Dasar Perbandaran Negara

 

Embed or link this publication

Description

Dasar Perbandaran Negara

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

MALAYSIA Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan 8 OGOS 2006

[close]

p. 3

Dasar Perbandaran Negara 2 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Dasar perbandaran negara. ISBN 983-42643-2-1 1. Urban policy-Malaysia. 2. Urbanization--Malaysia. Perancangan Bandar dan Desa. 307.7609595 I. Malaysia. Jabatan

[close]

p. 4

Dasar Perbandaran Negara PERUTUSAN Perdana Menteri Malaysia Pembangunan negara dipandu oleh misi nasional iaitu Wawasan 2020 yang memanifestasikan dan mengaspirasikan sebuah negara Malaysia yang maju sepenuhnya dari segi ekonomi, sosial, politik dan kerohanian menjelang tahun 2020. Negara kini telah memasuki fasa kedua ke arah pencapaian Wawasan 2020. Proses globalisasi yang pesat, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi serta keperluan untuk menguasai ekonomi yang berasaskan pengetahuan memerlukan negara berada di landasan yang kukuh untuk kekal kompetitif dan berdaya saing agar seiring dengan negara-negara lain. Dalam konteks ini, arah tuju pembangunan negara perlu dirancang dan diurus dengan sistematik serta komprehensif bagi merangsang keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global. Bandar merupakan salah satu sektor pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pusat pelaburan terpenting bagi negara. Sektor bandar berperanan dalam menarik pelabur-pelabur asing dan tempatan untuk menjalankan kegiatan ekonomi selain menjadi tempat tumpuan untuk aktiviti rekreasi dan sosial. Dalam hal ini, bandar perlu berupaya menawarkan persekitaran kawasan yang kompetitif, berdaya saing serta terbaik bagi menyokong segala bentuk aktiviti di dalamnya. Semenanjung Malaysia dijangka mengalami proses perbandaran yang pesat menjelang tahun 2020, di mana kebanyakan penduduknya akan bertumpu di kawasan-kawasan bandar. Penduduk yang ramai ini memerlukan lebih banyak ruang bagi penyediaan kawasan perumahan, kemudahan awam, dan infrastruktur. Justeru itu, sumber jaya negara perlu digunakan secara optimum dan seimbang dengan memastikan pembangunan yang dilaksanakan menghasilkan pulangan yang baik dan pada masa yang sama kepentingan aspek pemeliharaan alam sekitar perlu terus menjadi keutamaan. Dasar Perbandaran Negara (DPN) disediakan bertujuan memastikan bandar-bandar dapat berperanan secara optimum sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara dan mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi melalui proses perbandaran yang lebih terancang dan sistematik. Aspirasi DPN adalah selari dengan misi nasional untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Saya berharap dengan terlaksananya kesemua dasar ini, bandar-bandar kita akan dapat dimajukan secara efisien, efektif dan diurustadbir secara seimbang, dengan seterusnya berupaya menjadi bandar bertaraf dunia yang setanding dengan negara-negara lain. 3 Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia

[close]

p. 5

Dasar Perbandaran Negara PERUTUSAN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengalu-alukan penyediaan Dasar Perbandaran Negara (DPN) yang bertujuan untuk mewujudkan bandar yang berwawasan dengan komuniti dan kehidupan yang sejahtera. Ianya adalah selari dengan Misi Nasional dan Kementerian untuk menyediakan suatu persekitaran hidup yang sihat, selamat, sejahtera dan indah untuk pembangunan sosio-ekonomi dan masyarakat Malaysia yang maju dan berdisplin. Penyediaan DPN ini adalah tepat pada masanya memandangkan negara kini sedang mengalami proses perbandaran yang pesat. Dalam konteks Semenanjung Malaysia sahaja, kadar perbandaran 4 negara dijangka akan meningkat sehingga 75% menjelang tahun 2020. Peningkatan ini akan menyaksikan timbulnya pelbagai implikasi yang negatif dari proses pembangunan perbandaran sekiranya ia tidak diurus dengan baik. Antara isuisu perbandaran yang menjadi perhatian kerajaan adalah seperti kemiskinan bandar, peningkatan kadar jenayah, pembuangan sisa pepejal, perumahan untuk golongan berpendapatan rendah, pemeliharaan alam sekitar, pencemaran dan sebagainya. Isu-isu ini perlu ditangani secara holistik bagi memastikan peranan bandar sebagai enjin pertumbuhan ekonomi terus dikekal dan diperkukuhkan. Bandar-bandar perlu diurustadbir dengan efisien dan efektif bagi mewujudkan suasana persekitaran hidup yang mampan dan selesa sebagai tempat untuk bekerja dan didiami. Pada masa yang sama, keunikan bandar perlu dipelihara bagi mengekalkan imej dan identitinya yang tersendiri. Dasar Perbandaran Negara (DPN) ini bertujuan memberi halatuju kepada agensi-agensi Kerajaan dalam merancang, melaksana dan mengurus perkhidmatan bandar. Bagi memastikan keberkesanannya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia akan bertanggungjawab memantau pelaksanaan DPN. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam perancangan, pembangunan dan pentadbiran bandar untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut dengan baik. Justeru itu, semua pihak terutama sekali pihak berkuasa tempatan perlu mengambil pendekatan yang lebih berinovasi, telus dan cekap dalam usaha membangun dan mewujudkan bandar-bandar yang berkualiti, sejahtera, berdaya saing dan progresif. Dato’ Seri Ong Ka Ting Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

