eMinda FTI

 

Embed or link this publication

Description

Bil. 9 (2018)

Popular Pages


p. 1

MINDA FAKULTI TAMADUN ISLAM ISSN: Vol. 9(1)2018 FTI JALIN KERJASAMA DENGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) Minda Editor KRITERIA IKLIM KOMUNIKASI POSITIF Artikel Pilihan:  MENCARI KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN  IBADAT MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH  MANUSIA DAN PEPERANGAN 1

[close]

p. 2

MINDA DEKAN Ahlan Wasahlan Tahun 2018. Di kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018. Kita telah pun menyiapkan Perancangan Strategik 2018 yang sejajar dengan keperluan Pelan Global Universiti Fasa 3. Diharapkan dengan kedatangan tahun baru ini menyemarakkan lagi semangat meneruskan perjuangan sebagai warga fakulti dan Universiti amnya. Usaha perlu dilipatkan gandakan dalam mendepani pelbagai KAI dengan pelbagai cabaran. Salah satu kekangan ialah aspek kewangan. Namun demikian, itu bukanlah penghalang untuk meneruskan perjuangan sebagai Institusi Pengajian Tinggi. Marilah sama-sama kita menghayati, menyelami dan membina realiti core DNA UTM iaitu Integrity, Synergy, Excellence and Sustainability. Walau sekecil manapun sumbangan kita, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, Insya-Allah pastinya akan memberi impak yang baik dalam mendepani usaha UTM ke arah yang lebih lebih baik di peringkat negara dan global. PROF. MADYA DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMAN 3 Minda Editor 18 Aktiviti Fakulti KANDUNGAN 6 Hunak Wa Huna 21 7 Artikel Pilihan Profail Staf PENASIHAT PROF. MADYA DR. ARIEFF SALLEH B. ROSMAN KETUA EDITOR DR. MOHD NASIR RIPIN PEN. KETUA EDITOR DR. AHMAD MARZUKI MOHAMAD EDITOR PM.AHMAD KILANI MOHAMED DR. NURAZMALLAIL MARNI DR. ABDUL BASIT SAMAT@DARAWI DR. AMINUDIN HEHSAN DR. KAMARUL AZMI JASMI 2 PEMBANTU EDITOR HAZLEN BT MOHAMAD NOORINA BINTI MD. ZEIN ROHAINI YUSLIZA MOHD YUSOFF SARYBANON ABDUL GHANI PENERBITAN SUMI BT ISMAN MASNIZAH BINTI OSMAN ZAINUDDIN MUSOH MOHD HASRIQ BIN YAHYA KHASLY BIN ARIFFIN

[close]

p. 3

MINDA EDITOR KRITERIA IKLIM KOMUNIKASI POSITIF DR. MOHD NASIR BIN RIPIN nasiripin@utm.my Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia Firman Allah bermaksud: “Dan hamba Allah Yang Maha Pemurah (yang diredai-Nya), ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan sopan santun, dan apabila orang yang jahil menyapa, mereka menjawab dengan perkataan yang sejahtera dari perkara yang tidak diingini” (al-Furqan, 25: 63). Berdasarkan mafhum firman Allah ini, keredaan Allah SWT berkait rapat dengan tingkah laku dan komunikasi manusia. Sikap dan perbuatan manusia men- cerminkan kualiti seseorang sebagai hamba Allah SWT seterusnya membentuk iklim komunikasi dalam kehidupan. Iklim komunikasi mempunyai pengaruh yang tidak kecil bagi mencapai tahap keberkesanan, kepuasan komunikasi dan perhubungan antara satu dengan lain pada satu aspek, serta alat mencapai keredaan Allah SWT pada aspek yang lain. Seorang hamba yang mengharapkan keredaan Allah SWT perlu menzahirkan suasana atau iklim komunikasi positif dalam setiap pergaulan. Antara angkubah atau kriteria yang boleh diamalkan untuk menggambarkan iklim komunikasi positif seperti sikap keterbukaan, sokongan, kepercayaan, dan penyertaan dalam membuat keputusan. Keterbukaan Sikap terbuka dalam konteks komunikasi selalu dikaitkan dengan dua pihak, iaitu penyampai atau penerima sedia membuka saluran komunikasi untuk menerima mesej tanpa memperdulikan kandungan mesej tersebut. Sementara mesej atau maklumat yang disampaikan juga perlu terbuka, terang dan jelas, bukannya berselindung atau tertutup dan tidak telus. Keterbukaan juga boleh dimaksudkan sebagai sikap menilai mesej secara objektif, keinginan mencari maklumat sebagai sumber komunikasi serta bersedia mengubah kepercayaan dan tingkah laku. Dalam konteks organisasi, komunikasi terbuka merujuk kepada kesediaan pihak bawahan mendengar arahan serta pihak atasan pula mendengar kritikan, terbuka dalam menerima cadangan dan mendengar masalah serta semua anggota diberi ruang untuk melontarkan idea atau pandangan. Islam melihat sikap terbuka kepada kebenaran adalah suatu yang cukup penting. Seseorang yang bersikap jumud, bertaklid buta, dan mengurung diri dengan maklumat palsu yang diterimanya selalu menjadi penentang kepada idea baru meskipun benar. Hakikat ini berlaku kepada masyarakat Jahiliyah sewaktu Nabi Muhammad SAW menyampaikan kebenaran kepada mereka. Sikap tertutup mereka dirakamkan oleh al-Quran dengan maksud: “Sesungguhnya orang kafir, sama sahaja bagi mereka, engkau beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, serta penglihatan mereka tertutup. Bagi mereka siksa yang pedih.” (Qur‟an, 2: 6-7). Al-Quran menganjurkan manusia agar mengamalkan sikap terbuka dan saling berinteraksi antara satu dengan lain. Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berinteraksi untuk saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Qur‟an, 49: 13). 3

