Soal Jawab Ramadhan

Embed or link this publication

Popular Pages


p. 1

soal jawab ramadan 1

[close]

p. 2

amalan-amalan di bulan ramadan 1 apakah cara terbaik untuk saya menghayati bulan ramadan dan menambah amalan di dalamnya firman allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 185 yang bermaksud bulan ramadan diturunkan padanya al quran sebagai petunjuk itu dan pembeza di antara yang hak dan yang batil sesuai dengan bulan al-quran ini maka penghayatannya melibatkan tiga cara 1 berusaha membanyakkan amal baik dengan tujuan mngukuhkan keimanan dan mendapat keredhaan allah s.w.t 2 mempertingkatkan ilmu melalui pembacaan dan pengkajian al-quran serta mempelajari sejarah baginda rasulullah s.a.w 3 menghayati nilai murni yang ditunjukkan dalam al-qur an terutama dari sudut akhlak tingkah laku kita sebagai orang yang beriman harus mencerminkan akhlak mulia yang diajar dalam kitab tersebut penghayatan bulan ramadan dan al-quran tidak terbatas dalam lingkungan solat dan puasa secara ritual sahaja malah lebih dari itu kita mesti menghayatinya dalam setiap aspek kehidupan seharian dan melahirkannya dalam tingkah laku pertuturan dan gerak hati kita 2 saya ingin menunaikan solat terawih bagaimana caranya solat terawih adalah sangat digalakkan pada malam-malam ramadan ia adalah ibadat khusus di dalam bulan ramadan dan tidak dilakukan pada bulan-bulan lain masanya adalah setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu isyak afdal utama dikerjakan berjemaah di masjid namun boleh dikerjakan bersendirian juga solat terawih boleh dilaksanakan sebanyak 8 rakaar 20 rakaat atau 36 rakaat setiap 2 rakaat dengan satu salam cara menunaikannya adalah sama seperti solat sunat biasa seperti sunat qabliyah sebelum atau ba diyah selepas bagi solat fardhu lima waktu menurut hadis imam al-bukhari dan muslim dari abu hurairah r.a maksudnya adalah rasulullah s.a.w sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal di malam-malam bulan ramadan hanya baginda itu tidak menganjurkannya 2

[close]

p. 3

dengan keras baginda s.a.w bersabda sesiapa yang menunaikan ibadat solat pada malam-malam bulan ramadan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana allah s.w.t nescaya diampunkan oleh allah dosa-dosanya yang lalu 3 bagaimana saya boleh mengerjakan solat witir witir bermakna angka yang ganjil solat witir boleh dikerjakan pada tiap-tiap malam dan yang lebih afdal adalah pada bulan ramadan samada bersendirian atau berjemaah solat ini dikerjakan sekurang-kurangnya 1 rakaat dan boleh dikerjakan 3 rakaat 5 rakaat 7 rakaat 9 rakaat dan sebanyak 11 rakaat imam abu daud dan an-nasa i telah meriwayatkan sebuah hadis dari abu ayyub yang maksudnya rasulullah s.a.w pernah bersabda solat witir itu adalah benar siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat kerjakanlah siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun kerjakanlah niat witir dua rakaat di dalam jemaah adalah seperti sahaja aku solat witir dua rakaat menjadi makmum kerana allah ta ala niat witir satu rakaat pula di dalam jemaah adalah seperti sahaja aku solat witir satu rakaat menjadi makmum kerana allah ta ala 4 saya ingin mengerjakan solat witir berjemaah di masjid namun saya berniat ingin bangun waktu malam bolehkah saya mengerjakan solat witir sekali lagi sedangkan tidak ada dua witir pada satu malam seperti hadith rasulullah s.a.w solat witir boleh dilaksanakan dari 1 sehingga 11 rakaat ia dilaksanakan selepas solat terawih di kebanyakan masjid untuk menutup tirai solat di waktu malam di dalam bulan ramadan oleh yang demikian sekiranya seseorang itu telah menunaikan solat witir sebanyak 3 rakaat selepas terawih dan kemudian bangun di waktu malam menunaikan solat tahajjud ia boleh menunaikan solat witir sebagai penambahan bagi 3 rakaat yang dilaksanakan selepas terawih caranya adalah dengan hanya bersolat 2 4 6 atau 8 rakaat dengan niat sahaja aku dirikan 2 rakaat dari solat sunat witir kerana allah ta ala dengan demikian ia tidak dikira mendirikan 2 witir pada satu malam kerana baginda rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud tidak ada dua witir pada satu malam 3

