UCAPAN BAJET NEGERI MELAKA 2019

 

Embed or link this publication

Description

UCAPAN BAJET NEGERI MELAKA 2019

Popular Pages


p. 1

Teks Ucapan Bajet Negeri Melaka 2019 YAB Tuan Adly bin Zahari Ketua Menteri Melaka Ketika Membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 “Mengembalikan Kewibawaan Melaka Ke Arah Mensejahterakan Rakyat” 9 November 2018 (Jumaat) / 1 Rabiulawal 1440 H Masa: 1530 petang Dewan Undangan Negeri Melaka, Ayer Keroh ---------------------------------------------------------------

[close]

p. 2

(2) KERANGKA UCAPAN BAJET 2019 BIL BUTIRAN M/S 1. Pengenalan 3 2. Prospek Ekonomi Negara 6 3. Prospek Ekonomi dan Pelaburan Negeri 8 4. Laporan Ketua Audit Negara 17 Kedudukan Kewangan 17 Kedudukan Hutang Awam (Pinjaman) Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Persekutuan Yang Tinggi Defisit Akaun Kumpulan Wang Pembangunan Kerajaan Negeri Yang Tinggi 17 19 Jumlah Tunggakan Pendahuluan Yang Tinggi Kepada Kerajaan Persekutuan Bagi 20 Menampung Perbelanjaan Mengurus 5. Bajet Negeri Melaka 2019 Anggaran Hasil Tahun 2019 Pengenaan Caj Sewaan Ke Atas Kotak Utiliti Caj Levi Ke Atas Permohonan Tambahan Kuota Penjualan Unit Kediaman Dan Perniagaan Untuk Warga Negara Asing 22 23 24 24 Semakan Kadar Malacca Land Rules 1966 (MLR) Semakan Cukai Tanah Anggaran Perbelanjaan Tahun 2019 Anggaran Belanja Mengurus Tahun 2019 25 25 26 27 Anggaran Belanja Pembangunan Tahun 2019 6. The Way Foward 7. Strategi Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Sosio Negeri 8. Pertama:Meningkatkan Kemudahan Infrastruktur Sumber Air Rancangan Tebatan Banjir Menambah baik Sistem Lalu Lintas di Jaringan Jalan-Jalan Utama Menaik taraf Dan Membina Fasiliti Baru Kesihatan 9. Kedua:Merangsang Sektor Pelancongan 10. Ketiga:Menambah baik Skim Perumahan Untuk Rakyat 11. Keempat:Merancakkan Sektor Pembuatan 12. Kelima:Menggalakkan Pelaburan Melalui Kaedah Penswastaan 13. Keenam:Memperkasa Sektor Pertanian Pertanian Penternakan Perikanan 14. Ketujuh:Memperkasa Sistem Pendidikan Negeri 15. Kelapan:Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat 16. Kesembilan:Menggiatkan Penggunaan Sistem Pensijilan Halal Secara Atas Talian 32 39 39 40 40 41 41 43 44 46 48 50 51 51 52 53 55 57 60 17. Kesepuluh: Memperkemas Pemberian Insentif Atlet Sukan Negeri 18. Kesebelas: Meningkatkan Tahap Keselamatan Pengurangan Jenayah Konsep Bandar Selamat 19. Penutup 60 62 62 63 63

[close]

p. 3

(3) Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh Salam Sejahtera, Salam Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih. Yang Berhormat Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat; 1. Saya dengan penuh takzim, berdiri di dalam dewan yang mulia ini, untuk memohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Enakmen Perbekalan (2019) 2018 untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2019” dibaca bagi kali kedua. Yang Berhormat Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat; Mukadimah 2. Alhamdulillah, pertamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana pada petang Jumaat Sayyidul Ayyam ini, buat pertama kali dalam sejarah Kerajaan Pakatan Harapan, selaku Ketua Menteri Melaka ke-11, saya dapat membentangkan Bajet Negeri Melaka bagi tahun 2019

[close]

p. 4

(4) bersempena Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka. 3. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri di atas kepercayaan serta keyakinan melantik saya sebagai Ketua Menteri Melaka pada 11 Mei 2018 dan Barisan Exco Kerajaan Negeri pada 16 Mei lalu. 4. Saya sedar bahawa segala kurniaan Allah SWT itu wajib dipikul dengan penuh tabah dan dilaksana dengan penuh ikhlas, yang tidak lain, melainkan mengharapkan sokongan dan bantuan serta rahmat daripada Allah SWT. Begitulah firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat 160: “Jika Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang Mu‟min bertawakkal.” (Surah Ali-Imran, Ayat 160).