[close]

p. 4

Ayat ini menggambarkan sikap Islam secara umum tentang kepentingan komunikasi secara terbuka untuk saling kenal mengenal antara satu dengan lain. Sikap terbuka ini memastikan tamadun Islam mengiktiraf budaya dan nilai positif dalam sesebuah masyarakat untuk terus dihayati, asalkan tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Sikap terbuka Islam terhadap budaya setem- pat telah membantu menjamin kelangsungan dan perkembangan tamadun melalui pemupukan dan pengiktirafan tamadun tersebut sebagai sebaha- gian daripada kekayaan tamadun Islam. Misalnya, apabila Islam masuk ke Parsi dan China, tamadun Islam mengiktiraf maklumat keilmuan perubatan Parsi dan maklumat teknologi pem- buatan tembikar China sebagai sebahagian daripada penemuan tamadun manusia. Penyertaan Iklim komunikasi positif boleh terbina menerusi penyertaan seseorang dalam membuat sesuatu keputusan. Ciri penyertaan ini begitu penting supaya setiap individu merasa diiktiraf dan penting. Lebih daripada itu, apabila keputusan diambil secara bersama, semua pihak perlu menghormati dan tidak saling menyalahkan antara satu dengan lain. Membuat keputusan selalunya adalah tugas pemimpin organisasi atau komuniti, tetapi individu lain juga perlu dilibatkan bersama untuk membuat sesuatu keputusan yang tepat. Penglibatan ini boleh datang dalam bentuk seperti lontaran idea atau cadangan membina kepada pihak pengurusan, selain terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan, pengundian dan sebagainya. Iklim komunikasi positif boleh terbina menerusi penyertaan seseorang dalam membuat sesuatu keputusan Islam melihat penglibatan individu dalam membuat sesuatu keputusan sebagai satu angkubah penting untuk membentuk suasana komunikasi yang selesa dan harmoni dalam semua aspek, terutamanya yang melibatkan kepentingan bersama. Hakikat ini boleh diperhatikan kewujudannya menerusi anjuran al-Quran dan sunah Rasulullah SAW yang banyak berunding dengan para sahabat menerusi amalan syura. Misalnya baginda menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit di Madinah semasa peperangan Ahzab. Dalam hal ini, firman Allah berfirman: “Dan bagi orang yang mematuhi seruan Tuhannya dan mendirikan solat, dan adalah urusan mereka diputuskan dengan cara syura dalam kalangan mereka.” (Al-Hujerat, 42: 38). Dalam konteks memelihara iklim komunikasi antara komuniti, Islam mengarahkan seseorang indidvidu agar tidak meninggikan bumbung rumahnya sebelum terlebih dahulu meminta kebenaran daripada jiran tetangganya. Sebagaimana perlunya semua pihak terlibat dalam membuat keputusan, Islam amat melarang keras umatnya terdedah kepada hal yang boleh mengeruhkan suasana komunikasi dalam semua tahap dan status. Misalnya, sikap mengumpat dan menfitnah dianggap sebagai perbuatan jijik seumpama memakan bangkai yang busuk (Al-Hujerat, 49: 12). Kepercayaan dan sokongan Kepercayaan bermaksud seseorang tidak berasa ragu untuk membuka saluran berkomunikasi dengan orang lain secara terbuka dan yakin dengan peranan individu tersebut. Pengalaman, personaliti, dan status sosial mungkin boleh mempengaruhi tahap keyakinan dan kepercayaan seseorang terhadap orang lain. Konsep kepercayaan ini cukup luas peranannya kepada kehidupan manusia seharian. Dalam hubungan keluarga, sikap saling percaya mempercayai akan mengukuhkan hubungan suami isteri. Dalam konteks sesebuah organisasi perniagaan, seorang pemilik perlu percayakan kepada pengurus akaun dan anggota yang lain untuk terus beroperasi bagi mendapatkan keuntungan. Begitu juga seorang ketua perlu percaya kepada peribadi dan kebolehan pekerjanya untuk melakukan tugas dengan baik. Manakala orang bawahan pula perlu akur dan yakin dengan kewibawaan dan kepimpinan ketuanya. Senario contoh yang dipaparkan di atas sekadar meggambarkan kepercayaan merupakan satu angkubah penting yang menyumbang kepada iklim komunikasi positif manusia. Islam meletakkan asas kepercayaan iman atau akidah sebagai sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti dengan hal yang lain. Ini adalah kerana iman atau keyakinan yang tuntas akan melahirkan tingkah laku yang positif. Lantaran itulah al-Quran dalam banyak tempat mengistilahkan golongan yang yakin dan percaya akan mengimplementasikannya melalui tingkah laku menerusi lafaz „orang yang beriman dan beramal soleh‟ (misalnya Quran, 2: 62). Sementara Rasullah SAW pula dengan nada yang serupa memaksudkan: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah ia berbicara baik atau ia diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jiran kerabatnya dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”(HR Bukhari). 4

[close]