[close]

p. 4

5 saya terdengar seorang ustaz menyebut kelebihan solat malam yang dinamakan solat tahajjud apakah solat itu dan bagaimana boleh saya melaksanakannya solat tahajjud dianjurkan selepas tidur di waktu malam dan sebelum tiba waktu subuh ia boleh dilakukan sebanyak dua rakaat atau lebih dipisahkan dengan 1 salam setiap selesai 2 rakaat firman allah dalam surah al-isra ayat 19 yang bermaksud pada sebahagian malam bersolat tahajjudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan 6 apakah itu iktikaf iktikaf ertinya berhenti seketika atau lebih di dalam masjid dengan niat beribadat atau menghampirkan diri kepada allah hukumnya sunat dan istimewa pada sepuluh malam terakhir bulan ramadan sayidatina aisyah r.a meriwayatkan yang maksudnya adalah rasulullah s.a.w melakukan iktikaf sesudah tanggal 20 ramadan hal ini menjadi amalan baginda hingga baginda wafat 7 saya sering mendengar tentang istimewanya malam lailatul qadar adakah perlu saya beribadat pada malam tersebut kalau ia bagaimana firman allah dalam surah al-qadr ayat 1-3 yang bermaksud kami telah menurunkan al-quran pada malam lailatul qadar adakah kamu tahu apakah malam lailatul qadar itu malam lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan para ulama berselisih pendapat tentang masanya lailatul qadar di antara pendapat tentang masanya lailatul qadar jatuh pada malam-malam yang ganjil selepas tanggal 20 ramadan iaitu 21 23 25 27 atau 29 ramadan pada malam-malam itu sangat elok kalau kita memperbanyakkan ibadat seperti solat membaca al-quran berselawat berzikir dan memohon doa minta diampunkan dosa imam ahmad ibnu majah dan at-tarmidzi telah melaporkan sebuah hadis yang diterimanya dari sayidatina aisyah r.a bahawa rasulullah s.a.w telah mengajarkan kepadanya doa yang diucapkan pada malam lailatul qadar iaitu yang bermaksud wahai tuhanku bahawasanya engkau tuhan yang maha pemaaf engkau menggemari kemaafan maka maafkanlah daku 4

[close]

p. 5

perlaksanaan ibadah puasa 8 apakah niat untuk bersahur dan berbuka di dalam bahasa rumi dan apakah manknanya sahur dan berbuka puasa tidak memerlukan niat yang diperlukan niat adalah ibadat puasa itu sendiri oleh kerana sahur dan buka puasa adalah aktiviti makan dan minum maka doa makan dan minum juga boleh dibaca sebelum sahur dan waktu berbuka pada waktu buka boleh ditambah do a yang bermaksud ya allah kerana mu aku berpuasa dengan mu aku beriman dan dengan rezeki mu aku berbuka 9 bilakah niat puasa itu patut dilakukan niat puasa boleh dijatuhkan selepas masuk waktu maghrib hingga ke sebelum waktu subuh keesokan harinya sebelum berpuasa 10 jika saya membatalkan puasa saya pada bulan ramadan tanpa keuzuran apakah hukumnya jika anda membatalkan puasa anda tanpa sebarang keuzuran anda dikira berdosa kerana telah melanggar salah satu rukun islam anda perlu bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi anda juga harus mengqadha puasa yang anda tinggalkan itu walau bagaimanapun anda telah kerugian kerana puasa yang ditinggalkan secara sengaja dan diganti pada hari lain tidak akan sama dengan puasa di bulan ramadan dari abi hurairah r.a berkata rasulullah s.a.w bersabda sesiapa berbuka satu hari pada bulan ramadan tanpa ada rukhsah keringanan dan tidak juga kerana sakit dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkan itu sekalipun dia berpuasa seumur hidup 11 semalam saya agak terlewat bangun untuk bersahur kemudian ketika saya sedang makan sahur deejay di radio mengatakan bahawa telah masuknya waktu imsak di singapura adakah puasa saya itu batal puasa bermula dari waktu fajar atau lebih dikenali sebagai subuh sehinggalaha terbenamnya matahari maghrib waktu imsak adalah hanya sebagai peringatan bahawa waktu fajar amatlah hampir dan anda harus mula menyelesaikan makanan secepat mungkin ini untuk mengelakkan makanan 5