[close]

p. 5

(5) 5. Saya, bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat dengan penuh rasa takzim dan kesyukuran, mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-80 kepada Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri. 6. Semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina binti Kassim serta keluarga dilimpahi rahmat Allah SWT dengan nikmat kesihatan dan kebahagiaan serta kesejahteraan untuk terus memayungi Negeri dan rakyat Melaka tercinta. 7. Kepada seluruh rakyat Melaka, terima kasih diucapkan di atas keyakinan serta kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan Exco dan Wakil Rakyat yang lain, untuk menggalas tanggungjawab, bagi mentadbir serta mengurus Negeri ini. 8. Saya mengharapkan kerjasama yang berterusan daripada rakyat untuk memastikan keamanan dan keselamatan Negeri dapat terus dipulihara supaya kita dapat hidup selamat dan harmoni serta tidak tertekan dengan situasi semasa. Kebaya Nyonya berkerawang halus, Dipakai manis puteri rupawan, Kerajaan Pakatan berkepimpinan telus, Rakyat dan negeri dalam peliharaan.

[close]

p. 6

(6) Yang Berhormat Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat; Prospek Ekonomi Negara 9. Kita telah pun mendengar pembentangan Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Tuan Lim Guan Eng pada 2 November 2018 lalu. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengambil kesempatan di dewan yang mulia ini, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau kerana dapat merangka Bajet 2019 yang cukup komprehensif, demi kesejahteraan rakyat meskipun Negara berdepan pelbagai cabaran di peringkat domestik mahupun antarabangsa. 10. Bajet 2019 memberi gambaran jelas kepada rakyat mengenai situasi sebenar kedudukan fiskal Negara untuk membolehkan Kerajaan mengambil inisiatif yang proaktif bagi menangani hutang dan liabiliti yang mencecah 1,065 bilion ringgit, tunggakan bayaran balik cukai kepada individu, syarikat dan rakyat Malaysia berjumlah 35.4 bilion ringgit serta melaksanakan konsolidasi fiskal, bagi menambah baik kesejahteraan sosioekonomi rakyat. 11. Dari tempoh Januari hingga Jun 2018, eksport Negara terus berkembang dengan kadar 6.9 peratus dan menyumbang lebihan 18.9 bilion ringgit atau 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kerajaan mengunjurkan KDNK

[close]

p. 7

(7) akan terus berkembang pada kadar 4.9 peratus dalam tahun 2019. Inflasi kekal di paras 1.2 peratus bagi tempoh Januari sehingga September 2018 hasil daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar. 12. Mata wang Ringgit terus didokong oleh lebihan akaun semasa dan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia sekali gus mendorong kepada prestasi Ringgit yang terbaik di kalangan pasaran baharu. Sehingga 31 Oktober 2018, Ringgit telah meningkat sebanyak 12.3 peratus berbanding Rupee India, 8.1 peratus berbanding Rupiah Indonesia, 3 peratus berbanding Peso Filipina, 3.2 peratus berbanding Renminbi China dan 0.6 peratus berbanding Dolar Singapura. 13. Sektor perkhidmatan dijangka kekal sebagai penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi didorong oleh permintaan berterusan. Sektor pertanian dan perlombongan dijangka kembali berkembang pada 2019 berikutan peningkatan pengeluaran minyak sawit mentah dan gas asli cecair. Sementara itu, sektor pembinaan dijangka menyederhana. 14. Perbelanjaan sektor swasta, khususnya perbelanjaan isi rumah, akan kekal sebagai pemacu pertumbuhan, berikutan peningkatan berterusan guna tenaga, dan penetapan gaji minima sejumlah 1,100 ringgit. Sementara itu, pelaburan swasta akan disokong oleh pelaksanaan projek baharu, dan projek sedia ada, dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Perbelanjaan awam

[close]

p. 8

(8) pula dijangka meningkat secara marginal pada 2018 dan menguncup pada 2019 berikutan perbelanjaan modal yang lebih rendah oleh syarikat awam. 15. Sehingga 15 Oktober 2018, rizab antarabangsa Negara berjumlah 102.8 bilion dolar Amerika atau 426 bilion ringgit. Kerajaan menjangka pendapatan perkapita 2018 meningkat 5 peratus kepada 42,777 ringgit berbanding, 2017 iaitu 40,713 ringgit. 16. Belanjawan 2019 bertekad melaksanakan langkah untuk menangani defisit, mempromosi Negara keusahawanan dan mensejahterakan rakyat. Strategi yang dilakar dalam Belanjawan bakal meletakkan Negara, di landasan yang kukuh, demi mencapai objektif kebebasan, keadilan, keharmonian, keamanan dan kemakmuran yang lebih baik dalam Malaysia Baharu. Yang Berhormat Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat; Prospek Ekonomi dan Pelaburan Negeri 17. Sudah pasti, seluruh rakyat di Negeri Melaka ternanti-nanti pengisian Bajet 2019. Ia merupakan bajet sulung yang bakal mencorak perancangan pembangunan Kerajaan Negeri, dalam usaha mereformasikan Melaka ke arah Negeri berwibawa, selepas

