UCAPAN BAJET NEGERI MELAKA 2018

 

Embed or link this publication

Description

UCAPAN BAJET NEGERI MELAKA 2018

Popular Pages


p. 1

(1) UCAPAN BAJET NEGERI MELAKA TAHUN 2018 OLEH: YAB DATUK SERI UTAMA Ir. (DR) HJ IDRIS BIN HJ HARON KETUA MENTERI MELAKA KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2018) 2017 “MERANCAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI MELESTARI PEMBANGUNAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT” 27 NOVEMBER 2017 (ISNIN), 8 RABIULAWAL 1439 H DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA ------------------------------------------------------------------------

[close]

p. 2

(2) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 755 Tahun, Melaka Maju Fasa Ke-2. Berkat, Tepat, Cepat. YB Datuk Wira Speaker; 1. Saya mohon mencadangkan supaya rang Undang-undang bertajuk “Suatu Enakmen Perbekalan (2018) 2017 untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2018” dibaca bagi kali kedua. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat; Mukadimah Saya mulakan pembentangan Bajet 2018 dengan memetik Firman Allah SWT dalam surah Al-Zukhruf, ayat 32:

[close]

p. 3

(3) Maksudnya: "(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?)Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara kerohanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagibahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain.Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan". (Surah Al-Zukhruf, ayat 32). Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat; 2. Maka mengambil iktibar daripada ayat ini, Kerajaan Negeri berpendirian memacu pertumbuhan ekonomi secara progresif untuk mencipta kegemilangan dengan menggunakan sumber hasil secara optimum dan berhemah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat khususnya dan negeri Melaka amnya. 3. Seawal dan semulia akhlak Nabi Muhammad SAW dan di pagi Isnin yang ceria bertarikh 27 November ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat AllahSWT kerana dengan limpah, izin serta innayah-Nya, saya dan Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat berhimpun sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini, sebuah institusi simbol

[close]

p. 4

(4) kedaulatan negeri untuk melaksana amanah dan tanggungjawab membentangkan Bajet 2018 bagi Negeri Melaka. 4. Saya teruja apabila melihat rakan-rakan seperjuangan berada di dewan ini. Saya juga tidak dapat menyembunyikan rasa seronok melihat rakan-rakan di sebelah sana yang kelihatan segak dan bersemangat. 5. Ibarat kata pepatah: “Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat, bekerja secara ganding-berganding, bahu-membahu adalah resepi kejayaan.” 6. Meskipun daripada bahtera yang berbeza, tetapi saya percaya matlamat kita tetap sama iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat dan negeri Melaka yang kita cintai ini. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat; Belasungkawa 7. Sebelum saya membentangkan bajet ini, marilah kita menginsafi diri dan bertafakur seketika dan melafazkan Al-Fatihah bagi mengenang mereka yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. 8. Saya dan seluruh rakyat Melaka berduka di atas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong keempat belas (14), berjiwa rakyat, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, pada 11 September 2017.

[close]

p. 5

(5) 9. Begitu juga dengan pemergian beberapa pemimpin iaitu Allahyarhama Datin Azizah binti Hashim, isteri mantan ADUN Sungai Rambai, Allahyarham Datuk Aziz Abd Ghani, mantan Pengerusi Gerakan Melaka, mendiang Datuk Lee Ah Fatt dan bekas Setiausaha Agung DAP, mendiang Kerk Kim Hock. Kita juga bersedih dengan kebakaran yang mengorbankan 23 pelajar dan dua penjaga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini, musibah banjir yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah, penderitaan serta kesengsaraan etnik Rohingya yang teraniaya di Myanmar dan gempa di Timur Tengah. 10. Al-Fatihah bagi mereka yang beragama Islam. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat; 11. Gagasan mahupun prakarsa negeri ini sejak 6 dekad lalu telah dimeterai dan dipateri oleh tokoh kepimpinan terdahulu dengan penuh bijaksana dan berhikmah, dipasak dengan realiti dan berangka serta komposisi kemajmukan rakyat. 12. Bersandar kepada premis yang kukuh ini, maka untuk kali ke-5, saya bagi pihak kerajaan, yang memegang amanah dan tanggungjawab selaku Ketua Menteri ke-10, akan membentangkan Bajet 2018 pada pagi ini. 13. Dengan tema, ‘Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi, Melestari Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat’ bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 ini akan mengandungi pencapaian-pencapaian Kerajaan Barisan Nasional sejak 2013 menerajui Melaka.