[close]

p. 6

masih ada di dalam mulut dan azan subuh berkumandang jika anda masih makan setelah masuk waktu imsak tetapi sebelum waktu subuh puasa anda tetap sah 12 saya akan belayar ke luar negara dalam bulan ramadan yang akan datang bagaimanakah puasa saya dalam perintah allah s.w.t mensyariatkan ibadat puasa bulan ramadan allah s.w.t telah memberikan kelonggaran khas bagi sesiapa yang berada di dalam pelayaran bermusafir supaya tidak berpuasa dan hanya menunaikan puasa selepas ramadan puasa qadha firman allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 184 bermaksud puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam pelayaran bermusafir bolehlah ia berbuka kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang dibuka itu pada hari-hari yang lain oleh itu seseorang yang bermusafir biasanya menghadapi kesukaran maka diberikan kelonggaran oleh allah s.w.t dan dikecualikan dari kewajipan berpuasa di dalam ramadan 6

[close]

p. 7

puasa dan wanita 13 jika haid saya berhenti sebelum fajar dan saya belum sempat mandi hadas adakah saya dibolehkan berpuasa anda boleh berpuasa jika anda suci dari haid atau nifas sebelum fajar dan belum sempat mandi kecuali setelah terbitnya fajar anda juga perlu menjatuhkan niat berpuasa pada hari tersebut walaupun dalam keadaan berhadas besar ini adalah kerana pada saat haid atau nifas anda terhenti anda telah termasuk pada golongan orang yang wajib berpuasa dan ini sama halnya dengan orang yang masih di dalam keadaan junub apabila telah masuk waktu fajar yang mana puasanya sah berdasarkan firman allah s.w.t ertinya maka sekarang campurilah mereka isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan allah untukya dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar [al-baqarah:187 jika allah mengizinkan suami isteri bersatu hingga tiba waktu fajar maka tentu sekali dibolehkan mandi junub setelah terbitnya fajar ini juga berdasarkan hadith sayidatina aisyah r.a bahawa nabi s.a.w di waktu subuh masih dalam keadaan junub kerana mencampuri isterinya dan baginda tetap berpuasa maksudnya bahawa rasulullah s.a.w tidak mandi junub kecuali setelah masuk waktu subuh 14 apakah hukum puasa bagi perempuan yang mengandung wanita yang hamil boleh berpuasa jika ia mampu berbuat demikian sekiranya ia tidak mampu ia boleh berbuka jika beliau tidak berpuasa kerana khuatir akan keadaan dirinya sahaja maka beliau wajib qadha puasa sahaja jika beliau bimbang tentang keadaan anak di dalam kandungannya sahaja maka beliau wajib qadha dan juga membayar fidyah bagi hari tersebut 15 bolehkah bagi seseorang wanita memakan ubat untuk melewatkan haid pada bulan ramadan ulama telah bersepakat mengatakan bahawa wanita-wanita yang berhaid tidak wajib berpuasa pada bulan ramadan tetapi wajib mengqadha kannya pada hari yang lain tidak berdosa wanita yang datang haid membuka puasanya dan hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain sebanyak mana puasa yang ditinggalkan itu 7