p. 5

Peranan iklim atau suasana komunikasi begitu besar dan terserlah dalam membentuk sikap dan jati diri hamba Allah dan khalifah-Nya. Iklim komunikasi positif berkait rapat dengan kualiti dan prestasi kerja, penglibatan dalam komuniti, keceriaan hidup berkeluarga dan seumpamanya. Suasana positif iklim komunikasi dengan kewujudan kepercayaan ini tergambar menerusi peristiwa Rasululah SAW mengutuskan Muaz bin Jabal sebagai gabenor ke Yaman. Antara lain, baginda bertanya: “Wahai Muaz, dengan apa nanti kamu akan menjalankan hukuman? Jawab Muaz: Dengan Kitab Allah”. Bertanya Rasul: Jika kamu dapati tiada di dalamnya, dengan apa pula kamu akan menjatuhi hukuman. Jawab Muaz: Dengan sunnah Rasul- Nya. Tanya baginda lagi: “Jika tidak kamu dapati daripadanya, dengan apa lagi kamu akan jalankan hukuman?” Jawab Muaz: “Aku akan menggunakan ijtihadku.” Ketika itu baginda SAW menepuk bahu Muaz tanda persetujuan dan kepercayaan baginda terhadapnya. Hadis di atas membuktikan bahawa kepercayaan akan mendorong perhubungan positif antara manusia, terutamanya ketika melaksanakan tugas. Jika sekiranya wujud ketidak percayaan antara pengirim dan penerima maklumat, ketepatan maklumat menjadi kurang. Keberkesanan komunikasi dan prestasi akan segera menurun. Kesannya boleh membawa kepada keteganga, kebimbangan ditipu, hilang kepercayaan, konflik dan pembohongan. Islam menyifatkan suasana komunikasi negatif ini sebagai manusia hipokrit yang tidak berkualiti.Dalam kes ini, baginda bersabda yang bermaksud: “Empat sifat yang seseorang itu ada padanya, maka ia adalah munafik yang nyata, iaitu apabila bercakap ia dusta, apabila diberi amanah ia khianati, apabila berjanji ia mungkiri, dan apabila berbalah ia melampauibatas.” (HR Muslim) Dimensi kepercayaan tidak boleh berkekalan membentuk iklim komunikasi positif tanpa sokongan. Sokongan yang memanifestasikan iklim komunikasi positif perlu melibatkan semua peringkat. Misalnya, pekerja membantu dan menyokong rakan sekerja, suami menyokong isteri, ketua menyokong orang bawahan dan rakyat akan menyokong pemimpin. Mesej komunikasi pula dikatakan menyokong dan boleh memberi kesan positif dengan mempengaruhi kepercayaan, emosi dan tingkah laku penerima. Umpama-nya, ekoran dari maklumat pekerja awam akan mendapat bonus dua bulan hujung tahun ini, lalu pekerja menjadi ceria. Sebagai rumusannya, selain kriteria di atas, banyak lagi kriteria sebagai iklim komunikasi positif seperti pemupukan matlamat secara bersama yang boleh dicapai menerusi pelbagai pendekatan. Peranan iklim atau suasana komunikasi begitu besar dan terserlah dalam membentuk sikap dan jati diri hamba Allah dan khalifah- Nya. Iklim komunikasi positif berkait rapat dengan kualiti dan prestasi kerja, penglibatan dalam komuniti, keceriaan hidup berkeluarga dan seumpamanya. Rasa rendah diri, terpinggir, tekanan perasaan, konflik, penipuan, pembohongan dan pelbagai sifat negatif menjadi semakin tirus apabila tingginya kepuasan individu terhadap komunikasi. Manakala herotan maklumat dan penyelewengan mesej mungkin berlaku ekoran daripada suasana hati yang kotor dan boleh melahirkan pula suasana komunikasi negatif dan tidak membantu. 5

[close]

p. 6

Hunak Wa Huna PENSYARAH TAMAT MENJALANI PROGRAM POSDOKTORAL Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Fauzi bin Abu@Hussin kembali bertugas di FTI pada 1 Januari 2018. Beliau tamat menjalani Program Posdoktoral mulai Januari hingga Disember 2017 di Prince Alwaleed bin Talal Centre of Islamic Studies, University of Cambridge. TAHNIAH MENDAPAT MENANTU Tahniah diucapkan kepada warga FTI yang menerima menantu. Semoga pasangan bahagia berkekalan hingga ke Jannah, Amin.. Muhammad Nur Amin b. Hussin & Nur Haslinda bt. Mohd. Noh KELAHIRAN CAHAYA MATA Tahniah diucapkan kepada En Zainuddin bin Musoh yang telah menerima cahaya mata lelaki pada 2 Mac 2018. Semoga anaknya (Ali Asyraf bin Mohd Zainuddin) menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.. KECEMERLANGAN ANAK-ANAK DALAM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN Tahniah diucapkan kepada anak-anak staf yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan. 1. Azam Nadzmi bin Nurazmallail (SPM: 11A . Sek. Men. Agama (Maahad) Muar, Johor) 2. Aida Kaisah bt. Baharudin (SPM: 9A. Sek. Men. Sains Johor) 6

[close]

p. 7

ARTIKEL PILIHAN MENCARI KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN PENGENALAN Prof. Dr. Farahwahida Mohd Yusof (farahwamy@utm.my) Dr. Siti Norlina Muhamad (norlina@utm.my) Dr. Zilal Saari (zilal@utm.my) Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknomogi Malaysia Manusia sering berbicara tentang kehidupan, sama ada kehidupan di dunia mahupun selepasnya. Sekadar menumpang sementara di atas muka bumi ini, mencari bekalan untuk dibawa ke dunia yang abadi adakalanya manusia pasrah dan tewas dalam menerima ketentuan Allah SWT. Sukar untuk dimengertikan apakah sebenarnya yang dicari di dunia yang fana ini jika tanpa petunjuk daripada Pencipta?. Kesibukan dalam memenuhi tuntutan dan keperluan hidup seharian sering ‘melemaskan’, menyebabkan manusia hilang punca, merasa tidak cukup masa dan ruang, seolah-olah ingin menuntut masa serta hari yang lebih untuk menyelesaikan tugas yang masih terbengkalai. Sejak Adam AS hinggalah ke Muhammad SAW, manusia dikurniakan hari dan masa yang sama. Justeru, apa yang menyebabkan manusia hari ini merasa tidak cukup baginya waktu yang ada? Terasa masa dan hari begitu pantas berlalu. Seolah-olah baru semalam dikurniakan usia remaja tetapi hari ini sudah dimamah usia. Esok lusa mungkin sampai ke penghujungnya. Dahulunya muda kelihatan tampan dan gagah, hari ini tua sudah bertongkat berpapah. Itulah putaran masa kehidupan. Tiada siapa yang dapat menongkah pusingan dan mengawalnya. Lantaran Allah SWT bersumpah dengan masa mengingatkan hamba Nya yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan soleh dan nasihat menasihati supaya (menjalankan) kebenaran dan nasihat menasihati supaya sabar menghadapi kesulitan. (Surah al- Asr, 103: ayat 1-3) Demikian Allah SWT mengingatkan manusia peri pentingnya masa untuk dimanfaatkan. Tatkala Newton dan Albert Einstein berbicara tentang teori relatif masa, Islam lama membicarakan tentang keberkatan masa dan usia. Antara ayat tersebut sebagaimana maksud firman Allah SWT: Dan aku (Isa) diberkatiNya di mana sahaja aku berada dan Dia memerintahkan aku (mendirikan) solat dan (membayar) zakat selama aku masih hidup. (Surah Maryam, 19: ayat 31) Bahkan terdapat sekurang-kurang 14 ayat dalam al-Quran yang menyentuh tentang keberkatan yang meliputi tempat, individu (Nabi), penduduk dan pengikut, malam mahalQuran. DEFINISI BERKAT Perkataan barakah dari segi bahasa bermaksud [al-ziyadah] yang bererti tambahan, nilai tambah; [al-sa`adah] kebahagiaan; [al-du`a] doa; [al-manfa`ah] kemanfaatan; [al-baqa’] kekal; [altaqdis] sesuatu yang suci. Manakala dari segi istilah bermaksud Allah menetapkan kebaikanNya di dalam sesuatu yang telah ditentukan olehNya [al-Ragib al-Asfahani: 1997]. Oleh yang demikian, ketentuan kebaikan itu hanya milik Allah pada setiap tempat tersebut secara mutlak. Sebagaimana contoh, pada mulanya seseorang itu tidak memiliki apa-apa, lalu Allah SWT kurniakan kepadanya keberkatan, justeru beliau menjadi mulia. Begitu juga dengan harta; terdapat keberkatan padanya maka harta itu bermanfaat, mencukupi bahkan berkualiti dan baik nilainya. DI MANA LETAKNYA KEBERKATAN? Sesungguhnya keberkatan yang datang dari Allah SWT ini seringkali tidak terduga dari mana arah datangnya, tidak dirasakan secara material dan tidak pula dapat dibatasi serta diukur. Penambahan yang tidak terukur oleh pancaindera inilah yang dinamakan barakah . Oleh itu, mencari keberkatan dalam setiap amalan kehidupan merupakan suatu tuntutan agama. Dengan sebab demikian, setiap amalan hendaklah dimulakan dengan niat yang hanya kerana Allah SWT. Allah SWT adalah al-Mubarik dan keberkatan Nya ada di mana-mana sesuai dengan kehendaki Nya. 7