[close]

p. 6

(6) 14. Sehingga kini, kedudukan fundamental ekonomi negeri masih kukuh dan kekal berada di landasan yang tepat. Tidak dinafikan, masih banyak usaha pembangunan yang perlu ditingkatkan terutama dalam konteks pembangunan sosio-ekonomi dan infrastruktur serta kemudahan asas dalam episod kedua Melaka Maju Fasa Ke-2. Terima Kasih TYT TUN 15. Saya bersyukur kerana dibantu secara dekat oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Yaakob, Gabenor Negeri yang memiliki minat mendalam terhadap kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Dengan segala pengalaman dan pengetahuan, Tuan Yang Terutama Tun umpama The Walking Dictionary. 16. Tidak terlewat untuk saya dan para penjawat awam serta rakyat mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-79 kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob serta setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas kejayaan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang sejarah dari Kolej Universiti Islam Melaka baru-baru ini. 17. Semangat dan iltizam yang dimiliki Tun memberi inspirasi kepada kita bahawa tiada apa yang mustahil untuk digapai dalam hidup jika ada kesungguhan dan komitmen sekali gus memberi kekuatan dan semangat kepada kerajaan untuk terus gigih menjayakan agenda pembangunan negeri. 18. Saya dan barisan kepimpinan negeri serta penjawat awam dan rakyat Melaka mendoakan Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat

[close]

p. 7

(7) Berbahagia Toh Puan serta anakanda dan cucunda sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dimurahkan rezeki, sihat sejahtera sepanjang masa untuk terus memayungi Negeri Melaka. Hang Tuah bermain senjata, Bijak beraksi tiada bandingan, Melaka harmoni aman sentosa, Gabenor Tun tonggak sanjungan. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat; Kejayaan dan Pengiktirafan 19. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad ke-5 yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada April lalu. 20. Melaka negeri bertuah kerana negeri pertama mendapat perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-5 sempena Lawatan Tugas-Tugas Khas baginda pada Mac lalu. 21. Semoga di bawah payung kedaulatan Tuanku Muhammad ke-5, Malaysia terus dikurnia segala keberkatan serta kebesaran, keamanan dan kemakmuran serta sejahtera selamanya.

[close]

p. 8

(8) Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat; 22. Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah kepada Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Melaka atau BISTARI kerana berjaya menjadi tuan rumah acara sukan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PIWRBNM) 2017 yang berlangsung dari 22 hingga 26 November 2017. Program ini telah mendapat pujian pelbagai pihak dan ia juga telah membantu meningkatkan jumlah pelancong. 23. Tahniah dan syabas juga kepada semua yang menjayakan program Gen Y Green the City semalam yang berjaya menghimpun 80,000 ribu anak muda di Dataran 1 Malaysia dengan highlight event penanaman ‘kapsul masa’ yang mengandungi warkah serta amanat YAB Perdana Menteri yang akan dibaca pada 1 Januari 2050. 24. Tahun 2017, Melaka menjadi tuan rumah kepada banyak acara bertaraf kebangsaan dan antarabangsa sekali gus membuktikan bahawa negeri kecil ini telah mencapai tahap World’s Convention Centre. Antaranya:  Festival Antarabangsa Sungai Melaka pada 18 November 2017 dengan persembahan epik Panglima Awang atau Henry the Black;  The 13th Asia Pacific Roundtable on Sustainable Consumption and Production pada 24 Oktober 2017;  Persidangan Urban Environmental Accords (UEA) Melaka Summit kali ke-4 dari 7 hingga 9 September 2017;

[close]

p. 9

(9)  Tilawah Al-Quran dan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 3 April 2017 - peserta Melaka berjaya meraih johan keseluruhan kategori hafazan;  Persidangan Asia Urban Youth Assembly (AUYA) pada 25 Mac dan banyak lagi. 25. Bagi pencapaian dalam pembangunan hijau:  Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima anugerah Clean Air for Small Cities daripada Asean Working Group On Environmental Sustainable Cities sempena The 5th Asean State Environment di Brunei Darussalam pada 12 September 2017dan Anugerah Penghargaan Perlaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2017 daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempena Hari Perancangan Bandar sedunia 2017;  Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima anugerah 1 Diamond Rating daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau (KETTHA) pada 13 Oktober 2017 kerana berjaya mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 911.24 tan C02 atau 9.03 peratus di kawasan kajian Low Carbon Cities Framework (LCCF) MPHTJ bagi tahun 2016; dan  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), juara Innovation Award IGEM 2017 kerana mencipta produk Pico Hydro Generation System-menjana tenaga elektrik menggunakan kuantiti air yang sedikit sempena The International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference (IGEM) pada 12 Oktober 2017.

