktor yang lain skala dunia wilayah dan negara gambar rajah meliputi graf carta dan rajah 1.3.3 kemahiran amali f mengira melukis dan mempersembahkan data perubahan dan pertumbuhan penduduk dalam bentuk jadual dan gambar rajah i kadar kelahiran ii kadar kematian iii kadar migrasi bersih iv kadar pertumbuhan penduduk 10

[close]

p. 15

tajuk waktu pengajaran hasil pembelajaran catatan g mentafsir jadual dan gambar rajah berkenaan mentafsir bermaksud menerangkan ciri pola dan trend yang ditunjukkan oleh data dalam jadual atau gambar rajah contoh negara maju seperti jepun amerika syarikat dan sweden contoh negara sedang membangun seperti malaysia brazil dan india 1.3.4 kesan pertumbuhan penduduk h mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi i membandingkan kesan pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi antara negara maju dengan negara sedang membangun menjelaskan proses penuaan penduduk dan kesannya terhadap ciri demografi serta status sosioekonomi sesebuah negara j ciri demografi ialah kadar kelahiran kadar kematian umur jantina jangka hayat dan nisbah tanggungan bentuk piramid penduduk progresif perantaraan dan regresif menerangkan konsep dan peringkat-peringkat peralihan dalam model peralihan demografi 1.3.5 kemahiran amali k mentafsir ciri demografi dan sosioekonomi bagi ketiga-tiga bentuk piramid penduduk l melukis pelbagai bentuk rajah piramid penduduk 1.3.6 penduduk dan pembangunan m menerangkan model peralihan demografi 11

[close]

Comments

no comments yet