[close]

p. 8

Segala kenikmatan serta kurniaan yang merupakan kebaikan adalah bersumber daripada Allah SWT. Ia diberikan kepada makhluk Nya dengan nikmat yang tidak terhitung jumlahnya. Dengan kelangsungan serta bertambahnya kebaikan dan kenikmatan kepada manusia itu merupakan keberkatan. Selain itu, keberkatan merupakan kurniaan Allah SWT yang diturunkan bukan sahaja kepada manusia bahkan kepada alam mahupun benda berdasarkan kehendakNya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Kami turunkan dari langit (awan yang mendung) air (hujan) yang penuh keberkatan. Maka Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun dan biji-biji, yang disabit. (Surah Kahf, 50: 9) Sesungguhnya, keberkatan itu merupa- kan pancaran kasih sayang Allah kepada hambaNya. Dalam setiap keberkatan akan diikuti oleh kemanfaatan untuk dikongsi oleh semua makhluk. Maha Pemurahnya Allah SWT yang mengurniakan segala kenikmatan buat semua makhluk ciptaanNya. Antara keberkatan kurniaan Allah SWT kepada hambaNya ialah: Keberkatan al-Quran al-Karim Al-Quran adalah kalām Allah SWT yang diturunkan melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab dengan keterangan dan makna yang tepat. Al-Quran sebagai kitab suci; merupakan sebuah teks yang terdiri daripada 114 surah. Al-Quran dimulai dengan Surah al-Fātihah dan diakhiri dengan Surah al-Nās. Penurunan al-Quran merupakan proses kumulatif selama 23 tahun; diturunkan di Makkah dan Madinah serta kawasan sekitarnya. Al-Quran merupakan objek yang paling disanjungi oleh umat Islam dan terpelihara keasliannya sepanjang masa. Al-Quran adalah sumber ajaran paling utama dalam Islam kerana di dalamnya terkandung dasar akidah dan syariat yang lengkap untuk seluruh makhluk. Ulama telah bersepakat bahawa al-Quran adalah dalil utama ke atas seluruh aspek dan perundangan. Malahan sebahagian ulama berpendapat bahawa al-Quran ada- lah sumber asal pengambilan hukum yang tidak ada dalil lain selainnya. Dalil lain berperanan sebagai penerang dan pentafsir kepada al-Quran. Keberkatan pada al-Quran dinyatakan oleh Allah SWT sebagaimana maksud firman Nya: Dan (al-Furqan) ini adalah (kitab yang mengandungi) peringatan dan berkat yang Kami turunkan. Mengapakah kamu memungkirinya? (Surah al-Anbia’; 21: ayat 50) Sesungguhnya al-Quran disebut sebagai faktor yang mendatangkan keberkatan kerana Allah SWT memberikan beberapa sebutan atau nama pada al-Quran antara lain dengan sifat Mubarak yang disebut sebanyak empat kali, iaitu pada Surah al-An`am, 6:92, 155, al-Anbia’ 21: 50, serta Surah Sad, 38: 29. Al-Quran sebagai sumber kebaikan dan faktor datangnya keberkatan yang tetap dan terus menerus bertambah. Segala kenikmatan serta kurniaan yang merupakan kebaikan adalah bersumber dari Allah SWT. Ia diberikan kepada makhlukNya dengan nikmat yang tidak terhitung jumlahnya Dalam hal ini, al-Razi menjelaskan bahawa maksud kitabun Mubarak adalah kitab yang banyak kebaikannya dan mempunyai keberkatan yang abadi kerana sering memberi berita gembira berhubung pahala yang berlipat ganda dan keampunan yang luas, serta memberi ancaman bagi yang melakukan dosa dan maksiat. Selain daripada itu, ada banyak ayat yang merupakan dalil kepada keberkatan al-Quran antaranya al-Quran sebagai kitab suci yang benar dan menyeru kepada kebenaran (Surah al-Isra’, 17 (105) al-Quran adalah pemisah antara hak dan batil (Surah alBaqarah,2 (185), al-Quran merupakan cahaya dan petunjuk (Surah ali-`Imran, 3(138), al-Quran menjadi penerang bagi segala kegelapan dan kesesatan (Surah al-Nisa, 4(174), 8 al-Quran merupakan rahmat terbesar dari Allah SWT (Surah al-An`am, 6: 157), al-Quran merupakan sumber kesembuhan untuk segala penyakit bagi orang yang beriman (Surah al-Baqarah, 2: 261). Selain itu, Nabi S.A.W banyak menyebut tentang kelebihan serta keberkatan al-Quran dalam hadis Baginda. Antaranya maksud sabda Rasulullah SAW: Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafaat kepada orang yang membacanya. Bacalah al- Zaharawain, iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali-Imran kerana pada hari kiamat kedua-duanya akan datang bagaikan awan atau bayang-bayang, atau kedua-duanya seakan dua kum- pulan burung yang berhujjah memper- tahankan tuannya. Dan bacalah olehmu akan surah alBaqarah kerana sesungguhnya mengambilnya adalah keberkatan, meninggalkannya adalah kerugian, dan sihir tidak akan mampu menghadapinya." (HR. Muslim, no: 1337) Hadis tersebut menerangkan tentang keutamaan membaca al-Quran, yang mana kelebihan bagi" yang membaca al-Quran adalah pada hari akhirat kelak al-Quran akan datang memberi syafa'at kepada pembacanya terutamanya yang membaca surah al-Baqarah dan surah al-Imran. Demikian juga hadis yang diriwayatkan dari Jubair bin Nufair berkata: Aku mendengar Al-Nawwas bin Sam'an AlKilabi berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

