p. 3
kerusi bersawang himpunan contoh kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas bahagian perkhidmatan jabatan perkhidmatan awam 2011
[close]
p. 4
himpunan contoh kes kes tatatertib tidak hadir bertugas himpunan contoh kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas cetakan pertama mei 2011 © hak cipta bahagian perkhidmatan jabatan perkhidmatan awam malaysia 2011 hakcipta terpelihara mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang disimpan dalam sistem dapat kembali atau disiarkan dalam apa-apa jua cara sama ada secara elektronik fotokopi mekanik rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pengarah bahagian perkhidmatan jabatan perkhidmatan awam malaysia sebarang keterangan lanjut sila hubungi sektor pembangunan dasar tatatertib dan keutuhan bahagian perkhidmatan jabatan perkhidmatan awam aras 6 blok c2 kompleks c pusat pentadbiran kerajaan persekutuan 62510 putrajaya tel 03-8885 3000 faks 03-8881 1370 www.jpa.gov.my perhatian contoh-contoh kes di dalam buku ini adalah kes sebenar yang telah diubah suai serta tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak jika ada kes-kes yang berkaitan ia adalah secara kebetulan sahaja.
[close]
p. 5
sekapur sirih ketua setiausaha negara bismillahir rahmannir rahim assalamulaikum warrahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera alhamdulillah syukur saya panjatkan ke hadrat allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya buku kerusi bersawang himpunan contoh kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas dapat diterbitkan penguatkuasaan peraturan dan disiplin merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan sumber manusia matlamat utama pengurusan tatatertib bukanlah untuk menghukum punitive semata-mata tetapi sebagai panduan dan pencegahan deterrence kepada pegawai awam agar dapat melaksanakan tugas dengan cekap amanah dan bertanggungjawab setiap pegawai awam termasuk ketua jabatan hendaklah sedar dan faham bahawa pengurusan modal insan yang efektif akan tercapai dengan pengembelengan tenaga kerja dalam sesebuah organisasi namun demikian pasti wujud ketirisan sumber apabila pegawai tidak hadir bertugas dan peranan ketua jabatan sangat penting dalam menangani isu serta permasalahan ini saya percaya buku ini dapat dijadikan panduan dalam usaha mengambil tindakan yang pantas dan berkesan oleh ketua jabatan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada jabatan perkhidmatan awam yang berjaya menerbitkan buku ini tan sri mohd sidek hassan
[close]
p. 7
seulas pinang ketua pengarah perkhidmatan awam assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera terlebih dahulu ingin saya panjatkan kesyukuran ke hadrat allah s.w.t kerana dengan limpah kasih sayang-nya maka buku kerusi bersawang himpunan contoh kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas dapat diterbitkan kerusi bersawang himpunan contoh kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas diterbitkan kesinambungan daripada penerbitan buku setitik nila himpunan contoh kes-kes tatatertib pada tahun 2009 harapan menjadikannya satu panduan umum bagi membantu agensi dalam menguruskan kes tatatertib khususnya masalah ketidakhadiran pegawai awam ke tempat kerja sama ada tidak hadir bertugas tanpa kebenaran tanpa cuti atau sebab yang munasabah kandungannya merangkumi keskes ketidakhadiran pegawai yang dapat dikesan atau tidak dapat dikesan ketidakhadiran pegawai dari tempoh selama satu hari hingga ratusan hari dan tidak hadir berselang seli atau berterusan ia juga meliputi tidak hadir kerana mengemukakan sijil cuti sakit palsu atau meminda sijil cuti sakit asal akhir kalam saya berharap buku kerusi bersawang himpunan contoh kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi memantapkan usaha pengawalan tatakelakuan pegawai awam seterusnya integriti penjawat awam dapat diperkukuhkan dato sri abu bakar bin haji abdullah
[close]
p. 9
pendahuluan k esalahan ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib yang kerap berlaku di kalangan segelintir pegawai awam dan ia menyumbang lebih 50 peratus daripada keseluruhan kes-kes tatatertib pegawai awam setiap tahun yang dilaporkan bagi tahun 2002 hingga 2010 tafsiran tidak hadir bertugas pegawai awam ialah pegawai yang tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa pada masa dan di tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bertugas pegawai awam yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan 24 peraturanperaturan pegawai awam kelakuan dan tatatertib 1993 [p.u a395/1993 dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga buang kerja berdasarkan tafsiran di atas jenis ketidakhadiran bertugas yang boleh dikenakan tindakan tatatertib dapat dikelaskan kepada empat 4 kategori seperti berikut tidak hadir bertugas 7 hari berturut-turut dan tidak dapat dikesan ·pegawai tidak hadir 7 hari bekerja berturut-turut dan usaha-usaha sewajarnya untuk mencari serta mengesan pegawai telah dilakukan tidak hadir bertugas dan dapat dikesan ·pegawai tidak hadir sekurang-kurang 1 hari bekerja atau lebih secara berturut-turut atau berselang-seli tidak hadir bertugas pegawai memalsukan atau meminda sijil cuti sakit ·pegawai didapati memalsukan atau meminda sijil cuti sakit swasta atau kerajaan termasuklah pegawai yang memperoleh sijil cuti sakit secara tidak sah tidak hadir bertugas pada masa dan tempat yang ditetapkan ponteng kerja ·pegawai tidak hadir atau tidak berada pada masa tempoh tarikh dan tempat yang ditetapkan atau di arahkan dari semasa ke semasa.