[close]

p. 8

sebuah hadith yang diriwayatkan oleh sayyidatina aisyah r.a bermaksud kami tidak diperintahkan menggantikan sembahyang riwayat imam albukhari oleh yang demikian adalah lebih baik untuk mengikut keadaan semula jadi yang dicipta allah s.w.t bagi wanita namun sekiranya wanita itu hendak memakan ubat untuk melewatkan haid agar ia tidak datang di dalam bulan ramadan hukumnya tidak mengapa dengan syarat ubat itu tidak memudharatkan dirinya mereka boleh meminta nasihat pakar atau nasihat doctor mengenai kegunaan ubat itu perkara-perkara yang membatalkan puasa 16 apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan sila rujuk soalan 22 dan 23 makan minum dan merokok membatalkan puasa adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa muntah dengan sengaja mengeluarkan air mani melakukan jimak hubungan seks pada siang hari kedatangan haidh nifas atau kelahiran bagi wanita menjadi gila pitam sepanjang hari mabuk yang menghilangkan daya pemikiran waras sepanjang hari murtad iaitu keluar dari agama islam 8

[close]

p. 9

17 adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa sama ada ianya berlaku sebelum atau selepas waktu sahur orang yang berhadas tersebut boleh meneruskan puasanya yang perlu hanyalah mandi junub 18 saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan ramadan kemudian saya mandi junub adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa malahan sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur sewaktu mengambil wuduk atau mandi puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud sesungguhnya allah mengampuni umatku yang tersilap terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu riwayat at-tabarani 19 ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang sejauh manakah kebenaran pendapat ini berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat bagi orang yang berpuasa pula maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong maka puasanya tetap sah sila rujuk soalan 19 samalah keadaannya jika dimasuki debu jalanan debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam kerongkong semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja namun jika seseorang berkumur-kumur dengan berlebihan ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam kerongkong dan jika ini berlaku maka puasanya batal 20 adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan renang berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang jika air memasuki badan cara sedemikian adalah batal puasa seseorang dengan ini sebagai langkah berjaga-jaga mereka yang berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari ramadan untuk mengelakkan dari terbatalnya puasa sila rujuk soalan 19 9

[close]

p. 10

21 apakah hukum menggunakan inhaler bagi pesakit semput ketika berpuasa antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka namun kemasukan seuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat yang berkaitan dengan kesukaran bernafas dibolehkan syara oleh yang demikian penggunaan inhaler yang berpatutan tidak membatalkan puasa 22 adakah suntikan insulin membatalkan puasa suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit 23 saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu berpuasa dia dilarang `membersihkan telinga atau hidungnya samada menggunakan cotton bud ataupun jari kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya adakah benar di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana dan berhati-hati contohnya membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam namun jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam 24 adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa namun pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik tidak digalakkan sama sekali 10

[close]

p. 11

kelonggaran dalam ibadat puasa 25 apakah hukum sekiranya saya tidak sengaja termakan atau terminum sedangkan saya berpuasa termakan atau terminum dengan terlupa tidak membatalkan puasa seseorang yang telah melakukan demikian dengan tidak sengaja hendaklah menyempurnakan puasanya imam al-bukhari dan muslim meriwayatkan daripada abu hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda sesiapa yang makan dan minum kerana terlupa pada bulan ramadan hendaklah dia menyempurnakan puasanya makan dan minum itu adalah pemberian allah dan diriwayatkan oleh imam ad-daruqutni dengan sanad yang sahih ia dianggap rezeki daripada allah allah memberinya minum tidak perlu dia mengqadha puasanya 26 adakah boleh saya tidak berpuasa jika saya perlu bermusafir ke johor baru untuk membeli sesuatu seseorang yang musafir berada jauh dari tempat tinggal dan keluarga mengalami rasa bersendirian tidak tenang dan tidak tetap tempat tinggal allah berfirman allah menghendaki bagimu kemudahan dan allah tidak menghendaki bagimu kesusahan al-baqarah 185 oleh itu beliau diberi kelonggaran tidak wajib berpuasa dan hanya perlu qadha selepas ramadan namun ini bukan bermakna setiap perjalanan membolehkan kita berbuka jarak yang dibenarkan adalah sekurang-kurangnya jarak yang diharuskan sembahyang wasar iaitu lebih kurang 84 kilometer perjalanan ke johor baru tidaklah sampai jarak sedemikian maka tidak boleh seseorang itu berbuka dan tidak berpuasa kerananya 27 apakah hukum berpuasa bagi orang tua berbuka adalah harus bagi orang tua yang ada kesusahan dan kepayahan untuk berpuasa samalah juga hukumnya bagi orang sakit yang tiada harapan sempuh maka ia diharuskan berbuka sebagai ganti mereka seharusnya membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin sehari mengikut berapa hari yang ditinggalkan ini merupakan kesenangan dan kemudahan daripada allah ibn `abbas r.a berkata diberi kemudahan berbuka bagi orang tua tetapi hendaklah dia memberi makan kepada fakir miskin tiap-tiap hari yang dia tinggalkan dan tidak perlu mengqadha puasanya diriwayatkan oleh addaruqutni dan hakim telah mengesahkannya firman allah yang bermaksud dan wajib bagi orang yang tidak mampu mengerjakannya tidak berpuasa 11