[close]

p. 9

“dan apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah. Dan ingatlah Allah banyakbanyak supaya kamu berjaya” (Surah al-Jumu`ah, 62: ayat ) "Akan didatangkan al-Quran pada hari kiamat kelak kepada ahlinya yang beramal dengannya, terutamanya surah al-Baqarah dan ali-Imran." (HR. Muslim, no: 1338) Oleh yang demikian, setiap individu muslim digalakkan beristiqamah dalam membaca dan mentadabbur al-Quran setiap hari; tanpa mengira masa dan keadaan. Hindarilah memberi alasan untuk tidak mendampingi al-Quran. Sebaiknya hendaklah kita memulakan hari dengan al-Quran dan menutupnya juga dengan al-Quran. Mereka yang memulakan harinya dengan alQuran akan merasakan waktu yang berlalu dapat dimanfaatkan dengan pelbagai tugasan dan sebaik mungkin. Keberkatan Pada Usia Manusia seringkali obses dengan umur bahkan ada yang tidak mahu orang lain mengetahui usianya yang sebenar. Hakikatnya, usia adalah waktu kita yang berlalu. Hari dan waktu yang silih berganti mengingatkan kita bahawa usia kita semakin bertambah. Tidak ada siapa pun yang dapat menahan pemergiannya. Alangkah ruginya manusia yang tidak memanfaatkan usianya hingga masanya berlalu dengan sia-sia. Bagaimana keberkatan pada usia itu berlaku? Jika keberkatan itu ialah penambahan dan kelangsungan kebaikan kurniaan Allah SWT pada sesuatu maka keberkatan usia adalah penambahan dan kelangsungan kebaikan dalam setiap amalan manusia dalam mengisi baki usianya. Individu yang memanfaatkan kehidupannya untuk kemaslahatan manusia dan makhluk sejagat, Allah SWT kurniakan kepadanya keberkatan pada usianya maka terzahirlah usaha dan hasil yang hebat yang tidak mampu dilaksanakan oleh orang lain walaupun ditambah dengan masa yang berganda. Sesungguhnya manusia tidak boleh mengubah masa, tetapi masa itu boleh menjadi berkat dengan doa, amalan yang soleh dan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Begitu juga, manusia tidak mampu mengubah apa yang telah berlalu dan tidak dapat mengandaikan apa yang bakal mendatang. Namun, manusia mampu memohon kepada Allah SWT agar diberkatiNya apa yang dilakukan di masa lalu dan apa yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang. Penuhilah baki usia yang masih ada dengan perkara yang mendatangkan manfaat buat orang lain agar dengan itu Allah SWT memberkati usia kita. Masa juga merupakan makluk Allah SWT di mana kita semua diletakkan dalam perjalanan makhluk ini. Usia akan terus bertambah dengan berlalunya masa. Makin menunjukkan hampirnya kita ke perhentian yang terakhir, iaitu kematian. Pastinya bila kematian menjemput, masanya tidak dilewatkan mahupun dicepatkan walaupun sesaat. Ia sepertimana maksud firman Allah SWT: Dan bagi setiap umat ada ajalnya (masa kehancurannya). Apabila ajal itu sudah datang tidak dapat mereka meminta dikemudiankan atau didahulukan walau sesaat pun. Surah al-A`raf ,7(34) Keberkatan Pada Rezeki Allah SWT menganjurkan hambaNya mencari rezeki yang halal dalam mendepani kehidupan di dunia . Selagi kita diberikan kemampuan untuk mencari rezeki, maka kita wajib meneruskan amanah ini kerana mencari rezeki adalah perintah daripada Allah SWT sebagaimana maksud firman Nya: Dan apabila seselai menuunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia M Allah. Dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya. a Surah al-Jumu`ah, 62(10) 9

[close]