[close]
p. 10
viii pendahuluan buku ini mengandungi lapan bahagian yang meliputi contoh-contoh pertuduhan dan hukuman yang dikenakan ke atas pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah tidak mengetik kad perakam waktu meminda atau memalsu sijil cuti sakit serta kes pegawai tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan pihak berkuasa tatatertib boleh mengenakan mana-mana satu atau apa-apa kombinasi dua atau lebih hukuman tatatertib di atas satu pertuduhan dengan berdasarkan kepada merit kes tersebut merit merupakan konsep perundangan yang merujuk kepada keadaan asal sifat sesuatu kes sama ada benar atau sebaliknya tanpa sebarang unsur berat sebelah baik dari segi teknikal mahupun emosional keterangan yang wujud hanya dipertimbangkan berdasarkan fakta atau merit tanpa mengambil kira aspek prosedur antara asas penetapan hukuman yang boleh diambil kira oleh pihak berkuasa tatatertib dalam mempertimbangkan sesuatu kes tatatertib adalah seperti berikut a setakat mana kesalahan pegawai tersebut memburuk atau mencemarkan nama perkhidmatan awam dan jabatan b akibat kesalahan ke atas moral kakitangan lain c rekod perkhidmatan pegawai meliputi tempoh berkhidmat taraf jawatan mata gaji dan emolumen d kekerapan kesalahan yang dilakukan e kedudukan terkini dan bebanan tugas serta taraf pelajaran yang diperolehi f keadaan persekitaran yang boleh meringan atau memberatkan hukuman g keadaan fizikal dan mental umur penyakit dan kesan ubat h latihan atau kursus yang berkaitan dengan kes yang pernah diikuti oleh pegawai i pendapatan bersih termasuk tanggungan dan lain-lain potongan-potongan pinjaman,
[close]
p. 11
p endahuluan ix j hukuman yang dijatuhkan di bawah peraturan 38 peraturanperaturan pegawai awam kelakuan dan tatatertib 1993 boleh dilaksanakan dan k pertimbangan lain yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa tatatertib buku ini diterbitkan sebagai satu panduan bagi memastikan ketua jabatan atau penyelia mengambil tindakan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya supaya masalah ketidakhadiran bertugas tidak berulang ia juga sebagai panduan kepada pihak berkuasa tatatertib dalam mengenakan hukuman tatatertib yang setimpal bagi ketidakhadiran pegawai buku ini turut dimuatkan bersama contoh-contoh kertas pertimbangan pengerusi lembaga tatatertib borang penentuan oleh pengerusi lembaga tatatertib keputusan pengerusi lembaga tatatertib menentukan wujud suatu kesalahan tatatertib kertas untuk pertimbangan pengerusi lembaga tatatertib bagi menentukan wujud atau tidak wujud kes prima facie surat pertuduhan kertas untuk pertimbangan lembaga tatatertib dan surat keputusan lembaga tatatertib sebagai panduan kepada ketua jabatan penyelia dan urus setia yang mengurus kes tatatertib penerbitan buku ini diharap dapat membantu semua pihak yang bertanggungjawab dalam pengawasan tatatertib khususnya bagi kes ketidakhadiran bertugas agar dapat menguruskannya dengan lebih kemas pantas berkesan dan adil serta mematuhi prinsip dan prosedur yang digariskan oleh undang-undang secara khususnya pihak berkuasa tatatertib boleh menjadikan buku ini sebagai panduan dalam mempertimbang kes-kes kesalahan kerana ketidakhadiran bertugas dan seterusnya mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang didapati bersalah perkara ini begitu penting kepada kerajaan bagi mengelakkan kemungkinan kes-kes tatatertib yang telah dilaksanakan itu dicabar dan dipertikaikan kesahihannya di mahkamah yang akhirnya boleh mendatangkan kerugian kepada pihak kerajaan selain daripada itu contoh-contoh kes yang dimuatkan dalam buku ini juga diharapkan dapat memberi pengajaran kepada semua pegawai awam supaya bekerja dengan penuh tanggungjawab serta sentiasa memelihara integriti sidang editor
