Buku Panduan Pengoperasian Pusat Kegiatan Guru Malaysia

 

Embed or link this publication

Description

Buku Panduan Pengoperasian Pusat Kegiatan Guru Malaysia

Popular Pages


p. 1

1

[close]

p. 2

GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN PUSAT KEGIATAN GURU MALAYSIA SEMAKAN 2016 I

[close]

p. 3

diterbitkan oleh: BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pesiaran Bukit Kiara 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2081 7777 Faks: 03-2081 7788 Web: www.moe.edu.my ©Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 Cetakan Pertama 2016 Hakcipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik secara sebahagian atau keseluruhan, tanpa izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 - 2020 / Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. ISBN: XXXXXXXXX II

[close]

p. 4

ISI KANDUNGAN PRAKATA RINGKASAN EKSEKUTIF LATAR BELAKANG 1.1 Sejarah Penubuhan 1.2 Struktur Organisasi 1.3 Tugas Pegawai 1.4 Objektif Pusat Kegiatan Guru 1.5 Visi & Misi 1.6 Fungsi PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU 2.1 Peranan PKG Dahulu dan Sekarang 2.2 Fokus Peranan PKG Semasa iv v 1 3 4 10 10 10 12 14 PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN PKG 3.1 Khidmat Bantu, Khidmat Kepakaran dan Hand holding 3.2 Meningkatkan Kompetensi Guru 3.3 Promosi Bahan Sumber Pendidikan 3.4 Fasiliti 17 18 18 18 JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI (JKPA) PKG 4.1 Konsep Pengoperasian 4.2 Struktur JKPA 4.3 Prinsip Pengoperasian PENUTUP PANEL PENULIS RUJUKAN LAMPIRAN III 19 19 28 35 37 39 41

[close]

p. 5

PRAKATA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa. Syukur kehadrat ALLAH S.W.T. kerana di atas keizinanNya, Buku Panduan Pengoperasian Pusat Kegiatan Guru Malaysia dapat dihasilkan dengan jayanya. Matlamat penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan melalui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah yang dilaksanakan oleh guru. Selaras dengan peranan teknologi dalam pendidikan dan hasrat serta objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM) 2013 – 2025, peranan PKG perlu dimantapkan. PKG masa kini berperanan sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan khususnya dalam penyebaran dan perkembangan inovasi untuk merealisasikan teknologi sebagai pengupaya PdP abad ke-21. Dalam melaksanakan peranan tersebut, PKG memberi perkhidmatan khidmat bantu serta kepakaran berkaitan inisiatif-inisiatif ICT yang dilaksanakan di sekolah untuk meningkatkan kualiti PdP. Buku Panduan Pengoperasian PKG ini disediakan khusus untuk semua warga Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan cawangan, ianya menjelaskan peranan PKG, pengoperasian perkhidmatan PKG serta peranan Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG. Oleh itu saya yakin sekiranya setiap warga BTP dan sekolah malah seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memahami dan menghayati buku panduan ini, In Sya Allah PKG mampu menjadi Pusat Kecemerlangan Teknologi Pendidikan yang diiktiraf bukan sahaja di peringkat KPM malah di peringkat antarabangsa. Panduan ini memerlukan sokongan padu dan penghayatan yang jitu semua pihak untuk memastikan inisiatif ICT KPM dan Pembestarian Sekolah memenuhi objektifnya. Akhir kata saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada pasukan kerja penyediaan buku panduan ini serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan buku panduan ini. Saya sentiasa berdoa agar usaha murni tuan-tuan dan puan-puan akan terus dirahmati dan saya yakin, keikhlasan serta pengorbanan seperti inilah yang dapat menggerakkan fikiran serta emosi masyarakat untuk memberi penghormatan dan penghargaan secara berterusan kepada warga pendidik di semua peringkat. Saya percaya dengan segala usaha dan komitmen kita bersama mampu merealisasikan hasrat untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. IV

[close]

p. 6

RINGKASAN EKSEKUTIF Latar Belakang Pada tahun 1987, organisasi Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) telah dirombak untuk membolehkan Unit Teknologi Pendidikan (UTP) dicantumkan dan diserapkan ke dalam organisasi PSPN. Pada tahun 1996 semua PSPN telah diletakkan di bawah pengawasan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PSPN. Sebanyak 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah diwujudkan di seluruh negara yang mana 200 buah daripada PKG tersebut mempunyai bangunan sendiri dan 167 buah lagi berbangunan sementara yang menumpang di bangunan sekolah atau bangunan yang telah diubah suai. PKG merupakan sebuah organisasi yang bersifat mesra pengguna dan tempat membolehkan guru membuat perbincangan dan mengikuti kursus. PKG juga berperanan mewujudkan tempat berkongsi pengalaman tentang bahan-bahan sumber pendidikan dan pemikiran guru serta para pendidik lain, mendapat maklumat tentang hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan serta dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan Pusat Kegiatan Guru Peranan PKG adalah untuk mengatasi dan merapatkan jurang perbezaan dalam pencapaian pendidikan sekolah-sekolah di bandar dan di luar bandar. Di samping itu juga PKG menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membantu dalam membina bahan pengajaran dan pembelajaran dengan kos yang rendah. Matlamat penubuhan PKG juga adalah untuk memperkenalkan dan membiasakan guru dengan asas pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat. Matlamat penubuhan PKG adalah jelas bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui keberkesanan pengajaran pembelajaran di bilik darjah yang dilaksanakan oleh guru. PKG telah berusaha untuk mencapai perkara-perkara seperti berikut :  Memupuk kesedaran para pendidik terhadap pentingnya peranan teknologi pendidikan dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.  Memberi khidmat bantuan yang boleh memenuhi keperluan meningkatkan mutu pengajaran khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar bandar. V

