p. 1
jabatan pertahanan awam malaysia sedia pantas dan berintegriti bahagian pengurusan angkatan unit latihan
[close]
p. 2
3 kenali pertahanan awam 3.1 takrif pertahanan awam maksud mengikut akta pertahanan awam 1951 akta 221 terbahagi kepada dua 2 keadaan iaitu 3.2 semasa peperangan melaksanakan apa-apa langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan sama ada langkah itu diambil sebelum semasa atau selepas masa serangan musuh 3.3 semasa aman melaksanakan apa-apa langkah yang diambil bagi tujuan melindungi nyawa dan harta benda sama ada langkah itu diambil sebelum semasa atau selepas sesuatu bencana berdasarkan akta 221 tersebut dapat difahami bahawa pertahanan awam itu berfungsi dalam masa aman masa peperangan dan masa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta harta benda penduduk awam 2
[close]
p. 3
3.4 visi ke arah mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan dan responsif terhadap bencana yang mengancam nyawa serta harta benda 3.5 misi melibatkan orang awam dalam aktiviti pertahanan awam mengikut piawaian antarabangsa icdo 3.6 slogan sedia pantas dan berintegriti 3.7 objektif · · melindungi orang awam dan harta benda daripada ancaman keselamatan dan bencana melatih sekurang-kurangnya 10 rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran kecemasan · melibatkan rakyat dalam aktiviti-aktiviti pertahanan awam bencana dan keselamatan negara · menyedia dan mengurus perkhidmatan kecemasan dan bencana 3.8 fungsi · · menubuh mengurus dan menyenggara angkatan pertahanan awam merangka dan melaksana program-program latihan pengurusan bencana dan kecemasan kepada orang awam · · melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan menyediakan mengurus dan menyenggara pusat-pusat pemindahan dan sistem amaran bencana dan keselamatan · merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum semasa dan selepas bencana · menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pertahanan awam 3
[close]
p. 4
3.9 kaitan rakyat · antara langkah pertahanan awam yang sering dijalankan oleh rakyat adalah · bencana dan kemalangan menyelamat dan mengeluarkan mangsa mengawal lalulintas merawat memulih dan mengambil tindakan bagi memastikan semua nyawa terpelihara · kebakaran menyelamat mangsa memadam dan mencegah api kebakaran · kecemasan lain rawatan perubatan mencegah penyakit merebak atau berjangkit pencegahan serangan haiwan/serangga berbisa dan bahaya kawalan rusuhan atau ketenteraman awam dan pencegahan jenayah · khidmat kemanusiaan bantuan kebajikan gotong royong pemulihan emosi dan persekitaran serta kaunseling kawalan keselamatan dan apa jua langkah yang dapat mencegah dan memulihkan bencana serta menjamin keharmonian rakyat 3.10 peranan rakyat · menyamai semangat kesukarelaan sedia memberi bantuan dan pertolongan serta menghargai nyawa dan harta benda milik bersama · melibatkan diri atau menyertai organisasi yang berteras perkhidmatan bantuan seperti jpa3 bagi menimba ilmu dan pengalaman menghadapi sebarang kemungkinan risiko · mendapatkan latihan dari organisasi latihan yang boleh memberi pengetahuan dan prosedur selamat dalam memastikan keselamatan diri dan rakyat 4
[close]
p. 5
3.11 peranan jpa3 · melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam-seksyen 32c akta pertahanan awam 1951 akta 221 · mengelola menubuh menyenggara melengkapi melatih dan mendisiplin angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam-seksyen 32a akta 221 · melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-seksyen 81 akta 221 5
[close]
p. 6
4 langkah-langkah dan cara-cara menghadapi kecemasan 4.1 takrif pertolongan cemas pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan kepada seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba 4.2 bantuan kecemasan 4.2.1 merawat luka dan berdarah · rawatan luka kecil alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih bersihkan kelilingan luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik balut dengan kain bersih atau pembalut · mengawal pendarahan hentikan pendarahan dengan meletakan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan tekanan tepat apabila pendarahan berhenti balut dengan kain bersih jika terdapat objek asing seperti paku kaca atau pisau jangan tekan pada luka balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut jika tangan atau kaki yang cedera tinggikan ia melebihi paras 6
[close]
p. 7