[close]
p. 13
kandungan sekapur sirih seulas pinang pendahuluan kandungan senarai lampiran bahagian i contoh kes tidak hadir bertugas yang dijatuhkan hukuman buang kerja contoh kes tidak hadir bertugas yang dikenakan hukuman turun pangkat contoh kes tidak hadir bertugas yang dijatuhkan hukuman turun gaji iii v vii xi xii 1 bahagian ii 53 bahagian iii 59 bahagian iv contoh kes tidak hadir bertugas yang dijatuhkan hukuman tangguh pergerakan gaji contoh kes tidak hadir bertugas yang dijatuhkan hukuman lucut hak emolumen contoh kes tidak hadir bertugas yang dijatuhkan hukuman denda 75 bahagian v 81 bahagian vi 85 bahagian vii contoh kes tidak hadir bertugas yang dijatuhkan hukuman amaran 95 bahagian viii contoh kes tidak hadir bertugas yang berlaku perletakan jawatan sebagai penjawat awam sebelum hukuman tatatertib dijatuhkan contoh kes tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan 101 bahagian ix 104 lampiran jawatankuasa kerja buku kerusi bersawang penghargaan 111 148 149
[close]
p. 14
senarai lampiran bil lampiran lampiran a tajuk lampiran senarai semak tindakan pengurusan bagi kes tidak hadir bertugas dan dapat dikesan senarai semak tindakan pengurusan bagi kes tidak hadir bertugas 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan senarai semak pengurusan bagi kes tidak hadir bertugas meminda sijil cuti sakit atau mengemukakan sijil cuti sakit palsu senarai semak pengurusan bagi kes tidak hadir bertugas pada masa dan tempat yang ditetapkan ponteng kerja carta alir pengurusan kes tidak hadir bertugas dan dapat dikesan carta alir pengurusan kes tidak hadir bertugas meminda sijil cuti sakit mengemukakan sijil cuti sakit palsu carta alir pengurusan kes tidak hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan ponteng kerja carta alir tatacara kes tatatertib biasa carta alir tatacara kes tidak hadir bertugas 7 hari bekerja berturutturut dan tidak dapat dikesan contoh laporan kes tidak hadir bertugas dan dapat dikesan contoh laporan kes tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan contoh surat arahan lapor diri serta merta contoh surat arahan lapor diri serta merta 111 lampiran b 112 lampiran c 113 lampiran d 114 lampiran e lampiran f 115 116 lampiran g 117 lampiran h lampiran i 118 119 lampiran j lampiran k lampiran l lampiran m 120 121 122 123 lampiran n kertas untuk pertimbangan pengerusi lembaga tatatertib 124
[close]
p. 15
lampiran o borang penentuan oleh pengerusi lembaga tatatertib di bawah peraturan 35 peraturan-peraturan pegawai awam kelakuan dan tatatertib 1993 keputusan pengerusi lembaga tatatertib menentukan wujud satu kesalahan tatatertib kertas untuk pertimbangan pengerusi lembaga tatatertib 128 lampiran p 129 lampiran q 130 lampiran r keputusan pengerusi lembaga tatatertib menentukan wujud kes prima facie surat pertuduhan tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat surat pertuduhan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat kertas untuk pertimbangan lembaga tatatertib 133 lampiran s 134 lampiran t 138 lampiran u 140 lampiran v surat keputusan lembaga tatatertib 144 lampiran w surat keputusan lembaga tatatertib 146
[close]