[close]

p. 7

 Menggalakkan para pendidik menyampaikan pelajaran dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif melalui penggunaan pelbagai media pendidikan, dengan memberikan latihan serta khidmat nasihat dan bantuan teknikal.  Membantu dalam perancangan dan pelaksanaan sebarang pembaharuan kurikulum. Pengoperasian Perkhidmatan Pusat Kegiatan Guru Kemudahan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat komunikasi telah diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara, untuk menghasilkan generasi pelajar celik teknologi maklumat dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat bermaklumat. PKG di seluruh negara juga telah dinaik taraf dengan kemudahan infrastruktur , ini kerana PKG terlibat dengan penyebaran maklumat dan berperanan sebagai pakar runding kepada para guru dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk penggunaan teknologi ICT dalam PdP, peranan PKG dan pelaksanaannya dalam membantu guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran melalui peranannya seperti berikut: (i) Menjalankan proses promosi PKG dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. (ii) Melaksanakan kursus/ bengkel/seminar. (iii) Menyediakan kemudahan perkakasan, peralatan dan perisian ICT. (iv) Menyediakan juruteknik komputer bagi membantu menyelengara peralatan ICT (v) Menjalani pelbagai aktiviti PKG untuk perkembangan profesionalisme guru. Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG PKG berupaya menjadi pengurus yang baik, berkeupayaan untuk meramal dan merancang keperluan PKG masa hadapan. Ini membolehkan pengurus PKG merangka visi, misi dan objektif PKG berasaskan perspektif yang lebih luas, mempunyai keintelektualan dan visi yang luas, idea yang kreatif, dan berkeupayaan menggunakan pengetahuan dan perkembangan teknologi dalam membangunkan PKG. Di samping itu juga, berkeupayaan melihat masalah dari pelbagai sudut sebelum memperoleh kaedah penyelesaian yang menyeluruh dan berkesan. Bagi mengerakkan aktiviti PKG diwujudkan Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG yang dijalankan atas keperluan sekolah setempat atau sekolah ahli zon PKG. JKPA PKG yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah ahli berperanan untuk membuat perancangan berkaitan keperluan aktiviti yang berkaitan dengan dasar BTPN/PKG. Peranan JKPA juga akan mewujudkan pakatan dan aktiviti perkongsian antara sekolah ahli melalui PKG. VI

[close]

p. 8

Latar Belakang 1.1 SEJARAH PENUBUHAN PST (1978) PMD (1981) PSPD (1986) PKG (1990) Pusat Kegiatan Guru (PKG) bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST dikenali sebagai Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi perkhidmatan kepada 15 hingga 20 buah sekolah di kawasannya. 1

[close]

p. 9

Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan antara bandar dan luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran dengan kos yang minimum. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (Teknopen). Bidang pendidikan telah melalui perubahan hasil daripada peningkatan keperluan profesionalisme guru-guru. Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan diberikan peranan yang lebih luas. Sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia. Manakala 150 buah lagi telah diwujudkan menggunakan bangunan sekolah sedia ada. Nama PKG adalah bersesuaian untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah ‘Daerah’ yang memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan atas kecemerlangan yang telah dicapai. Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30 Oktober 1995, mulai 1 Januari 1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia. 2

[close]

p. 10

1.2 STRUKTUR ORGANISASI Pada peringkat awal penubuhan, pengurusan PKG ditadbir dan diurus oleh seorang pegawai yang dikenali sebagai Penyelaras PKG. Pada hari ini PKG dikendalikan oleh empat orang kakitangan. Rajah 1 menunjukkan struktur Organisasi PKG. KETUA PENOLONG PENGARAH KETUA UNIT BTPN KETUA PKG PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PENOLONG PEGAWAI MAKLUMAT/ JURUTEKNIK KOMPUTER PEMBANTU TADBIR RAJAH 1 : Struktur Organisasi PKG 3