[close]

p. 10

(10) 26. Dalam bidang sukan, Melaka terus cemerlang;  Pada kejohanan Sukan SEA 2017, seramai 37 atlet berjaya merangkul pingat dengan empat belas (14) emas, dua puluh (20) perak dan lima belas (15) gangsa;  Raja pecut kelahiran Melaka, Khairul Hafiz Jantan atauThe Speedy Jantan muncul sebagai manusia terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih emas 100 meter di Sukan Sea 2017. Pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Ke-94 di Stadium Nasional Bukit Jalil beliau mendapat emas dalam acara 200 meter dan memecah rekod kebangsaan dengan masa 20.90 saat milik Tan Sri Dr. M Jegathesan yang dibuat pada Oktober 1968 di Sukan Olimpik Mexico. Beliau turut memenangi acara 4 x 100m dalam kejohanan olahraga terbuka Vietnam 2017 di Ho Chi Minh;  Atlet Para ASEAN, Zahidi Lamsah, pemain boling kerusi roda yang juga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat memenangi emas trio lelaki campuran di sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 pada 21 September 2017;  Pasukan bolasepak Melaka United kekal beraksi dalam Liga Super musim hadapan dengan kedudukan di tempat ke-8 daripada 12 pasukan musim ini;  Dari segi Venue, Stadium Hang Jebat terus menjadi tumpuan dan pilihan pelbagai Perlawanan Bolasepak Antarabangsa. Antaranya Pasukan ‘Harimau Malaysia’ untuk Perlawanan Persahabatan Malaysia menentang Macau dan Syria dan padang Latihan Perlawanan bersama Hong Kong; dan  MUSA juga diberi kepercayaan oleh AFC dan FAM mengelola kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 Peringkat Asia di mana pasukan

[close]

p. 11

(11) Syria menjadikan Stadium Hang Jebat sebagai tuan rumah bagi menentang Uzbekistan; Qatar; China; Australia dan perlawanan persahabatan dengan Iraq. 27. Kerajaan negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada empat (4) jabatan yang telah mencapai penarafan lima bintang iaitu tahap sangat baik di dalam Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti (AI) iaitu dengan catatan markah tertinggi kepadaJabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri 97.67 peratus; Jabatan Ketua Menteri 95.95 peratus; Pejabat Tanah dan Galian 92.76 peratus; Majlis Agama Islam Negeri 90.22 peratus manakala enam (6) jabatan dan agensi mencapai pengiktirafan empat bintang iaitu penarafan di tahap baik. 28. Semoga pengiktirafan dan penganugerahan ini tidak terhenti di sini. Pencapaian ini juga menggambarkan bahawa pengurusan kewangan dalam perkhidmatan awam di Melaka berada di landasan yang tepat serta kukuh dalam memacu kecemerlangan ke arah urus tadbir terbaik. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker; Ahli-Ahli Yang Berhormat; Prestasi Dan Kedudukan Ekonomi Negara 29. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Mohd Najib bin Tun Abdul Razak kerana berjaya merencana bajet yang inklusif berpandu kepada kerangka Maqasid Syariah.

[close]

p. 12

(12) 30. Malah ia digubal selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke11 dengan memastikan kemakmuran dan kekayaan negara dapat dinikmati secara saksama dan kesamarataan. 31. Separuh tahun pertama 2017 menyaksikan ekonomi negara mencatat unjuran pada kadar 5.7 peratus. Sehingga 13 Oktober 2017, rizab antarabangsa negara berada di kedudukan 428.7 billion ringgit. Kerajaan menjangka pendapatan perkapita 2018 meningkat 5 peratus kepada 42,777 ringgit berbanding tahun semasa, 40,713 ringgit. 32. Laporan Daya Saing Global 2016 hingga 2017 oleh Forum Ekonomi Dunia di Switzerland meletakkan negara di kedudukan ke-25 daripada 138 negara sekali gus kekal dalam kalangan 20 negara teratas paling berdaya saing dan di kedudukan paling tinggi dalam kalangan negaranegara membangun Asia. 33. Manakala Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2018 menyaksikan Malaysia kekal berada dalam kelompok 25 negara teratas senarai 190 ekonomi global tahun 2017 berikutan persekitaran perniagaan yang baik dengan New Zealand sebagai paling mesra perniagaan di dunia mengatasi Singapura dan Denmark diikuti Korea Selatan dan Hong Kong. 34. Kesemua kejayaan ini telah dijadikan asas oleh Kerajaan Persekutuan dalam menyajikan Bajet 2018 berdasarkan lapan (8) PeTunjang utama iaitu: -  Merancak Pelaburan Perdagangan dan Industri;  Menuju Aspirasi Transformasi Nasional 50;

