p. 1
sembahyang jamak dan qasar adalah sedekah allah penulis mohd yaakub bin mohd yunus
[close]
p. 2
judul sembahyang jamak dan qasar adalah sedekah allah penulis mohd yaakub bin mohd yunus akob73@yahoo.com penyunting hafiz firdaus abdullah www.al-firdaus.com © mohd yaakub bin mohd yunus dianjurkan membuat salinan untuk tujuan pengajian ilmu tidak dibenarkan mengulang cetak atau menyalin dengan apa cara jua untuk tujuan komersil tanpa keizinan bertulis daripada penulis cetakan pertama 2005 penerbit perniagaan jahabersa 15 jalan dataran 3/3 taman kempas 81200 johor bahru johor darul takzim malaysia tel 07-235 1602 235 1605 fax 07-235 1603 http www.jahabersa.com.my jahabers@tm.net.my jahabers@starhub.net.sg 2
[close]
p. 3
kandungan kata pengantar 1 pengertian sembahyang jamak dan qasar 2 beberapa tatacara sembahyang jamak dan qasar yang diamalkan di malaysia 3 hukum mengqasar sembahyang dalam perjalanan safar 4 jarak perjalanan yang membolehkan sembahyang diqasarkan 5 tempoh perjalanan yang membenarkan sembahyang diqasarkan 6 menjamak sembahyang bukan terhad ketika dalam perjalanan safar 7 niat yang perlu dilafazkan ketika menjamak dan mengqasarkan sembahyang 8 hubungkait niat perjalanan dengan pembolehan menjamak dan mengqasarkan sembahyang penutup 5 13 19 23 35 45 53 61 69 73 3
[close]
p. 5
kata pengantar segala puji bagi bagi allah tuhan semesta alam kepada-nya kita memohon dan kepada-nya jua kita meminta ampun kita memohon perlindungan kepada allah dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh allah maka dia tidak akan mendapatkan kesesatan barangsiapa yang tersesat maka tidak ada yang dapat memberikannya petunjuk kecuali hanya dia saya bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain allah yang maha esa saya bersaksi bahawasanya muhammad adalah hamba dan utusan-nya wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan islam 1 wahai sekalian manusia bertaqwalah kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu bermula dari diri yang satu adam dan yang menjadikan daripada adam itu pasangannya isterinya hawa dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertaqwalah kepada allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-nya serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat kerana sesungguhnya allah sentiasa memerhati mengawas kamu 2 wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada allah 1 2 aali imraan 3 :102 al-nisaa 4 1 5
[close]
p. 6
dan katakanlah perkataan yang tepat benar dalam segala perkara supaya ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan ingatlah sesiapa yang taat kepada allah dan rasul-nya maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan 3 selanjutnya sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk muhammad shalallahu alaihi wasallam sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diadaadakan dan .semua yang diada-adakan adalah bid ah semua yang bid ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka setiap manusia pasti akan menghadapi keadaan yang memerlukannya untuk mengqasar atau menjamakkan sembahyangnya sebagai contoh setiap insan pasti akan menempuh satu perjalanan safar yang mana syari at telah membenarkan sembahyang itu dijamak dan juga diqasarkan namun begitu ramai di antara kita yang tidak mahu melakukan rukhshah keringanan yang allah subhanahu wa ta ala kurniakan kepada kita kerana menurut sangkaan mereka persyaratan untuk dibolehkan sembahyang itu diqasar dan dijamakkan belum dipenuhi malah ada juga yang beranggapan bahawa bersembahyang secara sempurna tanpa mengqasarkannya adalah lebih diutamakan ketika dalam perjalanan penulis berpendapat bahawa kekeliruan ini berpunca dari kurangnya pendedahan terhadap beberapa tatacara mengqasar dan menjamakkan sembahyang seperti yang pernah 3 al-ahzaab 33 70-71 6