p. 10

“keberkatan itu sukar dilihat dengan mata, tetapi ia dapat dirasa” Rezeki yang dimaksudkan bukan hanya sekadar kekayaan material atau wang ringgit semata-mata. Rezeki yang dimaksudkan mencakupi segala aspek termasuk ilmu, kesihatan, ketenangan jiwa, anak yang soleh, keluarga yang bahagia serta situasi tempat kerja yang harmoni. Jika dilihat dari sudut makanan misalnya, untuk mencari keberkatan dalam makanan, setiap manusia dianjurkan supaya mengambil makanan yang secukupnya dan menghabiskan makanannya hingga jangan ada yang tersisa. Bahkan jika ada makanan yang terjatuh, Rasulullah SAW menyuruh membersihkan kekotoran dan tetap memakannya. Hal ini menunjukkan bahawa setiap rezeki yang dikurniakan Allah SWT itu mempunyai keberkatan sebagaimana maksud hadis Baginda SAW: Jika sesuap makanan salah seorang daripada kamu jatuh, maka hendaklah ia bersihkan kotornnya. Jangan ia biarkan makanan itu untuk syaitan. Dan hendaklah salah seorang daripada kamu menghabiskan sisa makanan di piringnya kerana kamu tidak tahu di mana letak keberkatan makanan kamu. (Riwayat Muslim dari Anas) Yusuf al-Qaradawi dalam menghuraikan maksud “menghabiskan sisa makanan di piringnya” iaitu memakan semua makanan yang tertinggal di piring, lalu ia bersihkan piring itu dengan jari- jemarinya. Adapun maksud hadis itu agar jangan sampai sisa-sisa makanan itu dibuang ke tempat sampah tanpa ada seorang pun yang memanfaatkan sedangkan pada masa yang sama masih ada insan yang memerlukannya [Yusuf al-Qaradawi: 1998]. Berdasarkan semua contoh yang telah diberikan, jelaslah kepada kita bahawa keberkatan yang dikurniakan Allah adalah berbezaberbeza sesuai dengan fungsi sesuatu keberkatan. Keberkatan pada makanan misalnya, fungsinya mengenyangkan, melahirkan kesihatan yang baik, terhindar daripada penyakit seterusnya mendorong kita melakukan aktiviti yang bermanfaat. Begitu juga dengan harta yang diberikan Allah kepada kita. Harta yang mendapat keberkatan Allah SWT adalah harta yang dibelanjakan dijalanNya walaupun hanya dengan sedekah sebiji tamar. Sesungguhnya Maha Pemurahnya Allah, yang melimpahi dan melipatgandakan pahala buat hamba Nya. Akhirnya, kehidupan yang dilimpahi dengan keberkatan membuahkan kebahagiaan yang berpanjangan dalam diri setiap insan. Semakin bertambah kemanisan beribadah dan semakin berkualiti hasil kerjanya. Jiwa menjadi bertambah tenang walaupun diasak dengan tugas yang banyak. Terasa waktu yang berlalu dapat dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat. Bahkan dengan keberkatan juga, rezeki yang sedikit terasa cukup untuk dibahagi serta dikongsi bersama. Justeru, keberkatan itu sukar dilihat dengan mata, tetapi ia dapat dirasa. Menjadi pendorong untuk lebih menghampirkan diri kepada yang mengurniakan keberkatan tersebut, iaitu Allah SWT. Oleh itu, bagi mengundang keberkatan Allah SWT, sentiasalah istiqamah dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran di samping beristighfar; memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT atas segala dosa serta maksiat yang telah dilakukan sepanjang fasa kehidupan di dunia. Sesungguhnya Allah SWT berkehendak memberikan keberkatan dan kebaikan kepada sesiapa yang Dia pilih dan menarik semula pemberian tersebut kepada siapa yang Dia kehendaki. 10

[close]

p. 11

IBADAT MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh; Prof Madya Ahmad Kilani bin Mohamed (kilani@utm.my) Dr. Aminudin bin Hehsan (ahehsan@utm.my) Dr. Zulkiflee bin Haron (zulkiflee@utm.my) Dr. Abdul Basit bin Samat (basit@utm.my) Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia Manusia dicipta untuk beribadat kepada Allah SWT. Seluruh aktiviti hidup manusia yang dijalani sepanjang hari dikira ibadat apabila menepati syarat tertentu. Ibadat yang dilakukan tanpa syarat dikira sia-sia sahaja. Justeru, untuk mempastikan segala ibadat kita diterima oleh Allah mestilah dengan memenuhi syaratnya iaitu: 1. AZAM ATAU TEKAD YANG JITU Azam atau tekad membawa maksud setiap hamba Allah atau mukalaf hendaklah mengikis serta menghapuskan segala perasaan dan sifat malas beribadat yang ada dalam dirinya. Sehubungan dengan itu juga, azam merangkumi orang yang mengetahui mestilah beramal dengan apa yang ia pelajari serta ketahui. Sebagai contohnya, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan Allah SWT. Gesaan beramal dan menjauhi sifat malas dengan hanya pandai berkata-kata tanpa beramal dapat difahami menerusi firman Allah SWT: ‫ َك ُُ َب َم ۡق ًتا ِعن َد‬٢ ‫ َن َما ََل َت ۡف َع ُلو َن‬٣‫ٱَََّيَّٰٓلِ َأل ُّي ََأهان ٱََّتل ُ ِقذيوُل َنوْا َء َام َام َُنَلوْا َتِلۡفَ َمع ُلَت ُوق َنوُلو‬ Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Surah as-Saff, 61:(2-3) 2. NIAT YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT Niat ikhlas sekaligus merangkumi tidak melakukan sebarang bentuk syirik dalam beribadat, sama ada syirik kecil atau syirik besar. Oleh itu, setiap hamba wajib melakukan segala bentuk ibadat, sama ada sunat atau wajib dengan niat ikhlas kepada Allah serta mencari keredhaan-Nya semata-mata. Terdapat banyak ayat al-Qur‟an menyatakan mengenai gesaan ikhlas dalam niat serta menumpukan ibadat untuk Allah SWT sepenuhnya. Antara ayat yang menyentuh perkara tersebut ialah: ‫ُح َن َف ٓا‬ ‫ٱل ِّدي َن‬ ‫َل ُه‬ ‫ُم ۡخ ِل ِص نَي‬ ‫ٱَ َّّلَل‬ ‫ِل َي ۡع ُب ُدوْا‬ ‫ا‬ ‫ِإَل‬ ‫ُأ ِم ُرَٰٓوْا‬ ‫َو َم ٓا‬ Terjemahan: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh atas pegangan tauhid (Surah al-Bayyinah, 98:5) Firman Allah SWT yang lain pula: ٢٦٢ ‫ُق ۡل ِإ ان َص ََلِ يت َوُن ُس ِ يك َو َم ۡح َيا َي َو َم َماِ يت َِ َّّلِل َر ِّب ٱ ۡل َع َل ِم نَي‬ Terjemahan: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. ( Surah al-An’am, 6:162) 3. MENEPATI KEHENDAK SYARAK Antara syarat lain dalam beribadat ialah dengan mempastikan ibadat itu berdasarkan dalil atau nas. Untuk itulah ulama menetapkan kaedah dalam ibadat bahawa asal dalam ibadat ialah ada dalil atau mestilah berdalil. Ini bermakna, semua bentuk ibadat, sama ada ucapan dan perbuatan, zahir atau batin hendaklah selaras dengan kehendak syarak. Ibadat itu mesti selaras dengan perintah Allah dan rasul-Nya. Firman Allah SWT: ‫َأ ۡم َل ُه ۡم ُُ َشَك َٰٓ ُؤْا َُ َش ُعوْا َل ُهم ِّم َن ٱل ِّدي ِن َما َل ۡم َي ۡأ َذ ۢن ِب ِه ٱَ َّّلُهل‬ Terjemahan: Patutkah mereka mempunyai sekutu- sekutu yang menentukan mana bahagian daripada agama mereka sebarang undan-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? ( Surah AsySyura, 42:21) 11