[close]

p. 11

1.3 TUGAS PEGAWAI Pegawai PKG adalah untuk memperkenal dan membiasakan guru dengan asas pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat bagi meningkatkan kualiti pendidikan melalui keberkesanan pengajaran pembelajaran di bilik darjah yang dilaksanakan oleh guru. 1.3.1 PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.3.1.1 Pengurusan Dan Pentadbiran  Bertanggungjawab membantu BTPN menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi pengurusan dan aktiviti PKG.  Bertanggungjawab ke atas pengurusan pentadbiran am, perolehan kerajaan dan inventori.  Menyelia dan menyenggara bangunan dan peralatan PKG.  Mempromosi dan menyebar pelbagai sumber pendidikan dan perkhidmatan di PKG.  Menjadi penggerak dan mengoptimumkan keberkesanan pelaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) sekolah-sekolah setempat.  Menyedia laporan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan laporan kewangan bulanan dan tahunan. 1.3.1.2 Pembangunan Sumber Manusia Setempat  Mengurus dan mengendali program dan latihan teknologi pendidikan.  Sebagai fasilitator program dan latihan teknologi pendidikan. 4

[close]

p. 12

 Memberi khidmat nasihat penggunaan media, peralatan dan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran.  Membimbing dan memberi khidmat nasihat mengenai bidang pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sekolah- sekolah setempat.  Memberi khidmat nasihat mengenai pengautomasian PSS sekolah-sekolah setempat.  Membantu menyelaras perkongsian idea dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan. 1.3.1.3 Pembestarian Sekolah  Pemudah cara Program Pengurusan Perubahan Pendidikan Bestari di sekolah-sekolah setempat.  Memberi bimbingan kepada sekolah setempat dalam penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.  Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah-sekolah setempat :  Penyenggaraan ICT  Penggantian Makmal Komputer  Pusat Akses Sekolah  Projek-Projek Inisiatif ICT 1.3.1.4 Pemantauan dan bimbingan Program Teknologi Pendidikan Membantu Bahagian Teknologi Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri memberi bimbingan program teknologi pendidikan berkaitan dengan Pembelajaran Maya, EduWebTV, Program NILAM, Pusat Sumber 5

[close]

p. 13

Sekolah, pengurusan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah setempat. 1.3.1.5 Penghasilan Bahan Sumber Pendidikan  Membantu Bahagian Teknologi Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri menjalankan kajian dan mengedar dapatan kajian ke sekolahsekolah setempat.  Membantu Bahagian Teknologi Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri menghasilkan bahan-bahan sumber pendidikan.  Menguruskan perkhidmatan rakam salin bahan audio visual pendidikan. 1.3.1.6 Urus Setia  Mempengerusikan mesyuarat Pengurusan PKG.  Menjalankan tugas sebagai Setiausaha Jawatankuasa pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG. 1.3.1.7 Menjalankan Tugas Lain Yang Diarahkan Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan BTPN dari semasa ke semasa. 1.3.2 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT/JURUTEKNIK KOMPUTER 1.3.2.1 Pengurusan Inisiatif ICT  Membantu merancang, mengurus, menyelia dan melaksanakan penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di PKG dan sekolah ahli. 6

[close]

p. 14

 Melapor dan bertanggungjawab kepada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG.  Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian router, server, switch dan sebagainya.  Membuat verifikasi kerosakan peralatan ICT.  Membantu mengurus akaun pengguna dan e-mel.  Memastikan kesemua kemudahan infrastruktur teknologi berada keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.  Memastikan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi dipatuhi.  Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah berkaitan dengan perkakasan, Sistem Pengoperasian Rangkaian.  Membantu sebagai fasilitator dalam bengkel/kursus yang berkaitan teknikal dan ICT. 1.3.2.2 Menyediakan Kemudahan Inisiatif ICT  Membantu merancang, mengurus, menyelia dan melaksanakan penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi untuk aktiviti-aktiviti di PKG sahaja.  Memastikan kebersihan dan keselesaan persekitaran bilik di mana kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.  Menyedia inventori bagi kemudahan infrastruktur teknologi yang dibekalkan. 7

[close]

p. 15

 Membantu menyediakan keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan pejabat dan membantu serta memberi bimbingan.  Membantu merancang dan menguruskan pembelian bahan habis guna berasaskan ICT (consumables).  Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi dan data. 1.3.2.3 Memastikan Keselamatan Infrastruktur Inisiatif ICT  Memastikan bilik pelayan (server) hanya dimasuki oleh pihak diberi kuasa sahaja.  Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.  Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat yang telah dikenalpasti.  Memastikan keselamatan data melalui langkahlangkah berikut:  Memastikan komputer bebas dari virus.  Membantu membuat backup dan replikasi maklumat. 1.3.2.4 Menjalankan Tugas-tugas Lain Yang Diarahkan Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan BTPN /PKG dari semasa ke semasa. 1.3.3 PEMBANTU TADBIR PKG 1.3.3.1 Pentadbiran  Mengendali dan mengemaskini sistem fail Pusat Kegiatan Guru. 8

[close]

Comments

no comments yet