[close]

p. 6

Dasar Perbandaran Negara PRAKATA Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia Bandar merupakan pemangkin dan penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, pusat bagi inovasi dan keusahawanan, serta sumber perkhidmatan sosial yang tinggi. Urustadbir bandar yang efisien dan efektif dapat membantu menjana pembangunan negara yang lebih kompetitif dan berdaya saing. Oleh yang demikian, potensi pembangunan yang wujud di bandar perlu terus digunakan dan disokong agar ianya berupaya menawarkan perkhidmatan dan lokasi pelaburan pada tahap yang tinggi. Penyediaan Dasar Perbandaran Negara (DPN) ini adalah usaha Jabatan bagi menyahut aspirasi negara untuk mewujudkan pembangunan seimbang yang bukan hanya berorientasikan kepada pembangunan ekonomi tetapi merentasi aspek sosial dan kerohanian sepertimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) dan Misi Nasional. DPN ini berfungsi memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan bandar supaya lebih efisien dan efektif bagi menghadapi cabarancabaran masa kini dan hadapan serta memastikan pencapaian matlamat negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. DPN akan dijadikan sebagai rangka kerja asas dalam segala perancangan, pembangunan dan pentadbiran bandar-bandar di Malaysia. Penyediaan DPN ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 6B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan 2001) Akta A1129 dan Bab 21 Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) di bawah tajuk ’Perkhidmatan Bandar’. Penggubalan DPN adalah melalui proses perundingan dengan pelbagai agensi persekutuan, negeri dan tempatan termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan, Institut Pengajian Tinggi, Sektor Korporat dan Pakar-pakar dari seluruh negara. DPN ini memberi tumpuan kepada enam teras utama yang menggariskan strategi ke arah mewujudkan bandar yang selamat, bersistematik, moden dan menarik. Sebanyak 30 dasar telah digubal yang merangkumi pelbagai aspek penting dalam perancangan, pembangunan dan pentadbiran bandar-bandar di negara ini. Adalah diharapkan dengan adanya DPN ini, segala bentuk perancangan pembangunan bandar-bandar di Malaysia akan dapat dilaksanakan dengan terancang, seimbang, berkualiti, mampan dan sejahtera ke arah pencapaian matlamat negara untuk maju sepenuhnya dari segi ekonomi, sosial, politik dan kerohanian menjelang tahun 2020. 5 Dato’ Mohd. Fadzil bin Hj. Mohd. Khir Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 7

Dasar Perbandaran Negara

[close]

p. 8

Dasar Perbandaran Negara ISI KANDUNGAN 9 Pengenalan 10 Tujuan Dasar Perbandaran Negara 12 Isu Dan Cabaran 28 Falsafah 31 Matlamat 32 Objektif 35 Teras Dasar Perbandaran Negara Teras 1: Pembangunan Perbandaran Yang Efisien Dan Mampan Teras 2: Pembangunan Ekonomi Bandar Yang Kukuh, Dinamik dan Berdaya Saing Teras 3: Sistem Pengangkutan Bandar Yang Bersepadu dan Efisien Teras 4: Penyediaan Perkhidmatan Bandar, Infrastruktur dan Utiliti Yang Berkualiti Teras 5: Pewujudan Persekitaran Kehidupan Bandar Yang Sejahtera dan Beridentiti Teras 6: Tadbir Urus Bandar Yang Efektif 68 Pelan Tindakan Pelaksanaan 88 Lampiran 108 Penghargaan

[close]

p. 9

Dasar Perbandaran Negara 8

[close]