[close]

p. 12

“ibadat yang dilakukan oleh setiap hamba perlu memenuhi syaratnya supaya ibadat tersebut diterima oleh Allah SWT” Firman Allah SWT: ‫ٱ ۡۡ َٰٓل ِخ َرِة‬ ‫ِن يف‬ ‫َو ُه َو‬ ‫ِم ۡن ُه‬ ‫ُي ۡق َب َل‬ ‫َف َلن‬ ‫ِدي ٗنا‬ ‫ِم‬ ‫ٱ ِۡۡل ۡس َل‬ ٥٨ ‫َِمو َ َمننٱ ۡل َي َۡبخَت ِ ِغِ ِ َسيغ ۡ ََنب‬ Terjemahan: Dan sesiapa yang mencari agama lain selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak daripada orang yang rugi. (Surah Ali‟Imran 3:85). Ibadat yang dilakukan juga membawa kesan yang baik, sama ada sudut rohani dan jasmani seperti meningkatkan keimanan, terhindar maksiat, bertambah taqwaserta tenang jiwa. Sebagai rumrusannya, ibadat yang dilalukan oleh setiap hamba perlu memenuhi syaratnya supaya ibadat tersebut diterima oleh Allah SWT. antaranya ialah sebagaimana firman Allah SWT seperti berikut; 4: BERBAGAI BENTUK IBADAT Biarpun tujuan utama manusia diciptakan untuk beribadat, namun begitu mereka juga diciptakan dalam keadaan bersifat lemah serta perlu mencari rezeki dan memenuhi tuntutan keduniaan. Justeru, manusia tidak mampu mengkhususkan seluruh kehidupannya untuk beribadat secara langsung kepada Allah SWT sebagaimana yang dilakukan oleh para malaikat-Nya seperti berpuasa sepanjang tahun, solat sepanjang hari dan membaca Al-Qur‟an 24 jam. 4.1 DALIL IBADAT BERBAGAI BENTUK Semua tindakan seseorang muslim dikira ibadat, dengan syarat diniatkan kerana Allah dan selaras dengan syariat. Dalil serta bukti ibadat itu ada berbagai bentuk dan sangat luas ruangnya sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan al-Sunnah, Terjemahan: Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh-melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang salih. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang -orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau besar; dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. Surah at-Taubah 9, (120- 121) 12

[close]

p. 13

Ganjaran pahala oleh Allah tidak hanya tertumpu kepada ibadat khusus semata-mata, bahkan mencakupi zikir dan kebaikan yang sangat luas ruangnya (Abdul Rahman Umairah, 2002) b. Baginda SAW menjelaskan menerusi sabdanya berkenaan dengan bentuk ibadat dan ketaatan yang akan diberi ganjaran pahala oleh Allah, tidak hanya tertumpu kepada ibadat khusus sematamata, bahkan mencakupi zikir dan kebaikan yang sangat luas ruangnya. Antaranya ialah, Sabda Baginda SAW: Maksudnya: Berikan waktu pagi setiap sendi tulang seseorang kamu dengan sedekah, setiap ucapan tasbih sedekah, dan setiap ucapan tahmid sedekah, dan setiap ucapan tahlil sedekah, dan setiap ucapan takbir sedekah, dan menyuruh kepada kebaikan sedekah, dan mencegah kemungkaran sedekah. Sesungguhnya memadai juga untuk semua itu (hak sendi tulang) dengan menunaikan dua rakaat sunat Duha. Maksudnya: Iman ada lebih daripada tujuh puluh atau lebih daripada enam puluh cabang: Yang paling utamanya ialah ucapan Tiada Tuhan selain Allah dan yang paling rendahnya ialah membuang duri di jalan. Dan malu itu sebaha- gian daripada iman. Selain itu ialah hadis riwayat Muslim. ‫اا‬،‫هه‬:ََ ‫أحَأَلَكيَااْاج ٌَِلنرَر َك؟اُس َع َلَونَق ْيا ََلِله َلهَُّلهِِفف"لييِا‬:َ ‫ْللَفَِهَُحقا َلُريفِايوِاماَْهلا‬.‫" َو ِفأأأَََ ِوَيَيْأرْجْأتِزَ ٌْيِبرٌترُي"ْم ْضأَ؟ َلِعَحفَْوُدأََكنَاذََحِلَ ِود َكَُشك ْْمَهضإِ َذَوعَاتََه َهاُصَوَد َيقَ ِف ُكةٌَضيو َع" َُنهاا‬ Maksudnya: Seseorang suami yang menyetubuhi isterinya dikira sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w.! Adakah bila seseorang kami memenuhi tuntutan syahwatnya juga diberi ganjaran pahala? Baginda bersabda: Tidakkah kamu dapati jika seseorang itu memenuhi syahwatnya ke jalan haram ia juga dikenakan dosa? Justeru, bila ia memenuhinya untuk tujuan halal, baginya dibalas pahala.(H.R. Ibn Hibban) Sabda Baginda SAW yang menjelaskan mengenai bahagian iman: .: 13