[close]
p. 7
diamalkan oleh nabi muhammad shallallahu `alaihi wasallam serta para sahabatnya radhiallahu anhum mencontohi rasulullah shallallahu `alaihi wasallam dalam segala bentuk ibadah merupakan sesuatu yang disyari atkan kerana baginda merupakan contoh ikutan yang terbaik bagi seluruh umat manusia ini sebagaimana firman allah subhanahu wa ta ala demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang 4 apatah lagi dalam ibadah sembahyang ini telah ada arahan dari baginda shallallahu `alaihi wasallam sendiri untuk hanya mengikuti tatacara yang diajar oleh baginda ini sebagaimana sabdanya sembahyanglah kalian sebagaimana kalian melihat aku bersembahyang 5 di samping itu rasulullah shallallahu `alaihi wasallam juga telah menyatakan bahawa generasi yang terbaik yang patut dijadikan tauladan bagi seluruh umat islam adalah umat pada kurunnya yang termasuk baginda sendiri serta para sahabatnya radhiallahu anhum sabda rasulullah shallallahu `alaihi wasallam 4 5 al-ahzaab 33 21 hadis riwayat imam al-bukhari dalam shahih al-bukhari kitab alazan hadis no 631 7
[close]
p. 8
umatku yang terbaik adalah umat dikurunku kemudian umat yang sesudahnya dan umat yang sesudahnya lagi.6 berdasarkan dari dalil-dalil di atas penulis dengan sedaya upaya menyusun buku berkaitan sembahyang jamak dan qasar ini berpaksikan kepada sunnah nabi shallallahu `alaihi wasallam amalan para sahabat baginda radhiallahu anhum serta para salafussoleh penulis namakan buku kecil ini sebagai sembahyang jamak dan qasar adalah sedekah allah dengan tujuan untuk menggalakkan para pembaca supaya menerima rukhshah keringanan pemberian allah subhanahu wa ta ala ini sebagaimana yang didatangkan kepada nabi muhammad shallallahu `alaihi wasallam tanpa terlalu terikat dengan amalan kebiasaan di negara kita malaysia yang adakalanya tidak begitu selari dengan sunnah rasul shallallahu `alaihi wasallam penulis akui bahawa beberapa isu yang penulis ketengahkan dalam buku ini sebenarnya termasuk dalam perkara-perkara yang terdapat perbezaan pendapat di antara ulama yang muktabar namun begitu penulis berpegang kepada manhaj bahawa selagi ianya tidak bertentangan dengan syari at maka kita seharus sedaya upaya untuk memberikan pendapat yang lebih mendatangkan kemudahan kepada umat islam manhaj ini sebenarnya adalah manhaj rasulullah shallallahu `alaihi wasallam sebagaimana yang dijelaskan oleh umm al-mukminun `aishah radhiallahu anha hadis riwayat imam al-bukhari dalam shahih al-bukhari kitab almanaaqib hadis no 3650 6 8
[close]
p. 9
tidaklah rasulullah shallallahu `alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa.7 apapun jua penulis tetap terbuka dalam menerima sebarang teguran ataupun pembetulan dari mana-mana pihak dalam rangka untuk berpegang kepada pendapat yang lebih tepat berdasarkan al-qur an dan al-sunnah sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh generasi salafussoleh semoga buku ini dapat dijadikan sebagai wadah untuk kita samasama berusaha memperbaiki tatacara sembahyang kita agar bertepatan dengan sunnah nabi shalallahu alaihi wasallam penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang banyak mengajar penulis tentang sifat sembahyang sebagaimana yang dikerjakan oleh nabi shalallahu alaihi wasallam seperti ustaz rasul dahri dr abdullah yassin dan ustaz hussain yee setinggi penghargaan