[close]

p. 12

membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin barangsiapa yang dengan rela hati mengerjakan kebajikan maka itulah yang lebih baik baginya al-baqarah 184 28 isteri saya hamil dan setelah melahirkan mungkin akan menyusukan anak kami bagaimana hukum puasanya wanita yang hamil dan dikhuatiri anak di dalam kandungannya itu boleh meninggal dunia jika dia berpuasa maka dibolehkan dia berbuka dan tidak berpuasa malahan jika ia dikuatkan lagi dengan pengesahan jujur daripada doctor dia diwajibkan berbuka firman allah jangan kamu bunuh anak-anak kamu al-an am 151 firman allah lagi dan wajib bagi orang yang berat untuk menjalankannya iaitu tidak berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin al-baqarah 184 kebanyakan ulama mengharuskan berbuka puasa bagi wanita yang hamil dan juga wanita yang menyusukan anakyna yang bimbangkan keadaan diri mereka sebab berpuasa itu selepas ramadan wajib ke atasnya untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan adapun masalah bimbang memudaratkan bayi dalam kandungan maka telah disepakati harus berbuka puasa cuma yang menjadi perselisihan ialah adakah wajib diganti puasanya atau dibayar fidyah atau kedua-duanya sekali ibn `umar dan ibn `abbas mengharuskan bagi wanita sedemikian untuk membayar fidyah memandangkan kesukaran yang akan dialami oleh wanita sedemikian untuk menggantikan puasa selepas melahirkan maka yang harus dilaksanakan adalah pembayaran fidyah sahaja 29 apakah waktu berbuka puasa bagi sesiapa yang berpuasa di kutub utara selatan di mana waktu siang terlalu panjang sehingga 24 jam ada orang mengatakan boleh berbuka puasa dengan berpuasa selama 12 jam tapi tiada nas yang menyatakan demikian memang tidak ada nas bagi masalah ini kerana ia termasuk perkara ijtihad ulama fiqh sayid sabiq menjelaskan bagi muslimin yang menetap di kutub mempunyai dua pilihan pertama mengikut waktu berbuka dan imsak bagi mekah atau madinah kedua mengikut negara terdekat misalnya canada dan amerika syarikat bagi kutub utara manakala new zealand atau australia bagi kutub selatan begitu juga dengan berpuasa di musim panas iaitu siang yang panjang di mana mata hari terbenam pada pukul 9:45 malam dan tiada twilight period tiada waktu gelap di langit di dalam keadaan demikian maka dia boleh membuat dua pilihan seperti di atas 12