[close]

p. 9

(9) 61 tahun berada di bawah rejim pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. 18. Kerajaan Negeri yakin, bajet yang bijak ialah mengambil kira anggaran terimaan bagi menentukan anggaran perbelanjaan. Jika tidak, kemungkinan, kita akan berbelanja lebih daripada apa yang kita mampu. Banyak Negara di dunia yang berbelanja lebih daripada sumber hasil, sehingga kehilangan kebebasan mengurus hal ehwal Negara sendiri, akibat cengkaman daripada pihak pemberi hutang. 19. Di bawah pentadbiran Kerajaan baharu, kita berhati-hati dalam pengurusan kewangan dan mempastikan berbelanja setakat yang mampu dengan mengamalkan penjimatan dalam semua perkara. 20. Jika kita imbas semula rekod pertumbuhan ekonomi Melaka tahun 2017, ia mencatat peningkatan yang memberangsangkan dengan kadar pertumbuhan 8.1 peratus, kedua tertinggi, selepas Sabah. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Melaka ialah 35.9 bilion ringgit dengan pendapatan per kapita 46,015 ringgit berbanding 41,379 ringgit tahun 2016. Pendapatan per kapita ini juga adalah jauh lebih baik berbanding di peringkat Negara iaitu 42,228 ringgit. 21. Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada pemesatan ekonomi Negeri iaitu 44.8 peratus atau 16.0

[close]

p. 10

(10) bilion ringgit diikuti sektor pembuatan, 40.1 peratus atau 14.3 bilion ringgit, sektor pertanian 10.5 peratus atau 3.7 bilion ringgit, sektor pembinaan 1.4 bilion ringgit atau 3.9 peratus dan sektor perlombongan dan kuari 0.2 peratus atau 0.5 bilion ringgit. 22. Kadar pengangguran masih terendah iaitu 1.0 peratus, kadar inflasi, 4.1 peratus manakala kadar kemiskinan 0.0 peratus dan tiada lagi miskin tegar. 23. Dari segi pelaburan, Melaka berada di kedudukan kelima tertinggi dengan jumlah pelaburan 4.7 bilion ringgit daripada 197.1 bilion ringgit jumlah pelaburan yang diluluskan di peringkat Negara bagi tahun 2017. Sehingga Oktober 2018, nilai pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ialah 519.36 juta ringgit merangkumi tujuh jenis pelaburan iaitu pelaburan dalam sektor perubatan, makanan, elektronik, petroleum, pengangkutan, pembuatan logam dan mineral bukan metalik. 24. Kerajaan Negeri mensasarkan 5.0 bilion ringgit nilai pelaburan asing dan domestik setahun dan yakin ia mampu dicapai hasil minat mendalam yang ditunjukkan oleh pelaburpelabur khususnya dari Jerman, Korea dan United Kingdom untuk melabur di Kawasan Perindustrian seperti Lipat Kajang, Melaka Halal Hub, Pegoh, Bukit Rambai dan Jasin. Bagaimanapun secara realitinya, angka itu mungkin berubah dan dapat mencapai nilai

[close]

p. 11

(11) yang lebih tinggi dengan mempertingkatkan usaha mempromosi pelaburan. 25. Kerajaan Negeri juga mensasarkan pelaburan daripada Negara seperti China, Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat dengan mengembangkan sektor pelaburan merangkumi lain-lain sektor termasuk perkhidmatan dan pembinaan serta perladangan. Nilai pelaburan yang diumumkan, meliputi sektor perkilangan, pemakanan, perubatan dan elektonik. 26. Pertumbuhan dan asas ekonomi Negeri ini, secara umumnya diterima antara yang terbaik di Negara ini. Namun, apa yang lebih bermakna ialah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Melaka dari aspek pendapatan, iaitu siapa yang menerima manfaat daripada pertumbuhan ekonomi ini. Kebanyakan manfaat pertumbuhan ini dinikmati oleh pemilik modal dan hanya sebahagian kecil iaitu sekitar satu per tiga daripada KDNK dinikmati oleh pekerja. 27. Di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, kita tidak lagi melihat pembangunan mengikut ukuran pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sematamata. Seperti yang disebut oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) 2018-2020.