[close]

p. 14

MANUSIA & PEPERANGAN oleh: Prof Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman aswar@utm.my Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia Peperangan dan keamanan adalah dua situasi yang berlaku dalam kehidupan manusia. Ia saling bertukar antara satu sama lain. Terkadang sesebuah masyarakat itu berada dalam keadaan perang. Dan setelah itu ia kembali berada dalam keadaan aman. Aman adalah fitrahh, iaitu semua manusia dicipta oleh Allah dengan fitrah sukakan keamanan. Manakala peperangan pula adalah sesuatu yang terkecuali dari fitrah. Perang berlaku hanya apabila berlaku suatu sebab. Manakala pada asalnya kehidupan ini adalah aman. Sun Tzu menyatakan objektif utama dalam peperangan ialah keamanan. Perang dan tohmahan terhadap Islam Begitu juga dengan peperangan dalam Islam. Islam melihat bahawa asal kepada khidupan ini ialah aman. Perang hanya bersifat terkecuali. Peperagan hanya berlaku jika ada sebab yang amat memerlukan. Perang itu juga menurut Islam, bertujuan untuk mewujudkan keamanan dalam jangka masa panjang. Perang bukan untuk menghancurkan tetapi untuk membina dan mem- bangunkan masyarakat. Islam tidak menjajah melalui peperangan tetapi Islam membuka sesebuah negara. Iaitu untuk mewujudkan keamanan universal di kalangan semua negara. Konsep ini dikenali dalam Islam sebagai jihad fisabililLah. Para orientalis berusaha dengan berselindung di sebalik kajian ilmiyah mengecam Islam dengan memesongkan maksud jihad dalam Islam. Mereka menuduh Islam sebagai agama yang disebar- kan melalui mata pedang, Nabi Muhammad seorang penakluk yang sukakan peperangan dan tohmahantohmahan lain. Sehingga ada dalam kalangan umat Islam yang termakan racun yang disebarkan oleh orientalis itu sehingga ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menghina Islam. Kesemuanya ini berlaku kerana mereka tidak memahami maksud sebenar jihad dalam Islam. Timbul persoalan dalam benak kita, kenapa par a or ient alis begitu bersungguh -sungguh memesongkan maksud jihad dalam Islam? Jawapannya ialah kerana jihad adalah merupakan kaedah yang ditunjukkan oleh syarak untuk mempertahankan agama Islam. Jika kaedah pertahanan itu sudah diserang habis-habisan, maka umat Islam sudah tidak mempunyai cara lain lagi untuk mempertahankan agama mereka. Oleh sebab itulah, jika kita melihat keadaan umat Islam sekarang yang begitu lemah dan sering ditindas serta dijadikan bahan tohmahan Barat, tidak mampu bangkit kerana mereka meninggalkan jihad dan menyalahtafsirkan maksud jihad itu sendiri. Jawapan kedua kenapa para orientalis bergitu beriya-iya menghentam jihad ialah untuk membuktikan bahawa memang Islam dan umatnya adalah penganjur keganasan.Peperangan juga bertujuan untuk melemahkan pegangan umat Islam terhadap ajaran Islam itu sendiri. Bukankah racun ini sudah merebak dalam diri umat Islam sekarang? Ada dalam kalangan umat Islam yang hendak mempertahankan Islam dengan meniupkan semangat jihad, maka golongan ini dituduh sebagai pengganas. Tuduhan ini bukan hanya dilontarkan oleh golongan kafir yang memusuhi Islam, tetapi turut dilontarkan oleh sesetengah orang yang mengaku Islam. Tidakkah pernah kita mendengar pemimpin umat Islam yang mentohmah gerakan Islam sebagai pelampau dan pengganas? Jihad dan perang Terkadang sudah menjadi satu kefahaman di kalangan segelintir umat Islam yang menyamakan antara perkataan jihad dan perang. Apabila diajak berjihad, bermakna kita diajak untuk berperang. Kefahaman seperti ini antara penyebab kenapa sesetengah umat Islam dan golongan bukan Islam memandang serong terhadap jihad. Oleh itu satu kefahaman yang betul perlu diterapkan terhadap penggunaan istilah jihad agar tidak disalah ertikan sebagai punca keganasan. Rashid Reda menyatakan bahawa: "golongan yang menentang Islam mendakwa bahawa jihad itu ialah peperangan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap setiap orang bukan Islam dengan tujuan memaksa mereka masuk Islam. Ini adalah tohmahan yang tidak berasas dan pembohongan terhadap Islam". Jihad adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Secara literalnya jihad bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Para ulama mengatakan bahawa jihad itu ada tiga jenis: melawan musuh di medan perang, melawan syaitan dan melawan hawa hafsu. Kefahaman ini merujuk kepada firman Allah SWT; Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. (Surah al-Haj: 78). 14

[close]

p. 15

golongan yang menentang Islam mendakwa bahawa jihad itu ialah peperangan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap setiap orang bukan Islam dengan tujuan memaksa mereka masuk Islam Dalam Tafsir pimpinan ar-Rahman dijelaskan: Ya'ni berjihadlah (berjuanglah) bersungguh-sungguh mengerjakan segala suruhan Alah dengan sempurna, dan dengan ikhlas kepada Allah semata-mata. Jihad atau perjuangan itu pula terbahagi dua. Pertama berjuang menentang pencerobohan musuh, kedua berjuang menentang hasutan Syaitan dan hawa nafsu Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pa da jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan be rat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Surah al-Taubah: 41) Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. (Surah al-Anfal: 72) Kesamaran tentang definisi jihad dan perang wujud hasil daripada analisis terhad terhadap definisi jihad yang dikemukakan oleh para fuqaha'. Memang jika kita menganalisa definisi jihad yang dikemukakan oleh sesetengah fuqaha' terdahulu, mereka lebih cenderung untuk mendefinisikan jihad sebagai perang di jalan Allah. Definisi-definisi berikut adalah sebagai con- toh: 1) Ulama' bermazhab Hanafi mengatakan: "jihad lebih dikenali mengikut syarak sebagai berjihad kepada orang kafir iaitu mengajak mereka kepada agama yang benar (Islam) dan memerangi mereka jika mereka enggan menerima ajakan tersebut". (Ibnu al-Humam, al-Kamal, Fath al-qadir sharh al-hidayah li al-Marghinani, al-Qaherah: Matba'ah Mustafa Muhammad, tanpa tahun, jil. 4, hlm. 277) 2) Ibnu 'Urfah; seorang ulama' bermazhab Maliki mendefinisikan jihad sebagai: "peperangan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap orang kafir yang tidak mempunyai perjanjian damai dengan Islam, dengan tujuan mendaulatkan kalimah Allah (Islam)". (Ibn al-Rushd, Muhammad bin Ahmad, al-Muqaddimat al-mumahhidat, Misr: Matba'ah al-Sa'adah, 1325h., jil. 1, hlm. 258) 15

[close]

Comments

no comments yet