[close]

p. 13

30 seseorang itu menaiki kapalterbang dari johannesberg ke singapura dalam bulan ramadan dia akan berangkat dari johannesberg pada jam 2:20 petang waktu johannesberg dan sampai di singapura pada jam 6:45 pagi waktu singapura jadi apabila dia bersahur dan berbuka mengikut masa-masa di tempat-tempat tersebut dia akan berpuasa selama lebih dari 20 jam apa yang seharusnya dia lakukan allah s.w.t telah memberikan pengecualian khas bagi sesiapa yang dalam perjalanan atau musafir oleh itu seseorang yang bermusafir dan menghadapi kesukaran seperti yang anda sebutkan dikecualikan dari kewajipan berpuasa maka sebaiknya musafir itu mengambil rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh allah s.w.t qadha puasa 31 bagaimanakah pembayaran bagi puasa yang tidak dapat ditunaikan di dalam bulan ramadan hukum pembayaran puasa terbahagi kepada beberapa bahagian 1 wajib qadha orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya jika dia berpuasa orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau bermusafir kirakira 84 km ibu yang hail atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat orang yang sedang haid atau nifas orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh memusnahkan dirinya orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya 2 wajib qadha dan membayar fidyah ibu yang hamil atau menyusukan anak sekiranya si ibu hanya khuatir anaknya menjadi mudarat orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga bertemu dengan ramadan yang lain 13

[close]

p. 14

3 tidah wajib qadha tetapi wajib fidyah orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa 32 adakah niat puasa sunat enam hari bulan syawal boleh disekalikan dengan puasa qadha niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha imam as-syafi i di dalam kitab al-umm berpendapat dalam mensyarahkan bab setiap amalan dengan niatnya bahawa hendaklah dibezakan ibarat puasa ramadan puasa nazar puasa kafarat puasa qadha dan puasa sunat imam jalaluddin as-suyuti di dalam kitab al-isybah juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa ramadan atau nazar atau puasa sunat namun seseorang yang berniat puasa qadha di dalam bulan syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam tanpa menjatuhkan niat tersebut mengikut pendapat sebahagian ulama 33 bolehkah saya mengumpulkan puasa qadha puasa sunat isnin khamis dan sunat puasa bulan rejab apakah hukumnya sebahagian ulama tidak membenarkan mengumpulkan niat ibadat sunat dan wajib oleh itu adalah baik sekiranya dipisahkan antara keduanya sila rujuk soalan 33 maka dalam puasa qadha dan sunat adalah wajib didahulukan puasa qadha kerana ia menjadi bebanan orang itu sedangkan puasa sunat tidak menjadi bebanannya jika seseorang itu berpuasa qadha pada hari isnin khamis atau pada hari-hari yang afdal berpuasa maka niatkan puasa qadha inshaallah ia juga diberikan pahala sunat pada hari tersebut 34 bagaimanakah cara menghitung fidyah yang perlu dibayar bagi puasa yang tidak disempurnakan untuk perkiraan fidyah yang tepat sila rujuk kepada lelaman berikut https www.muis.gov.sg/eservices/fidyah_online.aspx 35 bolehkah saya membayar fidyah dengan menggunakan wang allah s.w.t berfirman dalam surah al-baqarah ayat 184 maksudnya dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya jika mereka tidak berpuasa membayar fidyah yaitu memberi makan seorang miskin barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan maka itulah yang lebih baik baginya dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui 14

[close]

p. 15

fidyah adalah memberi makan seorang miskin dan makanan ini merujuk kepada makanan asasi bagi rakyat negara orang yang berpuasa dalam konteks singapura yang membatalkan puasa ramadannya perlu membayar fidyah dengan 1 mud beras bagi setiap hari 1 mud adalah lebih kurang 750 gram namun terpulanglah kepada kita untuk membayar dengan wang atau dengan beras di singapura memang lebih mudah dan baik untuk membayar dengan wang ini adalah kerana wang dapat diberi kepada orang miskin untuk membeli makanan beliau wang juga lebih mudah dan tidak seperti beras dimana ia memerlukan tempat yang luas untuk menyimpannya di samping masalah `shelf-life pembungkusan kutu tikus dan sebagainya wang fidyah akan bertambah setiap tahun sekiranya puasa yang ditinggalkan itu belum diqadha lagi sila rujuk soalan 34 36 haruskah saya membayar hutang puasa walaupun saya telah membayar fidyah pembayaran fidyah ini tidak mengangkat tanggungjawab anda untuk menunaikan qadha puasa anda masih lagi perlu mengqadha puasa selagi mampu melaksanakannya dari segi kesihatan sila rujuk soalan 31 15

[close]

Comments

no comments yet