jantung untuk mengurangkan tekanan sekiranya luka itu besar dan pendarahan benyak dapatkan rawatan lanjut jangan gunakan teknik tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan · perdarahan daripada hidung perdarahan dari hidung biasanya berlaku apabila saluran darah yang halus di dalam hidung tercedera pecah ini disebabkan oleh tamparan pada hidung bersin mengorek hidung tekanan darah tinggi pendarahan hidung boleh membahayakan jika mangsa kehilangan darah yang banyak.jika pendarahan diikuti oleh kecederaan kepala darah akan kelihatan nipis dan cair ini menunjukkan tanda yang sangat serius di mana terdapat keretakan pada tengkorak dan kebocoran cecair di sekeliling otak · rawatan hidung berdarah nasihatkan mangsa supaya duduk dan tundukkan kepala supaya darah dapat mengalir dari hidung minta mangsa supaya bernafas menerusi mulutnya dan picit bahagian yang lembut pada hidung beritahu mangsa supaya memicit hidungnya berterusan nasihatkan mangsa supaya jangan bercakap menelan batuk meludah atau menghidu kerana boleh menganggu darah beku yang telah terbentuk dalam hidung berikan mangsa sehelai tuala bersih untuk mengesat lelehan beritahu mangsa supaya melepaskan tekanan selepas 10 minit jika perdarahan tidak berhenti beritahu mangsa untuk menggunakan semula tekanan bagi dua jangka waktu iaitu 10 minit setiap waktu apabila perdarahan berhenti dan mangsa masih menunduk bersihkan hidungnya dengan air suam 7
[close]
p. 8
nasihatkan mangsa untuk berehat jangan biarkan kepala mangsa terkulai ke belakang darah mungkin mengalir ke dalam tekak dan mengakibatkan muntah jika perdarahan menjadi teruk atau berterusan selama 30 minit hantar mangsa ke hospital dalam kedudukan rawatan · luka dalam perut luka tikaman tembakan atau terhimpit pada perut boleh menyebabkan luka parah · rawatan gunakan sarung tangan pakai buang kalau ada baringkan mangsa di atas sehelai gebar angkat lutut mangsa dan lapik dibawahnya bagi mengurangkan ketegangan pada kecederaan longgarkan sebarang pakaian yang ketat contohnya tali pinggang atau baju letakkan pembebat ke atas luka dan letakkan pembebat pada tempatnya dengan pembalut atau pita berpelekat jika darah menembusi pembebat tambahkan selapis lagi telefon 999 atau 991 untuk ambulans 4.2.2 kepatahan · tanda-tanda kepatahan kecacatan bengkak dan lebam pada kawasan tulang yang retak sakit dan kesukaran untuk menggerakkan bahagian tercedera anggota tubuh yang tergeliat menjadi pendek dan bengkok hujung tulang yang berkeriut crepitus dan bunyi kasar yang boleh dirasa dan dengar tetapi tidak dapat dicari tanda-tanda renjatan terutamanya jika 8
[close]
p. 9
keretakan atau patah berlaku pada tulang paha atau pelvis kesukaran untuk menggerakkan anggota secara normal atau tidak dapat bergerak langsung luka dengan hujung tulang tertonjol · merawat kepatahan tulang berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan terlebih dahulu berikan rawatan di tempat kejadian elakkan pergerakan yang tidak perlu jangan gerakan bahagian yang patah rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar buat tuapan dengan mengikat kayu kertas tebal suratkhabar dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah jika tiada bahan tuapan ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera dapatkan rawatan lanjut 4.2.3 mangsa pengsan · tanda-tanda pengsan hilangnya daya sedar yang singkat menyebabkan mangsa jatuh ke lantai denyut nadi yang perlahan pucat kulit sejuk dan berpeluh · merawat mangsa pengsan baringkan mangsa longgarkan pakaian yang ketat tinggikan kaki dengan alas bantal buku dan sebagainya pastikan udara bersih mencukupi periksa lain-lain kecederaan jika ada tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih 9
[close]
p. 10
4.2.4 mangsa tercekik · tanda-tanda tercekik mangsa akan menunjukkan tangannya pada leher mangsa akan cuba bercakap tetapi tidak dapat muka mangsa kelihatan kemerah-merahan mangsa mengalami kesukaran bernafas · teknik heimlich manuver bagi mangsa sedar untuk kanak-kanak 1 tahun dan orang dewasa berdiri di belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda beritahunya yang anda cuba membantu peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka ulu hati tulang sternum tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali objek yang tersekat itu terkeluar sehingga jika anda tercekik dan berseorangan buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut terkeluar untuk mangsa yang mengandung tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu 10
[close]
p. 11