[close]

p. 12

(12) “Kita melihat pembangunan dari aspek peningkatan kuasa beli rakyat dan pembangunan perlu dinikmati oleh semua rakyat atau „shared prosperity‟. Ini bermakna, tidak wujud jurang pendapatan yang terlalu lebar antara miskin dan kaya, antara kaum dan suku kaum. Tidak harus ada golongan yang merasakan mereka terpinggir dari arus pembangunan dan pembangunan juga tidak boleh meninggalkan negeri atau wilayah tertentu di belakang.” (Tun Dr Mahathir Mohamad) 28. Rakyat menuntut perubahan dan ia menjadi kenyataan pada 09 Mei 2018 dengan menolak rejim kleptokrat yang telah menyebabkan Kerajaan menanggung hutang lebih dari 1 trilion ringgit. Sebaik sahaja Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Negeri ini, semua laporan tentang pertumbuhan dan asas ekonomi Melaka telah diperinci dan didapati ia tidak diterjemah dengan baik kepada kedudukan kewangan Negeri, di mana Kerajaan Negeri menanggung komitmen kewangan berjumlah 1.84 bilion ringgit. Jumlah ini merangkumi 3 pecahan seperti yang dinyatakan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 yang telah diaudit sehingga 31 Disember 2017 seperti berikut:- i. Baki Hutang Awam atau kata lain pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah 843.29 juta ringgit;

[close]

p. 13

(13) ii. Sehingga 31 Disember 2017, jumlah defisit keseluruhan adalah bernilai 606.82 juta ringgit dengan jumlah defisit bagi Akaun Hasil Disatukan sebanyak 77.52 juta ringgit dan jumlah defisit bagi Kumpulan Wang Pembangunan ialah 529.30 juta ringgit; dan iii. Baki Pendahuluan Bayaran Khas Kewangan Negeri yang belum dijelaskan kepada Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Disember 2017 berjumlah 393.87 juta ringgit. 29. Antara punca utama berlakunya pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan yang tinggi dan defisit Akaun Kumpulan Wang Pembangunan ialah kerana kekurangan sumber hasil Negeri dan perbelanjaan operasi yang semakin meningkat. Faktor deficit driven ini telah memberi tekanan kepada Kerajaan Negeri untuk menggunakan peruntukan daripada Kumpulan Wang Amanah bagi menampung segala urusan perbelanjaan mengurus dan pembangunan. 30. Bagi mengatasi defisit dan hutang, Kerajaan Negeri sedang melaksana langkah jangka pendek perbelanjaan secara berhemah antaranya ialah: - i. Mengurangkan perbelanjaan makan minum semasa mesyuarat. Jumlah perbelanjaan makan minum mesyuarat daripada Januari hingga Oktober 2017 ialah 5.52 juta ringgit. Pengenalan langkah ini telah mengurangkan

[close]

p. 14

(14) perbelanjaan kepada 3.17 juta ringgit bagi tempoh yang sama tahun 2018 iaitu penjimatan sebanyak 2.35 juta ringgit; ii. Mengurangkan dan merasionalisasi penganjuran programprogram rasmi Kerajaan Negeri. Jumlah perbelanjaan penganjuran program rasmi Kerajaan Negeri bagi tempoh Januari hingga Oktober 2017 adalah 7.06 juta ringgit. Pengenalan langkah ini telah mengurangkan perbelanjaan kepada 3.31 juta ringgit bagi tempoh yang sama untuk tahun 2018 iaitu penjimatan sebanyak 3.75 juta ringgit; iii. Merasionalisasi perbelanjaan misi-misi perdagangan, pelaburan dan promosi pelancongan ke luar negara antaranya mengurangkan bilangan ahli delegasi dan kaedah perolehan yang lebih terbuka. Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang dilaksanakan ini tidak akan mengurangkan bilangan misi tersebut. Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2017 adalah 2.25 juta ringgit. Pengenalan langkah ini telah mengurangkan perbelanjaan kepada 0.99 juta ringgit bagi tempoh yang sama untuk tahun 2018 iaitu penjimatan sebanyak 1.26 juta ringgit; dan iv. Lain-lain perbelanjaan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2017 adalah 1.77 juta ringgit. Pengenalan langkah ini telah mengurangkan perbelanjaan kepada 0.88 juta ringgit

[close]

p. 15

(15) bagi tempoh yang sama untuk tahun 2018 iaitu penjimatan sebanyak 0.89 juta ringgit. 31. Kerajaan Negeri juga akan mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan pelaksanaan perbelanjaan berhemah dalam Bajet 2019. Antara lain: - i. Jabatan-jabatan perlu berbelanja berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan dan yang benar-benar perlu sahaja; ii. Agensi-agensi Kerajaan Negeri perlu berusaha untuk self-finance; iii. Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri perlu mengoptimumkan penggunaan bangunan Kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan sewaan dan pengubahsuaian pejabat; iv. Jabatan dan agensi melaksana inisiatif teknologi hijau khususnya bagi mengurangkan perbelanjaan utiliti seperti air dan elektrik. Sebagai contoh, penuaian air hujan serta penggunaan solar panel; dan v. Menggunakan pendekatan yang lebih terkini dan menjimatkan dalam promosi misi-misi perdagangan, pelaburan dan promosi pelancongan seperti di laman sesawang dan media sosial.

[close]

Comments

no comments yet