juga kepada kedua ibu bapa yang dihormati seluruh ahli keluarga yang dikasihi terutamanya isteri yang tercinta wan haslini wan kamaruzaman rakan dan sahabat terutamanya tuan hassan tuan lah seorang insan yang banyak mendorong penulis untuk mempelajari ilmu fiqh hafiz firdaus abdullah yang telah meminjamkan kepada penulis sumber-sumber rujukan khasnya kitab-kitab hadis yang disemak semula oleh syaikh nasiruddin al-albani dan syaikh syu`aib al-arna uth ustaz mohd fikri che hussain alamghiri muhammad khairul abu adam muhammad rafiq saw eng sian abu nurul muhammad affendi khairul amin kamin dari alhadis riwayat imam al-bukhari dalam shahih al-bukhari kitab alhudud hadis no 6786 7 9
[close]
p. 10
ahkam.net zayed al-ahkam.net dr imran dan seluruh ahli fikrah net atas sokongan dan dorongan yang kesemua mereka ini berikan sehingga tersusunnya buku ini semoga allah membalas jasa mereka dengan ganjaran pahala yang lebih baik di dunia dan akhirat semoga amalan yang baik dan ilmu yang berfaedah ini diterima oleh allah subhanahu wa ta ala sekian wassalaam mohd yaakub bin mohd yunus rabiulawal 1426 april 2005 10
[close]
p. 11
1 pengertian sembahyang jamak dan qasar sembahyang qasar bererti memendekkan sembahyang yang empat rakaat menjadi dua rakaat ketika dalam perjalanan safar sembahyang yang boleh diqasarkan adalah sembahyang zuhur asar dan isyak dalil yang mengsyari atkan sembahyang qasar adalah firman allah subhanahu wa ta ala dan apabila kamu musafir di muka bumi maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan memendekkan sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir sesungguhnya orangorang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu 8 mungkin akan timbul persoalan di kalangan para pembaca bahawa adakah dengan keadaan semasa yang aman damai tanpa ancaman dari orang kafir maka sembahyang qasar ini tidak disyari atkan lagi untuk menjawab persoalan ini kami membawa sebuah riwayat dari ya laa bin umayyah radhiallahu anhu dia berkata aku pernah bertanya kepada umar al-khattab radhiallahu anhu berkenaan dengan firman allah maka kamu tidaklah berdosa 8 al-nisaa 4 101 11
[close]
p. 12
mengqasarkan memendekkan sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir sedangkan pada masa sekarang ini manusia telahpun berada dalam keadaan aman umar menjawab aku sendiri pernah merasa hairan juga seperti kamu oleh itu aku telah bertanya kepada rasulullah shallallahu `alaihi wasallam tentang hal ini lalu baginda bersabda itu adalah sedekah yang diberikan oleh allah kepada kalian maka terimalah sedekahnya 9 di atas keumuman lafaz firman allah subhanahu wa ta ala tersebut dapat kita fahami bahawa apabila seseorang itu berada dalam satu perjalanan yang dianggap sebagai safar secara automatik dia dibenarkan untuk mengqasarkan sembahyang tanpa sebarang syarat tambahan sembahyang jamak pula bermakna mengumpulkan dua sembahyang dalam satu waktu contohnya mengumpulkan sembahyang zuhur dan asar dalam satu waktu ataupun maghrib dan isyak dalam satu waktu jamak pula ada dua jenis iaitu 1 jamak taqdim yang didahulukan iaitu mengumpulkan sembahyang asar bersama zuhur dalam waktu sembahyang zuhur atau mengumpulkan sembahyang isyak dan maghrib dalam waktu sembahyang maghrib hadis riwayat imam abu dawud dalam sunan abu dawud kitab alshalah hadis no 1014 peristiwa yang sama juga diriwayatkan oleh imam muslim dalam shahih muslim kitab al-shalah al-musafiraini wa qasaruha hadis no 686 dan juga diriwayatkan oleh imam al-tirmidhi dalam sunan altirmidhi hadis no 2960 9 12
[close]
p. 13