·rawatan tercekik mangsa pengsan baring dan terlentangkan mangsa dapatkan bantuan dan hubungi ambulans buka mulut mangsa periksa bendasing dan keluarkan dengan jari anda buka saluran pernafasan teknik angkat dagu dan dongak kepala dan periksa pernafasan jika tiada lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa jika dada masih tiada pergerakan beri 15 kali tekanan di dada posisi tangan sama seperti cpr ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang jangan gunakan teknik ini gunakan teknik tolakan tepat sendi rahang anda dinasihatkan mempelajari teknik heimlich manuver yang betul hubungi jabatan pertahanan awam untuk maklumat lanjut program ini · rawatan kecemasan tercekik untuk bayi yang sedar umur tidak lebih 1 tahun pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk jika tiada beri 5 tepukan di belakang kemudian beri 5 tekanan di dada ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan didada jika bayi itu menjadi pengsan lakukan cpr periksa bendasing di kerongkong atau mulut jangan korek dengan jari alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan 11
[close]
p. 12
· rawatan kecemasan tercekik untuk kanak-kanak umur 1-8 tahun pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk lakukan tujahan di perut heimlich manoeuvre berulang kali sehingga bendasing itu terkeluar gunakan sebelah tangan sahaja tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar jika kanak-kanak itu menjadi pengsan lakukan cpr periksa bendasing di kerongkong atau mulut jangan korek dengan jari alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan 4.2.5 merawat mangsa kebakaran dan kelecuran 4.2.5.1 kelecuran ringan · tanda-tanda kelecuran ringan kulit yang kemerah-merahan sakit pada kawasan yang terbakar lecur pada kulit yang terjejas · rawatan segera sejukkan dengan air paip yang mengalir rendam dalam takungan air atau balut dengan kain yang basah selama 5 minit sehingga hilang sakit tanggalkan cincin jam tangan atau barang kemas yang dipakai pada tempat cedera jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera balut dengan kain bersih 12
[close]
p. 13
4.2.5.2 kelecuran teruk · tanda-tanda kelecuran teruk sakit kesan kelecuran yang jelas kesukaran untuk bernafas renjatan · rawatan kelecuran teruk baringkan mangsa dan siramkan tempat melecur dengan air selama 10 minit periksa pernafasan dan nadinya dapatkan bantuan ambulans atau pertahanan awam dengan kadar yang segera tanggalkan barang kemas,jam,tali pinggang aau benda yang dipakai ketat jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar balut tempat yang cedera dengan kain bersih dan tidak berbulu selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera 4.2.5.3 melecur disebabkan bahan kimia · tanda-tanda kesan-kesan kimia di kawasan persekitaran kesakitan yang kuat dan menyengat kawasan kulit yang terjejas berubah warna dan melecur mengelupas bengkak 13
[close]
p. 14
· rawatan segera alirkan air ditempat yang cedera selama 20 minit elakkan diri dan mangsa dari terkena air yang bertakung tanggalkan sebarang pakaian yang tercemar dengan bahan kimia balut kecederaan dengan kain bersih dapatkan rawatan lanjut dengan segera berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda jangan sapukan losyen minyak urut ubat gigi atau sebagainya pada bahagian yang melecur 4.2.6 keracunan keracunan boleh terjadi melalui makanan minuman pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata · tanda-tanda muntah kadang-kadang terdapat kesan darah daya sedar yang lemah rasa sakit dan perit yang membakar bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran latarbelakang pendedahan/tertelan cirit-birit pening kepala dan demam tanda-tanda renjatan perut sakit dan kejang kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun · rawatan awal keracunan pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi,lakukan cpr jika perlu jika mangsa sedar,tanyakan apa yang telah dimakan atau minum tunggu arahan dan bertindak segera jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan 14
[close]
p. 15
jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis beri mangsa minum air atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan perubatan 4.2.7 renjatan semasa dalam keadaan renjatan pesakit tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi yang menyebabkan kekurangan oksigen jika tidak dirawat dengan segera jantung mangsa akan menjadi lemah dan tidak berfungsi dengan betul jika berada dalam keadaan renjatan yang berterusan boleh menyebabkan kematian · tanda-tanda mangsa renjatan pada peringkat awal denyut nadi yang cepat pucat sejuk kulit bersisik berpeluh apabila renjatan melarat kulit lebam terutamanya bahagian dalam bibir warna kuku dan cuping telinga tidak normal serta-merta apabila dipicit lemah dan pitam rasa mual dan berkemungkinan muntah dahaga pernafasan yang pendek dan kencang nadi yang lemah dan halus apabila nadi pada pergelangan tangan hilang kira-kira separuh dari volum darah akan turut hilang 15
[close]