[close]

p. 13

(13)  Mengungguli Pembangunan Pendidikan, Latihan dan Kemahiran serta Bakat;  Memacu Pembangunan Inklusif;  Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat dan Peluang Menjana Pendapatan;  Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital;  Meningkatkan Kecekapan dan Penyampaian GLC dan Perkhidmatan Awam; dan  Mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker; Ahli-Ahli Yang Berhormat; Senario Ekonomi Negeri 35. Dalam tempoh 2013 ke 2016, pencapaian ekonomi Negeri Melaka semakin mengukuh dan mampan susulan daripada pelbagai dasar yang digubal dan bermacam program yang dirangka. Pertumbuhan ekonomi Melaka meningkat dari 2.4 peratus tahun 2013 kepada 4.5 peratus tahun 2016 mengatasi prestasi ekonomi nasional iaitu 4.2 peratus. 36. Sektor perkhidmatan seperti pelancongan merupakan penyumbang utama ekonomi negeri sebanyak 45.9 peratus meningkat 17.6 peratus dari 12.9 juta ringgit tahun 2013 kepada 15.2 juta ringgit tahun 2016, diikuti dengan sektor pembuatan 40.7 peratus, pertanian 10.6 peratus dan pembinaan 2.5 peratus. 37. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Melaka telah merekodkan peningkatan yang amat memberangsangkan daripada 27.9 juta ringgit tahun 2013 kepada 33.1 juta ringgit tahun 2016.

[close]

p. 14

(14) 38. Dalam ketidaktentuan ekonomi global, kadar pengangguran di Melaka masih terendah iaitu berada di bawah 0.9 peratus sejak 2013 dan usaha-usaha masih diteruskan bagi mencapai sifar pengangguran. 39. Manakala, kadar inflasi kekal sederhana dan terkawal dengan purata 2.25 peratus sejak 2013. 40. Pendapatan isi rumah bulanan purata Negeri Melaka meningkat 6.2 peratus daripada 6,046 ringgit tahun 2014 kepada 6,849 ringgit tahun 2016 berdasarkan Laporan Penyiasatan Statistik 2016. 41. Begitu juga dengan pendapatan per kapita negeri, meningkat 41,363 ringgit tahun 2016 berbanding 35,699 ringgit tahun 2013. Sepertimana Laporan Global Finance, angka ini menghampiri taraf negeri berpendapatan tinggi iaitu bersamaan 9,850 dollar Amerika atau 40,565 ringgit. 42. Berdasarkan persekitaran positif dan langkah-langkah strategik yang diambil oleh Kerajaan dibantu oleh jentera pentadbiran negeri, ekonomi Melaka dijangka bertumbuh pada kadar 5 hingga 6 peratus pada tahun 2018. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker; Ahli-Ahli Yang Berhormat; Bajet Negeri 2018 43. Kita sedia maklum, Bajet adalah pembentangan rancangan pembangunan, pengurusan dan penambahbaikan oleh Kerajaan Negeri

[close]

p. 15

(15) bagi tahun mendatang. Bajet 2018 digubal dengan tema “Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi, Melestari Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat”. 44. Tema ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk melaksana agenda pembangunan secara berterusan dan berdaya mampan berlandaskan tiga strategi utama:- Pertama : Merangsang Ekonomi Negeri bagi Memperkukuhkan Kualiti Hidup Rakyat; Kedua : Meneruskan Agenda Sosial serta Pembangunan Negeri; dan Ketiga : Memperkasa Pembangunan Modal Insan. 45. Bajet Negeri Melaka Tahun 2018 memperuntuk sejumlah 373.67 juta ringgit dengan 363.70 juta ringgit untuk perbelanjaan bekalan seperti di dalam Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2018) 2017 dan 9.97 juta ringgit untuk perbelanjaan tanggungan sekali gus menyaksikan peningkatan 24.89 juta ringgit berbanding 2017 iaitu 348.78 juta ringgit 46. Di bawah perbelanjaan mengurus, 110.15 juta ringgit diperuntukkan untuk bayaran emolumen bagi pegawai tetap, 156.39 juta ringgit bagi menampung perkhidmatan dan bekalan termasuk bayaran emolumen pegawai kontrak serta pembelian aset sebanyak 3.13 juta ringgit. 47. Pelbagai pemberian dan kenaan bayaran tetap berjumlah 101.44 juta ringgit adalah untuk sumbangan bayaran gaji kepada agensi dan anak-anak syarikat, sumbangan kepada pelbagai Persatuan dan Badan

[close]

Comments

no comments yet