2 jamak ta khir yang diakhirkan pula ialah mengumpulkan sembahyang zuhur dan asar dalam waktu sembahyang asar atau mengumpulkan sembahyang maghrib dan isyak dalam waktu sembahyang isyak dalil disyariatkan jamak taqdim dan jamak ta khir adalah sebagaimana dijelaskan oleh ibnu `abbas radhiallahu anhu inginkah tuan-tuan saya ceritakan perihal sembahyang rasulullah shallallahu `alaihi wasallam sewaktu sedang dalam perjalanan ujar kami baik katanya jika baginda masih berada di rumah semasa matahari telah tergelincir masuknya waktu zuhur baginda jamakkan zuhur dengan asar jamak taqdim sebelum berangkat tapi kalau belum lagi tergelincir maka baginda berjalan hingga nanti bila waktu asar masuk baginda pun berhenti dan menjamak sembahyang zuhur dengan asar jamak ta khir begitu juga jika selagi baginda di rumah waktu maghrib sudah masuk baginda jamaklah sembahyang maghrib dengan isyak tetapi kalau waktu belum lagi masuk baginda terus sahaja berangkat dan nanti bila waktu isyak tiba baginda pun berhenti untuk menjamak sembahyang maghrib dan isyak itu 10 dari hadis di atas dapat kita fahami sekiranya kita memulakan perjalanan setelah masuknya waktu zuhur maka adalah disunnahkan kita 10 hadis riwayat imam ahmad dalam musnad ahmad hadis no 3480 dan dinilai sahih oleh syu`aib al-arna uth bagi musnad ahmad edisi 6 jilid rujuk jld 1 ms 367-368 13
[close]
p. 14
melakukan sembahyang jamak taqdim yakni menghimpunkan sembahyang zuhur dan asar dalam waktu sembahyang zuhur namun begitu sembahyang tersebut tidak diqasarkan kerana kita secara hakikatnya belum memulakan perjalanan menurut syaikh salih bin fauzan jika anda sembahyang asar dan zuhur dengan jamak taqdim sedangkan waktu itu anda masih berada di rumah maka anda harus menunaikan sembahyang tersebut dengan sempurna tidak menqasarkan iaitu empat rakaat baik untuk sembahyang zuhur mahupun asar.11 namun sekiranya kita memulakan perjalanan sebelum masuk waktu zuhur maka hendaklah kita melakukan jamak ta khir yakni menghimpunkan sembahyang zuhur dan asar dalam waktu asar maka ketika ini diperbolehkan untuk mengqasarkan sembahyang tersebut kerana ketika itu kita sedang berada dalam perjalanan hadis di atas juga menerangkan tatacara menjamak sembahyang maghrib dan isyak seperkara yang perlu untuk diberi perhatian adalah tidak ada jamak antara sembahyang subuh dan zuhur asar dan maghrib atau isyak dan subuh walaubagaimanapun di atas bukanlah syarat menjamakkan solat tetapi sunnah yang utama untuk diikuti antara jamak taqdim atau jamak takhir terpulang bagi seseorang mana yang sesuai lagi mudah baginya ingat jamak adalah satu kemudahan bukan kesukaran fayiz musa abu syaikhah fatwa-fatwa syaikh al-fauzan edisi terjemahan oleh ali murtadho syahudi pustaka azzam jakarta 2004 ms 78 11 14
[close]
p. 15
2 beberapa tatacara sembahyang jamak dan qasar yang diamalkan di malaysia antara hikmah allah subhanahu wa ta ala mengsyari atkan sembahyang jamak dan qasar adalah sebagai satu rukhshah kelonggaran dalam rangka meringankan kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang bermusafir menurut ustaz rasul dahri pelayaran atau perjalanan yang jauh sering menghadapi kesulitan sering menempuh berbagai masalah dan rintangan sehingga nabi muhammad shallallahu `alaihi wasallam mengumpamakan musafir sebahagian dari azab sebagaimana hadis baginda dari abi hurairah radhiallahu anhu dia berkata bersabda rasulullah shallallahu `alaihi wasallam musafir itu adalah sebahagian dari azab yang menghalangi seseorang itu dari makan minum dan tidur secara yang sempurna maka oleh kerana itu apabila seseorang telah 15
[close]