p. 10

Dasar Perbandaran Negara 1.0 PENGENALAN Bandar sebagai enjin pertumbuhan ekonomi mempunyai peranan yang amat penting dalam pencapaian wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sepanjang dua dekad yang lalu tahap perbandaran telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang. Bagi menangani dan mengurus peningkatan ini dengan baik, wujud keperluan terhadap perancangan, pembangunan dan pengurusan perkhidmatan perbandaran yang lebih sistematik dan efisien supaya kualiti hidup yang lebih baik dapat dinikmati oleh komuniti bandar. Potensi perkembangan bandar perlu dirancang dengan sebaik mungkin selaras dengan perubahan teknologi dan cabaran globalisasi supaya dapat memberi sumbangan yang maksimum kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun demikian pembangunan bandar sedia ada menghadapi pelbagai masalah fizikal dan sosial ekoran daripada pembangunan yang tidak dilaksanakan dengan seimbang. Sehubungan itu satu rangka asas yang lebih menyeluruh dan bersepadu untuk memandu proses perbandaran di negara ini perlulah diwujudkan melalui penggubalan Dasar Perbandaran Negara. Keperluan penyediaan DPN telah ditekankan di dalam RMK-8 dan RMK-9 di mana DPN perlu digubal untuk meningkatkan keberkesanan kualiti perkhidmatan bandar ke arah mewujudkan bandar yang selamat, bersistematik, moden dan menarik. Peruntukan di bawah Bahagian IIB, Seksyen 6B (3), Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) yang dipinda pada tahun 2001 (Akta A1129), juga menyatakan keperluan bagi Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa menimbangkan dasar perbandaran negara atau dasar lain yang serupa dalam menyediakan draf Rancangan Fizikal Negara (RFN). 9 1.0 Pengenalan

[close]

p. 11

Dasar Perbandaran Negara 2.0 TUJUAN DASAR PERBANDARAN NEGARA Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar. Ia juga akan dijadikan asas untuk menggalakkan integrasi dan perpaduan kaum yang akan tinggal dalam kawasan bandar. Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancanganrancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi 10 menyelaras dan mengurus perbandaran negara.

[close]

p. 12

Dasar Perbandaran Negara 11 2.0 Tujuan Dasar Perbandaran Negara

[close]

p. 13

Dasar Perbandaran Negara 3.0 ISU DAN CABARAN Dalam menghadapi proses perbandaran, terdapat beberapa isu utama yang dihadapi oleh bandar-bandar di seluruh negara. Antara isu-isu tersebut adalah: 12

[close]

p. 14

i. Kadar Perbandaran yang Pesat Pembangunan perbandaran di Semenanjung Malaysia telah berkembang dengan pesatnya terutama sejak dua dekad yang lalu di mana kadar perbandaran telah meningkat daripada 54.3% kepada 65.4% dalam tempoh antara tahun 1991 ke tahun 2000. Adalah dijangkakan kadar ini akan meningkat kepada 75% menjelang tahun 2020. Pertambahan penduduk ini kebanyakannya bertumpu di konurbasi-konurbasi utama seperti Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Peningkatan penduduk yang tinggi ini memerlukan pertambahan kawasan-kawasan baru bagi pembangunan kawasan perumahan, kemudahan awam, perniagaan dan gunatanah bandar yang lain. Ketiadaan had pembangunan bandar yang jelas telah mewujudkan ‘urban sprawl’ yang menyebabkan pembangunan telah menjangkau ke kawasan sensitif alam sekitar, kawasan pertanian utama dan lain-lain kawasan yang tidak sesuai untuk dibangunkan. Selain itu, ketidakpatuhan kepada rancangan pemajuan yang telah disediakan telah menyumbangkan kepada kewujudan masalah ini. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai masalah perbandaran seperti pencemaran alam sekitar, kesesakan lalulintas, kewujudan kawasan-kawasan ‘brownfield’, kehilangan daya tarikan dalam kawasan bandar, kemerosotan kualiti infrastruktur, kekurangan kawasan hijau dan kemudahan awam yang lain; hingga menyebabkan penurunan kualiti hidup bandar. Masalah percanggahan gunatanah masih wujud terutamanya di bandar-bandar yang mengalami pembangunan yang pesat memandangkan permintaan gunatanah di kawasan-kawasan strategik adalah tinggi. Kewujudan kilang-kilang haram di kawasan bandar telah menimbulkan banyak masalah pencemaran alam sekitar. Ini kerana kilangkilang haram tidak dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang sepatutnya. Banyak aktiviti industri terutamanya kemudahan-kemudahan perusahaan kecil dan sederhana (SME) dibina secara bertaburan di lokasi-lokasi yang tidak sesuai serta tidak diurus dengan baik. Situasi ini perlu diatasi melalui perancangan, pemantauan dan pengurusan yang lebih baik terhadap kemudahan aktiviti ekonomi di kawasan bandar. Dasar Perbandaran Negara 13 3.0 Isu dan Cabaran

[close]

p. 15

Dasar Perbandaran Negara ii. Penurunan Kualiti Alam Sekitar Masalah yang timbul daripada proses perbandaran yang pesat telah menyebabkan penurunan kualiti alam sekitar terutamanya kualiti air, udara dan bunyi. 14 Banyak sungai yang menjadi sumber utama air telah mengalami kemerosotan kualiti air disebabkan oleh sisa buangan isi rumah, efluen dari sektor perindustrian, pepejal terampai dari hakisan tanah dan sisa logam berat dari kilang. Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar, terdapat sebanyak 9 lembangan sungai dalam keadaan tercemar pada tahun 2004 dan antaranya adalah Sungai Klang dan Sungai Buloh di Selangor, Sungai Juru di Pulau Pinang serta Sungai Segget di Johor.

[close]

Comments

no comments yet